SEKOLAH KEBANGSAAN BALOK BARU
KUANTAN, PAHANG.
BUKU PANDUAN
PERATURAN - PERATURAN
SEKOLAH
NAMA :
KELAS :
1|Page
2|Page
GAMBAR MURID
MAKLUMAT PERIBADI MURID
Nama : ………………………………………………………………...
No. Sijil Lahir : …………………………………………………………
Tarikh Lahir : …………………………………………………………
Kelas : …………………………………………………………………
Bil. Pendaftaran Sekolah : ………………………………………..
Alamat Tetap : ………………………………………………………..
…………………………………………………………………………….
No. Telefon : ………………………………………………………….
Nama bapa/penjaga : …………………………………………….
Pekerjaan : …………………………………………………………….
3|Page
ISI KANDUNGAN
Bil Kandungan Mukasurat
1. Punca Kuasa - Buku Peraturan Sekolah Dilaksanakan 6
2. Lagu NegaraKu, Lagu Sekolah 7
Falsafah Pendidikan Kebangsaan 8
Visi, Misi dan Moto Sekolah
3. Falsafah Pendidikan Kebangsaan 9
Definisi Disiplin, Matlamat Disiplin
4. Peraturan Sekolah 10
5. Garis Panduan Peraturan Disiplin Sekolah Untuk Murid 10
Perkara 1 : Peraturan Am 11
1.1 Waktu Persekolahan 11
1.2 Ketidakhadiran
1.3 Kehadiran Aktiviti Kokurikulum 12
12
6. Perkara 2 : Perhimpunan Sekolah 13
7. Perkara 3 : Waktu Rehat 13
8. Perkara 4 : Kebenaran keluar masuk kelas 13
9. Perkara 5 : Buku Kawalan Kelas 13
10. Perkara 6 : Pakaian dan Rambut 13
14
6.1 Pakaian Seragam Murid Lelaki 15
6.2 Pakaian Seragam Murid Perempuan 15
6.3 Pakaian Seragam Pengawas 16
6.4 Pakaian Pendidikan Jasmani 16
11. Perkara 7 : Lencana dan Tanda Nama 17
12. Perkara 8 : Rambut
13. Perkara 9 : Kebersihan Diri Dan Perhiasan 17
14. Perkara 10 : Keselamatan 17
10.1 Keselamatan Dalam Kawasan Sekolah 18
15. Perkara 11 : Kenderaan
16. Perkara 12 : Perjalanan Lalu lintas 19
17. Perkara 13 : Barang-barang Larangan dan Kehilangan 19
19
Barang 20
18. Perkara 14 : Keselamatan Dalam Kawasan Sekolah 20
19. Perkara 15 : Tingkahlaku Musnah Dan Jenayah 21
20. Perkara 16 : Lawatan Sambil Belajar 22
21. Perkara 17 : Tatatertib 22
17.1 Kawasan Sekolah 4|Page
17.2 Kelas
17.3 Pusat Sumber/Makmal Komputer/Ruang Solat
17.4 Tandas
17.5 Kantin 22
22. Perkara 18 : Kawasan-kawasan Larangan 22
23. Perkara 19 : Latihan Kebakaran Dan Kecemasan 23
24. Perkara 20 : Lantikan Pemimpin Kecil Sekolah 24
25. Perkara 21 : Lembaga Pengawas 25
26. Perkara 22 : Lawatan/Pelawat/Ibubapa 25
27. Perkara 23 : Kemalangan 25
23.1 Dalam Kawasan Sekolah 26
23.2 Di Luar Kawasan Sekolah 26
28. Perkara 24 : Kegiatan Luar 27
29. Perkara 25 : Peperiksaan 27
30. Perkara 26 : Bayaran Tambahan 27
31. Perkara 27 : Sakit Dan Penyakit Berjangkit 28
32. Perkara 28 : Rawatan Atau Cuti Sakit 28
33. Perkara 29 : Alatan Sukan 28
34. Perkara 30 : Harta Benda Sekolah 29
35. Perkara 31 : Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) 29
36. Perkara 32 : Peraturan Khas
37. Perkara 33 : Budi Pekerti/Tingkahlaku/Kelakuan yang 30
30
Patut diamalkan. 30
38. Perkara 34 : Khidmat Nasihat 31
39. Perkara 35 : Makluman Umum 32
40. Perkara 36 : Jenis-jenis Kesalahan Disiplin
41. Perkara 37 : Hukuman 37
42. Perkara38 : Jenis Kesalahan, Hukuman dan Punca
Kuasa
43. Borang Pengakuan
5|Page
PUNCA KUASA
BUKU PERATURAN SEKOLAH DILAKSANAKAN
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.9/1975
Para 4.
Peraturan-Peraturan Sekolah, (Sekolah Rules) Yang Bertulis Untuk Murid-
Murid Tindakan Oleh Tiap-Tiap Sekolah -Lampiran C
Tiap-tiap sekolah hendaklah mempunyai peraturan-peraturan sekolah
masing-masing secara bertulis. Peraturan-peraturan itu hendaklah
mengandungi maksud yang jelas dan tiap-tiap murid mestilah
mengetahuinya.Satu salinan peraturan sekolah hendaklah dipamerkan
di tiap-tiap bilik darjah, di bilik guru dan juga di papan kenyataan
sekolah. Guru-guru Besar dan pengetua hendaklah selalu menarik
perhatian murid-murid kepada peraturan-peraturan sekolah yang telah
digubal itu. Pengawas-pengawas sekolah/Ketua-ketua murid (School
Prefect) mestilah faham benar-benar akan tugas dan tanggungjawab
mereka. Tindakan pengawas ini mestilah mendapat sokongan dari guru-
guru dan Guru Besar. Mereka juga hendaklah memahami bahawa
perlantikan mereka itu bertujuan membantu pihak yang berkuasa
sekolah dalam memelihara tatertib.
4.1. Adalah didapati iaitu tidak semua sekolah mempunyai peraturan
sekolah yang bertulis. Peraturan sekolah yang bertulis yang ada di
beberapa buah sekolah sekarang tidaklah begitu lengkap dan teratur,
misalnya tidak mempunyai tajuk untuk tiap-tiap perkara. Guru-guru
besar dan Pengetua-pengetua hendaklah meneliti semula dan
membaharui peraturan-peraturan sekolah mereka dan untuk panduan
mereka itu satu senarai perkara-perkara yang patut ditimbangkan
mengikut keadaan sekolah adalah disertakan dalam Lampiran C. Guru
Besar juga boleh menimbangkan perkara-perkara lain yang tidak ada
dalam senarai itu mengikut sekolah masing-masing.
Para 6
Adalah menjadi tanggungjawab semua guru memberi tauladan budi
pekerti dan perangai yang baik kepada murid-murid mereka. Seterusnya
adalah menjadi tugas mereka untuk membantu murid-murid supaya
mengetahui perbezaan antara tingkah laku yang baik dan buruk. Guru-
guru hendaklah sentiasa ingat bahawa tiap-tiap murid itu adalah individu
yang masih belum matang untuk membuat sesuatu keputusan yang baik.
6|Page
LAGU NEGARAKU LAGU SEKOLAH
Negaraku Berpendidikan dan
Tanah Tumpahnya berwawasan, cogan kata
Darahku, amalan kami, Sekolah
Rakyat Hidup Kebangsaan Balok Baru
Bersatu Dan Maju, yang kami cintai, Marilah
Rahmat Bahagia Bersama berganding bahu
Tuhan Kurniakan, menuju kecemerlangan,
Raja Kita berpendidikan dan
Selamat Bertakhta, berwawasan demi masa
depan gemilang, kami
Rahmat Bahagia
Tuhan Kurniakan. semua berjanji akan
menabur bakti, demi ibu
Raja Kita pertiwi semoga diberkati
Selamat Bertakhta
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian
dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
VISI, MISI DAN MOTO
VISI
Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera.
