KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Sekolah Kebangsaan Chengal Lempong
26100 Kuantan
Pahang Darul Makmur
BUKU PERATURAN /
TATATERTIB & DISIPLIN
MURID
VISI SEKOLAH
Melahirkan Modal Insan Yang Berketrampilan
Dalam Semua Bidang Selaras Dengan Falfasah
Pendidikan Negara 2020-2025
MISI SEKOLAH
Mengembangkan Potensi Murid Selaras
Dengan Aspirasi Negara
MOTTO
Berilmu, Beramal, Bertaqwa
SLOGAN
Mesra, Cepat, Tepat
Menepati Masa Budaya Murni
ISI KANDUNGAN MS
1
BIL PERKARA 1
1 Pendahuluan 1
2 Definisi 2
3 Matlamat
4 Peraturan Dan Disiplin Sekolah 3
4.1 Hari Persekolahan 4
4.2 Waktu Persekolahan 4
4.3 Waktu Perhimpunan
5 Pakaian Seragam Sekolah 8
5.1 Murid Lelaki 8
5.2 Murid Perempuan 9
5.3 Lencana Dan Tanda Nama 10
5.4 Pakaian Pendidikan Jasmani
5.5 Pakaian Kokurikulum
6 Rambut Dan Kuku
7 Tatatertib
7.1 Didalam Kelas
7.2 Didalam Kawasan Sekolah
7.3 Harta Benda Sekolah
7.4 Skim Pinjaman Buku Teks
7.5 Alatan Sukan
7.6 Pusat Sumber Sekolah ( PSS )
7.7 Masa Rehat
8 Kebersihan
9 Sumbangan PIBG
10 Kehadiran
11 Surat Rawatan
2
BIL PERKARA MS
12 Langkah Keselamatan 10
13 Aktiviti Kokurikulum 11
14 Lawatan Pelawat 12
15 Latihan Kebakaran / Kecemasan 12
16 Ketua Dan Penolong Kelas / Pengawas 12
17 Surat Menyurat 17
18 Kegiatan Luar 13
19 Amalan Mulia 13
20 Jenis-Jenis kesalahan
14 - 15
20.1 Tingkah Laku Jenayah
20.2 Tingkah Laku Lucah 16
20.3 Tingkah laku Tidak Mementingkan Masa 16
20.4 Tingkah Laku Kurang Sopan Dan Biadap 17
20.5 Tingkah Laku Tidak Jujur / Menipu
20.6 Ponteng
24 Khidmat Nasihat
25 Maklumat Umum
26 Borang Pengakuan
27 Catatan
3
1. PENDAHULUAN
Sekolah adalah sebuah institusi masyarakat. Di sinilah
disemai, dipupuk dan disuburkan ciri-ciri baik bagi
pembentukan sikap peribadi dan juga pertumbuhan fizikal
yang sempurna. Beberapa peraturan dan undang-undang
perlu bagi kesejahteraan individu masyarakat sekolah ini.
Hayati dan patuhilah undang-undang dan peraturan-peraturan
berikut bagi kepentingan diri, kebaikan masyarakat sekolah
dan keharmonian hidup bangsa dan negara.
2. DEFINISI
Menurut Kamus Dewan Edisi 1989, disiplin ditakrifkan
sebagai latihan terutamanya pemikiran dan kelakuan supaya
boleh mengawal diri sendiri, tatatertib seseorang supaya
boleh berkelakuan baik, kepatuhan kepada peraturan-
peraturan yang telah ditetapkan, hukuman atau denda kerana
melanggar sesuatu peraturan yang ditetapkan.
3. MATLAMAT
* Berusaha meningkatkan mutu pencapaian akademik
semua murid.
* Mempertingkat pencapaian keputusan dalam semua ujian
dan peperiksaan yang dijalankan.
* Penglibatkan murid dalam semua bidang kokurikulum
supaya menjadi warganegara yang aktif, cekap, berdisiplin
dan bertanggungjawab.
* Berusaha menghapuskan kelemahan yang telah wujud,
sedang wujud dan yang mungkin akan wujud.
* Mempertingkatkan tahap penguasaan Bahasa Melayu dan
Inggeris dalam kalangan murid.
