Kembalikan Kasih
Eman
Eman, berusia lima tahun dan memiliki wajah seiras Justin Bieber. Eman seorang yang baik hati,
bijak dan sentiasa disayangi orang di sekelilingnya. Pada pagi itu, senyum di bibir Eman tidak
berhenti terukir sejak keluar dari rumahnya.
Menaiki belon udara panas adalah aktiviti yang sangat disukainya. Dalam banyak-banyak
pertunjukan hiburan di festival belon udara panas itu, Eman tertarik ke arah seekor monyet bersut
hitam dan bertopi sedang menari mengikut rentak muzik. Gelagat dan tarian monyet itu
mengasyikkan Eman.
Tiba-tiba, Eman merasakan tangan kiri yang mengenggam tangannya untuk menemaninya ke
festival itu telah tiada. Seikat belon berwarna-warni terlepas dari genggamannya.
“Mama… Eh, mana mama ni? Mama.. mama?” jerit Eman sambil memandang di sekelilingnya.
Eman kebingungan. Matanya terus berkaca, cuba menahan tangisan yang membuku di hatinya.
Puan Azie teragak-agak melangkah meninggalkan festival itu. Seikat belon yang berterbangan di
udara mematikan langkahnya.
“Ah.. Itu milik Eman,” bisik hatinya. Tanpa menoleh ke belakang, Puan Azie terus laju melangkah
meninggalkan festival itu.
Setibanya di rumah, Puan Azie terus menangis mendapatkan suaminya, Encik Asfan dan
mengadu tentang kehilangan Eman.
“Macam mana Eman boleh hilang, Azie?” bentak Encik Asfan. Encik Asfan sangat menyayangi
Eman. Ibu Encik Asfan, Puan Sal terus terduduk mengenangkan nasib Eman.
Puan Azie yang terkejut dengan bentakan suaminya itu, terus menjawab dengan terketar-ketar.
“Saya tak tahu… Eman tu.. Teruja sangat.. Nak itu, nak ini.. Dia lari-lari.. Lepas tu, saya tengok
dia dah tak ada”.
Kak Normah berusia 50-an, pembantu rumah Encik Asfan, hanya mencebikkan bibirnya tatkala
mendengar penjelasan Puan Azie.
“Pandai betul kau berlakon eah, Azie,” luah Kak Normah sendirian sambil menjeling ke arah Puan
Azie.
1
Kak Normah sangat mengenali Puan Azie. Puan Azie seakan membenci Eman. Ada sahaja yang
dilakukan untuk menyakiti anak kecil itu. Apa sahaja berkaitan Eman pasti salah di matanya.
*************************************
Peristiwa yang berlaku malam semalam masih bermain di benak fikiran Kak Normah.
Malam itu hujan turun dengan lebatnya. Semua penghuni di rumah agam Encik Asfan lena dibuai
mimpi. Eman yang tidur bersendirian terjaga daripada tidurnya apabila pohon kelapa melibaskan
pelepah ke cermin tingkap biliknya. Eman yang masih mengantuk, baring semula.
Sebaik sahaja dia cuba menarik selimut Spongebob miliknya, tiba-tiba Eman terdengar rengekan
bayi. Dia cuba untuk mengendahkannya, namun rengekan tersebut semakin kuat. Eman
memberanikan diri untuk turun dari katilnya, dan berlari menuju ke bilik ibunya. Dengan perlahan,
Eman memusing tombol pintu dan mengintai ibu dan bapanya.
“Ermm, mama tak sedar. Mama letih kot,” bisik hatinya. Eman terus teringat akan nasihat
neneknya siang tadi.
“Nenek, mama tak sayang Eman lagi ke?” tanya Eman kekecewaan. Puan Sal yang ketika itu
sedang menikmati mee goreng terus terhenti.
“Nape tanya macam tu, sayang? Mestilah mama sayang Eman. Eman kan anak mama.” pujuk
Puan Sal.
