ULANGKAJI
Pengurusan diri dalam aspek fizikal dan personaliti diri
Dalam hidup sehari-hari, kita perlu menjaga kebersihan diri pada
setiap masa agar kita sentiasa sihat. Orang yang bersih tentunya akan
disenangi oleh orang lain.Kita perlu sentiasa bersih ketika di rumah, di sekolah
atau di mana sahaja agar terhindar daripada penyakit .
Kebersihan diri termasuklah:
1. Menjaga kebersihan badan
2. Menjaga kebersihan rambut
2.1 Bersihkan rambut dengan syampu secara rutin (minima 2 kali
seminggu)
2.2 Potong rambut - 3 minggu sekali
2.3 Sisir rambut agar terlihat rapi.
3.Menjaga kebersihan kuku
3.1 Mencuci kuku setiap kali selepas makan dan ketika mandi
3.2 Memotong kuku setiap minggu agar sentiasa pendek
4.Menjaga kebersihan gigi dan mulut
4.1 Menggosok gigi setiap pagi dan sebelum tidur
4.2 Berkumur-kumur menggunakan cecair kumur setiap kali
selepas menggosok gigi dan selepas makan
4.3 Mengelakkan makan makanan manis yang boleh merosakkan gigi.
4.4 Elakkan makan atau minum makanan atau minuman yang terlalu panas
atau terlalu sejuk.
4.5 Elakkan menggigit makanan atau bahan yang keras yang boleh
merosakkan ketahanan gigi.
5.Menjaga kebersihan tangan dan kaki
5.1 Mencuci kaki dan tangan terutama di celah jari setiap kali mandi
5.2 Mencuci tangan setiap selepas makan dan bekerja menggunakan
tangan.
6. Menjaga kebersihan telinga dan hidung
6.1 Membersihkan telingan setiap minggu dengan putik kapas
6.2 membersihkan hidung menggunakan tisu atau tuala muka
Membersihkan kotoran pada tangan
Membersihkan gigi
Memotong kuku yang panjang
Menghilangkan kotoran dan bau badan akibat peluh
Membersihkan kotoran yang melekat pada rambut