The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ZALIZA SULAIMAN, 2019-12-25 02:45:22

Buku Panduan Pengurusan 2020 EDIT NEW 3

Buku Panduan Pengurusan 2020 EDIT NEW 3

Buku Panduan Pengurusan Sekolah 2020

SKBP....Menyempurnakan Kecemerlangan Masa Hadapan 1

Buku Panduan Pengurusan Sekolah 2020

BERKATILAH DAN RAHMATILAH KAMI DENGAN INAYAH DAN KASIH SAYANGMU
KURNIAKANLAH TAUFIQ DAN HIDAYAHMU KEPADA KAMI
DALAM USAHA KAMI MENDAPATKAN KEREDHAANMU

YA ALLAH YA TUHAN KAMI
BERIKANLAH KAMI KEBERSIHAN ROHANI DAN KESIHATAN JASMANI
AGAR KAMI DAPAT MELAKSANAKAN AMANAH DAN TANGGUNGJAWAB

SEHABIS DAYA DAN SEBAIK-BAIK MUNGKIN
DENGAN PENUH KEIKHLASAN DAN KESUNGGUHAN

KETIKA MENDIDIK MURID-MURID KAMI
UNTUK MENJADI INSAN YANG BERTAQWA, BERILMU DAN BERAKHLAK TERPUJI

YANG MENABUR JASA KEPADA AGAMA, BANGSA DAN NEGARA

YA ALLAH YA TUHAN KAMI
PERTEGUHKANLAH MUAFAKAT KAMI
ERATKANLAH SILATURRAHIM ANTARA KAMI
AGAR KAMI DAPAT MEWUJUDKAN SUASANA KERJA
YANG PENUH KECERIAAN, PERSEFAHAMAN, KESELESAAN DAN PERSAHABATAN
SEMOGA DENGAN ITU YA ALLAH, AKAN DAPAT MEMBANTU
MEMUDAHKAN TUGAS KAMI UNTUK MENJADIKAN SEKOLAH KEBANGSAAN
BANDAR PUSAT SEBUAH SEKOLAH YANG CEMERLANG

YA ALLAH YA TUHAN KAMI
JAUHKANLAH KAMI DARI PERASAAN BANGGA DAN MEMENTINGKAN DIRI

JAUHKANLAH JUGA DARI SEGALA SIFAT MAZMUMAH
YANG MEMBAWA KEROSAKAN, KEHINAAN DAN KEKEJIAN
SEBALIKNYA YA ALLAH BERIKANLAH KAMI SIFAT-SIFAT MAHMUDAH;

IAITU SUKA MEMBERI DAN SUKA BERBUDI
JADIKANLAH KAMI ORANG-ORANG YANG BERJUANG DI JALANMU

ORANG-ORANG YANG HIDUP DAN MATINYA KERANAMU

YA ALLAH AZZAWAJALLAH
AMPUNKANLAH DOSA KAMI, DOSA KEDUA IBU BAPA KAMI, DOSA GURU-GURU KAMI,

DOSA PARA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT SAMA ADA YANG MASIH HIDUP
ATAU YANG TELAH PERGI MENEMUIMU

KURNIAKANLAH HAMPARAN NIKMATMU KE ATAS JUNJUNGAN BESAR
NABI MUHAMMAD S.A.W, KE ATAS KELUARGA DAN PARA SAHABATNYA

DENGAN SEGALA PUJI BAGIMU WAHAI TUHAN SELURUH ALAM

SKBP....Menyempurnakan Kecemerlangan Masa Hadapan 2

Buku Panduan Pengurusan Sekolah 2020

PRAKATA

Alhamdulillah, sama-samalah kita memanjat kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan
limpah dan kurniaNya kita masih diberi peluang dan ruang untuk terus mencurahkan khidmat
bakti di sekolah ini. Saya mengajak diri saya dan tuan-puan untuk memikul tanggungjawab dan
amanah yang diberikan dengan penuh jujur, dedikasi dan komitmen yang tinggi bagi
merealisasikan visi dan misi sekolah secara bersama.

Tugas kita menjadi lebih rencam dan mencabar bagi memenuhi pendidikan berteraskan nilai
manusiawi yang meliputi nilai keinsanan, soft skill (kemahiran insaniah) dan nilai
kebolehpasaran. Disamping terus istiqamah menjayakan 6 aspirasi murid seperti mana yang
dituntut oleh PPPM iaitu ; melahirkan insan yang berpengetahuan, mempunyai kemahiran
berfikir aras tinggi (KBAT), kemahiran memimpin, kemahiran dwi bahasa, etika dan
kerohanian serta beridentiti nasional.

Usaha ini memerlukan kita bekerja sebagai satu pasukan yang mantap (teamwork) bagi
menjayakan visi sekolah. Tidak ada makna kepada organisasi kita, jika ada diantara kita
masih kekal dengan paradigma dan pemikiran lama yang konvensional, sukar keluar
daripada zon selesa, pasif dan tidak proaktif, menunggu arahan semata mata, tidak kreatif dan
inovatif serta tidak mahu berkorban lebih daripada biasa.

Justeru, sebagai permulaannya marilah sama-sama kita mengubah paradigma berikut yang
sentiasa melingkari minda kita:

1. Gaya kerja bercirikan kebiasaan (ordinary) kerana tidak melihat potensi dan
keluarbiasaan yang ada dalam diri kita. Setiap kita ada kelebihan dan serlahkan
kehebatanmu demi organisasi kita.

2. Berfikiran stereotype dan mempraktikkan “more of the same” yang akhirnya
menghasilkan “more of the same juga”.

3. Tidak mempunyai objektif yang jelas dalam sesuatu tindakan sehingga berlakunya
lencongan misi.

4. Melihat lebih banyak masalah daripada peluang dan seterusnya membataskan
pemikiran diri dengan masalah.

5. Mempertahankan keselesaan (comfort zone) dan tidak membuat penambahbaikan
(improve)

6. Sekadar penumpang dan penyumbang minima (low contributes) dan adakalanya
hanyut tanpa komitmen (floaters without comitment)

7. Sukar keluar daripada skop kebiasaan kerja dan bersikap tidak cakna kepada
persekitaran. Saling mengharap kepada orang lain untuk menyelesaikannya
sedangkan kita sendiri berupaya untuk menyelesaikannya.

SKBP....Menyempurnakan Kecemerlangan Masa Hadapan 3

Buku Panduan Pengurusan Sekolah 2020

Saya menyeru untuk setiap guru dan AKP membuat anjakan paradigm (paradigm shift) di dalam
diri masing-masing, seiringan, segandingan mengorak langkah, sederap dan sebahu untuk
melonjakkan kecemerlangan sekolah dengan cara berikut:

1. Menyerlahkan kegembiraan (happiness), membugarkan kasih sayang (love) dan
menyemarakkan saling hormat menghormati (mutual respect) dalam kalangan
seluruh warga SK Bandar Pusat.

2. Terus bekerjasama sebagai satu pasukan yang mantap dan jitu (team work)
3. Berkerja dengan penuh ketelusan dan ketulusan dan membina kejelekitan

hubungan antara guru – murid – AKP serta melihat murid sebagai sumber rezeki.
4. Mengamalkan keterbukaan minda – proaktif dan sentiasa berfikir untuk membuat

penambahbaikan (kaizen) secara kreatif dan inovatif.
5. Menajamkan fokus terhadap segala tugas dan tanggungjawab yang diberikan dan

seterusnya menjalankan tugas tersebut dengan cekap,cepat dan tepat.
6. Menjadikan setiap kerja sebagai satu ibadah - “Tugas kita adalah mulia”.
7. Melaksanakan pengurusan masa dengan sistematik dan efektif.
8. Menghasilkan keseronokan dalam P&Pc (fun learning) serta konsep ABCT (Any

Body Can Teach) dan ABCL (Any Body Can Learn) demi kemenjadian dan
kebolehpasaran murid.
9. Meletakkan masalah sebagai cabaran dan di dalam cabaran ada peluang.
10. Meletakkan rasa kesepunyaan (ownership) yang tinggi terhadap organisasi —
“jatuh bangun adalah hak milik bersama”
Selaku peneraju sekolah, saya sangat yakin sekiranya kesemua perkara di atas mampu
dilaksanakan dengan baik, maka sekolah kita akan muncul sebagai sekolah yang terhebat di
daerah Maran. Yakinlah, kita sudahpun memiliki aset dan kebolehupayaan untuk mencapainya.
Yang kita perlu buat ialah penambahbaikan yang berterusan. Akhir kata dari saya, selamat
menjalankan tugas.

Selamat Tahun Baru.

Sekian, Terima Kasih.

Puan Hajah Latipah binti Omor
Guru Besar
SK Bandar Pusat
Sekolah Kluster Kecemerlangan
26400 Bandar Tun Abdul Razak Jengka

SKBP....Menyempurnakan Kecemerlangan Masa Hadapan 4

Buku Panduan Pengurusan Sekolah 2020

VISI

PENDIDIKAN BERKUALITI, INSAN TERDIDIK,
NEGARA SEJAHTERA

MISI

MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI
UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI
MEMENUHI ASPIRASI NEGARA

SKBP....Menyempurnakan Kecemerlangan Masa Hadapan 5

Buku Panduan Pengurusan Sekolah 2020

PIAGAM PELANGGAN

Kami warga SK Bandar Pusat komited, ikhlas dengan penuh iltizam akan memberikan
perkhidmatan terbaik kepada:

1. MURID
- Memberikan pendidikan yang cemerlang dan seimbang dengan melaksanakan
proses pendidikan serta pengajaran dan pembelajaran berkualiti dan berkesan
untuk semua murid mengikut jadual dan jadual waktu ditetapkan.
- Memastikan buku latihan / kerja bertulis disemak tidak lebih 3 sehari selepas
dikumpulkan.
- Memastikan semua murid yang layak mendapat bantuan pendidikan menerima
hak mereka.
- Memastikan semua murid mendapat peluang menyertai kegiatan koakademik
dan kokurikulum yang ditetapkan mengikut kesesuaian bakat, kebolehan dan
kesihatan.
- Memastikan semua murid mendapat peluang dan hak sama rata, adil dan
saksama menggunakan segala kemudahan fizikal dan kemudahan pendidikan
yang ditetapkan.

2. GURU DAN KAKITANGAN
- Setiap guru dan kakitangan mendapat gaji pada masa yang ditetapkan.
- Setiap guru dan kakitangan menerima Latihan Dalam Perkhidmatan
- ( LADAP ) dalam bidang masing-masing sekurang-kurangnya 7 hari setahun
sama ada peringkat dalaman / luar organisasi SKBP.
- Sebarang masalah khususnya berkaitan perkhidmatan / perjawatan diambil
tindakan segera ( tidak lewat hari bekerja ).

3. IBU BAPA / PENJAGA
- Setiap ibu bapa / penjaga yang berurusan dengan pihak sekolah mendapat
layanan adil, amanah dan bertanggungjawab.
- Setiap aduan / komplen akan disiasat dengan manasabah dan maklum balas
akan diberi tidak lewat 3 hari bekerja.
- Setiap cadangan / usul yang baik dan manasabah akan dibincangkan dalam
mesyuarat AJK PIBG dan Jawatankuasa Pemuafakatan Sekolah.

4. STAKE HOLDER
- Memastikan setiap arahan, maklumat, siaran dan pekeliling yang diterima
mendapat tindakan tidak lewat 3 hari bekerja selepas surat / arahan diterima
atau sehari sebelum tarikh ditetapkan.

Sekiranya anda kurang berpuas hati dengan perkhidmatan dan layanan yang diberikan, silalah
berhubung terus dengan Guru Besar atau hubungi talian telefon 09-4676448, fax 09-4676449
atau e-mail [email protected]

GURU BESAR
SK BANDAR PUSAT

SKBP....Menyempurnakan Kecemerlangan Masa Hadapan 6

Buku Panduan Pengurusan Sekolah 2020

MOTO 2020
SKBP…menyempurnakan kecemerlangan masa hadapan.

“ Dan katakanlah ( wahai Muhammad ): Beramallah kamu akan segala yang
diperintahkan, maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan

melihat apa yang kamu kerjakan.”
(At-Taubah: 105 )

1. Bekerja sebagai IBADAH.
2. Mempunyai cita-cita mencapai kecemerlangan.
3. Memberi makna kepada SKBP, agama, bangsa dan negara.
4. Melaksanakan PPPM – Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 –

2025.
“ Wahai manusia! Sesungguhnya Engkau sentiasa ( menjalankan keadaan
hidupmu) dengan sedaya upayamu hinggalah ( semasa engkau ) kembali

kepadaTuhanmu, kemudian engkau telah usahakan
itu ( tercatit semuanya ).”
( Al-Insyiqaaq ; 6 )

DOA KAMI

Ya Allah ! Jadikanlah tugas kami dan usaha kami ini sebagai amal soleh lagi
berkat yang akan memberatkan timbangan amalan kami pada hari yang tiada
gunanya anak-pinak dan harta benda kecuali mereka yang datang kepada – Mu

dengan hati yang bertaqwa.
Amin Ya Rabbal A’lamin.

( Petikan Hadis 40-Imam Ahmad ).

SKBP....Menyempurnakan Kecemerlangan Masa Hadapan 7

Buku Panduan Pengurusan Sekolah 2020

FOKUS 2020

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

1. Kaedah / Teknik yang digunakan.
2. Persediaan sebelum masuk kelas.
3. SET INDUKSI, PERKEMBANGAN, PENILAIAN, KERJA RUMAH / TUGASAN

HARIAN.
4. Pencerapan.
5. Sumbangsaran inter/intra.
6. Menilai keberkesanan kaedah.
7. Peka kepada pencapaian DIRI dan MURID.
8. Memberi tugasan yang berkualiti dan berkesan.
9. Menangani cabaran KSSR – Pentaksiran ‘PBS’.
10. Program Panatia / Aktiviti bagi menyokong P & P.
11. P.Khas dan PRASEKOLAH – 3M.

