The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Contoh Kerja Kursus Pengajian Am

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Cg Manniseh, 2026-05-05 18:57:52

Kerja Kursus Pengajian Am

Contoh Kerja Kursus Pengajian Am

Keywords: Kerja Kursus Pengajian Am

0707071211371KAJIAN TERHADAP KOLAM RENANG KOMUNITI SEBUAH PRASARANA UNTUK MENINGKATAN TAHAP KESIHATAN MASYARAKAT SETEMPAT DI UNIVERSITI UTAMA CONDOMINIUM, KOTA KINABALU, SABAHABSTRAKKajian ini dijalankan bagi mengenal pasti peranan prasarana kolam renang komuniti dalam meningkatkan tahap kesihatan masyarakat di University Utama Condominium, Kota Kinabalu. Dua objektif utama dikemukakan: menilai tahap kualiti prasarana kolam renang dan mengenal pasti kesannya terhadap kesihatan penduduk. Kajian menggunakan kaedah soal selidik dan temu bual, melibatkan 30 responden serta dua orang ditemubual. Instrumen soal selidik dibentuk berdasarkan objektif kajian, dan data dianalisis menggunakan kaedah kekerapan dan peratusan. Hasil kajian menunjukkan bahawa aspek kebersihan dan keselamatan kolam renang merupakan penanda utama kepuasan pengguna. Selain itu, penggunaan kolam renang dilihat dapat meningkatkan kecergasan fizikal, sekali gus menyumbang kepada tahap kesihatan yang lebih baik. Kesimpulannya, kemudahan kolam renang komuniti yang berkualiti tinggi berupaya menyokong gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat setempat.


0707071211372ISI KANDUNGANButiran Muka SuratAbstrak 1Isi kandungan 2Penghargaan 3BAB 1 : PENDAHULUAN1.0 Pengenalan 1.1 Pernyataan Masalah1.2 Objektif1.3 Definisi Konsep / Definsi Operasi1.4 Penutup4-5BAB 2: KAJIAN LEPAS2.0 Pengenalan2.1 Kajian Lepas Mengenai Isu 2.2.1 Isu Kualiti Prasarana 2.2.2 Kesan Prasarana Kepada Komuniti2.2 Penutup6BAB 3: METODOLOGI3.0 Pengenalan3.1 Kaedah Kajian 3.1.1 Persampelan / Cara Mendapatkan Responden 3.1.2 Soal selidik 3.1.3 Temubual 3.1.4 Pemerhatian 3.1.5 Memproses dan Mempersembahkan Data3.2 Lokasi Kajian 3.3 Penutup7-9


0707071211373BAB 4 : DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN4.0 Pengenalan4.1 Demografi Responden4.2 Tahap Kualiti Prasarana Kolam Renang Komuniti4.3 Kesan Prasarana Kolam Renang Komuniti dalam Meningkatkan Tahap Kesihatan4.4 Penutup10-14BAB 5: KESIMPULAN5.0 Pengenalan5.1 Rumusan5.2 Kesimpulan5.3 Penutup 15-49Rujukan 52Lampiran 53-59


0707071211374PENGHARGAANDengan kesempatan ini, pengkaji ingin merakamkan penghargaan kepada pengetua kolej, Encik Suhaibul bin Kassim yang telah memberi kebenaran untuk menjalankan kajian luar dan memberi sokongan moral kepada pengkaji semasa menyiapkan tugasan ini.Selain itu, pengkaji juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru mata pelajaran Pengajian Am, iaitu Puan Maniseh Yakun. Belian telah banyak memberi bantuan serta tunjuk ajar kepada pengkaji atas segala perkara yang berkaitan dengan kajian ini.Di samping itu, pengkaji juga ini mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa pengkaji yang telah memberikan sokongan kepada pengkaji sepanjang proses penyediaan tugasan ini.Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan pengkaji yang telah sudi memberi bantuan kepada pengkaji seperti sokongan, idea serta tunjuk ajar sewaktu pengkaji memerlukannya.Akhir sekali, tidak lupa juga ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung sepanjang menjalankan kajian ini.


0707071211375BAB 1 PENDAHULUAN1.0 PengenalanRekreasi merujuk kepada aktiviti riadah yang dilakukan bagi mengisi masa lapang dengan tujuan untuk bersantai, berhibur serta meningkatkan kesejahteraan fizikal dan mental (Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005). Dalam konteks masyarakat moden yang berdepan dengan tekanan hidup dan gaya hidup sedentari, aktiviti rekreasi memainkan peranan penting dalam menyokong keseimbangan emosi dan kesihatan fizikal (Dewan Bahasa dan Pustaka, 2010). Pelbagai bentuk aktiviti rekreasi boleh dijalankan, termasuk bersenam, berjoging, berbasikal dan berenang.1.1 Pernyataan MasalahPelaksanaan aktiviti rekreasi dalam kalangan masyarakat sering menghadapi pelbagai cabaran, khususnya dari aspek penyediaan kemudahan dan infrastruktur yang mencukupi serta berkualiti. Salah satu isu utama yang dikenal pasti ialah kekurangan prasarana rekreasi yang dapat menyokong keperluan komuniti. Menurut Datin Noraida Saludin, Setiausaha Kehormat Pertubuhan Perancang Malaysia (MIP), penyediaan peruntukan bagi pembangunan kemudahan awam seperti prasarana rekreasi dan sukan adalah sangat penting dalam usaha menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan penduduk (Pertubuhan Perancang Malaysia, 2021).1.2 Objektif kajianPengkaji telah menetapkan dua objektif dalam melaksanakan kajian ini.i) Mengenal pasti tahap kualiti prasarana kolam renang komuniti di Universiti Utama


0707071211376Condominium, Kota Kinabalu, Sabah.ii) Mengkaji kesan prasaran kolam renang komuniti dalam meningkatkan tahap kesihatan dalam kalangan masyarakat di Universiti Utama Condominium, Kota Kinabalu, Sabah.1.3 Definisi Konsep/ Definsi OperasiDalam konteks ini, kolam renang komuniti merupakan antara prasarana yang penting bagi menyokong pelaksanaan aktiviti rekreasi air. Kolam renang komuniti ditakrifkan sebagai kemudahan awam yang dibina khusus untuk kegunaan masyarakat setempat dalam menjalankan aktiviti berenang dan senaman air (Dewan Bahasa dan Pustaka, 2002). Aktiviti berenang bukan sahaja menyeronokkan, malah merupakan satu bentuk senaman menyeluruh yang melibatkan koordinasi pergerakan tangan, kaki dan pernafasan, sekaligus memberi kesan positif terhadap tahap kecergasan dan kesihatan individu (Majlis Keselamatan Negara, 2020).Walaupun kolam renang komuniti memberi banyak manfaat kepada masyarakat, penyediaannya masih berdepan pelbagai kekangan seperti kos pembinaan dan penyelenggaraan yang tinggi, kekangan kewangan pihak berkuasa, serta tahap kesedaran masyarakat yang masih rendah mengenai kepentingan aktiviti rekreasi (Majlis Keselamatan Negara, 2021). Tambahan pula, peningkatan kes penyakit tidak berjangkit seperti obesiti, diabetes dan penyakit jantung dalam kalangan rakyat Malaysia menuntut perhatian serius terhadap usaha menyediakan kemudahan rekreasi yang efektif dan mudah diakses.1.4 PenutupKajian ini dijalankan untuk menilai cabaran yang dihadapi dalam penyediaan prasarana kolam renang komuniti serta peranannya dalam meningkatkan tahap kesihatan masyarakat. Fokus utama kajian ini adalah terhadap kolam renang komuniti di University


0707071211377Utama Condominium, Kota Kinabalu, Sabah, yang berfungsi sebagai kemudahan rekreasi untuk penduduk setempat. Kajian ini bertujuan untuk menilai kualiti prasarana kolam renang tersebut serta mengenal pasti impak penggunaannya terhadap kesejahteraan fizikal dan mental masyarakat. Selain itu, kajian ini turut bertujuan untuk memahami bagaimana kemudahan ini dapat menyokong gaya hidup sihat dan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai pentingnya aktiviti fizikal, khususnya berenang, dalam mencegah penyakit tidak berjangkit. Hasil kajian ini diharapkan dapat memberi pandangan untuk penambahbaikan prasarana rekreasi serta langkah-langkah yang boleh diambil untuk meningkatkan aksesibiliti dan kualiti hidup masyarakat setempat.


0707071211378BAB 2KAJIAN LEPAS2.1 PengenalanBab ini membincangkan kajian-kajian lepas yang berkaitan dengan penyediaan prasarana kolam renang komuniti serta hubungannya dengan tahap kesihatan masyarakat. Fokus diberikan kepada aspek kualiti kemudahan, cabaran pengurusan, serta impak penggunaan kolam renang terhadap kesejahteraan fizikal dan mental. Sorotan literatur ini penting bagi memberikan asas teori dan empirikal kepada kajian yang dijalankan di kolam renang komuniti University Utama Condominium, Kota Kinabalu.2.2 Isu Kajian LepasKajian lepas menunjukkan bahawa kemudahan rekreasi seperti kolam renang memainkan peranan penting dalam menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat. Menurut World Health Organization (2020), kekurangan aktiviti fizikal merupakan salah satu faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan penyakit tidak berjangkit seperti obesiti dan diabetes.Selain itu, kajian oleh Sallis et al. (2016) mendapati bahawa akses kepada kemudahan rekreasi yang berkualiti meningkatkan kadar penglibatan masyarakat dalam aktiviti fizikal. Walau bagaimanapun, beberapa kajian turut menekankan cabaran dalam penyediaan prasarana seperti kos penyelenggaraan yang tinggi, kekurangan penyeliaan, dan isu keselamatan (Giles-Corti et al., 2018).Di Malaysia, kajian oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (2019) menunjukkan bahawa penggunaan kemudahan rekreasi awam masih rendah disebabkan oleh faktor kekurangan kemudahan berkualiti dan tahap kesedaran masyarakat yang rendah terhadap kepentingan aktiviti fizikal.


