The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hffizzmnr, 2024-04-03 10:35:31

TUGASAN 2 - MORFOLOGI HAFIZ PISMP BM SK 1 SEM 2 TAHUN 1_compressed (1)

TUGASAN 2 - MORFOLOGI HAFIZ PISMP BM SK 1 SEM 2 TAHUN 1

Keywords: Morfologi Bahasa Melayu

TUGASAN 2 BMMB 3203 MORFOLOGI BAHASA MELAYU MUHAMMAD HAFIZ BIN MOHD NOOR 2022072440014 PISMP BM SK 1 JUN 2022 SEM 2 TAHUN 1 IPG KAMPUS GAYA NAMA PENSYARAH : ENCIK DZULKIFLI BIN MOHD ASPAH


PROFIL PELAJAR NAMA : MUHAMMAD HAFIZ BIN MOHD NOOR NO ANGKA GILIRAN : 2022072440014 KUMPULAN/AMBILAN : PISMP BM SK 1 JUN 2022 SEM 2 TAHUN 1 NO.TELEFON BIMBIT : 0189638604 ALAMAT E-MEL : [email protected] IPG KAMPUS GAYA


PENGHARGAAN Syukur ke hadrat Ilahi di atas limpah dan kurnia-nya saya telah berjaya menyiapkan kerja kursus bagi kursus BMMB 3203 Morfologi Bahasa Melayu dengan jayanya setelah berusaha bersungguh-sungguh bagi mendapatkan hasil terbaik untuk penghasilan kerja kursus ini. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Encik Dzulkifli Bin Aspah selaku pensyarah kerana telah banyak membantu dan memberikan tunjuk ajar serta penerangan yang cukup jelas kepada saya bagi memastikan kerja kursus yang dihasilkan berkualiti. Selain itu, aya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kedua ibu bapa dan rakan-rakan seperjuangan sekalian kerana telah banyak membantu dalam memberikan sokongan moral yang padu agar saya tidak mudah berputus asa untuk menyiapkan tugasan yang diberikan ini dengan sempurna. Akhir sekali,saya amat bersyukur kerana berpeluang untuk mempelajari banyak perkara baharu semasa melaksanakan tugasan ini. Ilmu dan pengalaman yang diperoleh dalam proses perlaksanaan tugasan ini sudah pasti dapat membantu saya untuk menjadi seorang pelajar dan bakal guru bahasa Melayu yang lebih baik pada suatu hari nanti. Saya juga berharap agar ilmu yang saya peroleh sepanjang mempelajari kursus Morfologi Bahasa Melayu ini akan menjadi pegangan hidup dan dapat memberikan manfaat kepada diri saya,negara dan masyarakat.


1.0 PENGENALAN 2.0 PROSES PEMBENTUKAN KATA 2.1 PENGIMBUHAN 2.1.1 CONTOH KESALAHAN DARI ASPEK PENGIMBUHAN 2.2 PENGGANDAAN 2.2.1 CONTOH KESALAHAN DARI ASPEK PENGGANDAAN 2.3 PEMAJMUKAN 2.3.1 CONTOH KESALAHAN DARI ASPEK PEMAJMUKAN 2.4 PENGAKRONIMAN 2.4.1 CONTOH KESALAHAN DARI ASPEK PENGAKRONIMAN 3.0 PEMBENTUKAN KATA BAHARU 4.0 ISU-ISU KESALAHAN KATA DARI SEGI MORFOLOGI 4.1 DIALEK 4.2 PERCAMPURAN KOD 4.3 BAHASA MELAYU BAKU 4.4 KATA PINJAMAN ASING RUMUSAN RUJUKAN 1.0 PENGENALAN 2.0 PROSES PEMBENTUKAN KATA 2.1 PENGIMBUHAN 2.1.1 CONTOH KESALAHAN DARI ASPEK PENGIMBUHAN 2.2 PENGGANDAAN 2.2.1 CONTOH KESALAHAN DARI ASPEK PENGGANDAAN 2.3 PEMAJMUKAN 2.3.1 CONTOH KESALAHAN DARI ASPEK PEMAJMUKAN 2.4 PENGAKRONIMAN 2.4.1 CONTOH KESALAHAN DARI ASPEK PENGAKRONIMAN 3.0 PEMBENTUKAN KATA BAHARU 4.0 ISU-ISU KESALAHAN KATA DARI SEGI MORFOLOGI 4.1 DIALEK 4.2 PERCAMPURAN KOD 4.3 BAHASA MELAYU BAKU 4.4 KATA PINJAMAN ASING RUMUSAN RUJUKAN KANDUNGAN