“Tapi.. Kenapa mama selalu marah-marah Eman?” tanyanya lagi.
“Eman kan ada adik. Adik Eman tu menyusu. Kadang-kadang mama letih, sebab tu mama marah-
marah selalu. Masa Eman kecil dulu, ada tak mama marah-marah Eman? Takde kan?” jelas
Puan Sal bagi menenangkan hati Eman yang terguris saat ibunya tidak mengendahkannya.
“Lepas ni, kalau Eman nampak adik nangis, Eman tolong mama jaga adik ye? Boleh mama rehat,”
kata Puan Sal kepada Eman. Eman hanya mengangguk senyum.
Tangisan yang semakin kuat itu mematikan lamunan Eman. Berlari Eman mendapatkan adiknya
dalam kegelapan. Eman meraba-raba mencari patung gajah kesukaan adiknya.
2
Puan Azie yang sedang nyenyak tidur, terkejut apabila mendengar tangisan anaknya yang
semakin kuat. Bergegas dia bangun menuju ke bilik bayi.
“Eman, apa kau buat ni?” jerit Puan Azie, dan tanpa sedar, dia telah menolak Eman sekuat
hatinya.
Pangggg!!! Bunyi dulang jatuh itu mengejutkan semua orang. Encik Asfan yang kepisat tidur,
meluru ke bilik anak kecilnya itu. Setibanya di bilik itu, kelihatan Eman sedang berlumuran darah.
“Apa yang berlaku ni, Azie?! Eman, anak papa.. Kenapa ni?” soal Encik Asfan bertalu-talu
meminta penjelasan. Eman terus longlai dalam dakapannya.
Puan Azie yang sedang mengendong bayinya menjawab, “Saya tak nampak yang Eman ada di
situ, saya terlanggar Eman. Lagipun, gelap kan?” Encik Asfan tidak mempedulikan jawapannya
dan terus berlari menjerit memanggil Kak Normah supaya menghubungi doktor. Terpinga-pinga
Kak Normah keluar dari biliknya.
Puan Sal yang terkejut dengan apa yang berlaku terus memeluk Eman yang ketakutan. Eman
masih terkejut dengan tindakan ibunya sebentar tadi. Remuk hatinya seakan menafikan kesakitan
di kepalanya. Puan Sal dan Kak Normah saling berpandangan dan terlintas di hati mereka
bahawa Puan Azie yang memperlakukan Eman sebegitu.
“Papa..Kenapa mama tolak Eman?” tanya Eman kesedihan. “Ehh, taklah Eman. Mama kan tak
nampak Eman,” jawab Puan Sal pantas.
Wajah Encik Asfan terus merah padam. Dia berlari ke tingkat atas untuk mendapatkan Puan Azie.
Setibanya di bilik bayi itu, dia terus merentap tangan Puan Azie.
“Apa yang awak cuba lakukan? Eman tu masih kecil. Sejak kelahiran Eliya, awak seakan
mengenepikan Eman. Apa salah anak kecil itu pada awak?” herdik Encik Asfan. Puan Azie hanya
membisu.
Puan Azie kemudiannya bersuara, “Saya takut dia cuba apa-apakan Eliya. Kita mana tahu
keturunan dia macam mana. Anak orang jahat ke? Anak penagih ke?” Encik Asfan yang terkejut
cuba untuk menamparnya, namun ditahan oleh Puan Sal.
3
“Walaupun Eman tu cuma anak angkat, tapi dia dah beri kebahagiaan kepada kita hampir 6 tahun,
tahu tak?” jerit Encik Asfan.
“Lepas ni, kalau awak cuba apa-apakan Eman lagi, saya takkan teragak-agak untuk laporkannya
kepada pihak polis,” tambah Encik Asfan.
*********************************************
Pada keesokan paginya, Eman sedang menunggu di meja makan untuk menikmati kuey tiow
goreng kesukaannya.
