BPSH KPM Modul Program Mentor Mentee 1 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR BARU SENTUL MODUL PELAKSANAAN PROGRAM MENTOR MENTEE TINGKATAN 1 SMK BANDAR BARU SENTUL, KUALA LUMPUR RUJUKAN DARIPADA PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM MENTOR MENTEE BPSH KPM UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SMK BANDAR BARU SENTUL
BPSH KPM Modul Program Mentor Mentee 2 MODUL MENTOR MENTEE TINGKATAN 1 BIL BIDANG TAJUK MODUL 1 PKMM PROGRAM ORIENTASI – BINA HUBUNGAN 2 PKMM SEKOLAHKU RUMAHKU 3 PKMM MENJAGA KESIHATAN DIRI 4 PDDM PENGURUSAN DIRI 5 PSDM POTENSI DIRI 6 PSDM PERKEMBANGAN INDIVIDU 7 PSDM KOMUNIKASI 8 PKMM PENGURUSAN EMOSI 9 PSDM HIDUP SEJAHTERA 10 PKM JENIS-JENIS KERJAYA PETUNJUK : PDDM - PENINGKATAN DISIPLIN DIRI MURID PSDM - PEMBANGUNAN SAHSIAH DIRI MURID PKMM - PSIKOSOSIAL DAN KESEJAHTERAAN MENTAL MURID PKM - PENDIDIKAN KERJAYA MURID
BPSH KPM Modul Program Mentor Mentee 3 Bidang : Psikososial Dan Kesejahteraan Mental (PKMM) Tajuk : Program Orientasi Objektif : Pada akhir aktiviti mantee dapat: 1. meningkatkan rasa kasih sayang antara satu sama lain. 2. meningkatkan rasa kasih dan sayang kepada sekolah. 3. mewujudkan rasa sepunya Masa : 30 minit Bahan : Kertas A4 Langkah : 1. Mentee di minta beratur dalam satu baris dan menomborkan diri mengikut urutan. 2. Mentee menulis nombor yang dimiliki di atas kertas serta merenyukkannya menjadi bola 3. Dalam tempoh 50 saat, mentee perlu membaling kertas yang direnyukkan itu kepada rakan yang lain. 4. Selepas tamat tempoh masa yang diambil, mentor mengarahkan setiap mentee membuka sebiji bola kertas yang bertulis nombor. 5. Mentee perlu mencari dan berkenalan dengan rakan yang memiliki nombor tersebut. 6. Proses ini akan diteruskan sehingga semua mentee dapat mengenali antara satu sama lain Falsafah : Tak kenal maka tak cinta
BPSH KPM Modul Program Mentor Mentee 4 Bidang : Psikososial Dan Kesejahteraan Mental (PKMM) Tajuk : Sekolahku Rumahku Objektif : Pada akhir aktiviti mantee dapat: 1. meningkatkan rasa sayang kepada sekolah Masa : 30 minit Bahan : Gambar kelas yang cantik, gambar kelas yang kotor Langkah : 1. Mentor dan mentee bersama-sama mengaplikasikan kebersihan dengan bergotong royong membersihkan kelas 2. Mentor menunjukkan keadaan kelas mereka sekarang dengan gambar kelas yang cantik dan yang kotor 3. Mentor berbincang langkah-langkah menjaga kebersihan kelas dan sekolah 4. Mentee menyatakan tugas yang sepatutnya boleh dibuat contohnya menyapu dan mengutip sampah dalam kelas Falsafah : Sekolah sebagai rumah yang perlu dijaga dan disayangi
BPSH KPM Modul Program Mentor Mentee 5 Bidang : Psikososial dan Kesejahteraan Mental Murid(PKMM) Tajuk : Menjaga Kesihatan Diri Objektif : Pada akhir aktiviti mentee dapat: 1. menjaga kesihatan melalui pemakanan. 2. mengetahui cara merancang pemakanan yang berkhasiat dan seimbang. 3. mengawal kesihatan emosi dari semasa ke semasa. Masa : 30 minit Bahan : Piramid makanan seimbang. Langkah : 1. Mentor meminta mentee menyenaraikan contoh-contoh makanan sihat. 2. Mentee diminta menyenaraikan kelebihan mengambil makanan berkhasiat dan kesan buruk mengabaikan pengambilan makanan berkhasiat. 3. Mentor memilih beberapa orang mentee untuk membentangkan hasil dapatan. 4. Mentee dan mentor berbincang rumusan aktiviti yang dijalankan. Falsafah : Badan sihat minda cergas