1.0 PENGENALAN Tatabahasa merupakan bidang yang memberi tumpuan terhadap pembentukan kata dan proses pembinaan ayat sesuatu bahasa. Bidang tatabahasa terbahagi kepada dua iaitu morfologi dan sintaksis. Morfologi merupakan bidang ilmu bahasa yang mengkaji perkataan dari segi struktur,bentuk kata dan penggolongan kata. Menurut Abdullah Hassan (2007),morfologi ialah bidang linguistik yang mengkaji bagaimana perkataan dibina. Kajian ini dilakukan terhadap unsur-unsur yang membentuk perkataan, proses-proses membentuk perkataan dan bentuk–bentuk perkataan ialah morfem dan kata. Morfologi memiliki sistem dan aturan tersendiri dalam penstrukturan ayat berdasarkan proses pembentukan kata seperti pengimbuhan, pemajmukan, penggandaan, pengakroniman dan penggolongan kata ke dalam kategori seperti kata nama, kata kerja, kata sifat, dan kata tugas. Semua aspek ini memainkan peranan penting dalam membentuk ayat yang gramatis. Sejak kebelakangan ini, isu kesalahan kata seperti pecampuran kod,penggunaan dialek dan bahasa slanga semakin menjadi-jadi dalam kalangan masyarakat yang merupakan penutur jati bahasa Melayu. Nik Safiah Karim (2003) menyatakan jika masalah ini tidak dibendung,kesalahan bahasa yang lebih besar akan berlaku dan akhirnya bahasa menjadi rosak. Oleh itu,tugasan ini akan membincangkan tentang pembentukan kata dalam bahasa Melayu dan membuat hubung kait dengan isu kesalahan kata dari sudut morfologi.


2.0 PROSES PEMBENTUKAN KATA Menurut Nik Safiah Karim et al. (2015), proses pembentukan kata ialah proses yang terlibat dalam penghasilan binaan-binaan perkataan, iaitu bagaimana morfem sebagai unsur perkataan disusun dan dicantumkan untuk membentuk perkataan. Lazimnya, proses pembentukan kata melibatkan kejadian penggabungan atau pencantuman antara satu morfem dengan morfem yang lain seperti yang berlaku dalam pengimbuhan, penggandaan dan pemajmukan.


Proses pengimbuhan ialah proses merangkaikan imbuhan kepada kada dasar untuk menerbitkan perkataan yang berlainan makna serta fungsi nahunya. Dalam bahasa Melayu, imbuhan terdiri daripada morfem terikat yang dirangkaikan kepada kata dasar. Imbuhan tergolong dala empat jenis, iaitu awalan, akhiran, apitan dan sisipan 2.1 PENGIMBUHAN


IMBUHAN AWALAN IMBUHAN AKHIRAN


IMBUHAN APITAN IMBUHAN SISIPAN


2.1.1 CONTOH KESALAHAN DARI ASPEK PENGIMBUHAN Sumber gambar : WhatsApp CONTOH 1 : Berdasarkan contoh 1 dapat dilihat beberapa kesalahan dari aspek pengimbuhan. Sebagai Contoh perkataan “belari” seharusnya menerima imbuhan awalan “ber” dan ditulis sebagai “berlari”. Perkataan dipijak seharusnya menerima imbuhan awalan “ter” dan ditulis sebagai “terpijak”. Perkataan “turutkan” seharusnya menerima imbuhan akhiran “i” dan ditulis sebagai “turuti”


2.2 PENGGANDAAN Menurut Nik Safiah Karim (2015) dalam Tatabahasa Dewan ke-3,penggandaan merupakan proses menggandakan kata dasar. Proses pengulangan ini sama ada melibatkan seluruh kata dasar yang disebut penggandaan penuh,atau melibatkan sebahagian kata dasar yang disebut penggandaan separa.Terdapat tiga jenis penggandaan iaitu penggandaan penuh,separa,berentak dan bebas


2.2.1 CONTOH KESALAHAN DARI ASPEK PENGGANDAAN CONTOH 1 : Daripada contoh satu dapat dilihat kesalahan dalam penggandaan perkataan. Penggandaan yang betul ialah seperti yang berikut : Sumber gambar : WhatsApp


2.3 PEMAJMUKAN Menurut Nik Safiah Karim (2015) dalam Tatabahasa Dewan Ke-3 pemajmukan ialah proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata majmuk yang terbit daripada proses pemajmukan bertindak sebagai satu unit dan lazimnya dieja terpisah.


