The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by arizraisya, 2024-03-07 05:05:59

MAJLIS ORIENTASI 2024

BUKU PROGRAM

Keywords: BUKU PROGRAM

MAJLIS ORIENTASI MURID-MURID PERALIHAN & TINGKATAN SATU SESI 2024/2025 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN USJ 13 SUBANG JAYA Tel Sek: 03-56317642 No Fax: 03-56214163 TARIKH : 11 MAC 2024 HARI : ISNIN MASA : 1.00 TGH - 3.OO PTG TEMPAT : DEWAN BUDIMAN & LALUAN BESTARI SMK USJ 13


Sekapur Sireh Pengetua Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam Malaysia Madani. Setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat kita bersama-sama dalam menjayakan Hari Orientasi Peralihan dan Tingkatan 1 2024/2025. Terima kasih juga saya ucapkan kepada semua pihak yang telah bersinergi menjayakan program orientasi ini. Hari Orientasi melahirkan ruang dan peluang terbaik untuk murid-murid baharu mengetahui, mempelajari dan memahami banyak perkara baharu di sekolah SMK USJ 13. Saya yakin, kefahaman dan pengetahuan yang diperoleh sepanjang tempoh orientasi akan memudahkan para murid menyesuaikan diri dengan persekitaran baharu dan memudahkan diri murid memulakan pembelajaran di tempat baharu dengan lancar dan teratur. Besar harapan saya agar murid-murid Peralihan dan Tingkatan 1 akan menggunakan masa dengan sebaik-baiknya untuk belajar dengan lebih bersungguh-sungguh dan memperoleh ilmu pengetahuan yang mendalam sebagai bekalan dan persediaan menghadapi perubahan dunia yang semakin maju pada masa ini. Sesungguhnya, dunia alaf teknologi sentiasa berubah dan kita seyogia harus berubah, jika tidak kita akan ketinggalan zaman seperti “katak di bawah tempurung”. Akhir kata, semoga hari orientasi murid-murid Peralihan dan Tingkatan 1 sesi akademik 2024/2025 berjalan dengan lancar dan semoga keringat kita menjayakan program orientasi ini dibalas dengan kejayaan yang lebih cemerlang. Sekian, terima kasih. Puan Hajah Wan Noraini binti Wan Yaakub Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan USJ 13


Pemanis kalam menyusun kata awal bismillah pembuka bicara. Alhamdulillah dan terima kasih atas kurnia-Nya, Saya berpeluang mencoretkan sepatah dua kata sempena Hari Oreintasi Peralihan dan Tingkatan 1 SMK USJ 13 bagi sesi akademik 2024/2025. Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat kerana telah berusaha untuk mengadakan hari yang penuh bersejarah ini bagi meraikan kedatangan murid-murid baharu ke SMK USJ 13. Saya selaku YDP PIBG SMK USJ 13 ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa dan waris murid-murid Peralihan dan Tingkatan 1 yang sudi mengiringi anak-anak pada hari ini. Saya berasa sungguh bangga dan amat bersyukur dengan komitmen tuan puan ini dan harapan saya semoga sokongan dan kerjasama begini akan berterusan untuk semua acara dan program yang dianjurkan oleh pihak sekolah ataupun PIBG sendiri. Saya penuh yakin dan percaya kerjasama sebegini menunjukkan betapa tuan puan memahami dan menghayati akan kepentingan pendidikan dalam kehidupan anak-anak kita. Kehadiran tuan puan hari ini juga memberikan petanda baik bahawa kejayaan dalam dalam bidang pelajaran tidak hanya bergantung kepada guru semata-mata, sebaliknya jaringan permuafakatan antara ibu bapa dan guru-guru memainkan peranan penting dalam menentukan kejayaan anak-anak. Kepada murid-murid Peralihan dan Tingkatan 1 yang akan menuntut di sini, beringatlah bahawa walau apa-apa sekali pun perubahan dalam pendidikan alaf baharu, walau sebesar mana pun halangan dan kesukaran yang dihadapi, saya harap anda mampu mengatasi dan meneruskan impian untuk menjadi anak-anak yang hebat. Hebat yang dimaksudkan bukan dalam bidang akademik sahaja malah semua bidang yang anda ceburi. Anda perlu ingat bahawa belajar bukan untuk menjadi seorang doktor mahupun jurutera tetapi menjadi seorang yang hebat dalam apa-apa jua bidang yang diceburi kelak. Akhir kalam daripada saya, sekali lagi saya ucapkan tahniah atas kejayaan anda diterima masuk belajar di SMK USJ 13. Jangan sia-siakan peluang yang diberi kerana peluang yang baik tidak datang berkali-kali. Semoga niat yang baik itu sentiasa dirahmati oleh-Nya. Sekian, terima kasih. (ENCIK SUHAIMI BIN MOHD DASIR) YDP PIBG SMK USJ 13 Sekapur Sireh YDP PIBG


