The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by muhdirfan6420, 2022-12-04 02:12:56

hiv folio

hiv folio

MPU23052

TAJUK:
Ujian saringan HIV kepada bakal pengantin
serta perkaitannya dengan kaedah Fiqh yang
merujuk kepada kaedah Fiqh: Kemudharatan
harus dihilangkan

NAMA AHLI:
 MUHAMMAD IRFAN BIN AZIZ(13DTK20F1072)
 MUHAMMAD IZZAT BIN

ZOLKAFLI(13DTK20F1024)
 MUHAMMAD SYAMIL HAKIMI BIN MOHD

SYUKRI(13DTK20F1064)

Isi Kandungan Halaman

Pengenalan 1

Objektif 2

Kepentingan 3

Cara penyebaran HIV 4-5

Langkah membuat ujian saringan HIV 6-7

Tanda-tanda HIV 8

Panduan saringan HIV 9 - 10

Kemudaratan 11
12
Ujian saringan HIV serta perkaitannya dengan 13
kaedah fiqh 14

Kewajaran mewajibkan pelaksanaan ujian saringan
HIV

Kesimpulan

Rujukan 15

Alhamdulillah, Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat
Allah swt kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya dapat saya
menyiapkan tugasan kerja folio ini dengan penuh sukses.

Dikesempatan ini saya ingin menghadiahkan ribuan terima kasih
kepada Puan Nor Hasniati Binti Abdullah @ Mahmud selaku
pensyarah kami kerana telah meletakkan sepenuh kepercayaan
beliau kepada saya untuk menyempurnakan tugasan penting ini.

Ucapan penghargaan juga ingin saya berikan kepada para rakan
seperjuangan kerana telah banyak menghulurkan bantuan mahupun
kerjasama bagi merealisasikan usaha menyempurnakan tugasan ini
dengan baik sekali.

PENGENALAN HIV

 HIV (nama penuh bahasa Inggeris human immunodeficiency
virus), ataupun dalam bahasa Melayu yang bermaksud virus
kurang imun manusia ialah sejenis lentivirus (subkumpulan
retrovirus) yang menyebabkan jangkitan HIV. Jangkitan HIV
yang tidak dirawat akan progres menjadi AIDS. Tanpa rawatan,
seorang pesakit yang dijangkiti HIV dijangka mempunyal
jangka hayat sepanjang 9 hingga11 tahun, bergantung kepada
subjenis HIV. Jangkitan HIV disebar melalui darah, air mazi, air
mani, cecair faraj (air mazi wanita) ataupun susu ibu.

 Saringan Pra-Perkahwinan HIV telah diperkenalkan oleh
Kementerian KesihatanMalaysia sejak awal tahun 2001 bermula
di negeri Johor untuk semua bakal pengantin beragama Islam
sebelum diwajibkan ke seluruh negeri di Malaysia. Ianya boleh
dilakukan di mana-mana klinik kesihatan di seluruh Malaysia.
Saringan ini bertujuan membolehkan pasangan mengetahul
status HIV masing-masing dan seterusnya mengambil tindakan
yang terbaik untuk mencegah penyebaran dan jangkitan
penyakit ini kepada orang lain. Mereka akan diberikan
pendidikan kesihatan, penerangan dan memulakan rawatan
berserta pemantauan susulan.

 Syariat Islam membenarkan sesuatu yang berfaedah dan
bermanfaat (ujian saringan kesihatan) kepada individu dan
keluarga walaupun tidak dinaskan oleh fuqaha' keatasnya secara
langsung

1

OBJEKTIF

 Seringkali kita mendengar isu berkaitan pasangan mendapat
tentangan daripada pihak keluarga untuk meneruskan
perkahwinan mereka apabila mendapat tahu salah seorang dari
bakal pasangan mereka menghidapi jangkitan kuman
immunodeficiency virus (HIV). Artikel ini membincangkan
lebih lanjut berkenaan isu ini dan bermatlamat mengurangkan
stigma masyarakat dan mengekang pandangan serong keluarga
terhadap mereka yang menghidapi HIV untuk meneruskan
perkahwinan dan menikmati kualiti hidup yang lebih baik iaitu
berumahtangga seperti lapisan masyarakat yang lain.

