LITERASI BAHASA BMMB 1124 -TEORI PEMEROLEHAN BAHASA - NAMA AHLI KUMPULAN 3 : MUHAMMAD HAFIZ BIN MOHD NOOR NAIZZATUL SYAKIRAH BINTI ABDULLAH NURIN JAZLINA BINTI JUMADI EMILYRINA ANTHONY ABIGAIL FAYE FLORINO KELAS:PPISMP BM SK-1 NAMA PENSYARAH: PUAN ARBIAH BINTI MADDAHIRI IPG KAMPUS GAYA,KOTA KINABALU
AHLI KUMPULAN HAFIZ NAIZZATUL NURIN EMILY ABIGAIL
TEORI PEMEROLEHAN BAHASA Teori pemerolehan bahasa berlaku sedikit demi sedikit dan secara berperingkat-peringkat mengikut perkembangan otak, iaitu hasil perkembangan fizikal bayi sehingga dewasa. Pemerolehan bahasa ini diterangkan oleh beberapa teori pemerolehan bahasa : TEORI BEHAVIORISME TEORI MENTALIS TEORI KONGNITIF TEORI INTERAKSIONALIS
TEORI BEHAVIORISME
DEFINiSI TEORI BEHAVIORISME Behaviour atau tingkah laku merujuk kepada aksi atau reaksi dalam bentuk gerak balas hasil daripada rangsangan sama ada rangsangan dalam mahupun rangsangan luaran (Siti Hajar Abdul Aziz, 2009) Dari konteks pemerolehan bahasa pula, teori Behaviorisme merupakan sebuah fahaman yang menekankan bahawa pemerolehan bahasa kanak-kanak adalah melalui proses pencernaan tatabahasa dalam bentuk yang betul. Menurut teori ini juga, pemerolehan bahasa adalah berdasarkan pengukuhan sama ada bersifat positif ataupun sebaliknya (Siti Hajar Abdul Aziz, 2009) Teori pembelajaran Behaviorisme mengatakan bahawa pembelajaran merupakan satu proses pelaziman,dimana hubungan antara ransangan luar dengan tidak balas individu dapat dibina untuk menghasilkan perubahan tingkah laku yang kekal.
pELOPOR TEORI BEHAVIORISME EDWARD THORNDIKE B.F.SKINNER Antara pelopor utama dalam teori ini adalah Thorndike dan juga B.F. Skinner. Mereka berpendapat bahawa bahasa dikuasai melalui proses pengulangan kerana bagi mereka, perkara yang berlaku dalam otak manusia tidak dapat diamati (Siti Hajar Abdul Aziz, 2009). Oleh yang demikian, mereka menolak fungsi otak dan operasi kognitif dalam dalam pemerolehan bahasa.
TEORI BEHAVIORISME Menurut teori ini, pengajaran bahasa merupakan proses mekanikal untuk membentuk tabiat yang melalui latihan dan pengulangan. Oleh yang demikian, satu bentuk latihan mekanisme bersistem perlu diwujudkan dalam pengajaran. Teori ini juga mementingkan persekitaran dan tingkah laku murid untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran (Siti Hajar Abdul Aziz, 2009). Hal ini termasuk pelakuan guru, kawan-kawan mereka sendiri serta suasana dalam bilik darjah Menurut teori ini juga, pemerolehan bahasa adalah berdasarkan pengukuhan sama ada bersifat positif ataupun sebaliknya (Siti Hajar Abdul Aziz, 2009). Peneguhan merupakan suatu teknik atau proses yang menggunakan elemen peneguhan untuk mengukuh serta mengekalkan gerak balas dalam pemerolehan bahasa (Mok Soon Sang, 2012:104). Ini bermakna, pembelajaran berlaku apabila terdapat perubahan tingkah laku secara spontan, sama ada diteguhkan dengan ganjaran atau dilemahkan melalui hukuman.