07070712113792.3 Isu Tahap Kualiti KolamKualiti kolam renang merupakan aspek penting yang mempengaruhi penggunaan dan keselamatan pengguna. Antara faktor utama yang menentukan kualiti kolam adalah kebersihan air, sistem penapisan, penyelenggaraan berkala, serta kemudahan sokongan seperti bilik persalinan dan keselamatan.Menurut kajian oleh Fewtrell dan Kay (2015), kualiti air kolam yang tidak terjaga boleh menyebabkan penyebaran penyakit berjangkit seperti jangkitan kulit dan masalah pernafasan. Selain itu, garis panduan yang dikeluarkan oleh Centers for Disease Control and Prevention (2021) menekankan kepentingan pemantauan tahap klorin dan pH bagi memastikan keselamatan pengguna.Masalah lain yang sering timbul termasuk kekurangan penyelenggaraan berkala, kerosakan kemudahan, serta tahap kebersihan persekitaran yang tidak memuaskan. Faktorfaktor ini boleh mengurangkan minat masyarakat untuk menggunakan kemudahan tersebut.2.4 Kesan Kolam Renang terhadap KesihatanAktiviti berenang merupakan salah satu bentuk senaman yang memberi manfaat besar kepada kesihatan fizikal dan mental. Menurut World Health Organization (2020), aktiviti fizikal yang konsisten dapat mengurangkan risiko penyakit tidak berjangkit serta meningkatkan kualiti hidup.Dari aspek fizikal, berenang membantu meningkatkan kecergasan kardiovaskular, kekuatan otot, serta fleksibiliti badan (Becker, 2009). Dari aspek mental pula, aktiviti ini dapat mengurangkan tekanan, meningkatkan mood, dan membantu mengatasi masalah kebimbangan serta kemurungan (Biddle & Asare, 2011).


07070712113710Selain itu, penggunaan kolam renang komuniti juga dapat menggalakkan interaksi sosial dan memperkukuhkan hubungan dalam kalangan masyarakat, sekali gus meningkatkan kesejahteraan sosial.2.5 PenutupSecara keseluruhannya, sorotan literatur menunjukkan bahawa kolam renang komuniti mempunyai potensi besar dalam meningkatkan tahap kesihatan masyarakat. Namun begitu, cabaran dari segi kualiti prasarana, penyelenggaraan, dan kesedaran masyarakat perlu diberi perhatian. Oleh itu, kajian ini penting untuk menilai keadaan sebenar kolam renang komuniti di University Utama Condominium serta mengenal pasti langkah-langkah penambahbaikan yang boleh diambil bagi memastikan kemudahan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh masyarakat.


07070712113711BAB 3METODOLOGI KAJIAN3.0 PengenalanBab ini menerangkan kaedah dan pendekatan yang digunakan dalam menjalankan kajian berkaitan penilaian prasarana kolam renang komuniti serta kesannya terhadap tahap kesihatan masyarakat. Perbincangan merangkumi reka bentuk kajian, lokasi kajian, populasi dan sampel, instrumen kajian, prosedur pengumpulan data serta kaedah analisis data.3.1 Persampelan KajianKajian ini menggunakan kaedah persampelan rawak mudah untuk memilih 30 orang pengguna kolam renang komuniti di University Utama Condominium, Kota Kinabalu, Sabah secara rawak, serta dua orang pengguna yang ditemubual. Teknik ini dipilih kerana ia memberi peluang yang sama kepada setiap individu dalam populasi untuk dipilih sebagai sampel, sekaligus memudahkan pengkaji mendapatkan maklumat yang tepat, mudah, dan relevan dengan objektif kajian. Menurut Marson et al. (1998), penggunaan borang soal selidik membantu memudahkan pengkaji dalam memperoleh kerjasama daripada responden. Saiz sampel sebanyak 30 orang adalah mencukupi menurut Bailey (1984), yang mencadangkan sekurang-kurangnya 30 kes untuk analisis data perangkaan. Pemilihan responden berdasarkan kesediaan dan kelapangan mereka untuk menjawab soal selidik, dengan syarat mereka mempunyai pengalaman menggunakan kemudahan kolam renang komuniti di University Utama Condominium. Hal ini penting kerana hanya mereka yang mempunyai pengalaman langsung di kolam renang tersebut dapat memberikan maklumat yang lebih tepat dan relevan.3.2 Kaedah KajianPengkaji menggunakan tiga kaedah kajian untuk mendapatkan maklumat iaitu


07070712113712kaedah soal selidik, kaedah temu bual dan kaedah pemerhatian. Borang soal selidik dibentuk untuk mendapatkan maklumat tentang tahap kualiti prasarana kolam renang komuniti dan kesan utama kolam renang komuniti dalam peningkatan tahap kesihatan masyarakat di University Utama Condominium, Kota Kinabalu, Sabah. Kaedah temu bual pula dijalankan untuk mendapatkan maklumat tentang kepuasan responden terhadap prasarana kolam renang yang disediakan dan mendapatkan cadangan penambahbaikan daripada responden supaya prasarana kolam renang ini dapat memberikan manfaat kesihatan kepada penduduk.i) Kaedah soal selidikKaedah soal selidik adalah kaedah yang paling popular digunakan oleh pengkaji untuk mendapatkan data primer. Borang soal selidik yang digunakan mengandungi soalansoalan bersama ruang jawapan untuk responden mengisi maklumat mereka. Satu set borang soal selidik digunakan untuk semua responden, dan kaedah ini dipilih kerana ia memudahkan pengkaji mendapatkan maklumat dengan cara yang sistematik dan efisien. Selain itu, data yang diperoleh daripada soal selidik mudah diproses dan dianalisis. Kaedah ini juga membolehkan pengkaji untuk mengukur serta menilai pandangan responden yang berbeza-beza. Setiap soalan dalam borang soal selidik telah dirangka dengan teliti oleh pengkaji untuk memastikan ia selari dengan objektif kajian yang telah ditetapkan. Responden yang dipilih secara bertujuan dikehendaki menjawab soalan-soalan dalam borang soal selidik yang terbahagi kepada tiga bahagian utama, iaitu Bahagian A, Bahagian B, dan Bahagian C.Bahagian A terdiri daripada soalan-soalan demografi yang bertujuan untuk mendapatkan maklumat asas tentang responden seperti jantina, umur, bangsa, agama, dan tahap pendidikan. Soalan dalam bahagian ini berbentuk nominal, di mana responden hanya perlu menandakan ( / ) pada petak yang disediakan.Bahagian B pula mengandungi soalan yang berkaitan dengan tahap kualiti prasarana kolam renang komuniti di University Utama Condominium. Soalan-soalan ini dinilai menggunakan skala Likert 3 mata, iaitu Memuaskan (1), Sederhana (2), dan Tidak


07070712113713Memuaskan (3). Responden hanya perlu menandakan ( / ) pada petak yang telah disediakan untuk menunjukkan penilaian mereka terhadap kualiti kolam renang.Bahagian C mengandungi soalan-soalan yang berkaitan dengan kesan utama penggunaan kolam renang komuniti terhadap peningkatan tahap kesihatan pengguna. Seperti Bahagian B, item-item dalam bahagian ini juga dinilai menggunakan skala Likert 3 mata, iaitu Setuju (1), Tidak Pasti (2), dan Tidak Setuju (3). Responden perlu menandakan ( / ) pada petak kosong yang disediakan untuk menunjukkan pendapat mereka.ii) Kaedah temu bualKaedah temubual adalah satu bentuk interaksi sosial yang melibatkan pengkaji dan responden. Dalam kajian ini, pengkaji mengemukakan soalan, manakala responden memberikan jawapan. Kaedah ini digunakan untuk memperoleh maklumat secara langsung daripada responden, sekaligus memastikan data yang diperoleh adalah tepat dan sahih. Temubual ini dilaksanakan secara bersemuka antara pengkaji dan responden, bagi memastikan jawapan yang diberikan jelas dan mudah difahami. Pendekatan ini juga bertujuan untuk mengurangkan sebarang kemungkinan kekeliruan dalam pengumpulan data.Bagi setiap sesi temubual, rakaman akan dibuat menggunakan telefon pintar dengan kebenaran daripada responden. Tujuan utama rakaman ini adalah untuk memastikan semua maklumat yang diberikan oleh responden dapat direkodkan dengan tepat, berbanding dengan hanya mencatat secara manual. Temubual dijalankan secara terbuka, di mana pengkaji dan responden berbincang berdasarkan soalan-soalan yang telah disediakan oleh pengkaji. Dalam kajian ini, dua orang responden telah dipilih untuk sesi temubual, keduaduanya merupakan penghuni di kawasan perumahan yang menjadi lokasi kajian. Temubual tersebut dijalankan pada 26 Mac 2022, di kolam renang komuniti University Utama Condominium. Semua perbualan yang dirakam kemudian ditranskripkan untuk tujuan analisis dan perolehan dapatan kajian.iii) Kaedah pemerhatianKaedah pemerhatian digunakan untuk mengumpulkan data secara langsung melalui pemerhatian pengkaji terhadap situasi yang berlaku di lapangan. Pada 28 April 2022,


