Kesusasteraan Dan Kebudayaan
Melayu
BMMB1104
NAMA
SITI BALQIS BINTI MOHD SHUKRI
KELAS
BM I
NO. ANGKA GILIRAN
202123230232
NAMA PENSYARAH
DR. NOR ANITA BINTI MAT ISA
PENGHARGAAN
Saya Siti Balqis Binti Mohd Shukri dari kelas BMI berasa bersyukur kepada rahmat
yang diberikan allah swt kerana telah memberikan kesihatan yang baik semasa
melaksanakan kerja kursus BMMB 1104 subjek Kesusteraan dan Kebudayan
Melayu ini.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pensyarah saya Dr Anita Binti
Mat Isa kerana telah membimbing saya dan rakan-rakan sepanjang menyiapkan
tugasan ini.
ISI KANDUNGAN
PENGENALAN PUISI MELAYU
TRADISIONAL
01 DEFINISI PANTUN
JENIS PANTUN
PANTUN FUNGSI PANTUN
BENTUK & CIRI-CIRI
DEFINISI SYAIR PANTUN
JENIS SYAIR CONTOH PANTUN
FUNGSI SYAIR DEFINISI PANTUN
BENTUK & CIRI-CIRI SYAIR MENGIKUT JENIS
CONTOH SYAIR CONTOH PANTUN
DEFINISI SYAIR MENGIKUT MENGIKUT JENIS
JENIS
CONTOH SYAIR MENGIKUT 02
JENIS
SYAIR
03 DEFINISI GURINDAM
JENIS GURINDAM
GURINDAM FUNGSI GURINDAM
BENTUK & CIRI-CIRI
GURINDAM
CONTOH GURINDAM
CONTOH GURINDAM
MENGIKUT JENIS
DEFINISI SELOKA 04
JENIS SELOKA
FUNGSI SELOKA SELOKA
BENTUK & CIRI-CIRI SELOKA
CONTOH SELOKA
CONTOH PANTUN
MENGIKUT JENIS
05 PANTUN PENDIDIKAN
SYAIR PENDIDIKAN
FUNGSI PUISI GURINDAM
TRADISONAL PENDIDIKAN
SEBAGAI WAHANA SELOKA PENDIDIKAN
PENDIDIKAN KESIMPULAN
PENGENALAN PUISI
MELAYU
TRADISONAL
Puisi Melayu tradisional ialah puisi Melayu lama yang berbentuk non-
naratif. Puisi ini disebarkan melalui budaya lisan dalam masyarakat
yang tertutup. Puisi ini juga merupakan salah satu daripada unsur-
unsur kebudayaan masyarakat Melayu lama sejak berzaman-zaman.
Oleh itu, puisi ini memudahkan masyarakat untuk memahami
keadaan masyarakat Melayu lama melalui cara bagaimana mereka
berfikir, kepercayaan atau peri laku mereka.
Puisi Melayu tradisonal telah menunjukkan
masyarakat pada zaman dahulu menunjukkan
kekreatifan dan kebijaksanaan.
Walaupun pelbagai zaman telah dilalui, namun puisi tradisional tetap
terus hidup sehingga kini. Pertembungan dengan dunia luar menerusi
dunia pedagang di Selat Melaka dan Selat Sunda telah memperkaya
puisi Melayu tradisional sehingga berjumlah lebih 30 jenis puisi
antaranya:
pantun
syair
gurindam
seloka
nazam
Kajian oleh Harun Mat Piah (1989) mendapati begitu
banyak puisi tradisional yang berselerakan dan atas
usahanya, beliau telah mengklasifikasikan puisi-puisi
ini mengikut jenis dan bentuknya, Mengenali puisi
tradisional bererti mengenali hati budi masyarakat
yang memilikinya.
Puisi tradisonal terhasil daripada beberapa ayat
beperangkap ataupun tidak beperangkap.
Kandungan yang terdapat dalam puisi Melayu
tradisional adalah pantun, syair, gurindam dan seloka.
Puisi tradisonal ini dicipta bagi menyampaikan nasihat
dalam bentuk penggunaan bahasa yang tersusun indah
dan penggunaan setiap kata yang berirama.