TEORI BEHAVIORISME Menurut Skinner, pembelajaran bahasa berlaku apabila ibu bapa atau ahli keluarga mengajar kanakkanak bercakap dan memberi galakan dengan memberi ganjaran setiap kali kanak-kanak dapat meniru atau menyebut perkataan yang diajar. Ganjaran yang diberi adalah untuk mengukuhkan sesuatu perlakuan bahasa yang betul yang berjaya dilakukan oleh kanak-kanak. Di antara ganjaran yang diberikan adalah pujian seperti ”pandai”, senyuman, ciuman, tepuk tangan, pelukan, dan lain-lain yang boleh merangsang kanak-kanak bercakap.
Ciri-ciri TEORI BEHAVIORISME 1) Mengutamakan unsur-unsur atau bahagian-bahagian terkecil 2) Bersifat mekanistis atau dilakukan dengan mekanis tertentu, misalnya meminta maaf 3) Mementingkan pembentukan reaksi atau respon 5) Mementingkan peranan kemampuan dan hasil belajar yang diperoleh adalah munculnya perilaku yang diinginkan 4) Mementingkan latihan dengan pemecahan masalah "trial and error"
PRINSIP-PRINSIP TEORI BEHAVIORISME Pengukuhan penting dalam pengajaran dan pembelajaran dan latihan bahasa perlu diperkukuhkan. Bahasa yang diutamakan ialah lisan dan diikuti dengan tulisan. Penggunaan bahasa adalah kebiasaan dan tabiat. Mewujudkan unsur rangsangan dan tindak balas dalam pengajaran dan pembelajaran. Modal-modal bahasa yang terbaik perlu diutamakan.
KELEBIHAN TEORI BEHAVIORISME 1) Proses pemerolehan dan penguasaan sesuatu bahasa merupakan suatu proses pembelajaran yang memerlukan latihan secara berulang-ulang. Dengan itu, proses pengajaran bahasa dapat dilakukan secara lebih sistematik. 2) Mementingkan persekitaran murid untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini termasuk pelakuan guru, kawan-kawan mereka sendiri serta suasana dalam bilik darjah. 3) Menekankan aspek peneguhan. Ini bermakna murid akan dapat mempelajari sesuatu bahasa dengan adanya ganjaran dan peneguhan.
Pembelajaran hanya berlaku apabila murid menerima rangsangan. Sebagai contoh, guru perlu menghasilkan bahan bantu mengajar bagi membolehkan pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. Pembelajaran bahasa hanya diperolehi melalui ganjaran dan hukuman. Ini bermakna guru perlu bersama murid di sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran. Oleh yang demikian, pembelajaran bahasa sukar dijalankan dengan menggunakan kaedah pembelajaran secara kendiri atau self learner. Pembelajaran ini kurang menekankan aspek pembelajaran secara kendiri kerana ia lebih menekankan kepada aspek pengukuhan, iaitu guru membimbing murid dalam proses pembelajaran mereka. Ini bermakna murid mengharapkan bantuan daripada guru sematamata untuk belajar. KELEMAHAN TEORI BEHAVIORISME
Aplikasi TEORI BEHAVIORISME 1) Dalam kelas bacaan, guru boleh mengaplikasikan teori ini dengan memberikan latihan secara berulang-ulang ataupun secara latih tubi. 2) Sekiranya guru ingin mengajarkan kemahiran menyebut suku kata yang berpola KV + KVK, guru akan meminta pelajar mengulangi sebutan bagi suku kata tersebut beberapa kali sehingga murid dapat menyebutnya dengan betul 3) Setelah murid menguasai kemahiran menyebut suku kata, guru akan mengajarkan pula perkataan-perkataan yang terbina daripada suku kata yang diajarkan tadi. 5) Proses ini adalah berulang kali sehingga kemahiran tersebut dapat dikuasai dengan baik. 4) Seterusnya pelajar diminta memberikan contoh perkataan yang terbina daripada suku kata tersebut.