07070712113714pengkaji menjalankan pemerhatian di kolam renang komuniti University Utama Condominium. Pemerhatian ini dijalankan untuk melihat sendiri keadaan dan kemudahan yang disediakan di kawasan tersebut. Pengkaji memerhati secara teliti tahap kualiti kolam renang komuniti tersebut.Pemerhatian ini dilakukan tanpa sebarang gangguan kepada aktiviti pengguna, di mana pengkaji bertindak sebagai pemerhati sahaja. Data yang diperoleh daripada pemerhatian ini akan dianalisis untuk mengenal pasti tahap kualiti prasana kolam renang komuniti ini. Pendekatan ini membolehkan pengkaji mendapatkan maklumat yang lebih mendalam dan sahih mengenai keadaan sebenar di lokasi kajian tanpa pengaruh luar.3.3 Memproses dan Memperembahkan DataData kajian ini diperoleh melalui dua kaedah utama, iaitu temu bual dan edaran borang soal selidik kepada responden yang terlibat. Data kuantitatif yang dikumpulkan melalui soal selidik akan dianalisis berdasarkan kekerapan dan peratusan, dan hasilnya akan dipersembahkan dalam bentuk jadual, graf bar dan carta pai bagi memudahkan interpretasi dan perbandingan.Manakala, data kualitatif yang diperoleh melalui sesi temu bual akan ditranskripsikan sepenuhnya dalam bentuk transkrip perbualan. Transkrip ini kemudiannya dianalisis untuk mengenal pasti tema, corak dan maklumat penting yang dapat menyokong serta mengukuhkan dapatan daripada soal selidik. Persembahan data secara gabungan ini bertujuan untuk memberikan gambaran yang lebih menyeluruh dan mendalam terhadap isu yang dikaji, seterusnya membantu mencapai objektif serta menjawab persoalan kajian dengan lebih tepat dan berkesan.


070707121137153.4 Lokasi KajianPeta 1: Negeri SabahSumber: https://www.abcmalaysia.com/maps/sabah_map.htm dicapai pada 5 Mac 2022Peta di atas menunjukkan peta negeri Sabah. Sabah merupakan negeri di Malaysia yang terletak di Pulau utara Borneo dan merupakan negeri kedua terbesar di Malaysia dengan keluasan kira-kira 72,500 kilometer persegi. Sabah bersempadan dengan negeri Sarawak dan terpisah dari Wilayah Persekutuan Labuan di Malaysia. Ibu negeri Sabah ialah Kota Kinabalu.


07070712113716Peta 2 : Daerah Kota KinabaluSumber: http://bit.ly/3XvrfWP dicapai pada 5 Mac 2022Kota Kinabalu merupakan salah satu daerah di negeri Sabah dan juga merupakan ibu negeri bagi negeri Sabah. Kota Kinabalu terletak di Pantai Barat Laut Borneo menghadap Laut China Selatan. Nama daerah ini berasal dari Gunung Kinabalu. Keluasan daerah ini kira-kira 351 kilometer persegi. Kota Kinabalu juga merupakan bandaraya kesepuluh terbesar di Malaysia.


07070712113717Peta 3 : University Utama Condomium, Kota KinabaluSumber: https://bit.ly/3XqwPKc dicapai pada 5 Mac 2022Peta di atas menunjukkan perumahan University Utama Condomium, Kota Kinabalu, Sabah. Perumahan ini terletak di Telipok, Kota Kinabalu. Perumahan ini berada di kawasan pekan Telipok. Jarak antara perumahan ini dengan bandaraya Kota Kinabalu adalah lebih kurang 20.3 kilometer dan mengambil masa lebih kurang 30 minit untuk sampai ke bandaraya Kota Kinabalu.3.5 PenutupSecara keseluruhannya, bab ini telah menghuraikan metodologi kajian yang digunakan bagi mencapai objektif kajian yang telah ditetapkan. Perbincangan meliputi reka bentuk kajian, lokasi kajian, pemilihan sampel, instrumen kajian, prosedur pengumpulan data serta kaedah analisis data yang digunakan.


07070712113718BAB 4DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN4.0 PengenalanBab ini membentangkan dapatan kajian serta analisis data yang telah dikumpulkan berkaitan penilaian prasarana kolam renang komuniti dan kesannya terhadap tahap kesihatan masyarakat. Data yang diperoleh melalui instrumen kajian seperti soal selidik dan pemerhatian akan dianalisis secara sistematik bagi menjawab objektif kajian yang telah ditetapkan.4.1 Demografi RespondenBahagian ini melibatkan demografi responden iaitu jantina, umur, asal tempat tinggal, bangsa, agama dan pendidikan.4.1.1 Jantina RespondenJadual 1 : Jantina RespondenJantina Kekerapan ( ƒ ) Peratus (%)Lelaki 17 56.7Perempuan 13 43.3Jumlah 30 100.0Rajah 1 : Jantina RespondenSumber: Kajian Lapangan 202256.7%43.3%Peratusan jantina respondenLelakiPerempuanJumlah : 30 Orang


07070712113719Berdasarkan Rajah 1, didapati bahawa bilangan responden lelaki yang mengisi borang soal selidik adalah lebih ramai berbanding responden perempuan. Seramai 17 orang atau 56.7% daripada keseluruhan responden adalah lelaki, manakala 13 orang atau 43.3% adalah perempuan. Perbezaan ini mungkin dipengaruhi oleh faktor fizikal, di mana lelaki secara umumnya mempunyai tahap kekuatan fizikal yang lebih tinggi, sekali gus lebih cenderung untuk melibatkan diri dalam aktiviti tertentu seperti sukan atau rekreasi yang dikaji. Di samping itu, faktor agama juga memainkan peranan, khususnya bagi responden perempuan Muslim yang menghadapi kekangan dari segi pemakaian. Ini kerana pakaian yang biasa digunakan untuk aktiviti seperti renang atau sukan air selalunya lebih terbuka, dan kurang sesuai dengan garis panduan pemakaian yang ditetapkan oleh ajaran Islam.4.1.2 Umur RespondenJadual 2 : Umur RespondenUmur Kekerapan ( ƒ ) Peratus ( % )17 tahun ke bawah 4 13.318 - 30 tahun 17 56.731 - 50 7 23.351 tahun ke atas 2 6.7Jumlah 30 100.0Rajah 2 : Umur respondenSumber : Kajian Lapangan 202213.3%56.7%23.3%6.2%Umur Responden17 tahun ke bawah 18 - 30 tahun 31 - 50 51 tahun ke atasJumlah : 30 Orang


07070712113720Jadual dan graf di atas menunjukkan taburan demografi responden berdasarkan kategori umur. Daripada keseluruhan 30 orang responden, majoritinya terdiri daripada golongan berumur antara 18 hingga 30 tahun, iaitu seramai 17 orang atau 56.7%. Seterusnya, diikuti oleh responden yang berumur antara 31 hingga 50 tahun dengan jumlah seramai 7 orang (23.3%), dan 4 orang (13.3%) daripada responden pula berumur 17 tahun ke bawah. Sementara itu, kumpulan umur yang paling sedikit diwakili ialah golongan 51 tahun ke atas, iaitu hanya seramai 2 orang atau 6.7%.Peratusan tertinggi dalam kalangan responden yang berumur 18 hingga 30 tahun mungkin disebabkan oleh tahap fizikal dan kesihatan yang lebih baik dalam lingkungan umur tersebut, menjadikan mereka lebih aktif dan cenderung untuk melibatkan diri dalam aktiviti seperti berenang. Selain itu, golongan ini juga lebih responsif terhadap soal selidik dan mudah dihubungi melalui pelbagai saluran komunikasi, berbanding dengan golongan umur yang lebih tua.4.1.3 Asal Tempat TinggalJadual 3 : Asal Tempat Tinggal RespondenAsal Tempat Tinggal Kekerapan ( ƒ ) Peratus ( % )Asal tempat ini 18 60.0Asal tempat lain 12 40.0Jumlah 30 100.0Rajah 3 : Asal Tempat Tinggal RespondenSumber : Kajian Lapangan 202260%40%Asal Tempat TinggalAsal tempat ini Asal tempat lainJumlah : 30 Orang


07070712113721Jadual dan Rajah 3 di atas menunjukkan taburan demografi responden berdasarkan asal tempat tinggal. Daripada keseluruhan 30 orang responden, seramai 18 orang (60%) merupakan penduduk yang tinggal di University Utama Condominium, Kota Kinabalu, Sabah. Manakala, selebihnya iaitu seramai 12 orang (40%) merupakan responden yang berasal dari kawasan lain.Dapatan ini menunjukkan bahawa majoriti responden yang terlibat dalam kajian ini adalah penduduk setempat. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh faktor jarak dan kemudahan, di mana responden yang tinggal berhampiran lebih cenderung untuk menggunakan kolam renang komuniti yang terletak berdekatan kediaman mereka. Penggunaan fasiliti yang berdekatan bukan sahaja lebih mudah diakses, malah turut menjimatkan masa dan kos perjalanan responden.4.1.4 Bangsa RespondenJadual 4 : Bangsa Responden Bangsa Kekerapan ( ƒ ) Peratus ( % )Melayu 7 23.3Cina 4 13.3India 3 10.0Bugis 6 20.0Bajau 3 10.0Dusun 4 13.3Kadazan Dusun 2 6.6Tidung 1 3.3Jumlah 30 100.0