PANTUN
DEFINISI
Pantun adalah sejenis puisi tradisional masyarakat Melayu yang wujud sejak
zaman berzaman lagi. Mengikut sejarah, pantun wujud sejak zaman masyarakat
Melayu tidak tahu membaca dan menulis lagi. Pantun dicipta sebagai suatu bentuk
pengucapan untuk menyampaikan fikiran dan perasaan terhadap seseorang
ataupun mengenai sesuatu perkara di samping bertujuan untuk menyindir,
berjenaka dan memberi nasihat serta untuk bersuka-suka.
JENIS PANTUN
pantun nasihat pantun adat
pantun muda pantun dagang
pantun jenaka pantun anak
pantun teka-teki pantun
pantun agama kepahlawanan
FUNGSI PANTUN
Menyampaikan penghargaan
Meluahkan kasih sayang
Menguji minda
Digunakan dalam adat istiadat
Sebagai hiburan
Sebagai nasihat
Mendidik
BENTUK & CIRI-CIRI PANTUN
Pantun mengandungi dua bahagian, iaitu bahagian pembayang
dan bahagian maksud. Setiap baris mempunyai empat perkataan
dan jumlah suku kata adalah antara lapan hingga dua belas.
Pantun mempunyai skima rima hujungan yang sejajar, iaitu a, a
untuk pantun dua kerat, a, b, a,b untuk pantun empat kerat, dan
a,b,c,a,b,c untuk pantun enam kerat.
CONTOH PANTUN
a) pantun dua kerat
Banyak udang banyak garam, (a)
Banyak orang banyak ragam. (a)
b) pantun empat kerat
Tuai padi antara masak, (a)
Esok jangan layu-layuan; (b)
Intai kami antara nampak, (a)
Esok jangan rindu-rinduan. (b)
DEFINISI PANTUN
MENGIKUT JENIS
PANTUN Pantun nasihat merupakan rangkaian
NASIHAT kata-kata yang mempunyai makna
mengarahkan atau menegur
seseorang untuk menjadi lebih baik.
PANTUN Pantun muda adalah pantun yang
MUDA diperuntukan bagi kaum muda
(remaja), sehingga pantun muda ini
biasanya berhubungan dengan
masalah cinta.
PANTUN Pantun Jenaka adalah pantun yang
JENAKA bertujuan untuk menghibur orang yang
mendengar, terkadang dijadikan sebagai
media untuk saling menyindir dalam
suasana yang penuh keakraban, sehingga
tidak menimbulkan rasa tersinggung, dan
dengan pantun jenaka diharapkan suasana
akan menjadi semakin riang.
PANTUN Pantun teka-teki adalah pantun
TEKA- TEKI yang berisi teka-teki atau
tebakan. Dalam pantun teka-teki
ini biasanya dibutuhkan jawaban
atas teke-teki tersebut.
PANTUN Pantun agama adalah pantun yang
AGAMA didalamnya mengandung kata-kata
nasehat atau petuah yang memiliki makna
mendalam sebagai sebuah pedoman
dalam menjalani hidup, yang biasanya
berisi kata kata yang bisa mendorong kita
untuk berbuat yang tidak melanggar aturan
agama baik untuk kepentingan diri maupun
bagi orang lain.
PANTUN Pantun adat adalah pantun
ADAT menggunakan gaya bahasa bernuansa
kedaerahan dan kental akan unsur adat
kebudayaan tanah air.
PANTUN Pantun dagang atau pantun nasib
DAGANG merupakan rangkaian kata-kata yang
PANTUN
ANAK merefleksikan nasib atau keadaan
seseorang. Pantun ini biasanya
dinyanyikan/dibacakan oleh orang-orang
yang berada di perantauan jika mereka
ingat akan kampung halamannya atau
nasibnya yang tak seberuntung
temannya.
Pantun anak adalah pantun yang
memang diperuntukan bagi anak-
anak. Sehingga dalam pantun
anak ini semua hal yang
disampaikan berhubungan
dengan dunia anak.
