The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU PENGURUSAN SEKOLAH
SK RELAU (KEDAH)
2022-2023

Terdiri daripada bahagian-bahagian berikut :
i- Bahagian Pengurusan
ii- Pengurusan Kurikulum
iii- Pengurusan Hal Ehwal Murid
iv- Pengurusan Kokurikulum

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ss.skr2020, 2022-03-19 19:53:22

BUKU PENGURUSAN SEKOLAH SK RELAU (KEDAH)

BUKU PENGURUSAN SEKOLAH
SK RELAU (KEDAH)
2022-2023

Terdiri daripada bahagian-bahagian berikut :
i- Bahagian Pengurusan
ii- Pengurusan Kurikulum
iii- Pengurusan Hal Ehwal Murid
iv- Pengurusan Kokurikulum

MAJLIS SUKAN SEKOLAH

Pengerusi : Guru Besar
Timb. Pengerusi I : Penolong Kanan Kokurikulum
Timb. Pengerusi II : Pen. Kanan (pentadbiran)/ PK HEM
Setiausaha : SU Kokurikulum
Pen.Setiausaha : Penyelaras Sukan Dan Permainan
AJK : Ketua-ketua Rumah Sukan
Guru-guru Permainan
Tugas :

1. Menentukan objektif sukan sekolah tercapai.
2. Merancang aktiviti sukan sekolah jangka panjang / pendek.
3. Mengenalpasti T.O.V (Take of Value) dan merancangkan aktiviti sekolah.
4. Merancang strategi peningkatan dan penglibatan dalam sukan.
5. Menggunakan sepenuhnya kepakaran dalam bidang sukan yang ada di

sekolah.
6. Meningkatkan kemahiran guru melalui klinik sukan.
7. Menambah kepakaran untuk peningkatan sukan sekolah melalui

kursus dalaman / luaran.
8. Memastikan adanya peraturan berkaitan dengan aktiviti sekolah bagi

menjamin keselamatan, kelancaran dan kelicinan pelaksanaan.

PENYELARAS SUKAN DAN PERMAINAN

Tugas :

1. Menyelaras semua aktiviti, latihan dan pertandingan antara rumah dan
sekolah supaya sesuai dengan hari, masa, tempat gelanggang dan
padang.

2. Menyediakan takwim dan jadual aktiviti sukan yang sesuai dengan
aktiviti.

3. Membantu Guru Besar mengagih tugas guru dalam olahraga dan permainan.
4. Menetapkan pelajar baru dan lama dalam Rumah Sukan masing-masing.
5. Menyediakan anggaran belanjawan tahunan untuk aktiviti dan peralatan.
6. Menyelaraskan penyertaan sekolah dalam aktiviti sukan luar sekolah.
7. Mengurus dan menjaga keselamatan semua peralatan sukan sekolah.
8. Menyimpan dan mengemaskini buku stok dan inventori peralatan sekolah.
9. Menyediakan peraturan penggunaan peralatan dan kemudahan sukan.
10. Menyediakan laporan lengkap tentang semua aktiviti sukan sekolah

dan luar sekolah untuk edaran, rujukan dan rekod.
11. Sentiasa berbincang dengan Guru Besar /Penolong Kanan HEM /

Penolong Kanan Kokurikulum untuk kepentingan sukan sekolah.
12. Merekodkan pencapaian cemerlang pelajar dan pasukan sekolah dalam

Buku Rekod Aktiiviti Kokurikulum.
13. Merancang kursus pendek untuk AJK Tertinggi persatuan/kelab/unit

beruniform tentang cara-cara menggerakkan aktiviti kokurikulum.
14. Menetapkan Ketua guru rumah dan guru-guru rumah.

19

15. Menyimpan rekod yang lengkap segala jenis perlawanan yang disertai
oleh sekolah baik di peringkat zon dan negeri (MASSAK),
persahabatan dan sebagainya, mengandungi tarikh, jenis pertandingan,
pasukan yang terlibat, tempat pertandingan dan keputusannya.