1
4. Peraturan Dan Disiplin Sekolah
4.1 Hari Persekolahan
1. Hari persekolahan mengikut ketetapan Kementerian Pendidikan
Malaysia iaitu hari Isnin hingga Jumaat.
2. Hari Sabtu boleh diisi dengan kelas tambahan, aktiviti kokurikulum
dan lain-lain yang difikirkan perlu iaitu pada minggu 2 dan 4.
4.2 Waktu persekolahan
1. Semua murid mesti berada di sekolah sebelum loceng pertama
dibunyikan ( 7.20 pagi ).
2. Murid dikira datang lewat sekiranya melepasi waktu 7.20 pagi
4.3. Waktu perhimpunan
1. Hari Perhimpunan Sekolah adalah acara rasmi sekolah. Semua
guru dan murid diwajibkan hadir.
2. Hari Perhimpunan ialah pada setiap hari Isnin.
3. Apabila loceng isyarat perhimpunan dibunyikan, murid-murid
hendaklah segera ke tempat perhimpunan dalam barisan, tenang
dan tidak bising.
4. Murid beratur mengikut kelas masing-masing. Murid yang rendah
di hadapan dan yang tinggi di belakang.
5. Semua murid dikehendaki menyanyikan lagu Negaraku, lagu
Negeri Pahang, dan lagu Sekolah dengan bersemangat sambil
memandang bendera sebagai tanda hormat.
6. Murid-murid tidak dibenarkan bercakap semasa acara
perhimpunan dijalankan dan menadah tangan apabila doa
dibacakan.
2
5. Pakaian Seragam Sekolah
5.1 Murid Lelaki
1. Seluarpanjang berwarna biru gelap. Sekiranya bertali
pinggang,tali pinggang yang kepalanya kecil dan tidak berhias.
2. Baju putih lengan pendek atau panjang yang dipakai mengikut
peraturan sekolah. Baju dalam yang berwarna putih saja dibenar
kan.
3. Kasut dan sarung kaki hitam.
4. Murid-murid diwajibkan memakai tali leher sekolah.
5.2 Murid Perempuan
1. Baju kurung warna putih dan kain sarung biru tua (murid Islam)
atau baju putih dan skirt warna biru (murid bukan Islam).
2. Dibenarkan memakai telekung mini berwarna putih segi tiga
yang sesuai dengan murid.
3. Kasut dan sarung kaki hitam.
5.3 Lencana dan Tanda Nama
1. Semua pelajar dikehendaki memakai lencana sekolah dan tanda
nama sepanjang masa.
2. Lencana hendaklah dipakai dan dijahit di bahagian poket
atau di dada sebelah kiri baju.
3. Lencana yang pudar atau hilang warnanya hendaklah diganti
dengan segera.
3
5.4 Pakaian Pendidikan Jasmani
1. Baju T sukan dan seluar trek yang ditetapkan oleh pihak
sekolah.
2. Semua murid dikehendaki memakai pakaian Pendidikan
Jasmani ketika waktu mata pelajaran tersebut.
5.5 Pakaian Kokurikulum
1. Pelajar-pelajar hendaklah memakai pakaian sebagaimana
yang ditetapkan oleh guru penasihat masing-masing.
2. Murid Tahap 2 digalakkan memakai pakaian seragam
mengikut badan beruniform masing- masing pada hari Rabu.
6. Rambut & Kuku
1. Murid tidak dibenarkan berambut panjang sehingga mencecah
kolar baju atau cuping telinga.
2. Rambut hendaklah bersih dan disikat kemas. Murid dilarang
menyimpan kuku panjang.
3. Murid-murid tidak dibenarkan mewarna rambut dan warna
rambut harus kekal dengan warna asal.
7. Tatatertib
7.1 Di kelas
1. Semua murid yang berada di kelas perlu sentiasa dalam
keadaan senyap dan bersopan santun.
2. Murid-murid tidak dibenarkan meninggalkan kelas tanpa
kebenaran guru atau ketua kelas.
4
3. Tidak dibenarkan makan atau minum, bermain, berlari, bergurau
dan lain-lain di dalam kelas.