“Eman, jom keluar,” ucap Puan Azie. Semua yang berada di situ terkejut.
“Dekat pekan sana, ada festival belon udara panas. Eman kan suka belon. Nak tengok tak?”
pujuk Puan Azie lagi.
Eman seakan tidak percaya dengan pelawaan ibunya. Encik Asfan yang seakan mengerti
perasaan Eman, terus berkata, “Baiklah, saya akan pergi sekali. Kak Normah, jom ikut sekali”.
Puan Azie dengan pantas menjawab, “Ehh, tak boleh. Ermm…Maksud saya, saya nak pergi
dengan Eman sahaja. Dah lama kita tak keluar sama kan, Eman??” Perasaan teruja mengatasi
keraguan Eman kepada ibunya.
Kak Normah dan Puan Sal kehairanan. Begitu juga, dengan Encik Asfan. Namun, Puan Sal dan
Encik Asfan menganggap mungkin Puan Azie sudah sedar akan kesilapannya.
Walau bagaimanapun, Kak Normah sangat risau jika dibiarkan Eman keluar berdua bersama
Puan Azie. Kak Normah merayu supaya dia dibenarkan untuk turut sertai mereka.
“Puan Azie, Eman tak biasa keluar tanpa saya,” jelas Kak Normah.
“Eee… Kenapa Kak Normah ni? Tengok Eman ni, okay je. Kak Normah je yang lebih-lebih,” balas
Puan Azie dengan nada yang sedikit tinggi. Kak Normah terus mengejar mendapatkan Eman.
“Eman.. Eman jaga diri tau sayang,” ucap Kak Normah. Sambil memeluk Eman, secara senyap-
senyap Kak Normah menyelitkan kertas kecil ke dalam kocek seluar jeans Eman. Puan Azie terus
menarik tangan Eman masuk ke dalam kereta.
4
*********************************************
Eman yang kesedihan berjalan menuju ke pintu keluar. Tidak ramai orang lalu di situ kerana jalan
belakang festival itu merupakan kawasan gangster.
“Wey, budak. Duit mane?!” soal pemuda bertatu kepada seorang budak kecil.
Eman yang ketakutan, terus melajukan langkah kakinya. Tiba-tiba bahunya ditepuk. Dia menoleh
ke belakang, dan ternyata pemuda tadi sudah berdiri di belakangnya.
“Kau nak pegi mane, ha? Mak ayak kau mana?” tanya pemuda itu.
“Saya… nak…nak.. balik… rumah la,” jawab Eman ketakutan.
Pemuda itu menarik dan membelek-belek pakaian Eman. “Kau ni mesti anak orang kaya kan?”
tanya pemuda itu.
“Taklah, bang,” jawab Eman. Semasa menyeluk tangan ke kocek seluar Eman, tiba-tiba pemuda
itu menjumpai kertas kecil. Di nota kecil itu, tertera sebuah alamat.
“Mari sini aku hantar kau balik. Boleh aku ugut mak ayah kau,” kata pemuda itu sambil merentap
tangan Eman. Eman menjerit meminta tolong supaya dilepaskan tangannya. Malangnya,
kawasan itu sunyi, tiada sesiapa yang lalu-lalang.
“Ini bukan jalan ke rumah saya la bang. Lepaskanlah saya,” rayu Eman.
Natalia, wanita berumur dalam lingkungan 30-an yang sedang mengemas pinggan mangkuk di
kafe milik pakciknya, terdengar jeritan Eman.
“Lepaskanlah saya, bang,” jerit Eman.
“Woi, kau lepaskan budak tu. Dengan budak pun kau nak cari gaduh ke?” jerit Natalia sambil
mengacukan penyapu kepada pemuda itu. Pemuda itu terus mengenggam kuat pergelangan
tangan Eman.