MISI
Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti untuk Membangunkan
Potensi Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara.
MOTO SEKOLAH
7|Page
PENGENALAN DISIPLIN SEKOLAH
DEFINISI DISIPLIN
Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran
Kebangsaan Tahun 1979 mentakrifkan disiplin sebagai :
“…… kesanggupan seseorang individu menghormati dan mematuhi
undang-undang sama ada disiplin itu dikenakan dari luar atau dengan
kerelaan sendiri. Disiplin juga bermaksud kesanggupan seseorang itu
bekerja atau membuat sesuatu dengan cukup tertib, kesanggupan
menghormati hak individu lain, kesanggupan mengamalkan tingkah
laku yang baik dan tidak menggangu kepentingan orang lain,
kesanggupan hormat menghormati di antara satu sama lain dan
mempunyai semangat tolong menolong, dan kesanggupan membaiki
keadaan yang sedia ada menerusi usaha yang membina serta sanggup
berkhidmat kepada masyarakat .”
MATLAMAT
Memperbaiki serta mempertingkatkan mutu prestasi pelajaran murid
dari masa ke semasa.
Menambah dan memupuk minat dan semangat untuk belajar serta
menambah ilmu pengetahuan di kalangan murid.
Melahirkan generasi yang terpelajar dan bertanggungjawab serta
berdisiplin, bersatu padu dan setia kepada negara.
Melahirkan masyarakat berakhlak mulia dan taat kepada perintah
agama.
Melahirkan insan yang kamil.
Mempertingkatkan serta mengekalkan keyakinan masyarakat terhadap
sekolah.
PRINSIP-PRINSIP DISIPLIN
Disiplin di sekolah hendaklah berasaskan kepada prinsip-prinsip atau
dasar berikut :
Keadilan dan layanan samarata
Pertimbangan minat dan keperluan pelajar
Kebebasan-tertakluk kepada undang-undang
Perhubungan sihat sesama manusia untuk kehidupan yang harmoni
Perpaduan masyarakat dan negara
8|Page
SKL/12/2019
PERATURAN SEKOLAH
Dasar Pendidikan bertujuan untuk mewujudkan insan yang seimbang
intelek, emosi, jasmani dan rohani. Seterusnya dapat melahirkan
masyarakat Malaysia yang berilmu dan berpengetahuan serta
akhlak mulia berketerampilan serta bertanggungjawab.
Bagi menjamin tercapainya matlamat tersebut para pelajar perlu
mendapat didikan dan bimbingan yang sempurna bagi melahirkan
pelajar yang berdisiplin tinggi dengan sahsiah yang baik.
Undang- undang dan peraturan sekolah digubal bagi membantu
mewujudkan ketenteraman dan keselesaan pelajar semasa waktu
pengajaran dan pembelajaran dan sepanjang murid berada di
sekolah.
Semasa belajar di sekolah ini, semua murid hendaklah mematuhi
semua peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah selaras
dengan peraturan dan disiplin murid sekolah-sekolah rendah di
Malaysia.
Semua murid hendaklah bekerjasama dengan Guru Besar, Guru
Penolong Kanan, guru-guru, ibubapa atau penjaga dan
kakitangan sekolah untuk menjaga nama baik sekolah untuk
meningkatkan disiplin diri.
Buku Peraturan Sekolah ini mengandungi peraturan-peraturan asas
sebagai panduan dan makluman kepada murid-murid, guru-guru,
ibubapa atau penjaga serta kakitangan sekolah.
Buku Peraturan Sekolah ini, hendahlah dibawa oleh murid setiap hari
ke sekolah.
9|Page
GARIS PANDUAN
PERATURAN DISIPLIN SEKOLAH UNTUK MURID
PERKARA 1 : PERATURAN AM pada hari-hari
1.1 WAKTU PERSEKOLAHAN
1.1.1 Kehadiran ke sekolah adalah wajib
persekolahan.
1.1.2 Waktu persekolahan adalah seperti berikut:
HARI WAKTU Waktu Pulang
PERSEKOLAHAN
Isnin TAHAP 1 TAHAP 2
Selasa 7.30 pagi 1.05 petang 1.35 petang
Rabu 7.30 pagi
Khamis 7.30 pagi 1.05 petang 1.35 petang
Jumaat 7.30 pagi
1.05 petang 1.05 petang
7.30 pagi
12.35 tengahari 1.05 petang
12.05 tengahari 12.05 tengahari
1.1.3 Murid yang lewat hadir ke sekolah tanpa alasan yang munasabah
boleh dikenakan tindakan disiplin.
1.1.4 Setiap murid adalah diwajibkan mematuhi arahan untuk
hadir dan menyertai apa jua kegiatan yang djalankan oleh
pihak sekolah.
1.1.5 Kelas tambahan atau sekolah gantian adalah dianggap
sebagai waktu persekolahan biasa dan wajib dihadiri oleh
murid.
1.1.6 Dalam masa persekolahan murid-murid tidak dibenarkan
keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran Guru Besar
atau Guru Penolong Kanan.
1.1.7 Semua murid mesti tiba sekurang-kurangnya 10 minit sebelum
loceng berbunyi kerana perhimpunan harian diadakan pada
7.30 pagi di Arena Ar Rayyan. Guru waktu pertama akan
mengiringi murid masuk bersama ke dalam kelas.
1.1.8 Waktu persekolahan boleh bertambah mengikut keperluan
atau arahan Kementerian Pendidikan Malaysia dan akan
diberitahu jika ada perubahan.
1.2 KETIDAKHADIRAN
1.2.1 Murid yang tidak hadir kerana sakit kerana atau sesuatu
sebab tertentu hendaklah :
memberitahu sekolah melalui guru kelas dengan segera
dan
10 | P a g e
membawa bersama-sama surat akuan doktor atau
makluman daripada ibubapa apabila hadir semula ke
sekolah dengan menyatakan sebab-sebab yang
munasabah.
1.2.2 Murid yang tidak hadir ke sekolah 3 hari berturut turut atau
lebih hendaklah menyatakan sebab dengan
mengemukakan surat daripada doktor/ibu bapa/penjaga.
1.2.3 Murid yang tidak hadir ke sekolah tanpa sebarang sebab
atau akuan doktor/ibu bapa/penjaga akan dianggap
sebagai ponteng sekolah dan boleh diambil tindakan.
1.2.4 Murid dianggap hadir jika mewakili sekolah untuk aktiviti
kokurikulum.
1.2.5 Murid yang sampai lewat daripada jadual waktu sekolah
akan diambil tindakan yang sewajarkan.
HARI TIDAK HADIR HARI TIDAK HADIR
TINDAKAN (BERTURUT- (TIDAK
TURUT/BERTERUSAN) BERTERUSAN/BERKALA)
1. Surat Pada harike3 Pada hari ke 10
Amaran (tidak hadir hari ke 3) (tidak hadir hari ke 10)
Pertama
2. Surat 7 hari selepas surat 10 hari selepas amaran
Amaran Amaran Pertama pertama
Kedua ( Tidak hadir hari ke 10) (tidak hadir hari ke 20)
3. Surat 7 hari selepas surat 20 hari selepas amaran
Amaran Amaran Kedua kedua
Terakhir ( Tidak hadir hari ke 17) (tidak hadir hari ke 40)
4. Buang 14 hari selepas Surat 20 hari selepas surat
Sekolah Amaran Terakhir amaran terakhir
(tidak hadir hari ke 31) (tidak hadir hari ke 60)
JUMLAH HARI 30 HARI BERTERUSAN 60 HARI BERKALA
TIDAK HADIR
1.3 KEHADIRAN AKTIVITI KOKURIKULUM
1.3.1 Kehadiran aktiviti kokurikulum adalah wajib untuk semua
murid tahun 4,5 dan 6 mengikut jadual yang disediakan
setiap Hari Rabu.