4. Sentiasa menjaga dan tidak merosakkan peralatan, alat bantuan
mengajar yang terdapat di dalam kelas.
5. Sekiranya lampu dan kipas berfungsi,. Tutup suis lampu dan
sebelum meninggalkan kelas.
6. Murid-murid hendaklah sentiasa bersedia untuk belajar mengikut
jadual belajar yang ditetapkan walaupun ketiadaan guru.
7. Murid-murid dikehendaki beratur di luar kelas pada waktu pagi
dan bersedia untuk membaca doa. Dikehendaki beratur 5 minit
sebelum waktu akhir persekolahan.
8. Murid-murid dibenarkan ke tandas tidak lebih daripada dua orang
setiap masa dengan kebenaran guru dan membawa kad
kebenaran keluar kelas.
7.2 Dalam kawasan sekolah
1. Murid tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah tanpa
kebenaran Guru Besar / Wakilnya.
2. Tidak dibenarkan berlari/ bising atau meronda di kawasan
bangunan sekolah.
3. Sentiasa membuat barisan dan berjalan dalam keadaan senyap
ketika masuk dan keluar kelas terutama semasa ke tempat
perhimpunan, kantin, padang, makmal komputer, PSS, makmal
sains, bilik kemahiran hidup dan waktu pulang.
4. Dilarang masuk ke bilik guru besar, pejabat, bilik guru, bilik
cetak, tandas guru, bilik alatan, stor sukan, dan lain-lain tanpa
keizinan guru.
5
7.3 Harta benda sekolah
1. Setiap murid bertanggungjawab menjaga harta sekolah
seperti kerusi, meja, papan kenyataan, peralatan dan lain-
lain. Sekiranya berlaku sebarang kecurian, kehilangan,
kerosakan dan lain-lain hendaklah dilaporkan kepada guru
kelas atau guru bertugas. Mereka yang terlibat boleh
didenda atau diminta gantirugi yang sepatutnya.
7.4 Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)
1. Buku teks yang dipinjam hendaklah dijaga dengan cermat dan
disampul dengan plastik supaya tidak rosak atau hilang. Buku
yang rosak atau hilang mesti diganti atau dibayar mengikut
harganya.
2. Murid-murid tidak dibenarkan meninggalkan buku teks di sekolah.
3. Murid-murid diwajibkan menulis nama di buku pinjaman (SPBT).
7.5 Alatan sukan
1. Mengambil, menggunakan peralatan Pendidikan Jasmani/
permainan/ sukan mestilah mendapat kebenaran guru yang
berkenaan.
2. Alatan yang rosak atau hilang semasa digunakan adalah menjadi
tanggungjawab murid berkenaan.
3. Menyimpan semula peralatan yang digunakan di dalam stor dalam
keadaan baik.
4. Murid-murid yang sakit dan tidak boleh mengikuti Pelajaran
Pendidikan Jasmani dikehendaki berada di lapangan
Pendidikan Jasmani ( Padang ) dan sentiasa dalam pemerhatian
guru.
6
7.6 Pusat Sumber Sekolah (PSS)
1. Pinjaman / pemulangan buku-buku perpustakaan hendaklah
mengikut peraturan- peraturan yang ditetapkan.
2. Murid-murid hendaklah senyap ketika berada di perpustakaan.
7.7 Masa Rehat
1. Murid-murid dikehendaki membeli makanan di kantin sahaja.
Tidak dibenarkan untuk membeli daripada penjaja luar.
2. Murid-murid dikehendaki membeli makanan di tempat yang
disediakan dalam keadaan beratur dan tidak berebut-rebut.
3. Mengamalkan doa sebelum dan selepas makan bagi murid-
murid Islam.
4. Murid-murid tidak dibenarkan berada di dalam kelas semasa
rehat kecuali dengan kebenaran guru.
5. Murid-murid bertanggungjawab menjaga kebersihan kantin.
Sampah sarap dan sisa makanan hendaklah dibuang ke
dalam tong sampah yang disediakan.
6. Berhenti makan / minum setelah loceng tamat rehat
dibunyikan dan segera ke kelas.