16. Mencadangkan nama Olahragawan sekolah.

KETUA RUMAH SUKAN

Tugas :

1. Memastikan adanya senarai ahli Rumah Sukan yang lengkap (guru dan pelajar).
2. Membuat pengagihan tugas kepada semua ahli rumah sukan.
3. Membentuk jawatankuasa rumah di kalangan pelajar yang meliputi olahraga dan

permainan.
4. Menjalankan mesyuarat agung rumah sukan dan permainan.
5. Menentukan guru rumah untuk menjadi pengadil dalam pertandingan peringkat

sekolah.
6. Sentiasa berbincang dengan Penyelaras Sukan dan Pemainan /Pen. Kanan Ko

sekiranya menghadapi masalah.
7. Memastikan laporan aktiviti Rumah Sukan disediakan untuk edaran dan rekod.
8. Merekodkan dan melaporkan pencapaian cemerlang pelajar kepada enyelaras

Sukan untuk dicalonkan sebagai wakil sekolah.
9. Menetapkan tugas guru-guru rumah.
10.Menjadi penasihat kewangan dan kebajikan ahli-ahli rumah.
11.Mengambil tindakan ke atas ahli rumah yang tidak mengikut peraturan.

GURU RUMAH SUKAN

Tugas :

1. Mengurus latihan rumah sukan pada hari-hari yang ditetapkan oleh Penyelaras
Sukan dan Permainan.

2. Guru dan pelajar wajib hadir pada waktu latihan Rumah Sukan. Kedatangan
dicatat dalam Buku Kehadiran.

3. Memilih dan melatih pasukan olahraga dan permainan untuk pertandingan antara
Rumah Sukan.

4. Menghantar nama peserta yang berpotensi untuk pemilihan wakil sekolah.
5. Merekodkan kedatangan pelajar dan mengambil tindakan terhadap pelajar yang

tidak hadir.
6. Mengawasi keselamatan pelajar waktu latihan.
7. Menyemai semangat kesukanan di kalangan pelajar.
8. Sentiasa berbincang dengan Ketua Rumah Sukan untuk meningkatkan prestasi

rumah sukan.
9. Mematuhi arahan Ketua Rumah dan menjalankan tugas dengan penuh

dedikasi.
10.Mencadangkan kepada Ketua Guru Rumah peralatan-peralatan yang atut dibeli

pada penghujung tahun untuk tindakan Penyelaras Sukan Dan Permainan

20

GURU PERMAINAN

Tugas :

1. Bertanggungjawab dalam membentuk jawatankuasa pasukan permainan sekolah.
2. Merancang meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan minat pelajar dalam

permainan di bawah jagaannya dengan cara melatih mereka mengikut jadual yang
telah ditetapkan ataupun pada waktu-waktu lain dengan persetujuan Penyeleras
Sukan dan Permainan dan mengatur seberapa banyak perlawanan persahabatan
dengan pasukan lain/sekolah-sekolah berdekatan.
3. Berusaha mendapatkan khidmat nasihat dari mereka yang pakar dalam
permainan jagaannya.
4. Memastikan undang-undang permainan dan perlawanan dipatuhi.
5. Memilih dan melatih pasukan sekolah mengikut jadual dan takwim kokurikulum
sekolah.
6. Menganjurkan perlawanan antara Rumah Sukan/kelas/sekolah.
7. Menguruskan pengangkutan untuk pasukan sekolah ke pertandingan luar serta
memastikan pelajar-pelajar dilindungi insurans serta berada di tempat permainan.
8. Menguruskan surat kebenaran ibu bapa/penjaga untuk pertandingan luar.
9. Melapor dan merekodkan keputusan-keputusan pertandingan yang disertai oleh
pasukan sekolah dan pertandingan peringkat sekolah kepada Penyelaras Sukan
Dan Permainan.
9 Menyediakan anggaran perbelanjaan untuk peralatan dan pengurusan bagi
permainan dan menyerahkannya kepada Setiausaha Sukan dan Permainan.
11.Menyemai semangat kesukanan di kalangan pelajar.
12.Menentukan peralatan dan kemudahan permainan sentiasa dalam keadaan baik,
selamat dan mencukupi untuk digunakan seperti alat permainan, pakaian,
minuman, kenderaan, perjalanan, ubatan, peruntukan kegunaan pasukan ada dan
mencukupi.
13.Merancang aktiviti tahunan dengan guru Rumah Sukan.
14.Menilai prestasi pasukan sekolah dan mengambil langkah-langkah untuk
mempertingkatkannya.
15. Merekodkan nama pemain-pemain dan pasukan yang cemerlang (johan
daerah/negeri,wakil daerah/negeri dan negara).
16. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari semasa ke semasa.
17. Mengawasi perjalanan latihan dan pertandingan pasukan masing-masing.
18. Menjaga kebajikan pemain-pemain seperti minuman, kecederaan dan
sebagainya.