07070712113722Rajah 4 : Bangsa RespondenSumber : Kajian Lapangan 2022Jadual dan Rajah 4 di atas menunjukkan taburan demografi responden berdasarkan bangsa. Daripada keseluruhan 30 orang responden yang telah mengisi borang soal selidik, didapati bahawa responden yang berbangsa Melayu merupakan kumpulan terbesar, iaitu seramai 7 orang (23.3%). Responden berbangsa Cina pula berjumlah 4 orang (13.3%), diikuti oleh bangsa India seramai 3 orang (10%).Sementara itu, seramai 16 orang (53.4%) responden terdiri daripada pelbagai bangsa lain. Daripada jumlah tersebut, 6 orang (20%) merupakan bangsa Bugis, diikuti oleh 4 orang (13.3%) bangsa Dusun, 3 orang (10%) bangsa Bajau, 2 orang (6.6%) berbangsa Kadazan Dusun, dan seorang responden (3.3%) berbangsa Tidung.Secara keseluruhan, walaupun bangsa Melayu mencatat jumlah responden tertinggi, komposisi responden daripada pelbagai latar belakang etnik menunjukkan kepelbagaian budaya dalam kalangan pengguna kolam renang komuniti. Keutamaan responden Melayu dalam pengisian borang soal selidik mungkin disebabkan oleh penglibatan yang lebih aktif dalam aktiviti rekreasi keluarga di prasarana tersebut.24%13%20% 10%10%13.3%6.6%3.3%BangsaMelayu Cina India Bugis Bajau Dusun Kadazan Dusun TidungJumlah : 30 Orang


070707121137234.1.5 Agama Responden Jadual 5 : Agama RespondenAgama Kekerapan ( ƒ ) Peratus ( % )Islam 18 60.0Kristian 6 20.0Buddha 3 10.0Hindu 3 10.0Lain-lain 0 0Jumlah 30 100.0Rajah 5 : Agama Responden Sumber : Kajian Lapangan 2022Jadual dan rajah di atas menunjukkan taburan demografi responden mengikut agama. Responden dalam kajian ini terdiri daripada empat latar belakang agama utama, iaitu Islam, Kristian, Buddha dan Hindu. Daripada 30 orang responden, majoritinya beragama Islam, iaitu seramai 18 orang (60%). Ini diikuti oleh responden yang beragama Kristian seramai 6 orang (20%), manakala responden yang beragama Buddha dan Hindu masing-masing berjumlah 3 orang (10%). Tiada responden daripada latar belakang agama lain yang terlibat dalam kajian ini.20% 60%10%10% 0%Agama RespondenIslam Kristian Buddha Hindu Lain-lainJumlah : 30 Orang


07070712113724Peratusan tertinggi dalam kalangan responden beragama Islam menunjukkan bahawa kumpulan ini merupakan pengguna utama kolam renang komuniti di University Utama Condominium, Kota Kinabalu. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh majoriti penduduk di kawasan tersebut beragama Islam dan lebih ramai dalam kalangan mereka yang bersedia untuk melibatkan diri dalam soal selidik kajian ini.4.1.6 Pendidikan RespondenJadual 6 : Pendidikan RespondenPendidikan Kekerapan ( ƒ ) Peratus (% )Darjah 1 3.3Tingkatan 3 10.0SPM 2 6.6STPM / Diploma 14 46.6Ijazah 10 33.3Lain-lain 0 0Jumlah 30 100.0Rajah 6 : Pendidikan RespondenSumber : Kajian Lapangan 20223.3%10%6.6%46.6%33.3%0%Pendidikan RespondenDarjah Tingkatan SPM STPM / Diploma Ijazah Lain-lainJumlah : 30 Orang


07070712113725Jadual dan rajah di atas menunjukkan taburan demografi responden berdasarkan taraf pendidikan. Daripada keseluruhan 30 orang responden yang terlibat dalam kajian ini, seramai 1 orang (3.3%) mempunyai taraf pendidikan peringkat darjah. Responden yang berpendidikan peringkat tingkatan pula berjumlah 3 orang (10%), manakala 2 orang responden (6.6%) mempunyai kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Responden yang mempunyai taraf pendidikan STPM atau Diploma merupakan kumpulan terbesar, iaitu seramai 14 orang (46.6%), diikuti oleh 10 orang responden (33.3%) yang berkelulusan Ijazah. Tiada responden yang tergolong dalam kategori pendidikan lain-lain.Peratusan tertinggi dalam kalangan responden berpendidikan STPM atau Diploma mungkin disebabkan oleh faktor masa lapang yang lebih fleksibel dalam kalangan golongan ini, membolehkan mereka lebih aktif terlibat dalam aktiviti rekreasi seperti berenang serta bersedia untuk memberikan kerjasama dalam soal selidik. Sebaliknya, bilangan responden yang hanya mempunyai pendidikan peringkat darjah adalah paling rendah, berkemungkinan kerana tahap kematangan dan kefahaman mereka terhadap tujuan kajian masih terbatas, sekali gus menyukarkan penglibatan mereka dalam soal selidik ini.4.2 Tahap Kualiti Prasarana Kolam RenangJadual 7 : Tahap Kualiti Prasarana Kolam Renang Komuniti di University Utama Condominium, Kota Kinabalu, SabahBil.Pernyataan Memuaskan( 1 )Sederhana( 2 ) Tidak Memuaskan (3)Tahap kualiti prasarana ( ƒ ) ( % ) ( ƒ ) ( % ) ( ƒ ) ( % )1. Kebersihan kolam renang terjamin 24 80.0 5 16.7 1 3.32. Waktu operasi yang fleksibel 10 33.3 14 46.7 6 20.03. Keselamatan pengguna terjamin 24 80.0 6 20.0 0 04. Banyak kemudahan disediakan 10 33.3 14 46.7 6 20.05. Pencahayaan pada waktu malam dalam keadaan yang baik8 26.7 14 46.7 8 26.7


07070712113726Berdasarkan jadual 7, responden telah memberikan maklum balas terhadap Objektif Kajian 1, iaitu menilai tahap kualiti prasarana kolam renang komuniti di University Utama Condominium, Kota Kinabalu, Sabah. Hasil dapatan menunjukkan bahawa dua aspek prasarana yang menerima tahap penilaian tertinggi iaitu Memuaskanialah kebersihan kolam renang (Kenyataan 1) dan keselamatan pengguna (Kenyataan 3). Sebaliknya, aspek yang paling banyak menerima penilaian Tidak Memuaskan ialah pencahayaan pada waktu malam (Kenyataan 5).Secara keseluruhan, dapat disimpulkan bahawa kolam renang komuniti di University Utama Condominium berada dalam keadaan yang memuaskan dari segi kebersihan dan keselamatan. Walau bagaimanapun, aspek pencahayaan pada waktu malam perlu diberi perhatian bagi memastikan keseluruhan kualiti prasarana berada pada tahap yang lebih baik.Rajah 7 : Analisis Peratusan Tahap Kualiti Kebersihan Kolam Renang Sumber : Kajian Lapangan 2022Berdasarkan rajah yang dikemukakan, satu analisis telah dijalankan bagi menilai tahap kualiti kebersihan prasarana kolam renang komuniti di University Utama Condominium, Kota Kinabalu, Sabah. Hasil kajian mendapati bahawa majoriti responden, iaitu seramai 24 orang (80%), berpendapat bahawa tahap kebersihan kolam renang adalah 80%16.7%3.3%Kebersihan kolam renang terjaminMemuaskan Sederhana Tidak MemuaskanJumlah : 30 Orang


07070712113727memuaskan. Manakala, 5 orang responden (16.7%) menyatakan bahawa tahap kebersihan berada pada paras sederhana, dan hanya seorang responden (3.3%) berpendapat bahawa kebersihan kolam renang adalah tidak memuaskan.Penemuan kuantitatif ini disokong oleh dapatan temu bual yang dirujuk dalam Lampiran (muka surat 55, baris 23–25), di mana seorang responden menyatakan: “Saya rasa kualiti kolam renang di sini ok lah, memuaskan. Tidak juga kotor sebab dia orang selalu kasih bersih kolam setiap hari Isnin.” Kenyataan ini memberikan gambaran bahawa terdapat usaha berterusan daripada pihak pengurusan untuk memastikan kebersihan kolam renang sentiasa terjaga, khususnya melalui pembersihan berkala yang dilakukan setiap minggu.Di samping itu, pemerhatian secara langsung yang telah dijalankan di lokasi kajian turut menyokong dapatan tersebut. Melalui gambar yang telah diambil semasa di lokasikajian yang dirujuk dalam Lampiran (M/S 59 , Gambar 1), didapati bahawa kawasan sekeliling kolam renang kelihatan terurus dan bebas daripada sampah sarap. Air kolam juga kelihatan jernih, menunjukkan bahawa sistem penapisan dan penyelenggaraan dijalankan dengan baik. Tiada kelihatan kesan lumut pada permukaan lantai atau dinding kolamrenang. Pemerhatian ini mengukuhkan lagi kesimpulan bahawa tahap kebersihan kolam renang komuniti ini adalah memuaskan dan terpelihara.Secara keseluruhannya, hasil analisis data kuantitatif dan kualitatif, serta sokongan daripada bukti pemerhatian visual, membolehkan pengkaji merumuskan bahawa tahap kebersihan kolam renang komuniti di University Utama Condominium adalah berada pada tahap yang memuaskan dan terjamin. Usaha penyelenggaraan yang konsisten oleh pihak pengurusan dilihat sebagai faktor utama kepada tahap kebersihan yang baik ini.


