KAUM MELAYU
Kaum melayu merupakan kaum yang mempunyai elemen-eleman serta asal
usul yang berkait rapat dari Sumatera, Jawa, Thailand, Sulawesi dan Polinisia yang
menjadi negara jiran sekeliling pada Malaysia yang kini. Oleh yang demikian, tidak
asing dan hairanlah jika rasa masakan Melayu menyajikan sedikit sebanyak kualiti
dan pengaruh yang di bawa oleh negara-negara jiran.
Lahiriahnya, majoriti masakn yang dihasilkan kaum melayu iaitu makanan
tradisional melayu amat gemar dengan penggunaan rempah ratus yang banyak dan
menghasilkan makanan yang berlemak dan pekat dengan penggunaan santan.
Selain itu, kaum melayu juga amat meminati perasa utama seperti budu atau perasa
padas dalam hidangan sajian mereka yang dihasilkan oleh campuran belacan
bersama dengan cili, bawang dan bawang putih. Demikian, hingga ke hari ini sambal
belacan telah menjadi lidah selara buat anak-anak melayu. Tidak lengkap jika tiada.
Di samping itu, kegunaan lengkuas dan serai juga antara yang wajib bagi
setiap air tangan kaum melayu. Dalam pada itu, seperti yang kita ketahui makanan
utama penduduk Asia ialah nasi. Begitu juga bagi kaum melayu hampir setiap
hidangan adalah disajikan bersama nasi dan kebiasaannya di hidangkan sekaligus
tanpa turutan sajian seperti dalam budaya Barat. Hidangan yang mampu
menghangatkan suasana di meja makan itulah yang dikenali sebagai hidangan
orang Melayu yang mahsyornya kerana kekayaan penggunaan rempah ratus serta
keenakkan dari segi kepedasannya.
AKMAL
JENIS-JENIS MAKANAN KAUM MELAYU
Nasi Lemak
Nasi Lemak merupakan salah satu makanan kegemaran bagi orang Malaysia
terutamanya sebagai sarapan pagi. Nama Nasi Lemak mendapat gelaran daripada
penggunaan santan untuk memasak nasi. Santan khususnya merupakan bahan
masakan yang sering digunakan oleh masyarakat melayu tradisional. Oleh itu, Nasi
Lemak dikaitkan dengan penggunaan santan dalam nasi yang membuatkan nasi itu
berlemak. Nasi Lemak biasanya dihidangkan dengan telur, timun, ikan bilis goreng,
kacang goreng dan sambal. Kini, pelbagai hidangan disajikan bersama nasi lemak
seperti ayam, daging, sotong, udang, limpa dan hati lembu. Makanan ini
kebiasaannya dijual dikebanyakkan kedai makan, warung-warung dan penjaja.
AKMAL
Lemang
Lemang ialah sejenis tradisi yang disukai oleh orang ramai. Lemang dijual
sepanjang tahun, tetapi lebih meluas pada hari perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri.
Semua orang daripada pelbagai kaum suka makan makanan tradisi ini. Lemang
merupakan hidangan istimewa di Malaysia. Makanan tradisi ini juga selalunya
dihidangkan dengan rendang dan serunding untuk dimakan. Lemang diperbuat
daripada beras pulut dan santan yang dimasukkan ke dalam ruas buluh yang dilapik
dengan daun pisang, sebelum dibakar sehingga masak. Kaedah memasak yang
menggunakan buluh ialah cara memasak kaum asli di Malaysia.
AKMAL
Laksa
Laksa adalah makanan sejenis mi yang ditaruh kuah dengan kebudayaan
Peranakan, yang digabung dengan eleman Tiongkok daan Melayu. Laksa
mempunyai beberapa jenis, bentuk mi-nya berbentuk panjang yang berwarna putih
dan sedikit tebal. Nama Laksa juga diambil dari bahasa Sanskrit (India Kuno) iaitu
Laksha yang mempunyai arti yang banyak, merujuk kepada banyaknya kandungan
dan rempah yang digunakan untuk membuatnya. Terdapat pelbagai jenis laksa di
Malaysia seperti Laksa Penang (asam laksa), Laksa Johor, Laksa Perlis, Laksa
Kedah (laksa Teluk Kechai), Laksa Kelantan, Laksa Sarawak, Laksa Ipoh, Kari
Laksa dan Laksam.
AKMAL
KAUM CINA
Sejarah kemasukan kaum cina ke dalam negara kita telah membawa
kepada perubahan yang baru dalam seni kulinari yang jauh lebih berbeza dengan
kaum Bumiputra melayu dan mereka. Kehadiran mereka utama bagi masyarakat
Cina sejak 2000 tahun dahulu. Kerana keadaannya yang bertahan lama, mudah
diangkut dan senang disediakan menyebabkannya menjadi makanan yang terkenal
di hampir seluruh pelusuk dunia. Makanan ini merupakan kebanggaan masyarakat
Cina kerana ia menjadi salah satu bukti terserlahnya keintelektualan nenek moyang
mereka.