 Bilangan kematian disebabkan HIV masih lagi berterusan malah
meningkat walaupun telah banyak program kesedaran dan
pencegahan dilakukan oleh pelbagai banyak kajian telah
membuktikan pengetahuan dan sikap terhadap HIV dalam
kalangan anggota masyarakat yang terdiri daripada pelajar,
pekerja sosial, guru, kakitangan perubatan, kaunselor dan
sebagainya masih lagi rendah dan negatif. Ketidakfahaman
tentang HIV/AIDS juga merupakan salah satu faktor mengapa
jangkitan HIV dan kematian disebabkan AIDS masih lagi
terjadi. Menyedari kesan yang timbul akibat HIV /AIDS begitu
meluas, KKM telah mengambil langkah proaktif dengan
menjadikan HIV sebagai tema utama bagi Kempen Cara Hidup
Sihat bagi tahun 1992. Kempen tersebut yang diadakan setiap
tahun mempunyai tema dan fokus bagi wabak atau penyakit
tertentu.

2

KEPENTINGAN

 Bagi pengantin yang akan berkahwin, mereka digalakkan
membuat ujian saringan HIV terutamanya bagi bakal pengantin
yang beragama Islam. Ujian saringan HIV bagi bakal pengantin
yang beragama islam adalah diwajibkan kerana untuk
mengelakkan daripada penularan virus HIV yang boleh
melemahkan antibody dalam badan dan mendorong penyakit
yang merbahaya seperti AIDS dan sebagainya mudah untuk
dijangkiti. Disebabkan oleh penularan HIV boleh dijangkiti
melalui persetubuhan atau perkongsian jarum, ujian saringan
HIV ini sangat penting dilakukan oleh pasangan yang bakal
berkahwin untuk berwaspada dan memastikan ikatan
perkahwinan dibina tanpa penularan virus HIV. Jika ujian
saringan ini tidak dilakukan, kesannya akan melibatkan
pasangan yang dikahwini itu berjangkit tanpa sengaja dan juga
akan memberi kesan kepada anak yang bakal dilahirkan
mahupun yang masih didalam kandungan. Walaubagaimanapun,
tidak kesemua bayi yang dilahirkan oleh ibu yang mempunyai
HIV positif akan mendapat jangkitan daripada ibunya tetapi
lebih baik jika status jangkitan HIV diketahui sebelum berlaku
sebarang kemungkinan yang tidak terduga. Oleh sebab itu, ujian
saringan HIV ini menjadi kewajipan dan tanggungjawab kepada
setiap pasangan yang akan berkahwin. Hal ini juga di pandang
serius bagi pihak kerajaan dan diwajibkan oleh Jabatan agama
untuk mengetahul status ujian saringan HIV bagi setiap bakal
pengantin untuk mencegah jangkitan HIV ini daripada merebak.
Dengan membuat ujian saringan HIV ini, tindakan awal boleh
diambil bagi mencegah penyakit ini tersebar kepada individu
yang lain sekiranya individu tersebut mengidap HIV positif.

3

CARA PENYEBARAN HIV

 HUBUNGAN SEKSUAL
- HIV boleh merebak melalui hubungan seksual tanpa

perlindungan dengan seseorang yang dijangkiti. Kebanyakan
jangkitan HIV yang berlaku adalah melalui hubungan seksual.

 HUBUNGAN SEKSUAL (FARAJ/DUBUR)
- HIV boleh menjangkiti melalui selaput lendir pada faraj

(vagina) atau dubur (anal) secara langsung atau masuk melalui
luka yang mungkin terjadi dan tidak disedari berlaku akibat
hubungan kelamin. Justeru, hubungan seksual samada melalui
faraj dan dubur sangat berisiko tinggi menularkan jangkitan
HIV ini.