OBJEKTIF PROGRAM Membolehkan murid-murid baharu memahami dan menghayati budaya sekolah Membentuk kumpulan murid yang benar-benar menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni Mendidik murid untuk mengamalkan peraturan sekolah Membentuk disiplin murid ATUR CARA MAJLIS 1.00 tgh - Pendaftaran Ibu Bapa /Penjaga - Ibu bapa/Penjaga bergerak ke Dewan Budiman - Murid-murid berkumpul mengikut kelas di Laluan Bestari 1.20 tgh - Murid-murid bergerak ke kelas bersama-sama guru tingkatan. 1.30 tgh - Nyanyian Lagu Negaraku - Bacaan Doa - Ucapan YDP PIBG - Ucapan Pengetua - Tayangan Video - Taklimat PK Pentadbiran - Taklimat PK HEM - Taklimat PK Kokurikulum - Taklimat PK Petang 3.00 ptg - Bersurai


SEJARAH SEKOLAH Penyerahan bangunan sekolah SMK USJ 13 oleh wakil Jabatan Pelajaran Negeri Selangor, En. Kamaruzaman bin Yahya daripada Unit Pembangunan kepada Pengetua pertama sekolah ini, Datin Hajah Robiah binti Haji Abd Hamid pada 23 Mei 2000 merupakan titik permulaan kepada pembukaan sekolah ini. Sekolah ini mempunyai keluasan 10 ekar dan lokasinya terletak di Selatan Subang Jaya. Penerimaan murid kumpulan pertama pada 30 Jun 2000 merupakan hari yang amat bersejarah bagi warga sekolah ini. Hari ini menandakan hari Pembukaan Sekolah SMK USJ 13. Dari segi enrolmen, jumlah murid yang diterima ialah 386 orang, jumlah guru 25 orang dan staf sokongan 2 orang. Murid-murid tersebut terdiri daripada murid Tingkatan Satu dan Tingkatan Dua dari sekolah-sekolah berhampiran. Peningkatan enrolmen murid telah membawa kepada pengenalan dua sesi persekolahan, iaitu sesi pagi dan sesi petang mulai tahun 2006. Pengetua telah menetapkan hala tuju SMK USJ 13 bersama-sama guru-guru Penolong Kanan untuk membina visi dan misi, serta objektif sekolah. Visi pertama ialah Kecemerlangan Insan Yang Seimbang dan Keharmonian Warga Sekolah bagi menyatukan semua warga SMK USJ 13 yang mempunyai kepelbagaian latar belakang, sikap, cara dan budaya kerja serta persekitaran yang berbeza. Pengetua juga menetapkan prinsip kerja SMK USJ 13 iaitu Ketekunan serta Pemuafakatan Asas Kecemerlangan dan Keharmonian sebagai panduan kepada semua warga. Pada tahun 2006, visi sekolah ditukar kepada SMK USJ 13 Sekolah Cemerlang pada tahun 2010. Perancangan strategik juga digubal berdasarkan Lapan Fokus Kecemerlangan yang merangkumi aspek Pengurusan, Kurikulum, Kokurikulum, Hal Ehwal Murid, Modal Insan, Fizikal & Persekitaran, Pembangunan ICT dan Hubungan Luar. Bagi melonjakkan kecemerlangan sekolah pada 2008, SMK USJ 13 mewakili negeri Selangor dalam Anugerah Sekolah Lonjakan Saujana Kokurikulum dalam kategori Sukan dan Permainan. Kini, SMK USJ 13 dengan jolokan THIRTEENIANS menampilkan identiti warga SMK USJ 13 yang bakal memantapkan lagi prestasi sekolah pada masa akan datang.


MOTTO SEKOLAH BERUSAHA, BERILMU, BERAMAL MATLAMAT SEKOLAH Menyediakan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif untuk melahirkan pelajar yang mencapai keputusan akademik yang cemerlang. Mewujudkan peluang yang luas untuk perkembangan bakat dan potensi pelajar dalam bidang kokurikulum dan memperbanyak penyertaan kegiatan pelajar di luar sekolah Membina sahsiah pelajar yang sihat dan positif melalui konsep penambahbaik berterusan ke arah pelanggaran disiplin sifar Mewujudkan iklim sekolah yang menyeronokkan dan perkhidmatan efisien dalam membentuk generasi Malaysia Madani Meningkatkan perkembangan ikhtisas guru dan AKP melalui latihan personal PIAGAM PELANGGAN Menyedari hakikat bahawa kejayaan sesebuah sekolah bukan hanya terletak di bahu warga pendidik tetapi juga kerjasama dan sokongan daripada pelajar, ibu bapa dan masyarakat, maka SMK USJ 13 akan berusaha: Mewujudkan suasana yang selesa bagi kecemerlangan kurikulum dan sahsiah pelajar. Meningkatkan kualiti pengajaran tenaga pendidik Menjalin hubungan mesra dan kekeluargaan yang erat dalam kalangan guru, kaki tangan, ibu bapa dan masyarakat