KPI FOKUS

1. Pencapaian gred A bagi 6 mata pelajaran teras UPSR :
BM, BI,MT dan Sains.

2. Vocab Bahasa Inggeris – Ditentukan oleh Panitia Bahasa
Inggeris.

3. Penulisan BM dan BI ( 4 kali sebulan ).
4. Kerja rumah mesti diberikan mengikut keesuaian bagi semua

mata pelajaran.
5. Target pencapaian LULUS 100% bagi Tahun 5 dan Tahun 6

dan mencapai Tahap Pencapaian terbaik dalam KSSR.

SAHSIAH MURID

1. Solat / Doa / Solat Sunat / Bacaan Yasin.
2. Kebersihan sekolah – kebersihan kelas, kebersihan tandas,

kantin, persekitaran.
3. Ketrampilan dan kepimpinan murid.
4. Budaya memberi salam, terima kasih dan syukur.
5. Budaya belajar.
6. Sikap ‘laku musnah’.

SAHSIAH SIKAP / ATTITUDE

SKBP....Menyempurnakan Kecemerlangan Masa Hadapan 8

Buku Panduan Pengurusan Sekolah 2020

LATAR BELAKANG SEKOLAH

Sejarah Sekolah.

Mula beroperasi pada 07 Januari 1974. Muridnya 29 orang iaitu 16 lelaki dan 13 perempuan. Hanya
mempunyai sebuah bangunan 8 bilik darjah, sebuah kantin dan 3 buah rumah guru didirikan di atas
tanah milik Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka (LKWJ) seluas 2.469 hektar.

Sekarang, SKBP mempunyai 6 blok bangunan, sebuah kantin yang diubahsuai, Makmal Komputer, Pusat
Akses, 6 buah rumah guru dan sebuah bangunan Pra Pendidikan Khas. Jumlah murid telah menjangkau
seramai 655 orang, 57 orang guru dan kakitangan seramai 13 orang. Sebuah surau yang boleh
memuatkan hampir 100 murid telah dibina dengan peruntukan Jabatan Agama Islam Pahang pada
2005.

Hingga sekarang, SKBP mempunyai hampir semua kemudahan prasarana yang sempurna sebagai
sebuah sekolah yang terbesar di dalam wilayah Jengka. Pada 2011, sebuah bangunan Prasekolah baru
dibuka bagi menampung seramai 25 orang lagi murid selaras dengan matlamat kerajaan di dalam
NKRA untuk meningkatkan jumlah kanak-kanak 4 – 6 tahun memasuki alam persekolahan.

Masa terus berlalu, SKBP giat mengorak langkah, usaha dan iltizam menggapai matlamat selaras
perkembangan pendidikan terkini.

Senarai Nama Guru Besar

Bil Nama Guru Besar Perkhidmatan di SK Bandar Pusat

1. Mohd Said bin Ngah 07.01.1974 – 31.12.1984
2. Haji Shamsuddin bin Awang 01.01.1985 – 30.09.1987
3. Abdullah bin Idin 01.10.1987 – 15.09.1992
4. Haji Md.Chik bin Abdullah 16.09.1992 – 31.01.1996
5. A.Karim bin Manaf 01.02.1996 – 28.02.2006
6. Haji Hamzah bin Mat Ali, AMP. 01.03.2006 – 15.03.2016
7. Hajah Latipah binti Omor
16.03.2016 - sekarang

Enrolmen Murid Pada 31 Disember 2019

Tahun Lelaki Perempuan Jumlah Bil.Kelas

Kelas Pend.Khas Integrasi 32 8 40 6
PraSekolah 25 25 50 2
3 0 3 1
Prasekolah Pendidikan Khas 50 55 105 3
Tahun 1 50 57 107 3
Tahun 2 40 33 73 3
Tahun 3 53 36 89 3
Tahun 4 55 39 94 3
Tahun 5 46 48 94 3
Tahun 6
354 301 655 27
JUMLAH

SKBP....Menyempurnakan Kecemerlangan Masa Hadapan 9

Buku Panduan Pengurusan Sekolah 2020

Data Guru Pada 31 Disember 2019

Gred Lelaki Perempuan Jumlah

DG44 4 30 34
DG42 5 7 12
DG41 0 3 3
DG38 2 2 4
DG34 1 2 3
DG32 1 0 1

JUMLAH 13 44 57

Kemudahan Fizikal ( Bilik – Bilik Khas )

Bil. Bilik Jumlah Bil Bilik Jumlah

1. Bilik Darjah 20 buah 12. Bilik BOSS 1 buah

2. Makmal Sains 01 buah 13. Bilik B & K 1 buah

3. Makmal Komputer 01 buah 14. Kantin 1 buah

4. Bengkel Kemahiran Hidup 01 buah 15. Bilik Rawatan Kesihatan 1 buah

5. Pusat Sumber Sekolah 01 buah 16. Surau 2 buah

6. Pusat Akses Sekolah 01 buah 17. Setor Peralatan Kebun 2 buah

7. Bilik Pejabat 01 buah 18. Setor Sukan 1 buah

8. Bilik Guru 01 buah 19. Tandas PLB 1 buah

9. Bilik Muzik/Tayangan 01 buah 20. Bilik Pendidikan Seni 1 Buah

10. Bilik Gerakan 01 buah 21. Bilik Pemulihan Khas 1 buah

11. Galeri 01 buah 22. Kelas Prasekolah 2 buah

LAGU SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Bandar Pusat
Menuju ke era jaya.

Belajar, Beramal, Berbakti
Itulah cogan sekolah kita semua

Tempat kita menimba ilmu
Berbakti pada ibunda.

Sekolah Kebangsaan Bandar Pusat
Ilmu dituntut oh penuh semangat

Rukunegara menjadi pedoman
Agama teras amalan.

Ayuh kawan ganda usaha
Tuntutlah ilmu penuh di dada

Hormat guru dan ibu bapa
Semoga kita BERJAYA.

SKBP....Menyempurnakan Kecemerlangan Masa Hadapan 10

E Buku Panduan Pengurusan Sekolah 2020

Ukuran Sebenar F LENCANA SEKOLAH
Tinggi = 5 cm G D
Lebar = 4.3 cm C
B
A

KETERANGAN LENCANA
A - Nama Sekolah Kebangsaan Bandar Pusat.
B - Terletak di Wilayah Tiga Segi Jengka
C - Olahraga sebagai contoh kepentingan bidang kokurikulum.
D - Cogankata – BELAJAR, BERAMAL, BERBAKTI.
E - Memberi rangsangan masa depan ke arah kecemerlangan mencapai objektif sekolah.
F - Akademik sebagai teras pendidikan kepada setiap individu.
G - Lokasi sekolah di Negeri Pahang Darul Makmur

WARNA LATAR BELAKANG
Merah - Kecekalan dan berhemah tinggi dalam proses P & P ke arah kecemerlangan.
Biru - Sentiasa dalam suasana yang tenteram
Hijau - Budaya amalan nilai-nilai murni/berakhlak.
Putih - Sedia menerima nasihat yang membina.
Kuning - Kesyukuran setiap masa.
Putih dan Hitam - Warna Negeri Pahang Darul Makmur.

BENDERA SEKOLAH

MERAH KUNING
BIRU
Saiz sebenar:
140 mm panjang,
88 mm lebar

WARNA LATAR BELAKANG

Merah : Kecekalan dan berhemah tinggi dalam proses P & P kearah kecemerlangan.
Biru : Sentiasa dalam suasana yang tenteram.
Kuning : Kesyukuran setiap masa.

SKBP....Menyempurnakan Kecemerlangan Masa Hadapan 11

Buku Panduan Pengurusan Sekolah 2020

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN
MALAYSIA ( PPPM ) 2013-2025

5 ASPIRASI 6 CIRI
1. Akses – 100 % enrolmen merentas Setiap murid akan mempunyai…

semua peringkat pendidikan daripada 1. Pengetahuan.
prasekolah hingga menengah atas 2. Kemahiran Berfikir.
menjelang tahun 2020. 3. Kemahiran Memimpin.
2. Kualiti – Negara dalam kelompok 4. Kemahiran Dwibahasa.
sepertiga teratas dalam pentaksiran 5. Etika Dan Kerohanian.
antarabangsa seperti TIMSS dan PISA 6. Identiti Nasional.
dalam tempoh 15 tahun.
3. Ekuiti – 50% pengurangan dalam
jurang pencapaian ( Bandar-Luar
Bandar, sosioekonomi, gender)
menjelang 2020.
4. Perpaduan – Sistem pendidikan yang
menawarkan perkongsian pengalaman
dan nilai kepada kanak-kanak dengan
menghargai kepelbagaian.
5. Kecekapan – Sistem yang
memaksimumkan keberhasilan murid
mengikut peruntukan sedia ada.

11 ANJAKAN PPPM

1. Menyediakan kesemarataan akses 2. Memastikan setiap murid profisien
kepada pendidikan berkualiti bertaraf dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa
antarabangsa. Inggeris.

3. Melahirkan rakyat Malaysia dengan 4. Transformasi keguruan sebagai
penghayatan nilai. profesion pilihan.

5. Memastikan kepimpinan berprestasi 6. Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk
tinggi ditempatkan di setiap sekolah. menyediakan penyelesaian khusus
berasaskan keperluan.

7. Memanfaat ICT bagi meningkatkan 8. Mentransformasi kebolehupayaan dan
kualiti pembelajaran di Malaysia. kapasiti penyampaian kementerian.

9. Bekerjasama dengan ibubapa, komuniti 10. Memaksimumkan keberhasilan murid
dan sektor swasta secara menyeluruh. bagi setiap ringgit.

11. Meningkatkan ketelusan untuk
akauntabiliti awam secara langsung.

SKBP....Menyempurnakan Kecemerlangan Masa Hadapan 12

Buku Panduan Pengurusan Sekolah 2020

DAFTAR HARI-HARI KELEPASAN AM NEGERI
PAHANG DARUL MAKMUR
TAHUN 2020

KELEPASAN AM HARI TARIKH
*Tahun Baru 2020 Rabu
Sabtu 01 Januari 2020
Tahun Baru Cina Ahad 5 Jamadilawal 1441H
Isnin 25,26,27 Januari 2020
*Hari Pekerja Jumaat 29 Jamadilawal 1441
* Hari Hol 01 -02 Jamadilakhir 1441H
* Hari Wesak Khamis 01 Mei 2020
*Hari Nuzul Al-Quran 8 Ramadan 1441H
Khamis 07 Mei 2020
#Hari Raya Puasa / Aidil Fitri Ahad 14 Ramadhan 1441H
Isnin 07 Mei 2020
*Hari Keputeraan YDP Agong Ahad 14 Ramadhan 1441H
*Hari Keputeraan Sultan Pahang Isnin 10 ,11 Mei 2020
#Hari Raya Qurban/Aidil Adha Selasa 17 - 18 Ramadhan 1441H
Awal Muharam Sabtu
*Hari Kebangsaan 24 ,25 ,26 Mei 2020
*Hari Malaysia Khamis 01 – 03 Syawal 1441H
Maulidur Rasul
*Hari Deepavali Jumaat 6 Jun 2020
*Hari Krismas 14 Syawal 1441H
Khamis 30 Julai 2020
09 Zulhijjah 1441H
Isnin 31 Julai 2020
10 Zulhijjah 1441H
Rabu 20 Ogos 2020
01 Muharam 1442H
Khamis 31 Ogos 2020
12 Muharram 1442H
Sabtu 16 September 2020
28 Muharram 1442H
Jumaat 29 Oktober 2020
12 Rabiulawal 1442H
14 November 2020
28 Rabiulawal 1442H
25 Disember 2020
10 Jamailawal 1442H

*Hari Kelepasan Am Negeri
#Tertakluk kepada perubahan
PERINGATAN
Apabila hari kelepasan itu jatuh pada hari kelepasan mingguan ( Ahad ) atau hari kelepasan yang lain, maka hari tersebut digantikan dengan
hari esoknya dan jika yang kemudiannya itu pula sedia menjadi hari kelepasan, maka hari berikutnya dijadikan hari kelepasan.
Hari Sabtu adalah hari rehat mingguan bagi kakitangan Perkhidmatan Awam. Jika hari kelepasan am itu jatuh pada hari Sabtu, maka hari Sabtu
itu juga adalah merupakan hari kelepasan am dan tidak diganti pada hari-hari yang lain.

