The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PROGRAM TAHSIN SOLAT TINGKATAN 1 TAHUN 2021 (2)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-00345395, 2021-10-22 01:10:50

PROGRAM TAHSIN SOLAT TINGKATAN 1 TAHUN 2021 (2)

PROGRAM TAHSIN SOLAT TINGKATAN 1 TAHUN 2021 (2)

SABTU

23 OKTOBER 2021

9.30 - 11.45 PAGI

KEDIAMAN MASING-

MASING ( GOOGLE MEET )

Anjuran :

PANITIA PENDIDIKAN ISLAM,
SMK PULAU INDAH

Solat merupakan penghubung antara manusia
dengan Penciptanya. Melalui solat seseorang itu
dapat berhubung terus dengan Allah SWT untuk
memohon hidayah, meminta pertolongan serta
mengadu dan menyerah diri kepada Allah SWT.
Melalui solat juga seseorang dapat menghampirkan
diri kepada Allah SWT, mendapat sumber tenaga
yang baru dan bekalan kepada jiwa yang sentiasa
memerlukannya sepanjang perjalanan hidup ini.



Solat juga merupakan perkara pertama yang akan
dipersoalkan di hari akhirat kelak. Ini menunjukkan
bahawa solat adalah ibu kepada segala ibadat dan

ianya amat penting untuk dilaksanakan dalam
kehidupan. Solat juga adalah tiang agama yang
membawa maksud teras kepada amalan-amalan
yang lain. Oleh itu, seseorang yang meninggalkan

dan mengabaikan solat seolah-olah ia telah
meruntuhkan agamanya sendiri.



Oleh sebab itu, program ini diperlukan oleh semua
murid Tingkatan 1 di SMK Pulau Indah kerana

mereka adalah pelapis dan pemimpin generasi pada
masa hadapan. Sebagaimana yang kita telah sedia
maklum, solat yang didirikan tanpa ilmu samalah
seperti bahtera tanpa nakhoda yang belayar tanpa
arah dan haluan yang berakhir dengan kesesatan.

Program Tahsin Solat ini diadakan bagi
memastikan semua murid yang menyertai akan
mendapat pendedahan serta mengaplikasikan
ibadat solat dalam kehidupan seharian dengan

sempurna dari segi bacaan, rukun, ilmu
pengetahuan dan penghayatan solat.

Memberi peluang kepada murid menambah
pengetahuan, kemahiran dan pengalaman
mendirikan solat secara teori dan amali.

Melaksanakan pengajaran dan pembelajaran
salah satu daripada sukatan pelajaran Pendidikan
Islam Tingkatan 1.

Murid dapat mengamalkan solat lima waktu
dengan ilmu dan kefahaman yang betul.

Menanam sikap tanggungjawab untuk
melaksanakan solat fardu sebagai ibadat yang
wajib dalam kehidupan seharian.

Memberi pendedahan kepada murid tentang cara
solat yang sempurna.

Nama Penuh
MOHAMAD RASHID BIN MOHAMAD SALEH

Pendidikan
SARJANA PENGAJIAN ISLAM,OUM

Jawatan Sekarang
GPI SMK KAMPONG JAWA

Asal
KLANG

9.15 - 9.30 PAGI : MURID BERSEDIA DALAM
TALIAN (GOOGLE MEET)

9.30 – 9.45 PAGI : UCAPAN ALUAN
PENGERUSI MAJLIS
UCAPAN PENGETUA

9.45 – 10.15 PAGI : TEORI SOLAT

10.15 – 10.20 PAGI : REHAT

10.20 – 11.30 PAGI : PELAKSANAAN AMALI SOLAT

11.30 – 11.45 PAGI : KUIZ
RUMUSAN DAN
UCAPAN PENUTUP
PENGERUSI MAJLIS

11.45 PAGI : BERSURAI

AJK INDUK

PENASIHAT : PN. ALINA BINTI AHAMAD
PENGERUSI : PN. HJH. NORLIZA BINTI SHAHRI
N/PENGERUSI : PN. SITI RAMLAH BINTI HAYAT
SETIAUSAHA : CIK ZALEHA BINTI ABDULLAH
BENDAHARI : CIK MIZA AMANI BINTI MOHAMAD NORDIN

AJK PELAKSANA




Jemputan / Promosi : Cik Zaleha binti Abdullah

Pengacara Majlis : Pn. Normaziana binti Mohamad Saleh

Doa : Cik Zaleha binti Abdullah

e-Buku Program : Cik Zaleha binti Abdullah

Link Google Meet : Pn. Khairunnisa Atikah binti Mohammad

e-Banner : Cik Miza Amani binti Mohamad Nordin

Kuiz : Pn. Normaziana binti Mohamad Saleh

Fotografi & : Cik Zaleha binti Abdullah

Dokumentasi

Sijil, e-Kehadiran

Panitia Pendidikan Islam, SMK Pulau
Indah merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan dan terima kasih kepada



Us. Mohamad Rashid bin Mohamad Saleh

Pn. Alina binti Ahamad
Barisan Pentadbir
Semua Guru

Ibu Bapa dan Penjaga
Semua Murid Tingkatan 1



dan kepada semua yang terlibat samada

secara langsung atau tidak langsung
dalam Program Tahsin Solat Tingkatan 1

Tahun 2021.
Semoga program ini dapat memberi

manfaat kepada semua.


Click to View FlipBook Version