 HUBUNGAN SEKSUAL ORA
- Risiko penularan HIV melalui tekak, gusi, dan membran/ tisu di

dalam mulut adalah lebih rendah berbanding faraj atau dubur.
Walaupun risikonya lebih rendah, tetapi ia tidak mustahil
berlaku.

4

 TRANSFUSI DARAH
- Penularan HIV boleh berlaku melalui penerimaan organ atau

transfusi darah daripada orang yang dijangkiti HIV. Sehubungan
itu, penghidap HIV dilarang menderma darah. Kini proses
pendermaan darah dan organ juga dipantau dan disaring dengan
ketat untuk memastikan bekalan darah dan organ adalah
selamat.

 PERKONGSIAN JARUM SUNTIKAN
- Jarum suntikan terpakai yang dikongsi juga boleh menjadi

medium penyebaran virus HIV ini dari satu pesakit ke perumah
yang baru.

 CIUMAN MULUT
- Walaupun ianya sangat jarang berlaku, namun ada

kemungkinan HIV dapat ditularkan melalui ciuman mulut yang
terbuka dan mendalam. Meskipun virus tidak dapat merebak
melalui air liur, penularan dapat terjadi jika adanya darah. Hal
ini boleh berlaku apabila kedua-dua pasangan mengalami
masalah gusi berdarah atau luka di dalam mulut.

5

LANGKAH MEMBUAT
UJIAN SARINGAN HIV

1. KENAL PASTI KLINIK KESIHATAN/ HOSPITAL
TERDEKAT
 Untuk makluman anda, Ujian Saringan HIV hanya boleh

dilakukan di Klinik Kesihatan ataupun hospital kerajaan sahaja.
Dan yang paling penting anda perlu menjalani ujian ini di
negeri atau mengikut mukim masing-masing.
 Sekiranya anda bekerja atau bermastautin di negeri lain terdapat
beberapa tambahan prosedur yang perlu anda patuhi bagi
membolehkan ujian ini diambil.Bagi memudahkan kerja anda
dan pasangan, sila cari dan daftar dengan klinik kesihatan
terdekat terlebih dahulu. Dan ambilah kesempatan ini untuk
bertanya samada klinik tersebut ada menawarkan servis ujian
HIV atau tidak. Jika perlu setkan tarikh temujanji.

2. DOKUMEN YANG PERLU DIBAWA KE KLINIK
KESIHATAN /HOSPITAL
 Dokumen yang perlu dibawa semasa ujian ini diambil adalah

kad pengenalan sahaja dan bayaran perkhidmatan yang
dikenakan pula hanyalah RM 1.
 Murah je kan bila berurusan dengan pusat perubatan kerajaan
Malaysia ni. Satu lagi, sekiranya anda berkahwin dengan warga
asing sila pastikan pasangan anda membawa passport ke klinik
untuk menjalani ujian saringan ini.

6

3. LENGKAPKAN BORANG U|LAN SARINGAN HIV
PRAPERKAHWINAN

 Apabila selesai daftar dan membuat pembayaran di kaunter,
anda boleh mula melengkapkan borang Ujian Saringan HIV Pra
Perkahwinan yang telah disediakan oleh pihak klinik.

 Sekiranya anda menjalani ujian saringan ini di negeri lain sila
muat turun borang ujian HIV (yang dikeluarkan oleh Jabatan
Agama Islam Negeri masing-masing). Apabila selesai anda
akan diminta tunggu sebentar sementara nama anda dipanggil
untuk menjalani ujian saringan tersebut.

4. UJIAN SARINGAN HIV

 Doktor atau MA (Medical assistance) akan menjalankan ujian
saringan ini dengan menggunakan kaedah Rapid Kit Test. Darah
akan diambil di hujung jari anda dengan menggunakan jarum
lancet. Selepas itu anda akan diminta untuk tunggu sebentar
kerana keputusan ujian ini kebiasaannya siap dalam masa 15
hingga 30 minit bergantung pada jenis kit yang digunakan oleh
pihak klinik.

