The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ss.skr2020, 2020-04-19 04:37:51

soalan sains tahun 4 k1 2020

soalan sains tahun 4 k1 2020

PENILAIAN KENDALIAN SEKOLAH RENDAH
PENTAKSIRAN BULAN MAC

SAINS (018/1)
KERTAS 1
TAHUN 4

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

NAMA : ________________________________________________

KELAS : _________________

ARAHAN :

1. Baca soalan dengan teliti.

B2. AJaHwAabGsemIAuaNsoaAlan.

3. Tandakan jawapan ada kertas jawapan yang telah disediakan.

4. Jika ingin menukar jawapan, padamkan jawapan dengan kemas. Kemudian
tanda jawapan yang baru.

Kertas soalan ini mengandung1 i 8 halaman bercetak

1. Manakah alatan berikut digunakan untuk menyukat isi padu cecair?

A. Jam randik C. Tabung uji

B. Termometer D. Silinder penyukat

2. Manakah alatan berikut digunakan untuk mengukur masa?

A. Jam randik C. Termometer

B. Tabung uji D. Silinder penyukat

3. Antara berikut yang manakah melanggar peraturan bilik sains?
A. Mengemas bilik sains sebelum keluar.
B. Menjalankan eksperimen mengikut arahan guru.
C. Membuang sampah ke dalam bakul sampah.
D. Makan dan minum dalam bilik sains

4. Bilik sains adalah tempat untuk……………….

A. membaca buku cerita C. melakukan senaman

B. membaca surat khabar D. menjalankan penyiasatan saintifik

5. Rajah di bawah menunjukkan 3 aktiviti yang dilakukan oleh murid-murid di bilik sains.

Aktiviti manakah yang mematuhi peraturan bilik sains?

A. II sahaja C. I and III sahaja

B. III sahaja D. I, II dan III

6. Antara alatan berikut, yang manakah TIDAK DIBENARKAN di dalam bilik sains.
A. B

C. D

2

7.

Rajah di atas menunjukkan kelalang kon yang telah retak.
Apakah yang harus dilakukan oleh murid jika perkara tersebut berlaku?

A. Sembunyikan tanpa pengetahuan guru
B. Buang kelalang kon ke dalam tong sampah
C. Laporkan kepada guru dengan segera
D. Biarkan di atas meja sehingga waktu sains tamat.
8. Rajah di bawah menunjukkan satu eksperimen pemanasan air

Antara yang berikut, yang manakan tindakan yang berbahaya?
A. Pakai sarung tangan sebelum menyentuh bekas yang panas.
B. Menyentuh bikar dengan tangan.
C. Kacau cecair dengan mengggunakan rod kaca.
D. Padamkan api penunu Bunsen selepas menjalankan eksperimen.

9. Antara yang berikut , perkara yang manakah DIBENARKAN semasa di bilik sains?

A. Makan dan minum di dalam bilik sains C. Berlari di bilik sains

B. Masuk dengan kebenaran guru D. Membawa masuk beg ke dalam bilik sains

10. Rajah berikut menunjukkan organ-organ yang terlibat dalam proses pernafasan.

XX

Y
3

Apakah organ-organ berlabel X dan Y? Y
X Trakea
Peparu
A Peparu Hidung
B Trakea Peparu
C Trakea
D Hidung

11. Maklumat yang berikut menerangkan satu proses hidup manusia.

- Udara keluar daripada peparu
- Dada mengempis semasa menghembus

nafas

Apakah proses tersebut? C. Penyahtinjaan
A. Perkumuhan D. Pernafasan
B. Pewarisan

12. Antara berikut, yang manakah proses yang boleh menyingkirkan peluh daripada badan?

A. Pembiakan C. Penyahtinjaan

B. Perkumuhan D. Pernafasan

13. Apakah maksud perkumuhan?

A Menyingkirkan makanan yang tidak tercerna daripada badan
B Menyingkirkan lebihan air daripada badan
C Menyingkirkan air kencing daripada badan
D Menyingkirkan bahan buangan daripada badan

14. Rajah berikut menunjukkan sistem perkumuhan kita

Manakah antara organ-organ berlabel A, B, C dan D akan membebaskan peluh daripada badan
kita?

15. Antara yang berikut, yang manakah bukan hasil perkumuhan?

A. Air kencing C. Wap air

B. Peluh D. Najis

4

16. Antara yang berikut, yang manakah bahan buangan yang disingkirkan oleh peparu?

A. Air sahaja C. Oksigen, karbon dioksida dan urea

B. Karbon dioksida dan wap air D. Air, Oksigen, karbon dioksida dan urea

17.

Magnet Pemerhatian

X Menolak

Y?

Berdasarkan rajah di atas ramalkan pemerhatian yang mungkin berlaku terhadap magnet Y apabila

magnet didekatkan.

A. Menolak C. Tidak berlaku apa-apa.

B. Menarik D. Menarik dan menolak.

18.
50 kg

Manusia Kren 15000 kg

Rajah di atas menunjukkan sebuah kren dan seorang lelaki mengangkat satu beban. Antara
berikut yang manakah pemerhatian yang sesuai?
A. Kren boleh mengangkat beban yang sangat berat berbanding manusia.
B. Manusia boleh mengangkat beban yang lebih berat daripada kren.
C. Kren tidak dapat membantu manusia melakukan kerja dengan mudah.
D. Menggunakan kren tidak dapat menjimatkan masa.

