STUDENT HANDBOOK DIPLOMA KESETIAUSAHAAN PENTADBIRAN
STUDENT HANDBOOK
DIPLOMA
KESETIAUSAHAAN
PENTADBIRAN
1
STUDENT HANDBOOK DIPLOMA KESETIAUSAHAAN PENTADBIRAN
ISI KANDUNGAN
BIL PERKARA MUKA
SURAT
1. KATA ALUAN PENGARAH
3
2. PROFIL KOLEJ
• VISI DAN MISI KOLEJ VOKASIONAL 4
• JAWATANKUASA PENGURUSAN 5
• SENARAI KETUA JABATAN DAN KETUA 6
PEMBANTU TADBIR
7
3. PROFIL PROGRAM DIPLOMA KESETIAUSAHAAN 8
PENTADBIRAN
3.1 CARTA ORGANISASI 10
3.2 MAKLUMAT KAKITANGAN AKADEMIK 10
3.3 SINOPSIS PROGRAM 11
• MATLAMAT PENDIDIKAN PROGRAM 12
• OBJEKTIF PENDIDIKAN PROGRAM
• HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM 14
• STRUKTUR PROGRAM
14
4. PROSPEK KERJAYA 15
15
5. PERATURAN AKADEMIK KOLEJ VOKASIONAL 16
5.1 SISTEM PENGAJIAN 17
5.2 SYARAT KELAYAKAN KE DIPLOMA
5.3 PENDAFTARAN PENGAJIAN 19
5.4 STATUS PENGAJIAN
5.5 PERATURAN PENILAIAN DAN 20
PENTAKSIRAN
5.6 SYARAT-SYARAT PENGANUGERAHAN 22
6. OUTCOME BASED EDUCATION (OBE)
7. PUSAT SUMBER
2
STUDENT HANDBOOK DIPLOMA KESETIAUSAHAAN PENTADBIRAN
1.0 KATA ALUAN PENGARAH
Bismillahirahmanirrahim.
Assalamualaikum w.r.t dan Salam Sejahtera.
Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua Jabatan kerana
berjaya mengeluarkan ‘Students Handbook ‘ bagi setiap program di bawah jabatan
masing-masing. Adalah diharapkan ‘Students Handbook’ ini akan menjadi bahan
rujukan para pelajar dari semasa ke semasa sepanjang tempoh pengajian di Kolej
Vokasional Pengkalan Chepa (KVPC).
Transformasi Pendidikan Vokasional dan Teknikal ( TVET) telah bermula sejak
tahun 2012 ,dan KVPC adalah salah sebuah dari 15 buah KV rintis. Kejayaan TVET
bergantung kepada semua warga kolej dalam menyahut seruan kerajaan
menyediakan tenaga kerja mahir yang berkualiti untuk kemakmuran negara.
Saya berharap semua pensyarah dan pelajar akan berpadu tenaga dan idea untuk
menjadikan KVPC sebuah institusi pendidikan yang cemerlang dalam melahirkan
tenaga kerja mahir, berilmu dan bersahsiah untuk memenuhi keperluan pasaran
dan mampu bersaing hingga ke peringkat global.
Sekian, terima kasih.
EN. WAN AFTHANORHAN BIN WAN AFTULUDDIN
PENGARAH KOLEJ VOKASIONAL PENGKALAN CHEPA
………………………...
HJ ALWI BIN MOHD ALI
3
STUDENT HANDBOOK DIPLOMA KESETIAUSAHAAN PENTADBIRAN
2.0 PROFIL KOLEJ
VISI KOLEJ VOKASIONAL
Peneraju Pendidikan teknikal dan vokasional yang unggul.