Bahagian Khidmat Pengurusan
Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang
Wisma Sri Pahang, Kuantan.
Tel : 09-5126653

SKBP....Menyempurnakan Kecemerlangan Masa Hadapan 13

Buku Panduan Pengurusan Sekolah 2020

PERINCIAN PERSEKOLAHAN
NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR

TAHUN 2020

SKBP....Menyempurnakan Kecemerlangan Masa Hadapan 14

Buku Panduan Pengurusan Sekolah 2020

JAWATANKUASA PENERBITAN
BUKU PANDUAN PERSEKOLAHAN SKBP

TAHUN 2020

PENGERUSI
PN.HJH.LATIPAH BINTI OMOR

NAIB PENGERUSI
PN. J JAMILAH BINTI MOHD NASIM

SETIAUSAHA
PN.AZIZAH BT ABDULLAH

AHLI JAWATANKUASA
EN.ABDUL WAHAB BIN ARIPIN

PN.RUSLIZA BINTI HASSAN
SEMUA KETUA PANITIA

EDITOR CETAKAN
PN.ZALIZA BINTI SULAIMAN PN.ROSZALINA BINTI ABDUL GHANI
PN.ROSZALINA BINTI ABDUL GHANI

EDARAN
PN.ELIZA BINTI MOHAMADON
EN.MUHAMMAD IZWAN BIN OTHMAN
PN.CHE ROKIAH BINTI IDRIS

SKBP....Menyempurnakan Kecemerlangan Masa Hadapan 15

Buku Panduan Pengurusan Sekolah 2020

CARTA ORGANISASI
SK BANDAR PUSAT TAHUN 2020

GURU BESAR
PN.HJH.LATIPAH BINTI OMOR

JAWATANKUASA PERANCANG
SEKOLAH

GPK KOKURIKULUM GPK PENTADBIRAN GPK HEM GPK PEND.KHAS
EN.ABDUL WAHAB BIN PN.J JAMILAH BINTI PN. AZIZAH BT PN.RUSLIZA BINTI

ARIPIN MOHD NASIM ABDULLAH HASSAN

J/K J/KKURIKULUM J/K J/K HEM J/K BINA J/K
KOKURIKULUM PENTADBIRAN INSAN 4K

SUKAN & PANITIA GURU IKON PENDAFTARAN DISIPLIN TANDAS
PERMAINAN PENYELARAS PERJAWATAN KESELAMATAN KAUNSELING BOSS
GURU KELAS KEWANGAN
PERSATUAN & PSS & BILIK – KEHADIRAN SIARAYA BILIK GURU
KELAB BILIK KHAS AUDIT PENGAWAS PPDa BILIK DARJAH
PRESTASI BANTUAN RIMUP
UNIT BERUNIFORM FROG.VLE PERKEMBANG- SURAU
PENILAIAN AN STAF KANTIN SOLAT JEMAAH TAMAN DAN
SAMBUTAN & PENTAKSIRAN DATA DAN SIMPANAN SOLAT HAJAT
PERAYAAN PK/UPSR PERABOT LAMAN
PEMANTAUAN SPS KHATAM LABEL/PAPAN
LAWATAN SEKOLAH FAIL/REKOD SPBT QURAN
HARI LINUS RAWATAN TANDA
KSSR PERSIJILAN RMT/PSS
KECEMERLANGAN KOKURIA ASET ALIH & KAWASAN/
PENDIDIKAN ICT HARTA MODAL BANGUNAN
HARI Q SIJIL
STOR PEKERJA
HARI APRISIASI MBM SWASTA
KOKO MBI
KGKT HUBUNGAN
PENAZIRAN LUAR
HARI GURU TAKWIM
LESTARI ALAM
SEKITAR SEKOLAH PEMULIHAN
RAKAN ALAM
TS25
SEKITAR
GURU-GURU STAF
SOKONGAN

MURID-MURID SK BANDAR PUSAT

SKBP....Menyempurnakan Kecemerlangan Masa Hadapan 16

Buku Panduan Pengurusan Sekolah 2020

CARTA ORGANISASI KAKITANGAN SOKONGAN
SK BANDAR PUSAT
TAHUN 2020

GURU BESAR
PN.HAJAH LATIPAH BINTI OMOR

GPK PENTADBIRAN GPK HAL EHWAL MURID
PN. J JAMILAH BINTI MOHD NASIM PN.AZIZAH BINTI ABDULLAH

GPK KOKURIKULUM GPK PENDIDIKAN KHAS
EN.ABDUL WAHAB BIN ARIPIN PN.RUSLIZA BIN HASSAN

KETUA PEMBANTU TADBIR GRED N22
PN.ROSZALINA BINTI ABDUL GHANI

JURUTEKNIK KOMPUTER GRED FA19 PEMBANTU TADBIR GRED N22 (KUP)
PN.ZALIZA MAHASAN@SULAIMAN PN.ELIZA BINTI MOHAMADON

PEMBANTU TADBIR GRED N19 PEM.PENGURUSAN MURID GRED N19
PN.AZLIZA BINTI HAMID PN.ASIAH BINTI ZAINADIN

PEM.PENGURUSAN MURID GRED N22 (KUP) PEM.PENGURUSAN MURID GRED N19
PN.SYAHIDAWATI BINTI NOR PN.NOORHAYATI BINTI RUSLI

PEM.PENGURUSAN MURID GRED N19 PEM.PENGURUSAN MURID GRED N19
PN.ROSMAHANI BINTI MOHD KASIM PN.ROSLINA BINTI RAMELI

PEM.PENGURUSAN MURID GRED N19 PEM.PENGURUSAN MURID GRED N19
PN.SAZWANA BINTI MOHD ZAKI EN.MUHAMMAD HIZWAN BIN NORDIN

PEMBANTU OPERASI GRED N11
EN.MUHAMMAD IZWAN BIN OTHMAN

PEKERJA AWAM GRED H14
PN.CHE ROKIAH BINTI CHE IDRIS
PEKERJA KEBERSIHAN SWASTA
PENGAWAL KESELAMATAN SWASTA

SKBP....Menyempurnakan Kecemerlangan Masa Hadapan 17

Buku Panduan Pengurusan Sekolah 2020

BARISAN EXCO
SK BANDAR PUSAT

TAHUN 2020

PENGERUSI
PN.HJH.LATIPAH BINTI OMOR

SETIAUSAHA
PN. J JAMILAH BINTI MOHD NASIM

EN SHAIFUL AZA BIN AB HAMID PN. AZIZAH BINTI ABDULLAH
PN. AZIZAH BINTI ARSAT EN.ABDUL WAHAB ARIPIN
PN.RUSLIZA BINTI HASSAN
PN.ROSYATI BINTI AB RAZAK
PN.HUSNI BINTI HUSSAIN

AHLI JAWATANKUASA

PN.ROZI BINTI MOHD AKID PN.MAIZZIAH BINTI AB RASHID
PN.NUR FATIMAH BINTI RAZALI

GURU IKON PN.HANIZA BINTI HAMDAN
EN.ANNIS FALAHAIN NOR BIN MAT BAHARI

SKBP....Menyempurnakan Kecemerlangan Masa Hadapan 18

Buku Panduan Pengurusan Sekolah 2020

CARTA ORGANISASI SKK
SK BANDAR PUSAT TAHUN 2020

GURU BESAR
PN.HAJAH LATIPAH BINTI OMOR

NAIB PENGERUSI 1 NAIB PENGERUSI 2
PN.J JAMILAH MOHD NASIM PN.AZIZAH BINTI ABDULLAH

NAIB PENGERUSI 3 NAIB PENGERUSI 4
EN.ABDUL WAHAB ARIPIN PN.RUSLIZA HASSAN

KETUA PEMBANTU TABDIR
PN.ROSZALINA BINTI ABD. GHANI

PENYELARAS SKK
PN.ROZI BINTI MOHAMAD AKID

PENYELARAS KEBITARAAN BAHASA MELAYU PENYELARAS KEBITARAAN
EN. SHAIFUL AZA BIN AB. HAMID ALAM SEKITAR

SETIAUSAHA EN. AHMAD TASFI BIN HASSAN
PN.HAIZATOLASMA BT ABDULLAH
SETIAUSAHA
GURU BAHASA MELAYU PN.SURIATI BT MAT SULONG
EN AHMAD SHARIFFUDDIN B ABDUL RAHIM
TN HJ ABDUL ROHIM B AHMAD PENYELARAS KELAB
TN HJ KHAIRUL ISHAM B KASSIM EN. ANNIS FALAHAIN NOR BIN MAT BAHARI
EN HAFIZULLAH B MOHAMED
PN NURUL AZLIN ZANI BT MUHAMAD WAHID PENYELARAS UNIT UNIFORM
PUAN ROSNANI BT KAMRI EN. MOHD KAMARUDIN BIN MAT ISA
PN NORAZIZAN BT YUNUS
PN SAYANI BT SAUD PENYELARAS UNIT SUKAN
PN ASMALIZA BT HASSAN TN HJ KHAIRUL ISHAM BIN KASSIM

PENYELARAS KELAB ALAM SEKITAR
PN. NOORASHIKIN BT ROMLY

SKBP....Menyempurnakan Kecemerlangan Masa Hadapan 19

Buku Panduan Pengurusan Sekolah 2020

PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH (TS25) 3.0
SK BANDAR PUSAT TAHUN 2020

PENGERUSI
PN.HJH.LATIPAH BINTI OMOR

NAIB PENGERUSI 1
PN.J JAMILAH BINTI MOHD NASIM

NAIB PENGERUSI 2 NAIB PENGERUSI 3 NAIB PENGERUSI 4
PN. AZIZAH BINTI ABDULLAH EN. ABDUL WAHAB BIN ARIPIN PN. RUSLIZA BINTI HASSAN

AHLI JAWATANKUASA AHLI JAWATANKUASA

GURU IKON SU KURIKULUM
PN.HANIZA BINTI HAMDAN PN.NORASHIMAH BINTI SHAARANI

KP BAHASA MELAYU SU HAL EHWAL MURID
EN. SHAIFUL AZA BIN AB HAMID PN.NOORASHIKIN BINTI ROMLY

KP BAHASA INGGERIS SU KOKURIKULUM
PN.AZIZAH BINTI ARSAT EN.AHMAD TASFI BIN HASSAN

KP MATEMATIK GBSM
PN.HUSNI BINTI HUSSAIN PN.NUR FATIMAH BINTI RAZALI

KP SAINS PENYELARAS SKK
PN.ROSYATI BINTI AB RAZAK PN ROZI BINTI MOHD AKID
KP PENDIDIKAN ISLAM & B.ARAB SETIAUSAHA PEPERIKSAAN
PN. MAIZZIAH BINTI AB RASHID
EN.ANNIS FALAHAIN NOR
KP PENDIDIKAN KESENIAN PENYELARAS BESTARI
EN.AHMAD SHARIFFUDDIN EN.MOHD KAMARUDDIN BIN MOHD ISA
KP PEND.JASMANI & KESIHATAN
GURU MEDIA
CIK NADRAH BINTI NOH EN.MOHD ASRAL BIN IBRAHIM
KP TMK
PENYELARAS PAK21
PN.MAIZZIAH AB RASHID PN.HANIZA BINTI HAMDAN
KP RBT PENYELARAS KELAS PENDIDIKAN KHAS
PN.SURIATI BINTI MAT SULONG
TN.HAJI ABDUL ROHIM AHMAD
KP SEJARAH SU PIBG
PN.NORAZMA BINTI WAHAB
PN. NORAZIZAN BINTI YUNUS KETUA PEMBANTU TADBIR
PN.ROSZALINA ABD GHANI

PENYELARAS UNIT : : PN J JAMILAH BINTI MOHD NASIM
: CIK SYAIDATUL AIZAM BINTI MOHD SAHIDOL
P Professional Learning Walk ( PLC ) : PN NUR FATIMAH BINTI RAZALI
Coaching and Mentoring
Continuing Professional Development (CPD) : EN MOHD ASRAL BIN IBRAHIM
Galery Walk : PN MAIZZIAH BINTI AB RASHID
Galery Transformasi

SKBP....Menyempurnakan Kecemerlangan Masa Hadapan 20

Buku Panduan Pengurusan Sekolah 2020

JAWATANKUASA SKPMg2
SK BANDAR PUSAT
TAHUN 2020

PENGERUSI
PN.HAJAH LATIPAH BINTI OMOR

NAIB PENGERUSI 1
PN.J JAMILAH BINTI MOHD NASIM

NAIB PENGERUSI 2
PN.AZIZAH BINTI ABDULLAH

NAIB PENGERUSI 3
EN.ABDUL WAHAB BIN ARIPIN

NAIB PENGERUSI 4
PN.RUSLIZA BINTI HASSAN

SETIAUSAHA
GURU DATA
PN.NORAZILA BINTI HASHIM

AHLI JAWATANKUASA

PENYELARAS PANITIA
PN.NORASHIMAH BINTI SHAARANI

KETUA-KETUA PANITIA
GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA

PENYELARAS PRA SEKOLAH
SU KURIKULUM
SU HEM

SU KOKURIKULUM
SU HEM

SU JADUAL WAKTU
SU PEPERIKSAAN DALAMAN

SU PEPERIKSAAN AWAM
GBSM

PN.NUR FATIMAH BINTI RAZALI
KETUA PEMBANTU TADBIR

PN.ROSZALINA BINTI ABD GHANI
PEMBANTU TADBIR

PN.AZLIZA BINTI HAMID
JURUTEKNIK KOMPUTER
PN.ZALIZA SULAIMAN@MAHASAN
(JURUTEKNIK KOMPUTER)

SKBP....Menyempurnakan Kecemerlangan Masa Hadapan 21

Buku Panduan Pengurusan Sekolah 2020

PELAN KEDUDUKAN BILIK-BILIK DARJAH
/ BILIK-BILIK KHAS SK BANDAR PUSAT
TAHUN 2020

BLOK F TANDAS 5UM 5UKM 4UKM 4UM 4UPM BILIK SPBT
ARAS 2
BILIK B&K
ARAS 1 TANDAS BILIK SENI 3UKM 3UM 3UPM
SUDUT
ARAS TANDAS FOYER TUN ABDUL RAZAK SEKOLAH
BAWAH BLOK A SUDUT PPDa SELAMAT

SURAU ARAS 1 5 UPM BILIK J-QAF MAKMAL
KAFA KOMPUTER
PENDIDIKAN
BLOK B ARAS BAWAH PUSAT AKSES KHAS
ARAS 1
ARAS TANDAS BILIK 6 USM 2UPM 2UM 2UKM
BAWAH TANDAS DISPLIN PRA

BILIK GURU

BLOK C 1 UM 1 UPM BILIK KANTIN
1 UKM PEMULIHAN
TANDAS
BLOK D 6 UPM 6 UM PLB
KELAS KAFA

BLOK E TANDAS BILIK BILIK BOSS PERPUSTAKAAN BILIK
ARAS 2 TANDAS MUZIK PIBG
TANDAS PEJABAT
RAS 1 BILIK BILIK BILIK 6 UKM BILIK
ARAS WUDHU’ GERAKAN INFORMASI PEPERIK-
BAWAH
SAAN

SURAU B.K.HIDUP MAKMAL STOR
SAINS PEKERJA

GELANGGANG DAN
PADANG SEKOLAH

SKBP....Menyempurnakan Kecemerlangan Masa Hadapan 22

Buku Panduan Pengurusan Sekolah 2020

WAKTU PERSEKOLAHAN
SK BANDAR PUSAT
TAHUN 2020

TAHAP MULA REHAT PULANG
1 7.30 PAGI 1.10 PETANG
10.10 PAGI 1.10 PETANG
HARI HINGGA 12.10 T/HARI
ISNIN
SELASA 10.40 PAGI
RABU
KHAMIS MULA REHAT PULANG
JUMAAT 7.30 PAGI 1.40 PETANG
10.40 PAGI 2.10 PETANG
TAHAP HINGGA 12.10 T/HARI
2
11.10 PAGI
HARI
ISNIN MULA REHAT PULANG
SELASA 7.30 PAGI 9.40 PAGI-10.10 PAGI 12.10 T/HARI
RABU
KHAMIS MULA REHAT PULANG
JUMAAT 7.30 PAGI 9.40 PAGI-10.10 PAGI 11.40 PAGI

PENDIDIKAN
KHAS

HARI
ISNIN-JUMAAT

PRA
SEKOLAH

HARI
ISNIN-JUMAAT

SKBP....Menyempurnakan Kecemerlangan Masa Hadapan 23

Buku Panduan Pengurusan Sekolah 2020

PANDUAN AM UNTUK STAF SEKOLAH
SK BANDAR PUSAT
TAHUN 2020

1. Arahan Am

1.1 Selaku pegawai kerajaan, guru adalah tertakluk kepada segala arahan yang terdapat
dalam Perintah Am Kerajaan. Oleh itu semua guru dikehendaki membaca, memahami
dan juga mematuhi Perintah Am tersebut.