Oleh kerana tekstur mee yang kenyal dan tanpa sebarang perasa atau
tawar, makanan ini amat mudah diolah kepada pelbagai macam hidangan yang lazat
dan menarik serta boleh disediakan dalam pelbagai cara samada sejuk atau panas.
Variasi masakan berasaskan Mee sup, Mee berkuah, Mee celur atau digoreng dan
sangat mudah di dapati di sekitar tanah air.
Bawang putih dan halia banyak terdapat dalam masakan Cina. Sambal
cecah yang terdiri daripada Kicap (Soya souce), Cuka, Cili yang dipotong dan
Bawang putih yang dicingcang halus antara pelengkap hidangan yang mesti ada di
atas meja. Berbeza dengan masakan Melayu yang biasanya mengandungi lemak
santan, masakan Cina hampir tidak terdapat lemak santan dalam setiap hidangan.
Selain itu, masakan kaum Cina juga mempamerkan seni pastri yang
kebanyakannya menggunakan kaedah panggang, kukus dab dibakar berbanding
digoreng dalam membuat sesuatu manisan atau kuih. Misalnya kuih bulan, kuih
lobak putih atau Dim Sum dan juga Yong Tau Fu atau Luk-Luk. Sejajar dengan
bahan-bahan yang digunakan untuk membuat makanan ini adalah halal dan mudah
untuk dihidang ia membuat makanan ini adalah halal dan mudah untuk dihidang ia
membuka peluang kepada masyarakat Melayu yang turut menjadikan seni pastry ini
sebagai bahan jualan sehingga ke hari ini.
AKMAL
JENIS-JENIS MAKANAN KAUM CINA
DimSum
Dim Sum merupakan hidangan ringaks yang kebiasaanya dihidangkan
bersama The Cina. Secara praktikalnya istilah “Minum Teh” yang di amalkan adalah
untuk menggambarkan serta menjelaskan pengalaman atau suasana yang
khususnya dalam Kantonis sezaman serta dikaitkan dengan sejarahnya, pada
zaman dimana para pengembara di Laluan Sutera kuno yang memerlukan suatu
tempat untuk berehat. Oleh itu, mereka akan ke gerai-gerai minum yang didirikan di
tepi jalan untuk berehat. Waktu penghidangannya juga ialah pada waktu pagi hingga
tengah hari di kedai makan Cina dan kedai makan dim sum khas. Selain itu,
sebilangan keluarga cina juga suka berkumpul pada perayaan khas seperti Tahun
Baru Cina dan hari Ahad untuk bertemu dan berbual-bual dengan datuk dan nenek
mereka sambil disajikan hidangan ini. Hidangan ini kebiasaannya dihidangkan dalam
bakul pengugus kecil atau atas pinggan kecil. Namun demikian, meskipun makanan
ini adalah hidangan tradisional, ia telah menjadi suatu evolusi yang masih digemari
sehingga kini dengan bermacam inovatif yang baru.
AKMAL
Kuih Bakul
Kuih bakul atau nama lainnya Nian Gao atau lebih dikenali sebagai kuih Tahun Baru
Cina ialah makanan tradisional masyarakat cina yang diperbuat daripada tepung
pulut yabg berbentuk seperti dodol. Secara tradisinya, makanan ini lebih mendapat
sambutan untuk dimakan ketika sambutan Tahun Baru Cina, walaupun boleh
dimakan bila-bila masa. Amalan memakan kuih bakul pada masa perayaan Tahun
Baru Cina adalah dipercayai akan membawa tuah ini kerana namanya “nian gao”
yang bermaksud “kuih”, yang bunyinya sama seperti perkataan (gao) yang
maknanya adaalah “tinggi”, Dalam erti kata lain, “tinggi” melambangkan erti
“Semakin tahun semakin tinggi” atau ringkasnya “setahun lagi kehidupan, setingkat
lagi kemajuan”.
AKMAL
Char Kway Teow
Char Kway Teow merupakan antara makanan yang sangat popular di Malaysia oleh
seluruh masyarakat sejagat. Proses pembuatannya menggunakan kuey teow atau
nama Cinanya shahe fen, digoreng di atas api panas dengan kicap dan sos, cili,
udang, kerang, telur, tauge, dan kucai cina. Kadangkala ia turut dihidangkan
bersama hirisan kek ikan atau sosej cina serta bahan-bahan tambahan lain mengikut
citarasa setempat. Berbanding kuey teow adalah lebih basah dan cara memasak
telah diubah kepada minyak biasa daripada awalnya menggunakan lemak babi
yang memberi rasa enak yang tersendiri.