1.3.2 Semua murid Tahap 2 diwajibkan menyertai ketiga-tiga unit
kokurikulum berikut :
Unit Beruniform
Persatuan / Kelab Akademik
Permainan / Sukan
11 | P a g e
1.3.3 Murid mestilah memakai pakaian unit beruniform atau baju
pendidikan jasmani sekolah setiap kali mengikuti aktiviti
kokurikulum.
1.3.4 Selipar atau baju yang pelbagai tidak dibenarkan.
1.3.5 Sekiranya murid tidak hadir ke aktiviti kokurikulum tiga kali
berturut-turut tanpa sebab tindakan akan dikenakan.
PERKARA 2 : PERHIMPUNAN SEKOLAH
2.1 Hari perhimpunan sekolah adalah acara rasmi sekolah.
Kehadiran semua guru dan murid adalah diwajibkan.
2.2 Apabila mendengar loceng isyarat perhimpunan, murid- murid
hendaklah segera ke tapak perhimpunan.
2.3 Berjalan ke tapak perhimpunan dengan tenang dan tidak bising
dengan diiringi oleh Pengawas bertugas.
2.4 Murid tidak dibenarkan membuat bising serta mendengar
segala pesanan dan mematuhi arahan di perhimpunan.
2.5 Peraturan berbaris : murid yang rendah dihadapan dan murid
yang tinggi dibelakang.
2.6 Murid-murid yang sampai sesudah loceng berbunyi (lewat),
dikehendaki terus ke tempat perhimpunan dan beratur di
barisan paling belakang di dataran Ar Rayyan.
2.7 Murid mesti berdiri tegak (sedia) bila lagu Kebangsaan, Negeri
dan sekolah dinyanyikan.
2.8 Semasa berjalan masuk ke kelas, murid kekal dalam barisan
kelas masing-masing dan berjalan dalam suasana yang tenang
dan tidak hingar-bingar.
PERKARA 3 : WAKTU REHAT
3.1 Murid hanya boleh keluar ke kantin untuk rehat sejurus sahaja
loceng rehat dibunyikan.
3.2 Semua murid tidak dibenarkan berada di dalam kelas pada
waktu rehat kecuali diarah oleh guru.
3.3 Waktu rehat murid ialah:
TAHAP WAKTU MULA WAKTU AKHIR
Tahap 1 9.45 pagi 10.05 pagi
Tahap 2 10.15 pagi 10.35 pagi
12 | P a g e
PERKARA 4 : KEBENARAN KELUAR-MASUK KELAS
4.1 Keluar kelas perlu ada PAS KELUAR, tanpa pas dianggap tanpa
kebenaran.
4.2 Keluar kelas ke tandas atau sebarang urusan, murid mesti
mendapat kebenaran guru (sedang mengajar) atau
ketua/penolong ketua darjah jika guru tiada.
4.3 Murid perempuan digalakkan bergerak berdua untuk keselamatan.
PERKARA 5 : BUKU KAWALAN KELAS
5.1 Untuk merekod kehadiran murid dan guru yang masuk setiap
waktu PdPc dan ditulis setiap hari persekolahan.
5.2 Ketua Kelas hendaklah mengambil buku ini di pejabat, dan guru
waktu terakhir hendaklah memastikan buku ini dihantar semula ke
pejabat oleh ketua kelas.
5.3 Guru yang masuk ke kelas pada waktu pertama pula akan
merekod kehadiran murid pada hari tersebut.
5.4 Guru Mata Pelajaran boleh merekod salah laku murid yang selalu
menimbulkan ‘masalah’.di dalam kelas.
PERKARA 6 : PAKAIAN DAN RAMBUT
6.1 PAKAIAN SERAGAM MURID LELAKI
6.1.1 Seluar panjang berwarna biru gelap.
6.1.2 Ukuran seluar hendaklah berfesyen sederhana. tidak
dibenarkan memakai seluar yang sempit, terlalu kecil kakinya
atau jenis bell bottom/baggy, terlalu singkat (melepasi buku
lali) atau terlalu labuh.
6.1.3 Baju kemeja sekolah berwarna putih, berlengan pendek atau
panjang, berpoket satu sahaja di sebelah kiri, tidak berfesyen
besar dan tidak terlalu ketat. Sekiranya memakai baju
kemeja lengan panjang tidak dibenarkan melipat lengan
baju tersebut. Baju dimasukkan ke dalam seluar.
6.1.4 Kasut kanvas hitam bertapak rata dan rendah tidak melebihi
setengah inci dipakai dengan stoking hitam berukuran
sejengkal daripada buku lali.
6.1.5 Murid dinasihatkan agar menanda kasut masing-masing bagi
mengelakkan kehilangan kasut.
6.1.6 Tali pinggang hendaklah berwarna gelap yang kepalanya
tidak besar dan tidak berhias.
13 | P a g e
6.2 PAKAIAN MURID PEREMPUAN
6.2.1 Baju kurung sekolah berwarna putih, berlengan panjang.
Tidak berfesyen, tidak terlalu besar dan tidak terlalu ketat.
Tidak dari jenis kain yang jarang.
6.2.2 Kain sarung warna biru gelap, tidak terlalu singkat (melepasi
buku lali) dan tidak terlalu labuh sehingga menyapu lantai.
6.2.3 Bertudung putih dan anak tudung berwarna putih sahaja.
6.2.4 Kasut kanvas hitam penuh bertapak rata dan rendah tidak
melebihi setengah inci dipakai dengan stokin hitam
berukuran sejengkal daripada buku lali.
6.2.5 Murid dinasihatkan agar menanda kasut masing-masing bagi
mengelakkan kehilangan kasut.
6.2.6 Dilarang memakai alat-alat solek dan barang-barang kemas
ke sekolah.
Berbaju kurung berkain sarung
dan bertudung
BALQIS TANDA
NAMA
LENCANA
SEKOLAH
6.3 PAKAIAN PENGAWAS SEKOLAH
6.3.1 Lelaki
Baju biru muda lengan panjang, seluar panjang berwarna
biru gelap dan tali leher berlambang sekolah serta Blazer.
Kasut kanvas hitam dan sarung kaki hitam.
6.3.2 Perempuan
Baju kurung biru muda dengan sarung berwarna biru tua dan
tudung biru muda, Blazer serta Kasut kanvas hitam dan
sarung kaki hitam.
14 | P a g e
6.4 PAKAIAN PENDIDIKAN JASMANI
6.4.1 Murid dikehendaki memakai baju t-shirt dan seluar trek
Pendidikan Jasmani yang mempunyai logo dan nama
sekolah sahaja yang dibeli di kedai buku sekolah.
6.4.2 T-shirt putih lengan pendek atau panjang
sementara sahaja dibenarkan sebelum memdapat t-
shirt berlogo sekolah.
6.4.3 Murid dilarang memakai uniform semasa pelajaran
Pendidikan Jasmani.
6.4.4 Murid digalakkan menampal tanda nama di baju t-shirt
sekolah.