MISI KOLEJ VOKASIONAL
Memperkasa pendidikan teknikal dan vokasional melalui
pelaksanaan program yang berkualiti
4
STUDENT HANDBOOK DIPLOMA KESETIAUSAHAAN PENTADBIRAN
JAWATANKUASA PENGURUSAN
PENGARAH
WAN AFTHANORHAN BIN WAN AFTULUDDIN
TIMBALAN PENGARAH TIMBALAN PENGARAH
SOKONGAN AKADEMIK AKADEMIK
HJH SHAMSIANA BINTI TASPIRIN
HJ SUHAIREESAM BIN SEBON
KETUA JAMINAN KUALITI
MUHAMAD AZMI BIN SULONG
5
STUDENT HANDBOOK DIPLOMA KESETIAUSAHAAN PENTADBIRAN
SENARAI KETUA JABATAN DAN KETUA PEMBANTU TADBIR
KETUA JABATAN PENTAKSIRAN KETUA JABATAN
& PENILAIAN PERNIAGAAN
SAMSUL BAHRI BIN AHMED@ HJH SHAHRIZAM BINTI HANIPI
MOHAMED
KETUA JABATAN ELEKTRIK & KETUA JABATAN MEKANIKAL &
ELEKTRONIK PEMBUATAN
HJ HISHAM BIN NOH HJ ZAWAWI BIN ZAHARI
KETUA JABATAN PENDIDIKAN KETUA PEMBANTU TADBIR
UMUM ROSNANI BINTI ALI
HJ MT YUSOFF BIN CHE COB 6
STUDENT HANDBOOK DIPLOMA KESETIAUSAHAAN PENTADBIRAN
3.0 PROFIL PROGRAM
3.1 CARTA ORGANISASI
7
STUDENT HANDBOOK DIPLOMA KESETIAUSAHAAN PENTADBIRAN
3.2 MAKLUMAT KAKITANGAN AKADEMIK
BIL NAMA PENSYARAH MAKLUMAT
1. ERMEE @ NURSYUHADA BINTI
• Ketua Program Kesetiausahaan Pentadbiran
MOHAMAD ZAIN • Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Dengan
2. ARIYATI BINTI ARIFIN Pendidikan (Pengurusan Perniagaan)
• Diploma Kemahiran Malaysia Pengurusan
3. NUR AZURA BINTI SALLEH
Pentadbiran (Tahap 4)
4. AHMAD RAMIZU BIN ABDUL • Kursus Diajar:
RAHMAN @ HASAN
DBG1243 Basic Computer Application
DBG2333 Office Administration I
• Setiausaha Program Kesetiausahaan
Pentadbiran
• Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan
(Kewangan)
• Diploma Kemahiran Malaysia Pengurusan
Pentadbiran (Tahap 4)
• Kursus Diajar:
UFP1113 Principles of Personal Finance
DBG2223 Document Processing I
DBG3213 Document Processing II
DBG4113 Introduction To Marketing
DBG4323 Human Resource Management
• Penyelaras DVM
• Ijazah Sarjana Muda Perakaunan
• Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia
Pengurusan Pentadbiran (Tahap 5)
• Kursus Diajar:
UPA1113 Principles of Accounting
UPM2112 Principles of Management
DBG3323 Office Administration II
• Penyelaras PTA
• Ijazah Sarjana Muda Perakaunan
• Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia
Pengurusan Pentadbiran (Tahap 5)
• Kursus Diajar:
DBG1133 Personality Development
DBG2343 Protocol of Etiquette
DBG3113 Information Skills
DBG3043 Project Management (PTA 1)
DBG4233 Interpersonal Communication For
Administrative Secretary
DBG4044 Office Special Project (PTA 2)
8
STUDENT HANDBOOK DIPLOMA KESETIAUSAHAAN PENTADBIRAN
5. ABD RAHIM BIN HUSSIN • Penyelaras OJT
• Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan
6. AINI ZAIZULINA BINTI AWANG
7. NIK MAZRINA BINTI MUSTAPHA (Kepujian)(Ekonomi)
8. ROHANA BINTI ISMAIL • Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia
9. NORHISHAM BIN MUSTAPHA
10. AZMAN BIN MOHD YUNUS Pengurusan Pentadbiran (Tahap 5)
11. NORLIZA BINTI MOHD NOOR • Kursus Diajar:
12. LOO TIEK SIM
13. WAN RAZALI BIN WAN DAUD DBG1213 Keyboarding I
14. CHAN CHING CHEE DBG2213 Keyboarding II
15. GAN SHIAU HUI
• Ijazah Sarjana Muda Sains Dengan Kepujian
• Diploma Kemahiran Malaysia Pengurusan
Pentadbiran (Tahap 4)
• Kursus Diajar:
DBG1223 Executive Note Taking
• B. Ed. TESL
• Kursus Diajar:
MPU2232 Etika Profesionalisme
MPU2222 English For Communication
UEB3112 English For Business
• Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam
• Kursus Diajar:
MPU2312 Pengajian Islam
• Bachelor of Education (TESL)
• Kursus Diajar:
MPU2172 Penghayatan Etika dan Peradaban
• Ijazah Sarjana Muda Sastera Dengan
Kepujian (Psikologi & Sejarah)
• KPLI (Pendidikan Jasmani & Kesihatan)
• Kursus Diajar:
MPU2412 Khidmat Komuniti
• Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Matematik)
• Kursus Diajar:
UMB2112 Mathematics For Business
• Ijazah Sarjana Muda Sains Kepujian
(Matematik)
• Kursus Diajar:
UMS3112 Statistik
• Ijazah Sarjana Muda Sastera
• KPLI (Pendidikan Jasmani & Kesihatan)
• Kursus Diajar:
ECC3022 Kokurikulum (Permainan)
• Ijazah Sarjana Muda Bahasa Mandarin
Dengan Pendidikan
• Kursus Diajar:
ELM3312 Bahasa Mandarin I
ELM4312 Bahasa Mandarin II
• Ijazah Sarjana Muda
• Kursus Diajar:
UES3012 Keusahawanan
9
STUDENT HANDBOOK DIPLOMA KESETIAUSAHAAN PENTADBIRAN
3.3 SINOPSIS PROGRAM
MATLAMAT PENDIDIKAN PROGRAM
Membentuk Setiausaha Pejabat yang bersedia menyertai pasaran
kerja, usahawan yang berdaya saing, dan mampu melanjutkan
pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.