BPSH KPM Modul Program Mentor Mentee 6 Bidang : Pengurusan Disiplin Diri Murid (PDDM) Tajuk : Pengurusan Diri Objektif : Pada akhir aktiviti mantee dapat: 1. mengurus emosi agar sentiasa stabil. 2. mengetahui dan menjalankan tanggungjawabnya terhadap diri sendiri. 3. melahirkan insan yang sayang kepada diri sendiri Masa : 30 minit Bahan : Kertas A4 Langkah : 1. Mentor memilih beberapa orang mentee sebagai model di hadapan. 2. Mentor dan mentee bersoal jawab mengenai penampilan diri. 3. Mentor meminta mentee berada dalam kumpulan a. Bilangan ahli antara 3 hingga 5 orang. 4. Mentee berbincang tentang penampilan diri yang kemas dan tidak kemas. 5. Hasil perbincangan dicatatkan dan dibentangkan. 6. Mentor memilih beberapa orang untuk menyatakan mengapa perlu mengurus diri dan kelebihan yang ada pada dirinya Falsafah : 1. Manusia perlu menguruskan diri sendiri agar dapat memberi faedah kepada orang lain. 2. Selain dari mengurus diri, mentee juga perlu bijak mengurus emosi bagi kepentingan dirinya
BPSH KPM Modul Program Mentor Mentee 7 Bidang : Pembangunan Sahsiah Diri Murid (PSDM) Tajuk : Potensi Diri Objektif : Pada akhir aktiviti mantee dapat: 1. mengenali kekuatan diri sendiri. 2. mempertingkatkan keyakinan diri sendiri. 3. menggunakan potensi diri untuk kebaikan diri dan orang lain Masa : 30 minit Bahan : Kertas A4, pita selafon dan gunting Langkah : 1. Mentor memberi setiap mentee sehelai kertas A4 yang telah dikerat kepada 4 bahagian. 2. Mentor meminta mentee menyenaraikan potensi diri yang ada pada dirinya. 3. Mentor meminta mentee berada dalam kumpulan yang terdiri daripada 3 hingga 5 orang ahli. 4. Mentee membaca apa yang telah ditulis berkaitan dengan potensi diri. 5. Perbincangan dalam kumpulan tentang potensi diri dan contoh tindakan yang pernah dilakukan. 6. Mentor memilih wakil kumpulan untuk menyatakan nilai positif dan kelebihan yang ada pada ahli kumpulan. 7. Mentor dan mentee membuat rumusan aktiviti yang dijalankan. Falsafah : Tuhan jadikan manusia dengan kejadian sebaik-baik kejadian, semua ada kelebihan masing-masing
BPSH KPM Modul Program Mentor Mentee 8 Bidang : Pembangunan Sahsiah Diri Murid (PSDM) Tajuk : Perkembangan Individu Objektif : Pada akhir aktiviti mantee dapat: 1. mengetahui peranan ibu bapa dalam menjaga dan membesarkan anak 2. mengetahui tanggungjawab ibu bapa dalam membesarkan anak mengikut tahap pembesaran Masa : 30 minit Bahan : Gambar keluarga dan gambar ibu mengandung Langkah : 1. Mentor mengemukakan soalan kepada mentee. i. Siapakah yang mempunyai bilangan adik beradik yang ramai? ii. Nyatakan berapa orang lelaki dan perempuan? 2. Mentor mempamerkan gambar keluarga dan gambar ibu mengandung. 3. Mentor menjelaskan kepada mentee berkaitan dengan pengorbanan ibu dari dalam kandungan sehingga kini. 4. Mentor bersoal jawab dengan mentee tentang pengorbanan mentee kepada ibu bapa Falsafah : Kasih ibu membawa ke syurga
