The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

ELEMEN PERPADUAN
AKMAL HAKIM
AZIZUL
THANES
MARK

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Akmal Hakim, 2022-06-25 15:29:48

ELEMEN PERPADUAN AKMAL, AZIZUL, MARK, DAN THANES

ELEMEN PERPADUAN
AKMAL HAKIM
AZIZUL
THANES
MARK

AKMAL

ELEMEN PERPADUAN
SETIAP KAUM DI
MALAYSIA

AKMAL HAKIM BIN BASRI (J04STS21F505)
MUHAMMAD AZIZUL BIN AZMAN (J04STS21F501)
VILLSLYZER MARK ANAK DAVID (J04STS21F504)
THANES RAAHUL A/L RAGHUPATHY (J04SKE21F508)

NAMA PENSYARAH
PUAN NORHAZLINA BINTI SAHARI

1

AKMAL

PENGENALAN MAKANAN
TRADISI
ISI KANDUNGAN KAUM
MELAYU,
CINA, DAN

INDIA

PAKAIAN PERAYAAN
TRADISIONAL KAUM
. KAUM INDIA,
MELAYU, DAN MELAYU,
CINA, DAN
CINA
INDIA

ALAT MUZIK KESIMPULAN .
TRADISIONAL
KAUM-KAUM
DI MALAYSIA

2

AKMAL

PENGENALAN

Malaysia merupakan sebuah negara yang
unik kerana terdiri daripada masyarakat
berbilang kaum. Kaum-kaum utama
seperti melayu ,cina ,india dapat hidup
dalam keadaan aman walaupun
berbilang bangsa, agama dan
budaya.

Malaysia mempunyai masyarakat
berbilang etnik yang mempunyai
pelbagai budaya ,bahasa agama

dan sebagainya. Kebanyakan
kumpulan etnik di Malaysia

mengekalkan identit kebudayaan
mereka sendiri yang berbeza
dengan kaum yang lain tetapi
masih dapat mengekalkan
perpaduan di Malaysia.

Walaupun setiap masyarakat
menyambut perayaan masing-

masing, mereka juga boleh
menyambut perayaan kaum-kaum

lain tetapi mengikut batas-batas
tertentu. Sebagai contoh, masyarakat

melayu boleh datang ke rumah
kenalan berbangsa cina pada perayaan

tahun baru cina tetapi tidak boleh
memakan makanan yang terhidang yang
tidak halal di makan.Hal ini menunjukkan
perpaduan boleh berlaku di antara rakyat Malaysia
walaupun mempunyai banyak perbezaan dengan

kaum-kaum lain.

3

AKMAL

KAUM MELAYU

Kaum melayu merupakan kaum yang mempunyai elemen-eleman serta asal
usul yang berkait rapat dari Sumatera, Jawa, Thailand, Sulawesi dan Polinisia yang
menjadi negara jiran sekeliling pada Malaysia yang kini. Oleh yang demikian, tidak
asing dan hairanlah jika rasa masakan Melayu menyajikan sedikit sebanyak kualiti
dan pengaruh yang di bawa oleh negara-negara jiran.

Lahiriahnya, majoriti masakn yang dihasilkan kaum melayu iaitu makanan
tradisional melayu amat gemar dengan penggunaan rempah ratus yang banyak dan
menghasilkan makanan yang berlemak dan pekat dengan penggunaan santan.
Selain itu, kaum melayu juga amat meminati perasa utama seperti budu atau perasa
padas dalam hidangan sajian mereka yang dihasilkan oleh campuran belacan
bersama dengan cili, bawang dan bawang putih. Demikian, hingga ke hari ini sambal
belacan telah menjadi lidah selara buat anak-anak melayu. Tidak lengkap jika tiada.

Di samping itu, kegunaan lengkuas dan serai juga antara yang wajib bagi
setiap air tangan kaum melayu. Dalam pada itu, seperti yang kita ketahui makanan
utama penduduk Asia ialah nasi. Begitu juga bagi kaum melayu hampir setiap
hidangan adalah disajikan bersama nasi dan kebiasaannya di hidangkan sekaligus
tanpa turutan sajian seperti dalam budaya Barat. Hidangan yang mampu
menghangatkan suasana di meja makan itulah yang dikenali sebagai hidangan
orang Melayu yang mahsyornya kerana kekayaan penggunaan rempah ratus serta
keenakkan dari segi kepedasannya.