OBJEKTIF PENDIDIKAN PROGRAM
PEO 1 Graduan mempamerkan pengetahuan, pemahaman
PEO 2 dan kemahiran kognitif dalam bidang Kesetiausahaan
PEO 3 Pentadbiran
PEO 4
Graduan menunjukkan kecakapan kerja dalam bidang
Kesetiausahaan Pentadbiran
Graduan menunjukkan kemahiran personal dan
kemahiran keusahawanan dalam bidang
Kesetiausahaan Pentadbiran
Graduan mempamerkan etika dan profesionalisme,
kepimpinan, autonomi dan tanggungjawab dalam
bidang Kesetiausahaan Pentadbiran
10
STUDENT HANDBOOK DIPLOMA KESETIAUSAHAAN PENTADBIRAN
HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM
(PROGRAM LEARNING OUTCOME)
PROGRAMME LEARNING OUTCOMES LEARNING OUTCOMES
(PLO) (LO)
Menjelaskan kefahaman secara sistematik Pengetahuan &
berkaitan pengetahuan teori dan teknikal untuk Kefahaman
1 melaksanakan pelbagai tugasan rutin dan
bukan rutin dalam bidang Kesetiausahaan
Pentadbiran;
Mengaplikasi pelbagai kemahiran praktikal, Kemahiran Praktikal
kaedah dan prosedur untuk melaksanakan
2 tugasan dalam bidang Kesetiausahaan Kemahiran Saintifik dan
Pentadbiran; Penyelesaikan Masalah
Menggunakan kemahiran mentafsir,
mengaplikasi dan menilai serta menyelesaikan
3 masalah spesifik berkaitan bidang
Kesetiausahaan Pentadbiran;
Berkomunikasi secara lisan dan bertulis dengan Kemahiran Komunikasi
jelas serta berkesan dalam menyampaikan
4 idea, informasi dan menyelesaikan masalah
kepada pelbagai audiens;
Berinteraksi dengan berkesan secara individu Kemahiran Sosial &
5 atau berpasukan dan berkhidmat kepada Kerja Berpasukan
masyarakat;
Berinisiatif untuk kemajuan diri dalam aspek Kemahiran Personal
6 pembelajaran sepanjang hayat dan
perkembangan kerjaya;
Menunjukkan kompetensi keusahawanan dalam Kemahiran
7 bidang berkaitan; Keusahawanan
Mematuhi etika profesional dan organisasi Etika & Profesionalisme
8 dalam persekitaran pekerjaan serta sosial;
Mempunyai kepimpinan, autonomi dan Kepimpinan, Autonomi
9 kebertanggungjawaban yang signifikan; dan
Menggunakan pelbagai aplikasi digital untuk Tanggungjawab
10 menyokong aktiviti pembelajaran serta mencari Kemahiran Digital
dan memproses data; Kemahiran Numerasi
Menginterpretasi data numerik dan grafik
11 berkaitan bidang.