“Aku cakap lepas, lepaskan je la,” jerit Natalia yang kemudiannya bergegas merampas beberapa
cawan kopi panas yang dibawa oleh pelayan yang lalu di hadapannya. Tanpa teragak-agak,
Natalia terus menyimbah kopi panas kepada pemuda itu. Pemuda itu mengerang kesakitan.
5
Natalia berlari mendapatkan Eman dan mengugut pemuda itu, “Bagi budak ni kat aku. Dah,
berambus kau dari sini.”
Eman yang ketakutan terus bersembunyi di belakang Natalia. “Sudah, nak. Jangan takut. Anak
tinggal di mana? Mari sini makcik hantarkan,” ucap Natalia.
****************************************
Di rumah agam itu, Encik Asfan tidak berhenti memandang ke luar rumah. Puan Sal dan Kak
Normah terus berdoa. Puan Azie hanya duduk berpeluk tubuh di atas sofa. Mereka dikejutkan
dengan bunyi loceng pintu. Encik Asfan berlari membukanya.
“Encik Asfan, Eman dah pulang,” beritahu pegawai polis. Semua berlari mendapatkan Eman,
kecuali Puan Azie yang kelihatan terkejut dengan kepulangan Eman.
Bagi mengelakkan orang di sekeliling salah sangka dengannya, Puan Azie terus menerpa ke
arah Eman lalu memeluknya. “Mama rindukan Eman. Puas mama cari Eman tau,” kata Puan
Azie. Eman yang kesedihan tidak membalas pelukan Puan Azie, cuma tersenyum.
Puan Sal memeluk dan mencium pipi Eman berkali-kali. Natalia hanya berdiri memerhatikan
situasi itu di balik pintu, namun kelibatnya disedari Kak Normah.
“Terima kasih, nak,” ucap Kak Normah. Natalia hanya tersenyum dan terus melangkah keluar.
“Cik Lia.Terima kasih jaga saya dan bawa saya pulang,” ucap Eman sambil berlari mendapatkan
Natalia.
“Terima kasih, cik. Ambil ini, sebagai penghargaan,” ucap Encik Asfan sambil menghulurkan cek
bernilai RM 30 000. Puan Azie hanya memandang sinis.
“Sama-sama.Tak apa, saya ikhlas,” balas Natalia dan berlalu pergi. Encik Asfan terkejut namun
kagum dengan sifat keikhlasan Natalia.
Puan Azie masuk ke biliknya dalam keadaan marah. Pening dia memikirkan bagaimana Eman
boleh dijumpai. Dia benar-benar mahu menyingkirkan Eman dari hidupnya. Kasih sayangnya
terhadap Eman mula pudar sejak kelahiran anak kandungnya.
6
Eman cuba untuk mengambil hati Puan Azie, namun ada sahaja salahnya di mata ibunya.
Kebencian yang mendalam terhadap Eman telah memakan diri Puan Azie. Kini, Puan Azie
menjalani rawatan psikiatri. Apapun yang Puan Azie lakukan terhadap Eman, tidak mematikan
kasih sayangnya terhadap ibu angkatnya. Eman masih disayangi Encik Asfan, Puan Sal dan Kak
Normah walaupun dia bukan darah daging keluarga itu.
********************************************
Mama.. Mana mama?
Ke mana harus ku melangkah?
Robek hatiku tatkala dikau tinggalkan ku sendirian
Ku sedar ku hanya persinggahan kasihmu
Aku seakan tidak mengerti
Dahulu akulah ratumu
Sentuhanmu menenangkan diriku
Tapi mengapa sayangmu makin menjauh?
Mengapa bencimu makin menebal?
Jika benar ada salahku, beritahuku
Inginku tebus segalanya
Janji ku dapat kasihmu kembali
7
Aku sedar aku bukan sesiapa
Aku juga tidak tahu asal usulku
Tapi apa yang aku tahu
Kau pernah menyayangiku
Kau pernah mengasihiku
Terimalah aku seadanya
Kembalikan kasihmu
Mesramu padaku yang aku rindu
Mama.. Kembalikanlah..
8