1.2 Guru dan staf sokongan sekolah dinasihatkan supaya membaca, memahami dan boleh
memtaksirkan dengan tepat akan kandungan Perintah Am dan Arahan Perkhidmatan
lain.

1.3 Guru hendaklah menghayati tatasusila profesion keguruan dan menjunjungnya sebagai
satu profesion dan bukan sebagai satu pekerjaan atau mata pencarian semata-mata.

1.4 Semua guru dan staf sokongan hendaklah mengamalkan dan menghayati prinsip-prinsip
Perkhidmatan Cemerlang.

1.5 Guru hendaklah mengamal dan menghayati Falsafah dan Matlamat Pendidikan Negara.

1.6 Meletakkan kepentingan murid dan sekolah lebih daripada kepentingan diri dalam
menjalankan tugas.

1.7 Bertanggungjawab menjaga dan menjamin keselamatan murid ketika berada di sekolah
dan menjaga harta benda sekolah.

1.8 Sentiasa mengamalkan kepimpinan yang berkesan dan dinamik serta cekap
menjalankan tugas.

2. Kedatangan

2.1 Jadual waktu belajar mesti dipatuhi seperti ditetapkan oleh pihak sekolah.

2.2 Guru dikehendaki berada di dalam kawasan sekolah selewat-lewatnya 7.30 pagi
sebelum waktu belajar dan ‘PUNCH CARD’ semasa sampai dan sewaktu balik sekolah.
Meminta individu lain untuk ‘punch card’ kehadiran adalah tidak dibenarkan.

2.3 Guru yang tidak dapat hadir atau terpaksa datang lewat hendaklah memberikan
kenyataaan dan sebab-sebab yang wajar. Guru mesti memaklumkan kepada Guru Besar
dan pihak sekolah secepat mungkin supaya jadual waktu ganti dapat disediakan serta
kenyataan di dalam eKehadiran Guru dapat dikemaskinikan dengan tepat oleh PT
berkenaan.

a. Ketidakhadiran pada tarikh atau tarikh-tarikh yang diketahui terlebih dahulu,
sama ada atas sebab-sebab persendirian atau atas arahan pihak-pihak yang
tertentu yang telah diluluskan hendaklah diberitahu sebelum hari yang terlibat
itu.

b. Ketidakhadiran secara tergempar, sekalipun mendapat cuti sakit, hendaklah
diberitahu seberapa segera pada hari itu juga dengan apa cara jua yang sesuai.

2.4 Guru-guru yang tidak hadir bekerja bukan disebabkan cuti sakit atau bukan diarahkan
menghadiri sesuatu mesyuarat, kursus dan sebagainya oleh pihak-pihak yang

SKBP....Menyempurnakan Kecemerlangan Masa Hadapan 24

Buku Panduan Pengurusan Sekolah 2020

diluluskan, dikehendaki meminta cuti dengan menyempurnakan Borang Permohonan Cuti.

2.5 Semua urusan peribadi guru hendaklah dibuat di luar waktu sekolah kecuali dalam
keadaaan kecemasan.

3. Keluar Waktu Mengajar

3.1 Guru tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah dalam masa waktu mengajar
kecuali jika ada sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan atau arahan dari Jabatan
Pendidikan / Pejabat Pendidikan Daerah dengan syarat mendapat kebenaran daripada
Guru Besar / Penolong Kanan.

3.2 Guru dikehendaki mengisi borang kebenaran keluar dan dituliskan dalam Buku Rekod
Keluar. Dapatkan tandatangan Guru Besar / Guru Penolong Kanan sebelum keluar.

Pihak Sekolah tidak akan bertanggungjawab di atas
apa-apa yang tidak diingini berlaku sekiranya guru-guru keluar

tanpa mendapat kebenaran daripada Guru Besar

3.3 Sebelum meninggalkan sekolah, guru diminta meninggalkan kerja bertulis untuk pelajar
melalui Guru Penolong Kanan / Penyelia Petang.

4. Cuti

4.1 Cuti Rehat / Cuti Penggal

Mengikut Surat Pekeliling Kementerian Pelajaran KP(PP) 0046.SJ/A/(30) bertarikh 24
Disember 1993, guru kelayakan mendapat cuti penggal sekolah untuk menggantikan
cuti rehat. Tetapi guru boleh dipanggil bertugas oleh Guru Besar tidak melebihi
sepertiga daripada jumlah cuti sesuatu tahun untuk menjalankan tugas-tugas seharian
daripada tugas mengajar.

4.2 Cuti Sakit

4.2.1 Kemudahan Cuti Atas Sebab Perubatan diberi oleh Ketua Jabatan atau Kuasa
Tertentu apabila disahkan sakit oleh Pegawai Perubatan Berdaftar, Lembaga
Perubatan atau Panel Doktor kerana tidak sihat untuk menjalankan tugas
jawatannya dengan disokong dengan Sijil Sakit yang diberikan oleh Pegawai
Perubatan Kerajaan atau Doktor Swasta.

4.2.2 ’Cuti Sakit’ adalah merupakan cuti bergaji penuh yang diberi atas sebab-sebab
Perubatan. Kelulusan Cuti Sakit bukan hak doktor tetapi hak ketua jabatan
atau Perkhidmatan.

4.2.3 Sijil Sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta yang melebihi dua hari terturut-
turut hendaklah disahkan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan.

4.2.4 Cuti Sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta tidak boleh melebihi 15 hari
dalam setahun.

4.2.5 Cuti sakit yang melebihi 90 hari setahun sama ada berterusan atau putus-putus
akan dilaporkan ke Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan
untuk menentukan pembayaran gaji.

SKBP....Menyempurnakan Kecemerlangan Masa Hadapan 25

Buku Panduan Pengurusan Sekolah 2020

4.3 Cuti Tanpa Gaji

4.3.1 Mengikut Perintah Am Bab Cuti Tanpa Gaji boleh dipohon di atas sebab-sebab
persendirian yang mustahak. Syarat minimum layak memohon Cuti Tanpa Gaji
Di dalam atau luar negeri ialah sekurang-kurangnya 6 bulan perkhidmatan.

4.3.2 Cuti Tanpa Gaji daripada kakitangan bukan guru hanya boleh diberi selepas
habis semua cuti rehatnya.

4.3.3 Kelayakan Cuti Tanpa Gaji ialah 30 hari bagi tiap-tiap genap tahun perkhidmatan
tetapi tidak melebihi 360 hari dalam perkhidmatan.

4.3.4 Cuti Tanpa Gaji untuk tujuan keluar negeri hanya boleh diambil sekali dalam
masa 4 tahun

4.3.5 Kelulusan Cuti Tanpa Gaji yang tidak melebihi 14 hari setahun adalah diluluskan
oleh Pengarah Pendidikan Negeri. Cuti yang melebihi 15 hari diluluskan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia. Borang permohonan hendaklah dihantar ke
Jabatan Pendidikan Negeri 10 minggu sebelum tarikh mula bercuti.

4.4 Cuti Sambilan

4.4.1 Cuti Sambilan ialah cuti bergaji penuh untuk guru sahaja.

4.4.2 Cuti boleh diluluskan oleh Guru Besar hanya atas sebab-sebab kecemasan dan
upacara agama bagi tempoh tujuh hari dalam setahun.

4.5 Cuti Keluar Negeri

4.5.1 Semua guru yang hendak bercuti ke luar negeri mesti mendapat kelulusan dari
Jabatan. Sila isikan borang permohonan yang ada di pejabat selewat-lewatnya
5 minggu sebelum tarikh bercuti.

5. Pendaftaran eOperasi, HRMIS, ePangkat serta eSPLG

5.1 Semua guru yang mengajar perlu mengemaskinikan maklumat di dalam sistem
berkenaan dari masa kesemasa untuk memudahkan pengurusan perkhidmatan masing-
masing.

5.2 Guru mestilah bertanggung jawab mengenai id dan password sendiri untuk
memudahkan urusan lanjut didalam sistem berkenaan.

6. Pakaian

6.1 Guru hendaklah berpakaian kemas, sesuai dengan profesion keguruan dan masyarakat
timur. Pakaian kemas ialah lambang keperibadian guru.

6.2 Pakaian berbentuk seluar panjang dan baju tanpa lengan, ketat, tidak dibenarkan bagi
guru perempuan.

6.3 Guru lelaki dikehendaki mempunyai potongan dan panjang rambut yang sesuai.

6.4 Guru yang mengajar Pendidikan Jasmani dikehendaki memakai pakaian yang sesuai.

SKBP....Menyempurnakan Kecemerlangan Masa Hadapan 26

6.4.1 Buku Panduan Pengurusan Sekolah 2020
6.4.2
Guru Perempuan – seluar trek/panjang yang sesuai, kemeja T Sukan, baju trek,
kasut sukan atau getah tanpa tumit.
Guru Lelaki – seluar pendek, seluar trek atau seluar panjang yang sesuai. Kemeja
T, kemeja sukan, baju trek atau jersi. Kasut sukan atau kasut getah tanpa tumit.

7. Perhubungan Sesama Guru

7.1 Guru sewajarnya memupuk hubungan peribadi dan profesional yang baik dan sihat
sesama guru dan sentiasa dapat mengawal tutur kata mereka. Juga diharapkan akan
dapat mewujudkan perasaan kekitaan.

7.2 Guru tidak dibenarkan mempengaruhi atau memaksa pandangan / fahaman/ pendapat
/ kepercayaan kepada guru ataupun pelajar atau staf sokongan sekolah yang lain.

7.3 Perhubungan yang berbentuk kumpulan yang berdasarkan kepada kaum, status sosial,
sosial ekonomi, kelulusan dan sebagainya adalah tidak dibenarkan sama sekali wujud di
sekolah.

8. Bilik Guru

8.1 Kebersihan dan keselamatan bilik guru adalah menjadi tanggungjawab semua guru. Ini
termasuk keselamatan harta benda di dalam bilik guru.

8.2 Guru hendaklah berada di bilik guru semasa tidak mengajar di kelas. Masa ini hendaklah
dianggap sebagai ‘non-teaching period’dan bukannya ‘free period’. Oleh itu guru
hendaklah menggunakan masa tersebut di bilik guru untuk perkara-perkara berkaitan
pengajaran dan pembelajaran sahaja.

8.3 Guru tidak digalakkan membenarkan pelajar dan orang luar serta jurujual berada di
dalam bilik guru. Bilik Guru eksklusif untuk guru sahaja.

8.4 Guru yang berada di bilik guru hendaklah sama-sama bertanggungjawab memastikan
suasana yang sesuai dan tidak mengganggu ketenteraman mana-mana pihak.

8.5 Jurujual / sesiapa yang tidak berkenaan adalah TIDAK DIBENARKAN sama sekali
berada di dalam Bilik Guru.

9. Perjawatan dan Pengajaran

9.1 Jikalau guru menghadapi sebarang masalah dalam bidang perjawatan, mereka boleh
berurusan dengan Pembantu Tadbir atau Guru Besar .

9.2 Guru yang menghadapi masalah di bidang pengajaran bolehlah berurusan dengan Ketua
Panitia, Guru Kanan, Penolong Kanan atau Guru Besar

10. Tugas

10.1 Guru akan diberi tugas-tugas berbentuk kurikulum, kokurikulum, pentadbiran dan
tugas khas. Mereka mesti melaksanakan tugas-tugas tersebut dengan dedikasi, cekap
dan tanggungjawab serta berkualiti dan berkesan.

10.2 Apabila diarahkan untuk melaksanakan sesuatu tugas/arahan misalnya, menghadiri
mesyuarat, pergi ke Jabatan Pendidikan atau ke sekolah lain, guru hendaklah mengambil

SKBP....Menyempurnakan Kecemerlangan Masa Hadapan 27

Buku Panduan Pengurusan Sekolah 2020
tindakan sendiri. Guru yang ditugaskan tidak boleh mengarahkan guru lain
melaksanakannya tanpa kebenaran Guru Besar.

