The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU TUGASAN 1

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 909-6-anis, 2022-03-19 01:40:35

KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU TUGASAN 1

KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU TUGASAN 1

INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KAMPUS IPOH, 31150 HULU KINTA
PERAK DARUL RIDZUAN

BMMB1104
KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU

Nama : NUR ANIS NADHIRAH BT MUHAMAD
ZULKHAN
No. K/P : 030903090092
2021242310153
Angka Giliran : PPISMP
JUN 2021
Program : X6
ENCIK ABDUL RANI BIN
Ambilan : HASSAN
14 MAC 2022
Unit :

Nama Pensyarah :

Tarikh Hantar :

PENGAKUAN PELAJAR
Saya mengaku bahawa tugasan kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali
nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan Pelajar: ANIS Tarikh : 14 MAC 2022

PEMERIKSA MODERATOR

Markah Markah

Tandatangan Tandatangan

Cop Cop

Tarikh Tarikh

PENGESAHAN PELAJAR
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya
rujuki dan fahami.

Tandatangan Pelajar:__________________________Tarikh : _____________________

i

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH
PENTAKSIRAN BERTERUSAN (PB)
TAHUN AKADEMIK: 2022

Program : PPISMP Nama Pelajar: SEMESTER II / TAHUN 2022
Kod : BMMB1104 Semester/Tahun: JUN 2021
Nama Kursus : KESUSASTERAAN
Ambilan
DAN
KEBUDAYAAN :
MELAYU
Kumpulan X1, X2, X3, X4, X5, X6, X7, X8,
TUGASAN
PENGHASILAN PRODUK X9,X10 DAN X11.
PERSEMBAHAN KPPB – GPMK1012; :
BMM1014; BMM1024; dan
BMM1034 (30 minit) TARIKH MULA TARIKH HANTAR

22 FEBRUARI 2022 14 MAC 2022

14 MAC 2022 08 APRIL 2022

Hasil Pembelajaran Kursus:

1. Menerangkan konsep dan fungsi kesusasteraan Melayu serta manifestasi akal
budi dalam puisitradisional. (C2, HPP1)

2. Menganalisis konsep masyarakat, budaya Melayu, bidang kebudayaan
Melayu, kebudayaankebangsaan dan isu dalam kebudayaan Melayu. (C4,
HPP2, KKG2)

3. Mengaplikasikan asas-asas kritikan sastera terhadap hasil karya
sastera. (C3, A3, HPP2,HPP5, KKG1, KIK2 )

Pentaksiran Berterusan ini bagi menilai hasil pembelajaran 1 dan 3.

Objektif Pentaksiran Berterusan:

Pelajar dapat:
1. Menerangkan dan menghuraikan konsep dan fungsi kesusasteraan Melayu serta

manifestasi akalbudi dalam puisi tradisional dalam bentuk penghasilan produk
iaitu e-book.
2. Mengaplikasi asas-asas kritikan sastera terhadap karya Sastera terpilih.
3. Membentangkan contoh karya sastera yang telah dianalisis melalui persembahan
kumpulan.

ii

TUGASAN 1 : Penghasilan produk (30%):
Karya-karya sastera memaparkan perutusan, amanat serta lontaran idea dan
fikiran pengarangnya. Hasil karya itu mencerminkan gagasan dan daya fikir
pengarangnya yang ingin dikongsi bersama pembaca. Sebuah karya itu terhasil
daripada cetusan gabungan daya rasa, kepekaan dan keprihatinannya terhadap
apa yang diamati dan dialami oleh masyarakat.

Berdasarkan kenyataan di atas, anda dikehendaki menghasilkan produk iaitu
e-book dengan menerangkan konsep dan fungsi kesusasteraan Melayu serta
memanifestasikan akal budi dalam sebuah pantun, sebuah syair, sebuah seloka
dan sebuah gurindam.

Anda dikehendaki menyiapkan e-book tersebut mengikut kreativiti masing-masing
yang merangkumitajuk-tajuk berikut:

• takrif, jenis, bentuk dan ciri-ciri kesusasteraan Melayu.
• fungsi kesusasteraan Melayu dalam aspek hiburan, pendidikan, dakwah dan kritikan

sosial.
• manifestasi akal budi dalam sebuah pantun, syair, seloka dan gurindam.

TUGASAN 2 Persembahan (30%):
KPPB – BMMB1114; BMMB1144; dan BMMB1124.