BPSH KPM Modul Program Mentor Mentee 9 Bidang : Pembangunan Sahsiah Diri Murid (PSDM) Tajuk : Komunikasi Objektif : Pada akhir aktiviti mantee dapat: 1. menggunakan kata-kata sapaan yang betul kepada setiap ahli keluarga dan sesuai dengan budaya setempat Masa : 30 minit Bahan : Nota Langkah : 1. Mentor menerangkan kepada mentee kepentingan berkomunikasi. 2. Mentor bersoal jawab dengan mentee berkaitan jenis-jenis komunikasi. 3. Mentor meminta mentee memberikan contoh penggunaan kata sapaan yang betul semasa berkomunikasi dengan ahli keluarga, guru dan rakan-rakan 4. Mentor meminta mentee membuat rumusan Falsafah : Komunikasi yang baik mewujudkan suasana harmoni
BPSH KPM Modul Program Mentor Mentee 10 Bidang : Psikososial dan Kesejahteraan Mental Murid (PKMM) Tajuk : Pengurusan Emosi Objektif : Pada akhir aktiviti mantee dapat: 1. mengetahui tentang perasaan yang dimiliki. 2. memahami perasaan mereka dan rakan. 3. menguruskan perasaan positif dan negatif dengan baik Masa : 30 minit Bahan : Kad Gambar Langkah : 1. Mentor menunjukkan kad gambar yang berwajah suka, marah, sedih, mengantuk, ketawa dan sebagainya. 2. Mentor menerangkan kepada mentee tentang perasaanperasaan berdasarkan gambar yang positif dan negatif. 3. Mentor menggambarkan perasaan tersebut berdasarkan situasi sebenar. Contoh: i. Gambar Sedih – cikgu merasa sedih apabila kamu melawan cakap cikgu. ii. Gambar Ketawa - Cikgu merasa gembira apabila kamu mendengar cakap cikgu iii. 4. Mentor meminta mentee memilih dua kad gambar yang postif dan negatif. 5. Mentee berkongsi tentang perasaan mereka bermula dengan kad gambar negatif diikuti dengan kad gambar positif. Contoh: i. Gambar Marah - saya berasa marah terhadap rakan kerana dia menipu saya. ii. Gambar Senyum – saya berasa gembira 6. Aktiviti ini akan dijalankan secara rawak
BPSH KPM Modul Program Mentor Mentee 11 Bidang : Pembangunan Sahsiah Diri Murid (PSDM) Tajuk : Hidup Sejahtera Objektif : Pada akhir aktiviti mentee dapat: 1. memahami tanggungjawab dalam keluarga asas. 2. mengambil berat keperluan sokongan tingkah laku, emosi dan material dalam keluarga. Masa : 30 minit Bahan : Tiada Langkah : 1. Mentor memberi situasi “seorang anak yang sibuk menonton televisyen, tidak menghiraukan ibunya yang perlu bantuan untuk menguruskan rumah”. 2. Mentee perlu melakonkan situasi yang digambarkan oleh mentor mengikut kreativiti mentee atau bimbingan dari mentor. 3. Mentor meminta ahli kumpulan yang lain menyatakan isu dan nilai yang terdapat dalam lakonan itu. 4. Mentor meminta mentee menyatakan perasaan ibu dalam situasi tersebut. 5. Mentor meminta sumbangsaran daripada mentee mengenai situasi yang sepatutnya mereka lakukan. Falsafah : Bulat air kerana pembentung, bulat kata kerana muafakat.
BPSH KPM Modul Program Mentor Mentee 12 Bidang : Pendidikan Kerjaya Murid (PKM) Tajuk : Jenis-jenis Kerjaya Objektif : Pada akhir aktiviti mantee dapat: 1. menambahkan pengetahuan mentee mengenai kerjaya yang sedia ada 2. mentee dapat menyenaraikan 10 jenis kerjaya . 3. mentee dapat menyenaraikan 10 jenis kerjaya kerja sendiri yang terdapat disekitar komuniti Masa : 30 minit Bahan : Kertas A4 Langkah : 1. Mentor bersoal jawab secara lisan dengan mentee berkaitan kerjaya idaman mereka. 2. Mentor meminta mentee berkongsi dengan ahli kumpulan tentang kerjaya idaman mereka. 3. Mentor meminta mentee melukis dalam masa lima minit kerjaya idaman mereka di atas kertas. 4. Mentee berkongsi jawapan dengan ahli kumpulan. 5. Mentor membuat rumusan secara keseluruhan Falsafah : Peluang kerjaya bergantung kepada minat, kebolehan dan perancangan awal yang sistematik