07070712113728Rajah 8 : Analisis Tahap Kualiti Waktu Operasi Kolam RenangSumber : Kajian Lapangan 2022Berdasarkan rajah yang ditunjukkan, analisis telah dijalankan bagi menilai tahap kualiti waktu operasi prasarana kolam renang komuniti di University Utama Condominium, Kota Kinabalu, Sabah. Daripada sejumlah 30 orang responden yang telah menjawab borang soal selidik, seramai 10 orang responden (33.3%) menyatakan bahawa waktu operasi kolam renang adalah memuaskan. Sementara itu, 14 orang responden (46.7%) menilai waktu operasi sebagai sederhana, manakala 6 orang responden (20%) berpendapat bahawa waktu operasi adalah tidak memuaskan. Dapatan ini menunjukkan bahawa majoriti responden memberikan penilaian sederhana terhadap waktu operasi kolam renang tersebut.Penemuan ini turut disokong melalui dapatan temu bual yang dijalankan oleh pengkaji. Responden 1 (bukan nama sebenar) menyatakan: “Oh kalau yang tu saya rasa kurang memuaskanlah sebab kolam renang ni buka dari jam 9 pagi sampai 7 malam saja. Adik-adik saya pun selalu merungut sebab dia orang rasa tidak puas mandi-mandi kan.”(Lampiran; M/S 55-56, Baris 30–33). Sebaliknya, Responden 2 (bukan nama sebenar) memberikan pandangan yang berbeza dan menyatakan: “Dalam jam 5 begitu saya selalu datang sini. Saya rasa waktu operasinya memuaskanlah juga sebab masa lapang saya memang selalu waktu petang sahaja.” (Lampiran; M/S 57, Baris 32–34). Kedua-dua 33.3%46.7%20%Waktu operasi yang fleksibelMemuaskan Sederhana Tidak MemuaskanJumlah : 30 Orang


07070712113729kenyataan ini menunjukkan bahawa pandangan terhadap waktu operasi kolam renang bergantung kepada keperluan dan kesesuaian masa individu.Secara keseluruhannya, walaupun majoriti responden menilai waktu operasi sebagai sederhana, terdapat juga responden yang berpuas hati dengan jadual operasi yang telah ditetapkan. Pengkaji merumuskan bahawa persepsi terhadap waktu operasi kolam renang bergantung kepada kelapangan waktu pengguna masing-masing untuk mengunjungi fasiliti tersebut.Rajah 9 : Analisis Tahap Kualiti Keselamatan Pengguna Kolam RenangSumber : Kajian Lapangan 2022Rajah 9 menunjukkan analisis peratusan tahap kualiti prasarana kolam renang komuniti di University Utama Condominium, Kota Kinabalu, Sabah berdasarkan aspek keselamatan pengguna. Hasil kajian mendapati bahawa seramai 24 orang responden (80%) berpendapat tahap keselamatan kolam renang adalah memuaskan. Manakala, seramai 6 orang responden (20%) memberikan penilaian sederhana. Tiada responden yang menilai tahap keselamatan sebagai tidak memuaskan.Dapatan ini jelas menunjukkan bahawa majoriti responden berpuas hati dengan tahap keselamatan yang disediakan. Antara faktor yang menyumbang kepada persepsi 80%20%0%Keselamatan pengguna terjaminMemuaskan Sederhana Tidak MemuaskanJumlah : 30 Orang


07070712113730positif ini termasuklah kewujudan pengawal keselamatan, pelampung kecemasan serta papan tanda keselamatan yang diletakkan di kawasan kolam renang. Langkah-langkah ini menunjukkan bahawa pihak pengurusan prasarana menitikberatkan keselamatan pengguna.Hasil temu bual yang dijalankan oleh pengkaji turut menyokong penemuan ini. Responden 1 (bukan nama sebenar) menyatakan: “Keselamatan di sini pun ok juga sebab dia orang ada pengawal keselamatan, ada papan tanda juga, macam kalau lantai licin, dia orang letak tu papan tanda. Pernah satu hari tu saya nampak ada lantai retak teruk jugalah. Tiga hari lepas tu saya datang balik, tiada suda tu retak. Jadi bagi saya dia orang sangat pentingkan keselamatan pengguna. Penyelenggaraan pun mantap.” (Lampiran; M/S 55-56, Baris 21–23 dan 36–39).Secara keseluruhannya, dapatan kajian ini membuktikan bahawa aspek keselamatan pengguna merupakan salah satu komponen utama dalam penilaian kualiti kolam renang komuniti yang menerima tahap kepuasan tertinggi dalam kalangan responden. Menurut pandangan pengkaji, keselamatan pengguna amat penting untuk diberi perhatian agar risiko kemalangan dapat dikurangkan dan kesejahteraan pengguna sentiasa terpelihara.


07070712113731Rajah 10 : Analisis Tahap Kualiti Kemudahan yang Disediakan di Kolam RenangSumber : Kajian Lapangan 2022Rajah 10 menunjukkan analisis peratusan tahap kualiti prasarana kolam renang komuniti di University Utama Condominium, Kota Kinabalu, Sabah berdasarkan aspek keselamatan pengguna. Hasil kajian mendapati bahawa seramai 24 orang responden (80%) berpendapat tahap keselamatan kolam renang adalah memuaskan. Manakala, seramai 6 orang responden (20%) memberikan penilaian sederhana. Tiada responden yang menilai tahap keselamatan sebagai tidak memuaskan.Dapatan ini jelas menunjukkan bahawa majoriti responden berpuas hati dengan tahap keselamatan yang disediakan. Antara faktor yang menyumbang kepada persepsi positif ini termasuklah kewujudan pengawal keselamatan, pelampung kecemasan serta papan tanda keselamatan yang diletakkan di kawasan kolam renang. Langkah-langkah ini menunjukkan bahawa pihak pengurusan prasarana menitikberatkan keselamatan pengguna.Hasil temu bual yang dijalankan oleh pengkaji turut menyokong penemuan ini. Responden 1 (bukan nama sebenar) menyatakan: “Keselamatan di sini pun ok juga sebab dia orang ada pengawal keselamatan, ada papan tanda juga, macam kalau lantai licin, 33.3%46.7%20%Terdapat banyak kemudahan yang disediakanMemuaskan Sederhana Tidak MemuaskanJumlah : 30 Orang


07070712113732dia orang letak tu papan tanda. Pernah satu hari tu saya nampak ada lantai retak teruk jugalah. Tiga hari lepas tu saya datang balik, tiada suda tu retak. Jadi bagi saya dia orang sangat pentingkan keselamatan pengguna. Penyelenggaraan pun mantap.” (Lampiran; M/S 55-56, Baris 21–23 dan 36–39).Secara keseluruhannya, dapatan kajian ini membuktikan bahawa aspek keselamatan pengguna merupakan salah satu komponen utama dalam penilaian kualiti kolam renang komuniti yang menerima tahap kepuasan tertinggi dalam kalangan responden. Menurut pandangan pengkaji, keselamatan pengguna amat penting untuk diberi perhatian agar risiko kemalangan dapat dikurangkan dan kesejahteraan pengguna sentiasa terpelihara.Rajah 11 : Analisis Tahap Kualiti Keadaan Pencahayaan Lampu Kolam Renang Pada Waktu Malam Sumber: Kajian Lapangan 2022Rajah 11 menunjukkan analisis peratusan tahap kualiti prasarana kolam renang komuniti di University Utama Condominium, Kota Kinabalu, Sabah berdasarkan aspek pencahayaan lampu kolam renang pada waktu malam. Hasil analisis daripada 30 orang responden yang menjawab borang soal selidik menunjukkan bahawa seramai 8 orang 26.7%46.7%26.7%Pencahayaan lampu pada waktu malam dalam keadaan yang baikMemuaskan Sederhana Tidak MemuaskanJumlah : 30 Orang


07070712113733(26.7%) berpendapat bahawa tahap pencahayaan pada waktu malam adalah memuaskan. Sementara itu, seramai 14 orang responden (46.7%) memberikan penilaian sederhana, manakala 8 orang responden (26.7%) menilai pencahayaan tersebut sebagai tidak memuaskan.Dapatan ini menunjukkan bahawa majoriti responden memilih tahap sederhanabagi kualiti pencahayaan lampu kolam renang pada waktu malam. Salah satu faktor yang mungkin menyumbang kepada penilaian ini adalah penggunaan lampu yang malap dan tidak memberikan pencahayaan yang mencukupi di sekitar kolam pada waktu malam.Sehubungan itu, dapat disimpulkan bahawa pencahayaan kolam renang pada waktu malam berada pada tahap yang sederhana. Menurut pengkaji, hal ini mungkin berpunca daripada waktu operasi kolam renang yang terhad, iaitu dari jam 9 pagi hingga 7 malam seperti yang dinyatakan oleh Responden 1 dalam temu bual. Waktu operasi yang tidak melibatkan penggunaan pada lewat malam menyebabkan pihak pengurusan kurang menitikberatkan pencahayaan di kawasan tersebut.4.3 Kesan Prasana Kolam Renang Terhadap Kesihatan MasyarakatJadual 8 : Kesan Utama Prasarana Kolam Renang Komuniti Dalam Meningkatkan TahapKesihatan di University Utama Condominium, Kota Kinabalu, SabahBil.Pernyataan Memuaskan( 1 )Sederhana( 2 ) Tidak Memuaskan (3)Kesan prasarana kolam renang terhadap kesihatan masyarakat ( ƒ ) ( % ) ( ƒ ) ( % ) ( ƒ ) ( % )1. Meningkatkan kecergasan fizikal 29 96.6 1 3.3 0 02. Menggalakan aktiviti sosial yang sihat24 80.0 6 20.0 0 03. Mencegah risiko penyakit tidak berjangkit (NCD)11 36.6 13 43.3 6 20.04. Meningkatkan kesejahteraan mental 25 83.3 5 16.6 0 05 Membantu mengawal berat badan 10 33.3 13 43.3 7 23.3


