The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by haflijurana, 2021-02-24 00:54:14

Taklimat Pembukaan Prasekolah 2021

TAKLIMAT PRASEKOLAH 1 MAC 2021

SEKOLAH KEBANGSAAN ANTARA GAPI

SEKOLAH TS25
SEKOLAH BEBAS DADAH

TAKLIMAT PEMBUKAAN
PRASEKOLAH
1 MAC 2021

NORMA BAHARU

LATAR BELAKANG PRASEKOLAH SK ANTARA GAPI

NAMA KELAS NAMA GURU & PPM TAHUN JUMLAH MURID
BEROPERASI 25 MURID
PERMATA DELIMA GURU
PN TUAN SYARIFAH NOR BINTI SYED 2005 25 MURID
ABDULLAH 25 MURID
2011
PERMATA NILAM PPM
PN ZURAIHA BINTI HAMZAH 2012

GURU
PN NOORAZLIZA BINTI ALIAS

PERMATA ZAMRUD PPM
PN MARIATON BINTI MAHIDIN

GURU
PN HAFLIJURANA BINTI HALILI

PPM
PN YUSZALINDA BINTI MOHD YUNUS

OBJEKTIF PRASEKOLAH

• Menggunakan bahasa untuk berkomunikasi dengan berkesan.
• Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian untuk murid beragama Islam.
• Mengamalkan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia.
• Menghargai dan peka terhadap budaya masyarakat Malaysia.
• Menghargai dan peka terhadap budaya masyarakat Malaysia.
• Menyayangi dan menghargai alam sekitar.
• Memperkembangkan konsep kendiri yang positif dan keyakinan diri.
• Mempraktikkan amalan kesihatan, membina kecergasan badan dan menjaga keselamatan diri.
• Mengembangkan daya kreatif dan estetika.
• Mengaplikasikan pemikiran kritis, kreatif dan inovatif serta kemahiran menyelesaikan masalah dalam

pembelajaran dan kehidupan seharian.

KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN

KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN

Apa yang murid belajar?

1. Tunjang Komunikasi – Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
2. Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai – Pendidikan Islam/Pendidikan Moral (diajar

oleh guru pendamping)

3. Tunjang Sains dan Teknologi – Sains Awal dan Matematik Awal
4. Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika
5. Tunjang Ketrampilan diri
6. Tunjang Kemanusiaan

PERUNTUKAN WAKTU (SEK KEB)

Bidang pembelajaran Peruntukan masa seminggu ( minit)
60
1. Bahasa Melayu 60
120
2. Bahasa Inggeris 120
40
3. Aktiviti luar
i. Fizikal 2 x 30 minit 800
ii. Main bebas 3 x 20minit
1200
4. Pendidikan Islam/Moral

5. Matematik Awal

6. Pembelajaran Bersepadu
Perbualan awal -100 minit
Rehat -150 minit
Penutup – 50 minit
Aktiviti pembelajaran -500 minit

Jumlah

STRATEGI/KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

• Pembelajaran berpusatkan murid
• Belajar melalui bermain
• Pembelajaran berasaskan inkuiri
• Pembelajaran bertema
• Pembelajaran bersepadu
• Pembelajaran berteraskan projek

MODUL PDP MERENTAS KURIKULUM PRASEKOLAH

Hanya kelas prasekolah
ditetapkan sahaja.

FLIPPED CLASSROOM

• Bermula pada tahun 2019

• Kelas telah diubahsuai – bahan yang digantung/ditampal di dinding kelas

dikurangkan. Hanya ada hasil kerja murid.

