INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
(AMBILAN JUN 2020 SEMESTER 5)
(EDUP 3073)
BUDAYA DAN PEMBELAJARAN
DISEDIAKAN OLEH:
NAMA PELAJAR MUHAMMAD SYAMIR IMAN BIN MOHD SATTAR
ANGKA GILIRAN 2020192340138
NO.KAD PENGENALAN 010817-14-0593
KUMPULAN / UNIT
KOD / NAMA KURSUS F7 PISMP JUN 2020
TAJUK TUGASAN EDUP 3073 / BUDAYA DAN PEMBELAJARAN
NAMA PENSYARAH
TARIKH HANTAR PENULISAN AKADEMIK
PUAN SHARIZAN BT ABD. HAMID
12 MEI 2022
KANDUNGAN
1.0 PENGENALAN...............................................................................1
2.0 KONSEP BILIK DARJAH MESRA BUDAYA ..................................1
3.0 LANGKAH-LANGKAH MEWUJUDKAN BILIK DARJAH MESRA
BUDAYA ........................................................................................2
3.1 ASPEK FIZIKAL ..........................................................................2
3.2 ASPEK EMOSI ............................................................................2
3.3 ASPEK SOSIAL...........................................................................3
3.4 ASPEK SOSIOLINGUISTIK.........................................................4
4.0 KESIMPULAN ................................................................................4
RUJUKAN...............................................................................................5
1.0 PENGENALAN
Pada era globalisasi yang serba mencabar kini, guru dan bilik darjah sudah tidak
menjadi suatu yang asing lagi khususnya dalam dunia pendidikan. Pengurusan bilik
darjah menjadi aspek utama yang perlu dititik beratkan oleh guru selain menjalankan
aktiviti pembelajaran yang menarik. Hal ini selari dengan pandangan Mohd Hasani
Dali & Mohamad Johdi Salleh (2009) iaitu bilik darjah perlu diurus dengan keadaan
terbaik dan kondusif agar pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan
efektif. Pengurusan bilik darjah merangkumi proses perancangan, penyusunan dan
penyelarasan aspek fizikal dan sosioemosi bagi mewujudkan persekitaran bilik darjah
yang kondusif sesuai dengan pembelajaran murid (James Ang Jit Eng, 2014).
Pengurusan bilik darjah yang sistematik dan terkawal boleh membantu guru untuk
menggunakan masa yang diperuntukkan secara optimum. Sebagaimana pandangan
daripada Abdullah Sani Yahya (2007), pengurusan bilik darjah yang baik mampu
menjimatkan masa dan tenaga serta mewujudkan lebih banyak peluang melakukan
aktiviti di bilik darjah. Malah, guru juga mampu mengurangkan gangguan dan masalah
disiplin yang dilakukan oleh murid sewaktu belajar.
2.0 KONSEP BILIK DARJAH MESRA BUDAYA
Saodah Wok et. al (2006) mentakrifkan budaya sebagai gaya atau cara hidup, atau
sesuatu yang merupakan kebiasaan dalam sesuatu masyarakat. Di sekolah, guru
bukan sahaja merupakan seorang pendidik kepada anak bangsa malah turut menjadi
ejen perpaduan pelbagai kaum yang terdapat di sekolah. Dengan adanya bilik darjah
yang mempunyai elemen mesra budaya mampu menggalakkan murid memahami
cara hidup yang ada di sekeliling mereka. Menurut Syed Ismail dan Ahmad Subki
(2012), persekitaran pembelajaran yang mesra budaya akan mengembangkan nilai
sivik yang menjadi nadi bagi kehidupan masyarakat yang harmonis dan aman di
peringkat nasional dan global. Oleh itu, nilai hormat-menghormati, kasih sayang,
toleransi dan sebagainya mampu dipupuk dalam diri murid melalui pelbagai medium
pembelajaran di sekolah. Maka, guru perlu memastikan elemen mesra budaya
diterapkan di dalam aktiviti pembelajaran untuk mewujudkan suasana bilik darjah yang
kondusif dan nilai murni dalam diri murid.
1
3.0 LANGKAH-LANGKAH MEWUJUDKAN BILIK DARJAH MESRA BUDAYA
Terdapat beberapa langkah yang boleh dilaksanakan oleh guru bagi mewujudkan bilik
darjah msera budaya dengan meliputi aspek fizikal, emosi, sosial dan sosiolinguistik.