5. KEPUTUSAN UILAN SARINGAN HIV

 Keputusan ujian saringan ini akan diberikan oleh pihak klinik
pada hari yang sama. Keputusan boleh dilihat pada kit yang
digunakan. Sekiranya terdapat single line pada kit ia bermaksud
negative atau anda atau pasangan anda bebas daripada dijangkiti
virus HIV.

 Tetapi sekiranya keluar double line ia bermakna positif
(reactive). Keputusan ini akan diberikan kepada anda untuk
diserahkan kepada Jabatan Agama Daerah masing-masing untuk
langkah-langkah selanjutnya.

7

TANDA-TANDA HIV

 Kebanyakan pesakit yang dijangkiti HIV tidak menyedari
bahawa mereka telah dijangkiti. Sebilangan pesakit mengalami
gejala-gejala berikut dalam masa 1-6 minggu selepas dijangkiti
kuman HIV

- Demam
- Sakit tekak dan batuk
- Sakit otot
- Sakit kepala
- Ciri-birit
- Letih
- Ruam
- Sakit sendi
- Turun berat badan

8

PANDUAN SARINGAN HIV

1. Prosedur Pemeriksaan Saringan HIV
 Bakal Pengantin perlu mengambil Borang Laporan Kesihatan

Untuk Bakal Pengantin (HEAT/HIV) yang boleh didapati di
semua pejabat agama.
 Setiap borang permohonan Pemeriksaan Saringan HIV perlu
dikenakan bayaran sebanyak Ringgit Malaysia Lima Sahaja
(RM5.00).
 Borang perlu dilengkapkan dan dibawa ke Klinik Kesihatan
yang telah ditetapkan untuk menjalani Ujian Saringan HIV.
 Setiap keputusan Ujian Saringan HIV adalah SULIT. Pihak lain
yang boleh mengetahul keputusan tersebut adalah terdiri
daripada Pegawal Perubatan, Pembantu Perubatan tau Jururawat
Kesihatan yang menjalankan ujian, Pegawal Agama Daerah,
Penolong Pegawali Agama Daerah dan Pegawai Khidmat
Nasihat
2. Prosedur Ujian Saringan HIV di Klinik Kesihatan
 Bakal pengantin boleh hadir ke Klinik kesihatan pada waktu
yang ditetapkan dengan membawa Borang Laporan Kesihatan
Bakal Pengantin (HEAT/HIV).
 Pendaftaran mestilah dibuat ke dalam Buku Daftar Saringan
HIV Bakal Pengantin (BP/HIV) oleh anggota kesihatan yang
menjalankan ujian.
 Ujian Saringan HIV akan dilakukan oleh Pegawai Perubatan/
PembantuPerubatan/Jururawat Kesihatan yang ditugas
mengendalikan perkhidmatan ini.

9

 Jika keputusan saringan "tidak reaktif", ia bermaksud bakal
pengantin tidak dijangkiti virus HIV atau berada di dalam
tempoh " window period ".

 Jika keputusan saringan "reaktif", ini bermaksud bakal
pengantin disyaki dijangkiti virus HIV. Bakal pengantin
dinasihatkan menjalani ujian pengesahan HIV (ELISA dan PA).

 Pegawai Perubatan/ Pembantu Perubatan/Jururawat Kesihatan
akan mengesahkan keputusan Ujian Saringan HIV di dalam
Borang Laporan Kesihatan Bakal Pengantin (JHEAT/HIV).

 Borang keputusan ujian dimasukkan ke dalam sampul dan
disimpan dengan rapi untuk diserahkan kepada bakal pengantin
untuk dikemukakan kepada Pejabat Agama Daerah.