4

AKMAL

JENIS-JENIS MAKANAN KAUM MELAYU

Nasi Lemak

Nasi Lemak merupakan salah satu makanan kegemaran bagi orang Malaysia
terutamanya sebagai sarapan pagi. Nama Nasi Lemak mendapat gelaran daripada

penggunaan santan untuk memasak nasi. Santan khususnya merupakan bahan
masakan yang sering digunakan oleh masyarakat melayu tradisional. Oleh itu, Nasi
Lemak dikaitkan dengan penggunaan santan dalam nasi yang membuatkan nasi itu
berlemak. Nasi Lemak biasanya dihidangkan dengan telur, timun, ikan bilis goreng,
kacang goreng dan sambal. Kini, pelbagai hidangan disajikan bersama nasi lemak

seperti ayam, daging, sotong, udang, limpa dan hati lembu. Makanan ini
kebiasaannya dijual dikebanyakkan kedai makan, warung-warung dan penjaja.

5

AKMAL

Lemang

Lemang ialah sejenis tradisi yang disukai oleh orang ramai. Lemang dijual
sepanjang tahun, tetapi lebih meluas pada hari perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri.
Semua orang daripada pelbagai kaum suka makan makanan tradisi ini. Lemang
merupakan hidangan istimewa di Malaysia. Makanan tradisi ini juga selalunya
dihidangkan dengan rendang dan serunding untuk dimakan. Lemang diperbuat
daripada beras pulut dan santan yang dimasukkan ke dalam ruas buluh yang dilapik
dengan daun pisang, sebelum dibakar sehingga masak. Kaedah memasak yang
menggunakan buluh ialah cara memasak kaum asli di Malaysia.

6

AKMAL

Laksa

Laksa adalah makanan sejenis mi yang ditaruh kuah dengan kebudayaan
Peranakan, yang digabung dengan eleman Tiongkok daan Melayu. Laksa
mempunyai beberapa jenis, bentuk mi-nya berbentuk panjang yang berwarna putih
dan sedikit tebal. Nama Laksa juga diambil dari bahasa Sanskrit (India Kuno) iaitu
Laksha yang mempunyai arti yang banyak, merujuk kepada banyaknya kandungan
dan rempah yang digunakan untuk membuatnya. Terdapat pelbagai jenis laksa di
Malaysia seperti Laksa Penang (asam laksa), Laksa Johor, Laksa Perlis, Laksa
Kedah (laksa Teluk Kechai), Laksa Kelantan, Laksa Sarawak, Laksa Ipoh, Kari
Laksa dan Laksam.

7

AKMAL

KAUM CINA

Sejarah kemasukan kaum cina ke dalam negara kita telah membawa
kepada perubahan yang baru dalam seni kulinari yang jauh lebih berbeza dengan
kaum Bumiputra melayu dan mereka. Kehadiran mereka utama bagi masyarakat
Cina sejak 2000 tahun dahulu. Kerana keadaannya yang bertahan lama, mudah
diangkut dan senang disediakan menyebabkannya menjadi makanan yang terkenal
di hampir seluruh pelusuk dunia. Makanan ini merupakan kebanggaan masyarakat
Cina kerana ia menjadi salah satu bukti terserlahnya keintelektualan nenek moyang
mereka.

Oleh kerana tekstur mee yang kenyal dan tanpa sebarang perasa atau
tawar, makanan ini amat mudah diolah kepada pelbagai macam hidangan yang lazat
dan menarik serta boleh disediakan dalam pelbagai cara samada sejuk atau panas.
Variasi masakan berasaskan Mee sup, Mee berkuah, Mee celur atau digoreng dan
sangat mudah di dapati di sekitar tanah air.

Bawang putih dan halia banyak terdapat dalam masakan Cina. Sambal
cecah yang terdiri daripada Kicap (Soya souce), Cuka, Cili yang dipotong dan
Bawang putih yang dicingcang halus antara pelengkap hidangan yang mesti ada di
atas meja. Berbeza dengan masakan Melayu yang biasanya mengandungi lemak
santan, masakan Cina hampir tidak terdapat lemak santan dalam setiap hidangan.

Selain itu, masakan kaum Cina juga mempamerkan seni pastri yang
kebanyakannya menggunakan kaedah panggang, kukus dab dibakar berbanding
digoreng dalam membuat sesuatu manisan atau kuih. Misalnya kuih bulan, kuih
lobak putih atau Dim Sum dan juga Yong Tau Fu atau Luk-Luk. Sejajar dengan
bahan-bahan yang digunakan untuk membuat makanan ini adalah halal dan mudah
untuk dihidang ia membuat makanan ini adalah halal dan mudah untuk dihidang ia
membuka peluang kepada masyarakat Melayu yang turut menjadikan seni pastry ini
sebagai bahan jualan sehingga ke hari ini.