3.1 ASPEK FIZIKAL
Pengurusan fizikal memaparkan tahap guru memiliki sikap prihatin dan
profesional terhadap tugasnya sebagai pengurus bilik darjah supaya dapat
menghasilkan suasana bilik darjah yang kondusif dan menyeronokkan. Bagi
mengekalkan persekitaran pembelajaran yang positif dan bermakna kepada
murid, guru perlulah memberikan perhatian kepada aspek susunan kerusi dan
meja murid. Meja dan kerusi yang sesuai untuk murid-murid serta boleh diubah
suai mengikut keperluan aktiviti. Apabila terdapat perbincangan kumpulan, ahli
kumpulan akan terdiri dari pelbagai kaum dan etknik. Secara tidak langsung,
kepelbagaian kumpulan etknik dalam satu kumpulan akan dapat diwujudkan
serta dapat memupuk suasana mesra budaya dalam kalangan murid dan guru.
Selain itu, guru boleh memupuk rasa tanggungjawab dalam kalangan murid-
murid melalui hiasan bilik darjah. Murid boleh diberi kebebasan untuk
menghias bilik darjah dengan nasihat dan pandangan daripada guru seperti
menghiasi bilik darjah dengan lukisan-lukisan yang menggambarkan budaya
etnik serta potret tokoh atau pemimpin masyarakat 5 boleh digantung pada
dinding bilik darjah.
3.2 ASPEK EMOSI
Selain daripada aspek persekitaran pembelajaran guru juga memainkan
peranan dari segi aspek pengurusan emosi murid-murid. Justifikasi ini
menekankan kepada aspek sosio emosi kerana aspek ini sangat penting untuk
menjamin persekitaran sesebuah bilik darjah yang mesra budaya. Menurut
Noor Azima dalam Rizalina Mat Radzi (2014), perkembangan sosio emosi
kanak-kanak khususnya adalah keupayaan kanak-kanak untuk berinteraksi
serta memberi tindak balas emosi terhadap sesuatu situasi atau keadaan yang
dapat dilihat melalui kelakuan kanak-kanak. Sekiranya sosio emosi seseorang
murid di dalam kelas adalah positif, maka ianya secara tidak langsung akan
menjadi perangsang untuk membangkitkan semangat murid untuk melibatkan
diri dalam aktiviti Pdp. Buktinya, menurut Woolfook dalam Syed Ismail dan
Ahmad Subki (2012), motivasi atau kuasa dalaman akan membangkit,
mengarah dan mengawal minat dan tingkah laku murid. Oleh itu, semasa
2
melaksanakan aktiviti, guru boleh memberi peneguhan seperti galakan, hadiah
ataupun pujian kepada murid sekiranya murid menjawab dengan betul latihan
ataupun soalan yang diberikan. Hal ini secara tidak langsung boleh memberi
semangat dan motivasi kepada murid untuk terus aktif dalam aktiviti bilik
darjah. Tuntasnya, penekanan kepada aspek pengurusan sosioemosi
merupakan langkah yang signifikan dalam mewujudkan suasana pembelajaran
yang mesra budaya.
3.3 ASPEK SOSIAL
Noriati A. Rashid et al. (2014) mendefinisikan sosial sebagai suatu hubungan
yang wujud antara seseorang individu dengan individu yang lain.
Perkembangan sosial kanak-kanak merupakan satu proses perkembangan
yang membolehkan kanakkanak berinteraksi dengan orang lain mengikut cara
yang boleh diterima oleh sesuatu masyarakat serta budaya. Oleh itu, guru
perlu membina hubungan yang positif antara murid di dalam kelas sebagai
salah satu tindakan yang boleh dilakukan bagi memastikan persekitaran mesra
budaya wujud di dalam bilik darjah. Pada mulanya, murid perlu dibimbing oleh
guru cara berinteraksi dengan semua kaum tanpa mengira kelas sosial dan
budaya. Kaedah yang boleh dilakukan oleh guru adalah melalui aktiviti
pembelajaran secara berkumpulan dan memberi tugasan untuk diselesaikan
secara berkumpulan. Melalui aktiviti berkumpulan, murid boleh bersuai kenal
antara satu sama lain dan diberikan pendedahan tentang adat resam dan
amalan budaya setiap kaum dalam kalangan mereka. Dengan cara ini, guru
dapat mengurangkan sikap perkauman di antara murid. Hal ini kerana murid
akan bekerjasama dan membantu rakan sekumpulan melakukan aktiviti
tersebut. Aktiviti ini secara tidak langsung memberi pendedahan kepada murid
tentang idea bagi menyelesaikan tugasan yang diberikan.
