Arahan menggunakan Modul JTTS ini:
1. Modul ini dikenali sebagai JTTS yang bermaksud Jawab Terus Tanda Sendiri.
2. Pelajar wajib menjawab dahulu soalan yang diberikan mengikut masa yang ditetapkan
tanpa rujukan.
3. Setelah siap, pelajar perlu semak jawaban anda berdasarkan cadangan jawaban yang
diberikan dalam QR code yang diberikan bagi setiap set soalan.
4. Pelajar perlu menulis jawaban pada kertas kajang / kertas graf anda sendiri baru membuat
semakan menggunakan pen berwarna merah.
5. Kumpulkan semua hasil aktiviti daripada modul ini, dan serahkan kepada guru anda
apabila kembali ke sekilah secara bersemuka.
6. Selamat melaksanakan aktiviti modul ini.
SM 3
Cadangan Jawaban
Soalan Struktur
1. Tiga aspek pembangunan negara . [3]
i. Meningkatkan kehidupan golongan miskin
ii. Menyediakan peluang pekerjaan untuk meningkatkan pendapatan
iii. Menyediakan kemudahan pendidikan, kesihatan, dan perumahan
iv. Memastikan persekitaran kerja yang lebih baik
v. Melindungi alam sekitar
2. Dua langkah untuk membangunkan modal insan. [4]
i. Meningkatkan pendidikan berkualiti untuk menghasilkan modal insan yang berkualiti
ii. Meningkatkan penidikan berkualliti dengan mentrasformasikan sistem pendidikan
iii. Meningkatkan kemahiran rakyat melalui penubuhan pusat-pusat latihan kemahiran dan latihan di
luar negara
iv. Meningkatkan nilai dan etika kerja dengan menerapkan nilai integriti dan mengukuhkan jati diri.
3. Empat komponen yang menjadi dasar Indeks Kualiti Hidup Malaysia (IKHM). [4]
i. Pendidikan
ii. Pengangkutan dan komunikasi
iii. Perumahan
iv. Kebudayaan dan liburan
v. Pendapatan dan pengagihan
vi. Keselamatan awam
vii. Kesihatan
viii.Persekitaran kerja
4. Dua alasan rakyat Malaysia dikatakan hidup dalam keadaan sejahtera dan harmoni. [4]
i. Ekonomi Malaysia berkembang pesat ekoran peningkatan pendapatan negara hasil daripada
usaha kerajaan mempelbagaikan ekonomi negara
ii. Kestabilan politik melalui perpaduan kaum
iii. Keselamatan rakyat terjamin ekoran penurunan kadar jenayah kerana terdapat peluang
iv. Kerancakan pembangunan sosial dengan kepelbagaian kemudahan kesihatan dan prasarana
Soalan Alih Bentuk Bahasa
5. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan carta yang sesuai
untuk menunjukkan KDNK per kapita di peringkat nasional mengikut negeri terpilih dan jenis
sektor yang terlibat pada tahun yang dinyatakan. [20]
A Salah media : Rujuk Jadual PA KT KI KJ Jum
- - - - 01/20
Maklumat salah
1. Tiada tajuk / salah tajuk / tiada tahun pada tajuk / tiada 2 2 2 2 08/20
B tempat 2 2 2 2 08/20
2. Tiada petunjuk / petunjuk pada muka surat lain 2 2 2 2 08/20
5 5 4½ 3½ 18/20
3. Tiada peratus/salah nilai atau unit di paksi/jumlah 5 5 4 3 17/20
besar/tiada label/tidak lengkap 5 5 4½ 3½ 18/20
5 5 5 5 20/20
1. Sumber tidak lengkap
5 3 5 3 16/20
C 2. Tiada sumber 5 3 5 3 16/20
5 1 5 1 12/20
3. Salah unit/nilai pada paksi tetapi skala betul 5 5 4 4 18/20
5 3 5 3 16/20
Pembezaan sektor 5 5 5 5 20/20
1. Jika menggunakan warna sepenuhnya
D 2. Jika berlorek ---- 03
3. Jika menggunakan gabungan warna dan lorekan - - - - 0/20
4. Jika menggunakan abjad atau angka 2½/20
1. Tiada nisbah / salah nisbah
E 2. Kedudukan data terbalik
3. Pai Silinder (Sektor atas, Negeri bawah)
1. Jika jawapan rujuk jadual sahaja ( Rujuk Jadual)
Butiran - 2 markah
Tajuk - ½ markah
Sumber - ½ markah
F [Nota: Jadual mesti ada tajuk dan butiran, tiada tajuk
atau butiran, maka jadual 0m]
2. Jadual tanpa tajuk/nilai/unit yang lengkap tidak
diterima
3. Ada tajuk, tetapi salah
Soalan Esei
6. Tulis karangan anda yang panjangnya antara 300 hingga 350 patah perkataan. [25]
Idea: - Dasar Negara
- Tingkat kepakaran pekerja asing dan sikap mereka
- Sikap majikan / rakyat tempatan
- Kesamaan budaya
- Geografi
Contoh karangan:
Pekerja asing merupakan tenaga buruh dari negara luar yang masuk secara sah untuk mencari
pekerjaan di negara ini. Mereka terdiri daripada pelbagai peringkat kepakaran yang sama-sama
menyumbang bakti terhadap negara sebagaimana peranan dan tanggungjawab tenaga buruh tempatan.