• Konsep pembelajaran – berpusatkan murid

• Pentaksiran – dilaksanakan semasa proses PdPc dan hasil kerja

• Ruang pembelajaran

• STEM (Science, Technology, Engineering and Mathematic)
• Bahasa dan komunikasi
• Fizikal
• Manipulatif

FLIPPED CLASSROOM

Pelaksanaan Aktiviti :-

• Berdasarkan kecenderungan dan minat murid
• Aktiviti dijalankan dalam bentuk hands –on (meningkatkan keyakinan diri dan

kreativiti murid)

• Memerlukan pelibatan dan sokongan ibu bapa (sebarkan maklumat dari

rumah)

Contoh : Pada hari Jumaat guru memberi tajuk aktiviti untuk minggu berikutnya.
Murid dikehendaki mencari maklumat berkaitan tajuk dengan bimbingan ibu
bapa/penjaga di rumah. Apabila di sekolah, murid berkongsi dapatan
maklumat yang diperoleh.

PENTAKSIRAN

• Dilaksanakan sepanjang tahun iaitu semasa proses pembelajaran.
• Kaedah pentaksiran melalui pemerhatian berterusan dan penilaian hasil kerja murid.
• Tiada ujian atau peperiksaan formal dilaksanakan di prasekolah.
• Perbincangan berkaitan perkembangan anak-anak adalah semasa Hari Terbuka

dan juga sepanjang tahun.

TAHAP PENGUASAAN
TP 1 : BM (Belum Menguasai)
TP 2 : SM (Sedang Menguasai)
TP 3 : TM (Telah Menguasai)



1. WAKTU PERSEKOLAHAN

• Hari Isnin hingga Khamis : 8.00 pagi – 12.00 tengah hari
• Hari Jumaat : 7.30 – 11.30 pagi
• Iaitu 4 jam termasuk waktu rehat.
• Susunan masa dan aktiviti pembelajaran adalah fleksible.

Murid perlu hadir ke sekolah sebelum 7.20 pagi bagi menghadiri
perhimpunan pagi (tertakluk kepada arahan KPM dan MKN) dan untuk
sarapan pagi di prasekolah (7.30 pagi).

2. PERATURAN KEHADIRAN

• Murid perlu hadir setiap hari dan kehadiran adalah direkodkan.
• Ketidakhadiran perlu dimaklumkan kepada guru kelas/pembantu guru/pihak sekolah.
• Ketidakhadiran perlu disertakan surat cuti sakit daripada doktor atau surat ketidakhadiran

atas sebab peribadi pada guru kelas.

• Guru akan mengeluarkan surat amaran jika anak tidak hadir ke sekolah selama tiga hari

berturut-turut (tidak hadir tanpa makluman).

• Murid yang demam/tidak sihat tidak digalakkan hadir ke sekolah terutama yang boleh

berjangkit.

• Ibu bapa/penjaga perlu memaklumkan kepada guru kelas/pihak sekolah sekiranya anak

mempunyai masalah kesihatan.

3. PERATURAN TIBA DAN BALIK SEKOLAH

• Murid mesti tiba di sekolah sebelum pukul 7.20 pagi.
• Ibu bapa/penjaga perlu mengambil anak pulang tepat pada masa iaitu

pada jam 12.00 tengah hari (Isnin –Khamis) dan jam 11.30 pagi pada hari
Jumaat.

• Sila maklumkan kepada guru kelas/pembantu guru sekiranya tidak dapat

mengambil anak pada hari tersebut dan juga maklumkan sekiranya
mewakilkan kepada orang lain untuk mengambil anak dari sekolah.

Waktu tiba

• Ibu bapa/penjaga tidak dibenarkan masuk ke kawasan sekolah. Kenderaan perlulah diletakkan di

luar kawasan naik turun murid.

• Kawasan naik turun murid dikhaskan untuk kenderaan bas/van sekolah sahaja.
• Ibu bapa/penjaga disarankan melatih anak untuk masuk ke kawasan sekolah tanpa diiringi oleh ibu

bapa/penjaga.

• Murid tidak dibenarkan membawa beg, bekal makanan atau minuman.
• Murid perlu memakai topeng pelitup separuh muka.
• Murid perlu mengambil bacaan suhu badan semasa tiba di sekolah. Suhu badan yang melebihi 37.5

perlu dibawa pulang. Ibu bapa/penjaga perlu memastikan anak hadir ke sekolah dalam keadaan
sihat. (tiada batuk,selsema, pening, sakit perut, muntah, cirit-birit, demam dan lain-lain.)