3
3.4 ASPEK SOSIOLINGUISTIK
Sosiolinguistik adalah satu bidang ilmu yang mengkaji ciri-ciri dan fungsi variasi
bahasa. Aspek sosiolinguistik merupakan antara elemen penting bagi
mewujudkan bilik darjah mesra budaya. Hal ini selari dengan pandangan Abdul
Rahman Md Aroff (2001) berpendeapat bahawa sosiolinguitik sebagai interaksi
yang digunakan yang menjadi alat perhubungan sesebuah masyarakat. Oleh
hal demikian, peranan guru dalam aspek sosiolinguistik adalah dengan
memasukkan pelbagai jenis aktiviti berbahasa yang berkaitan dengan sastera
dan budaya di dalam pengajaran. Misalnya, guru boleh mengadakan aktiviti
permainan tradisional kaum dan etnik yang ada di Malaysia melalui
pendekatan belajar sambil bermain dalam pengajaran dan pembelajaran.
menurut pendapat Siti Zahrina Hasnan (2008), penggunaan sumber PdPc
dengan mengaplikasikan pelbagai unsur budaya dapat memupuk
kesefahaman dalam kalangan murid yang terdiri daripada pelbagai etnik dan
kaum. Malah, guru mampu mendorong murid untuk memahami dan menguasai
kosa kata bahasa yang 8 dituturkan oleh rakan-rakan mereka yang terdiri
daripada variasi etnik dan kaum. Kesannya, wujudnya kesamarataan dalam
kalangan murid berbilang kaum di dalam kelas sebagai satu usaha
mewujudkan suasana bilik darjah mesra budaya.
4.0 KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, pengurusan bilik darjah yang mesra budaya adalah suatu
perkara yang perlu dititikberatkan oleh guru dalam mewujudkan suasana
pembelajaran yang harmoni dan sejahtera. Tanpa pengurusan bilik darjah yang mesra
budaya boleh menyebabkan pelbagai masalah disiplin berlaku sehingga mampu
mendatangkan kecederaaan kepada murid-murid di dalam sesuatu bilik darjah.
Justeru itu, guru-guru perlulah proaktif bagi memastikan konsep bilik darjah mesra
budaya boleh dicapai dan seterusnya mampu melahirkan modal insan minda kelas
pertama. Justeru itu, sekiranya guru dapat mewujudkan persekitaran bilik darjah yang
mesra budaya seperti mengurus susun atur bilik darjah, kaedah bermain sambil
belajar, pembelajaran koperatif serta penggunaan bahasa pengantar, sudah pasti
tidak ada murid yang ketinggalan dalam pelajaran mereka.
4
RUJUKAN
Abdul Rahman Md Aroff. (2001). Pendidikan Moral: Teori etika dan amalan moral. Universiti
Putra Malaysia.
Abdullah Sani Yahya. (2007). Guru sebagai Pemimpin. PTS Publications & Distributors Sdn.
Bhd.
Che Nidzam Che Ahmad, Noraini Mohamed Noh, Mazlini Adnan, Marzita Putih & Mohd Hairy
Ibrahim. (2013). Pengaruh Persekitaran Fizikal Bilik Darjah Terhadap Tahap
Keselesaan Pengajaran Dan Pembelajaran. Jurnal Pendidikan Bitara UPSI. Jilid 6.
Haliza Hamzah & Joy Nesamalar Samuel. (2016). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku.
Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Hasfarina Abas. (2012). Tahap, Amalan dan Masalah Pengurusan Bilik Darjah Guru-Guru
Sekolah Menengah Daerah Segamat. Laporan Projek yang tidak diterbitkan. Universiti
Teknologi Malaysia.
Ismail, S. & Subki, A. (2012). Budaya dan Pembelajaran. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd
ISNB 978-967-5451-04-1
James Ang Jit Eng. (2014). Pengurusan Bilik Darjah: Strategi-Strategi Mewujudkan Komuniti
Pembelajaran Berkesan. PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Kamus dewan. (2015). Dewan Bahasa dan Pustaka.
Noriati A. Rashid. (2014). Siri pendidikan guru: Budaya dan pembelajaran. Oxford Fajar Sdn.
Bhd.
Noriati A. Rasyid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriyah Syed Ahmad & Zuraidah A. Majid.
(2014). Guru Dan Cabaran Semasa. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn.Bhd.
5