1. Dalam kumpulan yang tidak melebihi tiga orang, anda dikehendaki untuk
mengaplikasikan ciri-ciri kritikan sastera terhadap dua buah karya sastera :
i. sebuah karya sastera kanak-kanak
ii. sebuah karya sastera remaja

2. Persembahan dan aktiviti yang dilakukan perlu menghubungkaitkan aspek
kandungan dan elemen komunikasi dengan ciri-ciri komunikasi yang
berkesan dan berhemah melibatkan penggunaan pelbagai alat kemahiran
berfikir dan dilakukan secara matang, kritis dan analitisserta mempunyai
nilai akademik yang tinggi.

3. Anda perlu menunjukkan kolaboratif yang baik dalam kalangan ahli kumpulan
semasa simulasikumpulan dipersembahkan.

4. Tugasan ini berkongsi Idea Utama, iaitu Seni dan literasi menelusuri
kesantunan bahasa dan sastera dengan kursus-kursus yang lain, iaitu
BMMB1114 – Pengenalan sistem ejaan jawi danrumi; BMMB 1144 –
Kesantunan Berbahasa; dan BMMB1124 – Literasi Bahasa.

iii

Arahan Pelaksanaan Tugasan:
1. Tugasan 1 merupakan tugasan INDIVIDU dalam bentuk penghasilan produk iaitu

e-book.
2. Tugasan 2 merupakan tugasan KUMPULAN.
3. Tugasan 1 dilaksanakan meliputi perkara seperti yang berikut:
3.1 Dilaksanakan secara individu.
3.2 Boleh bergerak secara kolaboratif untuk mengumpulkan data atau maklumat.

Namun anda perlu memastikan bahawa setiap data atau maklumat yang
digunakan mestilah merangkumi jurnal, buku rujukan dan sumber Internet.
3.3 Hasil kerja perlu ditaip mengikut kaedah penulisan ilmiah.
3.4 Format penulisan seperti yang berikut:-
i. Muka depan kerja kursus pelajar hendaklah dimuat turun oleh pelajar sendiri
dari iTEMS, IPG Kampus Ipoh
ii. Muka surat pertama BORANG PENGESAHAN PELAJAR
iii. Muka surat kedua SOALAN TUGASAN
iv. Fon Arial.
v. Saiz huruf ialah 11 point.
vi. Langkau 1.5 baris.
vii. Penulisan dan sumber rujukan mengikut format APA (American
PsychologicalAssociation)yang terkini.
viii. Penulisan dalam bahasa Melayu menggunakan tulisan rumi.
3.5 Rujukan mencukupi yang terdiri daripada jurnal dan buku serta lampirkan
senarai rujukandalam esei anda.
3.6 Gejala plagiat TIDAK DIBENARKAN sama sekali.
3.7 Hasil tugasan PERLU diserahkan kepada pensyarah mengikut masa dan
tarikh yang ditetapkan. Tugasan yang dihantar LEWAT tanpa sebab yang
kukuh boleh menjejaskan gred pencapaian.

4. Pelaksanaan Tugasan 2 adalah seperti yang berikut:
4.1 Persembahan Kumpulan yang terdiri daripada dua atau tiga orang dalam satu
kumpulan.
4.2 Setiap persembahan kumpulan dijalankan selama 30 MINIT.
4.3 Semua ahli kumpulan perlu terlibat dalam persembahan kumpulan.

5. Pentaksiran berterusan ini secara keseluruhannya membawa markah 60%.

Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria seperti yang berikut :

1. Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci.
2. Tugasan haruslah meliputi perkara seperti yang berikut:

2.1 Persembahan yang menarik dan menjawab soalan tugasan.
2.2 Aspek kandungan tepat dan dapat mengupas kehendak soalan.
2.3 Rumusan mantap dan menjawab persoalan pentaksiran berterusan.

3. Bukti-bukti, bahan-bahan dan citation atau rujukan teks yang dapat
menyokong hujah-hujah yang anda kemukakan.

4. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian hasil kerja dan
sokongan ilmiah.

5. Penulisan esei harus menunjukkan kefasihan bahasa dan kematangan hujah
dalam menterjemahkan maklumat secara kritikal dan analitikal.

6. Format dan organisasi tugasan perlu jelas dan koheren.

iv

7. Rujukan perlulah daripada pelbagai sumber yang tepat dan memenuhi
kehendak tugasan (sekurang-kurangnya 10 SUMBER yang meliputi buku,
sumber Internet, jurnal dan bahan- bahan bercetak yang lain).

Kriteria Pentaksiran
Tugasan akan disemak berdasarkan skema pemarkahan dan rubrik pentaksiran yang
disediakan.

v

PENGHARGAAN

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum WBT. Nama saya Nur Anis Nadhirah Bt Muhamad Zulkhan dari unit X6.

Pertama sekali saya amat bersyukur ke hadrat Ilahi kerana limpah dan kurniannya, dapatlah
saya menyiapkan kerja khusus bagi subjek Kesusasteraan dan kebudayan Melayu (BMMB
1104) dengan jayanya.