7. Bekas-bekas makanan seperti piring, mangkuk dan gelas
hendaklah dikumpulkan di tempat yang telah dikhaskan.
8. Murid-murid dibenarkan makan di kantin dan duduk di tempat
yang disediakan.
9. Murid-murid hanya boleh makan di kantin sahaja sekiranya
ibu bapa menghantar makanan.
7
8. Kebersihan
1. Kebersihan bilik darjah adalah tanggungjawab kelas
masing-masing.
2. Buang sampah di dalam tong sampah dan dilarang keras
membuang sampah di merata - rata tempat.
3. Tidak boleh menconteng atau mengotori mana - mana
bahagian bangunan sekolah.
4. Gunakan tandas dengan sebaik-baiknya. Pam tandas
setelah digunakan. Jangan sesekali memasukkan kertas
atau benda-benda lain ke dalam lubang tandas.
5. Segera menutup paip selepas digunakan.
6. Tidak dibenarkan mencuci kaki dan memasukkan sampah
atau lebihan makanan ke dalam sinki.
7. Tidak dibenarkan berludah merata-rata.
8. Kelas juga mestilah dibersihkan pada waktu terakhir sesi
pembelajaran pada setiap hari.
9. Sumbangan PIBG
1. Bayaran yang dikenakan hendaklah dijelaskan dalam
jangka masa yang ditetapkan.
2. Bayaran hendaklah dibuat melalui guru kelas masing-
masing. Resit akan dikeluarkan dan hendaklah disimpan
sebagaibukti pembayaran.
8
10. Kehadiran
1. Murid-murid mesti hadir ke sekolah setiap hari
persekolahan kecuali sakit. Surat Akuan Doktor / ibu bapa /
penjaga hendaklah dihantar kepada pihak sekolah.
2. Murid-murid dikehendaki berada di sekolah sekurang-
kurangnya 10 minit sebelum loceng pertama berbunyi.
3. Murid-murid yang hadir lewat akan ditulis nama mereka ke
dalam Buku Kehadiran Lewat oleh pengawas yang
bertugas. Jika melebihi tiga kali, mengikut catatan rekod
tersebut satu surat akan dihantar kepada penjaga untuk
memberitahu akan perkara tersebut sebelum tindakan
seterusnya diambil.
4. Murid-murid yang tidak hadir ke sekolah dianggap ponteng.
Jika tidak hadir lebih daripada tiga hari berturut-turut, pihak
sekolah akan mengeluarkan surat peringatan untuk
penjaga. Setelah tiga kali surat amaran dihantar tetapi
masih juga tidak hadir murid berkenaan boleh disingkirkan /
dibuang sekolah.
5. Jika murid terpaksa pulang lebih awal daripada waktu
persekolahan atas sebab-sebab tertentu, hendaklah terlebih
dahulu mendapat kebenaran Guru Besar / Wakilnya dan
direkodkan ke dalam buku rekod mengambil anak yang
disediakan di pejabat sekolah.
9
11. Surat Rawatan
1. Murid-murid yang perlukan rawatan doktor bolehlah
mendapatkan surat rawatan yang disediakan di sekolah.
2. Murid yang perlukan rawatan kecemasan semasa belajar
mesti mendapat kebenaran daripada Guru Besar / GP
Kanan.
12. Langkah Keselamatan
1. Murid-murid dilarang membawa buku-buku komik / pisau
/ benda-benda berbahaya / alat permainan ke sekolah.
2. Letakkan basikal di tempat yang telah disediakan dan
dikunci.
3. Kawasan letak basikal adalah kawasan larangan. Murid-
murid tidak boleh berada / bermain di kawasan tersebut.
4. Murid-murid dilarang berbasikal di kawasan sekolah.
5. Murid-murid yang menaiki kenderaan seperti bas sekolah
atau van hendaklah beratur dan mengikut peraturan.
6. Murid-murid yang berjalan kaki hendaklah berhati-hati
ketika di jalanraya.
7. Murid-murid mesti beratur semasa hendak pulang
selepas loceng akhir. Murid-murid tidak dibenarkan
membuat bising (seperti bersorak / menjerit), berlari,
bertolak-tolak dan bermain - main ketika berjalan pulang.
