MODUL EHRSystem (Exploration of the Human Respiratory System) SAINS TAHUN 4 PEMIKIRAN TINGGI DALAM PENDIDIKAN SAINS (GGGR6243) Pensyarah :Prof. Kamisah
Pengenalan Objektif Modul EHRSystem Panduan Penggunaan Modul Topik Pembelajaran Rancangan Pengajaran Harian (RPH) RPH 1 ( Manual ) RPH 2 ( Interaktif ) Set Induksi Aktiviti Manual Aktiviti 1 Aktiviti 2 Aktiviti 3 Aktiviti 4 Aktiviti Interaktif Aktiviti 1 Aktiviti 2 Aktiviti 3 Aktiviti 4 Penutup Penilaian Kebolehgunaan Modul Panduan Guru : Jawapan Kandungan
Dalam merungkai ilmu sains, salah satu perkara yang paling menarik dan menakjubkan ialah meneroka keajaiban sistem tubuh manusia. Satu sistem yang penuh dengan keunikan dan luar biasa ialah sistem pernafasan manusia. Modul pembelajaran ini direka khusus untuk membolehkan pelajar tahun 4 menjadi penjelajah yang bersemangat dalam dunia yang tidak kelihatan tetapi penting. Sebelum kita memahami dengan lebih mendalam, mari kita fahami mengapa sistem pernafasan manusia sangat penting Pernafasan adalah proses yang berlaku secara automatik, tetapi apabila kita menyedari bagaimana badan kita berfungsi untuk mendapatkan oksigen yang kita perlukan, ia membuka pintu kepada pemahaman yang lebih mendalam tentang keajaiban kehidupan. Sistem pernafasan manusia adalah kunci kepada tubuh mendapat oksigen yang diperlukan untuk menjalankan pelbagai fungsi, seperti menghasilkan tenaga. Pada masa yang sama, sistem ini juga membantu mengeluarkan karbon dioksida, bahan buangan yang dihasilkan oleh badan. Pengenalan
Jadi, boleh dikatakan bahawa tanpa sistem pernafasan, kehidupan seperti yang kita tahu ia tidak akan mungkin. Modul pembelajaran ini bertujuan untuk memahami Struktur Sistem Pernafasan. Pelajar akan diajak memahami struktur utama dalam sistem pernafasan manusia, seperti hidung, trakea dan paru-paru. Ilustrasi dan gambar akan digunakan untuk memudahkan bahan untuk difahami. Ia juga menerangkan proses pernafasan dari awal hingga akhir. Bagaimana udara masuk dan keluar dari badan, dan bagaimana pertukaran oksigen dan karbon dioksida berlaku di dalam paru-paru. Disamping itu, kita akan mengenali peranan setiap komponen dalam sistem pernafasan dan cara mereka bekerjasama untuk memastikan badan sihat dan berfungsi dengan baik. Modul ini juga menekankan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Menggalakkan pelajar mengembangkan kemahiran berfikir aras tinggi dengan mengemukakan soalan reflektif yang memerlukan analisis dan sintesis maklumat. Dengan semangat penerokaan dan rasa ingin tahu yang semakin meningkat, diharapkan modul ini akan menjadi langkah pertama yang menyemarakkan minat mereka terhadap sains dan menjadikan mereka penjaga yang sihat kepada badan yang luar biasa ini. Selamat meneroka!
Selepas menggunakan modul ini: Guru dapat: Meningkatkan kefahaman konsep KBAT dalam pdp sains. Merangka strategi pdp yang lain yang beroreintasikan penguasaan KBAT dalam pdp sains Menjimatkan masa dan memudahkan pdp yang diintegrasi dengan teknologi Menjalankan pdp sains berasaskan elemen KBAT secara konsisten Murid dapat: Meningkatkan kefahaman murid tentang konsep sains yang dipelajari Meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi Meningkatkan minat dalam pembelajaran sains Meningkatkan motivasi dalam pembelajaran sains Meningkatkan keterlibatan murid dalam pembelajaran berasaskan inkuiri Objektif
Panduan Pengunaan Langkah 1 Sebelum kelas bermula, guru merujuk RPH 1 atau RPH 2 dan boleh mengubahsuai Standard Pembelajaran yang ingin dicapai Langkah 2 Langkah 3 Langkah 4 Sebelum PdP bermula, guru memastikan BBM yang dicadangkan telah disediakan dan lembaran kerja disediakan Guru menjalankan PdP mengikut langkah-langkah 5E yang terdapat dalam RPH yang disediakan Setelah tamat sesi PdP, guru boleh melengkapkan penilaian kebolehgunaan modul.