Di kesempatan ini, saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada
pensyarah subjek Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu iaitu encik Hj Abdul Rani bin
Hassan yang tidak jemu-jemu memberi bimbingan dan dorongan kepada saya dan rakan
sekelas dalam menyediakan kerja khusus ini. Pensyarah ini bukan saja memberi dorongan
dari segi membimbing kami malah beliau juga turut berkongsi aspek yang perlu dimasukkan
di dalam kerja khusus ini supaya hasilnya lebih menarik dan padat

Selain itu, saya juga mengucapakan terima kasih kepada rakan-rakan sekelas yang
banyak berkongsi idea dan pendapat menarik berkaitan penghasilan kerja khusus ini. Mereka
banyak membantu saya dalam menyiapakan tugasan ini dari segi menjawab pertanyaan
saya dan berkongsi maklumat yang mereka perolehi.

Akhir sekali, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa saya yang secara
tidak langsung membantu saya dari segi memberikan pendapat dan pandangan mereka
berkaitan tugasan ini.

vi

ISI KANDUNGAN BIL M/S
1
TAJUK 2
1.0 Pengenalan
2.0 Takrif Kesusasteraan Melayu 3–9
3.0 Jenis dan ciri-ciri kesusasteraan melayu
10 – 12
3.1 Prosa Tadisional 13 – 18
3.1.1 prosa tradisional naratif lisan
3.1.2 prosa tradisional naratif tulisan 19
3.1.3 prosa tradisional bukan naratif 20 – 21

3.2 prosa moden
3.3 puisi tradisional
3.4 puisi moden

4.0 Fungsi Kesusasteraan Melayu

5.0 Manifestasi akal budi
5.1 manifestasi akal budi dalam pantun
5.2 manifestasi akal budi dalam syair
5.3 manifestasi akal budi dalam seloka
5.4 manifetasi akal budi dalam gurindam

6.0 Rumusan
7.0 Sumber Rujukan

vii

1.0 PENGENALAN

Kesusasteraan melayu merupakan salah satu karya seni yang terdapat dalam kalangan
masyarakat melayu. Terdapat pelbagai jenis karya kesusasteraan yang telah dihasilkan
dalam kalangan masyarakat melayu seperti pantun, syair, seloka dan gurindam.
Kesusasteraan melayu menjadi kebanggaan bagi seluruh rakyat Malaysia kerana
kebanyakkan karya sastera mengandungi unsur nasihat dan teladan yang dapat menjadi
panduan kepada manusia dalam menjalani kehidupan seharian. Namun apa yang
menyedihkan ialah sastera yang dahulunya bersifat kolektif dan menjadi milik bersama kini
telah berubah menjadi suatu karya peribadi dan menjadi hak cipta sendiri. Menurut Siti Hajar
Abdul Aziz (2011), perkembangan yang amat pesat telah mendorong kepada berlakunya
perubahan dan merenggangkan hubungan antara sastera dengan kehidupan. Oleh itu,
sebagai masyarakat melayu, kita perlu memelihara kesusasteraan melayu kerana karya
sastera ini menjadi lambang kepada bangsa kita.

1

2.0 TAKRIF KESUSASTERAAN MELAYU

Menurut Harun Mat Piah et al (2006), kesusasteraan didefinisikan sebagai segala
penghasilan karya sastera yang disampaikan sama ada melalui tulisan dan pembacaan
ataupun melalui lisan dan pendengaran. Menurut kamus dewan edisi keempat pula,
kesusasteraan merupakan hasil seni tulisan atau karya tulisan yang berbentuk prosa atau
puisi di mana ia mempunyai ciri-ciri keistimewaan yang tersendiri. Istilah kesusasteraan yang
digunakan dalam bahasa Melayu turut mempunyai maksud yang sama dengan perkataan
literature yang berasal daripada bahasa Inggeris. Perkataan literature ini sebenarnya
berkembang daripada bahasa Latin iaitu literatura yang membawa maksud perkataan atau
abjad. Kata dasar "sas” yang terdapat pada perkataan kesusasteraan ini membawa maksud
mengajar atau memberi petunjuk manakala suku kata -tra pula bermaksud alat. Oleh itu, kita
dapat simpulkan di sini bahawa perkataan sastera membawa maksud alat untuk mengajar.
Seterusnya, awalan “su” pula membawa maksud indah dan baik manakala imbuhan ke- dan
–an merujuk kepada hasil kesenian yang bersifat indah dan halus. Berdasarkan kesemua
definisi kesusasteraan yang telah dinyatakan di atas, kita dapat menyimpulkan secara
ringkas bahawa kesusasteraan merupakan suatu penghasilan karya seni kreatif yang
meliputi penggunaan bahasa dan isi yang indah serta halus.