Lambakan pekerja asing di Malaysia kerana dasar negara yang membenarkan kemasukan
pekerja asing dalam pelbagai bidang. Dasar negara yang mengamalkan hubungan diplomatik yang
terbuka dengan semua negara dan menepati amalan dasar Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOFPAN).
Demi menjaga hubungan yang aman tanpa memihak kepada mana-mana blok negara, Malaysia telah
menggalakkan kemasukan pekerja asing dalam mengisi segera keperluan negara.
Di samping itu, tingkat kepakaran pekerja asing dan sikap mereka turut menyumbang kepada
lambakan ini. Mereka memiliki kemahiran dan kadangkala kepakaran mereka mengatasi kebolehan
pekerja tempatan. Selain itu, pekerja asing dilihat tidak memilih sektor pekerjaan dan tidak bergitu
berkira dari segi tugasan yang diterima. Hal ini menarik minat mereka untuk terus tinggal dan
bekerja di negara ini. Sikap pekerja asing yang tidak memilih sektor pekerjaan ini turut menyumbang
kepada keadaan lambakan ini khasnya dalam sektor pembinaan.
Faktor lambakan seterusnya ialah sikap majikan rakyat tempatan. Majikan mementingkan
atau keuntungan dan semestinya memilih pekerja asing kerana gaji atau upah yang lebih rendah. Di
samping itu, masyarakat tempatan juga mudah mesra dan menerima mereka tanpa prejudis. Sikap
rakyat tempatan ini turut memudahkan dalam jalinan kerjasama semasa bekerja. Hal ini
menyumbang kepada berlakunya lambakan pekerja asing dalam negara.
Lambakan pekerja asing juga ekoran daripada kesamaan budaya terutamanya dalam kalangan
negara ASEAN. Kebanyakan pekerja asing berasal dari negara jiran seperti Indonesia dan Thailand.
Pekerja asing dari pelbagai bangsa dan budaya ini serasi dengan masyarakat majmuk di Malaysia.
Hal ini sangat jelas semasa berkomunikasi dan tiada sebarang masalah. Selain itu, sungguhpun Islam
ialah agama rasmi negara, namun agama lain bebas diamalkan. Boleh dikatakan Malaysia merupakan
"rumah kedua" mereka yang bekerja di sini.
Faktor akhir berlakunya lambakan pekerja asing ialah keadaan geografi negara. Hal ini jelas
daripada persamaan iklim Khatulistiwa dengan negara asal mereka. Di samping itu, kedudukan
Malaysia yang dekat dengan negara asal memudahkan mereka untuk urusan pulang atau urusan
kekeluargaan. Selain itu, pintu masuk yang pelbagai ke negara ini sama ada jalan darat, udara
mahupun air turut menyumbang kepada lambakan pekerja asing di negara ini.
Kesimpulannya, sampai bilakah situasi begini terus-terusan tanpa noktah? Jawapannya
terpikul di atas bahu kita sebagai warganegara yang seharusnya sedar dan sanggup berubah.
_________________________________________________________________________
Berapa markah anda
Soalan struktur : /15
Soalan Alih bentuk bahasa : /20
Soalan Esei : /25