11
STUDENT HANDBOOK DIPLOMA KESETIAUSAHAAN PENTADBIRAN
STRUKTUR PROGRAM
12
STUDENT HANDBOOK DIPLOMA KESETIAUSAHAAN PENTADBIRAN
13
STUDENT HANDBOOK DIPLOMA KESETIAUSAHAAN PENTADBIRAN
4.0 PROSPEK KERJAYA
Program ini mampu mendidik dan melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan
kemahiran dalam bidang kesetiausahaan. Oleh itu, graduan yang memperolehi
Diploma Kesetiausahaan Pentadbiran ini mempunyai pelbagai pilihan kerjaya seperti
berikut:
• Setiausaha
• Setiausaha Pejabat
• Setiausaha Eksekutif
• Pentadbir Pejabat
• Pembantu Peribadi
• Pembantu Tadbir
• Eksekutif Pentadbiran
• Pembantu Pengurus Majlis
• Pembantu Perhubungan Awam
• Pegawai Sumber Manusia
5.0 PERATURAN AKADEMIK KOLEJ VOKASIONAL
5.1 SISTEM PENGAJIAN
5.1.1 Tempoh Pengajian
• Tempoh pengajian diploma adalah selama 2 tahun 6 bulan.
• Tempoh maksimum pengajian program diploma adalah 5 tahun dengan
kelulusan Senat Kolej Vokasional KPM.
5.1.2 Bahasa Pengantar
• Bahasa Pengantar Utama adalah Bahasa Melayu.
• Penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar adalah digalakkan
mengikut kesesuaian bagi mencapai maksud kurikulum.
5.1.3 Komponen Pengajian
• Pelaksanaan pengajian diploma meliputi pembelajaran dan pengajaran (PdP)
secara kuliah, praktikal dan tutorial, berdasarkan Student Learning Time (SLT)
dan jam kredit bagi setiap kursus mengikut struktur kurikulum program yang
ditawarkan.
14
STUDENT HANDBOOK DIPLOMA KESETIAUSAHAAN PENTADBIRAN
• Penawaran kursus diklasifikasi kepada empat (4) kategori yang terdiri
daripada:
i. Kursus Wajib: Mata Pelajaran (Pengajian Umum)
ii. Kursus Teras: Modul spesifik disiplin dan umum
iii. Kursus Elektif
iv. On-The-Job Training (OJT)
• Projek Tahun Akhir (PTA)
Kursus wajib dalam program Diploma yang memerlukan pelajar menghasilkan
satu penulisan ilmiah dan membangunkan produk, perisian atau perkhidmatan
berdasarkan program pengajian mengikut kaedah-kaedah yang sesuai.
• On-The-Job Training
Latihan dalam suasana pekerjaan sebenar di agensi kerajaan atau swasta
yang wajib diikuti oleh setiap pelajar selama tempoh yang ditetapkan mengikut
keperluan standard program pengajian.
5.2 SYARAT KELAYAKAN KE PROGRAM DIPLOMA
5.2.1 Pelajar hendaklah lulus Sijil Vokasional Malaysia dan mendapat sekurang-
kurangnya 3 kepujian termasuk Kepujian Bahasa Melayu 1104.
5.2.2 Syarat-syarat tambahan lain adalah bergantung kepada pematuhan standard
program.
5.3 PENDAFTARAN PENGAJIAN
5.3.1 PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU
• Kolej Vokasional hendaklah mengeluarkan surat tawaran kepada pelajar yang
layak.
• Pelajar mesti membuat pendaftaran program sebelum memulakan pengajian
di peringkat diploma.
• Rayuan kemasukan lewat bersebab hendaklah dikemukakan dalam tempoh
empat belas (14) hari dari tarikh pendaftaran.
5.3.2 PENDAFTARAN KURSUS
• Pelajar mesti membuat pendaftaran kursus sebelum sesi pengajian bermula
bagi setiap semester.
• Rayuan pendaftaran lewat bersebab hendaklah dikemukakan dalam tempoh
empat belas (14) hari dari tarikh pendaftaran
15
STUDENT HANDBOOK DIPLOMA KESETIAUSAHAAN PENTADBIRAN
5.4 STATUS PENGAJIAN
5.4.1 KEHADIRAN
• Pelajar wajib hadir di setiap pertemuan pembelajaran yang telah ditetapkan
bagi sesuatu kursus.
• Pensyarah kursus bertanggungjawab merekod kehadiran setiap pelajar bagi
setiap pertemuan pembelajaran yang dijalankan.
• Kehadiran kurang daripada 80% (tanpa sebab yang munasabah) dari jumlah
jam pertemuan yang telah diperuntukkan bagi sesuatu kursus MPU, Teras dan
Elektif boleh menyebabkan pelajar berkenaan tidak dibenarkan menduduki
Penilaian Akhir.