2

3.0 JENIS DAN CIRI- CIRI KESUSASTERAAN MELAYU

Terdapat beberapa jenis kesusasteraan melayu iaitu prosa tradisional, prosa moden,
puisi tradisional dan puisi moden. Setiap jenis karya sastera ini mempunyai perbezaannya
yang tersendiri mengikut bentuk, ciri dan tujuan penghasilan sesuatu karya tersebut.

3.1 PROSA TRADISIONAL

Prosa tradisional merupakan sebuah karya seni yang tergolong dalam karya
kesusasteraan melayu. Menurut kamus dewan edisi keempat, perkataan prosa bermaksud
sebuah karangan yang bertulis dengan menggunakan bahasa yang biasa. Menurut Siti Hajar
Abdul Aziz (2011) pula, perkataan tradisional ditakrifkan sebagai serius dan abadi nilainya,
mempunyai gaya sederhana dan tidak berubah mengikut peredaran masa. Terdapat
beberapa ciri prosa tradisional iaitu prosa ini dihasilkan sebelum tahun 1800 masihi, karya
sastera yang dicipta menggunakan gaya bahasa yang berbeza dengan gaya bahasa kini,
nama pengarang dan tarikh penghasilan sesebuah karya sastera tidak diketahui dan
penyebaran karya sastera ini adalah terhad. Prosa tradisional dapat dibahagikan kepada dua
bahagian iaitu berbentuk naratif (rakyat) dan bukan naratif (istana).

3.1.1 Prosa tradisional naratif lisan

Prosa tradisional naratif ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu naratif lisan dan tulisan.
Naratif lisan atau lebih dikenali sebagai satera rakyat merupakan sejenis karya satera yang
tertua yang wujud sebelum kesusasteraan tulisan di mana karya sastera ini disampaikan dan
disebarkan kepada masyarakat melalui lisan seseorang. Hal ini dapat dibuktikan
berdasarkan pernyataan Mohd Taib Osman (2007) yang menyatakan bahawa sastera rakyat
merupakan satera yang dipindahkan secara lisan dalam kalangan masyarakat yang terpencil,
masyarakat desa dan dalam kelompok yang kecil. Disebabkan sastera ini disebarkan melalui
lisan maka unsur seperti pengaruh tempatan dan tokok tambah mungkin akan berlaku
kerana penyebaran satera rakyat bergantung kepada individu yang menjadi penyampai
kepada sesuatu sastera tersebut. Selain itu, sastera rakyat ini merupakan sejenis sastera
yang dinikmati oleh golongan luar istana yang terdiri daripada rakyat biasa. Menurut Harun
Mat Piah et al. (2000), sastera rakyat merupakan satu penghasilan sastera yang dimiliki oleh
sekumpulan masyarakat dan ia diturunkan daripada satu generasi ke generasi yang lain.
Sastera rakyat ini terdiri daripada lagenda, mitos dan cerita rakyat.

3

Lagenda merujuk kepada suatu cerita yang dipercayai oleh masyarakat bahawa ia
benar-benar terjadi. Cerita lagenda kebiasaanya berkaitan tokoh yang terkenal di sesuatu
tempat dan dipercayai bahawa tokoh ini pernah wujud dalm sejarah serta mempunyai sifat
yang luar biasa. Cerita lagenda ini cuba dibuktikan berdasarkan kesan yang terdapat pada
sesuatu tempat yang menunjukkkan kewujudan sesuatu lagenda yang disebarkan. Terdapat
beberapa jenis lagenda yang terdapat dalam kesusasteraan melayu iaitu lagenda
perseoranagan yang merujuk kepada lagenda yang mengisahkan tokoh- tokoh yang terkenal
pada zaman kerajaan dahulu. Peristiwa yang berlaku pada pahlawan ini dianggap benar-
benar terjadi berdasarkan bukti latar masa. Contohnya, lagenda Hang Tuah, Tun Bija Sura
dan Pawang Langkat. Seterusnya ialah lagenda tokoh iaitu lagenda yang mengisahkan tokoh
yang terdapat di sesuatu tempat. Antara contoh lagenda tokoh ialah lagenda mahsuri di
Kedah yang megisahkan seorang wanita yang dituduh melakukan maksiat ketika ketiadaan
suaminya sehingga menyebabkan dia dihukum sula. Semasa hukuman dilakukan darat putih
telah mengalir keluar dari tubuhnya di mana ia membuktikan bahawa mahsuru tidak bersalah

