PHAN CHEI WEI, YOW YENG HAR SJK ( C ) HWA MIN, TEMOH PENERAPAN PENDEKATAN BERTEMA DALAM PENTAFSIRAN BILIK DARJAH (PBD) 1
NAMA CALON : PHAN CHEI WEI, YOW YENG HAR NAMA INSTITUSI: SJK ( C ) HWA MIN, TEMOH TAJUK AMALAN TERBAIK PBD: Penerapan Pendekatan Bertema dalam Pentafsiran Bilik Darjah (PBD) Objektif Amalan Terbaik PBD menerap Pendekatan Bertema Objektif penerapan pendekatan bertema adalah agar pembelajaran menjadi lebih bermakna di mana murid diberi peluang untuk membuat hubung kait pengetahuan kemahiran dan nilai yang dibelajari dengan dunia sebenar adalah tinggi. Murid diajar satu tema dalam satu tempoh yang tertentu bagi beberapa gabungan mata pelajaran. Contohnya di bawah tema masyarakat, murid belajar nilai murni saling tolong menolong dan hormat-menghormati dalam Bahasa Melayu dan dapat mengaplikasikannya dalam mata pelajaran Moral, Matematik dan Sains. Murid mengaplikasikan nilai murni ini semasa rakan sekelasnya menghadapi masalah pembelajaran. Murid dapat menolong rakannya. Proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menyeronokkan di mana bilik darjah menjadi lebih kondusif, murid berasa selasa untuk belajar serta bertindak aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Murid juga diberi peluang untuk membuat penerokaan berkaitan kandungan pelajaran di bawah satu tema. Selain itu, murid juga dapat menghubung kait ilmu pengetahuan dari gabungan subjek di bawah tema yang sama. Tambahan penerapan pendekatan bertema juga dapat melatih penguasaan kemahiran komunikasi dan pemikiran aras tinggi murid. Pendekatan bertema yang menggalakkan murid bertindak aktif dalam proses pembelajaran iaitu aktiviti-aktiviti yang dijalankan serta diamalkan kelas mendorong murid-murid untuk berbincang serta meneroka jawapan 2
melalui pembelajaran kendiri. Guru pula bertindak sebagai fasilitator dalam proses pengajaran serta pembelajaran. Isu-isu yang terdapat dalam kalangan murid Tahap minat murid didapati adalah kurang serta kurang menumpu perhatian dalam bilik darjah. Terutamanya murid Tahap 2, mereka berasa sesi pembelajaran amat sukar kerana terdapat banyak fakta yang perlu diingati serta sukar diaplikasi dan menghubungkait dalam kehidupan seharian. Kebanyakan guru memberi kuiz dalam bilik darjah yang menyebabkan mereka fobia dengan kuiz yang diberi serta tidak berminat untuk membuat kuiz tersebut. Selain itu, terdapat banyak nota yang perlu disalin serta dihafal menyebabkan tahap minat dalam sesi pengajaran dan pembelajaran semakin rendah. Selain itu, guru juga didapati sukar untuk menentukan aktiviti yang sesuai untuk menilai tahap penguasaan murid dalam aktiviti yang lebih berunsur menulis. Maka dengan penerapan pendekatan bertema dalam bilik darjah berharap dapat mempelbagaikan aktiviti yang dijalankan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran serta membantu guru untuk menolong murid mencapai tahap penguasaan yang lebih tinggi. Sinopsis Amalan Terbaik PBD menerap Pendekatan Bertema Amalan Terbaik PBD menerap Pendekatan Bertema dibahagi kepada tiga bahagian iatu proses sebelum, proses semasa dan proses selepas. 3