PERKARA 7 : LENCANA DAN TANDA NAMA
7.1 Murid-murid dimestikan memakai lencana sekolah dan tanda
nama (name tag) samada pada hari-hari persekolahan biasa
atau semasa menyertai aktiviti lawatan kokurikulum.
Tanda nama murid dijahit dan
berada di atas poket
Lencana sekolah hendaklah dijahit
di atas poket
15 | P a g e
PERKARA 8 : RAMBUT
8.1 Murid lelaki ditegah berambut panjang, rambut pelajar lelaki
mestilah sentiasa pendek iaitu :
8.2 Murid tidak dibenarkan mewarna rambut dan mengenakan
fesyen-fesyen tertentu.
8.3 Murid lelaki disyorkan berambut pendek corak kelasi
(crew cut) seperti yang diarah dalam Surat Pekeliling Ikhtisas
bil 2/1976 .
8.4 Rambut murid perempuan yang melebihi paras bahu hendaklah
didandan atau diikat dengan kemas menggunakan riben warna
putih atau biru tua.
8.5 Rambut hendaklah sentiasa dalam keadaan bersih dan kemas.
PERKARA 9 : KEBERSIHAN DIRI DAN PERHIASAN
9.1 Kuku hendaklah sentiasa pendek dan bersih. Cat kuku dan inai
dilarang sama sekali.
9.2 Sebarang alat solek termasuk celak adalah dilarang.
9.3 Murid dilarang memakai barang-barang kemas seperti cincin,
gelang, rantai leher dan rantai kaki.
9.4 Murid tidak dibenarkan “berkaca mata gelap” (sun glass).
9.5 Murid dilarang memakai contact lens, selipar, terompah, seluar
corak bewarna-warni,pakaian jeans dan pakaian tidak menutup
aurat semasa ke sekolah.
9.6 Setiap murid dikehendaki berpakaian lengkap, bersih dan kemas,
mematuhi peraturan-peraturan, dan cara memakai yang
ditetapkan semasa berada dikawasan sekolah.
16 | P a g e
PERKARA 10 : KESELAMATAN
10.1 KESELAMATAN DALAM KAWASAN SEKOLAH
10.1.1 Murid tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah
tanpa kebenaran.
10.1.2 Murid yang perlu pulang semasa pembelajaran
dijalankan atas sebab yang mustahak mesti mendapat
kebenaran bertulis Guru Besar/Penolong Kanan dan
mencatat nama dalam BUKU KELUAR KAWASAN SEKOLAH
serta diiringi penjaga.
10.1.3 Murid yang memerlukan rawatan doktor hendaklah
mendapat BORANG RAWATAN dan ditandatangani oleh
Guru Besar/Penolong Kanan.
10.1.4 Murid tidak dibenarkan bercakap dengan orang luar
atau pelawat termasuk ibubapa semasa waktu belajar
kecuali dengan kebenaran Guru Besar / Penolong Kanan.
10.1.5 Jika terdapat orang luar yang mencurigakan di dalam
Kawasan sekolah, hendaklah dilaporkan dengan segera
kepada Guru Besar / Penolong Kanan/Guru Bertugas.
10.1.6 Sebarang kemalangan yang berlaku di dalam Kawasan
sekolah mestilah diberitahu kepada Guru Bertugas/Guru
Pengawas.
10.1.7 Murid perempuan tidak dibenarkan berada di tempat
sunyi berseorangan.
PERKARA 11 : KENDERAAN
11.1 Basikal yang digunakan mesti dalam keadaan lengkap dengan
loceng, lampu, tongkat, brek dan kunci.
11.2 Ketika di sekolah semua basikal mestilah diletakkan dengan
teratur di tempat yang disediakan dan hendaklah berkunci.
10.2 Murid di larang berkumpul di tempat basikal pada sebarang masa.
10.3 Semua basikal dilarang diletakkan/disimpan di luar Kawasan
sekolah. Sekolah tidak bertanggu ngjawab jika berlaku sesuatu
kehilangan dan sebagainya.
10.4 Murid tidak dibenarkan menunggang basikal dalam kawasan
sekolah.
17 | P a g e
PERKARA 12 : PERJALANAN LALU LINTAS
12.1 Semua murid dikehendaki mematuhi undang-undang
12.2
12.3 keselamatan jalanraya dan peraturan-peraturan perjalanan
12.4
12.5 dalam kawasan sekolah.
Murid mesti berjalan dalam barisan di tempat khas untuk pejalan
kaki.
Murid yang menggunakan bas hendaklah berbaris dan tidak
berebut-rebut semasa menaiki dan menuruni bas serta menjaga
kelakuan semasa di dalam bas.
Murid yang datang dengan kereta/motor/bas dilarang berhenti
depan pagar sekolah atau menghalang jalan masuk/keluar ke
kawasan sekolah.
Murid yang melintas jalanraya hendaklah menggunakan jejantas
yang disediakan. Murid-murid tidak dibenarkan bermain-main
atau duduk di tangga jejantas.
PERKARA 13 : BARANG-BARANG LARANGAN DAN
KEHILANGAN BARANG
13.1 Barang-barang larangan adalah DILARANG dibawa ke kawasan
sekolah iaitu :
Membawa,mengedar atau menghisap ROKOK (SPI 4/1997),
VAPE atau sebarang jenis inhalan di sekolah (Rujuk SPI
8/1986)
Radio walkman, MP4, discman dan sebarang jenis mainan.
Telefon bimbit termasuk charger, SIM card, kamera dan lain-lain
alat aksesori berkaitan. (Rujuk SPI 2/2009)
Rokok/ mancis/pemetik api.
Gula-gula getah (chewing gum )
Minuman keras.
Barang kemas dan sebarang bentuk perhiasan termasuk pin
baju.
Buku/majalah/risalah/gambar/CD/VCD berunsur lucah.
Benda-benda tajam dan berbahaya.
Makanan ‘junk food’
Barang-barang lain yang disifatkan oleh Guru Besar tidak perlu
dan membahayakan keselamatan pelajar.
13.2 Barang-barang larangan yang dirampas oleh pihak sekolah
TIDAK dipulangkan kepada pelajar.
13.4 Murid-murid yang membawa telefon bimbit di kawasan sekolah
akan diambil tindakan disiplin. Guru akan mengambil dan
18 | P a g e
menyimpan telefon tersebut serta memaklumkan tindakan
tersebut kepada ibubapa /penjaga. (Rujuk SPI 2/2009)
13.5 Murid yang kehilangan barang hendaklah melaporkan kepada
Guru Kelas/Guru Bertugas/Penolong Kanan HEM.
13.6 Murid yang menjumpai barang-barang dimana sahaja di dalam
Kawasan sekolah, hendaklah menyerahkannya kepada mana-
mana guru/Guru Bertugas / Pengawas/Penolong Kanan HEM.
Adalah menjadi kesalahan kepada murid yang menyimpan
barang yang dijumpai tanpa kebenaran.
13.7 Murid tidak digalakkan membawa wang yang banyak ke
sekolah serta menggunakan alat-alat yang mahal harganya.
PERKARA 14 : KESELAMATAN DALAM KAWASAN SEKOLAH
14.1 Tingkahlaku sopan dan berbudi bahasa.
14.2 Menghormati guru, pengawas dan murid/kawan.
14.3 Tidak menganggu pengajaran dan pembelajaran.
14.4 Tidak berkelakuan membahayakan diri dan kawan.
14.5 Tidak ponteng kelas, sekolah, perhimpunan,kelas tambahan,
kegiatan kokurikulum atau lain-lain aktiviti yang dianjurkan oleh
pihak sekolah.
14.6 Di larang datang awal ke sekolah dan tidak berkeliaran di
Kawasan sekolah.