11. Buku Rekod Mengajar / eBRM / Fail Pengajaran.

11.1 Setiap guru akan diberi sebuah Buku Rekod Mengajar dan bertangggungjawab terhadap
keselamatan buku tersebut. Semua butiran hendaklah disempurnakan dengan teliti,
kemas dan lengkap.

a. Jadual Waktu Persendirian dan kelas
b. Sukatan Pelajaran
c. Rancangan kerja tahunan / penggal
d. Rancangan kerja harian

- Mengandungi masa, kelas dan perkara lengkap.
- Aktiviti pengajaran dan nilai-nilai murni.
e. Markah Ujian Bulanan
f. Soalan-soalan ujian peperiksaan / bulanan
g. Senarai keputusan Peperiksaan Setengah Tahun dan Akhir Tahun
h. Senarai Nama Murid

Guru-guru adalah diberi ingatan JANGAN sekali-kali menyeleweng daripada sukatan
Pelajaran yang telah ditetapkan semasa mengajar satu-satu Pelajaran seperti
menyentuh soal-soal politik dan perkara-perkara sensitif

11.2 Jika seseorang guru bercuti, buku tersebut hendaklah diserahkan kepada Penolong
Kanan Pentadbiran / GPK.

11.3 Buku Rekod Mengajar hendaklah diserahkan kepada Guru Besar pada setiap hari Isnin
atau hari sebelumnya sekiranya pada hari Isnin diisytiharkan sebagai kelepasan am
atau pada akhir waktu persekolahan sebelum pulang. Rancangan harian serta butir-
butir pengajaran untuk hari pertama minggu berikutnya hendaklah disempurnkan
sebelum penyerahan ini.

11.4 Buku Rekod yang telah diisikan / direkodkan hendaklah dihantar buat pertama kalinya
pada akhir minggu pertama bulan Januari.

12. Jadual Waktu

12.1 Guru Darjah hendaklah menyediakan satu salinan jadual waktu untuk dipamerkan
dalam kelas sendiri.

12.2 Guru tidak dibenarkan mengubah jadual waktu yang telah ditetapkan tanpa kebenaran.

13. Jadual Kedatangan Pelajar

13.1 Setiap guru Darjah akan diberi sebuah buku kedatangan pelajar. Guru
bertanggungjawab memasukkan maklumat-maklumat yang diperlukan dan hendaklah
memahami dan mematuhi kehendak-kehendak mengenainya yang tercetak di bahagian
dalam kulit hadapan.

13.2 Jadual kedatangan pelajar hendaklah ditulis secara teratur, kemas dan ditanda pada
setiap hari oleh guru darjah pada waktu pertama. Sekiranya guru darjah tidak hadir,
Penyelaras kelas bertanggungjawab menandanya.

SKBP....Menyempurnakan Kecemerlangan Masa Hadapan 28

Buku Panduan Pengurusan Sekolah 2020

13.3 Buku ini hendaklah sentiasa berada di pejabat. Serahan hendaklah dibuat sebelum pukul
9.00 pagi setiap hari. Guru kelas juga mesti mengemaskini eKehadiran murid sebelum
pukul 9.00 pagi setiap hari.

13.4 Pelajar yang tidak hadir selama 3 hari berturut-turut atau berselang-seli dalam satu
minggu, ibu bapa/penjaga hendaklah dihubungi secara bertulis.

13.5 Analisis yang tepat mesti dibuat pada setiap akhir bulan dan akan disemak oleh GPK
HEM. Serahan kepada GPK HEM ialah pada setiap haribulan terakhir bulan berkenaan.

13.6 Guru tidak dibenarkan membawa balik Buku Jadual Kedatangan murid. Jadual
Kedatangan ialah Dokumen Rasmi Kerajaan.

14. Keselamatan Harta Benda Sekolah

14.1 Semua guru dikehendaki memberi kerjasama sepenuhnya dalam menjaga keselamatan
harta benda sekolah. Pelajar yang merosakkan harta benda sekolah sama ada dengan
sengaja atau tidak sengaja hendaklah dibawa ke pengetahuan pihak sekolah.

14.2 Ketua Panitia / Guru Kanan hendaklah memastikan ada peraturan-peraturan mengenai
penggunaan alat-alaat dan bilik-bilik tertentu seperti makmal, bengkel dan lain-lain.

15. Kebersihan

15.1 Setiap guru bertanggungjawab menjaga kebersihan sekolah. Jadual giliran bertugas
pelajar hendaklah disediakan oleh guru kelas. Alatan membersihkan kelas hendaklah
digunakan dengan rapi dan disimpan dengan selamat.

15.2 Guru Kanan / Ketua Panitia dan guru lain yang mempunyai bilik khas/tempat khas
(bengkel bilik kaunseling, makmal dan lain-lain) bertanggungjawab untuk menjaga bilik
tersebut.

15.3 Kebersihan kawasan sekolah adalah bertanggungjawab semua guru, staf sokongan dan
pelajar.

16. Surat-menyurat

16.1 Semua surat rasmi hendaklah dikirimkan melalui Guru Besar untuk disampaikan
kepada pihak berkenaan. Surat Rasmi tidak boleh dikirim sendiri oleh mana-mana guru
tanpa melalui Guru Besar.

17. Surat Yang Diterima

17.1 Ada surat yang diterima oleh sekolah akan diedar kepada guru untuk diambil tindakan
mengikut bidang tugas / jawatankuasa masing-masing. Guru berkenaan hendaklah
mengambil tindakan segera dan betul terhadap surat-surat tersebut.

17.2 Jika surat itu dituju kepada guru dengan dinyatakan melalui dan salinan kepada Guru
Besar, surat itu boleh disimpannya sendiri setelah mengambil tindakan.

17.3 Jika surat itu ditujukan kepada Guru Besar dan Guru Besar mengedarkannya untuk
tindakan guru yang berkenaan, maka guru itu hendaklah :

SKBP....Menyempurnakan Kecemerlangan Masa Hadapan 29

Buku Panduan Pengurusan Sekolah 2020
17.3.1 Mengambil fail yang berkenaan di pejabat jika fail itu tidak ada dalam

simpanannya,

17.3.2 Mengambil tindakan yang diperlukan.

17.3.3 Memulangkan semula fail itu ke pejabat.

18. Pergi ke Jabatan Pendidikan / Jabatan Pendidikan Daerah

18.1 Guru-guru tidak digalakkan pergi ke KPM atau Jabatan Pendidikan Negeri atau Pejabat
Pendidikan Daerah untuk urusan peribadi tanpa memaklumkan kepada Guru Besar /
GPK.

19. Pelawat

19.1 Semua pelawat DIMESTIKAN berjumpa dengan Guru Besar / GPK terlebih dahulu. Guru
tidak dibenarkan berbincang dengan wakil-wakil firma atau penjual-penjual kecuali
dengan kebenaran Guru Besar atau wakilnya.

20. Membeli Barang / Alatan menggunakan Peruntukan Wang Kerajaan / SUWA.

20.1 Guru yang hendak membeli barang mesti memohon kebenaran dengan menggunakan
Borang Nota Minta yang boleh didapati di pejabat.

20.2 Borang itu mesti mendapat pengesahan daripada Ketua Panitia / Guru Kanan /
Penolong Kanan sebelum diluluskan oleh Guru Besar.

20.3 Semua pesanan yang lebih RM 50.00 mesti dibuat melalui Borang Pesanan Tempatan.

20.4 Segala invois mesti ditandatangani oleh guru yang menerima dan direkodkan dalam
buku stok dengan kemas.

20.5 Pembelian barang-barang TANPA PENGETAHUAN Guru Besar TIDAK AKAN dibayar
oleh pihak sekolah

20.6 Setiap barang yang diterima hendaklah disenaraikan ke dalam Buku Stok Sekolah.

21. Kegiatan Kokurikulum / Luar Bilik Darjah

21.1 Semua guru akan ditugaskan menjadi penasihat kegiatan kokurikulum. Tugas ini
hendaklah dijalankan dengan cekap dan teratur serta terancang dengan mengambil kira
keselamatan murid tanpa kompromi berpandukan Buku Panduan Pengurusan
Kokurikulum KPM.

22. Perhimpunan Sekolah

22.1 Semua guru mesti menghadiri perhimpunan sekolah pada masa-masa dan hari-hari
yang ditetapkan.

22.2 Guru lelaki hendaklah memakai tali leher dan baju kemeja berlengan panjang. Memakai
blazer amat digalakkan.

22.3 Guru akan bersama-sama pelajar membaca doa, menyanyikan Lagu Negaraku, Lagu
Negeri, Lagu Sekolah dan membaca Ikrar Rukunegara.

SKBP....Menyempurnakan Kecemerlangan Masa Hadapan 30

Buku Panduan Pengurusan Sekolah 2020

23. Mesyuarat Guru

23.1 Dari masa ke masa Guru Besar akan memanggil mesyuarat guru. Kedatangan semua
guru ke mesyuarat ini adalah diwajibkan pada masa ditetapkan.

23.2 Guru diwajibkan menghadiri mesyuarat yang dipanggil oleh Guru Kanan / Ketua Panitia
dan jawatankuasa berkenaan.

24. Buku Stok / Inventori

24.1 Guru Kanan atau Ketua Panitia bertanggungjawab menguruskan buku stok/inventori
dan memastikan maklumat dalam buku stok atau inventori adalah tepat, lengkap dan
sentiasa dikemaskini. Buku ini akan disemak dari masa ke masa oleh Guru Besar / Guru
Penolong Kanan / Pegawai ASET yang telah dilantik dikalangan guru.

25. Tanda Nama

25.1 Semua guru hendaklah memakai tanda nama yang rasmi pada hari persekolahan, majlis
rasmi di sekolah/ di luar sekolah.

26. Keahlian Kelab Guru / PIBG

26.1 Semua guru secara automatik menjadi ahli kelab guru ( KGKT ) dan PIBG.

26.2 Jumlah yuran kelab guru tertakluk kepada keputusan mesyuarat dan perlu dijelaskan
seperti yang telah ditetapkan.

27. Penggunaan Alatan sekolah / Hak Kerajaan

27.1 Penggunaan alat-alat hendaklah betul serta mengikut peraturan.

27.2 Mesti mendapat kebenaran daripada Ketua-ketua Bahagian atau Penjaga Stok.

27.3 Bertanggungjawab menggunakan alat-alat dengan baik dan memulangkan kembali
dengan segera serta berkeadaan baik.

27.4 Jika rosak hendaklah dilaporkan dengan serta-merta.

28. Arahan / Siaran dan Pekeliling

28.1 Setiap arahan dan surat pekeliling yang dikeluarkan oleh Guru Besar hendaklah dibaca
dengan teliti dan dipatuhi serta ditandatagani selepas membacanya.

28.2 Sekiranya arahan dan surat pekeliling itu diberi terus, guru hendaklah menyimpannya
di dalam fail khas.

28.3 Sekiranya surat pekeliling itu dari Kementerian, Jabatan Pendidikan / PPD guru
hendaklah mengembalikan dengan segera ke pejabat sekolah setelah tindakan diambil.

29. Telefon / Fax / email.

29.1 Penggunaan telefon/fax/email sekolah hanyalah untuk urusan rasmi sahaja. Guru
hendaklah menggunakan telefon tangan sendiri atas urusan peribadi.

SKBP....Menyempurnakan Kecemerlangan Masa Hadapan 31

Buku Panduan Pengurusan Sekolah 2020

30. Kunci

30.1 Semua kunci mesti disimpan di pejabat.

30.2 Sekiranya guru hendak menyimpan kunci pendua bilik-bilik tertentu, dia mestilah
mendapat kebenaran daripada Guru Besar. Guru tersebut bertanggungjawab terhadap
bilik tersebut sepenuhnya.

31. Acara atau Majlis Sekolah

31.1 Semua guru DIWAJIBKAN hadir dalam semua majlis atau acara rasmi sekolah termasuk
Mesyuarat Agong PIBG.

32. Borang Maklumat Diri, HRMIS, eOperasi, eSPLG, ePangkat.

32.1 Setiap guru hendaklah menyempurnakan segala perkara yang berkaitan dalam BORANG
MAKLUMAT DIRI yang disediakan oleh sekolah dan bertanggungjawab mengemaskini
butiran di dalam sistem elektronik ( e ) berkenaan.

32.2 Guru-guru melaporkan diri dikehendaki mendapatkan borang tersebut di pejabat
sekolah dan menyempurnakannya. Guru-guru yang sedang berkhidmat dan telahpun
menyempurnakan borang serta sistem tersebut dikehendaki menambah maklumat-
maklumat terbaru / terkini sekiranya ada.

32.3 Adalah menjadi tanggungjawab guru-guru untuk mengetahui dan boleh memberikannya
pada bila-bila masa dengan tepat dan betul butir-butir yang penting mengenai
perjawatannya, misalnya :-

a. Nombor Fail Perkhidmatan
b. Tarikh Lantikan
c. Tarikh Disahkan Dalam Jawatan
d. Gaji Sekarang
e. Tarikh Kenaikan Gaji
f. Lain-lain maklumat sekiranya ada termasuk kelulusan/ijazah terkini.

33. Pungutan Wang ( sekiranya berkenaan )

Sebarang kutipan wang dari pelajar-pelajar untuk maksud apa pun selain daripada yang diluluskan
ADALAH DILARANG.Apa-apa jua pungutan misalnya derma, pembelian buku-buku, risalah dan
sebagainya yang dicadang hendaklah terlebih dahulu dikemukakan kepada Guru Besar dan kebenaran /
surat rasmi daripadanya perlu diperolehi sebelum berbuat demikian.

SKBP....Menyempurnakan Kecemerlangan Masa Hadapan 32

Buku Panduan Pengurusan Sekolah 2020

TANGGUNGJAWAB DAN PERANAN
GURU DI DALAM BILIK DARJAH

1. Kekemasan dan keselesaan bilik darjah

1.1 Susunan kerusi, meja, penyapu, bakul sampah dan alatan lain eloklah disusun dalam
keadaan yang kemas dan teratur sepanjang masa. Pamerkan senarai stok perabot /
peralatan kelas.

1.2 Alat-alat mengajar yang sesuai dengan pengajaran digantung atau dipamerkan dengan
jelas dan kemas supaya dapat dilihat oleh murid.