Mitos pula didefinisikan sebagai cerita yang mengandungi unsur kepercayaan yang tidak
boleh dipersendakan di mana cerita ini dipercayai pernah berlaku dan dianggap suci oleh
masyarakat yang mempercayainya. Antara ciri-ciri mitos ialah peristiwa yang diceritakan
dianggap pernah berlaku dan dianggap keraman bagi masyarakat yang mempercayainya.
Contoh cerita mitos ialah mitos asal usul yang merupakan mitos berkaitan kejadian pada
masa dahulu dan mitos ini kebiasaannya dikaitkan dengan magis. Seterusnya ialah cerita
rakyat iaitu sejenis cerita yang tidak pernah berlaku. Cerita rakyat mengandungi tokoh sama
ada dalam bentuk binatang, manusia atau sesuatu benda ghaib. Kebanyakkan cerita rakyat
memiliki moral, hiburan, sindiran dan nasihat yang ingin disampaikan. Antara ciri- ciri cerita
rakyat ialah cerita ini disebarkan secara lisan, tidak diketahui individu yang menghasilkan
cerita ini dan diwarisi secara turun-temurun. Terdapat beberapa contoh cerita rakyat iaitu
cerita jenaka, cerita binatang, cerita lipur lara dan cerita teladan.

4

3.1.2 Prosa tradisional naratif tulisan

Seterusnya ialah naratif tulisan atau lebih dikenali sebagai sastera istana. Kesusateraan
tulisan ini pada awalnya wujud apabila orang Melayu menyerap pengaruh daripada India ke
dalam kebudayaan Melayu. Hasil daripada penyerapan ini terhasillah sistem tulisan yang
digunakan pada ketika itu namun tulisan ini mengalami kepupusan disebabakan sistem
tulisannya tidak berlaku secara meluas. Setelah islam bertapak di alam melayu,
kesusasteraan melayu telah diperkenalkan dengan sistem tulisan yang berpandukan
Al-Quran. Hal ini dapat dibuktikan berdasarkan pernyataan Siti Hajar Abdul Aziz (2011), yang
menyatakan bahawa sastera istana merupakan sastera yang telah diperkenalkan pada abad
ke-15 iaitu selepas kedatangan islam dan ia berkembang dalam lingkungan istana.

Naratif tulisan ini dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu sastera tulisan pada
zaman pra islam dan selepas kedatangan islam. Selain itu, naratif tulisan ini terdiri daripada
lima bentuk iaitu sastera hikayat, satera sejarah, sastera panji, sastera agama dan satera
kepahlawanan atau disebut sebagai epik. Satera panji merupakan sastera yang terdiri
daripada cerita berkaitan kehidupan manusia dan kasih sayang contohnya Hikayat Misa
Taman Jayeng Kusuma yang dipengaruhi oleh corak kesusasteraan Hindu-Jawa . Selain itu,
satera kepahlawanan atau epik pula merupakan sastera yang mengisahkan berkaitan tokoh
yang mempunyai kehandalan yang luar biasa dan disanjung oleh masyarakat contohnya
Hikayat Muhammad Ali Hanafiyah.

3.1.3 Prosa tradisional bukan naratif

Prosa tradisional bukan naratif didefinisikan sebagai karya kesusasteraan yang
berbentuk peraturan atau fakta di mana satera ini dapat dijadikan sebagai panduan bagi
golongan masyarakat. Selain itu, pengarang lebih banyak menunjukkan ekspresi dalam
karya sastera bukan naratif berbanding ekspresi dalam karya sastera naratif. Terdapat tiga
jenis satera prosa tradisional bukan naratif iaitu sastera kitab, sastera undang-undang dan
sastera ketatanegaraan. Satera undang-undang ini merupakan suatu sastera yang dijadikan
sebagai bahan kajian berkaitan susun lapis masyarakat lama dan sistem pemerintahan.
Satera undang-undang ini terbahagi kepada dua genre ialat Adat Temenggung dan Adat
pepatih. Contoh bagi Adat Temenggung ialah Undang-Undang Johor dan Hukum Kanun
Melaka manakala Adat pepatih pula dapat dilihat melalui peraturan yang dipatuhi oleh rakyat
di negeri sembilan. Berdasarkan contoh bagai Adat Temenggung dan Adat Pepatih ini, kita
dapat simpulkan bahawa sastera undang-undang merupakan peraturan yang harus diikuti
masyarakat melayu.

5

Seterusnya, sastera ketatanegaraan pula merupakan sejenis sastera yang mengandungi
penjelasan berkaitan panduan yang harus boleh diikuti oleh pera pentadbir seperti raja
semasa menjalankan pentadbiran. Dalam karya sastera ketatanegaraan ini terkandung
cerita-cerita berkaitan pemerintahan raja-raja yang terkenal dengan kebijaksanaan dalam
pemerintahannya contohnya seperti pemerintahan Khulafah Al-Rasyidin. Seperti yang kita
sedia maklum, kerajaan khulafa Ar-Rasyidin amat dikenali sebagai sebuah kerajaan yang
mempunyai pemerintah yang bertanggungjawab dan mempunyai sistem pentadbiran yang
sisitematik. Oleh itu, melalui sastera ketatanegaraan ini seseorang raja bolehlah menjadikan
sistem pemerintahan Khulafa ar-Rasyidin sebagai panduan bagi mereka dalam mentadbir
sesebuah negeri.