PENYELARAS PERSATUAN / KELAB / UNIT BERUNIFORM

Tugas :
1. Mengatur dan menyelia perjalanan persatuan/kelab/unit beruniform.
2. Menyediakan jadual waktu untuk perjumpaan dan mesyuarat.
3. Menyelaras semua aktiviti.
4. Menyediakan borang kebenaran ibu bapa/penjaga untuk pelajar memasuki

persatuan/kelab/unit beruniform.

21

5. Menentukan aktiviti, surat menyurat dan minit mesyuarat difailkan dengan baik.
6. Memastikan peraturan Perlembagaan dan minit mesyuarat agung direkodkan dan

difailkan.
7. Memastikan mesyuarat agung dan pemilihan AJK diadakan setiap tahun pada

tarikh yang ditetapkan.
8. Menguruskan Buku/Kad Kokurikulum :

- Mengagihkan Buku Kokurikulum kepada guru / guru kelas untuk diedarkan
kepada pelajar .
- Mengutip kembali dari guru / guru tingkatan pada akhir tahun untuk
simpanan dan rekod.
9. Menyediakan borang / buku yang diperlukan untuk aktiviti :
- Borang memasuki persatuan.
- Borang senarai AJK dan ahli.
- Buku Laporan Kegiatan / Laporan Aktiviti Kokurikulm
- Fail-fail yang diperlukan.
10. Mengumpulkan rancangan tahunan pada awal tahun untuk edaran, rujukan dan
rekod.
11. Mengumpulkan laporan tahunan dan buku kegiatan untuk edaran, rujukan dan
rekod.
12. Membuat laporan tahunan keseluruhan tentang aktiviti dan pencapaian
kokurikulum
13. Menyediakan anggaran perbelanjaan setahun.

GURU PENASIHAT PERSATUAN/KELAB

Tugas :

1. Membentuk jawatankuasa persatuan/kelab.
2. Memastikan aktiviti persatuan selaras dengan objektif sekolah / JPN
3. Memastikan adanya peraturan/perlembagaan.
4. Memastikan jawatankuasa menjalankan tugas seperti yang dicatat dalam

perlembagaan.
5. Merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama pelajar dan

menyerahkannya kepada Penyelaras untuk simpanan dan rekod.
6. Memastikan aktiviti berjalan mengikut jadual yang ditetapkan.
7. Merancang strategik untuk peningkatan persatuan/kelab cara yang sesuai.
8. Membuat anggaran pendapatan dan perbelanjaan.
9. Mengurus kewangan, harta benda dan peralatan persatuan/kelab.
10. Memastikan minit mesyuarat dan laporan kegiatan disediakan dan difailkan.
11. Melaporkan kepada Penolong Kanan HEM/Penolong Kanan Kokurikulum tentang

perkembangan persatuan/kelab.
12. Bekerjasama dengan pihak sekolah untuk menjayakan aktiviti-aktiviti seperti Hari