Peratus Kehadiran = Jumlah Kehadiran Sebenar (jam)
Jumlah Kehadiran Sepatutnya (jam)
• Pelajar boleh membuat rayuan secara bertulis kepada Jawatankuasa
Akademik Kolej Vokasional dalam tempoh satu (1) minggu selepas menerima
keputusan tidak layak menduduki Penilaian Akhir (PA).
• Jawatankuasa Akademik Kolej Vokasional akan memutuskan status pelajar
yang dibenarkan menduduki Penilaian Akhir.
5.4.2 PENANGGUHAN PENGAJIAN
• Pelajar boleh diberi status penangguhan pengajian dengan kelulusan
Jawatankuasa Akademik Kolej Vokasional dan dimaklumkan kepada BPLTV.
• Kelulusan penagguhan pengajian adalah tertakluk di bawah kuasa
Jawatankuasa Akademik Kolej Vokasional.
• Pelajar yang boleh dipertimbangkan rayuan adalah seperti berikut:
i) Pelajar yang disahkan sakit/kemalangan oleh pegawai perubatan.
ii) Kes-kes khas memerlukan kelulusan daripada Jawatankuasa
Akademik Kolej Vokasional.
• Tempoh penangguhan tertakluk kepada keputusan Jawatankuasa Akademik
Kolej Vokasional.
16
STUDENT HANDBOOK DIPLOMA KESETIAUSAHAAN PENTADBIRAN
5.4.3 PENGGANTUNGAN PENGAJIAN
• Pelajar boleh digantung dari pengajian setelah didapati bersalah oleh
Jawatankuasa Tatatertib Kolej Vokasional dan disahkan oleh Jawatankuasa
Akademik Kolej Vokasional.
• Kelulusan tempoh penggantungan adalah tertakluk kepada keputusan
Jawatankuasa Akademik Kolej Vokasional.
• Sepanjang tempoh penggantungan pelajar tidak boleh meneruskan pengajian
dan tidak boleh berada di premis Kolej Vokasional tanpa sebab yang
munasabah.
5.4.4 MENEBUS (MENGULANG) KURSUS GAGAL
• Pelajar dibenarkan menduduki semula (menebus) tidak lebih 2 kali (tertakluk
kepada perkara 5.1.1.
• Pelajar boleh memohon untuk mengulang kursus tersebut pada semester yang
ditawarkan.
• Pengiraan PNGK, kredit kira dan mata nilaian terakhir kursus yang diulang
akan diambil kira sementara kredit kira serta mata nilaian yang asal
dimansuhkan.
• Pelajar yang gagal mengulang kursus layak untuk mengulang semester bagi
memenuhi syarat bergraduat bergraduat (tertakluk kepada perkara 3.1.2)
• Pelajar yang memperoleh kedududkan bersyarat (KS) layak untuk mengulang
semester bagi memenuhi syarat bergraduat (tertakluk kepada perkara 3.1.2)
5.5 PERATURAN PENILAIAN DAN PENTAKSIRAN
5.5.1 PENTAKSIRAN BERTERUSAN (PB)
• PB dilaksanakan sepenuhnya oleh Kolej Vokasional berdasarkan kepada
Course Outline (CO) yang telah ditetapkan.
• PB perlu dirancang, ditadbir, dinilai dan dilaporkan secara terancang mengikut
Garis Panduan Pengurusan Penilaian dan Pentaksiran Diploma.
17
STUDENT HANDBOOK DIPLOMA KESETIAUSAHAAN PENTADBIRAN
5.5.2 PENILAIAN AKHIR (PA)
• Pengurusan dan pengendalian PA dilaksanakan di Kolej Vokasional
berdasarkan arahan pentadbiran mengikut SOP Pengurusan Penilaian dan
Pentaksiran, takwim pengajian dan jadual peperiksaan.
• Penandaan skrip jawapan dan penyelarasan markah dilaksanakan oleh
pemeriksa yang dilantik oleh Kolej Vokasional.
• Pelajar wajib menduduki PA bagi kursus-kursus yang ditetapkan. Pelajar yang
tidak menduduki PA akan gagal kursus tersebut secara automatic.
• Pelajar tidak dapat menduduki PA di atas sebab-sebab munasabah boleh
membuat rayuan untuk menduduki PA dengan kebenaran Jawatankuasa
Akademik Kolej Vokasional.
• Pelajar-pelajar yang layak dipertimbangkan untuk menduduki PA atas sebab-
sebab seperti berikut:
i) Disahkan sakit oleh pegawai perubatan pekerjaan atau hospital swasta
ii) Menghadapi kes-kes kecemasan seperti kematian keluarga terdekat,
kemalangan, bencana alam dengan pengesahan pihak berkuasa.
iii) Menyertai aktiviti yang diluluskan oleh pengarah Kolej Vokasional
dengan mengemukakan surat pengesahan pihak penganjur.