14.7 Tidak makan di luar waktu rehat yang ditetapkan dan sentiasa
menghargai kepentingan masa.
PERKARA 15 : TINGKAHLAKU MUSNAH DAN JENAYAH
15.1 Tidak merosakkan harta benda sekolah, guru-guru, kantin dan
kawan-kawan.
15.2 Dilarang mencederakan guru/pengawas atau murid lain.
15.3 Dilarang menganggotai kumpulan haram,memeras ugut,
mencabul kehormatan.
15.4 Dilarang menunjuk perasan/menganggu ketenteraman
sekolah.
15.5 Dilarang membawa benda berunsur lucah dan tidak bermoral.
15.6 Tidak menjudi/bertaruh,mencuri,melawan/
/mengancam/memukul.
19 | P a g e
PERKARA 16 : LAWATAN SAMBIL BELAJAR
16.1 Murid tidak dibenarkan menganjurkan lawatan sendiri atau
kumpulan atas nama sekolah.
16.2 Hendahlah mendapat surat izin waris dan memakai pakaian
seragam sekolah ketika lawatan.
16.3 Hendaklah menjaga tingkahlaku dan peraturan lawatan yang
ditetapkan oleh guru pengiring.
PERKARA 17 : TATATERTIB
17.1 KAWASAN SEKOLAH
17.1.1 Murid adalah diwajibkan berada di dalam kawasan
sekolah pada waktu persekolahan.
17.1.2 Murid-murid tidak dibenarkan meninggalkan kelas
pada sebarang waktu kecuali waktu kecemasan dan
mendapat kebenaran guru. Murid yang dibenarkan
keluar mestilah memakai “PAS KELUAR”.
17.1.3 Sewaktu pembelajaran sedang berjalan murid-murid
tidak dibenarkan meninggalkan kelas walaupun ke
tandas kecuali mendapat kebenaran guru.
17.1.4 Tiada seorang pun dibenarkan berada di luar kelas pada
waktu belajar dengan tugas-tugas yang lain selain dari
belajar. Dalam masa belajar, murid-murid tidak
dibenarkan mengadakan mesyuarat, menjalankan
kegiatan persatuan, membawa surat-surat pengumuman
atau tugas-tugas lain yang tidak penting.
17.1.5 Murid-murid yang hendak meninggalkan kelas dengan
sebab-sebab tertentu hendaklah mendapat
kebenaran dari guru kelas.
17.1.6 Murid-murid tidak dibenarkan keluar dari kelas semasa
pertukaran waktu umpamanya ke tandas atau lainnya.
Setiap ketua kelas bertanggungjawab mengawal kelas
sehingga guru tiba untuk mengajar.
17.1.7 Sekiranya murid sakit dan hendak berehat di bilik
rawatan, murid berkenaan hendaklah mendapatkan
kebenaran dari guru kelas dengan mengisi borang
daftar sakit. Maklumat tersebut mesti diserahkan
kepada guru bertugas mingguan.
17.1.8 Sekiranya murid hendak meninggalkan sekolah atas
sebab-sebab tertentu, murid hendaklah mendapatkan
kebenaran bertulis dari Guru Besar, Penolong Kanan
atau Guru kelas dengan mengisi borang Daftar Keluar
Murid.
20 | P a g e
17.2 KELAS Murid di dalam sesebuah kelas bertanggungjawab
17.2.1 akan keselamatan harta benda sekolah di dalam bilik
17.2.2 darjah masing-masing. Sebarang kerosakan yang
17.2.3 disebabkan oleh murid samada disengajakan atau
17.2.4 tidak, murid kelas berkenaan wajib bertanggungjawab.
Semua murid di dalam kelas bertanggungjawab
17.2.5 tentang kesempurnaan bilik darjah dari segi lantai,
17.2.6 dinding, tingkap, lampu, kerusi, meja dan sebagainya.
Bilik darjah hendaklah sentiasa dalam keadaan bersih,
kemas dan ceria.
Semasa ketiadaan guru dalam bilik darjah, ketua kelas,
penolong dan pengawas kelas berkenaan
bertanggungjawab menjaga ketenteraman bilik darjah
dan hendaklah mencari guru yang sepatutnya
mengajar pada waktu tersebut.
Keluar kelas mesti dengan kebenaran guru atau ketua
kelas atau penolong ketua kelas. Hanya dua orang
pelajar (seorang lelaki dan seorang perempuan)
dibenarkan keluar untuk satu-satu masa dan diwajibkan
memakai Pas Kebenaran Keluar Kelas. Murid
perempuan digalakan bergerak berdua untuk
keselamatan.
Setiap murid hendaklah meminta izin guru sebelum
masuk atau keluar jika guru berada di dalam kelas dan
meminta izin ketua kelas ketika jika tidak ada.
Murid tidak dibenarkan berada di dalam bilik darjah
pada masa rehat.
17.3 PUSAT SUMBER/ MAKMAL KOMPUTER/ RUANG SOLAT/ BENGKEL
17.3.1 Semua murid hendaklah beratur dan berjalan dalam
keadaan tenang ketika ke pusat sumber, makmal
komputer, bengkel dan bilik-bilik khas yang lain. Tidak
dibenarkan singgah dimana-mana ketika dalam
perjalanan itu. Murid tidak dibenarkan masuk ke bilik
tersebut selagi guru tiada di dalamnya.
17.3.2 Murid adalah bertanggungjawab akan keselamatan
harta benda sekolah di dalam pusat sumber/makmal
komputer/ruang solat/bengkel. Sebarang kerosakan
yang disebabkan oleh murid samada disengajakan
atau tidak, murid kelas berkenaan wajib
bertanggungjawab.
21 | P a g e
17.4 TANDAS
17.4.1 Murid wajib memastikan tandas dalam keadaan bersih
sebelum dan selepas digunakan.
17.4.2 Murid yang memakai “PAS KELUAR” sahaja dibenarkan
berada di tandas kecuali pada waktu rehat.
17.4.3 Murid tidak dibenarkan bermain-main di tandas.
17.4.4 Murid yang ingkar dalam menjaga kebersihan tandas
dan tidak mengikut tatacara penggunaan tandas yang
betul akan dikenakan tindakan disiplin.
17.5 KANTIN
17.5.1 Murid-murid tidak dibenarkan membeli makanan dan
minuman di luar kawasan sekolah semasa sesi
persekolahan walaupun waktu rehat.
17.5.2 Murid-murid hendaklah beratur dengan senyap dan
tidak berebut -rebut semasa membeli makanan dan
minuman di kantin sekolah.
17.5.3 Murid dibenarkan berada di kawasan kantin hanya
pada waktu rehat sahaja.
17.5.4 Murid wajib memastikan kantin sentiasa berada dalam
keadaan bersih sebelum dan selepas digunakan.
17.5.5 Murid diwajibkan mengikuti segala peraturan kantin.
17.5.6 Peraturan kantin :
Beratur semasa membeli makanan.
Jangan berebut ketika membeli makanan.
Amalkan sikap bersopan-santun dan beradab
ketika membeli makanan.
Selepas membeli makanan, duduk ditempat yang
disediakan.
Basuh tangan sebelum dan selepas makan.
Membaca doa sebelum dan selepas makan.
Makanlah dengan sopan dan elakkan pembaziran.
Letakkan bekas makanan dan minuman yang telah
digunakan ke dalam besen yang disediakan.
Pastikan semua sampah dibuang ke dalam tong
sampah.
Sila guna dengan cermat segala kemudahan yang
ada di kantin.
Jimatkan penggunaan air.
