8.1 Daya
1. Daya ialah aktiviti tarikan atau tolakan yang
dikenakan ke atas suatu objek.
2. Daya boleh wujud dalam pelbagai bentuk.
3. Jenis-jenis daya:
a) Daya graviti
b) Berat
c) Daya normal
d) Daya elastik
e) Daya apungan
f) Daya geseran
Jenis daya Penerangan
daya graviti -ialah daya yang mengarah ke pusat bumi
daya normal - Ialah daya yang dihasilkan apabila suatu objek
berat bersentuhan dengan permukaan
- Ialah daya graviti yang bertindak ke atasnya
daya elastik - Ialah daya yang wujud apabila suatu bahan
dimampatkan (spring) atau diregangkan (tali getah)
daya apungan - Ialah daya tujah yang bertindak ke atas objek yang
terapung di atas air
daya geseran - Ialah daya yang menentang pergerakan dan
bertindak ke atas dua permukaan objek yang
bersentuhan
Ciri-ciri Daya
1. Daya ialah kuantiti vektor yang mempunyai
magnitud (nilai) dan arah.
Pengukuran Daya
1. Daya diukur menggunakan neraca spring
dengan menggunakan konsep pemanjangan
spring.
2. Kekuatan daya diukur daripada bacaan skala
yang terdapat pada skala neraca.
3. Unit S.I bagi daya ialah Newton (N).
4. 1 kg= 10 N
Pasangan Daya Tindakan dan Daya
Tindak balas.
Hukum Newton Ketiga menyatakan
bahawa
setiap daya tindakan terdapat daya
tindak balas yang sama magnitud
tetapi arah yang bertentangan.
Situasi 1:
Jasad(objek) yang kekal di atas meja
1. Objek seperti buku yang kekal(pegun) di atas
meja akan mengalami daya tindakan tarikan
graviti (berat)
2. Pada masa yang sama, akan wujud daya
tindakan (daya normal) dalam arah yang
bertentangan.
3. Buku akan kekal di atas meja kerana
magnitud berat daya normal
(daya tindakan) = (daya tindak balas)
Situasi 2:
Jasad(objek) yang terapung di atas air
1. Objek seperti bongkah kayu yang terapung di
atas air akan mengalami daya tindakan tarikan
graviti (berat)
2. Pada masa yang sama, akan wujud daya
tindakan balas (daya apungan) dalam arah
yang bertentangan.
3. Objek boleh terapung di atas air kerana
magnitud berat daya apungan
(daya tindakan) = (daya tindak balas)
Situasi 3:
Dua troli yang dilepaskan
menggunakan mekanisme spring
ringan akan bergerak ke arah yang
bertentangan pada jarak yang sama
1. Apabila dua(2) troli di dekatkan, troli pertama
yang telah dilekatkan bersama spring,akan
mengenakan daya elastik(daya tindakan)
pada troli kedua.
2. Pada masa yang sama troli kedua akan
mengenakan daya elastik yang sama
magnitud tetapi berbeza arah(daya tindak
balas)
3. Selepas dua (2) troli yang bersentuhan tadi,
dilepaskan, kedua-dua troli akan bergerak pada
jarak yang sama tetapi pada arah yang
bertentangan.