10
8. Jika murid-murid ketinggalan bas, van atau ibu bapa /
penjaga datang lambat, mereka hendaklah menunggu di
dalam kawasan sekolah atau memberitahu kepada GPK
atau guru bertugas atau ke pejabat sekolah.
9. Jika kehilangan sesuatu barang segera beritahu guru dan
jika terjumpa barang-barang bukan milik sendiri
hendaklah diserahkan kepada guru.
10. Tidak dibenarkan memakai sebarang jenis barang kemas
yang berharga pada waktu persekolahan.
13. Aktiviti Kokurikulum
1. Setiap murid Tahun 3, 4, 5 dan 6 hendaklah menyertai
ketiga-tiga aktiviti berikut :-
1. Persatuan / Kelab
2. Pakaian Seragam
3. Permainan
2. Setiap kali diadakan aktiviti, kehadiran adalah wajib
dengan berpakaian lengkap dan kemas.
3. Selipar dan baju T yang pelbagai tidak dibenarkan.
4. Sekiranya tidak hadir 3 kali berturut-turut tanpa sebab,
tindakan disiplin akan dikenakan.
5. Tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah tanpa
kebenaran guru sebelum aktiviti dijalankan.
11
14. Lawatan Pelawat
1. Murid-murid dikehendaki menghormati mana - mana pelawat
yang hadir ke sekolah ini dengan memberikan ucapan
bertatasusila.
2. Segera membuat laporan kepada guru-guru jika disyaki atau
melihat orang yang mencurigakan masuk ke kawasan sekolah.
15. Latihan Kecemasan / Kebakaran
1. Murid-murid dikehendaki mematuhi segala arahan dan
peraturan-peraturan semasa latihan kecemasan dijalankan.
16. Pengawas, Ketua Dan Penolong Kelas
1. Memakai tali leher dan lencana jawatan pada setiap masa,
berkeadaan kemas dan rapi.
2. Bertanggungjawab terhadap segala tugas yang diserahkan.
3. Sentiasa memberi kerjasama kepada guru- guru.
4. Sentiasa peka dan bertanggungjawab agar dihormati dan
dipatuhi oleh murid-murid lain.
17. Surat - Menyurat
1. Surat yang dikirim kepada murid sekolah ini melalui alamat
sekolah akan ditapis oleh Guru Besar atau wakilnya.
2. Sekiranya terdapat surat yang isinya menyeleweng dan tidak
sesuai dengan taraf sebagai murid, tindakan akan diambil.
12
18. Kegiatan Luar
1. Murid-murid dilarang menyertai atau melibatkan diri
dalam kegiatan luar yang tiada kaitan dengan aktiviti
sekolah kecuali mendapat kebenaran bertulis daripada
guru / ibubapa / penjaga.
19. Amalan Mulia
1. Murid-murid hedaklah sentiasa patuh arahan / pesanan
nasihat dan amanah yang diberikan oleh guru.
2. Murid-murid hendaklah sentiasa menunjukkan perilaku
yang baik di sekolah atau di luar sekolah.
3. Bersopan santun semasa bercakap / berbicara dengan
guru, kakitangan sekolah / guru / kawan-kawan seperti
memulakan perbualan dengan ucapan salam hormat.
4. Sentiasa menghormati lagu Negaraku, lagu Negeri
Pahang, lagu Sekolah juga bendera - bendera Negara
dan Negeri.
5. Sentiasa menjaga nama baik sekolah.
6. Sentiasa memberi ucapan salam apabila bertemu
dengan guru-guru atau orang-orang yang lebih tua.
7. Sentiasa siapkan kerja-kerja sekolah yang dibekalkan
oleh guru.
13
20. Jenis-Jenis Kesalahan
20.1 Tingkah laku jenayah
1. Berjudi
2. Mencuri
3. Melawan / mengancam / memukul / mencederakan guru,
kakitangan sekolah, pengawas, ketua kelas dan murid-murid
lain.
4. Memeras ugut / membuli
5. Membawa senjata tajam / berbahaya
6. Mencabul kehormatan
7. Menceroboh bilik khas, kedai buku, pejabat dan surau
sekolah.
