3.3 Sistem Pencernaan Manusia
Proses pencernaan makanan ialah proses
penguraian makanan yang kompleks kepada
molekul yang lebih ringkas supaya nutrien
mudah diserap oleh sel-sel badan untuk
proses tumbesaran
Jenis-jenis Pencernaan
1. Pencernaan Fizikal
-melibatkan organ dalam mulut seperti gigi,
lidah dan air liur
2. Pencernaan Kimia
- melibatkan tindakan enzim untuk
menguraikan makanan kepada bentuk yang
lebih ringkas dan mudah untuk diserap oleh
sistem penghadaman
Perbandingan antara pencernaan fizikal dan pencernaan kimia
Peta buih berganda
Struktur Sistem Pencernaan Manusia
perutper esofagus
kecil
Urutan Aliran Makanan
Duoden
um
Esofagus Perut
Mulut Usus
kecil
Rektum Usus
besar
dubur
Organ yang Tindak balas yang berlaku Enzim yang terlibat
terlibat
Mulut Kanji → maltosa Amilase
Perut Protease
Pankreas Protein → polipeptida Lipase
Usus kecil Lemak → asid lemak + Protease
gliserol Maltase
Lipase
Polipeptida dipeptida
• Dipeptida → asid amino
• Maltosa → glukosa
• Lemak → asid lemak +
gliserol
Latihan Formatif 3.3
1. Apakah maksud pencernaan?
2. Lengkapkan peta alir tentang aliran makanan
dalam salur pencernaan.
3. Namakan 3 enzim pencernaan dan nyatakan
fungsinya.
4. Protease, lipase dan amilase tidak dapat
dihasilkan. Oleh itu, protein, lemak dan kanji
tidak dapat dicerna secara berkesan.
3.4 Penyerapan dan Pencernaan Makanan
1. Penyerapan hasil pencernaan berlaku di usus kecil.
2. Penyerapan makanan tercerna ini berlaku di
struktur unjuran halus yang disebut sebagai vilus
3. Dinding vilus adalah
a) mempunyai lapisan yang nipis
b) mempunyai unjuran halus untuk menambah luas
permukaan untuk proses penyerapan.
Gambar rajah vilus pada usus kecil
Proses Pengangkutan Hasil Pencernaan
1. Molekul makanan yang telah dicerna akan diserap
oleh sel-sel badan akan mengalami proses asimilasi.
2.Asimilasi ialah proses pengagihan hasil akhir
pencernaan bagi kegunaan sel-sel badan
Proses Pengangkutan Hasil Pencernaan
1. Makanan yang telah tercerna dan diserap ke dalam vilus
perlu sampi ke sel-sel badan melalui proses asimilasi
2. Asimilasi ialah proses pengagihan hasil akhir pencernaan
bagi kegunaan sel-sel badan
3. Badan kita menggunakan hasil akhir pencernaan untuk
keperluan yang tertentu
Hasil akhir Fungsi
a) Glukosa Tenaga untuk respirasi
b) Asid amino Pembentukan komponen sel-sel
c) Asid lemak + Lemak untuk penebat haba dan
gliserol melindungi organ dalaman
Penyahtinjaan
1. Makanan yang tidak dicernakan dan tidak diserap di
usus kecil akan bergerak ke dalam usus besar.
2. Semasa di sepanjang usus besar berlaku penyerapan
semula air dan garam mineral ke dalam aliran darah.
3. Ini menyebabkan bahan tadi mengeras dan disebut
sebagai tinja.
4. Tinja akan disimpan sementara di rektum sebelum
disingkirkan di dubur yang disebut proses
penyahtinjaan.
Jawapan:
1. (a) Rektum; menyimpan tinja sementara sebelum disingkirkan
(b) Gerakan peristalsis
(c) Air
2. Menyebabkan sembelit.