The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by fauxanaxmi87, 2022-03-16 20:19:12

minit mesyuarat unit disiplin 2021

minit mesyuarat unit disiplin 2021

BADAN PENGAWAS DAN DISIPLIN 2021

MINIT MESYUARAT 1

MINIT MESYUARAT UNIT DISIPLIN DAN PENGAWAS
SK BALOK BARU KALI 1/2021

TARIKH :24 FEBRUARI 2021
MASA : 9. 40 PAGI
TEMPAT : BILIK GERAKAN SKBB

KEHADIRAN :

1. ENCIK SUHARMAN BIN ABDULLAH GPK HEM
2. EN AHMAD FAUZAN BIN AZMI KETUA DISIPLIN
3. PUAN HJH SITI HAJAR BT SALLEH KETUA PENGAWAS/SU
4. PUAN ROHANA BINTI KHAMIS GURU BIM/KAUNSELING
5. PUAN NOR SULYANA BT SULAIMAN
6. PUAN ROHAFIZA BT HITAM
7. PUAN ZAHARAH BT A YAZID
8. PUAN ROSLINA BT MANSOR
9. PUAN AZIAN BT ALIAS

AGENDA 1 - UCAPAN PENGERUSI

1.1 GPK HEM, En Suharman mengucapkan terima kasih kepada semua guru
kerana dapat hadir untuk mesyuarat kali pertama. GPK HEM berharap
kerjasama dapat dipupuk untuk meningkatkan kualiti disiplin murid untuk sesi
2021 seiring dengan cabaran SOP yang disediakan oleh kementerian.

1.2 GPK HEM mengucapkan selamat datang kepada Pn Rohana selaku Guru
Bimbingan yang baru berpindah ke SKBB.

AGENDA 2 - PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

2.1 Puan Rohafiza bt Hitam mencadangkan minit mesyuarat Badan Disiplin
Pengawas kali pertama 2021 disahkan dan disokong oleh Puan Siti Hajar binti
Salleh

AGENDA 3 - PERKARA BERBANGKIT

3.1 Tiada perkara berbangkit.

AGENDA 4 - PENGURUSAN DAN PERANCANGAN SKPMG2..

4.1 GPK HEM berharap pelaksanaan badan Disiplin dan pengawas dapat
diuruskan dengan sistematik dan terancang.Guru guru perlu menyebar
luaskan peraturan yang perlu dipatuhi oleh setiap murid..

4.2 Beliau juga memaklumkan segala Tindakan atau gerak kerja yang dijalankan
perlu didokumentasikan.Selaras dengan keperluan yang terdapat dalam
SKPMG2. Rancangan yang telah disusun untuk sesi 2021 oleh badan
pengawas diharap dapat memberi impak yang baik kepada pemimpin kecil
untuk menjadi pemimpin yang cekap dan seimbang selaras dengan hala tuju
sekolah
Tindakan : Semua guru

4.3 GPK HEM juga memaklumkan segala aktiviti, surat menyurat, atau apa apa
yang berkaitan dengan badan pengawas perlu diuplode dalam google drive
untuk tapak hal ehwal murid.
Tindakan : Pn Siti

Hajar
4.4 Pn Siti Hajar memaklumkan tugasan untuk pengawas sesi 2021 sudah siap

dan akan ditampal pada papan kenyataan. Sudut BDN akan diharmonikan
dan segala informasi akan dimaklumkan pada papan kenyataan tersebut..

Tindakan : Setiausaha

AGENDA 5 - PENGISIAN SSDM OLEH SEMUA GURU.
5.1 GPK HEM memaklumkan bahawa SSDM perlu diambil tindakan oleh semua

guru. Pihak PPD juga membuat teguran kpd sekolah kerana amat kurang
pengisian guru dalam SSDM. 30% amalan baik juga boleh diisi oleh guru guru
yang terlibat. Murid murid juga perlu didedahkan tentang SSDM ini, supaya
ianya dapat menggalakkan murid untuk sentiasa melakukan amalan yang
baik dan tidak melakukan perkara yang melanggar ;peraturan sekolah.

Tindakan : semua guru

AGENDA 6 - PERANAN GURU PENGAWAS DAN DISIPLIN DALAM MENGURUSKAN
PERATURAN DALAM SUASANA SOP.

6.1 GPK HEM memohon supaya guru dapat bersedia untuk pembukaan sekolah
pada 1 Mac nanti. Guru PBD akan membantu guru bertugas mingguan dalam
mengawal disiplin murid supaya mematuhi SOP.

6.2 Pn Siti Hajar juga memaklumkan beberapa orang pengawas akan
ditempatkan di pagar depan setiap pagi bagi membantu guru bertugas..
Tindakan : Semua guru

6.2 GPK HEM akan memaklumkan kepada pentadbir untuk memasang papan
tanda tentang masa hadir dan pulang semua murid. Ini dapat dijadikan
panduan para ibubapa untuk memastikan anak anak hadir ke sekolah pada
masa yang telah ditetapkan. Ini juga antara cara untuk mengelakkan murid
hadir lewat ke sekolah.

AGENDA 7 - HAL-HAL LAIN

7.1 GPK HEM meminta semua ajk BDP dapat meningkatkan usaha dalam
membantu pengurusan disiplin sekolah kea rah yang lebih baik dan
cemerlang.i.

7.2 Pn Siti Hajar juga memaklumkan juga seramai 78 orang pengawas telah
dilantik untuk sesi 2021. Bagi pemilihan ajk pengawas pula akan dibincangkan
dengan guru guru tahun 6.

7.2 GPK HEM mengucapkan terima kasih kepada semua guru atas kerjasama
yang diberikan dan berharap agar pada tahun 2021, Badan Disiplin dan
Pengawas akan lebih mantap dan cemerlang dalam memantap disiplin
dikalangan murid.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.30 pagi.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

PN HJH SITI HAJAR BT SALLEH EN SUHARMAN BIN ABDULLAH
Setiausaha /Ketua Pengawas GPK HEM SKBB
Badan Disiplin Dan Pengawas 2020


Click to View FlipBook Version