The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN (MAT) PIBG SMK ABDUL RAHMAN TALIB, KUANTAN KALI KE-49 TAHUN 2023

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by fauziyaton, 2023-05-31 04:26:55

BUKU PROGRAM

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN (MAT) PIBG SMK ABDUL RAHMAN TALIB, KUANTAN KALI KE-49 TAHUN 2023

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN (MAT) PIBG KALI KE-49 TAHUN 2023 PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) SMK ABDUL RAHMAN TALIB 25250 JALAN ALOR AKAR KUANTAN PAHANG DARUL MAKMUR TARIKH : 10 Jun 2023 HARI : SABTU MASA : 9.00 PAGI TEMPAT : DEWAN AL-FALAH, SMK ABDUL RAHMAN TALIB, KUANTAN “KERJASAMA KE ARAH KEMAJUAN”


1


2 BIL PERKARA HALAMAN 1 Setitis Tinta 3 2 Sekapur Sireh 4 3 Sejarah SMART, Misi Sekolah dan Visi Sekolah 5 4 Pengetua SMART 6 5 Pencapaian Peperiksaan i) PT3, PAT dan UASA TINGKATAN 3 7 ii) SPM 8 iii) STPM 9 6 AJK Tertinggi PIBG SMART Sesi 2022/23 10 7 JK Pelaksana Majlis Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SMART Kali ke-49 Tahun 2023 11 - 13 8 Atur Cara Majlis Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SMART Kali ke-49 Tahun 2023 14 9 Minit Mesyuarat Agung PIBG SMART Kali ke-48 (2022) 15 - 24 10 Senarai Kehadiran Mesyuarat Agung PIBG SMART Kali ke48 (2022) 25 – 28 11 Laporan Aktiviti PIBG dan TAS 2022 29 – 31 12 Penyata Kewangan Akaun PIBG berakhir 31 Disember 2022 32 – 35 13 Penyata Kewangan Akaun TAS berakhir 31 Disember 2022 36 – 38 14 Penyataan Usul dan Cadangan 39 KANDUNGAN 2017


3 Setitis Tinta Bismillahirrahmanirrahim dan salam sejahtera. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya, Majlis Mesyuarat Agung PIBG kali Ke-49 dapat disempurnakan pada 10 Jun 2023. Kehadiran para ibu bapa amat dihargai dan disanjung tinggi serta besar ertinya kepada pihak sekolah. Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua AJK PIBG dan warga sekolah yang telah menjayakan majlis ini. SMART sentiasa berusaha meningkatkan pencapaian sekolah selari dengan visi dan misi sekolah. Keupayaan sekolah untuk mencapai visi dan misi tersebut amat bergantung kepada komitmen dan kerjasama antara pihak sekolah dengan PIBG. Oleh itu, pihak sekolah amat mengharapkan sokongan tenaga, moral dan material yang berterusan daripada PIBG. Banyak kejayaan daripada aspek kurikulum dan kokurikulum telah diraih sepanjang tahun 2022 berkat sokongan dan kerjasama PIBG. Pihak sekolah sentiasa mengalu-alukan sebarang cadangan, bantuan dan kerjasama daripada ibu bapa dan PIBG dalam meningkatkan kecemerlangan sekolah. Kami percaya ibu bapa dan PIBG mempunyai banyak idea dan kepakaran yang boleh disumbangkan kepada pihak sekolah. Kejayaan sekolah ini melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi kurikulum, kokurikulum dan sahsiah sedikit sebanyak akan memberi manfaat kepada mesyarakat setempat. Justeru, pihak sekolah komited untuk memberikan pendidikan terbaik bertaraf dunia kepada semua pelajar selari dengan 6 Aspirasi Pelajar dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Sebagai akhir kalam, harapan saya semoga SMART akan terus menjana kecemerlangan dalam segala bidang pendidikan pada masa-masa yang akan datang dengan sokongan dan kerjasama yang padu daripada PIBG. Diharap juga akan muncul pelajar-pelajar terbilang daripada sekolah ini yang bakal mewarisi kepimpinan negara pada masa hadapan. Sekian, terima kasih. (NORLIZA BINTI IBRAHIM) Penolong Kanan Pentadbiran SMK Abdul Rahman Talib


4 Sekapur Sireh Bismillahirrahmanirrahim dan salam sejahtera. Terlebih dahulu saya ingin merafakkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya, maka kita dapat sekali lagi bertemu dalam Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-49 ini. Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada semua AJK PIBG yang telah sama-sama bekerja dan berusaha membantu pihak sekolah dalam pelbagai program. Saya mewakili semua AJK PIBG akan terus menyokong segala program yang dianjurkan oleh pihak sekolah bagi memacu kecemerlangan pelajar. Saya juga berharap agar dalam pertemuan seperti ini kita dapat bersama-sama menyumbang idea untuk memantapkan aktiviti-aktiviti PIBG sekolah ini. Kami AJK PIBG sesi 2022/23 telah cuba menjalankan tugas dengan sebaik mungkin. Segala tindakan yang telah diambil sentiasa memikirkan kepentingan dan kebajikan anak-anak kita di sekolah ini khasnya. Sumbangan tuan puan telah digunakan dengan sebaik-baiknya dalam membantu program-program sekolah yang mana tujuan utamanya adalah untuk meningkatkan pencapaian pendidikan dan sahsiah anak-anak kita di sekolah ini. Tuan puan bolehlah melihat buku atur cara mesyuarat kali ini antara kandungannya mengenai aktiviti PIBG dan juga sumbangan PIBG kepada pihak sekolah sepanjang tahun 2022. Malah, PIBG juga masih lagi dalan proses meneruskan kesinambungan pelbagai aktiviti untuk kecemerlangan pelajar. Akhir kata, saya amat berharap semoga barisan peneraju PIBG yang telah dilantik akan terus bersikap proaktif dalam merangka dan melaksanakan program yang menjurus kecemerlangan SMART. Jutaan terima kasih sekali lagi diucapkan atas sokongan dan kerjasama semua pihak. Ampun dan maaf dipinta jika terdapat kesilapan dan kekurangan yang telah berlaku. Sekian, terima kasih. (SHAHRIZAL BIN HUSIN) Yang Dipertua PIBG SMK Abdul Rahman Talib Sesi 2022/23


5 • 1964 : Penubuhan sekolah • 1967 : Dirasmikan oleh YB Datuk Mohd Khir Johari (Menteri Pelajaran) • 1981 : Kelas Rancangan Khas (KRK) • 1990 : Sekolah Rancangan Khas (SRK) • 1999 : Sekolah Bestari • 2001 : Anugerah Kualiti Menteri Pendidikan (Ke-2) • 2007 : Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) • 2012 : Penerimaan Insentif Tawaran Baru (New Deals) • 2013 : Penerimaan Insentif Tawaran Baru (New Deals) • 2014 : Sekolah Berprestasi Tinggi (Kohort 5) • 2015 : Microsoft Showcase Digital School • 2016 : Dual Language Programme (DLP) School • 2017 : Dual Language Programme (DLP) School • 2018 : Microsoft Showcase Digital School • 2019 : Microsoft Showcase Digital School • 2020 : Anugerah Platinum (Peningkatan GPS 2018-2020) : Anugerah Emas (Peningkatan Peratus Cemerlang) • 2021 : Anugerah Pingat Emas CITREX 2021 • 2022 : Anugerah Sekolah Terbaik SPM Negeri Pahang Anugerah Sekolah Harian Terbaik SPM (Pahang) Anugerah Emas IEE (International) Anugerah Best Dedication Young Author Award SEJARAH SMART MISI SEKOLAH Melaksanakan pendidikan yang holistik untuk melahirkan insan terbilang melalui permuafakatan bestari VISI SEKOLAH SMART – Pendidikan Cemerlang Modal Insan Terbilang