TEORI MENTALIS
Konsep: -Semua kanak-kanak dapat mempelajari pelbagai perkara kerana dilahirkan dengan kebolehan semula jadi. - Dalam keadaan normal, kadar perkembangan kanak-kanak adalah sama. - Bahasa merupakan proses mental yang dapat menghasilkan bahasa tanpa rangsangan luar.
1) Noam Chomsky - Memperkenalkan analisis bahasa Transformasi generatif. - Mendukung istilah generatif, kreatif, eksplisit, kegramatisan dan transformasi. - Teori mentalis berpendapat bahawa bahasa sebagai proses pemikiran yang melibatkan aktiviti mental. 2) E. H. Lennenberg - Semua kanak-kanak yang sihat dan normal mulai bercakap dan bertutur pada peringkat umur yang sama. - Membezakan antara kemahiran memahami sesuatu dan bertutur. PENGASAS:
C i r i - c i r i T e o r i M e n t a l i s B a h a s a dih a sil k a n m e l a l ui p r o s e s o t a k ( m e n t a l ). K a n a k - k a n a k b o l e h m e r u m u s b a h a s a b e r d a s a r k a n k e u p a y a a n s e m u l a j a di yang berlaku secara biologi. Belajar bahasa tidak melalui kebiasaan, ulangan / latih tubi. Penguasaan bahasa berdasarkan logik / boleh difahami kerana mempunyai makna. Perkembangan bahasa kanak-kanak mengikut aspek yang dikuasai. Belajar secara tidak formal.
CIRI-CIRI TEORI MENTALIS Penguasaan bahasa berkaitan dengan mental dan semula jadi. Kanak-kanak boleh membuat pilihan sebelum bertutur. Kesalahan pelajar membentuk rumusan dianggap bukan suatu kesalahan, sebaliknya cubaan untuk membentuk satu sistem bahasa (tanggapan awal) terhadap sesuatu perkara (andaian) Mempunyai struktur dalaman dan luaran. Ungkapan yang hendak diucapkan difikir dahulu sebelum diucap.
Aktiviti Mental Prinsip pembelajaran: Kebolehan Mental Sintaksis / Morfologi Struktur Menegaskan Makna Kesalahan - Ambil Kira
Teori mentalis dalam p&p : Ada dua perkara penting dalam penguasaan bahasa iaitu kecekapan dan prestasi. Prinsip undang-undang bahasa ditekankan. Tulisan dan tanda bacaan diutamakan. Teknik hafalan Kemahiran membaca secara berperingkat dan disesuaikan dengan penguasaan pembelajaran akan dimulakan dengan kemahiran paling asas iaitu mengenal huruf.
Pengajaran dan pembelajaran bahasa akan dijalankan secara berperingkat mengikut tahap kematangan murid. Proses pembelajaran akan lebih bersifat sistematik. Guru dapat mengawal kadar kemajuan pembelajaran murid. Menekankan proses perkembangan pemikiran kanak-kanak. Murid berpeluang belajar sesuatu pengetahuan atau kemahiran berdasarkan minat, kebolehan dan tahap kognitif mereka sendiri. Pembelajaran mengikut kadar sendiri. Pelajar terlibat secara aktif dalam aktiviti pembelajaran. Murid terlibat aktif dalam penggunaan bahan-bahan pembelajaran berbanding guru. Kaedah pengajaran berpusatkan pelajar.
Kelemahan teori Mentalis : Mementingkan kemahiran tulisan diikuti dengan kemahiran bacaan. Kemahiran lisan kurang diberi perhatian. Sesetengah murid hanya mahir menggunakan bahasa dalam bacaan tetapi lemah dalam lisan.
SEKIAN, TERIMA KASIH SEMOGA SETIAP ILMU YANG DIKONGSI BERMANFAAT BUAT SEMUA !