Dilarang membeli makanan kecuali pada waktu pagi,
rehat dan balik sahaja.
22 | P a g e
PERKARA 18 : KAWASAN-KAWASAN LARANGAN
18.1 Semua murid DILARANG berada di tempat-tempat berikut
kecuali dengan dengan kebenaran guru/pihak berkuasa
sekolah.
Bilik-bilik darjah, stor sukan, bilik khas, makmal dan pondok
keselamatan sebelum waktu persekolahan, semasa rehat
dan selepas waktu balik.
Pejabat sekolah, bilik guru serta kawasan sekitarnya.
Tandas guru dan sekitarnya.
Tandas murid lelaki bagi pelajar perempuan dan tandas
pelajar perempuan bagi murid lelaki.
Kawasan letak kereta guru.
Kantin sekolah jika bukan waktu rehat.
Dewan sekolah
Lain-lain tempat yang diumumkan dari masa ke semasa.
PERKARA 19 : LATIHAN KEBAKARAN DAN KECEMASAN
19.1 Sesiapa setelah ternampak kebakaran hendaklah tanpa ragu-
19.2 ragu membunyikan loceng isyarat (Penggera kebakaran)
19.3 atau fire alarm yang berhampiran.
Sekiranya loceng penggera kebakaran dibunyikan hal ini
19.4 bermaksud amaran bahawa / kejadian kecemasan /
19.5 kebakaran berlaku dalam bangunan itu.
19.6 Apabila loceng isyarat dibunyikan (masa berdering adalah
19.7 lama), murid-murid hendaklah segera beratur dalam satu
barisan dengan serta merta, kemudian meninggalkan bilik
darjah mengikut laluan atau tangga yang telah ditetapkan
bersama-sama dengan guru mengajar pada masa itu.
Murid-murid mestilah berjalan dengan senyap dan pantas
tanpa terburu-buru berlari dan tanpa potong-memotong
sehingga sampai ke tapak perhimpunan atau padang /
kawasan lapang yang telah ditetapkan.
Murid-murid yang berada ditempat lain (bilik-bilik khas) juga
hendaklah segera meninggalkan tempat itu dan menuju ke
laluan yang paling hampir.
Berkumpul (barisan duduk) mengikut kelas yang telah
ditetapkan. Ketua kelas hendaklan memastikan bilangan
murid dan memaklumkan kepada guru kelas dengan segera
jika jumlah murid tidak mencukupi.
Guru kelas hendaklah membawa buku kedatangan kelas
masing-masing dan membuat bancian serta melaporkan
23 | P a g e
dengan segera kepada guru bertugas atau pihak
pentadbiran jika ada kehilangan pelajar.
19.8 Pembantu Tadbir dan Pembantu Am Rendah (atau guru yang
berada dalam pejabat) hendaklah mengambil semua buku
kedatangan pelajar (jika ada)
19.9 Patuhi segala arahan semasa berada di tempat berkumpul
atau sentiasa berada dalam tertib/duduk berbaris. Jangan
bergerak sehingga dimaklumkan.
19.10 Guru-guru hendaklah mengawal segala pergerakan pelajar
untuk menghindarkan sebarang kejadian yang tidak diingini
berlaku.
19.11 Tidak dibenarkan sesiapa pun meninggalkan perhimpunan
tanpa kebenaran Guru Bertugas.
PERKARA 20 : LANTIKAN PEMIMPIN KECIL SEKOLAH
20.1 Perlantikan dan pemilihan pemimpin kecil sekolah akan dibuat
oleh satu Jawatankuasa Pemilih yang diketuai oleh Guru Besar.
20.2 Jawatankuasa Pemilih ini boleh menyingkirkan seseorang itu dari
sebarang jawatan pemimpin kecil sekolah yang dipegangnya
sekiranya perlu dengan sebab-sebab yang munasabah.
20.3 Jawatan yang diwatikahkan kepada Permimpin Kecil ini tidak
bersifat hakiki. Lantikan ini akan diperbaharui setiap tahun
bergantung kepada kelayakkan murid dan perlantikan akan
dilakukan setelah dipersetujui oleh Jawatankuasa Pemilih.
20.4 Kriteria-kriteria kelayakan:
Prestasi akademik yang baik
Akhlak dan sahsiah yang terpuji
Sifat kepimpinan
Penampilan diri yang kemas
Aktif dalam kegiatan sekolah dan aktiviti kokurikulum
Kehadiran ke sekolah yang memuaskan
20.5 Lain-lain kelayakan :
Bertanggungjawab dengan sepenuhnya
Berwibawa dan bekerjasama
Rajin dan berusaha, sedia memberi perkhidmatan
Jujur
Menepati masa
20.6 Semasa menjalankan tugas, pemimpin-pemimpin kecil sekolah
perlu bersikap tegas dalam masa yang sama bersopan santun
dengan semua murid.
20.7 Pemimpin-pemimpin kecil sekolah tidak boleh bertindak sesuka
hati diluar batas undang-undang sekolah.
24 | P a g e
20.8 Sekiranya terdapat murid yang enggan mengikut arahan
pemimpin kecil sekolah atau melanggar peraturan, segera
laporkan kepada guru.
20.9 Berikut adalah jawatan-jawatan bagi pemimpin kecil sekolah :
Pengawas Sekolah
Pengawas Pusat Sumber (PSS)
Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)
Ketua Kelas
Penolong Ketua Kelas
20.10 Peraturan-Peraturan Pelajaran(Disiplin Sekolah)1959.Peraturan 6.
Guru Besar sesebuah sekolah boleh dari masa ke semasa,
tertakluk kepada apa-apa syarat dan hal yang ditakrifkannya
patut, mewakilkan kuasa disiplin sekolah dan kuasa menjalankan
hukuman kepada guru-guru lain di sekolah itu atau kepada
murid-murid yang ditetapkan olehnya bagi maksud itu, tetapi
kecuali yang disebut di atas, tiada seorang pun guru atau murid
boleh menjalankan kuasa itu melainkan dengan arahan nyata
dari Guru Besar dalam sesuatu hal yang tertentu.
20.11 Pemimpin Kecil Sekolah yang terlibat dengan salahlaku disiplin
yang serius akan digugurkan dan hilang kelayakkan
memegang jawatan yang disandang.
PERKARA 21 : LEMBAGA PENGAWAS
21.1 Lembaga Pengawas adalah di bawah jagaan Guru Disiplin.
Lembaga Pengawas bertanggungjawab dan berfungsi
21.2 sebagai mata dan telinga pihak pentadbiran sekolah untuk
21.3 mengekalkan disiplin yang baik.
Lembaga Pengawas berfungsi bagi melaksanakan peraturan-
21.4 peraturan disiplin dan menunjukkan contoh teladan yang baik
21.5 kepada murid lain dalam segala bidang.
21.6 Pengawas sebagai pemimpin kecil di kalangan murid dan
menjadi penghubung diantara murid dengan pihak pentadbir
sekolah serta membantu guru-guru atau pihak sekolah dalam
hal yang tertentu.
Bertanggungjawab memastikan pelajar mematuhi peraturan
sekolah dan hendaklah melaporkan kepada Guru Disiplin
sebarang kejadian yang melanggar peraturan sekolah.
Pengawas berhak menegur, melapor dan mencatat
kesalahan pelajar tetapi tidak boleh mengenakan sebarang
hukuman kepada pelajar.
Pengawas-pengawas yang tidak mematuhi peraturan akan
dikenakan tindakan tatatertib.
25 | P a g e
PERKARA 22 : LAWATAN /PELAWAT/IBUBAPA
22.1 Murid-murid dikehendaki menghormati dan memberi salam
kepada mana-mana pelawat yang hadir ke sekolah ini.