19. Mengapakah manusia perlu berkumuh dan bernyahtinja?
A Untuk menyingkirkan bahan buangan daripada tubuh badan
B Untuk membiak
C Untuk terus hidup
D Untuk membesar

20. Antara yang berikut, yang manakah merupakan proses yang dijalankan oleh manusia

untuk mendapatkan oksigen?

A. Perkumuhan C. Pembiakan

B. Penyahtinjaan D. Pernafasan

5

21. Rajah di bawah menunjukkan satu organ manusia.

Manakah proses yang melibatkan organ ini?

W: Pernafasan X: Perkumuhan Y: Penyahtinjaan Z: Pembiakan

A W dan X sahaja C. W, X dan Y sahaja
B X dan Y sahaja D. W, X dan Z sahaja

22. Semasa manusia menarik nafas, udara yang masuk di dalam peparu mengandungi gas

________. Semasa menghembus nafas, udara yang dihembus mengandungi mengandungi gas

________________.

A Karbon dioksida, monoksida C. Karbon dioksida, Oksigen

B Helium, oksigen D. Oksigen, Karbon dioksida

23. Rajah di bawah menunjukkan laluan udara semasa menarik nafas.
Hidung R Peparu

Apakah R? C. Kulit
A. Trakea D. Spirakel
B. Ginjal

24. Antara berikut yang manakah yang menyebabkan kadar pernafasan yang paling tinggi?

A. Membaca buku C. Tidur

B. Berbasikal D. Lari pecut 100 meter

25. Apakah yang berlaku semasa proses menarik dan menghembus nafas?

Menarik nafas Menghembus nafas

A. Dada naik dan mengembang Dada turun dan mengempis

B. Dada turun dan mengempis Dada turun dan mengempis

C. Dada turun dan mengembang Dada naik dan mengempis

D. Dada naik dan mengempis Dada turun dan mengempis

26. Mengapakah anak-anak mewarisi? C. Untuk kelihatan lebih gembira
A. Untuk kelihatan besar D. Untuk kekal sihat
B. Untuk kelihatan seperti ibu bapa mereka

6

27. Kulit merupakan salah satu organ dalam proses perkumuhan. Antara berikut, yang manakah

bahan yang disingkirkan oleh kulit?

A. Karbon dioksida C. Peluh

B. Wap air D. Air kencing

28. Antara berikut yang manakah merupakan organ perkumuhan?

A. Jantung, kulit dan peparu. C. Jantung, ginjal dan peparu.

B. Ginjal, peparu dan kulit. D. Jantung, peparu dan kulit.

29. Bahan kimia apa yang terdapat di rokok?

A. Nikotin C. Karbon dioksida
Urea
B. Oksigen D.

30. Antara yang berikut yang manakah merupakan proses menyingkirkan sisa-sisa makanan yang

tidak diperlukan daripada badan?

A. Pernafasan C. Pembiakan

B. Perkumuhan D. Penyahtinjaan

31. Antara berikut yang manakah kesan jika kita tidak bernyahtinja?

A. Kanser usus dan radang usus. C. Kanser darah dan kencing manis

B. Kanser paru-paru dan sakit jantung. D. Kanser peparu dan kencing manis

32. Kemahiran Proses Sains yang manakah menggunakan kesemua 5 deria kita?

A. Menggelas C. Meramal

B. Memerhati D. Berkomunikasi

33. Berikut merupakan inferens mengapa murid dilarang masuk ke dalam bilik sains tanpa
kebenaran guru. Antara infrens berikut manakah yang SALAH?
A. Terdapat bahan yang berbahaya di dalam bilik sains
B. Jika berlaku kemalangan tiada sesiapa yang tahu.
C. Mengelakkan kehilangan radas dan bahan yang terdapat di dalam bilik sains
D. Memudahkan murid-murid untuk mengambil alatan dan radas di dalam bilik sains sesuka
hati.

34. Peralatan dan radas yang telah digunakan perlu diletakkan kembali ke tempat asalnya,
mengapa?
A. supaya murid lain senang mencari alatan atau radas ketika diperlukan
B. supaya kelihatan tersusun dan kemas
C. supaya tidak dimarahi oleh guru
D. supaya tidak dimarahi oleh kawan

35. Antara berikut yang manakah merupakan bukan kesan buruk disebabkan merokok?

A. batuk C. nafas berbau

B. kanser peparu D. halusinasi

7

36. Antara organ berikut yang manakah organ yang terlibat dalam proses penyahtinjaan manusia?
AB

CD

37. Antara berikut, yang manakah merupakan tabiat buruk manusia?

A. Meminum air yang banyak C. Penyalahgunaan dadah

B. Pengambilan makanan yang pelbagai D. Kerap bersenang

38.

k Kotak hitam

k disiram k disiram

Sekumpulan murid menjalankan satu eksperimen seperti diatas. Antara berikut, yang manakah

merupakan pembolehubah dimanipulasi?

A. Kotak hitam C. Kuantiti air

B. Saiz pasu D. Cahaya Matahari

39. Ahmad memasukkan tangan ke dalam sebuah bekas berisi air suam. Dia merasa panas, antara

organ deria berikut, organ deria yang manakah yang Ahmad gunakan?

A. Kulit C. Telinga

B. Lidah D. Mata

40. Ali lepaskan tangan dengan serta merta apabila tersentuh gelas yang panas. Mengapakah dia
berbuat demikian?
A. Untuk melindungi diri dia daripada terjatuh.
B. Untuk melindungi diri daripada tercedera.
C. Kerana jejari dia tidak berfungsi.
D. Untuk melindungi diri daripada tekanan.

8


Click to View FlipBook Version