LAGU SEKOLAH USAHA TANGGA KEJAYAAN MENUJU CITA-CITA BANGSA KAMI MENGAMALKAN BUDAYA BERDISIPLIN USJ 13 SEKOLAH KITA ILMULAH KAMI UTAMAKAN MENYAHUT SEGALA CABARAN HORMAT PADA GURU HARMONI SETIAKAWAN SEKOLAH KITA TANGGUNGJAWAB KITA ILMU JADI AMALAN ITULAH PANDUAN KAMI MUAFAKAT TEKUN DAN IKHLAS ASAS CEMERLANG SEKOLAH KITA USAHA ILMU DAN AMAL MEMBENTUK PERIBADI MULIA TAAT PADA TUHAN, RAJA DAN NEGARA USJ 13 KEBANGGAAN KITA SEKOLAH KEBANGGAAN KITA IKRAR MURID Bahawasanya kami murid-murid Sekolah Menengah Kebangsaan USJ 13 berikrar bahawa akan: Belajar bersunguh-sungguh untuk memperolehi ilmu pengetahuan dan memanfaatkannya Berusaha menjadi insan yang berbudi pekerti mulia dan disiplin yang tinggi Sentiasa menghormati dan menghargai kedua-dua ibu bapa kami, guruguru kami dan kakitangan sekolah kami Sentiasa menghormati dan mematuhi peraturan dan undang-undang sekolah Sentiasa berfikiran positif, mencintai sekolah, menjaga imej dan nama baik sekolah Maka kami berjanji akan melaksanakan ikrar kami.


WAKTU PERSEKOLAHAN WAKTU PERSEKOLAHAN BULAN RAMADAN


SARANA IBU BAPA


PELAN KEDUDUKAN BANGUNAN SMK USJ 13


PELAN KEDUDUKAN KELAS TAHUN 2024


KOMPONEN KOKURIKULUM # tertakluk kepada perubahan CATATAN : ❖ Rumah Sukan terlibat : Semua rumah sukan (rujuk jadual) ❖ Kelab terlibat : Semua Kelab dan Persatuan/ Badan Beruniform/Sukan dan Permainan ❖ Kelab terlibat : Taekwondo Hari : Sabtu (Minggu 2 dan 4) Masa : 8.00-10.00 pagi


BIL KELAS NAMA GURU TINGKATAN 1. 1 GAMMA PN. ROHAIDA HAYANI BINTI MUSTAPHA 2. 1 SIGMA PN. SUZIELA BINTI AHMAD 3. 1 DELTA PN. NOR FATIHAH BINTI MANAF 4. 1 ZETA PN. SITI NORSHUHADA BINTI MUHAMAD 5. 1 EPSILON PN. SAPINAH BINTI MUHAMMED 6. 1 OMEGA PN. SYARIFAH RANIA BT SYED ABU HASSAN 7. 1 THETA PN. NUR HANIS AMIERA BINTI AHMAD NAZRI 8. 1 LAMBDA CIK SITI NUR AMIERA BINTI MOHAMAD 9. 1 KAPPA CIK NURUL FATANIAH BINTI KAMARZAMAN 10. 1 BETA PN. FARAH NATASHA BINTI SHARIN 11. 1 ALPHA CIK NADIAH BINTI KAMARUDDIN 12 PERALIHAN PN. ALLESANDRA UNYI ANAK SADAI SENARAI NAMA GURU PERALIHAN DAN TINGKATAN SATU SESI 2024/2025


JAWATANKUASA TERTINGGI Pengerusi : Pn. Hjh Wan Noraini binti Wan Yaakub (Pengetua) Naib Pengerusi I : Pn. Anis Azila binti Mat Daud (PK Petang) Naib Pengerusi II : Pn. Azura binti Ahamed Hambal (PK HEM) Naib Pengerusi III : Pn. Azura binti Abu Bakar (PK Pentadbiran) Naib Pengerusi IV : Pn. Amiin Nahlah binti Sarwani (PK Kokurikulum) Penyelaras Unit : Pn. Gawri a/p Narayanasamy (GKMP Bahasa) Pn. Nurazrin binti Yaacob (GKMP Sains & Matematik) Pn. Azrina binti Suboh (GKMP Teknik & Vokasional) Pn. Farah Wahida binti Abd Aziz (GKMP Kemanusiaan) Setiausaha : Pn. Mimisusiyana binti Momen Naib setiausaha : Pn. Norul Huda binti Ibrahim


PENGHARGAAN Setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kami kepada; PENGETUA YDP PIBG BARISAN PENTADBIR AJK PIBG GURU-GURU DAN SELURUH WARGA SMK USJ 13 serta semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan MAJLIS ORIENTASI MURID-MURID PERALIHAN DAN TINGKATAN SATU SESI 2024/2025


Click to View FlipBook Version