22.2 Semua pelawat termasuk ibu bapa/penjaga perlu berjumpa
dengan Guru Besar terlebih dahulu untuk mendapatkan
kebenaran. Pelawat tidak dibenarkan pergi sendiri ke kelas
atau ke bilik guru untuk berjumpa dengan murid atau guru.
22.3 Perjumpaan pelawat dengan murid dan guru hanya dilakukan
di tempat yang dikhaskan oleh pihak sekolah sahaja.
22.4 Segera membuat laporan kepada guru-guru jika disyaki atau
melihat individu-individu yang mencurigakan masuk ke
kawasan sekolah.
PERKARA 23 : KEMALANGAN
23.1 DALAM KAWASAN SEKOLAH
23.1 Pelajar hendaklah melaporkan segera pada Guru
Bertugas.
23.2 Pelajar yang cedera mesti dapatkan rawatan
kecemasan mengikut keadaan kemalan.
23.3 Sekiranya kemalangan serius, guru bertugas akan
menghantar pelajar berkenaan ke klinik Lekir, dan
melaporkan kepada ibubapa/penjaga pelajar.
23.2 DI LUAR KAWASAN SEKOLAH
23.2.1 Pelajar hendaklah mendapatkan rawatan kecemasan
mengikut keadaan kemalangan.
23.2.2 Ibubapa/penjaga segera laporkan kepada pihak
sekolah dengan dokumen yang lengkap untuk urusan
tuntutan insuran.
PERKARA 24 : KEGIATAN LUAR
24.1 Murid-murid dilarang menyertai atau melibatkan diri dalam
kegiatan luar yang tiada kaitan dengan aktiviti sekolah kecuali
dengan kebenaran bertulis daripada guru/ibubapa/penjaga.
24.2 Murid-murid adalah dilarang keras melibatkan diri secara
langsung atau tidak langsung dalam sebarang pertubuhan
haram atau kongsi gelap.
26 | P a g e
PERKARA 25 : PEPERIKSAAN
25.1 Murid hendaklah hadir ke sekolah untuk menduduki sebarang
peperiksaan mengikut jadual waktu peperiksaan yang telah
ditetapkan.
25.2 Murid yang tidak hadir pada hari peperiksaan tanpa alasan yang
munasabah dikira TIDAK HADIR dan tidak dibenarkan untuk
mengulang semula kertas peperiksaan tersebut.
25.3 Murid dilarang meniru waktu peperiksaan/ujian dan
ketidakhadiran tanpa sebab boleh dianggap gagal dalam
matapelajaran yang tidak diambilnya.
PERKARA 26: BAYARAN TAMBAHAN
26.1 Semua murid dikehendaki menjelaskan bayaran tambahan
sekolah yang diluluskan Jabatan Pelajaran Perak kepada guru
kelas.
26.2 Derma untuk PIBG bagi satu keluarga ditetapkan pada jumlah
RM20.00 dan sebarang perubahan akan diberitahu dari masa ke
semasa.
26.3 Resit bayaran rasmi atau sementara bagi menandakan bayaran
telah dibuat hendaklah disimpan sebagai bukti semasa
membuat bantahan atau bila-bila masa dikehendaki.
PERKARA 27 : SAKIT DAN PENYAKIT BERJANGKIT
27.1 Murid-murid yang sakit/cedera hendaklah segera memberitahu
Guru Kelas atau Guru Bertugas.
27.2 Murid-murid yang menghidap penyakit berjangkit mesti berada di
rumah sehingga sembuh.
27.3 Murid yang sakit di kawasan sekolah mestilah berada di bilik
rawatan dan mestilah mendapat kebenaran dari pihak sekolah.
27.4 Murid-murid yang uzur ( kurang sihat ) dan tidak boleh mengikuti
Pelajaran Pendidikan Jasmani dikehendaki berada di lapangan
Pendidikan Jasmani juga. Tidak dibenarkan berada di dalam kelas.
27.5 Murid-murid yang kurang sihat tidak sepatutnya hadir ke sekolah
kerana mereka tidak berupaya mengikuti pembelajaran seperti
biasa.Ibubapa/Penjaga seharusnya membawa anak-anak
mendapatkan rawatan terlebih dahulu.
27 | P a g e
PERKARA 28 : RAWATAN ATAU CUTI SAKIT
28.1 Pelajar yang hendak ke hospital/klinik hendaklah mendapat
kebenaran Guru Besar atau Guru Penolong Kanan atau Guru
Bertugas dengan mengisi borang rawatan. Murid-murid yang
hendak ke rumah sakit mesti dengan ibubapa / penjaga
28.2 Pelajar yang mendapat cuti dibenarkan pulang ke rumah..
28.3 Sekiranya pelajar tidak memerlukan rawatan dan hanya perlu
berehat, pelajar dibenarkan berehat di bilik yang sesuai dengan
kebenaran guru bertugas dan dicatatkan dalam buku kawalan
kelas.
28.4 Pelajar yang sakit hanya dibenarkan pulang dengan dijemput oleh
ibubapa/penjaga atau dintar oleh Guru Bertugas.
PERKARA 29 : ALATAN SUKAN
29.1 Mengambil atau menggunakan peralatan Pendidikan
Jasmani/Permainan/Sukan mestilah mendapat kebenaran guru
dan tidak dibenarkan murid mengambilnya sendiri.
29.2 Semua peralatan sekolah yang digunakan hendaklah dijaga
dengan baik
29.3 Murid-murid dilarang keras mencuri peralatan sukan dan
pendidikan jasmani.
29.4 Alatan yang rosak atau hilang semasa digunakan adalah
menjadi tanggungjawab kepada murid yang berkenaan.
29.5 Murid perlu menyimpan semula peralatan sukan yang telah
digunakan ke dalam stor sukan dalam keadaan baik dan teratur.
PERKARA 30 : HARTA BENDA SEKOLAH
30.1 Usaha menjaga harta sekolah adalah tanggungjawab bersama.
Semua pihak hendaklah menggunakan dan menjaga setiap
kemudahan yang disediakan di sekolah dengan sebaik-baiknya,
dalam masa yang sama bekerjasama membenteras perbuatan
memusnahkan harta benda sekolah.
30.2 Jika sesuatu harta benda sekolah dirosakkan sama ada
sengaja/tidak sengaja, murid/kumpulan murid terlibat dikehendaki
mengganti/membayar harga barang tersebut.
28 | P a g e
PERKARA 31 : SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT)
Peraturan Penggunaan Buku Teks perlu diberi perhatian serius dan
dipatuhi oleh pelajar yang meminjam buku teks.
31.1 Semua Buku teks yang dipinjam oleh pelajar adalah hak kerajaan.
31.2 Pihak sekolah akan mengeluarkan dan membahagikan buku teks
kepada pelajar yang layak menerimanya berdasarkan syarat-
syarat yang ditetapkan oleh SPBT KPM.
31.3 Pihak sekolah berhak menarik balik buku-buku Teks SPBT dari
pelajar jika :
Berhenti atau tamat sekolah
Pihak sekolah mendapati pelajar tersebut tidak layak
Pelajar didapati cuai menjaga buku teks SPBT.
31.4 Menjadi tanggungjawab murid menjaga kebersihan dan
keselamatan buku tersebut.
31.5 Murid diwajibkan menulis nama di bahagian belakang buku teks
dan menyampul/membalutnya dengan plastik pembalut buku
jernih.
31.6 Murid dilarang menulis sebarang catatan atau melukis
/menconteng/mengotorkan buku teks kecuali menulis nama dan
kelas di ruangan yang disediakan.