1.3 Keadaan bilik darjah ( luar dan dalam )
1.4 Alat-alat mengajar berbentuk konkrit, carta-carta, model-model, peta-peta dan

sebagainya diadakan secukupnya dan bersesuaian dengan tajuk-tajuk pengajaran.
1.5 Jadual Waktu Kelas, Jadual Tugasan Murid, Senarai Projek Bacaan Tambahan (Tahun 3-

Tahun 6). Pekeliling-pekeliling untuk murid dan perkara lain yang difikirkan perlu
dipamerkan dengan teratur dan kemas sepanjang masa yang sesuai.
1.6 Suasana bilik darjah akan menjadi lebih tenang dan selesa dengan adanya perhiasan
yang tertentu ( sesuai ). Ini akan menggembirakan lagi murid-murid dan juga pelawat.
1.7 Tempat-tempat mengasah pensil yang khas seperti tin-tin susu kosong elok disediakan
supaya murid-murid tidak mengasah pensil di dalam meja mereka atau di tingkap
berhampiran bakul sampah.
1.8 Bakul-bakul sampah dan juga penyapu-penyapu yang sepatutnya sahaja berada di
dalam tiap-tiap satu kelas.

2. Guru dan murid dalam bilik darjah.

2.1 Apabila loceng dibunyikan, semua murid hendaklah berada di dalam bilik darjah
menunggu ketibaan guru apabila guru sampai hendaklah menbaca doa.

2.2 Apabila loceng dibunyikan menandakan tamatnya persekolahan pada hari itu, murid
hendaklah beratur mengikut barisan dan bersalaman dengan guru dan diringi dengan
selawat kepada Nabi sebelum pulang. Guru adalah orang terakhir meninggalkan kelas.

2.3 Menghormati pelawat dan guru.
Murid-murid bangun dan memberi hormat semasa guru dan pelawat masuk bilik darjah.
Murid menggunakan bahasa yang baik ( standard ). Ketertiban harus diawasi.

2.4 Suasana belajar yang terkawal dan berkesan.
Menjawab dengan tertib apabila disoal. Berdiri semasa bercakap dengan guru atau
pelawat. Angkat tangan apabila hendak menjawab atau bertanya. Aktivit-aktiviti
berkumpulan dalam kelas dijalankan dengan pengawasan. Tidak membuat bising
semasa pembelajaran atau pun semasa ketiadaan guru.

2.5 Keluar masuk kelas.
Meninggalkan kelas dalam kumpulan kecil sahaja (tidak melebihi 2 orang) dengan
kebenaran guru atau ketua kelas (semasa ketiadaan guru dalam kelas). Ketuk pintu dan
memberi salam sebelum masuk ke kelas (di mana sesuai). Apabila memasuki kelas lain,
setelah ketuk pintu, ucapan hormat hendaklah diberi kepada guru yang berada di dalam
kelas tersebut sebelum meminta atau pun menyampaikan berita kepada guru tersebut.

2.6 Guru hendaklah bersama-sama dengan murid secara teratur dan terkawal untuk keluar
/ balik dari / ke kelas ke bilik-bilik khas atau padang setiap masa.

SKBP....Menyempurnakan Kecemerlangan Masa Hadapan 33

Buku Panduan Pengurusan Sekolah 2020

2.7 Kekemasan murid.
Pakaian sekolah yang kemas, bersih, sesuai dan lengkap. Rambut diminyakkan dan
didandan rapi (bagi murid perempuan) kuku, gigi dan rambut diawasi. Baju dimasukkan
dengan kemas di dalam seluar setiap masa (bagi murid lelaki).

2.8 Pada waktu rehat, murid tidak dibenarkan berada di dalam bilik darjah.

3. Lampu dan kipas
Lampu dan kipas hanya dipasang pada masa sesuai contohnya cuaca panas, selepas PJ atau
semasa cuaca agak gelap. Lampu dan kipas hendaklah dipadamsemasa tiada murid/guru di
dalam kelas. Ketua / Penolong Ketua Kelas perlulah mengambil perhatian perkara ini.

4. Sudut-sudut mata Pelajaran
i. Sudut-sudut hendaklah mempamerkan bahan-bahan yang sesuai/salinan fotostat hasil
kerja murid, bahan-bahan P&P atau lembaran kerja murid.
ii. Bahan yang dipamerkan hendaklah menarik, kreatif, kemas serta teratur susun aturnya.
Bahan hendaklah digantikan mengikut kesesuaian atau sekurang-kurangnya sekali
sebulan. Bahan terkoyak, tidak kemas dielakkan.

1. Peraturan umum kelas
i. Semua urusan orang luar dan ibu bapa dengan ahli kelas mestilah melalui kebenaran
pentadbir terutamanya untuk membawa keluar mana-mana murid.
ii. Murid perlu berbaris ketika keluar kelas untuk rehat ( waktu rehat ) atau keluar pulang.
Ketua kelas di depan, penolong ketua kelas di belakang sekali. Elakkan berlari, bertolak-
tolak atau membuat bising.
iii. Hanya murid yang bertugas berada di kelas waktu pagi atau sebelum loceng pertama
berbunyi. Murid lain perlu berada di kawasan bertugas yang ditetapkan. Waktu PJ /
aktiviti persekolahan, semua murid berada di padang / tempat permainan / kawasan
ditetapkan.
iv. Setiap kelas mesti mempunyai JADUAL WAKTU dan JADUAL BERTUGAS yang jelas.
v. Murid yang ingin menyiapkan kerja rumah bolehlah melakukannya di pondok bacaan,
kantin atau perpustakaan sekolah.
vi. Tingkap dan pintu kelas eloklah ditutup selepas waktu persekolahan berakhir.

2. Pengurusan kelas untuk guru
Adalah amat penting guru-guru memastikan keadaan kelas cukup selesa dan bersedia
SEBELUM memulakan proses P & P. Panduan umum ke arah itu ialah seperti berikut:-

i. 5 minit pertama
 Bacaan Doa
 Mengambil kedatangan
 Pengurusankebersihan
 Menulis LO/SC
 5 minit Bahasa Inggeris
 5 minit Matematik
 Motivasi / kebajikan murid

ii. Memulakan proses P & P
iii. 5 minit terakhir

 Menyemak LO/SC
 Kerja rumah
 Nasihat / peringatan / pengumuman
 Menyimpan semula carta / ABM / OHP / Peralatan
 Urus sudut mata Pelajaran

SKBP....Menyempurnakan Kecemerlangan Masa Hadapan 34

Buku Panduan Pengurusan Sekolah 2020

Perkara berikut patut disediakan di dalam kelas :

 Carta Organisasi Kelas / Menulis / membuat moto kelas.
 Menampal visi dan misi sekolah.
 Menampal Jadual Waktu Kelas terkini.
 Keceriaan yang sesuai dengan kombinasi susun atur, warna, keceriaan
 Mempunyai gambar-gambar sesuai / sudut matapelajaran.
 Bakul sampah / penyapu / Alas meja guru / murid.
 Langsir kelas.
 Sudut pengiktirafan guru / murid.
 Yuran kelas yang sesuai
 Fail kelas / rekod kerja rumah, aktiviti / kegiatan kelas serta lain-lain dokumentasi

berkaitan kelas.

8. Peranan dan Tingkah Laku Guru.

8.1 Jauhilah dari makan, minum, menghisap rokok, membaca suratkhabar atau majalah
kecuali ianya sebagai satu bahan pengajaran pada ketika itu.

8.2 Jauhilah dari menggunakan bahasa-bahasa yang tidak sedap dituturkan. Bahasa
tempatan atau loghat tempatan tidak digalakkan.

8.3 Pakaian yang tidak sempurna atau “ rugged “ tidak dibenarkan. Baju batik, ‘sport shirt’,
baju T ( kecuali PJ ), baju hawai dan seluar jeans tidak dibenarkan. Pakailah pakaian
yang sesuai sebagai seorang pendidik.

8.4 Meninggalkan kelas tanpa sebab yang wajib atau tanpa kebenaran adalah satu perkara
yang tidak baik. Digalakkan dengan inisiatif sendiri menggantikan kelas yang tidak ada
guru sehingga Jadual Ganti siap.

8.5 Segala pengajaran hendaklah berkesan;

 Ubahlah pengajaranmu mengikut kebolehan murid.
 Selalu bersikap kreatif dan sedia menerima teguran dan tunjuk ajar.
 “Pada diri seorang mukmin ada perkara yang boleh saya pelajari. Dalam hal ini saya

adalah muridnya “.
 “Kami telah bekerja dengan cara ini, dan tidak diubah lagi “ . Keluhan begini

menunjukkan tingkat kedewasaan masih rendah.
 “Nilai manusia tidak terletak pada yang tahu, tetapi terletak pada kemahuannya”.

Jadi, sesungguhnya pengetahuan tinggi, kemahuan tidak ada, maka tidak ada makna
“ MANUSIA ITU BERNILAI”.

8.6 Bersikap positif, ambil tahu dan ambil berat terhadap murid dan tanggungjawab adalah
satu perkara yang patut diamalkan.

“ Tidak ada bendapun yang lebih mahal daripada kemerdekaan, dan tidak ada bahagian
yang lebih besar daripada menunaikan kewajipan “.

(Saidina Ali)

8.7 Bersikap sensitif dan kreatif terhadap tugasan harian ( mendidik murid-murid sehingga
berjaya ) tanpa mengira masa dan kepentingan diri.

SKBP....Menyempurnakan Kecemerlangan Masa Hadapan 35

Buku Panduan Pengurusan Sekolah 2020

TINGKAH LAKU NEGATIF
SEORANG GURU / PENDIDIKAN

Tingkah laku yang mesti dielakkan waktu mengajar.

1. Berdendam terhadap murid.
2. Meninggalkan kelas dengan sengaja ( kalau meninggalkan kelas atas arahan Guru Besar atau

GPK, kerja sendirian hendaklah diberikan kepada murid.
3. Menghukum murid dengan emosi.
4. Mengajar sambil duduk terutama pada awal pengajaran harian.
5. Sengaja masuk lewat ke kelas.
6. Memeriksa buku latihan sehingga terganggu Pelajaran sepatutnya.
7. Berborak atau bersembang antara seorang guru dengan yang lain.
8. Membaca surat khabar dan majalah-majalah.
9. Menggunakan Telefon Tangan / HP untuk urusan peribadi , bersembang.
10. Membiarkan murid berkeliaran dalam kelas tanpa pengawasan guru.
11. Membuat ringkasan mengajar ataupun memeriksa kertas-kertas jawapan peperiksaan.
12. Membiarkan murid membuat kotor pada bangku, kerusi, papan hitam, dinding dan sebagainya.
13. Melayari Laman Sosial seperti FB, Twiter, Wsup, Web / Blog peribadi.
14. Menyebarkan fahaman politik tertentu secara nyata atau terselindung kepada murid.

TINGKAH LAKU YANG MESTI JUGA DIELAKKAN
SEMASA DALAM KAWASAN SEKOLAH

1. Ketawa kuat ( mengilai ), menjerit atau melolong.
2. Makan dan minum semasa berjalan.
3. Bergurau secara berlebihan dengan murid/sesama guru.
4. Meninggalkan sekolah tanpa kebenaran Guru Besar atau GPK atau penyelia petang.
5. Meminta murid membeli makanan dan membawanya kepada guru semasa waktu persekolahan.
6. Berniaga sesama guru.
7. Berpakaian yang tidak sesuai dengan keadaan spt memakai selipar sewaktu tugas rasmi.
8. Mendiamkan diri apabila melihat murid membuat kesalahan seperti membuat bising,

membuang sampah merata-rata, berkelahi, berpakaian yang tidak sempurna, menggunakan
bahasa yang kotor, mengambil barang orang tanpa kebenaran dan sebagainya.
9. Berlama-lamaan serta membuang masa di kantin sekolah dan di tempat tertentu di dalam
kawasan sekolah.
10. Memencilkan diri serta tidak mengambil cakna urusan sekolah dan murid seperti kera sumbang
sama ada dengan rakan sejawat, kakitangan, murid atau masyarakat.

SKBP....Menyempurnakan Kecemerlangan Masa Hadapan 36

Buku Panduan Pengurusan Sekolah 2020

LAPORAN DAN TINDAKAN
GURU BERTUGAS HARIAN

Sila catatkan di dalam “BUKU CATATAN HARIAN” perkara-perkara yang terlibat ( meliputi 4 bahagian
) dan tindakan yang telah diambil atau perkara yang dilaporkan, jika perkara tersebut timbul sebarang
masalah bincang dengan GPK 1/GPK HEM/GPK Kokurikulum mana-mana yang sesuai dengan bidang
tugas sekiranya perkara tersebut perlu diselesaikan dengan segera.

1. Perjalanan ke Sekolah
1.1 Kehadiran Guru : Merekodkan nama guru yang tidak hadir

1.2 Perhimpunan : Mengawal dan menjalankan perhimpunan pada
hari yang ditetapkan

1.3 Loceng Sekolah : Mengawal waktu loceng

1.4 Bendera : Dua (2) bendera dinaikkan dan diturunkan
mengikut cuaca dan keadaan

1.5 Aktiviti : mesyuarat, latihan, perlawanan sukan dan

2. Disiplin Permainan di dalam dan di luar kawasan sekolah

2.1 Kehadiran Murid : Meninggalkan kawasan sekolah sama ada
dengan kebenaran atau tidak

: Merekodkan nama murid yang dibawa keluar
oleh penjaga dalam waktu persekolahan.
2.2 Pakaian Murid : Bersih,rapidansesuai dengan keadaan

2.3 Keselamatan semasa.
: Pergaduhan sesama murid, peras ugut,

Pencerobohan dari luar dan kemalangan ke atas
murid jika berlaku dan menyatakan tindakan yang telah

3. Kebersihan diambil secara ringkas.

3.1 Bangunan Sekolah : Bilik-bilik darjah, Bilik Guru, Bilik Gerakan,
Perpustakaan, Kantin, tandas Guru dan

Tandas Murid.
3.2 Kawasan Sekolah : Tempat perhimpunan, Dewan Sekolah, Sekitar

Bangunan Sekolah dan di bawah pokok peneduh.
3.3 Taman : Kesegaran pokok-pokok dan kesesuaian

Tanaman dan tempat.
3.4 Lain-lain perkara yang difikirkan sesuai dan perlu.