07070712113734Jadual 8 menunjukkan analisis keseluruhan terhadap kesan utama prasarana kolam renang komuniti dalam meningkatkan tahap kesihatan masyarakat di University Utama Condominium, Kota Kinabalu, Sabah. Hasil analisis menunjukkan bahawa kenyataan yang paling banyak dipersetujui oleh responden ialah kenyataan 1, iaitu kolam renang komuniti dapat meningkatkan kecergasan fizikal. Sebaliknya, kenyataan yang menerima jumlah paling rendah persetujuan ialah kenyataan 5, iaitu kolam renang membantu dalam mengawal berat badan. Dapatan ini menunjukkan bahawa majoriti responden mengaitkan penggunaan kolam renang komuniti secara langsung dengan peningkatan tahap kecergasan fizikal. Hal ini dapat dijelaskan melalui hakikat bahawa aktiviti berenang merupakan salah satu bentuk senaman aerobik yang efektif untuk meningkatkan daya tahan fizikal, kekuatan otot, dan kecergasan keseluruhan.Oleh itu, kewujudan prasarana kolam renang komuniti di University Utama Condominium dilihat mampu memberikan impak positif terhadap tahap kesihatan penduduk, khususnya dalam aspek kecergasan fizikal, sekali gus menyumbang ke arah gaya hidup yang lebih sihat dalam kalangan masyarakat.Rajah 12 : Analisis Kesan Utama Prasarana Kolam Renang Komuniti dalam Meningkatkan Kecergasan FizikalSumber : Kajian Lapangan 202297%3%0%Meningkatkan kecergasan fizikalSetuju Tidak Pasti Tidak Setuju Jumlah : 30 Orang


07070712113735Rajah 12 menunjukkan analisis terhadap kesan utama prasarana kolam renang komuniti dalam meningkatkan tahap kesihatan masyarakat. Berdasarkan hasil kajian, seramai 29 daripada 30 orang responden (96.6%) bersetuju bahawa penggunaan kolam renang komuniti dapat meningkatkan kecergasan fizikal dalam kalangan masyarakat. Hanya seorang responden (3.4%) yang memberikan jawapan tidak pasti terhadap kenyataan ini. Dapatan ini menunjukkan bahawa hampir keseluruhan responden menyokong kenyataan bahawa kolam renang memberi impak positif terhadap kecergasan fizikal individu.Penemuan ini disokong oleh hasil temu bual yang dijalankan bersama Responden 1 (bukan nama sebenar), yang menyatakan: “Ya, saya jarang bersenam macam berjoging tu jadi saya rasa berenang pun ok lah sebab berenang pun salah satu aktiviti rekreasi juga kan.” (Lampiran; M/S 56, Baris 43–45).Kenyataan ini mengukuhkan dapatan kajian kuantitatif bahawa aktiviti berenang bukan sahaja menjadi alternatif kepada senaman lain, tetapi juga berfungsi sebagai satu bentuk rekreasi yang mampu menyumbang kepada peningkatan tahap kecergasan fizikal.Secara keseluruhannya, dapat disimpulkan bahawa meningkatkan kecergasan fizikal merupakan salah satu kesan utama kewujudan prasarana kolam renang komuniti, dan ia diakui secara jelas oleh hampir semua responden yang terlibat dalam kajian ini.Rajah 13 : Analisis Kesan Utama Prasarana Kolam Renang Komuniti Dalam Menggalakkan Aktiviti Sosial Yang SihatSumber : Kajian Lapangan 202280%20%0%Menggalakkan aktiviti sosial yang sihatSetuju Tidak Pasti Tidak SetujuJumlah : 30 Orang


07070712113736Rajah 13 menunjukkan analisis terhadap kesan utama prasarana kolam renang komuniti dalam meningkatkan tahap kesihatan masyarakat, khususnya dari aspek penggalakan aktiviti sosial yang sihat. Hasil kajian menunjukkan bahawa seramai 24 orang responden (80%) bersetuju bahawa kolam renang komuniti berperanan dalam menggalakkan aktiviti sosial yang sihat dalam kalangan masyarakat. Manakala, seramai 6 orang responden (20%) memberikan jawapan tidak pasti, dan tiada responden yang menyatakan ketidaksetujuan terhadap kenyataan ini.Dapatan ini menunjukkan bahawa majoriti responden berpandangan positif terhadap peranan kolam renang sebagai ruang yang bukan sahaja menyokong kesihatan fizikal, tetapi juga menggalakkan interaksi sosial yang sihat. Aktiviti berenang sering dilakukan secara berkumpulan atau dalam suasana komuniti, sekali gus mewujudkan peluang untuk berinteraksi dan menjalinkan hubungan sosial yang baik.Hasil temu bual yang dijalankan oleh pengkaji turut menyokong dapatan ini. Seorang responden menyatakan: “Ya, sebab kalau kita berenang kan banyak menggunakan tangan dan kaki, jadi tangan dan kaki kita tu banyak buat pergerakanlah.” (Lampiran; M/S 56, Baris 48–49). Walaupun kenyataan ini lebih merujuk kepada aspek fizikal, ia turut menggambarkan bahawa aktiviti berenang memerlukan penyertaan aktif yang sering berlaku dalam konteks sosial yang melibatkan kerjasama dan kehadiran orang lain.Secara keseluruhannya, kenyataan bahawa prasarana kolam renang komuniti mampu menggalakkan aktiviti sosial yang sihat disokong oleh data kuantitatif dan kualitatif. Aktiviti berenang bukan sahaja memberi manfaat kesihatan, malah menyediakan ruang interaksi yang kondusif bagi membina hubungan sosial yang lebih erat dalam kalangan penduduk.


07070712113737Rajah 14 : Analisis Kesan Utama Prasarana Kolam Renang Komuniti Dalam Mencegah Risiko Penyakit Tidak Berjangkit (NCD)Sumber : Kajian Lapangan 2022Rajah 14 menunjukkan analisis terhadap kesan utama prasarana kolam renang komuniti dalam meningkatkan tahap kesihatan masyarakat, khususnya dari aspek pencegahan penyakit tidak berjangkit (Non-Communicable Diseases, NCD). Hasil kajian mendapati bahawa seramai 11 daripada 30 orang responden (36.6%) bersetuju bahawa kolam renang komuniti mampu membantu mencegah risiko NCD. Sementara itu, seramai 13 orang responden (43.3%) menyatakan tidak pasti, manakala 6 orang responden (20%) tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut.Analisis ini menunjukkan bahawa sebahagian besar responden tidak pasti atau kurang pengetahuan mengenai kaitan antara aktiviti berenang dengan pencegahan penyakit tidak berjangkit. Walau bagaimanapun, dari sudut kesihatan, aktiviti berenang merupakan sejenis senaman kardiovaskular yang terbukti dapat membantu meningkatkan fungsi jantung, memperbaiki peredaran darah dan mengekalkan berat badan yang sihat, seterusnya mengurangkan risiko pelbagai penyakit kronik seperti darah tinggi, diabetes dan penyakit jantung (Dr. Kenneth H. Cooper, 1968).36.6%43.3%20%Mencegah risiko penyakit tidak berjangkit (NCD)Setuju Tidak Pasti Tidak SetujuJumlah : 30 Orang


07070712113738Sehubungan itu, pernyataan bahawa kolam renang komuniti dapat membantu mencegah risiko penyakit tidak berjangkit adalah berasas dari perspektif kesihatan. Namun begitu, pengkaji merumuskan bahawa tahap kesedaran masyarakat terhadap manfaat aktiviti berenang dalam pencegahan NCD masih rendah dan memerlukan usaha pemupukan pengetahuan yang lebih menyeluruh dalam kalangan komuniti.Rajah 15 : Analisis Kesan Utama Prasarana Kolam Renang Komuniti Dalam Meningkatkan Kesejahteraan MentalSumber : Kajian Lapangan 2022Rajah 15 menunjukkan analisis terhadap kesan utama prasarana kolam renang komuniti dalam meningkatkan tahap kesihatan masyarakat, khususnya dari segi kesejahteraan mental individu. Hasil kajian mendapati bahawa seramai 25 daripada 30 orang responden (83.3%) bersetuju bahawa kolam renang komuniti mampu menyumbang kepada peningkatan kesejahteraan mental. Manakala, seramai 5 orang responden (16.6%) menyatakan tidak pasti, dan tiada responden yang tidak bersetuju terhadap kenyataan ini.Dapatan ini jelas menunjukkan bahawa majoriti responden mengakui manfaat kolam renang komuniti dalam menyokong kesihatan mental. Aktiviti berenang yang 83.3%16.6%0%Meningkatkan kesejahteraan mentalSetuju Tidak Pasti Tidak SetujuJumlah : 30 Orang