31.7 Pindaan hakmilik yang telah ditetapkan dilarang kecuali
mendapat kebenaran guru SPBT.
31.8 Murid dilarang meninggalkan buku teks di dalam kelas atau
dimana-mana tempat lain.
31.9 Buku Teks yang hilang hendaklah dilaporkan dengan segera guru
kelas atau guru SPBT untuk tindakan selanjutnya.
31.10 Pelajar yang terjumpa buku teks SPBT hendaklah mengembalikan
kepada pelajar berkenaan atau Guru SPBT.
31.11 Pelajar yang tidak memulangkan dan telah merosakkan buku teks
mestilah membayar gantirugi mengikut nilai buku dalam tempoh
yang ditetapkan. Pihak sekolah berhak menuntut daripada
ibubapa/penjaga. Dan pelajar tersebut tidak akan
dipertimbangkan untuk pinjaman tahun berikutnya.
31.12 Murid yang berpindah masuk atau keluar hendaklah membawa
bersama buku Teks tersebut.
PERKARA 32 : PERATURAN KHAS
32.1 Ibu bapa/penjaga yang bercadang untuk menukar
persekolahan murid-murid, perlu memaklumkan pihak sekolah
sebelum mengambil sebarang tindakan.
32.2 Murid-murid hendaklah menyerahkan sebarang dokumen rasmi
sekolah seperti surat, resit, kad ujian, dan seumpamanya kepada
29 | P a g e
ibubapa/penjaga apabila diarahkan berbuat demikian oleh
pihak sekolah.
32.3 Ibu bapa/penjaga yang menghantar anaknya ke sekolah
dengan menggunakan kenderaan tidak dibenarkan masuk ke
kawasan sekolah. Mereka boleh menurunkan anak-anak di
hadapan pondok pengawal keselamatan sahaja.
PERKARA 33 : BUDI PEKERTI / TINGKAHLAKU / KELAKUAN
YANG PATUT DIAMALKAN
33.1 Murid-murid hendaklah sentiasa mematuhi segala arahan
33.2 /pesanan/nasihat dan amanah yang diberikan oleh guru.
33.3 Murid-murid hendaklah sentiasa menunjukkan perilaku yang baik
di sekolah dan di luar sekolah.
33.4 Bersopan santun semasa bercakap/berbicara dengan guru,
33.5 kakitangan sekolah, pekerja-pekerja sekolah, pelawat-pelawat
yang datang ke sekolah dan kawan-kawan iaitu memulakan
perbualan dengan ucapan salam hormat.
Sentiasa berhasrat ingin menjaga nama baik sekolah.
Murid-murid hendaklah mengelakkan diri dari
merahsiakan/bersubahat sebarang kegiatan jahat yang mereka
lihat/ketahui di kawasan sekolah.
PERKARA 34 : KHIDMAT NASIHAT
34.1 Mana-mana murid yang mempunyai masalah boleh pada bila-bila
masa berjumpa dengan Guru Bimbingan dan Kaunseling/Kaunselor
untuk mendapatkan bantuan khidmat nasihat.
34.2 Murid-murid boleh membuat janji temu dengan kaunselor sama
ada pada waktu persekolahan ataupun semasa luar waktu
persekolahan. Jika murid perlu berjumpa kaunselor semasa waktu
persekolahan murid perlu meminta izin dari guru yang mengajar
pada waktu tersebut.
PERKARA 35 : MAKLUMAN UMUM
35.1 Segala peraturan di atas adalah tertakluk kepada penyesuaian
masa/keadaan yang diputuskan oleh Lembaga Tatatertib sekolah
atau atas nasihat Guru Besar.
35.2 Selain wajib mematuhi peraturan-peraturan di dalam buku
peraturan ini murid-murid wajib akur kepada peraturan lain yang
digubal oleh pihak sekolah yang tidak tercatat di dalam buku ini.
30 | P a g e
35.3 Murid-murid juga dikehendaki mematuhi arahan-
arahan/peraturan-peraturan dari masa ke semasa yang
dikeluarkan oleh pihak sekolah.
35.4 Murid-murid sebagai manusia yang Allah kurniakan akal fikiran
hendaklah memahami bahawa hidup ini penuh dengan
peraturan walau di mana jua kita berada.
35.5 Justeru itu semua murid mestilah mematuhi dan menghormati
peraturan sekolah yang telah ditetapkan pada bila-bila masa
selagi menjadi murid di SK Lekir.
PERKARA 36 : JENIS-JENIS KESALAHAN DISIPLIN
36.1 Terdapat tiga kategori kesalahan iaitu kesalahan ringan, kesalahan
sederhana dan kesalahan berat :
Kesalahan ringan menggunakan kod R
Kesalahan sederhana menggunakan kod S
iii)Kesalahan berat menggunakan kod B
36.2 Ianya dapat dibahagikan kepada LIMA bahagian yang utama
iaitu:
i. Tingkahlaku Jenayah
Tingkahlaku Lucah
Tingkahlaku Anti-Sosial
Tingkahlaku Tidak Jujur dan
Tingkahlaku Tidak sopan
PERKARA 37 : HUKUMAN
37.1 Hukuman yang dikenakan boleh dibahagikan kepada tiga
kumpulan utama, berdasarkan kepada jenis dan beratnya
salahlaku tersebut :
i. Tindakan menghukum
Tindakan pencegahan
Tindakan polis
37.2 Jenis hukuman yang akan dilaksanakan adalah :
Amaran
Denda
Penahanan dalam kelas
Hukuman Rotan
Gantung Persekolahan
Buang daripada sekolah
31 | P a g e
37.3 Tujuan utama menghukum murid adalah untuk mencegah
berlakunya salahlaku dari perbuatan melanggar disiplin.
37.4 Dalam memutuskan hukuman yang paling sesuai atau patut
dikenakan,Guru Besar/Guru Disiplin akan menimbangkan
keperluan mengenakan satu hukuman yang boleh memberi kesan
mencegah bukan sahaja kepada mereka yang berkemungkinan
melakukan kesalahan yang serupa, bahkan juga kepada yang
melakukan salahlaku itu sendiri supaya mereka tidak mengulangi
salahlaku itu. Satu sistem hukuman bersifat mencegah bergantung
kepada beratnya hukuman itu.
32 | P a g e
PERKARA 38 : JENIS KESALAHAN, HUKUMAN DAN PUNCA
KUASA 38. 1 Kesalahan Berat
33 | P a g e
34 | P a g e
38.2 Kesalahan Sederhana
35 | P a g e
38.3 Kesalahan Ringan
36 | P a g e
BORANG PENGAKUAN
Guru Besar,
SK Balok Baru,
26100 Kuantan,
Pahang.
BUKU PANDUAN PERATURAN SEKOLAH
Saya telah memiliki sebuah buku tersebut untuk menjadi rujukan dan
panduan saya sendiri.
Saya faham segala isi kandungannya dan berjanji akan mematuhi
sepenuhnya segala yang disuruh dan menjauhi sepenuhnya segala
yang dilarang.
Saya sedar, bahawa saya akan dikenakan tindakan sewajarnya oleh
pihak sekolah jika saya melanggar disiplin sekolah ini dan saya rela
menerima hukuman yang setimpal dan tidak akan membuat rayuan.
Tanda tangan Pelajar :
Nama :
Saya sebagai Ibubapa/Penjaga maklum akan perkara yang tersebut di
atas.
Tanda tangan Ibu bapa/Penjaga :
Nama :
37 | P a g e
38 | P a g e
39 | P a g e