Kaum Melayu Adat-adat perkahwinan yang biasa dilakukan oleh masyarakat Melayu ialah merisik, meminang, bertunang, majlis akad nikah, bersanding dan majlis perkahwinan.
Kaum Cina Adat-adat perkahwinan yang dilakukan oleh masyarakat cina ialah merisik, meminang, bertunang dan masjis perkahwinan.
Kaum India Adat-adat perkahwinan masyarakat India adalah berbeza dengan masyarakat Melayu dan Cina. Adat-adat perkahwinan masyarakat India ialah merisik, bakal pengantin lelaki akan mengunjungi bakal pengantin perempuan, ikut janji (niccayam), parisam, penyediaan Thaali, Mukuurtta Kaal dan upacara perkahwinan.
02. ADAT KELAHIRAN
MASYARAKAT MELAYU Adat-adat kelahiran masyarakat Melayu ialah melenggang perut, potong tali pusat, Azan atau Qamat, berpantang, cukur jambul dan bersunat.
MASYARAKAT CINA Adat-adat kelahiran masyarakat Cina ialah mencukur rambut, dilarang beri nama sebelum lahir, kenduri dan memberi nama 3 patah perkataan.
MASYARAKAT INDIA Adat-adat kelahiran masyarakat India ialah membisikkan nama Tuhan, potong tali pusat, menyapu madu, upacara Aarati, mandi air minyak dan mendodoi bayi.
03. ADAT KEMATIAN
MASYARAKAT MELAYU 1. Kematian dihebahkan 2. Mandi Jenazah 3. Kafan 4. Solat Jenazah 5. Talqin 6. Kenduri Arwah
MASYARAKAT CINA Adat-adat kematian masyarakat cina ialah mayat dibersih dan disolek, keranda masuk liang lahad, harta juga masuk dalam liang lahad, keluarga berkabung dan berpakaian baju hitam.
MASYARAKAT INDIA Adat-adat kematian masyarakat india ialah mayat dibakar dan abu dihanyut ke sungai.
KEPENTINGAN MENGETAHUI KEPELBAGAIAN ADAT RESAM Setiap murid perlu mengetahui kepelbagaian adat resam setiap kaum seperti adat kelahiran, adat kematian dan adat perkahwinan. Kesannya, murid dapat mengenali latar belakang setiap kaum dengan jelas dan merapatkan hubungan di antara satu sama lain. Secara tidak langsung, ini dapat melahirkan 1 Malaysia yang mementingkan perpaduan kaum.
STRUKTUR SOSIAL
Struktur Sosial Unsur asas dalam masyarakat
Struktur Sosial / Kelas Sosial Sistem kelas sosial ialah satu sistem di dalam sistem susun lapis sosial terbuka. Di dalam sistem ini, susun lapis masyarakat lebih mudah diubah dan dapat bergerak dari satu lapisan ke lapisan yang lain.
CIRI-CIRI UTAMA MASYARAKAT 01 02 04 05 Hidup berkelompok 03 06 Mempunyai budaya (adat) Sering mengalami perubahan Saling berinteraksi Mempunyai kepimpinan Mempunyai aturan sosialnya
STRUKTUR MASYARAKAT MELAYU CINA INDIA 01 02 03
STRUKTUR MASYARAKAT MELAYU
STRUKTUR MASYARAKAT CINA
STRUKTUR MASYARAKAT INDIA
Struktur Sosial dalam kalangan murid Tahap pencapaian akademik Cemerlang Sederhana Lemah Keturunan status dan peranan Pangkat dan kekuasaan Status ekonomi keluarga Latar belakang keturunan 01 02 Faktor Sosial Faktor Pengalaman Pendidikan Faktor Biologi Faktor Teknologi 03 Pengawas Pengawas pusat sumber Ketua kelas Murid 04 Status ekonomi keluarga yang tinggi Status ekonomi keluarga yang rendah 05
PERANAN GURU
PERANAN GURU Penerimaan dan layanan yang adil Guru bertanggungjawab menerima dan memberikan layanan yang adil kepada setiap individu murid. Hal ini dikatakan demikian kerana semua murid mempunyai latar belakang, taraf sosioekonomi, tempat tinggal, budaya, bangsa, bahasa dan lain-lain yang berbeza. Dalam kelas, guru perlu mengajar tanpa membezakan bangsa murid. Sekirannya murid tersebut tidak memahami bahasa guru, guru perlu bersabar dan membantu muird tersebut sehingga mereka faham. Guru tidak seharusnya melayan murid sebagai satu kelompok individu atau kelompok mengikut kaum atau etnik masing-masing. Bagi mengatasi masalah ini, guru boleh melakukan aktiviti dengan mewujudkan kumpulan pelbagai kategori supaya murid-murid yang tercicir tidak akan merasa tersisih. Kesannya, setiap murid boleh belajar dalam suasana yang gembira dan tidak menimbulkan perasaan rendah diri dalam kalangan murid-murid.