4. Lawatan
4.1 Pelawat-pelawat rasmi sekolah.
4.2 Lawatan keluar yang dianjurkan oleh pihak sekolah.
4.3 Lawatan oleh Pegawai PPD / JPNP / Bahagian / Kementerian.
4.4 Lain-lain perkara yang difikirkan sesuai dan perlu.

SKBP....Menyempurnakan Kecemerlangan Masa Hadapan 37

Buku Panduan Pengurusan Sekolah 2020

PANDUAN AM TUGAS JAWATANKUASA
SK BANDAR PUSAT
TAHUN 2020

TUGAS-TUGAS JAWATANKUASA KURIKULUM SEKOLAH
1. Menentukan pelaksanaan MP, Sukatan Pelajaran / Kurikulum secara keseluruhannya.
2. Menyelaras Rancangan Pengajaran di antara guru-guru bagi setiap aliran darjah dalam

Perancangan Semester, Minggu dan Harian.
3. Mempastikan perjalanan Panitia-panitia Matapelajaran.
4. Membantu di dalam pengurusan dan penyediaan peralatan Teknologi Pendidikan, Pusat

Sumber dan Bengkel serta FrogVLE.
5. Mengkaji Penggunaan dan penyelenggaraan bahan-bahan sumber pendidikan dan alat Bantu

mengajar.
6. Mengadakan program bimbingan dalam latihan mengajar bagi guru-guru sandaran

menjalankan tugas harian mereka.
7. Mengkaji dan menentukan program EduWebs TV dan lainnya boleh diikuti dengan sebaik

mungkin.
8. Mengkaji laporan-laporan berkaitan dengan kurikulum dan mencadangkan tindakan-tindakan

susulan seperti Perkembangan Staf, Kelas Pemulihan dan perkara yang berkaitan.
9. Pengagihan dan penyediaan bahan ujian, semakan bahan serta penyimpanan bahan ujian yang

diiktirafkan sebagai sulit dan terhad.
10. Menyelaras pengurusan dan perjalanan kegiatan-kegiatan bimbingan dan pemulihan.
11. Mengkaji dan menyelaras segala jenis program kurikulum yang dianjurkan oleh sekolah,

Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran.
12. Membantu majlis kurikulum membuat penilaian mengenai perancangan dan pelaksanaan

pengajaran dan pembelajaran serta membuat cadangan untuk mengatasi kelemahan yang anda.
13. Merancangkan dan menyediakan takwim ujian PKBS, bulanan dan penggal.
14. Membantu merancangkan dan menentukan bahan Pusat Sumber, lain-lain buku bacaan dan

kerja tambahan serta keseluruhannya.
15. Merancang dan menyelaras pengurusan PBS dan SAPS yang berkesan dan kemaskini.

SKBP....Menyempurnakan Kecemerlangan Masa Hadapan 38

Buku Panduan Pengurusan Sekolah 2020

TUGAS-TUGAS JAWATANKUASA HAL EHWAL MURID

1. Melibatkan guru-guru dalam meningkatkan kebajikan sekolah dengan memberi fikiran dan
pandangan melalui perbincangan dalam menggubal peraturan-peraturan sekolah dan jika perlu
mengkaji semula dari masa ke semasa.

2. Kes-kes disiplin yang berat perlu dirujuk kepada Guru Besar sebelum tinadakan diambil ke atas
pelajar berkenaan.

3. Membincangkan masalah dan pelaksanaan bantuan / kebajikan murid dengan tujuan untuk
membimbing dan membantu dalam menangani masalah tersebut.

4. Menimbang dan menerima pandangan dan cadangan dari pelajar, guru, serta ibu bapa mengenai
hal-hal yang berkaitan dengan disiplin sekolah.

5. Memberi bimbingan dan panduan dalam hal perlantikan pengawas-pengawas sekolah.

6. Merancang segala aktiviti yang berpusatkan pelajar demi kepentingan mereka.

7. Mesyuarat

7.1 Ada dua jenis mesyuarat jawatankuasa ini iaitu mesyuarat sidang penuh dan mesyuarat
sidang kes. Kekerapan kedua-dua mesyuarat ini diadakan adalah terpulang kepada
keperluan dan budi bicara guru besar.

7.2 Mesyuarat sidang penuh ialah mesyuarat yang diadakan bagi membentangkan dan
membincangkan peraturan yang digubal, membentangkan dan membincangkan
cadangan tambahan dan pindaan kepada peraturan yang ada dan membincangkan
perkara-perkara yang berkaitan dengan kebajikan pelajar-pelajar. Semua Ahli
Jawatankuasa dikehendaki hadir.

7.3 Mesyuarat sidang kes ialah mesyuarat yang diadakan dari semasa ke semasa mengikut
keperluan tertentu apabila Guru Besar / Pengerusi berpendapat bahawa sidang
demikian perlu diadakan.

2.4 Dalam semua mesyuarat sidang kes Ahli Jawatankuasa dikehendaki hadir.

3. Mengawasi dan memantau Program Penswastaan Kebersihan dan Kawalan Keselamatan
Sekolah.

SKBP....Menyempurnakan Kecemerlangan Masa Hadapan 39

Buku Panduan Pengurusan Sekolah 2020

TUGAS-TUGAS JAWATANKUASA KOKURIKULUM
1. Merancang aktiviti kokurikulum sekolah – Rancangan Jangka Pendek / Panjang.
2. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 2 kali setahun.
3. Menentukan peraturan kokurikulum sekolah.
4. Menentukan takwim dan jadual aktiviti.
5. Memastikan penglibatan pelajar menyeluruh.
6. Memastikan sekolah mengambil bahagian dalam kegiatan kokurikulum peringkat daerah /

negeri / kebangsaan / Antarabangsa.
7. Memastikan guru mematuhi prosedur keselamatan, takwim dan jadual kokurikulum.
8. Menentukan tarikh Temasya Sukan Sekolah, Merentas Desa, Hari Aprisiasi Kokurikulum dan

temasya lain.
9. Menilai aktiviti kokurikulum dan membuat laporan tahunan.
10. Memastikan konsep sukan untuk semua dan sukan untuk elit dilaksanakan di sekolah.
11. Membuat anggaran perbelanjaan dan menentukan peruntukan kewangan yang akan digunakan.
12. Memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada guru dan pelajar yang telah menunjukkan

prestasi cemerlang dalam bidang masing-masing.
13. Memastikan semua tempat, Stor Sukan dan alatan selamat digunakan oleh pelajar.
14. Memastikan Pelaksanaan Program 1M1S dan Karnival Sukan/Permainan Sekolah.
15. Memastikan semua Fail diurus dengan kemas mengikut Buku Panduan Pengurusan

Kokurikulum KPM.

SKBP....Menyempurnakan Kecemerlangan Masa Hadapan 40

Buku Panduan Pengurusan Sekolah 2020

PANDUAN AM TUGAS
GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEPENUH MASA (GBSM)

1. Meneliti, mengkaji dan mengenalpasti keperluan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di
sekolah berasaskan kepada pendekatan perkembangan, pencegahan, pemulihan dan krisis
dalam bidang akademik, kerjaya, psikososial dan kesejahteraan mental, ibubapa dan masalah
murid.

2. Merancang, melaksana dan menyediakan rancangan tahunan Bimbingan dan Kaunseling di
sekolah.

3. Merancang mengawalselia dan mengemaskini rekod dan inventori murid.

4. Mengumpul, menyedia dan menyebar maklumat serta resos Bimbingan dan Kaunseling dalam
bidang akademik, kerjaya, psikososial dan kesejahteraan mental, keibubapaan dan kemahiran
mengatasi masalah kepada murid melalui sebarang media yang sesuai bertujuan untuk
meningkatkan potensi murid secara optimum.

5. Memberi perkhidmatan bimbingan . kaunseling individu secara professional dan beretika.

6. Memberi perkhidmatan bimbingan / kaunseling kelompok secara professional dan beretika.

7. Memberi khidmat bimbingan / kaunseling krisis kepada murid dan individu-individu yang
berkaitan dengan kes.

8. Merancang, menyedia dan mengurus pendidikan perkembangan kerjaya.

9. Merancang, melaksana dan mengawalselia program dan aktiviti bimbingan murid termasuk
program pendidikan pencegahan dadah, inhalan, rokok, alkohol, bimbingan / kaunseling
HIV/AIDS dan disiplin murid.

10. Merancang, melaksana dan mengawalselia program dan aktiviti perkhidmatan konsultasi dan
rujukan, berhubung bidang-bidang di bawah perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.

11. Merancang, melaksana dan mengawalselia program dan aktiviti konferens dengan ibubapa,
guru, kakitangan bukan guru dan agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang terlibat dalam
proses pendidikan dan perkembangan murid.

12. Urusetia kepada Jawatankuasa Penyelaras Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling ; Program
Sekolah Selamat ; Dasar Pendidikan Wajib ; Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris dan
Dasar Bahasa Tambahan dan Jawatankuasa Penepatan ( kemasukan ) murid di sekolah.

13. Menyediakan laporan tahunan program dan aktiviti Bimbingan dan Kaunseling di sekolah dan
mengemaskini sistem fail, rekod dan dokumentasi perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.

14. Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Ketua Jabatan dari semasa ke semasa.

SKBP....Menyempurnakan Kecemerlangan Masa Hadapan 41

Buku Panduan Pengurusan Sekolah 2020

BIDANG DAN TANGGUNGJAWAB

Bagi menjamin matlamat dan objektif Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling tercapai, kaedah
penyampaian perkhidmatan kepada kumpulan sasar adalah amat penting. Keberkesanan perkhidmatan
akan dapat mewujudkan pelajar yang seimbang, berjiwa besar dan waja, berwawasan dan
berketerampilan. Usaha-usaha untuk membina insan-insan yang terus maju ke arah hidup yang
bermakna bagi kesejahteraan diri, masyarakat dan negara perlu dilaksanakan dengan secara seimbang
dalam semua bidang seperti berikut :

BIL BIDANG INPUT KAEDAH
1 AKADEMIK
1.1 Pemilihan mata pelajaran Bimbingan kelompok
2 KERJAYA elektif Bimbingan individu
Kaunseling kelompok
1.2 Kemahiran Belajar Kaunseling individu
a. Membaca Biblio kaunseling
b. Mencacat/mengambil Kursus
nota Bengkel
c. Pengurusan masa Seminar
d. Pengurusan diri Kem/Perkhemahan
e. Mendengar Tayangan Video
f. Mengingat Taklimat
g. Mengulangkaji Kolokium
h. Teknik menjawab soalan Tutor Sebaya
peperiksaan Mentor Mentee
Pembimbing Rakan Sebaya
i. Menghadapi peperiksaan (PRS)
1.3 Pengumpulan Lawatan
maklumat Ceramah
pelajaran atau peluang Pameran
Bank Maklumat manual
melanjutkan pelajaran di Bank Maklumat berkomputer
sekolah menengah / institusi Bimbingan kelompok
Bimbingan individu
pengajian tinggi Lawatan
Ceramah
2.1 Inventori Forum
2.2 Inventori personaliti Seminar
2.3 Inventori nilai Tayang Video
2.4 Pemilihan mata pelajaran Pertandingan-pertandingan :
elektif - Esei
2.5 Pengumpulan - Buku Skrap kerjaya
kerjaya. maklumat - Poster

2.6 Pendedahan kerjaya
2.7 Peluang latihan kerjaya
2.8 Penyebaran maklumat

3 PSIKO SOSIAL & 3.1 Ujian personaliti Bimbingan kerjaya
KESEJAHTERAAN 3.2 Senarai semak masalah Merentasi kurikulum dan
MENTAL 3.3 Merujuk kad maklumat diri kurikulum pembimbing
kurikulum pembimbing rakan
(jika perlu ) sebaya (PRS)
3.4 Kemahiran komunikasi Bimbingan kelompok
3.5 Kemahiran asertif/tegas diri Bimbingan individu
3.6 Penyaringan maklumat Kaunseling kelompok
3.7 Pengurusan tekanan

SKBP....Menyempurnakan Kecemerlangan Masa Hadapan 42

3.8 Kemahiran rohani Buku Panduan Pengurusan Sekolah 2020
3.9 Kemahiran membuat
Kaunseling individu
keputusan Biblio kaunseling
3.10 Kemahiran pengawalan Forum
Bengkel
diri Seminar
3.11 Kemahiran aplikasi Kem Bina Insan / diri
3.12 Kemahiran sintesis Kolokium
3.13 Kemahiran analisis kritikal Rehlah
3.14 Meningkatkan Lawatan
Latihan dalam kumpulan
penghargaan kendiri/self Aktiviti simulasi
esteem Perkhemahan ibadah
3.15 Perkembangan keremajaan Ceramah
3.16 Konsep kendiri Kaunseling keluarga
3.17 Pengendalian kendiri Tayangan video
3.18 Program orientasi murid

4 KEIBUBAPAAN 4.1 Komunikasi analisis kritikal Ceramah
5 MASALAH PELAJAR 4.2 Perkembangan individu Seminar
4.3 Isu-isu kekeluargaan Forum
4.4 Kepimpinan Bengkel
4.5 Perkembangan remaja masa Perkhemahan keluarga/
Hari keluarga
kini dan akan datang Lawatan ke rumah
4.6 Kerukunan dan kesejahteraan (Home visit )
Kaunseling
keluarga. Kursus kemahiran
Keibubapaan
5.1 Kemahiran komunikasi Buletin keluarga
5.2 Kemahiran penyelesaian Pameran
Konsultasi
masalah
5.3 Kepimpinan Kaunseling individu
5.4 Kemahiran tegas diri Kaunseling kelompok
5.5 Pembimbing rakan sebaya Latihan dalam kumpulan
5.6 Kemahiran sosial Lawatan ke rumah
5.7 Kemahiran pemilihan aktiviti Ceramah
Bengkel
keutamaan Pratikum PRS

SKBP....Menyempurnakan Kecemerlangan Masa Hadapan 43

Buku Panduan Pengurusan Sekolah 2020

SUKATAN PELAJARAN BIMBINGAN KAUNSELING SEKOLAH RENDAH
Dipetik dari surat siaran

KP(BS-HEP)8543/6D bertarikh 18 Mac 1996

BAHAGIAN A : AKADEMIK

Dalam bahagian ini pelajar diperkenalkan kepada kemahiran-kemahiran belajar, pemilihan mata
pelajaran dan peluang-peluang melanjutkan pelajaran. Kemahiran ini membolehkan pelajar
meningkatkan kecemerlangan akademik. Ini juga akan memberi motivasi kepada pelajar dalam
menghadapi alam persekolahan.