Proses Sebelum Penerapan Pendekatan Bertema dalam PBD Sebelum menjalani penerapan Pendekatan Bertema dalam gabungan subjek di dalam bilik darjah, panitia serta guru mata pelajaran membincang dan mengenal pasti isu atau masalah yang terdapat kalangan murid dalam gabungan mata pelajaran. Aktiviti dan cara menilai PBD juga dikenal pasti dalam proses ini agar penerapan pendekatan bertema dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalan dengan lebih lancar. Pertama, guru-guru membahagikan topik-topik yang ada pada setiap mata pelajaran dan menyusun mengikut tema yang sesuai. Kemudian, guru mata pelajaran memilih tema yang sesuai dengan tahap murid mereka mengikut DSKP dan merekakan aktiviti yang sesuai dengan topik berdasarkan DSKP. Ini memberi bantuan kepada guru dalam penyediaan aktiviti yang menolong murid untuk mencapai tahap penguasaan yang lebih tinggi. Contohnya, murid yang mendapat tahap penguasaan 3 ke 4 atau yang lebih tinggi. Jadual di bawah menunjukkan gabungan mata pelajaran berdasarkan tema yang dipilih serta aktiviti yang telah dijalankan. TEMA: ALAM SEKITAR Mata Pelajaran Standard Kandungan Aktiviti Pentaksiran Tempoh Masa Bahasa Melayu 1.1.1, 1.1.2, 2.1.1, 2.2.1, 3.1.1, 3.2.1, 4.1.1, 4.2.1 & 5.1.1 -Memberi respons. - Membaca - Tulisan berangkai & Menulis jawaban pemahaman - Bercerita - Memberikan respons -Membaca, memahami kandungan teks - Menulis ayat 2 minggu 4
- Tatabahasa (kata nama) Bahasa Cina 1.3.2, 2.1.1,2.1.2, 3.1.1, 3.2.2,4.2.1, 5.3.1, 5.4.1,5.5.1,5.6.1 Menulis surat tidak rasmi kepada ibu Menulis surat tidak rasmi kepada ibu (Ayat lancer, penggunaan perkataan yang tepat) Pendidikan Moral 4.1,4.2,4.3,4.4,4.5 Membuat kad terima kasih Membuat kad terima kasih Pendidikan Kesihatan 4.1.1,4.1.2 Main peranan –Berkongsi pengalaman dan perasaan Membuat peta minda (kad digital ) serta bermain peranaan serta berkongsi pengalaman dan perasaan Sejarah 11.3.1,11.3.2,11.3.3 Membuat peta minda Membuat peta minda Matematik 4.1.11,4.1..2,4.2.1 Mengaplikasi kepentingan masa dalam kehidupan seharian Perbincangan dalam kumpulan untuk mengenal pasti masa dan tarikh dalam tiket penerbangan adalah tepat 5
Berbincang dengan rakan sekumpulan kepentingan masa dalam kehidupan seharian Bahasa Inggeris 4.2,1.2 Learn about time Write the sentences about time and tell among their friends importance of being punctual Proses Semasa Penerapan Pendekatan Bertema dalam PBD Selepas perbincangan dan penetapan aktiviti yang boleh dilaksanakan. Guru mata pelajaran menjalankan pendekatan bertema mengikut jadual waktu yang telah ditetapkan. Guru membuat pemerhatian serta memberi bantuan kepada murid jika perlu. Guru juga mengumpul data dari pelbagai cara iaitu pemerhatian, kuiz, main peranan, membuat peta minda, membuat kad digital. Semua eviden aktiviti dikumpul untuk membuat analisis serta dapat membantu guru dapat memberi tahap penguasaan mengikut hasil murid. 6
Proses Selepas Penerapan Pendekatan Bertema dalam PBD Panitia dan guru mata pelajaran membuat refleksi terhadap aktiviti yang telah dijalankan. Guru juga dapat mengemaskinikan rekod tahap penguasaan murid mengikut aktivitiaktiviti yang telah dijalankan. Ini juga membantu guru untuk mengenal pasti adakah aktiviti yang dijalankan sesuai dengan tahap penguasaan berdasarkan DSKP. Kelebihan Penerapan pendekatan bertema dalam PBD membawa kelebihan kepada tiga pihak warga sekolah iaitu murid, guru dan juga pentadbir sekolah. Murid Murid berasa seronok dan dapat memberi tumpuan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, murid juga dapat melibatkan diri secara langsung dalam sesi pengajaran dan pembelajaran kerana murid diberi peluang untuk berkomunikasi dengan rakan sekelas untuk menyiapkan kerja rumah atau projek yang diberi oleh gurunya. Dalam