The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-08139084, 2022-04-03 11:03:53

PAMERAN BERTEMA MALAM NISFU SYAABAN

PAMERAN BERTEMA MALAM NISFU SYAABAN

PAMERAN
BERTEMA
DIGITAL

Dibawakan oleh Unit Informasi PSS
SMK Seremban 3

MALAM
NISFU
SYAABAN

PENGENALAN

Syaaban merupakan antara bulan yang istimewa dalam Islam.
Ini kerana terdapat satu malam dalam bulan Syaaban ini yang

memiliki kelebihan tersendiri dan digelar sebagai Nisfu
Syaaban.

Nisfu Syaaban bermaksud separuh daripada bulan Syaaban
iaitu 15 Syaaban. Kehadiran Nisfu Syaaban menandakan kita
sudah terlalu hampir dengan bulan yang penuh kemuliaan,

bulan Ramadan.

Sumber : Amalan Terbaik Malam Nisfu Syaaban – Majlis Ulama ISMA (muis.org.my)

Ambil Tahu!

Sebenarnya tidak ada amalan khusus dan tertentu yang
diwajibkan untuk dilakukan pada malam Nisfu Syaaban

melalui hadis-hadis sahih. Jika terdapat pihak yang
mewajibkan ibadah tertentu pada malam ini, ia dikira satu

bentuk bid’ah iaitu penambahan dalam agama.

Namun ini bukan bermakna seseorang itu hanya
membiarkan malam yang bermakna ini berlalu kosong

tanpa sebarang ibadah dan ketaatan.

Sumber : Amalan Terbaik Malam Nisfu Syaaban – Majlis Ulama ISMA (muis.org.my)

Bertaubat kepada Allah dan
memohon ampunan-Nya

Terdapat hadis sahih yang jelas menunjukkan antara kelebihan malam
Nisfu Syaaban iaitu peluang pengampunan dosa daripada Allah.

Daripada Abu Musa al-Asya’ri RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya Allah SWT menilik (hamba-hambaNya) pada malam Nisfu

Syaaban, lalu diampunkan seluruh hamba-hambaNya melainkan orang
melakukan syirik dan orang munafik.” (HR Ibnu Majah).

Maka, rebutlah peluang keemasan ini untuk melaksanakan Solat Taubat di
malam hari, memperbanyak istighfar dan bersungguh-sungguh berdoa
agar Allah mengampunkan segala dosa-dosa kita.

Sumber : Amalan Terbaik Malam Nisfu Syaaban – Majlis Ulama ISMA (muis.org.my)

Menjauhi syirik dan sifat-sifat munafik

Dalam hadis sebelumnya,, syarat pengampunan yang dijanjikan Allah
pada malam Nisfu Syaaban adalah seseorang itu bersih daripada perlakuan

syirik dan sifat munafik.

“…melainkan orang melakukan syirik dan orang munafik.”

Oleh kerana itu, segala salah laku mempersekutukan Allah hendaklah
dijauhkan sama sekali. Begitu juga sifat-sifat munafik juga perlu

dihindari. Antara ciri-ciri munafik adalah seperti yang diriwayatkan
daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: “Tanda orang munafik itu ada tiga, apabila ia berucap
berdusta, jika membuat janji ia ingkari, dan jika dipercaya ia
mengkhianati.” (HR Bukhari)

Sumber : Amalan Terbaik Malam Nisfu Syaaban – Majlis Ulama ISMA (muis.org.my)

Qiyamullail dan menghidupkan
malam dengan amal ibadah

Sepertimana kelebihan menghidupkan sepertiga malam pada
malam-malam lain, kita digalakkan meneruskan ibadah ini di
malam Nisfu Syaaban. Hidupkan malam ini dengan solat sunat,
bacaan Al-Quran, istighfar, zikir dan doa.

Dalam sebuah hadis diriwayatkan:

“Tuhan kita yang Maha Agung dan Maha Tinggi turun setiap
malam ke langit dunia ketika telah tersisa sepertiga malam
terakhir. Ia berfirman: Siapakah yang berdoa kepada-Ku, maka
Aku akan mengabulkannya, Siapa yang meminta kepada-Ku,
maka Aku akan memberikannya. Siapa yang memohon ampun
kepada-Ku maka akan Aku ampuni.” (HR Bukhari dan Muslim)

Sumber : Amalan Terbaik Malam Nisfu Syaaban – Majlis Ulama ISMA (muis.org.my)

Bermaaf-maafan dan
berdamai sesama manusia

Dalam Hadis al-Tabrani, diriwayatkan “Allah akan muncul (yakni rahmat dan
pengampunan-Nya) kepada seluruh makhluk-Nya pada malam Nisfu Syaaban dan
mengampunkan seluruh makhluk-Nya kecuali orang yang mensyirikkan Allah dan

orang yang saling bermusuhan.”

Syarat pengampunan seterusnya di samping bersih dari syirik dan sifat munafik
adalah bebas daripada segala permusuhan sesama manusia dan saling

menghulurkan kemaafan. Ambillah kesempatan untuk saling memaafkan sesama
sanak saudara, rakan-rakan dan sesiapa sahaja yang dikenali.

Mudah-mudahan terpadam segala salah silap sesama manusia dan kita dapat
memasuki bulan Ramdan yang bakal tiba dalam keadaan hati yang suci.

Sumber : Amalan Terbaik Malam Nisfu Syaaban – Majlis Ulama ISMA (muis.org.my)

Berpuasa Sunat Hari Putih

Puasa Hari Putih atau al-Ayyam al-Beyd ( )‫الأيام البيض‬merupakan puasa yang disyariatkan pada 13,14 dan 15
haribulan hijri dan digelar dengan ‘putih’ kerana pada hari-hari tersebut malamnya terang benderang disinari

cahaya bulan penuh.
Kelebihan puasa pada hari-hari ini antaranya diriwayatkan dalam sebuah hadis:

Maksudnya: “Kelebihan puasa pada tiga hari setiap bulan menyamai puasa sepanjang tahun.”(HR Muslim)

Tiada dalil yang mengkhususkan puasa bersempena Nisfu Syaaban. Namun, kita digalakkan berpuasa
sempena Hari Putih kerana Nisfu Syaaban jatuh pada 15 haribulan. Ambillah peluang untuk berpuasa pada

hari tersebut ditambah dua hari sebelumnya (13 dan 14 haribulan).

Nabi SAW sendiri juga sangat banyak berpuasa pada bulan Syaaban. Daripada Aisyah RA, beliau berkata:

Maksudnya: “Aku tidak pernah melihat Rasulullah SAW menyempurnakan puasa satu bulan penuh selain
puasa Ramadan, dan aku tidak pernah melihat Baginda begitu banyak berpuasa berbanding bulan
Syaaban.” (HR Bukhari dan Muslim)

Sumber : Amalan Terbaik Malam Nisfu Syaaban – Majlis Ulama ISMA (muis.org.my)

Selamat beramal.
Moga Allah mempertemukan
kita dengan bulan Ramadan.

“Allahumma bariklana fi Syaaban
wa ballighna Ramadan”

Terima
kasih
kerana
membaca

CREDITS: This presentation template was created by
Slidesgo, including icons by Flaticon, infographics &

images by Freepik

Please keep this slide for attribution


Click to View FlipBook Version