6 BIL NAMA PENGETUA TAHUN BERKHIDMAT 1 ZULKIFLI BIN MOHD HASHIM B.A. (HONS) 1964 - 1965 2 MOHD GHAZALI BIN HANAFIAH B.A. (HONS) CERT. IN ED. 1966 - 1966 3 ERIC YEOW TECK SIANG B.A. (HONS) DIP. EDU. 1967 - 1968 4 TAN SRI DR. WAN ZAHID BIN MOHD NORDIN B.A. (HONS) CERT. IN EDU. 1968 - 1969 5 NAWAWI BIN MOHD PAIT B.A. (HONS) CERT. IN EDU 1970 - 1971 6 AHMAD BIN HASSAN B.A. (HONS) CERT. IN EDU 1972 - 1974 7 MOHD HASHIM BIN A. KADIR B.A. (HONS) L.I. 1975 - 1982 8 MOHD FADZIL BIN HAJI A. MALEK B.A. (HONS) L. I. 1982 - 1985 9 HAJI OTHMAN BIN BUSU B.A. (HONS) 1986 - 1987 10 DATO’ HAJI ZAINUDDIN BIN HAJI JUMAAT B.A. (HONS) SITC. L. I. 1988 - 1988 11 DATO’ HAJI ABDUL RAHIM BIN HAJI MOHAMAD B.A. (HONS) CERT. IN EDU 1988 - 1989 12 HAJI IBRAHIM BIN YAACOB B.A. (HONS) SITC / MPB 1989 - 1992 13 DATO’ HAJI A. RAHIM BIN NOH B.A. (HONS) DIP. EDU. 1993 - 1993 14 HAJI MD NASIR BIN HAJI ABDULLAH B.A. (HONS) DIP. RTC 1993 - 1995 15 HAJI ABDUL RASHID BIN HAJI ABD SAMAD B.A. (HONS) CERT. IN EDU 1995 - 1997 16 HAJAH RUBIAH BINTI HAJI SIDIN AMP, AMN, B.A. (HONS) UM. DIP. IN EDU 1997 - 2004 17 DATIN HAJAH MAIZIDAH BINTI RAJA MOHD ALI AMN, B.A. (HONS) UKM. DIP. IN EDU 2004 - 2006 18 DATIN HAJAH NORMAH BINTI HAJI ABU BAKAR AMP, M.A (UM), B.A. HONS. UKM, DIP ED, PGCE CERT. (KCL, UK) 2006 - 2011 19 HAJI BAHTIAR BIN SANUSI Med (UTM), B.A HONS (UKM), CERT. IN ED. (MPB), NPQ H (IAB) 2011 – 2017 20 HAJAH NOR NASEHA ROSNI BINTI MOHD ARSHAD B.SC (HONS) ADV. (UTM), B.A. (HONS) DIP. EDU. 2017 – 2020 21 HAJI MOHD AZMI BIN OTHMAN, AMP B.A (HONS-USM), DIP.EDU,NPQ (IAB) 2020 – 2021 22 HAJAH MAZNAH BINTI ARIFFIN, SMP B.Sc EDU (HONS-UM) 2022 – April 2023 PENGETUA SMK ABDUL RAHMAN TALIB


7 PENCAPAIAN PT3, PAT dan UJIAN AKHIR 2016 HINGG TAHUN BIL CALON Semua TP6 10 TP6 9 TP6 8 TP6 BIL % BIL % BIL % BIL % 2022 (UASA) 160 - - - - - - - - TAHUN BIL CALON Semua A 10 A 9A 8A BIL % BIL % BIL % BIL % 2021 (PAT) 135 - - - - - - 1 0.74 2020 (PAT) 132 2 1.51 - - 1 0.76 3 2.27 2019 (PT3) 114 2 1.75 - - 2 1.75 17 14.81 2018 (PT3) 155 19 12.26 6 3.87 23 14.84 29 18.71 2017 (PT3) 186 6 3.23 4 2.15 19 10.22 35 18.82 2016 (PT3) 188 13 6.91 8 4.26 41 21.81 38 20.21 *Dikemaskini pada 31 Mei 2023


PRESTASI R SESI AKADEMIK (UASA) GA 2022 7 TP6 6 TP6 5 TP6 4 TP6 3 TP6 BIL % BIL % BIL % BIL % BIL % - - 3 0.019 1 0.006 2 0.013 7 0.044 7A 6A 5A 4A 3A BIL % BIL % BIL % BIL % BIL % 1 0.74 3 2.22 2 1.48 11 8.15 16 11.85 5 3.79 13 9.85 23 17.42 14 10.60 22 16.67 25 21.93 12 10.53 9 7.89 15 13.16 10 8.78 35 22.58 30 19.35 13 4.39 - - - - 41 22.04 51 27.42 23 12.37 6 3.23 1 0.54 27 14.36 32 17.02 21 11.17 7 3.72 1 0.53


8 PENCAPAIAN SIJIL PELAJARAN M 2010 HINGG TAHUN BIL CALON 15A 11A 10A 9A BIL % BIL % BIL % BIL % 2022 Belum diu 2021 123 - - 4 3.25 0 0.00 18 14.63 2020 144 - - 3 2.08 1 0.69 14 9.72 2019 160 - - 1 0.63 1 0.63 12 7.50 2018 180 - - 4 2.2 1 0.55 17 9.44 2017 181 - - 1 0.55 1 0.55 17 9.39 2016 177 - - 4 2.26 4 2.26 11 6.21 2015 198 - - 2 1.01 9 4.55 36 18.18 2014 202 - - 8 3.96 7 3.47 44 21.78 2013 186 - - 6 3.23 16 8.60 37 19.90 2012 207 - - - - 11 5.31 54 26.08 2011 184 - - - - 6 3.20 40 21.70 2010 187 - - - - 15 8.00 29 15.50 *Dikemaskini pada 31 Mei 2023


PRESTASI MALAYSIA (SPM) GA 2022 8A 7A 6A LULUS GPS BIL % BIL % BIL % % umumkan 12 9.76 20 16.26 15 12.20 100 2.19 19 13.19 13 9.03 24 16.67 100 2.34 10 6.25 15 9.38 2 1.25 100 2.55 12 6.66 13 7.22 21 11.66 100 2.67 9 4.97 4 2.21 19 10.5 100 3.14 9 5.08 12 6.78 27 15.25 100 2.91 13 6.57 19 9.6 22 11.11 100 2.41 12 5.94 15 7.43 27 13.37 100 2.13 20 10.75 14 7.53 14 7.53 100 1.99 13 6.28 16 7.73 15 7.25 100 2.09 13 7.10 12 6.50 20 10.90 100 2.18 15 8.00 15 8.00 21 11.20 100 2.15


9 PENCAPAIAN SIJIL TINGGI PELAJARA 2010 HINGG TAHUN BIL CALON 5P 4P BIL % BIL % BIL 2022 Belum Di 2021 75 - - 55 73.33 8 2020 75 - - 52 69.33 12 2019 73 - - 59 81.00 7 2018 70 - - 50 71.43 9 2017 79 - - 57 72.15 10 2016 73 2 2.74 54 73.97 9 2015 64 - - 48 75 10 2014 76 1 1.32 63 81.58 7 2013 111 - - 83 74.77 14 2012 146 - - 83 56.85 26 2011 96 - - 47 48.90 19 2010 98 2 2.04 56 56.00 21 *Dikemaskini pada 31 Mei 2023


