The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ISKANDAR'S DIGITAL SHELF, 2021-05-06 03:03:12

Akhlak Dalam Islam

AkhlakDalamIslam

Keywords: akhlak

maupun yang zahir pada anggota dalam diri manusia, adalah sifat-sifat
yang menyediakan dirinya bagi menjayakan hidupnya di dunia dengan
beribadat kepada Allah pada taraf setingginya dan mengenalNya
supaya hidupnya di dunia selamat sejahtera, dan dengan demikian
ia juga selamat sejahtera dalam abadi kerana pertemuannya dengan
Tuhannya adalah pertemuan seorang hamba yang sudah merasa
mesra dan kasih kepada Tuhannya semenjak dari dunia lagi. Manakala
keadaan sebaliknya adalah dialami oleh mereka yang mempunyai
sifat-sifat yang keji dan tercela.

IV

Pemupukan akhlak Islamiyyah dapat menyelesaikan masalah-masalah
akhlak yang dihadapi oleh manusia dalam semua zaman, oleh kerana
kebenaran-kebenaran di dalamnya adalah berdasarkan hakikat-
hakikat tentang manusia yang tidak berubah-ubah, baik hakikat-
hakikat itu adalah mengenai kejadian dirinya sebagaimana yang
dihurai dalam psikologi rohaniah, maupun tentang sifat-sifat utamanya
ataupun sifat-sifat yang bertentangan dengannya. Dalam menghadapi
kekaburan-kekaburan tentang hakikat manusia dalam ajaran filsafat
moden yang nisbi, Islam menghadapkan ajarannya tentang manusia
dengan sifat-sifatnya. Dalam ajaran inilah manusia boleh menemui
wajah dirinya yang sebenar dan yang menyelamatkannya. Dalam
ajarannya tentang sifat-sifat utama, manusia menemui sifat-sifat
kesempurnaan yang memang berada dalam dasar peribadinya,
walaupun belum ditimbulkan sepenuhnya; dalam huraian tentang
sifat-sifat yang keji manusia menemui sifat-sifat yang menghancurkan
wajahnya sendiri yang mesti dihapuskan supaya terbentuk diri yang
sebenarnya. Ringkasnya ajaran Islam tentang akhlak yang mulia adalah
merupakan penyelamat yang jelas bagi manusia yang berada dalam
alam moden yang memberi pengajaran yang palsu tentang manusia
dan keutamaannya serta apa-apa yang berlawanan dengannya.

Akhirnya perlu disebutkan bahawasanya pengajaran dalam
akhlak Islamiah bukanlah berdasar kepada renungan sia-sia, bahkan
ianya adalah berdasar kepada Tradisi Islamiyyah itu sendiri yang
berpunca daripada wahyu dan kenabian serta pengalaman murni dari

43

mereka yang berwibawa dalam pengertian yang setepatnya. Dan sudah
tentu pemupukannya memerlukan kepada kehidupan Islamiyyah
yang sesungguhnya yang ditopang oleh pemupukan akidah yang
sah dan murni, dengan pelaksanaan tugas-tugas rohaniah dengan
segala ibadatnya, serta dengan pemupukan kehidupan berdasarkan
kehendak Ilahi sebagaimana yang jelas dalam hukumNya. Pemupukan
aspek-aspek ini, beserta dengan pemahaman akhlak Islamiyyah dan
pelaksanaannya, akan membawa kepada kejayaan manusia membentuk
peribadi yang sebenar-benarnya bersifat insaniah. Pada titik ini
manusia akan mengenal apa itu menjadi manusia, juga ia mengenal
Tuhan yang menjadikannya. Ketika itu ia mencapai maksud hayatnya
dan kejadian dirinya yang penuh dengan makna dan rahsia. Wa ‘Llahu
Ta‘ala a‘lam. Wasalla’Llahu ‘ala khairi khaliqihi Muhammadin wa
‘ala alihi wasahbihi wa sallam. Wa‘l-hamdu li‘Lahi Rabbi’l-‘Alamin.

44

Bibliografi ringkas:

Selain daripada al-Quran dengan tafsirnya dan juga hadith Nabi
S.A.W., yang menjadi punca huraian ini terutamanya ialah karangan-
karangan Imam al-Ghazali (rh.) seperti Mizan al-‘Amal, ed. Sulaiman
Dunya, Kaherah, 1964; Ma’arij al-Quds, Kahirah, tanpa tarikh; al-
Ihya’, 1358/1939 dan juga dengan syarh az-Zabidi (rh.) Ithaf al-Sadat;
Kitab al-Arba’in fi Usuli’d-Din, Kaherah,1383; Kimiya’ al-Sa’adah ed.
Muh. Muh. Jabir, Kahirah, tanpa tarikh beserta dengan al-Munqidh
mina ‘d-Dhalal, Adab fi’d-Din; juga terjemahan Kimiya’ oleh C. Field,
Lahore. 1964, di bawah title The Alchemy of Hapiness; selainnya boleh
disebut karangan-karangan Fakhru’r-Razi (rd). Kitab al-Nafs wa’r-
Ruh wa Sharh Quwahuma, ed. Hasan Ma’sumi, Islamabad, tanpa
tarikh; juga terjemahannya oleh Hasan Ma’sumi; Plato, The Republic;
Aristotle, Nichomachaen Ethics; Windleband, A History of Philosophy;
Muhammad ‘Uthman El-Muhammady, Peradaban Dalam Islam, Kota
Bharu, 1976; Memahami Islam Insan, Ilmu dan Kebudayaan, (dalam
percetakan);

Frithjof Schoun, Spritual Perspectives and Human Facts, London,
1969; idem, Dimensions of Islam, London, 1969; idem., Understanding
Islam, 1966; Seyyed Hossein Nasr, Ideals and Realities of Islam,
London, 1966; idem,: “Who is Man” dalam The Sword of Gnosis, (ed).,
Needleman, Penguins Metaphysical Library, 1974, hh. 203 – 217;
Muhammad Umaruddin, The Ethical Philosophy of al-Ghazali, Lahore,
1970; al-Jurjani (rh), al-Ta’rifat, Kaherah, 1983, Titus Burchardt, An
Introduction to Sufi Doctrine, Lahore, 1959, Shaikh ‘Abdu’s – Samad
al-Falimbani (rh) Siyar as-Salikin, Kaherah, 1372/1953.

45

46

47

48


Click to View FlipBook Version