8

AKMAL

JENIS-JENIS MAKANAN KAUM CINA

DimSum

Dim Sum merupakan hidangan ringaks yang kebiasaanya dihidangkan
bersama The Cina. Secara praktikalnya istilah “Minum Teh” yang di amalkan adalah
untuk menggambarkan serta menjelaskan pengalaman atau suasana yang
khususnya dalam Kantonis sezaman serta dikaitkan dengan sejarahnya, pada
zaman dimana para pengembara di Laluan Sutera kuno yang memerlukan suatu
tempat untuk berehat. Oleh itu, mereka akan ke gerai-gerai minum yang didirikan di
tepi jalan untuk berehat. Waktu penghidangannya juga ialah pada waktu pagi hingga
tengah hari di kedai makan Cina dan kedai makan dim sum khas. Selain itu,
sebilangan keluarga cina juga suka berkumpul pada perayaan khas seperti Tahun
Baru Cina dan hari Ahad untuk bertemu dan berbual-bual dengan datuk dan nenek
mereka sambil disajikan hidangan ini. Hidangan ini kebiasaannya dihidangkan dalam
bakul pengugus kecil atau atas pinggan kecil. Namun demikian, meskipun makanan
ini adalah hidangan tradisional, ia telah menjadi suatu evolusi yang masih digemari
sehingga kini dengan bermacam inovatif yang baru.

9

AKMAL

Kuih Bakul

Kuih bakul atau nama lainnya Nian Gao atau lebih dikenali sebagai kuih Tahun Baru
Cina ialah makanan tradisional masyarakat cina yang diperbuat daripada tepung
pulut yabg berbentuk seperti dodol. Secara tradisinya, makanan ini lebih mendapat
sambutan untuk dimakan ketika sambutan Tahun Baru Cina, walaupun boleh
dimakan bila-bila masa. Amalan memakan kuih bakul pada masa perayaan Tahun
Baru Cina adalah dipercayai akan membawa tuah ini kerana namanya “nian gao”
yang bermaksud “kuih”, yang bunyinya sama seperti perkataan (gao) yang
maknanya adaalah “tinggi”, Dalam erti kata lain, “tinggi” melambangkan erti
“Semakin tahun semakin tinggi” atau ringkasnya “setahun lagi kehidupan, setingkat
lagi kemajuan”.

10

AKMAL

Char Kway Teow

Char Kway Teow merupakan antara makanan yang sangat popular di Malaysia oleh
seluruh masyarakat sejagat. Proses pembuatannya menggunakan kuey teow atau
nama Cinanya shahe fen, digoreng di atas api panas dengan kicap dan sos, cili,
udang, kerang, telur, tauge, dan kucai cina. Kadangkala ia turut dihidangkan
bersama hirisan kek ikan atau sosej cina serta bahan-bahan tambahan lain mengikut
citarasa setempat. Berbanding kuey teow adalah lebih basah dan cara memasak
telah diubah kepada minyak biasa daripada awalnya menggunakan lemak babi
yang memberi rasa enak yang tersendiri.

11

AKMAL

KAUM INDIA

Berdasarkan apa yang telah ditulis oleh sejarah sudah pasti kita dapat
ketahui bahawa kedatangan komuniti kaum India telah memperkenalkan kita kepada
kepelbagaian rempah ratus yang mempunyai aroma dan rasanya yang tersendiri.
Antara makanan yang terkenal dan dinikmati seluruh masyarakat Malaysia zaman
kini ialah kari. Masakan kaum India yang sangat sinonim dengan panggilan kari
seperti Kari ayam, Kari daging, Kari kacang dal, Kari kurma ayam dan sebagainya.

Makanan kaum India di Malaysia masih mengekalkan keaslian masakan yang
diwarisi dari negara asal mereka. Selain pedas dan berempah, kaum India juga
gemar menggunakan lemak dalam masakkan yang biasanya menggunakan lemak
haiwan seperti minyak sapi dan susu segar. Penggunaan Bawang merah atau
Bawang bombay yang banyak menyebabkan masakan India sangat harum dan
haruman tersebut boleh bertahan sehingga 8 jam.

12

AKMAL

Muruku

Murukku merupakan makanan tradisional yang berasal dari negara India. Nama
lainnya ialah Chakli dan Chakri. Makanan tradisional ini boleh didapati di mana-

mana sahaja dan dihidang sebagai makanan ringan. Bahan utama dalam
menyediakan marukku ialah urad dan tepung beras. Seterusnya, oleh kerana ia
dibuat dalam pelbagai perasa seperti cili, asafoetida, ajawain dan cumin menjadikan
ia amat lazat dan senang untuk disediakan. Makanan ini dinikmati pelbagai kaum
masyarakat tidak kira umur sehingga sampai kepada rakyat United Kingdom yang

merujuk murukku sebagai Chakri di negara tersebut.