PRESTASI AN MALAYSIA (STPM) GA 2022 3P 2P IP PNGK % BIL % BIL % iumumkan 10.67 7 9.33 3 4.00 2.90 16.00 6 8.00 4 5.33 2.72 9.60 1 1.40 3 4.00 2.92 12.86 6 8.57 5 7.14 2.86 12.66 8 10.13 4 5.06 2.79 12.33 4 5.48 2 2.74 2.89 15.63 4 6.25 2 3.13 2.88 9.21 3 3.95 1 1.32 2.84 12.61 5 4.50 6 5.41 2.78 17.81 19 13.01 13 8.90 2.46 19.80 14 14.60 13 13.40 2.38 21.00 10 10.00 7 7.00 2.42


10 Setiausaha PUAN FAUZIYATON BINTI HAMZAH Bendahari PUAN SITI AMINAH BINTI GHAZALI Penolong Setiausaha ENCIK MOHD TARMIZI BIN SHAARI Penolong Bendahari PUAN CHE FATHANAH BINTI CHE MAN PUAN NUR SHAHIRA BINTI MOHD PAUZI AJK Ibu Bapa 1) YANG MULIA TENGKU DATO ABU NIRAH BIN TENGKU AHMAD 2) ENCIK ZAINORIN BIN YAAKUB 3) PUAN SORAYA BINTI ISMAIL 4) ENCIK MD JANI BIN AHMAD 5) PUAN MARSITAH BINTI ABDUL JALIL 6) ENCIK ROSWADI BIN AB WAHAB 7) ENCIK MOHD RIZAM BIN SAHAK 8) ENCIK ZULKEPLI BIN OSMAN 9) ENCIK MOHD AZHARI BIN PILUS AJK Guru 1) CIK FARAH WAHEEDA BINTI HASHIM (PENYELARAS ICT) 2) ENCIK ISMAIL BIN MOHAMED HASHIM (PENYELARAS ALUMNI) 3) PUAN HAJAH NORAZIZAH BINTI JUSOH (KAUNSELOR) Ex Officio (PENGETUA) AJK TERTINGGI PIBG SMART SESI 2022/2023 Yang Dipertua ENCIK SHAHRIZAL BIN HUSIN Naib Yang Dipertua PUAN NURSHAM BINTI AMIR HUSSIN


11 SAMBUTAN PENCATAT MINIT MESYUARAT Rohana binti Amin (K) Rozita binti Mohamad Yuneh (K) Rohana binti Ibrahim Nur Atierah binti Azman Zamiyah binti Ali Najeeha binti Abdullah Faridah binti Saad Hajah Norazizah binti Jusoh Nuru Muhamad Akmal Zulkifli (Runner) PENGACARA MAJLIS Akmal Hakim bin Kasim (Runner) Nurul Atieqah binti Abdul Khilid BUKU MESYUARAT AGUNG BACAAN DOA Fauziyaton binti Hamzah (K) Haji Sharuddin bin Hussin Mohd Tarmizi bin Shaari Siti Aminah binti Ghazali SIARAYA Che Fathanah binti Che Man Muhammad Muiz b Mohamad Nizam (K) Nur Shahira binti Mohd Pauzi Mohd Farize bin Hashim BANNER BROSUR Mohammad Fitri bin Mat Noor (K) Wan Nahijah Binti Mohamad (K) Mohd Fadli bin Abdul Jalil Nor Shakila binti Mohd Zaki PERSEMBAHAN MULTIMEDIA Farah Waheeda binti Hashim (K) Nur Diana binti Abu Jalil Sahariyani binti Muhammad AJK PELAKSANA MAT PIBG SMART TAHUN 2023


12 KAWALAN LALULINTAS/KESELAMATAN PENDAFTARAN Ahmad Zaki bin Zakaria (K) Irene Tan Geok Leng (K) Mohd Tarmizi bin Shaari Rosmaria binti Che Ab Rashid Mohd Fadli bin Abdul Jalil Roslina binti Omar Nurul Sakina binti Mohamad Naser KEBERSIHAN Nur Hidayati binti Othman Hajah Norhanim binti Muhamad @ Kamaruddin (K) Nurul Ashikin binti Ishak Nurul Sulwana binti Ab Ghani Rinuga A/P Nagaraja Siti Noor Leeda binti Hasan Siti Nor Syazwani binti Shaikh Abd Hadi Rohayu Azura binti Awang Rosmawati binti Ali Khairunnisa binti Darus Siti Farah Wahida binti Yusuff Nurul Azuwa binti Mohd Sadri Zuriani binti Mat Taib Mariatul Asikin binti Mohd Idrus Hasifah binti Abdul Jalil Muzalifah binti Mohd Yusoff JAMUAN IBU BAPA GURU Sarizan binti Derus Zaleha binti Mohamad (K) Azian binti Ab Razak JAMUAN VIP Roshayati binti Abdullah Ismalili binti Mohamed Ibrahim (K) Nurul Idayu Farahhana Mohammad Wan Mahiah binti Wan Endut Harliana Akhmi binti Baharom Hajah Herny Farhanna binti Adnan Nor Amirah binti Omar Noor Aida binti Ab Mutalib Ainamadiah binti Harun Junaidah binti Mahmood Siti Zaitun binti A Rahman Rose Hanidah binti Hassan


13 PERSIAPAN TEMPAT (SEBELUM) PERSIAPAN TEMPAT (SELEPAS) (AJK PIBG) (AJK PIBG) Rohana binti Abdul Wahid (K) Ruzilawati Mohd Abdul Rahman (K) Fazliana binti Rahim Noorhariani binti Bokhari Nurul Fatihah binti Yaakub Norhafizah binti Sharif Yuzailen binti Md Yusof Rozailah binti Md Jidon Norhaslinda binti Yazid (IBU BAPA & GURU) (IBU BAPA & GURU) Ahmad Zamri bin Abdul Halim (K) Sovri bin Ismail (K) Haji Rosdi bin Hameed Roduan bin Daud Anuaruddin bin Abdul Khalid Zulhairi bin Harman Shahrulzaman bin Abu Samah Norazura binti Rusli Aziha binti Zakaria Syahrul Rezaman bin Othman Rozimah binti Abd Rahim Wahida Shakira binti Ahmad Rosnazima binti Jusoh Wan Shafinaz binti Wan Ismail Fakhriah binti Jusoh Zulina binti Awang Azura binti Omar DOKUMENTASI & LAPORAN FOTOGRAFI Wong Bee Bee (K) Siti Norraini Binti Parmin (K) Christina Jothi A/P Plaindaren Ismail bin Mohamed Hashim Nursuziana binti Mohd Ali


14 8.30 pagi : Pendaftaran kehadiran oleh guru, ibu bapa/penjaga 9.00 pagi : Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SMART Kali ke-49 bermula ❖ Ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis ❖ Bacaan Doa 1.0 Ucapan Yang DiPertua PIBG 2.0 Taklimat Khas Wakil Pentadbir SMART 3.0 Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-48 (2022) 4.0 Membentang dan Menerima Laporan Tahunan Aktiviti PIBG 2022 5.0 Membentang dan Menerima Penyata Kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2022 6.0 Membincang dan Meluluskan Sumbangan PIBG Tahun 2023 7.0 Pemilihan AJK PIBG Sesi 2023/24 8.0 Perbahasan Usul dan Cadangan 9.0 Ucapan penangguhan 11.00 pagi : Bersurai ATUR CARA MAJLIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SMART KALI KE – 49 TAHUN 2023


