Pertandingan Buku Skrap Digital
TOK JANGGUT
TOKOH KEMERDEKAAN
MALAYSIA
ISI KANDUNGAN
PERKARA MUKA SURAT
1. Pendahuluan 1
2. Biodata Pelajar 2
3. Biodata Tokoh 3
4. Rasionalisasi Pemilihan 4
5. Kelebihan Tokoh 5
6. Kredibiliti Tokoh 6-7
7. Jasa Dan Sumbangan 8
8. Penutup 9
9. Rujukan 10
PENDAHULUAN
Menyelusuri ketokohan pemimpin kemerdekaan tanah
air. Mat Hassan bin Munas digelar Tok Janggut kerana
memiliki janggut yang panjang hingga ke dada. Tok
Janggut di besarkan di Istana kerana
ayahnya merupakan panglima kepada Tengku Seri
Maharaja Jeram . Beliau menuntut ilmu dengan Syeikh
Ahmad al-Fatani sewaktu di Makkah dan terpengaruh
dengan fatwa kerajaan Turki Uthmaniyah.
Sekembalinya ke tanah air Tok Janggut melihat
penderitaan penduduk Pasir Puteh yang terbeban
dengan pembayaran cukai yang tinggi. Perubahan
pentadbiran di Kelantan selepas perjanjian Bangkok
1909 juga secara tidak langsung memberi kesan
terhadap keamanan di Pasir Puteh.
Penindasan yang dilakukan oleh British menyebabkan
Tok Janggut bersama pengikutnya melancarkan Perang
Jihad untuk membebaskan Kelantan daripada
cengkaman penjajah.
1
BIODATA PELAJAR
Nama : Muhammad Asraf Aziq bin
Mohamad Amin
Umur : 16 Tahun
Tarikh Lahir : 14 Ogos 2005
Nama Sekolah : Smk Tun Ismail
Alamat Sekolah: Jalan Sekolah 86400 Parit Raja,
Batu Pahat, Johor.
Tingkatan : 4 Arif
Email : [email protected]
2
BIODATA TOKOH
Nama : Haji Mat Hassan bin Munas
Gelaran : Tok Janggut
Tahun Lahir : 1953
Tempat Lahir : Kampung Jeram, Pasir Puteh, Kelantan
Pendidikan : Pondok di Kelantan dan Makkah
Kemahiran : Ilmu persilatan
Pekerjaan : Petani dan peniaga
Hobi : Laga ayam dan bermain gasing
Tarikh kematian : 24 Mei 1915
3
RASIONALISASI PEMILIHAN
Tinggi ilmu agama
Sanggup bergadai nyawa demi
kedaulatan tanah air
Dihormati masyarakat
Tegas dan bersemangat
Mahir ilmu mempertahankan diri
4
KELEBIHAN TOKOH
Tinggi ilmu agama Tidak terburu-buru
kerana telah dipupuk dalam melakukan
dari kecil dan menuntut sesuatu. Bermesyuarat
ilmu di Kelantan dan sebelum membuat
Makkah. Berjihad demi keputusan.
agama, bangsa dan
tanah air
Tokoh yang tidak pernah mengalah dalam
menegakkan kedaulatan tanah air walaupun
sedar nyawanya menjadi taruhan. Sanggup
berjuang sehingga ketitisan darah terakhir.
Seorang yang dihormati Mahir ilmu persilatan
dan disegani masyarakat dan berkongsi ilmu yang
tempatan kerana dimiliki untuk
sikapnya yang tegas dan kepentingan bersama.
berani
5
KREDIBILITI TOKOH
Pejuang yang berani mempertahankan
kedaulatan tanah air
Perubahan pentadbiran Pasir Ditambah pula pegenalan
Puteh menjejaskan kuasa pelbagai jenis cukai yang
tradisi dan kewibawaan membebankan rakyat serta
pusat pembayaran cukai
pembesar tempatan apabila
Encik Latif dari Singapura yang jauh.
dilantik sebagai Ketua
Jajahan Pasir Puteh
Apabila berlaku kesukaran membayar cukai dan
dihina dengan kata-kata kesat oleh kakitangan
bertugas, Tok Janggut dengan tegas menyarankan
supaya petani tidak perlu membayar cukai. Beliau
dengan berani memulakan kempen penentangan dan
disokong oleh penduduk tempatan kerana
ketokohannya.
