SEKOLAH KEBANGSAAN RANGALAU BARU TUARAN
PEJABAT PELAJARAN DAERAH
PETI SURAT 594, 89208 TUARAN SABAH.
NO. TELEFON/ FAKS : 088 – 782629
http://www.skrangalaubaru.blogspot.com
MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA HEM BIL. 1/ 2020 Ruj : XBA4336/700/2/001( 13 )
Tarikh : 14 JANUARI 2020 (SELASA)
Masa : 12.00 TENGAHARI – 1.30 TENGAHARI
Tempat : BILIK GURU, SK RANGALAU BARU, TUARAN
HADIR :
Bil Nama Catatan
01 Puan Zita Petrus - Guru Besar
02 Encik Alias Saad@Jali - PK 1
03 Encik Eldie Aaron Justim - PK HEM
04 Puan Jovita Sarabun - PK KOKUM
05 Puan Mailin Yubih
06 Puan Suryani Ramin Guru GPM
07 Encik Sabri Gosin Guru
08 Encik Azmi Bin Harron - Guru
09 Puan Sitinah Binti Malik Guru
10 Puan Yuniza Idayu Ismail Guru
11 Encik Azman Mohd@Abd Aziz - Guru
12 Puan Sonioi Molubi - Guru
13 Puan Mertanani Jikan Guru Pemulihan
14 Puan Paineh Juani - Guru Prasekolah
- Pembantu Prasekolah
TIDAK HADIR -
1. Puan Flora L.Mogunin SEBAB
Cuti Bersalin
AGENDA:
1.0 PERUTUSAN PENGERUSI
2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT HEM BIL.4/ 2019
3.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
4.0 PENGAGIHAN TUGAS & TAKWIM HEM 2020
5.0 PENGURUSAN DISIPLIN 2020
6.0 PENGURUSAN BANTUAN 2020
7.0 HAL-HAL LAIN
8.0 PENUTUP
1
1.0 PERUTUSAN PENGERUSI
Pengerusi mengucapkan salam dan terima kasih atas komitmen dan kehadiran guru-guru ke mesyuarat Hem
Bil. 1 bagi tahun 2020.
2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT BIL 4/2019
Dicadangkan untuk disahkan : Puan Mertanani Jikan
Dicadang untuk disokong : Puan Mailin Yubih
3.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
Tidak terdapat perkara berbangkit yang dibangkitkan.
4.0 PENGAGIHAN TUGAS DAN TAKWIM HEM 2020
4.1 Program Jom ke Sekolah akan diadakan serentak pada 10.02.2020.
4.2 Tema pada tahun ini adalah ‘Bersyukur’. Semua guru digalakkan untuk menegaskan kepada semua
murid berkenaan tema tersebut termasuklah bersyukur, tidak membazir makanan di kantin dan menjaga
harta benda mereka dengan baik.
4.3 Penghargaan akan diberikan kepada murid yang baik dan berjaya mengikuti tema bersyukur.
(Mengikuti lawatan murid Tahun 6)
5.0 PENGURUSAN DISIPLIN 2020
5.1 Senarai ketua kelas dan timbalan ketua kelas bagi tahun 2020.
Tahun 1 Ainnur (K) Jetter Calvin (T)
Tahun 2 Joanna Scarlett (K) Iqro Amran (T)
Tahun 3 Nurul Insyirah (K) Afeeqah Zawanah (T)
Tahun 4 M.Fuadt (K) Ivo Venially (T)
Tahun 5 Aidan Artt (K) M.Ismadi (T)
Tahun 6 Joshuan Dylan(K) Denna (T)
5.2 Kursus kepimpinan pengawas akan dilaksanakan serentak dengan kursus kepimpinan pengawas pusat
sumber.
5.3 Program Merit-Demerit di teruskan seperti tahun-tahun sebelumnya.
5.4 Kes ponteng/ketidakhadiran – Guru kelas hendaklah peka mengenai ketidakhadiran murid untuk tindakan
selanjutnya.
2
6.0 PENGURUSAN BANTUAN 2020
6.1 Bantuan Sarapan pagi percuma dibatalkan dan hanya diberikan kepada sekolah tertentu sahaja.
6.2 Berkenaan RMT : PPD mencadangkan agar RMT dilaksanakan pada awal pagi sebelum masa Pdpc
berjalan.
6.3 Perkara di atas perlu dibincangkan kepada PIBG dan ibubapa.
6.4 Tarikh : 30.01.2020 Bantuan Awal Persekolahan akan diagihkan.
6.5 Borang PB1 telah diedarkan kepada murid. Borang ini digunakan untuk semua jenis bantuan.
6.6 Guru kelas yang akan mengutip dan menyemak Borang PB1 yang telah lengkap.
7.0 HAL-HAL LAIN
7.1 Program Guru Penyayang akan membuat tiga program iaitu Lawatan ke rumah murid, penyediaan
jadual belajar bagi murid Tahun 5 dan 6 yang akan diserahkan kepada ibubapa pada Majlis
Transformasi Minda Ibubapa dan Program Hari ‘Bento’.
7.2 Hari Bento adalah program yang berteraskan kepada tema tahunan dan dilaksanakan 1 hari dalam
sebulan iaitu makan bersama secara beramai-ramai di tapak perhimpunan sekolah.
7.3 Lawatan ke rumah murid Tahun 6 iaitu rumah Encik Ahmad Ahing dan Encik Anthony Gilo.
7.4 Hari Bakat Murid dilaksanakan selepas peperiksaan UPSR.
7.0 PENUTUP
Penghargaan dan terima kasih kepada semua guru di atas komitmen yang diberikan sepanjang mesyuarat ini.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.30 tengahari.
Disediakan oleh : Disemak dan disahkan oleh :
SITINAH BINTI MALIK ZITA PETRUS
Setiausaha HEM Guru Besar
SK Rangalau Baru Tuaran SK Rangalau Baru Tuaran
Sk Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah Tuaran
Fail SEKOLAH
Dicadang untuk disahkan : ___________________________________
Disokong untuk disahkan : ___________________________________
3