15 MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) SMK ABDUL RAHMAN TALIB KALI KE-48 (TAHUN 2022) Tarikh : 28 Mei 2022 Hari : Sabtu Masa : 9:00 pagi Tempat : Dewan Al-Falah, SMK Abdul Rahman Talib Kehadiran : 160 orang 1.0 Ucapan Yang Dipertua PIBG (Encik Shahrizal bin Husin) 1.1 YDP mengucapkan terima kasih kepada pengetua SMK Abdul Rahman Talib, semua AJK, guru-guru dan ibu bapa kerana sudi hadir ke Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Smart ke-48. Beliau juga memaklumkan mesyuarat pada tahun lepas berlangsung secara dalam talian dan mencatatkan kehadiran seramai 336 yang mana 244 daripadanya adalah ibu bapa. 1.2 YDP menyatakan bahawa mesyuarat ini sebagai platform pertemuan untuk berkongsi maklumat antara guru dan ibu bapa serta menjadi platform untuk ibu bapa mengetahui prestasi sekolah. Ibu bapa boleh memberi cadangan dan sumbangan idea sepanjang mesyuarat dan semoga mesyuarat pada hari ini berjalan dengan lancar. 1.3 YDP mengucapkan terima kasih kepada guru-guru kerana telah berusaha menjalankan pelbagai program akademik dan bukan akademik secara dalam talian sepanjang PKP pada tahun lepas. Beliau juga mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada ibu bapa yang memberi galakan kepada anak-anak untuk melibatkan diri secara aktif walaupun program dijalankan secara maya. 1.4 YDP memaklumkan bahawa pada hari ini akan diadakan lantikan AJK PIBG yang baru untuk sesi 2022/2023 dan sesi pembubaran AJK sesi 2021/2022.


16 1.5 Projek penambahbaikan surau SMART telah mendapat kelulusan daripada Jabatan Pelajaran Pahang dan sedang menunggu kelulusan daripada Majlis Bandaraya Kuantan. YDP mengucapkan terima kasih kepada penyumbang dan menyatakan projek ini dijangka siap dan boleh digunakan pada awal tahun hadapan. 1.6 Seterusnya YDP menyerahkan kepada tuan pengetua untuk meneruskan mesyuarat. Tindakan: Makluman 2.0 Ucapan Khas Tuan Pengetua (Puan Hajah Maznah binti Ariffin, SMP) 2.1 Tuan Pengetua mengucapkan terima kasih kepada AJK PIBG, guruguru dan mengalu-alukan kehadiran dan keprihatinan ibu bapa ke Mesyuarat Agung Tahunan PIBG pada kali ini. 2.2 Pencapaian akademik 2.2.1 Berdasarkan perbandingan keputusan SPM 2012 sehingga SPM 2020, target SPM 2021 adalah 1.95 2.2.2 Pengetua mengucapkan tahniah kepada peningkatan keputusan STPM Sem 1 2022 dengan memperoleh gred purata 2.34 berbanding 2.27 pada tahun 2021. Peratus lulus juga meningkat daripada 92.20 pada tahun 2021 kepada 96.40 pada tahun 2022. Terdapat seorang pelajar yang mendapat semua A (4 flat). Manakala perbandingan mengikut prestasi subjek pula, terdapat 5 subjek menurun dan 7 subjek meningkat. Justeru pengetua akan menjalankan dialog prestasi dengan guru berkaitan keputusan ini. 2.2.3 Pelajar tingkatan 6 dan murid tingkatan 5 akan menduduki ujian 1 dan perbincangan dengan ibu bapa akan dijalankan selepas keputusan ujian tersebut diperoleh. 2.3 Program peningkatan akademik (SIRIP) 2.3.1 S= Sukatan, I= Impak, R=Rawatan, I=Inisiatif, P=Pecutan Menggariskan 13 inisiatif dalam usaha meningkatkan prestasi akademik murid. Pengetua memaklumkan, sekiranya anak tidak


17 terpilih dalam satu-satu program, jangan bimbang kerana prestasi mereka akan sentiasa berubah. 2.3.2 One Page Cakna Data Peduli Insan (OPCDPI) Lanjutan daripada program yang dimulakan oleh mantan pengetua, Tuan Haji Mohd Azmi yang mana guru-guru perlu menyediakan data-data tertentu berkaitan prestasi murid dan perbincangan dari semasa ke semasa akan dijalankan dengan pengetua untuk menambah baik prestasi murid. 2.3.3 Quality Traffic Light (QTL) Merupakan program baru bermula tahun 2022 yang merupakan olahan dari format HC3, murid akan diletakkan target berdasarkan peperiksaan akhir tahun. Target dan pencapaian murid akan di bahagikan kepada 3 dengan tujuan supaya murid berusaha secara konsisten dan tidak tertekan dengan target yang tinggi. QTL akan ditampal di belakang kelas, ada warna hijau, kuning dan merah untuk menunjukkan prestasi murid dari semasa ke semasa. Tujuan warna tersebut adalah untuk menjadi motivasi murid supaya berusaha lebih gigih dan boleh merujuk rakan mereka yang sudah berlabel hijau dalam tajuk tertentu. Ibu bapa juga diminta memantau anak-anak membuat latih tubi dan memberi motivasi kepada mereka. 2.3.4 Program MAS (Gilap Sinar) Subjek Matematik Tambahan sedang dijalankan bermula 25 Mei 2022 (8.15 -9.30 pagi) Dalam program ini, murid akan mengetahui kesalahan dan kelemahan mereka, mengetahui apa yang perlu diperbetulkan, membuat latih tubi dan diadakan bengkel khas untuk mereka.


18 2.4 Penetapan sasaran SPM 2022 1) Lulus 100% (119 orang murid) 2) Semua A+ = 7 orang 3) Semua A = 36 orang 4) GPS 2.00 2.5 Pencapaian sekolah 1) Naib juara program nadwah kepimpinan peringkat negeri Pahang 2) Mewakili negeri Pahang dalam anugerah Pusat Sumber Sekolah di peringkat kebangsaan 2.6 Perkongsian dasar kerajaan Pengetua menerangkan secara ringkas tentang : 1) Standard pengoperasian sekolah pada fasa endemik 2) Sekolahku Sejahtera 3) Transformasi Pendidikan Pahang 2021-2030 2.7 Tuan pengetua mengharapkan sokongan ibu bapa untuk menambahbaik prasarana sekolah setelah kurang digunakan selama 2 tahun sepanjang pandemik melanda demi untuk keselesaan anak-anak murid. 3.0 Membentang dan mengesahkan minit Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali ke-47 Tahun 2021 3.1 YDP mempersilakan Setiausaha PIBG Puan Fauziyaton binti Hamzah untuk membentangkan Minit Mesyuarat Agung PIBG Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-47 yang bertarikh 28 Ogos 2021. 3.2 Puan Nursham binti Amir Hussin mencadangkan agar minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-47 diterima dan disahkan. Encik Zainorin bin Yaakub menyokong cadangan tersebut. Mesyuarat sebulat suara menerima dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung kali ke-47. Tindakan: Setiausaha PIBG