PANTUN KEPAHLAWANAN
Pantun kepahlawanan adalah pantun yang isinya
berhubungan dengan semangat kepahlawanan.
CONTOH PANTUN
MENGIKUT JENIS
PANTUN Jangan pergi mandi di lombong,
NASIHAT Emak dan kakak sedang mencuci;
Jangan suka bercakap bohong,
Semua kawan akan membenci.
PANTUN Manis manis sekepal gula,
MUDA Lebih manis sesenduk madu;
Manis manis senyuman si dia,
Lebih manis senyuman kamu.
PANTUN Anak Jawa pulang ke Jawa,
JENAKA Sampai di Jawa berjual ragi;
Tuan ketawa saya ketawa,
Sama-sama tak ada gigi.
PANTUN Bunga orkid indah warnanya,
TEKA- TEKI Penyeri taman perindah hutan,
Ramai orang datang bertanya,
Tapak siapa hidup di lautan?
PANTUN Mari kita pergi ke sawah,
AGAMA Para petani sedang bekerja;
Mari kita rajin beribadah,
Jangan tunggu sampai tua.
PANTUN Lebat daun bunga tanjung,
ADAT Berbau harum bunga cempaka;
Adat dijaga pusaka dijunjung,
Baru terpelihara adat pesaka.
PANTUN Kajang Pak Malau kajang berlipat,
DAGANG Kajang hamba mengkuang layu;
Dagang Pak Malau dagang bertempat,
Dagang hamba musafir lalu.
PANTUN Hari rabu memetik kelapa.
ANAK Airnya segar hilang dahaga;
Hormati Ibu juga bapa.
Agar kelak masuk syurga.
PANTUN KEPAHLAWANAN
Di pantai banyak karang,
Karang adalah kekayaan lautan;
Jangan berlagak gagah yang garang,
Kalau tidak berani seperti pahlawan.
SYAIR
DEFINISI
Syair merupakan sejenis puisi berlagu.
Syair juga merupakan sejenis puisi melayu lama yang berangkap.
Syair berasal dari parsi dan telah dibawa masuk ke Nusantara bersama-sama
dengan kedatangan islam.
JENIS SYAIR
Syair roman
Syair sejarah
Syair agama
Syair nasihat
Syair puji-pujian
Syair teka-teki
Syair simbolik atau perlambangan
FUNGSI SYAIR
Sebagai hiburan yang bersesuaian dengan sifatnya yang demikian maka syair sering
dilagukan dalam majlis-majlis tertentu seperti dalam pesta, sambutan maulud, kegiatan
kesenian dan keramaian, dipertandingkan atau dalam upacara-upacara adat.
Alat menyampaikan pengajaran melalui cerita dan lagu terutama dalam hal-hal yang
menyentuh aspek pengajaran agama islam dari rukun iman, rukun sembahyang, zakat,
puasa dan sebagainya.
Kemerduan suara "tukang lagu" dan kelembutan nada syair berupaya mengusik perasaan
dan seterusnya meninggalkan kesan yang mendalam.
Dinyayikan atau dilagukan sebagai mengiringi tarian-tarian tertentu seperti dalam dabus
dan boria.
BENTUK & CIRI-CIRI SYAIR
Merupakan puisi terikat
Syair tidak mempunyai pembayang.
Rangkap : Setiap rangkap terdiri daripada empat baris. Ini bermakna tiap-tiap
satu rangkap syair mengandungi jumlah baris yang tetap.
Perkataan : Bilangan perkataan sebaris tetap iaitu 4-5 perkataan sebaris.
Sukukata : Bilangan sukukata sebaris juga tetap antara 8-12 sukukata dalam
sebaris.
Rima : Rima akhir dalam serangkap juga tetap a/a/a/a
Dalam satu baris syair, terdapat suatu hentian (pause)
Tiap satu rangkap syair memerlukan beberapa rangkap syair yang berurutan
untuk memberi idea yang lengkap.
Dengan lain perkataan, syair adalah satu pernyataan yang berlarutan bagi
mengemukakan cerita, kisah, buah fikiran, nasihat dan puji-pujian.