6

3.2 PROSA MODEN

Prosa moden terbahagi kepada empat genre iaitu cerpen, novel, drama dan filem.
Terdapat beberapa ciri bagai sastera moden iaitu karya sastera ini dicipta selepas tahun 1800
masihi dan mempunyai mesej tersirat di mana ia dihasilkan berdasarkan pengalaman dan
pemikiran seorang pengarang. Selain itu sastera moden juga mempunyai ciri keterbukaan
iaitu sastera ini ini mengandungi unsur-unsur seperti sejarah dan politik. Berdasarkan ciri-ciri
yang telah dinyatakan diatas, jelaslah bahawa terdapat perbezaan yang ketara antara
sastera moden dengan sastera tradisional.

Cerpen merupakan cerita yang mengandungi kisah yang pendek di mana patah
perkataannya antara 500 hingga 15000 patah perkataan. Perkataan cerpen ini sebenarnya
terbentuk hasil gabungan antara perkataan cerita dengan perkataan pendek. Seterusnya,
cerpen turut menjadi salah satu medium bagi menggambarkan pandangan, perasaan dan
fikiran pengarang. Kebiasaannya, cerpen hanya mengandungi satu peristiwa sahaja yang
menjadi tumpuan utama dalam jalan cerita.

Seterusnya, novel pula merupakan prosa yang panjang jika dibandingkan dengan
cerpen. Perkataan “novel” ini sebenarnya berasal daripada bahasa Itali iaitu novella yang
membawa maksud satu benda kecil yang baharu. Novel ini mengandungi kisah yang benar
terjadi atau imaginasi semata-mata. Selain itu, novel juga mempunyai jalan cerita yang tidak
terbatas di mana jalan ceritanya tidak tertumpu kepada satu watak sahaja. Antara contoh
novel ialah Songket Berbenang Emas yang dianggap menarik kerana novel ini
mempamerkan sikap kecekalan dan tanggungjawab seorang gadis dalam mengharungi
cabaran kehidupan. Akhir sekali ialah drama iaitu suatu penceritaan yang disampaikan dalam
bentuk lakonan oleh para pelakon. Secara etimologi, perkataan drama ini dikatakan berasal
daripada bahasa yunani iaitu draomai yang bermaksud berbuat, bertindak atau atau beraksi.
Kebiasaannya, pelakon drama akan memainkan watak berdasarkan skrip yang telah diberi
kepada mereka dan kemampuan pelakon dalam mendalami watak dapat menarik minat
penonton untuk menonton sesuatu drama.

7

3.3 PUISI TRADISIONAL

Menurut kamus dewan edisi keempat, puisi didefinisikan sebagai karangan yang
berbentuk syair atau pantun. Puisi ini mempunyai bentuk berangkap di mana ia terikat
dengan peraturan berdasarkan jenis puisi tersebut dan kebanyakan puisi dibaca secara
berirama. Selain itu, puisi juga menjadi medium untuk meluahkan perasaan dan buah fikiran
penulis puisi tersebut. Terdapat beberapa genre yang terkandung dalam puisi tardisional
ialah syair, pantun, nazam, seloka dan gurindam.

Menurut kamus dewan edisi keempat, pantun merujuk kepada puisi lama yang terdiri
daripada empat baris pada setiap rangkapnya di mana dua rangkap pada baris pertama
merupakan pembayang manakala dua rangkap pada baris terakhir pula mengandungi
maksud yang ingin disampaikan. Selain itu, pantun juga dikatakan sebagai sebuah karya
tertua dan merupakan hak milik mutlak masyarakat melayu di mana pantun ini tidak diambil
daripada karya asing. Hal ini dapat dibuktikan melalui penggunaan pantun sejak dahulu lagi
iaitu semasa upacara peminangan di mana wakil daripada pihak lelaki kebiasaannya akan
menggunakan pantun untuk menyatakan hajat mereka yang ingin meminang seseorang
wanita. Pantun tersebut kemudiannya akan dibalas olen pihak perempuan dengan penuh
kesopanan. Terdapat beberapa jenis pantun iaitu pantun nasihat, pantun teka-teki, pantun
jenaka dan pantun budi. Dari segi bentuk pula, pantun mempunyai enam bentuk iaitu pantun
dua kerat, empat kerat, enam kerat, lapan kerat,sepuluh kerat dan dua belas kerat.