07070712113739dilakukan dalam suasana santai dan tenang dipercayai dapat membantu individu mengurangkan tekanan dan emosi negatif.Penemuan ini turut disokong oleh hasil temu bual bersama Responden 2 (bukan nama sebenar), yang menyatakan: “Mungkin ya, sebab kalau saya stres atau tekanan kerja, saya akan berenanglah. Itu sangat membantu saya mengatasi stres saya.” (Lampiran; M/S 58, Baris 46–48). Kenyataan ini menunjukkan bahawa aktiviti berenang menjadi salah satu mekanisme penyaluran tekanan yang berkesan bagi individu yang mengalami tekanan emosi atau beban kerja.Secara keseluruhannya, kenyataan bahawa prasarana kolam renang komuniti mampu meningkatkan kesejahteraan mental merupakan antara kesan utama yang diakui oleh sebahagian besar responden. Pengkaji berpendapat bahawa aktiviti berenang boleh merangsang penghasilan hormon endorfin dalam tubuh, yang berperanan penting dalam meningkatkan perasaan gembira dan menstabilkan kesihatan mental seseorang.Rajah 16 : Analisis Kesan Utama Prasarana Kolam Renang Komuniti Dalam Membantu Mengawal Berat BadanSumber : Kajian Lapangan 202233.3%43.3%23.3%Membantu mengawal berat badanSetuju Tidak Pasti Tidak SetujuJumlah : 30 Orang


07070712113740Rajah 16 menunjukkan analisis terhadap kesan utama prasarana kolam renang komuniti dalam meningkatkan tahap kesihatan masyarakat, khususnya dari aspek kawalan berat badan individu. Hasil kajian menunjukkan bahawa seramai 10 orang responden (33.3%) bersetuju bahawa kolam renang komuniti dapat membantu mengawal berat badan. Sementara itu, seramai 13 orang responden (43.3%) menyatakan tidak pasti, manakala 7 orang responden (23.3%) tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut. Dapatan ini menunjukkan bahawa sebahagian besar responden masih ragu-ragu terhadap keberkesanan aktiviti berenang dalam pengawalan berat badan.Namun begitu, hasil temu bual bersama Responden 2 (bukan nama sebenar) memberikan sokongan terhadap kenyataan ini. Responden menyatakan: “Ya. Saya dari dulu hobi berenang, makan banyak mana pun berat badan saya tetap maintain walaupun bukan berenang saja yang buatkan berat badan saya maintain tapi ianya salah satu sebablah.” (Lampiran; M/S 58, Baris 40–43). Kenyataan ini menggambarkan bahawa aktiviti berenang, apabila diamalkan secara konsisten, boleh menyumbang kepada pengawalan berat badan melalui pembakaran kalori dan peningkatan metabolisme tubuh.Secara keseluruhannya, walaupun majoriti responden menyatakan ketidakpastian terhadap kesan kolam renang komuniti dalam mengawal berat badan, terdapat bukti kualitatif yang menyokong pernyataan tersebut. Aktiviti berenang merupakan sejenis senaman yang menyeluruh dan efektif, yang mampu membantu individu mengekalkan berat badan ideal serta menyokong gaya hidup sihat.4.4 PenutupSecara keseluruhannya, bab ini telah membentangkan dapatan kajian serta analisis data yang diperoleh berkaitan prasarana kolam renang komuniti dan kesannya terhadap tahap kesihatan masyarakat. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap kualiti kemudahan, penyelenggaraan, serta aspek keselamatan memainkan peranan penting dalam mempengaruhi penggunaan kolam renang oleh penduduk.


07070712113741BAB 5KESIMPULAN5.0 PengenalanBab ini membincangkan rumusan keseluruhan kajian yang telah dijalankan berkaitan penilaian prasarana kolam renang komuniti serta kesannya terhadap tahap kesihatan masyarakat. Perbincangan merangkumi ringkasan dapatan kajian, kesimpulan berdasarkan objektif kajian, serta implikasi kajian terhadap komuniti setempat.5.1 RumusanSecara keseluruhannya, bab ini merumuskan dapatan kajian yang telah dijalankan bagi menilai tahap kualiti prasarana kolam renang komuniti serta kesannya terhadap tahap kesihatan masyarakat di University Utama Condominium, Kota Kinabalu, Sabah. Rumusan ini dibuat berdasarkan analisis data yang telah dikumpulkan selaras dengan objektif kajian yang telah ditetapkan.Bagi memenuhi objektif pertama iaitu mengenal pasti tahap kualiti kolam renang komuniti di University Utama Condominium, Kota Kinabalu, Sabah, dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kebersihan dan keselamatan kolam renang merupakan dua aspek utama yang paling memuaskan dan mendapat penilaian tertinggi daripada responden. Ini membuktikan bahawa pihak pengurusan kolam renang menitikberatkan aspek penjagaan kebersihan dan keselamatan pengguna secara berterusan. Walau bagaimanapun, terdapat aspek lain seperti waktu operasi, kemudahan yang disediakan, dan pencahayaan pada waktu malam yang turut dinilai tetapi kurang mendapat perhatian daripada responden. Hal ini menunjukkan bahawa walaupun aspek-aspek tersebut tersedia, ia tidak dianggap sebagai penentu utama dalam menilai tahap kualiti kolam renang oleh pengguna.Sementara itu, bagi objektif kedua iaitu mengkaji kesan utama penggunaan kolam renang komuniti terhadap peningkatan tahap kesihatan masyarakat, hasil kajian mendapati


07070712113742bahawa majoriti responden bersetuju bahawa penggunaan kolam renang komuniti dapat meningkatkan kecergasan fizikal. Aktiviti berenang dilihat sebagai satu bentuk senaman yang berkesan dan menyumbang kepada gaya hidup sihat. Walaupun begitu, kesan-kesan lain seperti menggalakkan aktiviti sosial yang sihat, mencegah penyakit tidak berjangkit (NCD), meningkatkan kesejahteraan mental, dan membantu mengawal berat badan menunjukkan tahap persetujuan yang lebih rendah dalam kalangan responden. Keadaan ini mungkin berpunca daripada kurangnya kesedaran atau pengetahuan tentang manfaat menyeluruh aktiviti berenang terhadap kesihatan secara holistik.Secara keseluruhannya, kedua-dua objektif kajian telah berjaya dicapai dengan menunjukkan bahawa prasarana kolam renang komuniti bukan sahaja mempunyai tahap kualiti yang baik dari aspek kebersihan dan keselamatan, malah turut memberi sumbangan positif kepada tahap kesihatan masyarakat, terutamanya dalam meningkatkan kecergasan fizikal.5.2 KesimpulanSecara keseluruhannya, kajian ini telah berjaya mencapai kedua-dua objektif yang ditetapkan. Objektif pertama iaitu untuk mengenal pasti tahap kualiti kolam renang komuniti di University Utama Condominium menunjukkan bahawa aspek kebersihan dan keselamatan merupakan elemen paling utama yang dinilai positif oleh majoriti responden. Ini membuktikan bahawa pengurusan kolam renang menitikberatkan keselesaan dan keselamatan pengguna. Walaupun terdapat kemudahan lain seperti waktu operasi, pencahayaan dan kemudahan tambahan yang disediakan, aspek-aspek ini kurang mendapat perhatian, menunjukkan keperluan untuk penambahbaikan dari sudut keberkesanan dan kesesuaian penggunaannya.Bagi objektif kedua, dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan kolam renang komuniti memberi kesan positif terhadap peningkatan tahap kesihatan masyarakat, khususnya dalam aspek kecergasan fizikal. Namun begitu, kesan lain seperti menggalakkan aktiviti sosial yang sihat, mencegah penyakit tidak berjangkit, meningkatkan kesejahteraan mental dan membantu mengawal berat badan kurang


07070712113743mendapat perhatian responden, kemungkinan disebabkan kurangnya pengetahuan atau kesedaran tentang faedah menyeluruh aktiviti berenang.Secara tuntas, kolam renang komuniti bukan sahaja menjadi kemudahan riadah, malah mampu memberi manfaat besar dari segi kesihatan fizikal dan mental. Oleh itu, penambahbaikan berterusan amat diperlukan bagi meningkatkan mutu prasarana dan tahap kesedaran masyarakat terhadap kepentingannya.5.3 PenutupSecara keseluruhannya, bab ini telah merumuskan dapatan utama kajian serta menghuraikan kesimpulan berdasarkan objektif yang telah ditetapkan. Kajian ini menunjukkan bahawa prasarana kolam renang komuniti di University Utama Condominium berada pada tahap yang memuaskan, khususnya dari aspek kebersihan dan keselamatan, di samping memberi impak positif terhadap tahap kesihatan masyarakat.


07070712113744RUJUKANBailey, K. D. (1984). Methods of Social Reseacrh. New York: The Free Press.Cooper, K. H. (1968). Aerobics. New York: Bantam Books.Dewan Bahasa dan Pustaka. (2005). Kamus Dewan (Edisi Keempat). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Dewan Bahasa dan Pustaka. (2010). Ensiklopedia sukan dan rekreasi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Majlis Keselamatan Negara. (2020). Panduan aktiviti rekreasi air selamat. Putrajaya: Jabatan Perdana Menteri.Majlis Keselamatan Negara. (2021). Laporan tahunan kesihatan dan keselamatan awam. Putrajaya: Jabatan Perdana Menteri.Marson, J. (1998). Quantitative methods. Dalam J. S. Taylor & R. Bogdan (Pnyt.), Quantitative Research Methods: A Guide Book and Resource (hlm. 85-88). London: Jonh Wiley & Sons, Inc.Pertubuhan Perancang Malaysia (MIP). (2021). Laporan perancangan prasarana sukan dan rekreasi kebangsaan. Kuala Lumpur: Pertubuhan Perancang Malaysia.