19 4.0 Membentang dan menerima Laporan Tahunan Aktiviti Tahunan PIBG Tahun 2021 4.1 Setiausaha PIBG Puan Fauziyaton binti Hamzah membentangkan aktiviti PIBG sepanjang tahun 2021 dengan meminta hadirin merujuk halaman 41 dan 42 dalam buku Mensyuarat Agung PIBG kali ke-47. 4.2 Encik Mohd Sharifuddin bin Mohamed Nasir mencadangkan Laporan Tahunan Aktiviti PIBG diterima dan disahkan. Cadangan tersebut disokong oleh Encik Mohd Rizam bin Sahak. Tindakan: Setiausaha PIBG 5.0 Membentang dan menerima Penyata Kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2021 5.1 YDP mempersilakan Bendahari PIBG, Puan Siti Aminah Binti Mohd Ghazali untuk membentangkan Penyata Kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2021. Puan Siti Aminah meminta ibu bapa dan guru melihat paparan slaid yang dibentangkan. Bendahari memaklumkan bahawa PIBG mempunyai dua akaun iaitu Akaun PIBG SMART dan Tabung Akademik SMART (TAS) 5.2 Bendahari menjelaskan baki kewangan pada tahun 2020 adalah sebanyak RM84,406.75 dan sumbangan daripada YB Dato’ Saifuddin serta kutipan daripada sumbangan ibu bapa pada tahun 2021 menjadikan jumlah kutipan sebanyak RM95,656.75. Anggaran perbelanjaan pula adalah sebanyak RM33,629.67. 5.3 Bendahari memaklumkan jumlah baki terkini PIBG SMART sehingga 31 Disember 2021 adalah sebanyak RM62,027.08. Tindakan: Bendahari PIBG 6.0 Membincang dan meluluskan Sumbangan PIBG Tahun 2022 6.1 YDP memaklumkan perbelanjaan pada tahun ini adalah daripada kutipan pada tahun 2021. Walaupun ada kekangan pembayaran tetapi masalah tersebut boleh dibincangkan bersama dengan guru kelas masing-masing.


20 6.2 Kadar sumbangan PIBG bagi tahun 2022 dikekalkan. Encik Ahmad bin Mohd Amin mencadangkan agar kadar sumbangan PIBG bagi tahun 2022 dikekalkan dan telah disokong oleh Encik Mohd Rizam bin Sahak. 6.3 Ahli mesyuarat yang dipimpin oleh YM Tengku Dato’ Abu Nirah bin Tengku Ahmad sebulat suara menerima usul yang dikemukakan iaitu mengekalkan jumlah sumbangan PIBG dan sumbangan Tabung Akademik SMART (TAS) seperti berikut: PERKARA TING 1 & 2 TING 3,4,5 & 6(A) TING 6(B) Sumbangan PIBG RM90 RM90 RM90 Sumbangan TAS RM95 RM175 RM145 Jumlah Keseluruhan RM185.00 RM265.00 RM235.00 Tindakan: Makluman 7.0 Pelantikan AJK PIBG sesi 2022/23 7.1 Puan Nursham binti Amir Hussin, Naib Yang Dipertua PIBG mengalualukan ibu bapa untuk menjadi AJK Ibu dan Bapa. Beliau telah mencadangkan Encik Zainuddin dan Encik Roswadi sebagai wakil ibu bapa pelajar tingkatan 2 dan 6. 7.2 Berdasarkan kecemerlangan akademik dan prestasi sekolah, Encik Anuaruddin bin Abdul Khalid mencadangkan agar barisan AJK PIBG 2020/2021 dikekalkan untuk sesi 2022/2023. Encik Roduan bin Daud menyokong cadangan tersebut. 7.3 Encik Mohd Sharifuddin bin Mohamed Nasir (AJK Ibu Bapa 2021) telah menolak jawatan kerana tiada anak yang bersekolah di SMART lagi. Beliau mencadangkan lantikan ibu bapa bagi setiap tingkatan untuk menguruskan kumpulan Whatapps sekolah. 7.4 Encik Shahrizal mencadangkan YM Tengku Dato’ Abu Nirah bin Tengku Ahmad bagi menggantikan jawatan Encik Mohd Sharifuddin. Majoriti bersetuju dengan menyokong penuh cadangan tersebut.


21 7.5 Senarai jawatan kuasa baru bagi sesi 2022/23 adalah seperti berikut: JAWATAN NAMA YANG DIPERTUA ENCIK SHAHRIZAL BIN HUSIN NAIB YANG DIPERTUA PUAN NURSHAM BINTI AMIR HUSSIN SETIAUSAHA PUAN FAUZIYATON BINTI HAMZAH PEN. SETIAUSAHA PUAN NUR FAZRYNA BINTI ZAKARIA BENDAHARI PUAN SITI AMINAH BINTI GHAZALI PEN. BENDAHARI PUAN CHE FATHANAH BINTI CHE MAN (T1-T5) PUAN NURSYAHIRAH BINTI MOHD PAUZI (T6) AJK IBUBAPA 1. YM TENGKU DATO ABU NIRAH BIN TENGKU AHMAD 2. ENCIK MOHD AZHARI BIN PILUS 3. ENCIK MD JANI BIN AHMAD 4. PUAN SORAYA BINTI ISMAIL 5. ENCIK MOHD RIZAM BIN SAHAK 6. ENCIK ZULKEPLI BIN OSMAN 7. PUAN MARSITAH BINTI ABDUL JALIL 8. ENCIK ZAINORIN BIN YAAKUB 9. ENCIK ROSWADI BIN AB WAHAB AJK GURU ENCIK AHMAD RIZAL BIN MD ISA PUAN WAN NAHIJAH BINTI MOHAMAD ENCIK ISMAIL BIN MOHAMED HASHIM Pemeriksa Kira-kira yang dilantik adalah Puan Rusnani binti Ali (ibu bapa) dan Puan Rohana binti Amin (guru). Tindakan : Makluman 8.0 Perbahasan usul dan cadangan 8.1 Pada mesyuarat PIBG tahun lepas, Encik Amirul Akil telah membawa usul memohon mengadakan sistem panggilan nama di pintu pagar sekolah untuk memanggil nama pelajar sewaktu pulang. Respon: Encik Shahrizal mengatakan bahawa pihak PIBG sedang merangka satu sistem khas tersebut. 8.2 Encik Chow Chin Shien telah membawa usul iaitu mengurangkan sumbangan tahunan PIBG yang tinggi bagi Tingkatan 6 memandangkan ibu bapa terkesan dengan pandemik yang melanda.


22 Respon: Puan Norliza memaklumkan bahawa penggunaan duit masih digunakan hingga tahun ini bukan sehingga 31.12.2021. Ibu bapa yang mempunyai sebarang masalah boleh berjumpa dengan pihak sekolah kerana ada peruntukan bantuan disediakan 8.3 Encik Roswadi memohon disediakan surau perempuan yang berdekatan, untuk memudahkan pelajar perempuan menunaikan solat dan membuat penyelenggaraan tandas serta kebersihan tandas dan memastikan bekalan air sentiasa ada. Respon: Puan Norliza memaklumkan sedang berbincang dengan AJK berkaitan bajet untuk membaiki tandas. Beliau memohon maaf kerana hanya surau ASPURI adalah tempat yang paling sesuai buat sementara waktu sebelum surau baru siap dibina. 8.4 Encik Mohamad Hanifi telah memohon disediakan tandas duduk bagi kegunaan pelajar Respon: Pihak PIBG memaklumkan penyelenggaraan akan dilakukan sekiranya bajet mencukupi. 8.5 Encik Muhamad Yusman bin Nordin memohon agar watercooler di asrama ditambah kerana tidak mencukupi dan isu ketinggalan hal ehwal semasa oleh pelajar asrama Respon: YDP memaklumkan berbincang untuk menambah watercooler di asrama. Pengetua memaklumkan pelajar asrama dibenarkan membawa telefon bimbit tetapi sukar untuk dikawal. Pelajar asrama boleh mendapatkan maklumat terkini di papan kenyataan asrama. Sekiranya terdapat buku yang tertinggal, pelajar boleh pulang ke asrama.