proses ini, murid dapat bertindak aktif dan meningkatkan kemahiran berkomunikasi mereka. Selain itu, murid juga belajar untuk bertoleransi serta bekerjasama dalam proses pembelajaran. Selain itu, aktiviti-aktiviti yang dijalankan juga meningkatkan pemikiran aras tinggi di mana murid diberi peluang untuk menjawab soalan-soalan yang dapat mengaplikasikan kemahiran yang dibelajari dalam bilik darjah. Tambahan pula, muridmurid juga diberi peluang untuk menyelesaikan masalah. Penyelesaian masalah dapat meningkatkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. 7
Guru Dalam penerapan pendekatan bertema, guru juga diberi pelaung utnuk meningkatkan keupayaan guru dalam menggunakan kemahiran penyediaan bahan bantu mengajar, penyediaan aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan tema yang dipilih. Tambahan pula, guru juga diberi peluang untuk melihat semula rancangan tahunan sebelum ini dan dapat membuat pengubahsuaian terhadap aktiviti dan rancangan pengajaran harian yang lebih sesuai dengan tahap murid. Selain daripada itu, guru juga dapat mengenal pasti strategi pelaksanaan yang sesuai dengan tema yang dipilih. Guru juga perlu diberi peluang untuk membelajari lebih kemahiran teknologi serta mengguna peralatan teknologi dalam memupuk kemahiran teknologi dalam kalangan murid. Guru juga dapat menyediakan diri dengan mengambil kira penggabungjalinan dan hubung kait di bawah tema yang berkaitan. Guru juga dapat mengenal pasti objektif setiap sesi pengajaran dan pembelajaran berdasarkan pengetahuan, kemahiran dan juga nilai dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) mengikut setiap mata pelajaran dan bukan berdasarkan tema semata-matanya. Pentadbir Sekolah Pentadbiran sekolah pula dapat mengenal pasti satu perancangan strategik yang sesuai dengan keupayaan guru dan juga pendekatan bertema. Pentadbir sekolah dapat menyediakan benkel kerja atau latihan dalaman berbentuk komuniti pembelajaran profesional (PLC) secara berterusan yang selaras dengan hasrat TS 25, iaitu guru berkeupayaan meningkatkan profesionisme dalam bidang pengajaran masing-masing. 8
Maka hasrat melahirkan sumber tenaga yang profesional serta berdaya saing dapat direalisasikan. Hasil Murid Melalui pemerhatian dan hasil aktiviti didapati murid lebih sudi menyertai aktiviti kumpulan serta dapat memberi tumpuan dalam bilik darjah terutamanya mereka diberi aktiviti yang pelbagai. Selain itu, murid juga mengatakan mereka telah mendapat ilmu pengetahuan yang relevan dari mata pelajaran yang lain dan dapat mengaplikasikannya dalam mata pelajaran yang seterusnya. Murid berasa seronok dan berharap dapat menyertai aktiviti tersebut. Murid berasa tidak bosan dan berasa segar apabila mereka diberi peluang untuk memain peranan, membuat kad digital dan pelbagainya. Guru Guru dapati kepentingan mempelbagaikan jenis aktiviti dalam sesi pengajaran dan pembelajaran adalah amat penting. Ini adalah kerana memberi peluang kepada murid untuk bertindak secara aktif dalam bilik darjah dan guru menjadi fasilitator dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, guru juga diberi peluang untuk mereka cipta aktiviti yang sesuai dengan DSKP di mana berharap dapat membantu murid untuk mendapat tahap penguasaan yang lebih tinggi. Aktiviti tidak perlunya sangat susah dicapai tetapi perlu tepat dan sesuai dengan tahap penguasaan seperti yang dinyatakan dalam DSKP. 9