13

AKMAL

Putu Mayam

Putu Mayam merupakan makanan tradisional yang dihidangkan bersama kelapa
parut dan gula perang atau gula kabung atau gula melaka atau nisan. Sehingga
kehari ini jika kita perhatikan nenek dan atuk, malah ibubapa kita sendiri masih
gemar untuk mencari makanan tradisional ni untuk dinikmati terutama ketika
suasana sejuk seperti ketika hujan senja. Makanan ini turut mendapat sambutan
yang menggalakan dari semua bangsa dan kini turut dinikmati oleh kaum di Sri
Lanka, Malaysia, Singapura sebagai snek. Selain itu, proses penghasilanya bermula
dengan penggaulan tepung beras dan atau tepung idiyappam dengan air atau
santan dan seterusnya doh ditekan dalam acuan untuk membentuk hasil utusan
seperti mee. Di Malaysia biasanya ia dijual sebagai makanan jalanan dari gerai
penjaja, atau motosikal.

14

AKMAL

Nasi Beriani

Salah satu hidangan yang menjadi kegilaan dan diminati oleh pelbagai lapisan
masyarakat. Nasi beriani daripada bebereapa jenis tetapi yang menjadi kegemaran
ramai orang ialah nasi beriani gam. Bukan sahaja menjadi kegemaran oleh kaum
India, malah diminati oleh kaum lain termasuk masyarakat kaum Melayu yang telah
menjadikan ia dipelopori terutama di Johor. Ia kebiasaannya dimasak bersama
lauknya, ayam dan daging. Cara memasaknya yang unik dalam menggunakan doh
tepung gandum sebagai bahan tampalan atau pelekat di sekeliling tutup periuk untuk
mengekalkan wap dan haba, serta mengekalkan aroma dan tekstur nasi.

15

THANES

ELEMEN PERPADUAN PEMAKAIAN

PENGENALAN

Konsep pakaian Tradisional masyarakat boleh diklasifikasikan seperti berikut,
menurut kamus dewan pelajar edisi kedua pakaian membawa makna apa-apa
sahaja yang dipakai di badan seperti baju dan seluar. Manakala Tradisional
bermaksud bersifat atau bercorak tradisi; dan masyarakat merangkumi umat
manusia, kelompak manusia, Komuniti,Bangsa, kaum, suku, puak, kumpulan etnik,
ras orang ramai, khalayak ramai, penduduk dan mujtamak. Malaysia mempunyai
jenis-jenis pakaian tradisional untuk pelbsgai kaum. Berikut ialah nama pakaian
kaum tersebut dan maksudnya;

16

THANES

KAUM INDIA

DOTI & SARI

DHOTI merupakan pakaian untuk kamum lelaki. Pakaian ini diperbuat daripada kain
yang bewarna putih. Kebanyakan dhoti hanya boleh dilihat di hari perkahwinan
sahaja kerana generasi muda hari ini tidak berminat dengan pakaian tersebut.
Dhoti diperbuat daripada lembaran kain putih yang panjang. Kain tersebut dililit di
bahagian pinggang dan diikat pada celah paha dan kemudian disangkukan pada
bahu. Kemudian kain tersebut dihiasi dengan manik-manik kecil supaya kelihatan
menarik. Ada juga dhoti yang bewarna kuning pudar atau kuning susu. Pakaian ini
banyak dipakai oleh golongan ceti.
SARI merupakan pakaian untuk kaum perempuan dan ia adalah pakaian seharian
dan turut dipakai pada musim perayaan. Sari terdiri daripada lembaran kain yang
berukuran semeter hingga dua meter lebar dan panjangnya pula antara lima hingga
lima belas meter mengikut saiz pemakai. Kebanyakan kain sati adalah jarang dan
lembut. Sebelum memakai sari, Si pemakai perlu memakai anak baju yang ketat dan
singkat. Kemudian sati dililit dari pinggan dan diselempang pada bahu kiri. Lilitan
pinggang sebanyak tiga hingga lima kali untuk menguatkan lilitan supaya tidak
terurai.

Sari dari segi pemilihan warna, kebanyakan sari yang dipakai berwarna gelap seperti
merah, biru, hijau dan ungu. Warna-warna ini lebih menarik untuk sari yang dipakai
pada musim perayaan. Pemilihan corak pula adalah mengikut si pemakai. Ada yang
lebih suka bercorak tumbuha-tumbuhan dan ada juga yang lebih suka bercorak
haiwan. Untuk menjadikan si pemakai kelihatan menarik, kebanyakan mereka
memilih sari yang mempunyai pelbagai jenis manik yang berkilat. Ini akan
menyerlahkan lagi kecantikan si pemakainnya. Wala apapun pemilihan warna
biasanya dipadankan dengan corak yang menarik dan sesuai dengan si pemakai.