Kokurikulum, Hari Sukan, Hari Ucapan, Hari Guru dan lain-lain.
13. Menguruskan surat-menyurat dan segala keperluan untuk kegiatan luar sekolah.
14. Menentukan papan kenyataan digunakan sepenuhnya.
15. Memastikan tidak ada unsur subversif tersebar/disebarkan di kalangan ahli.
16. Mencadangkan nama ahli-ahli yang layak menerima Sijil Penghargaan kepada

Jawatankuasa Kokurikulum.

22

17. Mengadakan Mesyuarat Agung kelab/persatuan/unit beruniform pada minggu ke-
3 bulan januari untuk melantik AJK persatuan/kelab/unit beruniform berkenaan.

18. Menyerahkan perkara-perkara berikut kepada Setiausaha Kokurikulum:
- Pelembagaan persatuan/kelab/unit beruniform.
- Senarai AJK.
- Senarai nama ahli.
- Rancangan/aktiviti tahunan.

19. Bertanggungjawab memberi bimbingan kepada pelajar-pelajar dalam
menyediakan laporan kegiatan mengikut format yang ditentukan
selewat-lewatnya seminggu selepas setiap kegiatan diadakan.

20. Bertanggungjawab menempah bas sekolah jika pengangkutan diperlukan.
21. Mengiringi rombongan yang dianjurkan oleh persatuannya jika tidak

dapat bersama hendaklah mencari wakil.
22. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Persatuan dari

semasa ke semasa.

GURU PENGIRING PERTANDINGAN

Tugas :

1. Bertanggungjawab dalam mempastikan keselamatan sebelum, semasa
dan selepas pertandingan.

2. Mengawasi perjalanan latihan dan pertandingan pasukan masing-masing.
3. Menentukan peraturan-peraturan pertandingan yang disertai.
4. Menentukan keperluan seperti pakaian, minuman, kenderaan,

perjalanan, ubatan, peruntukan kegunaan pasukan ada dan mencukupi.
5. Menguruskan pengangkutan untuk pasukan sekolah ke pertandingan

luar serta memastikan pelajar-pelajar dilindungi insurans serta berada
di tempat pertandingan.
6 Melaporkan dan merekodkan keputusan-keputusan pertandingan yang
disertai oleh pasukan sekolah kepada Penyelaras Sukan Dan Permainan
7 Menyediakan anggaran perbelanjaan untuk pertandingan dan menguruskan
pasukan dan menyerahkannya kepada Setiausaha Kokurikulum.
8 Menilai prestasi pasukan dalam sesuatu pertandingan dan berusaha
untuk meningkatkan percapaian.
9 Mencatatkan penglibatan setiap pelajar dalam pertandingan berkenaan
untuk dijadikan asas dalam penyediaan laporan tahunan, penilaian
kegiatan kokurikulum pelajar berkenaan. Laporan ini hendaklah
diserahkan kepada Setiausaha Kokurikulum Sekolah.
10 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan Guru Besar dari semasa ke semasa.