Pentadbir Sekolah Penerapan pendekatan bertema selaras dengan Konsep Program Transformasi Sekolah 2025 (TS 25) iaitu dengan menjalankan pendekatan bertema dapat mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih menyeronokkan. Penglibatan murid dalam sesi pengajaran dan pembelajaran adalah lebih aktif dan bermakna. Selain itu, pentadbir sekolah juga melibatkan diri secara langsung dalam penerapan ini juga menyokong kepimpinan yang berkualiti serta berwawasan. 10
MA CHAU WAI BAHARUDDIN BIN HAMZAH CHOONG GIM SEE SMK CHOONG HUA PEMBUDAYAAN PROGRAM SUMUR DALAM PENINGKATAN PERATUS KEHADIRAN DALAM KALANGAN MURID SMK CHOONG HUA 11
KOLOKIUM PENDIDIKAN NEGERI PERAK TAHUN 2023 KATEGORI : AMALAN TERBAIK SAHSIAH CEMERLANG MURID PEMBUDAYAAN PROGRAM SUMUR DALAM PENINGKATAN PERATUS KEHADIRAN DALAM KALANGAN MURID SMK CHOONG HUA OLEH: EN. MA CHAU WAI (PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID) EN. BAHARUDDIN BIN HAMZAH (GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING) PN. CHOONG GIM SEE (GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING) KOD SEKOLAH : AEB0038 NAMA SEKOLAH : SMK CHOONG HUA 12
Abstrak Ketidakhadiran murid tanpa sebab ke sekolah (ponteng) telah menjadi masalah displin utama sekolah pada masa kini. Ada yang tidak hadir ke sekolah tetapi dalam pengetahuan ibu bapa atau penjaga. Ponteng sekolah memberi kesan kepada murid dari segi akademik, sahsiah dan psikologi. Untuk menangani masalah ini, satu program yang telah memberi impak positif setelah dijalankan. Pendekatan pengumpulan dan penganalisaan data-data peratus kehadiran, Program SUMUR yang terdiri daripada ziarah cakna, aktiviti Anak yang Baik Lagi Cerdik (ABC), amalan #BTS (Berhenti, Tunduk, Sapa) telah dijalankan mulai bulan Mac hingga Jun 2023. Hasil program menunjukkan impak positif iaitu setelah 10 kali perkongsian pengalaman tokoh yang berjaya oleh PRS pada setiap Jumaat dalam aktiviti Anak yang Baik lagi Cerdik(ABC), dengan tujuan memberi motivasi kepada murid dan perjumpaan mesra antara guru bimbingan dan kaunseling dengan murid dan ibubapa (ziarah cakna) serta pengamalan #BTS oleh murid . Kebanyakan daripada murid dan guru sekolah bersetuju dan menyokong program yang dijalankan ini. Aktiviti ini juga membuktikan keberkesanan Program SUMUR dalam peningkatan peratus kehadiran murid sekolah. 13
1.0 Pengenalan Kamus Dewan mendefinisikan, ponteng sebagai lari daripada tanggungjawab atau tugas tanpa kebenaran. Istilah tersebut digunakan bagi kes ketidakhadiran yang berpunca daripada keinginan pelajar itu sendiri, dan bukannya kes-kes yang "dimaafkan" seperti sakit, kemalangan dan sebagainya. Ponteng sekolah boleh ditakrifkan sebagai tidak hadir ke sekolah tanpa keizinan guru atau ibu bapa (Yahya, 2005). Menurut Muhammed Sharif Mustaffa et. al. (2012) punca utama berlakunya masalah ponteng sekolah dalam kalangan pelajar adalah faktor rakan sebaya kemudian diikuti oleh punca lain seperti faktor hubungan keluarga, faktor diri, faktor sikap guru dan faktor prasarana sekolah. Kehadiran murid ke sekolah memainkan peranan yang penting dalam peningkatan prestasi akademik pelajar. Oleh itu, satu usaha telah dirancang untuk membantu meningkatkan peratus kehadiran murid. Ibu bapa juga perlu memberikan perhatian sepenuhnya kepada anak- anak agar mereka tidak terjebak dengan kes ponteng sekolah dan gejala sosial yang lain. Zaman remaja merupakan zaman yang unik sepanjang kehidupan bagi setiap individu. Pada peringkat remaja, mereka ingin mendapatkan kebebasan daripada ibu bapa dan ingin mencari identiti sendiri di mana zaman remaja adalah tempoh berlakunya proses adaptasi dalam masyarakat selepas mencapai akil baligh (Zainal & Sharani, 2004). Walaupun adanya peraturan atau disiplin sekolah yang ketat tetapi seketat mana pun undangundang dibuat gejala ponteng tetap berlaku. Untuk menangani masalah ini, Program SUMUR telah memberi impak positif setelah dijalankan di sekolah. 14
