GGGB 6213 PSIKOLOGI
PENGAJARAN &
PEMBELAJARAN LANJUTAN
ULASAN JURNAL:
KEBERKESANAN PEMBELAJARAN
KOPERATIF TERHADAP PENCAPAIAN DAN
MOTIVASI MURID SEKOLAH MENENGAH
DALAM PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU
P100157
LEE LEH TIING
PENGENALAN
Pendidikan merupakan suatu alat ampuh dan
berkesan dalam melahirkan insan murid yang
bersahsiah dan berprestasi tinggi dalam akademik.
(Bhavani Somasundram & Zamri Mahamod, 2017).
Peruntukan dalam sektor pendidikan PERUNTUKAN KERAJAAN
RM (billion) DALAM SEKTOR PENDIDIKAN
70
64.1
61.6 60.2
60
52.4
50
40
30
20
10
0 Belanjawan 2018 Belanjawan 2019 Belanjawan 2020
Belanjawan 2017
Belanjawan Tahunan Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia juga merupakan penerima peruntukan terbesar daripada
peruntukan belanjawan Kerajaan Pusat dalam dua tahun terdekat ini, iaitu sebanyak RM
60.2 bilion dalam Belanjawan 2019 (Astro Awani, 2018) dan RM 64.1 bilion dalam
Belanjawan 2020 (Berita Harian, 2019).
Guru sebagai pendidik memainkan peranan penting dalam merealisasikan hasrat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Guru perlu bersikap kreatif dalam pengajarannya bagi menarik minat pembelajaran
murid-murid (Bhavani Somasundram & Zamri Mahamod, 2017).
Murid-murid akan menjadi bosan dan tidak berminat untuk belajar jika
guru hanya menggunakan satu kaedah pengajaran.
Pembelajaran koperatif telah digunakan dalam pembelajaran Bahasa
Melayu dan keberkesanannya terhadap pencapaian dan motivasi
murid dalam pembelajaran Bahasa Melayu dilaksanakan.
~Teori Interaksi Sosial Vygotsky telah diaplikasikan dengan menerapkan kaedah pembelajaran koperatif
~Teori Interaksi Sosial Vygotsky merupakan dasar kepada pelaksanaan kaedah pembelajaran koperatif di dalam
kelas.
TEORI INTERAKSI
SOSIAL VYGOTSKY
Teori ini mengutamakan pembelajaran yang berasaskan persekitaran
sosiobudaya.
Dalam teori ini, guru berperanan sebagai pemudahcara dan pembimbing
manakala murid-murid diberi fokus utama dalam menambah
pengetahuan baru dan mempelajari kemahiran baru.
TEORI INTERAKSI
SOSIAL VYGOTSKY
Dipelopori oleh Lev Semenovich Vygotsky.
Interaksi sosial telah merangsang proses
perkembangan manusia dan mendorong
perkembangan kognitif individu (Schunk,
2012).
Persekitaran sosiobudaya telah memainkan
peranan penting dalam mempengaruhi
perkembangan kognitif kanak-kanak (Wong et
al., 2013).
Manusia mengembangkan kognitifnya melalui
interaksi dengan persekitaran sosial dan
budaya (Sri Wulandari Danoebroto, 2017).
TEORI INTERAKSI SOSIAL VYGOTSKY
Perkembangan kognitif individu akan mencapai tahap optimal
melalui dua proses, iaitu proses biologikal (perkembangan usia)
dan proses psikologikal (interaksi sosial budaya) (Elliott et al.,
1999).
Tanggapan dasar:
“What the child can do in cooperation today he can do alone
tomorrow” (Warsono & Hariyanto, 2012).
4 konsep yang telah diberi fokus dalam Teori Interaksi Sosial
Vygotsky: Bahasa dan pemikiran, Scaffolding, Zon perkembangan proksimal & Proses internalisasi
KONSEP TEORI INTERAKSI SOSIAL VYGOTSKY:
(A) BAHASA DAN PEMIKIRAN
• Minda manusia mempunyai tahap asas neurobiologi yang dapat ditransformasikan ke
tahap yang lebih tinggi melalui alat budaya seperti bahasa, nombor, literasi, rasional
dan logik.
• Bahasa dapat menyokong pemikiran kanak-kanak seterusnya memberi sumbangan ke
arah pembinaan pengetahuan, sikap dan nilai seseorang individu (Wong et al., 2013).
• Kanak-kanak dapat menimba ilmu melalui perbualan dan interaksi sosial tersebut.
(B) SCAFFOLDING
• Scaffolding merupakan sesuatu kerangka yang menyokong proses pembelajaran
individu (Wong et al., 2013).
• Bantuan diberi berdasarkan keupayaan semasa seseorang kanak-kanak dalam
menyelesaikan masalah pembelajaran bagi mendorong mereka mencapai ke tahap
kognitif yang lebih tinggi.
• Dalam proses pembelajaran, orang dewasa boleh memberi sejumlah besar bantuan
kepada kanak-kanak pada permulaanya dan kemudian mengurangi bantuan sedikit
demi sedikit sehingga kanak-kanak diberi kesempatan untuk menguasai sesuatu
kemahiran baharu sepenuhnya dan mengambil alih sesuatu tanggungjawab.
KONSEP TEORI INTERAKSI SOSIAL VYGOTSKY:
(C) ZON PERKEMBANGAN PROKSIMAL
• Menurut Vygotsky (1978) dalam Schunk (2012), zon perkembangan proksimal (ZPD)
merupakan perbezaan antara tahap perkembangan sebenar seseorang individu dengan
tahap perkembangan potensi seseorang individu.