1. Pemilihan Mata pelajaran
1.1 Mata pelajaran teras
1.2 Pemilihan mata pelajaran elektif
1.3 Pemilihan mata pelajaran mengikut minat kerjaya

2. Kemahiran belajar
2.1 Kemahiran membaca
2.2 Kemahiran mencatat / mengambil nota
2.3 Kemahiran pengurusan masa
2.4 Kemahiran pengurusan diri
2.5 Kemahiran mendengar
2.6 Kemahiran mengingat
2.7 Kemahiran mengulangkaji
2.8 Kemahiran menjawab soalan peperiksaan
2.9 Kemahiran menghadapi peperiksaan
2.10 Kemahiran berfikir

3. Penempatan
3.1 Penempatan pra sekolah
3.2 Penempatan tahun satu
3.3 Penempatan ke sekolah menengah
3.4 Penempatan selepas PMR
3.5 Penempatan selepas SPM
3.6 Penempatan ke alam pekerjaan

BAHAGIAN B : KERJAYA

Dalam bahagian ini pelajar-pelajar didedahkan kepada pengenalan dari segi personaliti, minat dan nilai.
Mereka juga didedahkan dengan maklumat-maklumat tentang perkembangan kerjaya. Ini
membolehkan pelajar-pelajar membuat pemilihan kerjaya yang sesuai dengan minat, nilai personaliti
dan pasaran kerjaya terkini.

1.1 Mengenalpasti minat
1.2 Mengenalpasti personaliti
1.3 Mengenalpasti nilai

2. Pendidikan Perkembangan Kerjaya

2.1 Pengenalan bidang dan jenis-jenis kerjaya
2.2 Kesepadanan pemilihan mata pelajaran, minat personaliti dan nilai dengan kerjaya.
2.3 Perkembangan Pasaran Kerjaya di dalam dan luar negara.

SKBP....Menyempurnakan Kecemerlangan Masa Hadapan 44

Buku Panduan Pengurusan Sekolah 2020
2.4 Matlamat mengenai bekerja secara bersendirian, kerajaan dan korporat.

2.5 Peluang pendidikan dan latihan kerjaya.
2.6 Sumber kewangan bagi melanjutkan pendidikan dan latihan kerjaya.

BAHAGIAN C : PSIKOLOGI DAN KESIHATAN MENTAL

Dalam bahagian ini, pelajar diperkenalkan kepada pelbagai kemahiran untuk membentuk sahsiah
cemerlang. Sahsiah yang cemerlang akan menghasilkan warga berketerampilan, produktif, asertif serta
kental semasa menghadapi segala bentuk cabaran atau kekurangan dan sentiasa bersyukur. Di samping
itu, pelajar dilatih menguasai kemahiran-kemahiran sosial yang asas bagi kesejahteraan diri.

1. Pembentukan sahsiah
1.1 Mengenal sahsiah diri
1.2 Membentuk sahsiah cemerlang
1.3 Penerimaan kendiri

2. Kemahiran psikososial
2.1 Kemahiran komunikasi
2.2 Membentuk sifat tegas diri/ asertif
2.3 Pengurusan tekanan
2.4 Membentuk rohani
2.5 Kemahiran pengawalan diri
2.6 Kemahiran pemikiran kritikal dan analitikal
2.7 Kefahaman norma dan nilai masyarakat

3. Kemahiran sosial
3.1 Kemahiran menyesuaikan diri
3.2 Kemahiran penampilan diri
3.3 Kemahiran mengendalikan diri
3.4 Kemahiran mengendalikan tekanan
3.4.1 Perasan
3.4.2 Kewangan
3.4.3 Keluarga
3.4.4 Rakan Sebaya
3.4.5 Pembelajaran
3.5 Kemahiran melindungi diri

BAHAGIAN D : KEPIMPINAN

1. Kesedaran potensi diri
1.1 Ciri kepimpinan diri
1.2 Ciri suka menolong
1.3 Kekuatan diri

2. Latihan kemahiran
2.1 Kemahiran komunikasi berkesan
2.2 Kemahiran kaunseling asas
2.3 Kemahiran tegas diri/asertif
2.4 Kemahiran mengurus tekanan
2.5 Kemahiran mengendalikan mesyuarat
2.6 Kemahiran membuat keputusan

SKBP....Menyempurnakan Kecemerlangan Masa Hadapan 45

Buku Panduan Pengurusan Sekolah 2020

PENGURUSAN
KURIKULUM

SKBP....Menyempurnakan Kecemerlangan Masa Hadapan 46

Buku Panduan Pengurusan Sekolah 2020

PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH (TS25) 3.0
SK BANDAR PUSAT TAHUN 2020

PENGERUSI
PN.HJH.LATIPAH BINTI OMOR

NAIB PENGERUSI 1
PN.J JAMILAH BINTI MOHD NASIM

SETIAUSAHA
PN.NORASHIMAH BT SHAARANI

SEMUA KETUA PANITIA UNIT-UNIT KURIKULUM SEMUA
PENYELARAS TAHUN
BAHASA MELAYU KECEMERLANGAN UPSR
EN.SAIFUL AZA BIN AB HAMID PN.NUR FATIMAH BT RAZALI PN.HANIZA BT HAMDAN
( TAHUN 6 )
BAHASA INGGERIS GURU MEDIA & PERPUSTAKAAN
PN.AZIZAH BINTI ARSAT EN. MOHD ASRAL BIN IBRAHIM PN.ROSYATI BT AB RAZAK
( TAHUN 5 )
MATEMATIK GURU PEMULIHAN
PN.HUSNI BINTI HUSSAIN PN.HAIZATOLASMA BT ABDULLAH PN.NORSIHA BT IDRIS
( TAHUN 4 )
SAINS PENYELARAS PROGRAM PEMULIHAN
PN.ROSYATI BINTI AB RAZAK PN.NURUL AZLIN ZANI BT WAHID PN.SITI NURABIAH BT JAFRI
( TAHUN 3 )
PENDIDIKAN ISLAM & B.ARAB SETIAUSAHA PBD
EN.HAFIZULLAH BIN MOHAMED PN.NORAINI BT YUSUF PN.ROSNANI BT KAMRI
( TAHUN 2 )
PENDIDIKAN KESENIAN S/U PEPERIKSAAN DALAMAN
PN.ROSMANJAWATI BINTI HASSAN PN.MASLEENDA BT JAMALUDIN PN.NORASHIMAH BT SHAARANI
(TAHUN 1)
PEND.JASMANI & KESIHATAN S/U PEPERIKSAAN UPSR
CIK NADRAH BINTI NOH PN MAIZZIAH BT ABD RASHID

TMK SETIAUSAHA PROTIM
CIK SYAIDATUL AIZAM BT PN.HAJAH ROSNANI BT KAMRI

HAJI SAHIDOL SETIAUSAHA PRA SEKOLAH
PN.ASMALIZABT HASSAN
RBT
TN.HAJI ABDUL ROHIM AHMAD SETIAUSAHA JADUAL WAKTU
EN.SHAIFUL AZA BIN AB HAMID
SEJARAH
PN. MASLEENDA BT JAMALUDIN ASET
PN.NORASHIMAH BT SHAARANI

GOOGLE CLASSROOM
EN.MOHD KAMARUDINBIN MOHD ISA

KBAT/PAK 21
PN.SITI NURABIAH BT JAFRI

SKBP....Menyempurnakan Kecemerlangan Masa Hadapan 47

Buku Panduan Pengurusan Sekolah 2020

JADUAL PEMANTAUAN PdP DAN BUKU LATIHAN 2020

BIL NAMA JAN/ MAC/ JUN/ OGOS/ MAC/ OGOS/ NOTA
FEB APRIL JULAI SEPT APRIL SEPT
01 KP BM
1 ABDUL ROHIM BIN AHMAD 02 02 03 04 06 KP BM
05 03 04 01
2 AHMAD SHARIFFUDDIN BIN 03 05 05 06
ABDUL RAHIM 04 04 01 05
01 01 02 02
3 AHMAD TASFI BIN HASSAN 05 02 03
02 05 05 03
4 ANNIS FALAHAIN NOR BIN 03 03 04 04 06 KP PI
MAT BAHARI 05 04 01 05
04 05 05 01
5 AZIZAH BINTI ARSAT 01 01 02 02
02 02 03
6 ASMALIZA BINTI HASSAN 04 03 04 05 06 KP MT
01 01 02 03
7 ARIZAN BINTI MAMAT 02 02 03 06 KP P.I
03 03 04 04 06 KP B.I
8 CHE ZARINA BINTI ISMAIL 04 01 01
04
9 EDAHAYATI BINTI MOHAMED 01 02 03
IDRIS 01 04
02 02 03 01
10 FARIDAH BINTI KADIR 05 03 04 02
05 05
11 HAIZATOLASMA BINTI 03 03 06 KP BM
ABDULLAH 04 04 01
01 01 02 04 06 KP
12 HAFIZULLAH BIN MOHAMED 02 02 03 SAINS
03 04 01
13 HANIZA BINTI HAMDAN 05 06 KP BM
06 KP MT
14 HUSNI BINTI HUSSAIN 02
17 KHAIRUL ISHAM BIN KASSIM KP BM
18 MOHD ASRAL BIN IBRAHIM 01 06 KP
04
19 MOHD ZAINI BIN MOHAMAD 01 SAINS
06 KP MT
20 MAIZZIAH BINTI AB RASHID
06 KP P.I
21 MASLEENDA BINTI
JAMALUDIN

22 MARIA BT MOHD KASSIM

23 MOHD TARMIZI BIN MAT
TAHIR

24 MOHD KAMARUDIN BIN 06 KP P.I
MOHD ISA 06 KP MT
06 KP M.T
25 NOR AINI BT AHMAD
06 KP P.I
26 NADRAH BINTI NOH

27 NOORASHIKIN BINTI ROMLY

SKBP....Menyempurnakan Kecemerlangan Masa Hadapan 48

Buku Panduan Pengurusan Sekolah 2020

BIL NAMA JAN/ MAC/ JUN/ OGOS/ MAC/ OGOS/ NOTA
FEB APRIL JULAI SEPT APRIL SEPT KP BM
03
28 NORAZIZAN BT YUNUS 05 04 01 02 06
05 05 05 05
29 NORAZILA BINTI HASHIM 04 05 05 05
01 01 02 03
30 NOR'AINI BINTI TALIB 02 04
05 02 03
31 NORAINI BINTI YUSOF 03 01 06 KP BI
04 03 04 05 06 KP PI
32 NORASHIMAH BINTI 05 05 02 06 KP PI
SHAARANI 01 04 01 03
05 06 KP MT
33 NOR HAZRINA BINTI MT ISA 02 01 02 06 KP B.I

34 NORAZMA BINTI WAHAB 03 GBSM
02 06 KP BM
35 NORSIHA BINTI IDRIS 03
05 06 KP PI
36 NURSYUHADA BINTI 04 06 KP
RAHMAT @SULAIMAN 01
02 SAINS
37 NUR FATIMAH BINTI RAZALI 03
04 08 KP PI
38 NURUL AZLIN ZANI BINTI 05 02 03 04
MUHAMAD WAHID 05 06 KP MT
01 05 05 05 06 KP BM
39 ROSDY BIN SAARI 03 04 01
02 04 01 02 06 KP PI
40 ROSIDAH BINTI NAJMUDDIN 06 KP BI
03 04 01
41 ROSNANI BINTI KAMRI 04 01 02
05 05 05
42 ROSYATI BINTI AB RAZAK 01 02 03
02 03 04
43 ROZI BINTI MOHAMAD AKID 03 04 01
04 01 02
44 RUSLINDA BINTI MOHAMAD 01 02 03
05 05 05
45 ROSMANJAWATI BT HASSAN
05 05 05
46 SAYANI BINTI SAUD 02 03 04

47 SHAIFUL AZA BIN AB HAMID 03 04 01

48 SITI HUSNA BINTI ROZALI

49 SITI NURABIAH BT JAFRI

50 SITI SOLEHAH @ ZAHIRAH
BINTI YAHAYA

51 SURIATI BINTI MAT SULONG

52 SYAIDATUL AIZAM BINTI 06 KP B.I
SAHIDOL 06 KP PI

53 WAN HALIMAH BINTI WAN
JAAFAR

SKBP....Menyempurnakan Kecemerlangan Masa Hadapan 49

Buku Panduan Pengurusan Sekolah 2020

BIL PEMANTAU KOD NOTA
1. PN.HAJAH LATIPAH BINTI OMOR 01 GB
2. PN.J.JAMILAH BT MOHD NASIM 02
3. PN.AZIZAH BT ABDULLAH 03 GPK 1
4. EN.ABDUL WAHAB BIN ARIPIN 04 GPK HEM
5. PN.RUSLIZA BINTI HASSAN 05 GPK KO
GPK PK
6. KETUA PANITIA 06

SKBP....Menyempurnakan Kecemerlangan Masa Hadapan 50


Click to View FlipBook Version