CONTOH SYAIR
Dengarlah tuan suatu riwayat,
Orang dahulu empunya hikayat,
Madahnya tidak banyak ibarat,
Sekadar kisah juga disurat.
Inilah ceritera Ken Tumbuhan,
Puteranya ratu jadi tawanan,
Jikalau sungguh khabar demikian,
Segala yang mendengar balas dengan kasihan.
DEFINISI SYAIR
MENGIKUT JENIS
syair Syair ini berbentuk cerita dengan lukisan
roman watak-watak yang melibatkan golongan
atasan khususnya putera dan puteri raja
dengan episod-episod pengembaraan,
pertemuan, percintaan, peperangan,
perpisahan akibat sumpahan, fitnah, dan
dengki. Syair ini menamatkan kisahnya
dengan penyelesaian yang
menggembirakan. Latar belakang cerita
dalam syair ini berkisarkan istana,
khayalan, dan imaginatif.
syair Syair agama menggunakan tema
agama dan persoalan-persoalan
keagamaan. Isi syair menekankan
pengajaran dan moral dalam
kehidupan. Di samping itu, syair
agama membicarakan perkara
berkaitan metafizik seperti tasawuf.
SYAIR
NASIHAT Syair nasihat dihasilkan bertujuan
memberikan pengajaran yang
berupa nasihat kepada pendengar.
Walau bagaimanapun, tidak banyak
syair nasihat dalam kesusasteraan
Melayu.
syair Syair sejarah mengambil bahan sejarah
sejara sebagai tema dan tidak memaparkan
h
unsur-unsur mitos dan legenda. Syair ini
memaparkan peristiwa-peristiwa sejarah
sahaja tetapi masih lagi berkisarkan
golongan feudal, kehebatan tokoh-tokoh,
dan peristiwa-peristiwa alam yang
menjadi sejarah.
syair Syair teka-teki dicipta dengan ungkapan
teka- tertentu dan biasanya berupa soalan yang
teki
memerlukan jawapan. Syair teka-teki
dikemukakan sedemikian rupa untuk menduga
kepintaran seseorang dalam memberikan
jawapan yang tepat.
CONTOH SYAIR
MENGIKUT JENIS
syair Cinta bukan hanya sebuah kata,
roman Dan bukan hanya nafsu,
Cinta hanyalah rasa,
Tulus dan bersih,
Serta perasaan,
Rendah hati tidak berlebihan,
Yang memberi kedamaian,
Meskipun dalam kebingungan.
syair Jauhi semua perbuatan jahat,
agama Jauhi pula pebuatan maksiat,
Mari kita segera bertaubat,
Supaya kita selamat dunia akhirat,
Jangan risau dengan dugaan,
Jangan bersedih karena kesulitan,
Berdoa saja pada Tuhan,
Insya Allah Dia akan kabulkan,
SYAIR Bila berkawan jangan bergaduh,
NASIHAT Tiada guna bermusuh-musuh,
Jauhi sekali bersikap angkuh,
Tersisih hidup semakin keruh.
Walaupun kaya jangan menghina,
Kaya dan miskin sama sahaja,
Yang hina jangan ditambah hina,
Kerana hidup seperti roda.
syair Berhentilah kisah raja Hindustan,
sejara Tersebutlah pula suatu perkataan,
h Abdul Hamit Syah padaku Sultan,
Duduklah Baginda bersuka-sukaan.
Abdul Muluk putra Baginda,
Besarlah sudah bagus bangsawan muda,
Cantik majelis usulnya syahdam
Tiga belas tahun umurnya ada.
syair Benda ini patuh, rukuk dan bersujud,
teka- Dari pelupuk matanya air terlihat mengucur deras,
teki Ia selalu mengabdi sepanjang waktu,
laksana manusia menunaikan solat untuk Tuhannya.
Benda ini tidak duduk dan tidak juga berjalan,
Ia tidak punya kepala dan tidak juga punya tangan,
Ia tidak hidup tapi juga tidak mati,
Akan tetapi di setiap pertemuan ia selalu dilihat.