23 8.6 Encik Hasrul Hanif memohon isu mesin basuh yang rosak di asrama perempuan untuk dibaiki atau ditambah. Respon: Pengetua memaklumkan pihak sekolah sedang mencari kedai dobi yang boleh menyediakan perkhidmatan mengambil pakaian pelajar. Puan Norliza memaklumkan kutipan dana sudah dijalankan untuk membeli mesin basuh yang baru untuk aspuri sekurang-kurangnya 2 buah. 8.7 Encik Md Jani bin Ahmad mencadangkan bahawa pelajar menunggu ibu bapa di dalam kawasan sekolah supaya lebih selamat semasa sesi pulang. Beliau juga menyeru supaya ibu bapa melatih dan menasihati anak-anak agar mematuhi peraturan sekolah yang ditetapkan dan memberi sokongan penuh kepada guru dalam membentuk sahsiah anak-anak. 8.8 YM Tengku Dato Abu Nirah mencadangkan agar waktu rehat ditambah untuk makan tengah hari bagi kelas yang berakhir pada jam 3 petang kerana kantin dan koperasi tidak dibuka pada waktu petang. Respon: Pengetua memaklumkan ada waktu solat sekitar 15 minit untuk pelajar pergi ke koperasi. 9.0 Ucapan penangguhan 9.1 YDP mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa yang menyokong minit mesyuarat yang lepas. 9.2 YDP mengucapkan terima kasih atas keputusan yang dipersetujui bersama. Beliau juga memohon maaf kepada ibu bapa jika ada kelemahan sepanjang mengendalikan mesyuarat secara norma baharu ini.


24 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.20 tengah hari. Disediakan oleh, ..................................... (Nurul Azuwa binti Mohd Sadri) Pencatat Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-48 Tahun 2022, SMK Abdul Rahman Talib, Kuantan Disemak oleh, ....................................... (Fauziyaton binti Hamzah) Setiausaha PIBG, SMK Abdul Rahman Talib, Kuantan (Shahrizal bin Husin) Yang Dipertua PIBG, SMK Abdul Rahman Talib, Kuantan


25 MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-48 SMK ABDUL RAHMAN TALIB, KUANTAN, PAHANG TAHUN 2022 SENARAI KEHADIRAN AJK PIBG BIL NAMA JAWATAN 1. HAJAH MAZNAH BINTI ARIFFIN, SMP (PENGETUA) EX OFFICIO 2. ENCIK SHAHRIZAL BIN HUSIN YANG DIPERTUA 3. PUAN NURSHAM BINTI AMIR HUSSIN NAIB YANG DIPERTUA 4. PUAN NUR FAZRYNA BINTI ZAKARIA PEN. SETIAUSAHA 5. PUAN SITI AMINAH BINTI GHAZALI BENDAHARI 6. PUAN CHE FATHANAH BINTI CHE MAN (T1-T5) PEN. BENDAHARI 7. PUAN NURSYAHIRAH BINTI MOHD PAUZI (T6) 8. YANG MULIA TENGKU DATO ABU NIRAH TENGKU AHMAD AJK IBUBAPA 9. ENCIK ZAINORIN BIN YAAKUB 10. PUAN SORAYA BINTI ISMAIL 11. ENCIK MD JANI BIN AHMAD 12. PUAN MARSITAH BINTI ABDUL JALIL 13. ENCIK ROSWADI BIN AB WAHAB 14. ENCIK MOHD RIZAM BIN SAHAK 15. ENCIK ZULKEPLI BIN OSMAN 16. ENCIK MOHD AZHARI BIN PILUS 17. ENCIK AHMAD RIZAL BIN MAT ISA (KAUNSELOR) 18. ENCIK ISMAIL BIN MOHAMED HASHIM (ALUMNI) AJK GURU 19. CIK FARAH WAHEEDA BINTI HASHIM (PENYELARAS ICT) 20. PUAN FAUZIYATON BINTI HAMZAH SETIAUSAHA SENARAI KEHADIRAN PENTADBIR SMART 21. PUAN NORLIZA BINTI IBRAHIM (PENTADBIRAN) PENOLONG KANAN 22. ENCIK MOHD ZAKI BIN MAHMOOD (HEM) 23. ENCIK WAN MOHAMAD ZAKI BIN WAN MOHD NOR (KOKURIKULUM) 24. ENCIK ABDUL RAHMAT BIN ABDUL GHANI (TINGKATAN 6)


26 MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-48 SMK ABDUL RAHMAN TALIB, KUANTAN, PAHANG TAHUN 2022 SENARAI KEHADIRAN IBU BAPA DAN GURU 25. ABD AZIZ NGAH 26. AHMAD BIN MOHD AMIN 27. AHMAD FAISAL BIN ISMAIL 28. AHMAD ZAKI HJ ZAKARIA 29. AHMAD ZAMRI BIN ABDUL HALIM 30. AINAMADIAH BINTI HARUN 31. AKMAL HAKIM BIN KASIM 32. AKRA BIN SENAWI 33. ALMUHAIMINUN 34. ANUARUDIN BIN ABDUL KHALID 35. ASIAH BINTI ASRON 36. AZIAN BINTI AB RAZAK 37. AZIHA BINTI ZAKARIA 38. AZIZOL BIN MAHMUD 39. AZLINDAWATTY MUHAMED 40. AZURA BINTI OMAR 41. AZWANIS ABDUL HADI 42. CHAN SIEW MOOI 43. CHONG SOK CHING 44. CHRISTINA JOTHI PLAINDAREN 45. CIK SAMIHAH BT ABDUL RAHMAN 46. DIAN PUSPITA RINI 47. ERNI SUFARMI BT MANSOR 48. ERNI YUSNITA BINTI ARIFFIN 49. FAKHRIAH BINTI JUSOH 50. FARIDAH BINTI SA'AD 51. FARIZZAH BINTI AHAMAT @ MOHD 52. FAZLIANA BUNTI RAHIM 53. GURUNATHAN A/L ATHIAPPAN 54. HALIMAH BT SAFIE 55. HALIMI BIN AHMAD 56. HAMIDUN BIN AHMAD 57. HASRUL HANIFF BIN MOHAMAD 58. HERNY FARHANNA BINTI ADNAN 59. HJH NORAZIZAH BINTI HJ JUSOH 60. IRENE TAN GEOK LENG 61. ISMALILI BINTI MOHAMED IBRAHIM 62. JUNAIDA BINTI TAHARIM 63. JUNAIDAH BINTI MAHMOOD 64. KAMARINA BT ABD TALIB 65. MAIZATUL MOKHTAR 66. MOHAMAD AZIZI IBRAHIM