2.0 Latar Belakang Masalah Kebanyakkan murid yang terlibat dengan ponteng sekolah datangnya dari sekolah yang terletak di luar bandar. Murid yang tinggal dipinggir bandar seringkali menghadapi masalah dari segi persekitaran tempat tinggal, sosioekonomi keluarga dan pergaulan antara rakan-rakan. Kebanyakkan ibu bapa mereka berpendapatan rendah dan tidak dapat menyediakan perbelanjaan yang mencukupi. Jadi untuk meringankan bebanan yang ditanggung oleh ibu bapa mereka, ada murid yang sanggup bekerja bagi mendapatkan wang untuk perbelanjaan harian mereka. Menurut Laporan Disiplin Pelajar tahun 1994, Bahagian Sekolah-Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia yang menunjukkan ponteng sekolah merupakan kes disiplin dengan peratusan tertinggi berbanding salahlaku yang lain. Masalah ponteng tidak boleh dipandang remeh kerana kemungkinan pelajar yang ponteng akan dipergunakan oleh anasir-anasir negatif untuk melakukan sesuatu yang membahayakan masyarakat. Masalah ini perlulah diatasi dengan segera bagi mengelakkan daripada timbulnya pelbagai gejala buruk yang lain rentetan daripada ponteng. Bagi mengurangkan masalah ini, pihak Unit Hem dan Unit Bimbingan dan Kaunseling berkerjasama menjalankan program ini untuk mengatasinya. 15
3.0 Penyataan Masalah Terjadinya kes ponteng SMK Choong Hua adalah disebabkan oleh beberapa fakor. Antaranya adalah pengaruh media elektronik yang saban hari dan kebebasan remaja yang keterlaluan banyak mempengaruhi pemikiran golongan muda terutama yang baru meningkat remaja menjadi penyumbang kepada berlakunya gejala ponteng. Manakala kurangnya didikan agama dan kasih sayang dari ibu bapa, perasaan ingin tahu serta desakan atau pengaruh dari rakan sebaya boleh menjadi penyebab terjadinya masalah ponteng. Sikap murid yang sukakan hiburan dan mudah terikut-ikut dengan gaya penampilan artis yang mereka minati, seperti memakai pakaian yang berjenama dan stail rambut yang baru, jika tiada wang yang mencukupi, mereka rela ponteng sekolah untuk bekerja demi mendapat wang. Murid akan hilang semangat belajar dan ponteng sekolah. 4.0 Objektif Penulisan Melalui program 4.1 Peratusan kehadiran murid akan terus meningkat setiap bulan dari 90% kepada 93% ke atas. 4.2 Aktiviti Program SUMUR dapat mempengaruhi pemikiran golongan murid terutama yang baru meningkat remaja menjadi lebih positif dan hadir ke sekolah. 16
5.0 Teori yang diaplikasikan dalam pendekatan kepada penyelesaian masalah Teori pemusatan klien berasaskan konsep psikologi kemanusiaan dan 4 teras SUMUR. Rogers (1942) membuat andaian bahawa manusia ialah individu yang boleh dipercayai, mempunyai potensi untuk memahami diri mereka sendiri dan menyelesaikan masalah sendiri tanpa campur tangan daripada orang lain. Menurut Rogers (1987), manusia boleh diberi kepercayaan, tahu mencari jalan, boleh memahami diri mereka sendiri, boleh membuat perubahan yang membina dan boleh menjalani kehidupan yang berkesan serta menghasilkan sesuatu yang baik. 4 teras utama pembudayaan SUMUR adalah berdasarkan nilai berikut : 1) Berbudi bahasa 2) Jati diri 3) Penampilan diri 4) Hidup beragama dengan kesyukuran dan kasih sayang Keempat-empat nilai teras utama ini telah dipupuk semasa aktiviti Program SUMUR dilaksanakan dan seterusnya pembudayaan amalan ini telah disemai di setiap murid SMK Choong Hua. 17