GURINDAM
DEFINISI
Gurindam adalah satu bentuk puisi Melayu lama yang terdiri daripada
dua baris yang berpasangan,bersajak atau berirama dan memberikan
idea yang lengkap atau sempurna pada pasangannya.
Gurindam ini dibawa oleh orang Hindu atau pengaruh sastera Hindu.
Gurindam juga merasal daripada bahasa sanskrit menerusi bahasa Tamil
(India) iaitu "kirindam" yang bermaksud perumpamaan.
JENIS GURINDAM
Gurindam serangkap dua baris
Gurindam serangkap empat baris
Gurindam bebas
FUNGSI GURINDAM
Sebagai hiburan yang bersesuaian dengan sifatnya yang demikian maka syair sering
dilagukan dalam majlis-majlis tertentu seperti dalam pesta, sambutan maulud, kegiatan
kesenian dan keramaian, dipertandingkan atau dalam upacara-upacara adat.
Alat menyampaikan pengajaran melalui cerita dan lagu terutama dalam hal-hal yang
menyentuh aspek pengajaran agama islam dari rukun iman, rukun sembahyang, zakat,
puasa dan sebagainya.
Kemerduan suara "tukang lagu" dan kelembutan nada syair berupaya mengusik perasaan
dan seterusnya meninggalkan kesan yang mendalam.
Dinyayikan atau dilagukan sebagai mengiringi tarian-tarian tertentu seperti dalam dabus
dan boria.
BENTUK & CIRI-CIRI GURINDAM
Merupakan puisi bebas atau tidak terikat.
Rangkap : Mempunyai dua baris dalam serangkap atau beberapa baris
dalam serangkap. Setiap baris dalam rangkap merupakan isi atau
maksud dan perlu bersambung dengan baris-baris dalam rangkap untuk
membawa makna yang lengkap.
Baris pertama (syarat) menyatakan sesuatu fikiran atau peristiwa dan
baris kedua (jawap) pula menyatakan keterangan atau menjelaskan apa
yang telah dinyatakan oleh baris atau ayat pertama tadi. Setiap baris
biasanya mengandungi tiga atau empat, enam atau lebih perkataan.
Perkataan : Jumlah perkataan sebaris tidak tetap.
Sukukata : Jumlah sukukata juga tidak tetap.
Rima : a/a;a/b atau serima
CONTOH GURINDAM
Contoh Gurindam Serangkap Dua Contoh Gurindam Bebas :
Baris :
Pangkalnya sama dipupuk,
Orang yang rajin membaca buku, Pucuknya sama digentis,
Banyak ilmu ia tahu.
Buahnya sama ditarik,
Ke bukit sama didaki,
Ke lurah sama dituruni,
Ke laut sama direnangkan.
CONTOH
MEGNUGRIKINUDTAJMENIS
01. GURINDAM SERANGKAP
DUA BARIS
Apabila mendengar akan khabar,
Menerimanya itu hendaklah
sabar.
Apabila banyak berkata-kata,
Di situlah jalan masuk dusta.
02. GURINDAM SERANGKAP
EMPAT BARIS
Apabila selalu mencela orang,
Tandanya dia bermain curang.
Jika Anda bermain curang,
Tentulah lawan menjadi berang.
03. GURINDAM BEBAS
Apabila dengki sudah merasuki hati,
Tak akan pernah hilang hingga nanti,
Apabila kelakuan baik berbudi,
Hidup menjadi indah tak akan merugi,
Apabila hidup selalu berbuat baik,
Tanda dirinya berhati cantik.
SELOKA
DEFINISI
seloka berasal daripada perkataan Sanskrit shloka. Dalam bahasa Melayu,
seloka bererti berseloroh, berjenaka atau menyindir.
Sebagai puisi tradisional, karangan berangkap atau bahasa berirama, seloka
lebih merupakan pepatah, bidalan atau perumpamaan yang mengandungi
unsur jenaka, gurau senda, olokan, ejekan dan sindiran. Walaupun seloka
merupakan puisi yang bercorak senda gurau namun isinya mengandungi
sindiran yang menjadi pengajaran dan teladan kepada pembaca.