TUGAS KETUA JURULATIH / JURULATIH MSSM

1. Memajukan kemahiran dan minat murid-murid permainan yang dijaganya dengan :

1.1 Melatih atlet mengikut jadual yang ditetapkan oleh Majlis Sukan Sekolah.

23

1.2 Mengatur seberapa banyak perlawanan persahabatan bagi meningkatkan
kemahiran atlet.

1.3 Membentuk pasukan sekolah mengikut peringkat umur.
1.4 Mengadakan pemilihan dan latihan.
2. Menguruskan pengangkutan untuk pasukannya dan juga menguruskan para
penyokong jikalau perlu.
3. Mengiringi dan menjaga disiplin atlet pada masa latihan dan juga semasa
perlawanan.
4. Menyedikan segala peralatan kecemasan yang perlu jika berlakunya kecederaan.
5. Menguruskan pengangkutan dan surat-surat kebenaran waris/penjaga atlet yang
mewakili pasukan permainan sekolah.
6. Membahagi dan mengumpulkan semua alat sukan yang diberi kepada atlet dan
bertanggungjawab diatas menjaga peralatan tersebut.
7. Menyimpan rekod-rekod keputusan pertandingan di semua peringkat dan
melaporkannya kepada Setiausaha Sukan selepas pertandingan.
8. Bekerjasama dan menguruskan program stor dan padang cantik lima bintang.
9. Memastikan atlet mendapat sijil penyertaan atau sijil kemenangan.

TUGAS RIMUP

1. Mengadakan mesyuarat bagi merancang dan membincangkan aktiviti yang akan
dilaksanakan pada tahun 2019.

2. Merancang dan melaksanakan aktiviti, menilai dan membuat tindakan susulan.
3. Mengurus dan menyelesaikan masalah mengenai aktiviti RIMUP mengikut

keperluan semasa.
4. Menentukan bilangan pelajar yang akan menyertai aktiviti RIMUP.
5. Menyediakan laporan dan dokumentasi bagi setiap aktiviti RIMUP yang

dilaksanakan untuk dihantar ke PPD /JPN.
6. Mengemaskini fail-fail berkaitan RIMUP.

PENGISIAN DATA ID KATA LALUAN
KBA1007 Pajsk222222
PENGISIAN DATA
PAJSK

24

SEKOLAH KEBANGSAAN RELAU (KEDAH)
14200 SUNGAI JAWI

SEBERANG PERAI SELATAN

PENGURUSAN FAIL UNIT KOKURIKULUM 2022

Bil Nama Guru Fail Untuk Tindakan

1 En. Muhammad Syafiq bin Alias Setiausaha Kokurikulum
2 En. Abdul Rahman bin Awang Kelab / Persatuan: Bahasa Melayu
3 En. Mohd Tarmizi b. Musa Kelab Catur
4 Pn. Hanis Ayuni binti Zaman Bola Jaring
Kelab / Persatuan :Math / Sains
5 Pn. Norliana binti A.Bakar Kelab / Persatuan: Doktor Muda
6 En. Muhamad Rizal bin Yaacob Penyelaras Unit Beruniform
7 En. Kalaiselvam a/l Murugan Penyelaras Kelab / Persatuan
8 Pn. Noorhafizan binti Md Rejab Kelab / Persatuan : Bahasa Arab
9 Pn. Maslina binti Mansor Hari KK / Pengakap /Perayaan Sekolah
10 En. Mohamad Nizam bin Musa Sukan /Permainan : Bola Sepak , Unit Uniform
11 :TKRS

En. Mohd Ikhsan Sabri bin Zamhari

12 En. Mohd Pardzli bin Lazim Sepak Takraw

13 En. Mohd Ridzuan bin Mat Yusop RIMUP

15 En. Muhammad Nasir bin Awang Kechik PBSM

17 En. Zul Yusfami bin Yusoff Penyelaras Sukan & Permainan

18 Pn. Rubishah binti Abdul Rahman PPIM

19 Cik Siti Zaleha binti Che Ya Kelab / Persatuan : Bahasa Inggeris

20 En. Suhail bin Shaharudin Penyelaras PAJSK / Segak / E-Sport

21 Pn. Roslina bt Ishak Sukan /Permainan : Bola Baling

22. Pn. Norziewati bt Daud Kelab / Persatuan : Seni,Budaya,Rukun Negara

23. En.Muhamad Nasir Bin Awang Kechik Olahraga

24. Pn. Lim Leay Shia Kelab / Persatuan : Kelab Komputer , Ko Akademik

25. Pn. Salmiyah binti Ismail Sukan /Permainan : Bola Tampar

26. Pn. Mas Zahanim binti Ayob Sukan /Permainan : Tenis

25

26


Click to View FlipBook Version