10

KEMUDARATAN

 Kemudaratan dalam kaedah ini bermaksud sesuatu perkara yang
menjadi kesukaran bagi mencapai kepentingan asasi kehidupan
manusia yang melibatkan agam, nyawa, keturunan, akal dan
harta. Dalam hal ini, kaedah ini sebenarnya menjelaskan
bahawa tiap-tiap perkara yang boleh mendatangkan bahaya dan
mudarat hendaklah dihapuskan. Kaedah ini bersumberkan hadis
Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim
yang bermaksud:

“(Islam itu) tidak boleh bahaya
dan membahayakan”

 Islam mengharamkan segala tindakan yang boleh membawa
kepada kemudaratan sama ada kepada diri, orang lain alam
sekitar. Dalam masa yang sama, Islam melarang tindak balas
kepada sesuatu tindakan daripada pihak lain yang boleh
memberikan kemudaratan.

 Ukuram kemudaratan dengan merujuk kepada kesan buruk
menurut perspektif agama disamping sitem piawaian
berdasarkan norma masyarakat yang tidak bercanggah dengan
tujuan dan prinsip syariat. Contohnya, penetapan batasan aurat
kepada lelaki dan perempuan.

11

UJIAN SARINGAN HIV
SERTA PERKAITANNYA
DENGAN KAEDAH FIQH

 LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN DAN
PENGAWALAN AIDS

- Pencegahan bermaksud cara-cara yang diambil untuk menjaga
individu dan masyarakat dari musibah penyakit. Langkah-
langkah tersebut termasuklah aplikasi kaedah syarak,
pendidikan, penguatkuasaan undang-undang, perubatan serta
peranan pemerintah dan ulama.

 Islam mensyariatkan umatnya agar sentiasa menjaga kesihatan
dan menjauhkan diri daripada penyakit jasmani, emosi (jiwa)
dan sosial sebagaimana yang berlaku pada masyarakat jahiliah
sebelum Islam seperti ketagihan arak dan zina. Langkah ini
akhirnya telah membawa kepada suasana harmoni dan berjaya
melahirkan masyarakat yang bebas dari segala penyakit. Islam
juga merupakan satu-satunya agama yang mampu
menyelesaikan apa jua permasalahan yamg timbul harini ekoran
keberkesanannya dalam langkah-langkah pencegahan yang
dilaksanakan. Ini adalah kerana syariat Islam menjadikan
perngertian kesihatan merupakan satu ibadah, contohnya Islam
buakn sahaja menyeru umatnya agar menjaga kebersihan
bahkan menjadikan kebersihan sebagai syarat sah kepada
kebanyakan ibadat seperti solat dan tawaf.

12

KEWAJARAN
MEWAJIBKAN
PELAKSANAAN UJIAN
SARINGAN HIV

 Walaupun perkahwinan adalah sunnah Rasullullah S.A.W dan
amat digalakkan, namun ianya akan bertukar menjadi haram
dan dilarang sekiranya kesan yang akan timbul daripada
perkahwinan tersebut akan memberikan kemudaratan yang
lebih besar. Apabila bertembung kebaikan dan kemudaratan
makan menolak kemudaratan itu adalah lebih diutamakan bagi
menjamin kelangsungan hidup masyarakat dalam sesebuah
negara.

13

Kesimpulan

 HIV/AIDS boleh dikatakan sebagai hukuman mati
kepada sesiapa yang telah dijangkiti oleh-nya.
Masyarakat haruslah meningkatkan pengetahuan
mereka terhadap HIV/AIDS. Kesedaran masyarakat
terhadap HIV/AIDS merupakan langkah pencegahan
yang terbaik. Berfikirlah sebelum bertindak, fikirkanlah
orang-orang yang ada disamping kamu. Jagalah tingkah
laku dan amalan diri sendiri sebelum anda menyesal.
Bagi orang yang terjangkit HIV/AIDS, bertabahlah dan
harus berani untuk berdepan dengan "pembunuh" ini.
Sekiranya kita ada harapan, maka keajaiban akan
berlaku.

14

Rujukan

 http://c372010.blogspot.com/2010/08/kesimpulan.html
 http://www.myhealth.gov.my/hiv-aids/
 https://zulkiflialbakri.com/ujian-saringan-hiv-pra-

perkahwinan-satu-pendapat/
 https://www.doctoroncall.com.my/health-centre/aids-

hiv/tanda-tanda-hiv

15


Click to View FlipBook Version