27 67. MOHAMMAD FITRI BIN MAT NOOR 68. MOHD FADLI BIN ABDUL JALIL 69. MOHD MAZLAN BIN YUSOF 70. MOHD ROZALI BIN SENIK 71. MOHD SHARIFUDDIN BIN MOHAMED NASIR 72. MOHD TAJUDIN BIN HAMZAH 73. MOHD ZAKI BIN MAHMOOD 74. MUHAMAD KAMIL BIN ISMAIL 75. MUHAMAD ROHAIZAT BIN RAMLI2 76. MUHAMAD YUSMAN B NORDIN 77. MUHAMMAD MUIZZ BIN MOHAMAD NIZAM 78. MUZALIFAH BINTI MOHD YUSOFF 79. NADIA WAHEDA BINTI MAT RAHIM 80. NAGYAH BINTI ABDUL WAHID 81. NAJEEHA BINTI ABDULLAH 82. NOOR AIDA BINTI AB MUTALIB 83. NOOR YUSNIZA BT YUNOS 84. NOORHARIANI BINTI BOKHARI 85. NOR AMIRAH BT OMAR 86. NOR AZURA BINTI ZAKARIA 87. NOR HARNIYATI BT ABDUL HAMID 88. NOR RASIDAH BINTI MASRON 89. NOR SHAKILA BINTI MOHD ZAKI 90. NORAZURA RUSLI 91. NORHAFIZAH BINTI SHARIF 92. NORHAFIZAWATI BTE EMBONG 93. NORHANAN BINTI AB RAZAK 94. NORHANIM BINTI MUHAMMAD 95. NORHASLINDA BINTI YAZID 96. NORHASLIZAWATI BINTI HASHIM 97. NUR DIANA BINTI ABU JALIL 98. NUR HIDAYATI BINTI OTHMAN 99. NUR NAIMATUL NAJWA BINTI SHAHDAN 100. NUR SHAHIRA BINTI MOHD PAUZI 101. NURSUZIANA BINTI MOHD ALI 102. NURUL ASHIKIN BINTI ISHAK 103. NURUL AZUWA BINTI MOHD SADRI 104. NURUL FATIHAH BINTI YAAKUB 105. NURUL IDAYU FARAHHANA BT MOHAMAD 106. NURUL SAKINA BINTI MOHAMAD NASER 107. NURUL SULWANA BINTI AB GHANI 108. RAHMAH OTHMAN 109. RAMLI BIN IDDRESS 110. RIDWAN BIN MOKHTAR 111. RODUAN BIN DAUD 112. ROHANA BINTI ABDUL WAHID 113. ROHANA BINTI AMIN 114. ROHAYU AZURA BINTI AWANG


28 115. ROKMAN B. ABDUL RASHUL 116. ROSDI BIN HAMEED 117. ROSLINA BINTI OMAR 118. ROSMARIA BINTI CHE AB RASHID 119. ROSMAWATI BINTI ALI 120. ROSNAZIMA BT JUSOH 121. ROZIAH BINTI SHAIK OMAR 122. ROZIMAH BT ABD RAHIM 123. RUSNANI BINTI ALI 124. RUZILAWATI BINTI MOHD ABDUL RAHMAN 125. SAERAH BINTI GANAL@ZAINAL 126. SAHARIYANI BINTI MUHAMMAD 127. SARIZAN BINTI DERUS 128. SERAITHARA A/L JOSEPH 129. SHAHRULZAMAN BIN ABU SAMAH 130. SHARIFAH SAFIAH BINTI SYED AB GHANI 131. SHARUDDIN BN HUSSIN 132. SITI FARAH WAHIDA BINTI YUSUFF 133. SITI HAJAR BINTI JAIMAN 134. SITI NOOR HANIM BINTI ARIFFIN 135. SITI NOOR LEEDA BINTI HASAN 136. SITI NOR SYAZWANI BT SHAIKH ABD HADI 137. SITI NORRAINI BINTI PARMIN 138. SITI SURIA AZMA BINTI RAMLI 139. SITI ZAINAB BT MEHAT 140. SITI ZAITUN BINTI A. RAHMAN 141. SOVRI BIN ISMAIL 142. SURYANTY BINTI MUHAMAD SUKAIMY 143. SUZIERAH BINTI MAMAT 144. SYAHRUL REZAMAN BIN OTHMAN 145. TEH KIM PENG 146. TUAN SHARIFAH FARAH NAZIRA BT TUAN SHARIF 147. WAHIDA SHAKIRA BINTI AHMAD 148. WAN MAHIAH BINTI WAN ENDUT 149. WAN MOHAMAD ZAKI BIN WAN MOHD NOR 150. WAN NAHIJAH BINTI MOHAMAD 151. WAN SHAFINAZ BINTI WAN ISMAIL 152. WAN ZUWARISAH BINTI CHE WAN ZAID 153. WONG BEE BEE 154. WOO PIK SENG 155. YUZAILEN BINTI MD YUSOF 156. ZALEHA BINTI MOHAMAD 157. ZALILAWATI BINTI OMAR 158. ZALINA BT ABDULLAH 159. ZAMIYAH BINTI ALI 160. ZURIANI BINTI MAT TAIB


29 AJK PIBG SMART SESI 2022/23 Bil Nama Jawatan 1. Puan Hajah Maznah Binti Ariffin, SMP Ex Officio 2. Encik Shahrizal Bin Husin Yang Dipertua 3. Puan Nursham Binti Amir Hussin Naib Yang Dipertua 4. Puan Fauziyaton Binti Hamzah Setiausaha 5. Encik Mohd Tarmizi Bin Shaari Pen Setiausaha 6. Puan Siti Aminah Binti Ghazali Bendahari 7. Puan Che Fathanah Binti Che Man (T1-5) Pen Bendahari 8. Puan Nursyahirah Binti Mohd Pauzi (T6) 9. Yang Mulia Tengku Dato Abu Nirah Bin Tengku Ahmad (T1) AJK Ibu Bapa 10. Encik Zainorin Bin Yaakub (T2) 11. Dr Soraya Binti Ismail (T3) 12. Encik Md Jani Bin Ahmad (T4) 13. Puan Marsitah Binti Abdul Jalil (T5) 14. Encik Roswadi Bin Ab Wahab (T6) 15. Encik Zulkepli Bin Osman 16. Encik Mohd Rizam Bin Sahak 17. Encik Mohd Azhari Bin Pilus 18. Cik Farah Waheeda Binti Hashim (Penyelaras Ict) 19. Puan Hajah Norazizah Binti Jusoh (Kaunselor) AJK Guru 20. Encik Ismail Bin Mohamed Hashim (Alumni) CARTA KEHADIRAN MESYUARAT AJK PIBG Bil Nama AJK Tarikh Mesyuarat 14/5 23/7 27/10 1. Puan Hajah Maznah Binti Ariffin, SMP H H H 2. Encik Shahrizal Bin Husin H H H 3. Puan Nursham Binti Amir Hussin H THS H 4. Puan Fauziyaton Binti Hamzah H THS H 5. Encik Tarmizi Bin Shaari THS THS 6. Puan Siti Aminah Binti Ghazali H H H 7. Puan Che Fathanah Binti Che Man (T1-5) H H H 8. Puan Nursyahirah Binti Mohd Pauzi (T6) THS THS THS 9. Yang Mulia Tengku Dato Abu Nirah Bin Tengku Ahmad (T1) H H 10. Encik Zainorin Bin Yaakub (T2) H H 11. Dr Soraya Binti Ismail (T3) H THS H 12. Encik Md Jani Bin Ahmad (T4) H THS H 13. Puan Marsitah Binti Abdul Jalil (T5) H H THS 14. Encik Roswadi Bin Ab Wahab (T6) H H 15. Encik Zulkepli Bin Osman H H THS 16. Encik Mohd Rizam Bin Sahak THS THS THS 17. Encik Mohd Azhari Bin Pilus H H H 18. Cik Farah Waheeda Binti Hashim (Penyelaras Ict) H 19. Puan Hajah Norazizah Binti Jusoh (Kaunselor) 20. Encik Ismail Bin Mohamed Hashim (Alumni) H THS H LAPORAN AKTIVITI PIBG DAN TAS PIBG 2022