Kewibawaan Tok Janggut terbukti
dalam memperjuangkan kebebasan
Kelantan . Tok Janggut mempunyai
semangat juang yang tinggi bersama
Engku Besar Jeram serta pengikutnya
berjuang dan berazam membebaskan
wilayah mereka dari belenggu penjajah
Kawasan penentangan
6
KREDIBILITI TOKOH
Tok janggut mempertaruhkan Tok Janggut melancarkan
nyawanya demi membebaskan perang Jihad menentang
tanah air dari cengkaman kuasa asing.
British.
Beliau juga memimpin dan Didikkan agama yang kukuh
menyedarkan penduduk tempatan sejak kecil membangkitkan
untuk menentang penindasan British
semangat menegakkan
walaupun sedar musibah agama Islam yang menebal
yang bakal menimpa dirinya.
dalam diri beliau.
Tok Janggut juga telah besetuju Tidak terburu-buru membuat
mengadakan perundingan dengan keputusan sebaliknya
wakil sultan iaitu Haji Lebai Kadir mengadakan mesyuarat sebelum
melakukan sesuatu tindakan.
bagi menerangkan tujuan Mengadakan Mesyuarat Sulit
serangan yang dilakukan. Beliau pada 29 April 1915 sebelum
memohon agar Sultan Kelantan pasukannya menyerang Pasir
mengampunkan mereka. Hal ini Puteh. Kewibawaannya terselah
kerana, mereka bukan menentang apabila berjaya menawan Pasir
sultan tetapi menentang British Puteh dari pihak British
yang mengamalkan sikap
orientalis dengan menguasai
istana.
Tok Janggut sedar kekuatan tentera
British sukar ditandingi tetapi Tok Janggut bijak mengatur
strategi dengan
beliau tetap tidak mengalah dan
bersembunyi sambil
teguh dengan perjuangannya merancang apabila British
menghantar 239 askar yang
menentang penjajah walaupun lengkap bersenjata pada 3
akhirnya beliau terkorban dalam Mei 1915.
pertempuran di Kampung Dalam
Pupoh 7
JASA DAN SUMBANGAN
Tok Janggut berusaha Tok Janggut berjaya
menghapuskan cukai menanamkan semangat
yang membebankan
rakyat tetapi ia kurang nasionalisme
berjaya kerana beliau dan menyatupadukan orang
terkorban dalam melayu untuk menentang
memperjuangkan nasib penjajah sekaligus menuntut
rakyat. hak supaya tidak ditindas
oleh kuasa asing
Kisah perjuangannya dijadikan teladan
generasi hari ini supaya berani, berdisplin
dan gigih menentang kezaliman sekaligus
dapat menyuntik semangat patriotism.
Walaupun usaha mengusir British
dari bumi Melayu tidak kesampaian
tetapi semangat cintakan agama dan
negara tetap tertanam kukuh di
jiwa orang melayu dan Tok janggut
Sinar Harian, 5 Disember 2017 8 kekal disanjung hingga kini.
PENUTUP
Kisah perjuangan Tok Janggut mempertahankan
kedaulatan Kelantan menjadi inspirasi pejuang seterusnya
untuk mendapatkan kemerdekaan tanah air. Kegigihan,
kecekalan dan kesungguhan beliau sentiasa menjadi sebutan.
Namun bukan mudah tokoh pejuang kemerdekaan ini
merealisasikan impian untuk bebas dari cengkaman penjajah.
Tok Janggut sendiri terkorban sewaktu
mempertahankan kedaulatan tanah air. Lebih tragis lagi
mayatnya diseksa dengan kejam.
Menyorot perjuangan Tok Janggut, permuafakatan dan
penyatuan ummah menjadi kekuatan untuk Tok Janggut dan
pengikutnya terus mara menentang penjajah walaupun sedar
kekuatan senjata mereka tidak setanding.
Ketokohan Tok Janggut dapat dilihat dari pelbagai sudut
dengan aura perjuangan yang menjadi inspirasi semangat
patriotisme generasi hari ini. Justeru itu, nama Tok Janggut
tetap agam dalam album pejuangan negara dan kekal menjadi
lentera perjuangan menuntut kemerdekaan yang tidak akan
padam di hati rakyat Malaysia.
SEKIAN, TERIMA KASIH.
9
RUJUKAN
BUKU
Ruslan Zainuddin, 2005, Sejarah Malaysia,
Kuala Lumpur : Fajar Bakti
Masriah Mispari, Johara Abdul Wahab, Ridzuan
Hasan, 2015, Buku Teks Sejarah Tingkatan 2, Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka
Dr Azharudin Mohamed Dali, Ridzuan Hassan,
Muslimin Fadzil, 2018,Sejarah Tingkatan 3, Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
INTERNET
http://sejarahmalaysia.pnm.my
http://history.um.edu.my
http://sejarahtokoh.wordpress.com/tokjanggut/
10