17

THANES

KAUM MELAYU

BAJU MELAYU & BAJU KURUNG

Baju Melayu Biasanya ia disertai dengan sejenis sarung iaitu sampin yang diikat di
pinggang. Ia juga sering disertai Pakaian dengan songkok atau kopiah.
Melayu wanita memakai Baju Kurung berlengan panjang berserta kain skirt yang
labuh sehingga ke tumit. Para pemakai baju kurung juga akan mengenakan sehelai
tudung bagi melambangkan kepatuhan terhadap agama Islam yang mewajibkan
penganutnya menutup aurat. Satu lagi pakaian tradisional orang Melayu
adalah kebaya, yang dijahit agak ketat dibahagian sisi badan. Baju ini hanya dipakai
oleh golongan perempuan Melayu. Ia turut dipakai oleh wanita pramugari
dari Malaysia airlines sebagai pakaian seragam pramugari.
Sebelum perkembangan Islam, Melayu wanita memakai "kemban", iaitu pemakaian
kain sarung yang diikat di atas dada.

18

THANES

KAUM CINA

SAMFOO & CHEONGSAM

Klasik pakaian sehari-hari untuk lelaki Cina di Malaysia ialah baju lengan pendek
dipakai di luar seluar, ringan seluar dan secara tidak rasmi, sandal untuk

kenyamanan.

Wanita Cina memakai cheongsam, sehelai pakaian dengan leher yang tinggi dan
menyerong yang ditutup dengan klip kecil atau bertukar-tukar (kain kancing). Ia
kadang-kadang boleh mempunyai belahan di sisi, seperti yang dibuat dengan kain
lembut seperti sutera. Cheongsam adalah sangat popular di sekitar waktu Tahun
Baru Cina dan majlis-majlis formal. Yang lebih tua yang dihormati wanita akan
memakai samfoo, yang kelihatan seperti pijama dengan memisahkan longgar atas
sesuai diikat dengan pin dan pergelangan kaki panjang, atau di atas pergelangan
kaki, celana.

19

AZIZUL

JENIS-JENIS PERAYAAN KAUM
MELAYU

HARI RAYA AIDILFITRI
Malaysia terkenal sebagai negara yang mempunyai berbilang kaum seperti Melayu
,cina dan india dan kewujudan pelbagai kaum di Malaysia menyebabkan wujudnya
pelbagai budaya dan perayaan di negara ini.
Perayaan kaum Melayu ialah Hari Raya Aidilfitri yang disambut pada 1 syawal setiap
tahun selepas mereka telah berpuasa selama sebulan pada bulan Ramadhan.Dalam
sambutan ini, berlakunya amalan kunjung mengunjung dan rumah terbuka yang
dapat mengeratkan hubungan masyarakat tanpa mengira jantina, umur dan bangsa.

20

AZIZUL

HARI RAYA AIDILADHA
Hari Raya Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk
umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dalam menunaikan
perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail a.s. dalam memenuhi perintah
Allah SWT.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban.
Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu
selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam
matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud
menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin
mendekatkan diri kepada-Nya.

21

AZIZUL

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL
Perkataan 'maulid' berasal daripada Bahasa Arab yang bermaksud hari lahir
seseorang. Apabila disebut 'Maulidur Rasul', umum memahami ungkapan ini
bermaksud hari keputeraan Junjungan Besar, Nabi Muhammad S.A.W. Nabi
Muhammad S.A.W. dilahirkan di Tanah Suci Makkah pada 20 April tahun Masihi 571
bersamaan 12 Rabiulawal Tahun Gajah.
Oleh yang demikian, hari maulid ini dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia.
Negara kita turut memuliakan dan merayakan hari maulid. Hari maulid ini menjadi
hari cuti umum di negara kita kerana agama Islam merupakan agama rasmi di
negara ini.

22

AZIZUL

JENIS-JENIS PERAYAAN KAUM CINA

TAHUN BARU CINA

Perayaan kaum Cina pula ialah Tahun Baru Cina. Perayan ini menandakan
kedatangan tahun baru mengikut kalendar Cina. Pada hari perayaan ini, masyarakat
Cina akan memakai pakaian Samfu bagi lelaki dan Cheongsam bagi
perempuan.Aktiviti Makan Besar juga diadakan pada malam sebelum hari tahun
baru Cina yang dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan.