JENIS SELOKA
Seloka gurau senda
Seloka nasihat
Seloka pendidikan
Seloka sindiran
FUNGSI SELOKA
Umumnya seloka biasa menggambarkan masyarakat yang
melahirkannya, iaitu masyarakat yang sangat peduli dengan keharmonian
dan ketatasusilaan. Puisi seloka oleh orang Melayu digunakan untuk
mengkritik semua kelakuan negatif anggota masyarakat tanpa harus
menyinggung perasaan dari individu yang bersangkutan. Selain itu, fungsi
dari seloka adalah sebagai panduan atau pengajaran bagi anggota
masyarakatnya.
BENTUK & CIRI-CIRI SELOKA
Kebanyakan seloka Melayu ditulis dalam bentuk terikat yakni empat baris
serangkap dengan memakai bentuk pantun atau syair.
Selain itu seloka juga ditulis dalam bentuk bebas iaitu setiap barisnya
menjadi isi puisi berkenaan.
Karangan berangkap yang memakai pertentangan bunyi rima hujung
yang bebas.
Terbahagi kepada unit pembayang dan unit maksud .
Perkataan sindiran atau ejekan disampaikan dalam bentuk berangkap.
Mengandungi unsur jenaka atau gurau senda.
Digunakan untuk menyindir sambil mengajar.
.
CONTOH SELOKA
Seloka Gurau Senda : Jika hendak kamu melamar,
Jangan banyak tulis dihapus,
Jika siswa rajin belajar,
Sudah tentu pasti lulus.
Hendaklah melempar
jangkar,
Kalau ada perahu singgah,
Kalau anak bangsa pintar,
Negeri ini akan bangga.
CONTOH
MENSGEIKLOUTKAJENIS
01. SELOKA GURAU SENDA
Pandai-Pandai Wahai Pak Pandir,
Anak dipijak dagang dijinjing,
Kucing dibunuh tikus dibela,
Harta habis badan tergadai,
Mendengar gelagak dagang,
Tak sedar bertelanjang,
Mendengar guruh dilangit,
Air di tempayan dicurahkan.
02. SELOKA NASIHAT
Kalau nak ikut nasihat ini,
Jangan bertangguh ubahlah diri,
Benda yang baik tak payah diuji,
Akan terserlah akhlak terpuji.
Sudahkah kita tanamkan iman,
Menutup aurat seluruh badan,
Ke sana sini dilindungi Tuhan,
Keluarga menjadi contoh tauladan.
03. SELOKA PENDIDIKAN
Anak ayam turun sepuluh,
Mati satu tinggal sembilan,
Tuntulah ilmu dengan sungguh-sungguh,
Supaya engkau tidak ketinggalan.
Anak ayam turun sembilan,
Mati satu tinggal delapan,
Ilmu boleh sedikit ketinggalan,
Tapi jangan sampai putus harapan.
04. SELOKA SINDIRAN
Candu bungkus daun talas,
Makan dia mata bilas,
Mandi segan kerja malas,
Harta orang hendak digalas.
Apa guna pergi ke pasar,
Kalau tidak bawa keranjang,
Apa guna berkereta besar,
Kalau hutang keliling pinggang.
FUNGSI PUISI
TRADISONAL SEBAGAI
WAHANA PENDIDIKAN
01
Puisi tradisional yang 02
diterapkan dalam mata
pelajaran Bahasa Melayu Memberikan pengalaman kepada
memberikan pengetahuan murid-murid untuk mengkaji
am kepada para pelajar maksud tersirat dan tersurat yang
mengenai prosa-prosa terkandung dalam prosa-prosa
tradisonal yang dihasilkan tradisonal tersebut. Misalnya,
pada zaman dahulu. daripada prosa yang dipelajari
pelajar dapat mengenal gaya
03 bahasa hiperbola, sinkope dan
banyak lagi.
Puisi tradisonal tidak
ketinggalan zaman kerana 04
daripada plot penceritaannya
diadaptasi menjadi drama Puisi tradisional juga
pendek yang boleh memberi memberikan pengajaran
tauladan kepada generasi kini dan nasihat yang berguna
di samping dijadikan bahan kepada pelajar dalam
bacaan jenaka oleh para menempuhi cabaran dalam
kehidupan seharian serta
pelajar. mengelakkan kesi;apan
tidak berulang lagi.
