The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Cg Manniseh, 2021-10-05 02:55:08

Modul JTTS SM6 - Answer

Modul JTTS SM6 - Answer

Arahan menggunakan Modul JTTS ini:

1. Modul ini dikenali sebagai JTTS yang bermaksud Jawab Terus Tanda Sendiri.
2. Pelajar wajib menjawab dahulu soalan yang diberikan mengikut masa yang ditetapkan

tanpa rujukan.
3. Setelah siap, pelajar perlu semak jawaban anda berdasarkan cadangan jawaban yang

diberikan dalam QR code yang diberikan bagi setiap set soalan.
4. Pelajar perlu menulis jawaban pada kertas kajang / kertas graf anda sendiri baru membuat

semakan menggunakan pen berwarna merah.
5. Kumpulkan semua hasil aktiviti daripada modul ini, dan serahkan kepada guru anda

apabila kembali ke sekilah secara bersemuka.
6. Selamat melaksanakan aktiviti modul ini.

SM 6
Cadangan Jawaban

Soalan Struktur

1. Empat faktor yang menyebabkan pertumbuhan ekonomi negara pada masa ini tidak konsistent.
[4]

i. Perasaingan ekonomi di peringkat global
ii. Turun naik harga komoditi antarabangsa
iii. Krisis kewangan
iv. Tarif dan kuota
v. Persaingan dengan negara berkepentingan
vi. Kekurangan tenaga buruh

2. Dua kesan positif penyediaan perkhidmatan pengangkutan awam yang berkesan. [4]

i. Mengatasi masalah kesesakan lalulintas dengan itu dapat menjimatkan masa ke sesuatu destinasi.

ii. Menyediakan peluang pekerjaan seperti pemandu, mekanik, juruwang di kaunter tiket

iii. Memudahkan pengagihan barang selanjutnya melicinkan urusan perniagaan

iv. Mengurangkan pencemaran udara yang mana boleh meningkatkan taraf kesihatan penduduk

3. Empat kepentingan pengekalan ekosistem hutan terhadap kehidupan manusia. [4]
i. Sumber ekonomi (hasil pembalakan dan khazanah hutan)
ii. Sumber bekalan air bersih
iii. Sumber ubat-ubatan
iv. Sumber pelancongan atau ekopelancongan
v. Sumber makanan
vi. Sumber penyelidikan dan pembangunan (R&D)

4. Senaraikan tiga usaha yang diambil oleh kerajaan untuk melindungi harta intelek. [4]
i. Pemberian hak paten
ii. Kawalan undang-undang melalui Akta Hak Cipta
iii. Kempen kesedaran anti cetak rompak

Soalan Alih Bentuk Bahasa

5. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan carta yang sesuai

untuk menunjukkan kursus yang ditawarkan serta jumlah pelajar pendidikan jarak jauh mengikut

universiti. [20]

Soalan Esei

6. Tulis karangan anda yang panjangnya antara 300 hingga 350 patah perkataan. [25]

Idea: Kepentingan bekalan tenaga elektrik
- Melancarkan aktiviti ekonomi
- Memajukan industri berteknologi tinggi
- Meningkatkan kualiti hidup
- Pengurusan dan kawalan trafik

Halangan
- Pergantungan pada sumber bahan api yang terhad
- Penyaluran bekalan yang tidak optimum
- Pencemaran alam sekitar
- Sikap masyarakat

Contoh karangan

Tenaga elektrik amat penting kepada kemajuan sesebuah negara terutamanya negara industri,
Namun wujud pelbagai kekangan dalam menyediakan bekalan tenaga elektrik yang cekap.

Bekalan tenaga elektrik yang cekap amat penting dalam menggerakkan aktiviti ekonomi bagi
mencapai status negara maju. Kilang memerlukan bekalan elektrik secara berterusan untuk
memastikan proses pengeluaran berjalan lancar dan mencapai tahap produktiviti yang tinggi.
Kebanyakan pelabur menjadikan kecekapan dalam pembekalan tenaga elektrik dan kos bekalan
elektrik yang kompetitif sebagai kriteria penting untuk menentukan lokasi yang sesuai untuk melabur.

Kualiti hidup dapat ditingkatkan dengan mewujudkan pengurusan bekalan tenaga yang cekap.
Bekalan tenaga adalah kos yang perlu ditanggung berterusan oleh rakyat Apabila wujud kecekapan
dalam penyediaan bekalan, kos pembiayaan akan menurunkan. Kos pembiayaan yang rendah
menurunkan caj penggunaan dan ini membolehkan aktiviti berasaskan ekonomi seperti
menggerakkan perusahaan kecil dapat dilakukan kerana kos penggunaan tenaga elektrik bukan kos
yang besar yang perlu ditanggung oleh pengusaha atau pengguna.

Bekalan tenaga elektrik yang cekap dan berterusan juga penting untuk pengurusan dan
kawalan trafik terutamanya di jalan raya. Bekalan elektrik yang berterusan membolehkan lampu
isyarat berfungsi sepanjang masa agar aliran trafik berjalan lancar dan tidak mengalami kesesakan
serta meningkatkan keselamatan pengguna di jalan raya. Selain itu, kelancaran aliran trafik juga
menjimatkan masa pengguna jalan raya untuk tiba di sesuatu destinasi yang ditujui kerana tidak perlu
menunggu lama di jalan raya akibat kesesakan.

Walau bagaimanapun, wujud halangan dalam usaha untuk menyediakan bekalan elektrik
yang cekap. Antara halangannya ialah penjanaan tenaga elektrik amat bergantung pada sumber
bahan api fosil yang terhad, iaitu arang batu dan gas asli. Negara akan menghadapi ancaman
kepupusan sumber tersebut pada masa hadapan. Walaupun sumber-sumber tersebut boleh diimport,
tetapi kebergantungan yang terlampau pada pengimportan terutamanya arang batu dari luar negara
amat terdedah kepada kenaikan harga yang sukar dikawal.

Penyediaan bekalan tenaga elektrik yang cekap juga menghadapi halangan akibat keperluan
untuk mendapat persetujuan penggunaan atau pengambilalihan tanah bagi mendapatkan laluan
penyaluran bekalan elektrik. Keadaan ini menyebabkan keupayaan menghantar bekalan tidak selari
dengan keupayaan menyediakan bekalan yang sedia mencukupi. Hal ini menjejaskan keuntungan
jangka panjang dan menggugat usaha menyediakan bekalan pada harga yang lebih kompetitif.

Negara perlu mempelbagaikan sumbernya untuk memastikan keupayaan menyediakan
bekalan tenaga elektrik adalah cekap, berterusan, dan tidak mengancam alam sekitar.

_________________________________________________________________________
Berapa markah anda

Soalan struktur : /15

Soalan Alih bentuk bahasa : /20

Soalan Esei : /25


Click to View FlipBook Version