23

AZIZUL

PERAYAAN KUIH BULAN ATAU PESTA TANGLUNG
Ia adalah perayaan yang diadakan setiap tahun bagi meraikan kemenangan orang
Cina menumpaskan penjajah Mongol pada akhir Dinasti Yuan. Menurut catatan
sejarah, peristiwa ini berlaku sekitar tahun 120 Sebelum Masihi sehingga 1341
Masihi. Perayaan Kuih Bulan akan disambut dengan meriah pada hari 15 haribulan
8 dalam calendar Cina.
Perayaan ini adalah sangat indah di mana masyarakat cina akan mengadakan
perarakan tanglung pada malam perayaan dan hidangan istimewa untuk perayaan
ini ialah kuih bulan yang dibuat dari adunan manis

24

AZIZUL

HARI CHAP GOH MEI
Ketibaan Hari Chap Goh Meh bermakna sambutan tahun baru cina sudah berakhir.
Mereka akan berkumpul semula seperti sambutan tahun baru cina. Akan ada makan
besar. Istimewa untuk anak gadis yang belum berkahwin, mereka akan menulis
nama dan nombor telefon di atas limau mandarin dan dibuang ke dalam
sungai. Kaum lelaki yang masih bujang pula boleh mengutip limau yang dibuang
agar boleh mencari jodoh mereka menerusi limau mandarin. Kalau bernasib baik,
mereka akan bertemu jodoh sempena Chap Goh Meh.

25

AZIZUL

PESTA CHINGAY
Perayaan Chingay adalah perayaan kemuncak untuk sambutan Chap Goh Meh. Ia
akan disambut pada hari ke-21 bulan pertama kalendar cina. Ia adalah sebuah
perayaan yang menggabungkan unsur agama dan budaya tradisi masyarakat Tiong
Hua. Pesta Chingay diraikan dengan mengadakan pertandingan perarakan
membawa tiang bendera setinggi kira- 15 meter sambil mengimbarkan bendera tiga
segi sepanjang kira- 10 meter.
Semasa berarak, pasukan yang bertanding akan cuba untuk menang dengan
menunjukkan kehebatan masing-masing dengan persembahan akrobatik seperti
membawa tiang bendera dengan menggunakan kaki dan mulut. Selain perarakan
membawa bendera dan persembahan akrobatik.

26

AZIZUL

PERAYAAN CING MING ATAU PESTA HANTU
Ini adalah perayaan yang sangat penting bagi masyarakat cina dimana ia akan
diraikan bagi mengenang nenek moyang yang telah meninggal dunia. Mereka akan
melakukan upacara sembahyang untuk nenek moyang mereka dan meluangkan
malam tersebut untuk berbual-bual dengan ahli keluarga yang telah meninggal
dunia. Adalah menjadi kepercayaan mereka bahawa jika mereka tidak menyambut
pesta hantu, dikhuatiri roh nenek moyang akan menjadi tidak aman lalu
mengganggu hidup mereka.
Semasa pesta hantu, mereka akan mempersembahkan makanan, buah-buahan,
dan kertas-kertas wang kepada nenek moyang. Mereka juga akan pergi menziarah
kubur dan mengambil peluang untuk membersihkan kubur ahli keluarga yang lama
tidak dilawati.

27

AZIZUL

PESTA DUAN WU ATAU FESTIVAL PERAHU NAGA
Perayaan kaum Cina yang terakhir ingin kami kongsikan ialah Festival Perahu Naga
iaitu perayaan yang disambut pada hari kelima dalam bulan kelima dalam calendar
cina. Seperti namanya, pada hari ini mereka akan mengadakan pertandingan perahu
naga. Ia akan diadakan di sungai besar di mana para peserta yang bertanding akan
datang dengan perahu naga yang dihias cantik.
Kemudian perahu-perahu naga ini akan berlumba di sungai. Para peserta akan
bekerja-sama dalam kumpulan untuk mengayuh dengan laju dan cuba untuk
menjadi yang pertama sampai di garisan penamat. Perayaan ini adalah bertujuaan
untuk mengeratkan hubungan dan menunjukkan sikap kerjasama serta perpaduan
yang amat penting dalam hidup seharian.

28

AZIZUL

JENIS-JENIS PERAYAAN KAUM INDIA

HARI DEEPAVALI
Perayaan kaum India pula ialah Perayaan Deepavali yang juga dikenali sebagai
Pesta Cahaya disambut oleh pengikut agama Hindu. Sambutan Deepavali ini
menandakan kemenangan oleh kuasa kebaikan terhadap kuasa kejahatan.
Sambutan ini bermula dengan menyapu minyak bijan di atas kepala dan badan
untuk menyejukkan badan diikuti upacara sembahyang bersama ahli keluarga.