• Apabila kanak-kanak berada dalam zon ini, terdapat beberapa perkara yang tidak boleh
dilakukan sendiri dan hanya dapat disempurnakan melalui bantuan daripada orang dewasa
atau rakan sebaya yang lebih berkompeten.
• Apabila seseorang individu mulai dapat mengurangkan kebergantungannya terhadap orang
lain dalam penyelesaian masalah, ia bererti bahawa tahap kognitif individu tersebut telah
meningkat ke tahap yang lebih tinggi (Yayu Tresna Suci, 2018).
(D) PROSES INTERNALISASI
• Vygotsky juga membincangkan peranan bicara kendiri dan bicara hati semasa melakukan
aktiviti pembelajaran (Wong et al., 2013).
• Pada permulaan proses melakukan tugasan, kanak-kanak akan belajar menyiapkan sesuatu
tugas melalui arahan dan bimbingan yang diberi oleh rakan sebaya atau orang dewasa yang
lebih berkompeten.
• Mereka akan bertukar daripada keadaan menerima arahan sehingga pada akhirnya mereka
mampu memberikan arahan kepada diri sendiri untuk menyelesaikan tugas.
• Pertuturan persendirian (proses internalisasi) berlaku dengan mengarah tingkah laku
sendiri semasa melakukan sesuatu dalam proses pembelajaran (Wong et al., 2013).
5 UNSUR YANG PERLU ADA PADA (JOHNSON DAN JOHNSON, 2009)
PEMBELAJARAN KOPERATIF:
SALING TANGGUNGJAWAB INTERAKSI PENERAPAN PROSES
KEBERGANTUNGAN INDIVIDU BERSEMUKA KEMAHIRAN KELOMPOK
POSITIF KOLABORATIF
• Menurut Arends • Murid-murid • Proses kelompok
• Murid-murid perlu (2008), setiap ahli berpeluang untuk • Setiap ahli telah berlaku
bekerjasama kumpulan boleh berinteraksi antara kumpulan mula untuk mencapai
antara satu sama ditugaskan kepada satu sama lain mempercayai, tujuan
lain dalam peranan yang berbeza melalui pertanyaan memimpim, pembelajaran.
mencapai objektif dalam proses soalan, mengambil
pembelajaran. pelaksanaaan tugasan. perbincangan keputusan,
soalan, membuat berkomunikasi
• Pegang kepada • Peranan: taskmaster, kesimpulan, dan dan mengurus
prinsip “we sink or material monitor, memberi bantuan konflik bersama.
swim together”. coach helper, recorder serta dorongan
antara satu sama
lain.
KEKUATAN DAN
KELEMAHAN TEORI
INTERAKSI SOSIAL
VYGOTSKY
KEKUATAN DAN KELEMAHAN TEORI
INTERAKSI SOSIAL VYGOTSKY:
KEKUATAN KELEMAHAN
• Membolehkan murid-murid mencari • Banyak masa perlu digunakan untuk
maklumat, membina pengetahuan baharu membolehkan murid-murid berinteraksi
serta menghubungkaitkan pengetahuan dan berkomunikasi dengan rakan sebaya
baharu dengan pengetahuan lama. dalam kumpulan.
• Meningkatkan pemahaman murid-murid • Keadaan kelas juga akan kurang
tentang topik dan bahan pembelajaran. terkawal.
• Meningkatkan keyakinan murid-murid dan
merangsang minat pembelajaran murid-
murid.
• Mendorong murid mengasah kemahiran
sosial yang tinggi dan mengurangkan sikap
mementingkan diri.
• Menerapkan nilai-nilai murni seperti
hormat-menghormati dan bertanggungjawab
dalam kalangan murid.
RUJUKAN
Astro Awani. 2018. Belanjawan 2019 utamakan sektor pendidikan – Aziz Bari. http://www.astroawani.com/berita-
malaysia/belanjawan-2019-utamakan-sektor-pendidikan-aziz-bari-190097 [2 April 2020].
Berita Harian. 2019. Pendidikan terima peruntunkan tertinggi.
https://www.bharian.com.my/berita/pendidikan/2019/10/616641/pendidikan-terima-peruntukan-tertinggi [2
April 2020].
Bhavani Somasundram & Zamri Mahamod. 2017. Keberkesanan pembelajaran koperatif terhadap pencapaian dan
motivasi murid sekolah menengah dalam pembelajaran Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu 7(1): 11-
23.
Elliott, S.N., Kratochwill, T.R., Cook, J.L. & Travers, J.F. 1999. Educational Psychology: Effective Teaching, Effective
Learning. Edisi ke-3. Boston: McGraw-Hill College.
Johnson, D.W. & Johnson, R.T. 2009. An Educational Psychology Success Story: Social Interpendence Theory and
Cooperative Learning. Educational Researcher 38(5): 365-379.
Schunk, D.L. 2012. Learning Theories: An Educational Perspective. Edisi ke-6. Boston: Pearson Education, Inc.
Sri Wulandari Danoebroto. 2017. Interaksi budaya dan perkembangan kemampuan berpikir Matematis ditinjau dari
teori Vygotsky dan teori Bruner. Indonesian Digital Journal of Mathematics and Education 4(7): 480-488.
Warsono & Hariyanto. 2012. Pembelajaran Aktif Teori dan Assesmen. Bandung: Rosda.
Wong, K.W., Khairuddin Mohamad, Maridah Alias, Rashinawati Abd Rashid & Azlina Ahmad. 2013. Perkembangan
Kanak-Kanak. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Yayu Tresna Suci. 2018. Menelaah teori Vygotsky dan interpendensi sosial sebagai landasan teori dalam pelaksanaan
pembelajaran koperatif di sekolah dasar. Jurnal Kajian Penelitian Pendidikan dan Pembelajaran 3(1): 231-239.
SEKIAN TERIMA KASIH