• Pelajar yang tidak hadir PA akan diberi gred “T”.
5.5.3 MENGULANG PENILAIAN AKHIR
• Pelajar yang gagal mana-mana kursus Pendidikan Umum atau Kursus Teras
Disiplin bagi Penilaian Akhir dibenarkan mengulang sebelum tamat pengajian.
• Pelajar yang mengulang PA layak mendapat gred LULUS sahaja bagi Kursus
Pendidikan Umum dan Kursus Vokasional.
• PA ulangan hendaklah dibuat dalam semester semasa, selepas keputusan
rasmi diumumkan.
• Kelulusan untuk mengulang Penilaian Akhir adalah di bawah kuasa
Jawatankuasa Akademik Kolej Vokasional.
18
STUDENT HANDBOOK DIPLOMA KESETIAUSAHAAN PENTADBIRAN
5.5.4 MENGULANG KURSUS
• Pelajar yang gagal mana-mana kursus Pendidikan Umum atau Kursus Teras
Disiplin dibenarkan mengulang kursus mengikut semester semasa.
• Pelajar yang mengulang kursus layak dalam semester semasa mendapat gred
tertinggi bagi Kursus Pendidikan Umum atau Kursus Vokasional
• Kelulusan untuk mengulang kursus adalah di bawah kuasa Jawatankuasa
Akademik Kolej Vokasional.
5.5.5 SISTEM GRED PENILAIAN DAN PENTAKSIRAN PROGRAM DIPLOMA
MARKAH GRED NILAI GRED
90 – 100 A 4.00
80 – 89 A- 3.67
70 – 79 B+ 3.33
65 - 69 B 3.00
60 – 64 B- 2.67
55 – 59 C+ 2.33
50 – 54 C 2.00
45 – 49 C- 1.37
40 – 44 D+ 1.33
35 – 39 D 1.00
20 – 34 E 0.67
F 0.00
0 – 19 T 0.00
TIDAK HADIR
Secara umumnya, Gred D+ adalah Gred Lulus Minimum
5.6 SYARAT-SYARAT PENGANUGERAHAN
5.6.1 Diploma akan dianugerahkan kepada pelajar yang berjaya menamatkan
pengajian dengan memenuhi segala keperluan dan syarat yang ditetapkan:
i) Lulus semua kursus yang diwajibkan bagi keperluan program
ii) Lulus OJT
iii) Purata Nilai Gred Kumulatif Keseluruhan PNGK ≥ 2.00
iv) Diperaku Jawatankuasa Senat Kolej Vokasional KPM
19
STUDENT HANDBOOK DIPLOMA KESETIAUSAHAAN PENTADBIRAN
6.0 OUTCOME BASED EDUCATION (OBE)
20
STUDENT HANDBOOK DIPLOMA KESETIAUSAHAAN PENTADBIRAN
21
STUDENT HANDBOOK DIPLOMA KESETIAUSAHAAN PENTADBIRAN
7.0 PUSAT SUMBER
Pengurusan Pusat Sumber Kolej Vokasional Pengkalan Chepa merupakan suatu
sistem proses pengurusan yang memberi tumpuan kepada penyediaan pelbagai
kemudahan dan perkhidmatan sumber.
Terdapat 4 unit yang terdapat di Pusat Sumber Kolej Vokasional Pengkalan Chepa
iaitu:
a) Perpustakaan Al Jazari
b) Bilik Alat Pandang Dengar
c) Bilik SAL (Self Access Learning)
d) NILAM
Waktu operasi Perpustakaan Al-Jazari
HARI MASA
AHAD - RABU 8.00 – 4.00
8.00 – 3.30
KHAMIS 1.00 – 2.00
REHAT
Antara kemudahan yang disediakan di Perpustakaan Al – Jazari ialah
a) Komputer dilengkapi capaian internet
b) Perkhidmtan mencetak
c) Perkhidmatan laminating
Link Pusat Sumber Kolej Vokasional Pengkalan Chepa
https://pskvpengkalanchepa.blogspot.com/
22
STUDENT HANDBOOK DIPLOMA KESETIAUSAHAAN PENTADBIRAN
STUDENT HANDBOOK
DIPLOMA
KESETIAUSAHAAN PENTADBIRAN
23