SAINS NURUL ‘IZZAH BINTI JEFRI 3 KHADIJAH HAD DERIA NURUL ‘IZZAH BINTI JEFRI 3 KHADIJAH
• Manusia tidak dapat melihat objek seni menandakan bahawa kita mempunyai HAD PENGLIHATAN • Had deria ialah HAD KEUPAYAAN deria kita untuk mengesan sesuatu rangsangan • Kadangkala ia disebabkan oleh KECACATAN ORGAN DERIA atau PROSES PENUAAN yang mempengaruhi PENDENGARAN dan PENGLIHATAN seseorang HAD DERIA
• ILUSI OPTIK • Ia menyebabkan apa yang kita lihat berbeza dengan situasi sebenar • Hal ini kerana otak tidak dapat membuat tafsiran yang tepat maklumat yang diterima dari reseptor mata HAD DERIA PENGLIHATAN TITIK BUTA 1. Mata tidak dapat mengesan imej yang jatuh pada titik buta. 2. Titik buta ialah bahagian retina yang tidak peka terhadap cahaya. 3. Imej tidak dapat dilihat kerana tiada reseptor cahaya pada titik buta.
KECACATAN ORGAN DERIA DAN PROSES PENUAAN YANG MEMPENGARUHI PENDENGARAN DAN PENGLIHATAN MANUSIA 1. Untuk seorang yang mempunyai penglihatan normal, cahaya yang memasuki pupil akan jatuh pada retina. Gambar tersebut menunjukkan seorang yang mempunyai penglihatan normal. 1. Namun begitu, penglihatan manusia boleh dipengaruhi oleh faktor kecacatan atau proses penuaan. 2. Penglihatan manusia juga boleh terjejas akibat rabun jauh, rabun dekat, astigmatisme dan presbiopia kornea
Aspek Rabun Jauh (miopia) Keadaan penglihatan Tidak boleh melihat objek jauh dengan jelas Punca • Kanta mata terlalu tebal • Bola mata terlalu panjang Fokus • Cahaya dari objek jauh terfokus di hadapan retina Cara pembetulan • Kanta cekung • Kanta mencapahkan cahaya sebelum cahaya memasuki mata supaya imej terbentuk tepat di atas retina RABUN
Aspek Rabun dekat (hipermetropia) Keadaan penglihatan Tidak boleh melihat objek dekat dengan jelas Punca • Kanta mata terlalu nipis • Bola mata terlalu pendek Fokus Cahaya dari objek dekat difokus di belakang retina Cara pembetulan • Kanta cembung • Kanta menumpukan cahaya sebelum memasuki mata supaya imej terbentuk tepat di atas retina imej terbentuk di belakang retina
Aspek Astigmatisme Keadaan penglihatan Imej kabur dan tidak jelas Punca • Kornea melengkung atau kanta tidak sekata Fokus • Cahaya dari objek terpisah dan difokus pada titik-titik berlainan di retina • Imej menjadi tidak tajam Cara pembetulan • Kanta silinder atau menjalani pembedahan
• Manusia hanya dapat mendengar antara 20Hz hingga 20 000Hz • Oleh itu PENDENGARAN manusia ada hadnya HAD DERIA PENDENGARAN Aspek Pekak merujuk kepada separa pekak atau pekak sepenuhnya. Punca • Tulang-tulang osikel bercantum bersama akibat jangkitan • Proses penuaan juga boleh menyebabkan gegendang telinga menjadi kurang elastik • Pendedahan kepada bunyi kuat untuk tempoh masa berpanjangan boleh merosakkan reseptor dalam koklea dan menyebabkan pekak kekal Pembetulan • Melalui pembedahan atau alat pendengaran • Alat pendengaran menguatkan bunyi dan membantu seseorang yang mempunyai masalah pendengaran mendengar dengan lebih baik
• GAYA HIDUP TIDAK SIHAT atau KERJAYA BERISIKO TINGGI boleh menjejaskan kepekaan organ deria • Misalnya penggunaan gerudi dan mendengar muzik kuat boleh menjejaskan pendengaran • Pendedahan kepada CAHAYA BIRU BERTENAGA TINGGI yang dipancarkan oleh bahan digital seperti telefon pintar boleh menjejaskan retina BAGAIMANA INOVASI DAN TEKNOLOGI BOLEH MENINGKATKAN KEUPAYAAN ORGAN DERIA
Mikroskop dapat melihat objek seni/kecil Periskop dapat melihat di sekeliling sudut Teleskop dapat melihat objek jauh Mesin x-ray dapat melihat menerusi objek legap Stetoskop menguatkan bunyi denyutan jantung Alat bantuan pendengaran menguatkan bunyi