PUISI TRADISONAL
SEBAGAI WAHANA
PENDIDIKAN
PANTUN
PENDIDIKAN
Tidak punya wang tidak mengapa,
Kerana kaya tidak selalu harta;
Hidup dan mati itu takdir Sang Penguasa,
Jangan lupa belajar sampai tua.
MAKSUD PANTUN
Fungsi Pantun di atas sebagai wahana pendidikan
adalah kekayaan seseorang bukan sahaja bercakap
tentang harta benda. Orang yang berjiwa besar, dan
mempunyai rasa ikhlas juga boleh dipanggil orang
kaya. Begitu juga apabila seseorang itu sudah tua,
walaupun dia tidak lagi bersekolah formal dan tidak
boleh belajar secara formal tetapi kita tetap perlu
terus bersemangat dalam mempelajari tentang
banyak perkara.
SYAIR PENDIDIKAN
Dengarlah wahai anakanda,
Rajinlah belajar sepanjang masa,
Ilmu tiada pernah habis dieja,
Sebagai bekal sepanjang usia.
MAKSUD SYAIR
Fungsi Syair di atas sebagai wahana pendidikan adalah
menggunakan gaya bahasa yang sesuai untuk memberi
nasihat kepada pelajar untuk belajar bersungguh-sungguh
dalam menuntut ilmu kerana menuntut ilmu tiada
penghujungnya. Ilmu juga harus diperbanyakkan lalu diamal
agar menjamin masa hadapan yang cermerlang.
PUISI TRADISONAL
SEBAGAI WAHANA
PENDIDIKAN
GURINDAM
PENDIDIKAN
Orang yang rajin membaca buku,
Banyak ilmu ia tahu.
MAKSUD GURINDAM
Gurindam ini menunjukkan pentingnya amalan
membaca kerana membaca adalah jambatan ilmu.
Disamping itu, melalui pembacaan juga murid-
murid dapat menambah ilmu pengetahuan baru.
Selain itu, gurindam juga memberikan nilai dan
pengajaran yang boleh diaplikasikan dalam
kehidupan seharian.
SELOKA PENDIDIKAN
Anak ayam turun sepuluh,
Mati satu tinggal sembilan,
Tuntutlah ilmu dengan bersungguh-sungguh,
Supaya engkau tidak ketinggalan.
MAKSUD SELOKA
Dalam konteks ini, setiap perkataan yang digunakan dalam
seloka untuk menyampaikan ilmu bahasa, nasihat dan
motivasi kepada setiap pelajar untuk terus belajar dan tidak
mudah putus asa untuk mencapai kejayaan. Misalnya, seloka
ini menyeru pelajar untuk belajar dengan bersungguh-
sungguh agar tidak ketinggalan daripada pelbagai aspek.
Selain itu, fungsi seloka juga memberikan pengajaran dan
panduan sebagai kawalan sosial seseorang.
KESIMPULAN
01
Jelaslah bahawa puisi tradisional
seperti pantun, syair, gurindam dan
seloka memberi kesan yang positif
kepada masyarakat Melayu.
02
Pantun, syair, gurindam dan seloka
mempunyai bentuk yang berbeza tetapi
ianya sesuai untuk dijadikan teladan
untuk semua.
03
Dengan wujudnya puisi tradisonal ia
mampu membantu masyarakat untuk
memartabatkan lagi Bahasa Melayu.
04
Dapatlah dirumuskan bahawa puisi Melayu tradisional
seperti pantun, syair, gurindam dan seloka adalah pancaran
nilai dan pemikiran masyarakat Melayu tradisional. Bentuk
dan isi pemikirannya bukan sahaja berguna dalam konteks
zamannya malah releven untuk setiap masa, ruang dan latar
masyarakat Melayu atau Malaysia hari ini.
RUJUKAN
Harun Mat Piah. (1989). Puisi Melayu Tradisional: Satu
Pembicaraan Genre dan Fungsi. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
SEKIAN
TERIMA
KASIH