PERANAN GURU Strategi pembelajaran yang sesuai Sebagai seorang pendidik, guru perlu bijak dan pandai dalam pemilihan strategi pembelajaran yang sesuai. Hal ini dikatakan demikian kerana setiap orang murid itu adalah unik, strategi pembelajaran yang digunakan juga berbeza. Dalam kelas, guru perlu menyediakan pembelajaran yang berkesan dan sesuai mengikut kemampuan murid-murid agar dapat mencapai pengajaran dan pembelajaran yang telah ditetapkan. Sebagai contoh, pembelajaran kooperatif adalah salah satu strategi pembelajaran yang sesuai digunakan dalam bilik darjah. Setiap murid akan melaksanakan tugasan secara berkumpulan tanpa mengira kaum atau agama. Dalam kumpulan, mereka dapat berkongsi idea dan pendapat dengan ahli kumpulan. Bukan itu sahaja, murid-murid akan saling menolong dan membantu tanpa mengira budaya, bangsa, struktur sosial dan sebagainya untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Kesannya, nilai bekerjasama dan saling menghormati dapat dipupuk dalam kalangan murid. Secara tidak langsung, ini akan mewujudkan keadaan kelas yang harmoni dan aman.
PERANAN GURU Penyebar budaya ilmu Di dalam kelas, setiap murid mempunyai kepercayaan dan agama yang berbeza. Guru berperanan sebagai penyebar budaya ilmu perlu bertanggungjawab mengajar murid-murid tentang ilmu perbezaan sosiobudaya dalam kalangan masyarakat. Sebagai contoh, guru boleh mengadakan sesi perkongsian kepercayaan dan agama setiap kaum di dalam kelas. Murid-murid berpeluang berkongsi kepercayaan dan agama masing-masing dengan pengalaman sendiri. Melalui sesi perkongsian ini, murid-murid yang berlainan kaum dapat mengetahui ilmu atau pengetahuan tentang kepercayaan dan agama kaum lain. Kesannya, murid-murid akan saling menghormati agama lain dan tidak menyentuh isu-isu sensitif agama lain. Ini dapat mengelakkan pergaduhan berlaku dalam bilik darjah. Secara tidak langsung, semangat perpaduan dapat dijalinkan dan seterusnya mewujudkan persekitaran pembelajaran yang aman, damai dan harmoni.
Kesimpulannya, kepelbagaian sosiobudaya ini penting dalam mewujudkan satu masyarakat yang berwarnawarni. Namun begitu, kepelbagaian sosiobudaya ini telah mewujudkan perbezaan yang ketara dan perbezaan itu tidak diuruskan dengan sebaik mungkin, maka akan menimbulkan kontroversi atau konflik sosial (Mansor et al., 2016; Hafzan & Zolkepeli, 2017). Justeru itu, kepelbagaian sosiobudaya yang wujud dalam sesebuah sekolah atau masyarakat seharusnya diberikan perhatian dan seterusnya memberi pendedahan awal khususnya kepada murid-murid atau generasi muda pada hari ini melalui pendidikan yang sepatutnya. Maka, sekolah telah memainkan peranan yang penting dan telah menjadi satu platform terbaik untuk mendidik mereka, kerana murid yang berusia antara 7 hingga 17 tahun banyak menghabiskan masa mereka di sekolah (Nurhijrah et.al, 2017). Oleh yang demikian, institusi pendidikan yang ada pada hari ini perlu menggunakan sebaik mungkin peluang yang ada dengan memainkan peranan penting agar usaha untuk mewujudkan keharmonian sekaligus perpaduan dalam masyarakat dicapai (Ezhar & Madiga, 2016). Penutup
RUJUKAN
