The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aidahydrawaty76, 2021-06-13 08:27:01

PROJEK SAINS PENGAWETAN MAKANAN

PROJEK SAINS - PENGAWETAN MAKANAN

PROJEK BUKU

SAINS

TAHUN 6

PENGAWETAN MAKANAN

Disediakan oleh:
Alif Nur Haikal bin Sihusin

Kelas:
6 Allamanda
Nama guru:
Encik Vijaya Kumar A/L Morthy

1

Isi Kandungan:

Bil Tajuk M/S

1 Isi kandungan 2
2 Penghargaan 3
3 Maksud pengawetan makanan 4
4 Kaedah pengawetan makanan 5
5 Pendidihan 6
6 Penjerukan 7
7 Pembungkusan vakum 8
8 Pengeringan 9
9 Penyejukan dan pendinginan 10
10 Pemasinan 11
11 Pelilinan 12
12 Pengetinan dan pembotolan 13
13 Pempasteuran 14
14 Penyalaian 15
15 Penutup 16

2

Penghargaan

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan kepada ibu bapa saya yang telah
membantu saya menyiapkan projek Sains ini. Saya
tidak akan dapat membuat buku skrap ini tanpa

bantuan mereka.

Terima kasih juga diucapkan kepada guru Sains
saya, Encik Vijay kerana memberikan panduan
yang lengkap untuk saya melengkapkan projek

ini.

3

Maksud pengawetan
makanan:

Kaedah pemprosesan makanan yang boleh
menghalang atau melambatkan proses hidup

mikroorganisma.
Tujuan pengawetan makanan adalah supaya
makanan yang diawet akan tahan lebih lama.

4

Kaedah pengawetan makanan:

Terdapat 10 kaedah pengawetan makanan.

1 • Pendidihan

2 • Penjerukan

3 • Pembungkusan vakum

4 • Pengeringan

5 • Penyejukbekuan dan pendinginan

6 • Pemasinan

7 • Pelilinan

8 • Pempasteuran

9 • Penyalaian

10 • Pengetinan dan pembotolan

5

Pendidihan

1. Proses memanaskan makanan pada suhu yang
tinggi.

2. Suhu yang tinggi membunuh kebanyakan
mikroorganisma seperti bakteria dan fungi.

3. Makanan boleh tahan lebih lama apabila
bakteria dan fungi dibunuh.

6

Penjerukan

1. Proses merendam makanan di dalam cuka,
larutan gula dan garam.

2. Penjerukan mengurangkan kandungan air
dalam makanan, menjadikan keadaan tidak
sesuai untuk mikroorganisma bertumbuh atau
membiak.

3. Contoh makanan: buah-buahan dan sayur-
sayuran.

7

Pembungkusan
Vakum

1. Proses mengeluarkan semua udara daripada bekas
atau pembungkus makanan.

2. Ketiadaan udara menyebabkan bakteria dan kulat
tidak boleh bertumbuh dan membiak.

3. Contoh: kacang, kerepak, buah-buahan, sosej,
cendawan.

8

Pengeringan

1. Kaedah mengeluarkan atau menyingkirkan
kebanyakan air daripada makanan.

2. Makanan boleh dikeringkan di bawah cahaya
matahari atau ketuhar.

3. Ketiadaan air menyebabkan mikroorganisma akan
mati atau menjadi tidak aktif.

4. Contoh: Ikan kering, asam gelugur, mihun kering,
sotong.

9

Penyejukbekuan
dan Pendinginan

1. Penyejukan - Kaedah menyimpan makanan pada
suhu takat beku (00C) dan ke bawah.

2. Contoh makanan: ikan, sotong, ayam dan daging.
3. Pendinginan - Kaedah menyimpan makanan di

dalam persekitaran bersuhu kurang dari 180C.
4. Suhu rendah menyebabkan mikroorganisma kurang

aktif dan lambat bertumbuh serta membiak.
5. Contoh makanan: Sayur-sayuran, buah-buahan,

telur dan susu.

10

Pemasinan

1. Menggunakan garam bagi menyingkirkan
kelembapan pada makanan.

2. Contoh makanan: ikan, telur, sayur-sayuran,
buah-buahan dan daging.

11

Pelilinan

1. Proses menyalut buah dan sayuran dengan lilin
cair untuk mencegah pertumbuhan
mikroorganisma di permukaannya.

2. Dapat mengekalkan kesegaran buah.

12

Pengetinan
dan Pembotolan

1. Proses mendidihkan makanan untuk

membunuh mikroorganisma. Makanan
kemudiannya disejukkan dan dimasukkan ke
dalam bekas kedap udara.
2. Pemanasan pada suhu didih dapat membunuh
kebanyakan bakteria aktif tanpa merosakkan
rasa dan nilai nutrisi makanan itu.
3. Contoh makanan: ikan, daging, ayam, buah,
dan sayur-sayuran.

13

Pempasteuran

1. Proses pemanasan makanan sehingga suhu
tertentu untuk beberapa ketika dan diikuti
dengan pendinginan segera.

2. Contoh makanan: susu dan jus buah-buahan.

14

Penyalaian

1. Kaedah mengeringkan makanan dengan cara
mengasapnya untuk satu tempoh yang agak lama.

2. Membantutkan pertumbuhan mikroorganisma.
3. Contoh makanan: ikan dan daging.

15

Penutup

Kesimpulannya, pengawetan makanan mempunyai
kepentingan nya yang tersendiri seperti:-

1. Makanan yang telah ditinkan boleh mengatasi
masalah bekalan makanan semasa kecemasan.
Contohnnya, semasa banjir melanda sesebuah
kawasan.

2. Sesetengah makanan yang dihasilkan oleh
sesebuah negara boleh dinikmati di negara lain.

3. Teknologi pengawetan makanan memudahkan
makanan disimpan dan mudah diangkut untuk
dipasarkan ke tempat lain.

4. Buah-buahan bermusim dapat dinikmati
sepanjang tahun.

5. Makanan yang diawet dapat disimpan lebih
lama dan boleh memenuhi keperluan bekalan
makanan sepanjang tahun.

16


Click to View FlipBook Version