2.3.1 CONTOH KESALAHAN DARI ASPEK PEMAJMUKAN CONTOH 1 : CONTOH 2 : Dalam contoh 1,perkataan “rumahtangga” seharusnya ditulis sebagai “rumah tangga” . Sumber gambar : Google Dalam contoh 2,perkataan “kurangupaya” seharusnya ditulis sebagai “kurang upaya” .


2.4 PENGAKRONIMAN Akronim ialah kata singkatan yang terbentuk dengan menggabungkan huruf awal suku kata atau dengan menggabungkan huruf awal dan suku kata daripada satu rangkai kata dan ditulis serta dilafazkan sebagai perkataan utuh. Kata akronim juga tergolong dalam jenis kata tunggal.


2.4.1 CONTOH KESALAHAN DARI ASPEK PENGAKRONIMAN Sumber gambar : Facebook Berdasarkan contoh yang diberikan dapat dilihat terdapat kesalahan penggunaan kata akronim. Perkataan Nasi Kandar ditukar kepada “ Naskan”.


3.0 PEMBENTUKAN KATA BAHARU Dalam pembentukan kata baharu dalam Bahasa Melayu, proses pengayaan melibatkan bidang-bidang bunyi bahasa (fonologi), pembentukan kata (morfologi), dan perbendaharaan kata (leksikon). Dari segi bunyi bahasa, akibat pertembungan dengan bahasa-bahasa lain, terutama bahasa Arab dan Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu mengalami proses peminjaman bunyi-bunyi bahasa dari bahasa-bahasa tersebut. Bunyi-bunyi bahasa ini dipinjam untuk menampung kemasukan bentuk kata pinjaman, memperkaya khazanah perbendaharaan kata Bahasa Melayu. Kini, Bahasa Melayu telah menerima sebanyak lapan konsonan. Melalui contoh yang diberikan dapat dilahat beberapa pembentukan kata baharu yang diserap daripada bahasa Arab seperti ramadan,tarawih,iftar dan tadarus. Dapat dilihat pada poster tersebut terdapat kesalah penggunaan kata pinjaman bahasa Arab tersebut iaitu kesalahan ejaan. Ejaan bagi perkataan “ramadhan” ialah “ramadan”. Sumber gambar : Tik Tok & Google


KESALAHAN ISU-ISU KATA DARI SEGI MORFOLOGI 4.O


4.1 DIALEK Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), dialek didefinisikan sebagai satu bentuk bahasa yang digunakan dalam sesuatu daerah atau oleh satu kelas sosial. Dialek mempunyai bentuk tertentu yang dituturkan dalam kawasan tertentu dan berlainan daripada bentuk standard dari segi sebutan,tatabahasa atau penggunaan kata-kata tertentu namun kelainan tersebut tidak begitu besar untuk dianggap sebagai satu bahasa yang lain. Dialek Sabah Dialek Kelantan Sumber gambar : Facebook


CONTOH 1 : CONTOH 2 : Contoh 1 memperlihatkan perbualan harian yang menggunakan dialek daripada pelbagai negeri di Malaysia. Sebagai contoh “kawe” iaitu dialek kelantan yang bermaksud saya dan “poei” iaitu dialek Negeri Sembilan yang bermaksud pergi. Contoh 2 memaparkan perbualan antara nenek dan cucu yang menggunakan dialek sabah iaitu “biut” yang bermaksud senget. Sumber gambar : Google & DBP


4.2 PERCAMPURAN KOD Percampuran kod (code mixing) merupakan satu fenomena biasa dalam kalangan mereka yang boleh berbahasa lebih daripada satu. Percampuran kod berlaku apabila seorang bertutur mencampuradukkan bahasa atau dialek dengan bahasa atau dialek yang lain atau antara satu dialek dengan dialek-dialek lain. Fenomena ini amat berleluasa di Malaysia kerana di sini terdapat pelbagai jenis bahasa dan dialek seperti bahasa Melayu, Cina, Tamil dan suku kaum serta dialek tempatannya. Antara punca berlakunya percampuran kod di negara kita ialah masyarakat yang pelbagai kaum dan mempunyai bahasa pertamanya sendiri iaitu bahasa ibunda seperti bahasa iban,bahasa dusun,bahasa bajau dan sebagainya menjadi faktor berlakunya percampuran kod dalam kalangan masyarakat di Malaysia.