07070712113745LAMPIRAN 1BORANG KAJI SELIDIKSetiap responden yang mengisi borang kaji selidik dimohon supaya menjawab soalansoalan berikut dengan jujur dan telus.BAHAGIAN A : DEMOGRAFI RESPONDENTandakan ( / ) pada ruangan yang disediakan1. Jantina : Lelaki ( ) Perempuan ( )2. Umur : 17 tahun ke bawah ( ) 18 – 30 tahun ( )31 – 50 tahun ( )51 tahun ke atas ( )3. Asal tempat tinggal : Asal tempat ini ( ) Asal tempat lain ( )4. Bangsa : Melayu ( ) Cina ( )India ( )Lain-lain ( )( Nyatakan )5. Agama : Islam ( ) Kristian( )Buddha ( )Hindu ( )Lain-Lain ( )( Nyatakan ) :6. Pendidikan : Darjah ( ) Tingkatan ( ) SPM ( ) STPM/Diploma ( ) Ijazah ( ) ( Nyatakan) :


07070712113746BAHAGIAN B ( Objektif Kajian 1 )Baca dengan teliti setiap perkataan. Pilih satu jawapan dengan menandakan (/)dalam ruang yang berkenaan berdasarkan skala yang diberikan berikut.Skala1 = Memuaskan 2 = Sederhana 3 = Tidak Memuaskan1. Antara tahap kualiti prasarana kolam renang komuniti ini adalah seperti berikut :Bil. Kenyataann 1 2 31. Kebersihan kolam renang terjamin2. Waktu operasi yang fleksibel3. Keselamatan pengguna terjamin4. Terdapat banyak kemudahan yang disediakan5. Pencahayaan pada waktu malam dalam keadaan yang baikBAHAGIAN C ( Objektif Kajian 2 )Skala1 = Setuju 2 = Tidak Pasti 3 = Tidak Setuju2. Pada pendapat saya, kesan utama kolam renang komuniti dalam meningkatkan tahap kesihatan dalam kalangan masyarakat di Universiti Utama Condominium adalah seperti berikut :Bil. Kenyataan 1 2 31. Meningkatkan kecergasan fizikal2. Menggalakkan aktiviti sosial yang sihat3. Mencegah risiko penyakit tidak berjangkit (NCD)4. Meningkatkan kesejahteraan mental5. Membantu mengawal berat badan


07070712113747LAMPIRAN 2Transkirp Temu Bual Responden 1Nama Responden : Responden 1Umur : 23 tahunTempat Tinggal : 2Q, University Utama CondominiumPengkaji Selamat petang cik, saya pelajar Kolej Tingkatan Enam Kota Kinabalu, boleh saya temu bual cik untuk kajian kerja kursus saya ?Responden Kajian tentang apa tu ya dik ?Pengkaji Oh kajiannya hanya tentang kolam renang ni sahaja.Responden Ok boleh.Pengkaji Terima kasih cik, boleh saya tahu nama cik, umur dan cik tinggal di perumahan UUC ni ka ?Responden Nama saya Responden 1 , umur 23 tahun , ya saya tinggal sini blok 2Q.Pengkaji Berapa lama cik tinggal di sini ?Responden 3 tahun.Pengkaji Oh sudah cukup lama juga ya. Baiklah saya ingin bertanya, Adakah cik sering datang ke kolam renang ini ?Responden Ya, selalu. Saya selalu teman adik-adik saya di sini. Saya pun ikut dia orang berenang.Pengkaji Boleh saya tahu pandangan cik tentang tahap kualiti kolam renang di UUC ini ?Objektif 1Responden Saya rasa kualiti kolam renang di sini ok lah, memuaskan. Tidak juga kotor sebab dia orang selalu kasih bersih kolam setiap hari isnin. Keselamatan di sini pun ok juga sebab dia orang ada pengawal keselamatan, ada papan tanda juga, macam kalau lantai licin, dia orang letak tu papan tanda.Pengkaji Baiklah. Pandangan cik tetang waktu operasi kolam renang ini pula ?


07070712113748Responden Oh kalau yang tu saya rasa kurang memuaskanlah sebab kolam renang ni buka dari jam 9 pagi sampai 7 malam saja. Adik-adik saya pun selalu merungut sebab dia orang rasa tidak puas mandi-mandi kan.Pengkaji Oh, saya faham. Cik selalu datang sini , pernahkah cik nampak macam ada kerosakan berlaku ? Adakah penyelenggaraan dilakukan ?Responden Pernah satu hari tu saya nampak ada lantai retak teruk jugalah. Tiga hari lepas tu saya datang balik , tiada suda tu retak. Jadi bagi saya dia orang sangat pentingkan keselamatan pengguna. Penyelenggaraan pun mantap.Pengkaji Ok soalan seterusnya, adakah cik berasa penggunaan kolam renang membantu cik dalam meningkatkan tahap kesihatan cik ?Objektif 2Responden Ya, saya jarang bersenam macam berjoging tu jadi saya rasa berenang pun ok lah sebab berenang pun salah satu aktiviti rekreasi juga kan. Pengkaji Adakah cik rasa kolam renang ni membantu cik dalam mengamalkan gaya hidup sihat ? Mengapa ?Responden Ya, sebab kalau kita berenang kan banyak menggunakan tangan dan kaki, jadi tangan dan kaki kita tu banyak buat pergerakanlah.Pengkaji Baiklah soalan terakhir, apakah cadangan cik untuk menggalakkan lagi masyarakat datang ke kolam renang ini supaya mereka dapat meningkatkan tahap kesihatan mereka ?Responden Cadangan saya, mungkin turunkan harga tiket masuk.Pengkaji Baiklah, terima kasih atas kesudian cik berbual dengan saya.Responden Sama-sama.


07070712113749LAMPIRAN 3Transkrip Temu Bual Responden 2Nama Responden : Responden 2Umur : 27 tahunTempat Tinggal : 3S, University Utama CondominiumPengkaji Selamat petang tuan, saya pelajar Kolej Tingkatan Enam Kota Kinabalu, boleh saya temu bual cik untuk kajian kerja kursus saya ?Responden Boleh silakan. Kajian tentang apa ya ?Pengkaji Kajian mengenai kolam renang ini sahajaResponden Ok boleh.Pengkaji Terima kasih tuan, boleh saya tahu nama tuan, umur dan adakah tuan tinggal di perumahan UUC ni ? Blok berapa ?Responden Nama saya Responden 2, umur saya 27 tahun , ya saya tinggal di blok 3S.Pengkaji Sudah berapa lama tuan tinggal di sini ?Responden Saya tinggal sini baru setahun.Pengkaji Oh baru saja. Adakah tuan sering datang ke kolam renang ini ?Responden Ya, sebelum saya pindah sini saya memang cari rumah yang ada kolam renang sebab memang hobi saya berenang.Pengkaji Oh, baiklah saya mahu bertanya, bagaimana pandangan tuan terhadap tahap kualiti kolam renang di UUC ni ?Objektif 1Responden Pandangan saya, kualitinya okay lah. Tidak teruk, tidak juga telampau okay, sederhana bagi saya. Pengkaji Boleh saya tahu kenapa tuan rasa tahap kualiti kolam renang ini sederhana ?Responden Sebab saya sebagai orang yang hobi berenang ni rasa, keluasan kolam renangnya sederhana sahaja. Tidak terlalu luas. Tapi untuk kebersihan di kolam ni memang terbaiklah. Dia orang sangat mementingkan kebersihan dan keselamatan pengguna.


07070712113750Pengkaji Terima kasih atas pandangan tuan. Jam berapa tuan selalu datang sini dan tuan rasa waktu operasi kolam renang ni fleksibel atau tidak ?Responden Dalam jam 5 begitu saya selalu datang sini. Saya rasa waktu operasinya memuaskanlah juga sebab masa lapang saya memang selalu waktu petang sahaja.Pengkaji Baiklah. Bagaimana pula dengan kemudahan yang disediakan ?Responden Bagi saya, memuaskan juga cuma satu saja, tiada disediakan pancuran air di bahagian luar, jadi perlu pergi tandas lagi.Pengkaji Oh faham. Soalan seterusnya, tuan rasa penggunaan kolam renang ni dapat meningkatkan tahap kesihatan tuan ?Objektif 2Responden Ya. Saya dari dulu hobi berenang, makan banyak mana pun berat badan saya tetap maintain walaupun bukan berenang saja yang buatkan berat badan saya maintain tapi ianya salah satu sebablah.Pengkaji Ya saya setuju pendapat tuan. Adakah tuan rasa berenang mampu meningkatkan kesejahteraan mental ?Responden Mungkin ya, sebab kalau saya stres atau tekanan kerja, saya akan berenanglah. Itu sangat membantu saya mengatasi stres saya.Pengkaji Soalan terakhir dari saya, apa cadangan tuan untuk menggalakkan orang ramai menggunakan prasarana kolam renang ini sebagai rekreasi yang dapat meningkatkan tahap kesihatan orang ramai ?Responden Cadangan saya mungkin sebarkan manfaat berenang di media sosial atau berikan harga promosi pada waktu cuti.Pengkaji Baiklah, terima kasih tuan atas kesudian berbual dengan saya.Responden Sama-sama dik.


Click to View FlipBook Version