• Murid perlu mencuci tangan sebelum masuk ke kelas prasekolah. Murid digalakkan membawa hand

sanitizer sendiri.

Waktu pulang

• Ibu bapa/penjaga tidak dibenarkan masuk ke kawasan sekolah. Kenderaan perlulah

diletakkan di luar kawasan naik turun murid.

• Kawasan naik turun murid dikhaskan untuk kenderaan bas/van sekolah sahaja.
• Ibu bapa/penjaga perlu mengambil anak tepat pada waktu pulang bagi mengelakkan

pertembungan dengan aliran perdana yang boleh menyebabkan kesesakan.

• Ibu bapa/penjaga yang menjemput anak perlu ada bersamanya ‘signboard’ nama anak dan

nama kelas.

• Murid hanya akan dibenarkan keluar sekiranya ibu bapa/penjaga tiba.
• Ibu bapa/penjaga hendaklah terus pulang ke rumah sejurus mengambil anak.

4. PAKAIAN & PENAMPILAN DIRI

• Murid prasekolah juga tertakluk kepada peraturan dan disiplin sekolah.
• Pakaian murid prasekolah seperti yang telah ditetapkan oleh KPM.
• Kasut dan stoking hitam atau kasut dan stoking putih.
• Lencana sekolah (dibeli di kedai buku sekolah) dijahit sebelah kiri baju.
• Tanda nama dijahit di bawah lencana (tempahan dengan guru kelas).
• Murid lelaki mesti berambut pendek (potongan murid sekolah).
• Murid perempuan yang bertudung, anak tudung yang dibenarkan sama ada hitam/putih.
• Murid perempuan yang tidak bertudung, mesti mengikat rambut dengan kemas. Pengikat

rambut/cekak rambut mesti berwarna hitam/putih sahaja.

• Barang kemas sama sekali tidak dibenarkan.
• Jam tangan juga tidak digalakkan.

PAKAIAN MURID PRASEKOLAH KPM

5. PERATURAN MAKAN DAN MINUM

• Pihak prasekolah menyediakan makanan dan minuman untuk murid setiap hari

persekolahan. Sarapan (7.30 pagi) dan rehat/kudapan (9.30 pagi).

• Makanan di prasekolah disediakan berpandukan menu penyediaan makanan KPM.
• Murid tidak dibenarkan membawa makanan dan minuman dari luar.
• Ibu bapa/penjaga perlu memaklumkan kepada guru jika anak mereka alah kepada

sesuatu makanan.

• Murid tidak dibenarkan membawa wang saku ke sekolah.

6. BARANG KEPERLUAN MURID

• Set alat tulis, sepersalinan baju, tuala kecil, berus gigi berpenutup dan ubat

gigi. (Segala barang keperluan adalah tertakluk kepada guru kelas masing-
masing).

• Barang-barang tersebut perlu dibawa pada hari pertama persekolahan dan

ditinggalkan di kelas.

• Setiap barang perlu dilabelkan dengan nama murid untuk mengelakkan

daripada hilang/tertukar dengan murid lain.

Segala program yang akan dilaksanakan adalah tertakluk
kepada situasi semasa berpandukan arahan KPM serta MKN.

TAKWIM PERSEKOLAHAN 2021

• 42 minggu persekolahan
• Dilaksanakan secara

bersemuka dan PdPR

AKTIVITI/PROGRAM TAHUNAN PRASEKOLAH

BULAN

BIL NAMA PROGRAM

JAN FEB MAC APR MEI JUN JUL OG SEP OKT NOV DIS

1 Taklimat prasekolah / /
2 Orentasi Murid prasekolah
3 Sukan Prasekolah / // /
4 Majlis Hari Lahir / /
5 Gotong royong
6 Lawatan / /
7 Hari Penyampaian Sijil Tamat Prasekolah //
8 Hari Terbuka /
9 Sambutan Hari Raya Aidilfitri
//
10 Program bersama Panitia

SEKIAN, TERIMA KASIH.


Click to View FlipBook Version