Seterusnya, syair pula merupakan sejenis puisi lama yang menggunakan bahasa yang
puitis dan bermakna dalam menyampaikan sesuatu pesanan kepada pembaca. Syair ini
sebenarnya berasal daripada Parsi namun ia telah dibawa masuk ke Nusantara kemudian
syair ini diubah bagi menyesuaikannya dengan Bahasa Melayu Klasik pada waktu itu.
Menurut Braginsky (1998), perkataan syair dalam bahasa Melayu berasal daripada
perkataan Arab iaitu syi’r yang bermaksud puisi. Selain itu, syair turut dikenali sebagai puisi
berlagu kerana syair kebiasaannya dibaca dengan rentak tertentu. Terdapat beberapa ciri
syair iaitu syair terdiri daripada empat baris pada setiap rangkap, tidak mengandungi
pembayang maksud dan mempunyai rima akhir yang sama iaitu a-a-a-a. Syair ini terdiri
daripada syair nasihat, syair agama dan syair romantik. Contoh syair yang dapat diberikan
ialah syair bidasari yang mengisahkan cabaran yang dihadapi oleh raja di Negeri Kembayat
dalam memerintah negeri apabila negerinya menjadi huru-hara akibat diserang oleh burung
garuda.

8

3.4 PUISI MODEN

Puisi moden terdiri daripada sajak. Sajak didefinisikan sebagai suatu karya yang
dihasilkan berdasarkan pengalaman, perasaan dan imaginasi penyair. Sajak ini bersifat
bebas dan tidak terikat kerana sajak tidak mempunyai peraturan seperti pembentukan
rangkap dan tidak mempunyai rima akhir. Contoh sajak yang dapt diberikan ialah sajak
Kuingin Berterima Kasih yang mengandungi nasihat iaitu manusia mestilah bersyukur dan
menghargai segala nikmat yang telah diperolehi dalam kehidupannya. Dengan adanya sajak
ini maka pembaca dapat membuat renungan terhadap kehidupan mereka dan mula bertanya
kepada diri sendiri adakah selama ini mereka bersyukur atas segala nikmat yang telah
diperoleh. Oleh itu, jelaslah di sini bahawa sajak dapat dijadikan sebagai medium untuk
memberi kesedaran kepada masyarakat dan mendorong kepada perubahan yang lebih baik.

9

4.0 FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU

Setiap perkara yang dicipta pasti mempunyai fungsinya yang tersendiri. Hal ini turut
sama berlaku kepada kesusasteraan melayu. Sebagaimana yang kita sedia maklum, sastera
ini telah wujud dalam kalangan masyarakat melayu sejak dahulu lagi. Kesusasteraan
mempunyai beberapa fungsi yang tertentu iaitu sastera berfungsi sebagai alat pendidikan,
dakwah, medium kritikan sosial dan hiburan. Sastera dikatakan berfungsi sebagai alat
pendidikan kerana kebanyakkan karya sastera yang terdiri daripada prosa dan puisi sarat
dengan pelbagai unsur pengajaran dan pendidikan. Pengarang kebiasaanya akan
menghasilkan sesebuah karya sastera berdasarkan pengalaman mereka dan
menterjemahkannya ke dalam bentuk cerita atau kisah yang terdiri daripada pelbagai ilmu
seperti politik, ekonomi, agama dan sosiologi. Hal ini secara tidak langsung membolehkan
para pembaca menyerap segala pengajaran dan ilmu pegetahuan yang terdapat dalam
sesebuah karya sastera dan berlakulah proses pendidikan secara tidak langsung. Selain itu,
karya sastera juga dapat membentuk insaniah dalam diri manusia kerana kebanyakkan
karya sastera yang dibentuk mempunyai nasihat dan pengajaran. Karya yang dapat dijadikan
contoh di sini ialah novel Jendela Menghadap Jalan yang menuntut agar kita mempunyai
sikap kemanusiaan. Nilai kemanusiaan yang dapat ditunjukkan melalui novel ini ialah apabila
watak utama iaitu Lili cuba untuk membantu Che jah yang menjadi mangsa keganasan
rumah tangga dengan membuat aduan tentang perkara tersebut kepada kakitangan Jabatan
Kebajikan Masyarakat agar masalah Che Jah dapat diselesaikan.