29

AZIZUL

HARI THAIPUSAM
Hari Thaipusam merupakan satu perayaan yang disambut oleh
masyarakatberagama Hindu di seluruh dunia. Perayaan ini bagi menghormati
dewaHindu, iaitu Lord Murugan. Perayaan ini disambut pada bulan kesepuluhdalam
kalendar Tamil yang dikenali juga sebagai bulan 'Thai'.
Bagi penganut yang beragama Hindu, Thaipusam adalah hari untukmenghapuskan
dosa-dosa dan bertaubat sepenuhnya akan kesalahan yang lepas. Sebelum
menyambut Thaipusam, penganut agama Hindu akan berpuasaselama sebulan
untuk tujuan membersihkan jiwa. Dalam tempoh sebulan ini,mereka berpuasa
dengan makan sayur sehari sekali dan sentiasa mengunjungikuil. Dua puluh empat
jam sebelum menyambut Thaipusam pula, mereka akan berpuasa
sepenuhnya.Masyarakat yang beragama Hindu di Malaysia, biasanya akan
menyambutperayaan Thaipusam ini di Batu Caves, iaitu sebuah tempat suci
bagimasyarakat Hindu di sini.

30

AZIZUL

HARI THAIPONGGOL
Thaiponggol merupakan perayaan menuai yang diraikan mengikut kalender Hindu.
Disebabkan hari perayaan Thaiponggol ditetapkan dalam kalender Hindu, hari
Thaiponggol disambut berbeza dengan tempoh menuai yang sebenar. Pada
kebiasaannya, orang-orang Tamil akan meraikan perayaan menuai Thaiponggol
pada minggu kedua bulan Januari.
Pada subuh pagi Thaiponggol, para petani akan bangun dan memasak bijiran yang
baru dituai yang dikenali sebagai Ponggol. Masakan Ponggol ini merupakan
masakan hasil tuaian baru yang akan dipersembahkan kepada matahari pada waktu
pagi.
Pesta Thaiponggol merupakan hari bagi memuliakan Dewa Matahari yang penting
kepada semua tanaman. Upacara penyembahan juga diadakan di kuilsecara besar-
besaran, dan di rumah secara kecil-kecilan.

31

MARK

ALAT MUZIK TRADISIONAL KAUM-
KAUM DI MALAYSIA

ALAT MUZIK KAUM MELAYU

KOMPANG
Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat
Melayu. Ia tergolong dalam kumpulan alat muzik gendang. Kulit kompang biasanya
diperbuat daripada kulit Kambing. Pada kebiasaannya, Seurat rotan akan diselit dari
bahagian belakang antara kulit dan bingkai kayu betujuan menegangkan permukaan
kompang, bertujuan menguatkan bunyi kompang. Kini, gelung plastik turut
digunakan. Alat muzik ini berasal dari dunia Arab dan dipercayai dibawa masuk ke
Tanah Melayu sama ada ketika zaman Kesultanan Melaka oleh pedagang India
Muslim, atau melalui Jawa pada abad ke-13 oleh pedagang Arab.

32

MARK

Gambus
Sejenis alat muzik tradisi dari Timur Tengah. Ia mempunyai 12 tali tangsi. Badannya
membujur bulat seakan-akan labu air dengan belakangnya yang melengkung.
Lehernya ialah persambungan dari badannya. Ia dipetik sama seperti bermain gitar.
Alat muzik ini digunakan dalam permainan Ghazal atau tarian Zapin dan untuk
mengiringi nyanyian serta tarian Andai-Andai oleh orang Brunei di Sabah.

33

MARK

Rebana
Rebana ialah sejenis alat muzik tradisional yang sering dimainkan bagi mengiringi
lagu-lagu budaya. Bagi masyarakat Melayu di negeri Pahang, permainan rebana
sangat popular, terutamanya di kalangan penduduk di sekitar Sungai Pahang.
Tepukan rebana adalah bagi mengiringi lagu-lagu tradisional seperti indong-indong
dan pelanduk-pelanduk. Selain daripada rebana bersaiz biasa, terdapat juga rebana
besar yang dimainkan pada hari keraian bagi pertandingan menghasilkan bunyi dan
irama yang dikenali sebagai Rebana ubi.

34

MARK

ALAT MUZIK TRADISIONAL KAUM
CINA

Erh Hu
Erh-Hu adalah alatan betali jenis lute dibuat dalam tiga saiz; kecil, sedang dan
besar. Alat ini digunakan sebagai alat solo untuk hiburan, dan juga digunakan dalam
orkestra untuk mengiringi opera Cina. Erh-Hu didirikan tegap pada riba pemain
semasa di main. Tali digesek dengan sebalah tangan manakala jari-jari tangan
lainnya memetik pada tali-tali untuk mengeluarkan berbagai pic, lantai dan digesek
seperti cello.