30 AKTIVITI UMUM TAHUN 2022 BIL Program TARIKH 1. Program Kecemerlangan SMART Bestari Jul 21-Feb 22 2. Anugerah Kelas Terbaik PDPR Jan 21-Feb 22 3. Program MAS (Mate.Tambahan) Jan 21-Feb 22 4. Program Ulang Tubi SPM dan STPM Jul 21-Feb 22 5. Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kelas Jan-Diember 2022 6. Projek Inovasi Robot Sanitasi Buku di PSS Jan-Dis 2022 7. Program Kecemerlangan SMART Bestari 2021 17-23.1.22 8. Program Kecemerlangan SMART Bestari 2021 17-23.1.22 9. Majlis Perpisahan Mantan Tuan Pengetua SMART (Tn Hj Mohd Azmi bin Othman, AMP) 18.1.22 10. Program Smart Prihatin Banjir 20.1.22 11. Program Genggam A+ PSI SPM 2021 22.1.22 12. Program Kecemerlangan STPM & MUET 24.1.22 13. Peperiksaan Akhir Tahun 2021 24.1-14.2.22 14. Modul Percubaan Matematik SPM 24.1.22 15. Teknik Menjawab P.Moral SPM 2021 5.2.22 16. Majlis Anugerah Kepimpinan Pengawas&Sahsiah 2021 18.2.22 17. Majlis Anugerah Kecemerlangan Koko & HEM 2021 25.2.22 18. Bengkel P.Moral SPM 2021 5.3.22 19. Bengkel P.Moral SPM 2021 5.3.22 20. Seminar dan Bengkel Menjawab STPM Sem 3 4.4.22 21. Karnival Kesenian dan Kebudayaan 13.4.22-25.5.22 22. Majlis Nuzul Quran 19.4.22 23. Program Jalinan Kerjasama Sentuhan Emas Perakaunan Sem 3 STPM 25.4.22 24. Program Infaq Ramadhan 1443 H 29.4.22 25. Program Klinik Algebra Matematik 2022 Mei-Dis 2022 26. Mesyuarat AJK PIBG Sesi 2020/21 Bil 4 14.5.22 27. Sambutan Hari Guru Tahun 2022 18.5.22 28. Modul Klinik Algebra Matematik 24.5.22 29. Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SMART Kali ke-48 2022 28.5.22 30. Seminar & Bengkel Menjawab Soalan Ulangan Sem 2 STPM (Sejarah) 30.5.22 31. Majlis Apresiasi Sem 1 STPM 2022 2.6.22 32. Program Kecemerlangan STPM 13.6.22 33. Majlis Makan Malam T6 25.6.22 34. Kejohanan Merentas Desa SMART 1.7.22 35. Kejohanan Olahraga Smart 8.7.22 36. Bengkel Pemantapan BM & BI Bahas Ala Parlimen 16-17.7.22 37. Bengkel Besepadu P. Akaun SPM Daerah Kuantan 20.7.22 38. Gotong-Royong PSS 23.7.22 39. Karnival Kokurikulum T6 Daerah Kuantan 23.7.22 40. Mesyuarat AJK PIBG Sesi 2022/23 Bil 1 23.7.22


31 41. Anugerah Nilam Kebangsaan 25.7.22 42. Program Orientasi Semester 1 STPM 2023 25-28.7.22 43. Program Gilap G30 29.7.22 44. Program KBAT PSI 29.7.22 45. Sambutan Bulan Kebangsaan Peringkat Sekolah 1.8.22-15.9.22 46. Program Sekolah Selamat 5.8.22 47. Bengkel Teknik Menjawab Pengajian Am Sem 2 16.8.22 48. Bengkel F1 in School 17.8.22 49. Majlis Apresiasi STPM 2021 18.8.22 50. Majlis Watikah Pelantikan Pemimpin Murid 26.8.22 51. Pertandingan Energy Efficiency Challenge 2022 Sep-22 52. Bengkel Teknik Menjawab Sejarah SPM 3.9.22 53. Projek Fertigasi 14.9.22 54. Perkhemahan Badan Beruniform T6 20-22.9.22 55. Program Pemerkasaan Potensi Bakat Murid 22.9.22 56. Majlis Anugerah SMART Gemilang 28.9.22 57. Kem Ibadah Insaniah Terpuji SMART 2.10.22 58. Bengkel Teknik Menjawab Pendidikan Moral (T4,T5) 5.10.22 59. Program Kecemerlangan Akademik SPM 2022 6-8.10.22 60. Program Pemantapan Biologi (Kerja Kursus) 12.10.22 61. Majlis Penyerahan Agihan Zakat Pelajar Miskin Kepada PIBG Sekolah Menengah Negeri Pahang 13.10.22 62. Majlis Apresiasi Sem 2 STPM 2022 20.10.22 63. Mesyuarat AJK PIBG Sesi 2022/23 Bil 2 29.10.22 64. Program Lonjakan Gilap Mutiara SPM 2022 31.10.22-31.12.22 65. Program Mahir Sains T3, T4C T5C Nov-Dis 2022 66. Program Penandaarasan Biologi T6 3-5.11.22 67. Pertandingan Akhir F1 In School Peringkat Kebangsaan 5.11.22-31.12.22 68. Program Lawatan Sambil Belajar T6 Ke Parlimen 10-11.11.22 69. Program Kecemerlangan Akademik T4 15.11.22 70. Kem Sahsiah Cemerlang, STPM Gemilang 2-4.12.22 71. Program Lambaian Haji dan Umrah 2.12.22 72. Majlis Hari Anugerah Cemerlang Kokurikulum Tahun 2022 7.12.22 73. Majlis Apresiasi PSS Tahun 2022 8.12.22 74. Program Kecemerlangan SPM Subjek BI SPM 2022 13.12.22 75. Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Reka Konsep Misi Malaysia Ke Marikh 2035 Tahun 2022 22.12.22 Disediakan oleh, ……………………………………………. (FAUZIYATON BINTI HAMZAH) SU PIBG SMK Abdul Rahman Talib, Kuantan 31 Mei 2023


32


33


34


35


36


37


38


39 • Cadangan-cadangan Usul yang diberikan adalah seperti berikut : NAMA PEMBAWA USUL Encik Ahmad Safuan bin Shaharani 1. Perbaiki kesesakan waktu puncak ketika waktu hantar/ambil anak di hadapan pintu masuk utama sekolah. NAMA PEMBAWA USUL Encik Mohd Anuar bin Ismail 1. Baik Pulih/ Naik Taraf tempat menunggu berhampiran pondok pengawal (Pintu Pagar Belakang) i) Tempat duduk pelajar telah rosak dan tidak selamat ii) Tiada bumbung – sekarang cuaca panas – strok haba iii) Berhampiran pokok besar dan semak – biological hazard – haiwan berbisa iv) Pokok besar menjadi tempat tempat pembuangan sampah USUL DAN CADANGAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-49 TAHUN 2023


Click to View FlipBook Version