8. Menunjuk perasaan / mengganggu ketenteraman sekolah.
9. Bertaruh / unsur-unsur judi.
10. Melakukan vandalisme dan gangsterisme.
11. Mengedar, menghisap atau terlibat dalam kegiatan merokok,
dadah dan pil-pil khayal.
20.2 Tingkah laku lucah
1. Membawa bahan-bahan lucah ke sekolah.
2. Mengeluarkan kata-kata / perbualan lucah.
3. Melukis / menulis kata-kata dan gambar-gambar lucah.
14
20.3 Tingkah laku tidak mementingkan masa
1. Berkeliaran di kawasan sekolah
2. Hadir lewat ke sekolah
3. Lewat ke Perhimpunan pagi
20.4 Tingkah laku kurang sopan dan biadap
1. Berkelakuan kasar terhadap guru / pengawas/ ketua kelas
dan murid-murid lain.
2. Berbahasa kesat
3. Menyimpan rokok atau tembakau
4. Menganggu pengajaran dan pembelajaran
5. Tidak menghormati bulan puasa. Makan dikhalayak ramai.
20.5 Tingkah laku tidak jujur / menipu.
1. Ponteng sekolah / kelas/ perhimpunan
2. Penipuan yang melibatkan kepercayaan
3. Penipuan yang melibatkan harta benda / barangan
20.6 Ponteng
1. Ponteng sekolah / kelas / perhimpunan
2. Ponteng kegiatankokurikulum
3. Ponteng ujian / peperiksaan
15
21. Khidmat Nasihat
Mana-mana murid yang mempunyai masalah boleh pada bila-bila
masa berjumpa dengan Guru Bimbingan / kaunseling untuk
mendapatkan bantuan khidmat nasihat. Murid- murid tidak harus
segan, malu atau takut untuk menyuarakan masalah yang
dihadapi walaupun agak peribadi.
22. Makluman Umum
1. Segala peraturan di atas adalah tertakluk kepada masa /
keadaan yang diputuskan oleh Lembaga Tatatertib Sekolah
atau atas nasihat Guru Besar.
2. Apabila manusia yang berakal tidak mematuhi
peraturan maka jadilah manusia itu tidak ubah
seperti haiwan yang sememangnya ditakdirkan oleh
Allah hidup tanpa berperaturan.
3. Justeru itu, semua murid mestilah mamatuhi dan
menghormati peraturan sekolah yang telah ditetapkan
pada bila-bila masa, selagi ianya menjadi murid Sekolah
Kebangsaan Chengal Lempong.
4. Sesungguhnya kesempurnaan hidup tidak akan dapat
dinikmati walaupun memiliki ilmu yang tinggi melangit
andainya iman, amal, akhlak dan disiplin diabaikan.
16
24. BORANG PENGAKUAN
Guru Besar, Tarikh :
Sekolah Kebangsaan Chengal Lempong,
26100 Kuantan,
Pahang Darul Makmur
Melalui :
Guru Kelas
BUKU PERATURAN TATATERTIB / DISIPLIN MURID
1. Saya telah memiliki buku tersebut untuk dijadikan
bahan rujukan dan panduan saya sendiri.
2. Saya faham segala isi kandungannya dan berjanji
akan mamatuhi sepenuhnya segala yang disuruh dan
menjauhi segala yang dilarang.
3. Saya sedar bahawa saya akan dikenakan tindakan
yang sewajarnya oleh pihak sekolah jika saya
melanggar disiplin sekolah ini dan saya rela menerima
hukuman yang setimpal
Tandatangan : …………………............................…………….
Nama (Huruf Besar) : ………........…………………….………..
................................................................................................
Jantina : .............................. Tahun : ....................
Kelas : ……………..............
Tarikh : ................................
Saya sebagai ibu bapa / penjaga maklum akan perkara yang
tersebut di atas.
Tandatangan : ………………........................…............……….
Nama Alamat : ………………........................….........
…………........................…................
………………………………………..
Pekerjaan : .......................…............…………….
No Telefon : ......................….................................
No Kad
Pengenalan :………………........................…...........
Tarikh : …………………………………………
CATATAN