35

MARK

Pipa
Pipa adalah alat bertali mempunyai 4 tali logam. Badan dibuat dari kayu; dadanya
bulat dan belakangnya cembong tetapi permukaan dadanya mendatar. Beberapa
kekuda titian tali dari kayu dipasang pada papan jari seperti fret. Tali-tali diikat
kepada hujung bahagian bawah badan dan pada 4 pemulas melaras disisi papan jari
Bahagian kepalanya berukir. Pipa digunakan dalam orkestra untuk mengiringi opera
Cina; juga sebagai alat solo atau mengiringi nyanyian.

36

MARK

Seruling
Seruling merupakan sejenis alat muzik yang paling popular di negara Cina. Ia
dinamakan sebagai “Zhudi”, disebabkan ia diperbuat daripada sebatang buluh dan
badannya mempunyai lapan lubang. Lubang pertama digunakan untuk ditiup dan
aliran tiupan yang masuk ke dalam badan buluh akan menghasilkan bunyi-bunyian.
Alat ini berserta budaya muzik orkestra cina dibawa masuk oleh imigran dari negara
Cina ke Malaysia pada zaman sebelum merdeka.

37

MARK

ALAT MUZIK TRADISIONAL KAUM
INDIA

Dholak
Dholak ataupun dholaki ialah sebuah alat muzik klasikal India Utara (Hindustan). Ia
dimain dengan menggunakan tangan dan mudah dipikul oleh pemainnya. Bunyi
yang dihasilkan oleh dholak berasal daripada hasil pukulan tangan keatas
permukaan yang diperbuat daripada kulit haiwan. Dholak biasanya digunakan dalam
penghasilan rentak untuk lagu-lagu filem dan sebagainya.

38

MARK

Tabla
Tabla adalah sejenis alat muzik tradisional yang sangat terkenal dalam masyarakat
kaum India. Alat ini dikatakan berasal dari gendang Mridangam. Tabla mempunyai
sepasang gendang iaitu Sidda (gendang kecil) dan Dangga (gendang besar) yang
ada satu muka masing-masing. Badannya dibuat daripada kayu jati, rosewood dan
jackwood. Kulit kambing ditampal pada permukaan table untuk menghasilkan bunyi
irama yang indah.

39

MARK

Veena
Alat bertali mempunyai empat tali untuk melodi dan tiga tali untuk dengung. Badan
dibuat dari kayu, dadanya bulat dan belakangnya cembung. Kekudatitian tali yang
tinggi dipasang di tengah dadanya. Bilah fret logam dilekatkan pada papan jari
dengan menggunakan lilin lebah. Tali dipasang di atas daripada fret-fret dan diikat
pada pemulas melaras pada sisi leher, kepala dan labu berukir dipasang pada
hujung penghabisan lehernya. Dalam kepala ialah tempat menyimpan minyak
kelapa yang digosokkan untuk melicinkan hujung hujung jari pemain.

40

AZIZUL

Kesimpulan

Keamanan negara turut dapat dipertingkatkan apabila amalan perpaduan kaum
telah meresap ke dalam jiwa setiap rakyat malaysia. Seperti yang kita ketahui ,
tanpa perpaduan kaum, keamanan tidak dapat diwujudkan kerana rakyat akan
bergaduh sesama sendiri sehingga menghancurkan keamanan sesebuah negara
yang telah dibina itu. Pertelingkahan yang berlaku antara rakyat hanya akan
menghasilkan suasana hidup yang porak-peranda. Oleh hal yang demikian,
benarlah perpaduan kaum itu penting untuk meningkatkan keamanan Negara.

Malaysia sehingga kini Alhamdulilah, masih aman lagi jika dibandingkan dengan
negara-negara jiran yang lain.Hanya dengan kestabilan politik negara, barulah
kejayaan dalam bidang lain dapat kita bina dan jalinkan. Negara yang aman damai
lebih mudah menarik minat negara asing mengkaji ketamadunan budaya bangsanya
kesusasteraan merupakan salah satu bidang yang boleh diketengahkan sebagai alat
bagi menjalankan hubungan kebudayaan dan keilmuan dengan negara luar.

Kesimpulanya, semua pihak harus berganding bahu dan tidak mengharapkan pihak
kerajaan semata-mata dalam mewujudkan perpaduan kaum. Janganlah kita
bersikap evasive mahupun” bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-
masing” kerana perpaduan kaum itu hanya akan wujud apabila semua kaum
menjalankan obligasi masing-masing dengan sempurna dan bersikap bertolak
ansur.

41


Click to View FlipBook Version