tema: sains hayat UNIT 2 : manusia SAINS TAHUN 4
TOPIK PEMBELAJARAN Tajuk Manusia Standard Kandungan 2.1 Pernafasan Manusia
Kemahiran Proses Sains 2.1.1 Mengenal pasti organ yang terlibat dalam proses pernafasan. 2.1.2 Memerihalkan proses pernafasan dari aspek laluan udara dan pertukaran gas yang berlaku dipeparu melalui pemerhatian menerusi pelbagai media. 2.1.6 Menjelaskan pemerhatian tentang proses pernafasan manusia melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan secara kreatif. SAINS HAYAT: Tahun 4 Memerhati, Membuat Inferens, Berkomunikasi Standard Pembelajaran
Rancangan Pengajaran Harian (RPH)
Rancangan Pengajaran Harian 1 (Manual)
Rancangan Pengajaran Harian 2 (Interaktif)
Aktiviti : Menjalankan aktiviti menghembus nafas ke atas cermin muka. 1. Murid diminta untuk membuat pemerhatian keadaan permukaan cermin muka sebelum dan selepas menghembus nafas pada cermin muka. 2. Bersoal jawab tentang proses pernafasan manusia: 3. Apakah yang anda lihat pada permukaan cermin muka selepas menghembuskan nafas ke atasnya? a. b.Mengapakah ia berlaku? (KBAT) Set Induksi Bahan Bantu Mengajar : Cermin Muka
Aktiviti manual AKTIVITI 1 AKTIVITI 2 AKTIVITI 3 AKTIVITI 4
Aktiviti manual 1 Kaedah: Penerangan Aktiviti : Guru menerangkan laluan pernafasan manusia menggunakan carta Bahan Bantu Mengajar : Carta laluan pernafasan mengandungi rajah hidung, trakea dan peparu Kemahiran : Kefahaman
Aktiviti manual 2 Kaedah: Melihat Gambar Aktiviti: Guru meminta murid melihat gambarajah tentang pembinaan model sistem pernafasan manusia dalam buku teks mukasurat 23 & 24 Kemahiran : Memerhati Bahan Bantu Mengajar : Buku Teks Sains Tahun 4
Aktiviti manual 3 Kaedah: Mencipta model peparu Aktiviti: Murid mencipta model saluran pernafasan peparu manusia Bahan Bantu Mengajar: Botol plastik dan balon Kemahiran : KBAT -Mencipta
Aktiviti manual 4 Kaedah: Pembentangan Aktiviti: Murid menerangkan struktur saluran peparu dan laluan pernafasan mengikut turutan yang betul Bahan Bantu Mengajar: Model saluran pernafasan manusia Kemahiran: Komunikasi
Aktiviti INTERAKTIF AKTIVITI 1 AKTIVITI 2 AKTIVITI 3 AKTIVITI 4
https://www.youtube.com/watch? v=AZJH0muy2B0&ab_channel=CIKGUSAFUAN AKTIVITI INTERAKTIF 1 Kaedah : Tayangan Video Aktiviti : Murid menonton tayangan video tentang organ pernafasan manusia dan proses pernafasan manusia Bahan Bantu Mengajar : LCD projektor , komputer
Dengan menggunakan https://wheelofnames.com/ Guru memilih murid secara rawak untuk menjawab soalan padanan dihadapan kelas. AKTIVITI INTERAKTIF 2 Bahan Bantu Mengajar : Laptop & LCD Projector Guru pancarkan gambar di ‘whiteboard’ kelas dan murid memadankannya menggunakan pen marker.
AKTIVITI INTERAKTIF 3 Layari laman sesawang berikut untuk mendapatkan soalan padanan kata https://wordwall.net/resource/2254470/sains/orga n-pernafasan-manusia Bahan Bantu Mengajar : Laptop & LCD Projector Dengan menggunakan laptop, murid menjawab soalan dalam pautan wordwall tersebut. Digalakkan satu laptop untuk satu murid, sekiranya laptop mencukupi.
Guru membahagikan murid kepada 5 kumpulan. 1. Setiap kumpulan hendaklah melakar laluan udara semasa manusia bernafas dalam perisian microsoft powerpoint. 2. a.Menarik nafas i.hidung ----> trakea ----> peparu b.Menghembus nafas i.peparu ----> trakea ----> hidung Setiap kumpulan hendaklah membentang hasil tugasan mereka dihadapan kelas. 3. AKTIVITI INTERAKTIF 4 Bahan Bantu Mengajar : Laptop/PC/Tablet Microsoft Powerpoint
Guru merumuskan keseluruhan topik hari ini dengan sesi soaljawab. 1. Apakah organ pernafasan bagi manusia? a. Sebutkan urutan laluan udara semasa manusia bernafas. b. Apakah yang akan berlaku sekiranya salah satu organ pernafasan rosak? c. KBAT : MENILAI Penutup
PENILAIAN kEBOLEHGUNAAN MODUL Guru mengimbas QR code untuk melengkapkan penilaian kebolehgunaan modul ini dalam pdp sains
LEMBARAN JAWAPAN Laluan Proses Pernafasan Manusia Menghembus Nafas Peparu ----> Trakea ----> Hidung Menarik Nafas Hidung ----> Trakea ----> Peparu