6.0 Kaedah Pelaksanaan 6.1 Ziarah Cakna Membuat kunjungan ke rumah murid untuk mendapat gambaran sebenar kehidupan murid. Memberi motivasi kepada murid dan perjumpaan mesra antara penolong kanan, guru bimbingan kaunseling , ibubapa dan murid. Perjumpaan antara guru dan ibu bapa harus dipertingkatkan. Guru-guru boleh berbincang dengan ibu bapa tentang masalah murid secara terbuka. ( Bukti dan bahan sokongan yang berkaitan di lampiran evidens bergambar) 6.2 Aktiviti ABC Anak yang Baik lagi Cerdik (Program SUMUR) Aktiviti ABC (Program SUMUR) dijalankan setiap Jumaat, PRS akan membuat perkongsian tentang semangat positif tokoh yang berjaya, Sesi soal jawab akan diadakan, murid yang berjaya menjawab soalan yang disediakan PRS akan mendapat hadiah. Melalui aktiviti ini, murid boleh membuat perubahan yang membina dan boleh menjalani kehidupan yang berkesan serta menghasilkan sesuatu yang baik iaitu hadir ke sekolah. ( Bukti dan bahan sokongan yang berkaitan di lampiran evidens bergambar) 6.3 Amalan #BTS Amalan #BTS (Berhenti, Tunduk, Salam) diamalkan di kawasan sekolah untuk memupuk 4 teras SUMUR khasnya Berbudi Bahasa, melalui kriteria hormat-menghormati dan kesantunan tutur bicara murid dapat meningkatkan silatulrahim antara guru dan murid serta meningkatkan peratusan kehadiran murid ke sekolah. ( Bukti dan bahan sokongan yang berkaitan di lampiran evidens bergambar) 18
7.0 Kos Pelaksanaan Program Ziarah Cakna: BIL SUMBER Tempoh pelaksanaan PERBELANJAAN RM 1 PIBG March – Jun 2023 Saguhati semasa lawatan bagi keluarga miskin (RM5X40 KALI) 200 Jumlah 200 Program SUMUR dan Aktiviti #BTS: Bil Perkara Butiran Jumlah ( RM) 1 Sesi SOAL JAWAB RM 30 x 5 kumpulan 150.00 2 Pertandingan SUMUR Kategori Guru dan staf sokongan sekolah RM10 X5 pemenang 50.00 kategori pelajar RM15 X10 pemenang 150.00 3 Kuiz Online Laman SUMUR Johan RM 30 Naib Johan RM 20 Tempat ke-3 RM10 60.00 4 cenderahati & sijil cenderahati (RM2 x 40 Murid) sijil (RM30x4 kotak) 200.00 5 Perhiasan Pentas 200.00 6 Perhiasan Kawasan Sekolah 200.00 7 Banner 100.00 (Sumber tajaan PIBG )Jumlah 1110.00 19
7.0 Impak Peningkatan peratus kehadiran secara keseluruhan, menjelang awal bulan March 2023, peratus kehadiran semua bulan telah mencapai 93% ke atas. Ini menunjukkan program SUMUR yang dijalankan di sekolah membawa impak positif kepada murid sekolah ini. Pencapaian purata sebanyak 93% ke atas setiap bulan dengan mencapai KPI JPN Perak. Pencapaian kepujian tempat ketiga tertinggi dalam Dialog Prestasi Daerah bagi kehadiran murid 2023 di PPD Batang Padang. (*Sumber sliad dari Dialog Prestasi PPD Batang Padang) 20
7.1 Pengiktirafan (peringkat kebangsaan) Pengiktarafan Anugerah Inspirasi Pengurusan SUMUR Cemerlang kategori sekolah khas yang diterima oleh SMK Choong Hua pada tarikh 2.11.2022 21
7.1 Pengiktirafan (peringkat negeri Perak) Pengiktarafan Tokoh Murid Perempuan kategori sekolah khas yang diterima oleh murid SMK Choong Hua bernama Saudari Yong Xin Yu pada tarikh 18.7.2023 22