AKMAL
KAUM INDIA
Berdasarkan apa yang telah ditulis oleh sejarah sudah pasti kita dapat
ketahui bahawa kedatangan komuniti kaum India telah memperkenalkan kita kepada
kepelbagaian rempah ratus yang mempunyai aroma dan rasanya yang tersendiri.
Antara makanan yang terkenal dan dinikmati seluruh masyarakat Malaysia zaman
kini ialah kari. Masakan kaum India yang sangat sinonim dengan panggilan kari
seperti Kari ayam, Kari daging, Kari kacang dal, Kari kurma ayam dan sebagainya.
Makanan kaum India di Malaysia masih mengekalkan keaslian masakan yang
diwarisi dari negara asal mereka. Selain pedas dan berempah, kaum India juga
gemar menggunakan lemak dalam masakkan yang biasanya menggunakan lemak
haiwan seperti minyak sapi dan susu segar. Penggunaan Bawang merah atau
Bawang bombay yang banyak menyebabkan masakan India sangat harum dan
haruman tersebut boleh bertahan sehingga 8 jam.
AKMAL
Muruku
Murukku merupakan makanan tradisional yang berasal dari negara India. Nama
lainnya ialah Chakli dan Chakri. Makanan tradisional ini boleh didapati di mana-
mana sahaja dan dihidang sebagai makanan ringan. Bahan utama dalam
menyediakan marukku ialah urad dan tepung beras. Seterusnya, oleh kerana ia
dibuat dalam pelbagai perasa seperti cili, asafoetida, ajawain dan cumin menjadikan
ia amat lazat dan senang untuk disediakan. Makanan ini dinikmati pelbagai kaum
masyarakat tidak kira umur sehingga sampai kepada rakyat United Kingdom yang
merujuk murukku sebagai Chakri di negara tersebut.
AKMAL
Putu Mayam
Putu Mayam merupakan makanan tradisional yang dihidangkan bersama kelapa
parut dan gula perang atau gula kabung atau gula melaka atau nisan. Sehingga
kehari ini jika kita perhatikan nenek dan atuk, malah ibubapa kita sendiri masih
gemar untuk mencari makanan tradisional ni untuk dinikmati terutama ketika
suasana sejuk seperti ketika hujan senja. Makanan ini turut mendapat sambutan
yang menggalakan dari semua bangsa dan kini turut dinikmati oleh kaum di Sri
Lanka, Malaysia, Singapura sebagai snek. Selain itu, proses penghasilanya bermula
dengan penggaulan tepung beras dan atau tepung idiyappam dengan air atau
santan dan seterusnya doh ditekan dalam acuan untuk membentuk hasil utusan
seperti mee. Di Malaysia biasanya ia dijual sebagai makanan jalanan dari gerai
penjaja, atau motosikal.
AKMAL
Nasi Beriani
Salah satu hidangan yang menjadi kegilaan dan diminati oleh pelbagai lapisan
masyarakat. Nasi beriani daripada bebereapa jenis tetapi yang menjadi kegemaran
ramai orang ialah nasi beriani gam. Bukan sahaja menjadi kegemaran oleh kaum
India, malah diminati oleh kaum lain termasuk masyarakat kaum Melayu yang telah
menjadikan ia dipelopori terutama di Johor. Ia kebiasaannya dimasak bersama
lauknya, ayam dan daging. Cara memasaknya yang unik dalam menggunakan doh
tepung gandum sebagai bahan tampalan atau pelekat di sekeliling tutup periuk untuk
mengekalkan wap dan haba, serta mengekalkan aroma dan tekstur nasi.
AKMAL
KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, dapat dirumuskan bahawa makanan tradisi sesuatu kaum
dapat membentuk perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia ini.
Masyarakat dapat mengenali dengan lebih mendalam makanan yang terkenal
antara tiga bangsa terbesar di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India. Selain itu,
masyarakat dapat mengetahui keunikan yang ada pada setiap jenis makanan
tersebut di mana makanan tradisi ini pula mempunyai keunikan yang tersendiri yang
mampu menarik kaum lain untuk cuba merasa. Di samping itu, makanan pelbagai
bangsa ini turut menyumbang kepada tahap pemahaman dan perpaduan kaum di
Malaysia. Akhir sekali, melalui makanan masyarakat dapat mencerminkan bahawa
tahap perpaduan mengikut kaum dapat memainkan peranan dan semangat
perpaduan di kalangan kaum. Oleh itu, pendedahan mengenai makanan-makanan
dari pelbagai jenis kaum di Malaysia perlu diperkemas supaya masyarakat di
Malaysia dapat mengetahui tentang tradisi makanan di Malaysia.
AKMAL