CONTOH PERCAMPURAN KOD CONTOH 1 : CONTOH 2 : Contoh 1 & 2 Memperlihatkan pecampuran kod yang berlaku dalam kehidupan seharian. Bahasa Melayu dicampuradukan dengan bahasa Inggeris dan bahasa Ibunda seperti Dusun dan Bajau. Sumber gambar : Google & perbualan WhatsApp


4.3 BAHASA MELAYU BAKU Bahasa Melayu baku merujuk kepada bahasa standard. Bahasa Melayu baku juga merupakan bahasa yang teratur dan mantap daripada pelbagai aspek seperti ejaan,bentuk,tatabahasa dan lain-lain serta diterima oleh masyarakat sebagai norma penggunaan yang betul atau sahih. Antara isu yang berlaku dalam penggunaan bahasa Melayu baku ialah penggunaan bahasa Melayu baku ini kurang diberi perhatian di sekolah rendah. selain itu, kesalahan penggunaan bahasa Melayu baku ini juga dipengaruhi oleh media sosial. Penggunaan bahasa Melayu dalam media sosial adalah bersifat santai dan tidak formal. Hal ini menyebabkan penggunaan bahasa yang tidak tepat semasa berkata-kata dalam aspek tatabahasa


Contoh ejaan yang betul mengikut Dewan Bahasa Dan Pustaka CONTOH KESALAHAN KATA DARI ASPEK PENGGUNAAN BAHASA MELAYU BAKU Contoh kesalahan tatabahasa dalam surat khabar. Penjodoh bilangan buah harus dikutar kepada batang. Sumber gambar : Google


4.4 KATA PINJAMAN ASING Bahasa Melayu mempunyai banyak kata pinjaman daripada bahasa asing seperti bahasa Inggeris,bahasa Arab dan bahasa Sanskrit. Kata pinjaman yang diterima oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sahaja yang boleh digunakan dalam komunikasi seharian. Namun begitu,masih terdapat segelintir masyarakat yang menggunakan kata pinjaman asing yang tidak diterima oleh DBP. Perkataan handphone sepatutnya ditukarkan kepada telofon. Perkataan kosmetic seharusnya dieja dengan betul iaitu kosmetik atau ditukar dengan perkataan sinonimnya iaitu solekan. Sumber gambar : Google


Kesimpulannya,kesalahan kata dari sudut morfologi seperti pecampuran kod,udisalah dalam pengalek,penggunaan kata pinjaman asing dan kesalahan dalam penggunaan bahasa Melayu baku perlu diambil berat oleh setiap penutur bahasa ini. Hal ini demikian kerana, bahasa Melayu merupakan warisan khazanah bangsa dan merupakan identiti negara kita yang perlu dipelihara. Kesalahan-kesalahan dalam berbahasa ini akan mencemarkan imej bahasa Melayu sebagai satu bahasa yang kaya dengan sopan santun dan keindahuiya yang teersendiri. Oleh hal yang demikian, kita semua haruslah bekerjasama untuk menjaga martabat bahasa Melayu agar tidak tercemar dengan memberi kesedaran kepada masyarakat melalui pelbagai wadah seperti media sosial. Maklumat akan lebih cepat tersebar melalui media sosial, maka kita perlu memanfaatkan kemudahan teknologi yang ada untuk mendidik masyarakat di negara kita untuk menggunakan bahasa Melayu secara betul dan tepat dalam kehidupan seharian mereka. RUMUSAN


RUJUKAN Abdullah Hassan. (2007). Linguistik Am Siri pengajaran Dan pembelajaran bahasa Melayu (2nd ed.). PTS Professional Publishing. Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, Hashim Haji Musa, & Abdul Hamid Mahmood. (2015). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Dewan Bahasa Dan Pustaka. Kamus Dewan Edisi Keempat (4th). (2010). Dewan Bahasa Dan Pustaka. Nik Safiah Karim. (2003). Bimbingan Pelajar Bahasa Kita Jilid 2. Cerdik Publications Sdn Bhd.


SEKIAN TERIMA KASIH SEKIAN TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version