7.2 Kesimpulan Kesimpulannya, perlaksanaan rancangan program disekolah berupaya meningkatkan peratus kehadiran murid. Sesetengah murid ponteng sekolah adalah kerana tidak mempunyai motivasi yang tinggi, Program SUMUR telah berjaya berupaya mempengaruhi murid-murid untuk hadir ke sekolah. Gejala ponteng sekolah ini dapat dihadapi dan dibendung dengan berkesan jika murid sendiri faham tentang kesannya ponteng sekolah dan kepentingnya dalam pelajaran. Jika murid sendiri dapat memahami bahawa pelajarannya dapat membawa kajayaan dalam masa depan, mereka tidak akan ponteng sekolah dan sebaliknya akan belajar bersungguh-sungguh. Oleh yang demikian, dengan mengatasi masalah ponteng sekolah, ibu bapa, pihak sekolah dan murid memainkan peranan yang penting dan masalah ini dan langkah-langkah untuk mengatasinya perlu dijalankan dengan segera demi masa depan generasi murid kita pada masa akan datang. 23
7.3 Rangka jadual kerja Tarikh : Tugasan: Aktiviti Pelaksanaan Pemantauan 13.6.23 1. Penerimaan surat siaran dan agihan tugasan ahli kumpulan 1.Taklimat Pengawai bimbingan dan pentadbir serta dengan ahli kumpulan kolokium. 2.Perbincangan dan sumbangsaran 3. Penentuan kategori dan rangka kerja. 1. Pentadbir sekolah. 2. Ketua Kumpulan. 21.6.23 1. Kajian dan pengumpulan data. 2.Kertas kerja dan hasilan slaid pembentangan 1. Pelaksanaan aktiviti mengumpul data dan hasil dokumentasi dan evidens berkaitan. 2. Perbincangan pentadbir dan ahli kumpulan. 1. Kesemua ahli kumpulan bertindak. 3.7.23 1. Penghasilan dokumentasi dan perbincangan data pembentangan. 1. Hasil dokumentasi dan pembentangan diperbincangkan dan keputusan muktamad dibuat. 1.Pentadbir / Pengawai Pembimbing 2.ahli kumpulan 18.7.23 1. Persediaan sesi pembentangan dan upload bahan penyertaan 1. Tugasan upload mengikut kehendak JPN dan bersedia untuk sesi rakaman video kolokium pendidikan 1. Pembentang utama dengan bantuan ahli kumpulan. 24
Rujukan Yahya, S. (2005). Mengurus Disiplin Pelajar. Bentong, Pahang: PTS Professional Pub Muhammed Sharif Mustaffa & Suria Abd Jamil. (2012). Mengenal pasti puncapunca masalah ponteng di kalangan pelajar sekolah rendah: Satu kajian kes. Journal of Educational Psychology & Counseling, Volume 6 June 2012, Faculty Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Dicapai pada Julai 28, 2013 daripada http://eprints.utm.my/26361/1/JEPC-06-2012-004.pdf Zainal Madon dan Mohd. Sharani Ahmad (2004). Panduan Mengurus Remaja Moden. Bentong: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. link Program SUMUR: https://jpnperak.moe.gov.my/jpn/perak/PENDIDIKAN_ISLAM/SUMURSEKOLAH _MENENGAH.pdf 25
LAMPIRAN GAMBAR EVIDENS : 6.1 Ziarah Cakna -Program SUMUR yang merangkumi lawatan prihatin bagi murid bermasalah dalam menandatangani masalah murid kerap ponteng sekolah. Tindakan diambil oleh unit kaunselor, guru kelas, dan PK HEM. 26
LAMPIRAN GAMBAR EVIDENS : 6.2 Aktiviti ABC Anak yang Baik lagi Cerdik (Program SUMUR) - Aktiviti ABC (Program SUMUR) dijalankan setiap Jumaat, PRS akan membuat perkongsian tentang semangat positif tokoh yang berjaya, Sesi soal jawab akan diadakan, murid yang berjaya menjawab soalan yang disediakan PRS akan mendapat hadiah. Program ini dijalankan setiap Jumaat setiap minggu. 27
LAMPIRAN GAMBAR EVIDENS : 6.3 Amalan #BTS (Berhenti, Tunduk, Salam) Amalan pembudayaan #BTS (Berhenti, Tunduk, Salam) diamalkan di kawasan sekolah untuk memupuk 4 teras SUMUR khasnya Berbudi Bahasa, melalui kriteria hormat-menghormati dan kesantunan tutur bicara murid dapat meningkatkan silatulrahim antara guru dan murid. 28