Ali Haniffa., & Ayu Azilah. (2021). Hubungan etnik di tanah melayu, 1941-1955: penelitian awal berdasarkan sudut pandangan Sejarah. Journal of History Department, 30(1), 105-127. https://ejournal.um.edu.my/index.php/SEJARAH/article/download/29280/13190/71848 Asyikin Asmin. (2022). Masalh internet antara cabaran guru mengajar di kawasan pedalaman. Sinar Harian. https://www.sinarharian.com.my/article/207406/berita/nasional/masalah-internet-antara-cabaran-guru-mengajar-di-kawasan-pedalaman Beng, C., B. (2011). Agama cina di Malaysia: satu pandangan umum. Jurnal Terjemahan Alam & Tamadun Melayu, 2(2), 96-122. https://journalarticle.ukm.my/3169/1/J.Terjemahan_22Jun201107new.pdf Binti Maunah. (2015). Stratifikasi sosial dan perjuangan kelas dalam perspektif sosiologi pendidikan. Ta’allum, 3(1), 19-38. https://media.neliti.com/media/publications/68130-ID-stratifikasi-sosial-dan-perjuangan-kelas.pdf Dewi Hartati. (2023). Konfusianisme dalam Kebudayaan Cina Modern. Paradigma: Jurnal Kajian Budaya 2, 2(2), 174-179. https://scholarhub.ui.ac.id/cgi/viewcontent.cgi? article=1346&context=paradigma Hayati Saat., Ibrahim Mamat., & Zaifurin Nawang. (2017). Pola Perubahan Sosiobudaya dan Mobiliti Sosial dalam Kalangan Komuniti Muara di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Akademika, 87(3), 165-178. https://journalarticle.ukm.my/11273/1/16664-61639-1-PB.pdf Hie, H. Y., Hasnita Samsu., Zatul Adnan., Daud Awang., & Adlina Halim. (2018).Peranan guru sebagai agen sosialisasi dalam membentuk perpaduan kaum di sekolah. Akademika, 88(2), 95-108. https://journalarticle.ukm.my/12833/1/18914-81005-1-PB.pdf Idrul Ismail., Rosly Kayr., & Hanapiah Khamis. (2024). Sosiologi dalam Pendidikan. Local Publication Sdn Bhd. Irma Othman. (2019). Signifikasi struktur sosial keluarga dan hubungan persahabatan dalam mempengaruhi pengalaman ekspatriasi ahli akademik universiti awam Malaysia. International Journal of Politics, Public Policy and Social Work, 1(3), 14-31. https://www.researchgate.net/publication/338408612_SIGNIFIKASI_STRUKTUR_SOSIAL_KELUARGA_DAN_HUBUNGAN_PERSAHABATAN_DALAM_MEMPENGARUHI_PENGALAMAN_EKSPATRIASI_AHLI_AKADEMIK_UNIVERSITI_AWAM_MALAYSIA Kandau Sidi. (2018). Tiada desel, bekalan elektrik lebih 40 sekolah terjejas. Berita Harian. https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2018/06/438382/tiada-dieselbekalan-elektrik-lebih-40-sekolah-terjejas
Nazri Muslim., & Otong Rosadi. (2021). Peranan Bahasa dalam Pembinaan Negara Bangsa di Malaysia dan Indonesia. International Journal of the Malay World and Civilisation, 9(2), 79 – 89. https://journalarticle.ukm.my/16758/1/jatma-2021-0902-08.pdf Norshahera Zulkifli., & Yuszaidy Yusoff. (2022). Elemen-Elemen Sosiobudaya dalam kalangan masyarakat Boyandi Semenyih, Selangor. Jurnal Wacana Sarjana, 6(2), 1-13. https://journalarticle.ukm.my/19697/1/468-Article%20Text-673-1-10-20220707.pdf Rahimah Abdullah. (2022). 30 ke 40 peratus sekolah pedalaman belum ada internet stabil. Astro Awani. https://www.astroawani.com/berita-malaysia/30-ke-40-peratussekolah-pedalaman-belum-ada-internet-stabil-untuk-malaysia-365940? Zuraiha Zain., Noraini Sulaiman., & Aishah Othman. (2021). Adat resam Masyarakat Malaysia. Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah. https://upk.ptsb.edu.my/penerbitan/Adat_Resam_Masyarakat_Malaysia.pdf