Seterusnya, sastera berfungsi sebagai dakwah kepada masyarakat. Menurut kamus
dewan edisi keempat, dakwah didefinisikan sebagai kegiatan menyeru dan meyakinkan
orang lain supaya menerima sesuatu kepercayaan. Antara kandungan dakwah yang ingin
disampaikan melalui karya sastera ialah berkaitan hubungan antara manusia dengan Tuhan
contohnya seluruh umat islam perlulah menjalankan suruhan Allah swt dan meninggalkan
segala laranganNya. Penyampaian dakwah dalam karya sastera dengan menggunakan
bahasa sebagai medium komunikasi antara pengarang dengan pembaca menunjukkan
keberkesanan yang amat memberangsangkan di mana pembaca lebih memahami akan isi
yang terkandung dalam sesuatu karya tersebut. Terdapat satu contoh karya sastera yang
mengandungi unsur dakwah iaitu sajak Sejadah Rindu. Sajak ini mengandungi unsur dakwah
kerana sajak ini mengisahkan keinsafan seorang hamba dan ketaatan kepada agama.

10

Ungkapan doa pada Yang Esa
izinkan aku menjadi manusia yang taat sentiasa

pada perintah Maha Kuasa
agar aku tidak lupa

dunia ini hanya bersifat sementara

Berdasarkan rangkap sajak Sejadah Rindu di atas, penyajak mulai sedar bahawa dunia ini
hanyalah tempat persinggahan sementara dan memohon agar tuhan memberikannya
kesempatan untuk dia menjadi seorang manusia yang taat. Oleh itu, dakwah yang ingin
disampaikan di sini ialah sebagai umat islam, kita perlulah taat kepada Allah swt dengan
melakukan segala perintahNya kerana kehidupan di dunia tidak akan kekal abadi tetapi
kehidupan di akhirat adalah kekal selama-lamanya.

Selain itu, sastera turut berfungsi sebagai alat kritikan sosial. Sebagaimana yang kita
sedia maklum, kebanyakkan karya sastera berkait rapat dengan kehidupan seharian
manusia. Dalam sastera, seseorang pengarang tidak hanya bermain-main dengan dunia
imaginasi semata-mata tetapi mereka memberi makna dan memaknakannya dengan dunia
realiti. Oleh itu, dapat disimpulkan di sini bahawa hasil karya sastera yang dihasilkan oleh
pengarang tidak hanya berkaitan imaginasi semata-mata malah ia turut mempunyai
hubungan dengan perkara yang berlaku dalam realiti kehidupan yang meliputi seluruh
masyarakat dan manusia. Kehidupan masyarakat yang terdiri daripada susun lapis yang
berbeza telah mendorong kepada kewujudan jurang antara masyarakat. Kewujudan jurang
antara masyarakat ini telah mendorong kepada masalah sosial dalam kalangan masyarakat.
Oleh itu, pada masa ini sastera akan dijadikan medium untuk tujuan mengkritik, menegur dan
menyampaikan pesanan. Apabila seseorang individu membaca karya sastera yang
mengandungi unsur mengkritik maka mereka dapat mengambil iktibar daripada karya
tersebut. Contoh karya yang mengandungi unsur kritikan sosial ialah novel Perempuan
Politikus Melayu yang mengisahkan kemiskinan yang dihadapi oleh penduduk kampung
Jentayu di mana kehidupan mereka hanya bergantung kepada kerja bersawah padi. Namun,
tanah sawah padi mereka telah diambil oleh Datuk Zuri yang ingin membangunkan projek di
tempat tersebut. Berdasarkan novel ini, kita dapat perhatikan bahawa penulis ingin
mengkritik sikap pemimpin yang mementingkan diri dan kuasa iaitu Datuk Zuri di mana beliau
langsung tidak mengendahkan nasib masyarakat sekelilingnya.

11

Akhir sekali, sastera juga berfungsi sebagai medium hiburan. Hal ini dikatakan
demikian kerana penggabunggan antara unsur nasihat dengan unsur hiburan dapat
menghasilkan sesebuah karya sastera yang lebih menarik. Antara contoh hiburan yang dapat
diterapkan dalam suatu penghasilan karya sastera ialah penggnaan kata-kata dan irama
yang indah sehingga dapat menenangkan jiwa dan menghiburkan hati pembaca. Walupun
begitu, setiap individu mempunyai ketegori hiburan yang berlaianan di mana terdapat
sesetengah pembaca yang membaca sebuah karya yang serius dengan pembacaan yang
menghiburkan. Situasi ini tidak menunjukkan bahawa karya itu gagal menyampaikan
pemikiran penulis malah ia melambangkan bahawa karya tersebut bersifat fleksibal dan
subjektif. Kebanyakkan sastera rakyat mengandungi unsur hiburan contohnya kita dapat
perhatikan pada cerita Pak Pandir yang menunjukkan watak yang lurus bendul dan bodoh.
Walaupun karya ini mengandungi unsur hiburan namun terdapat nilai pengajaran yang dapat
diambil berdasarkan karya ini. Hal ini dapat dibuktikan berdasarkan pernyataan Mohd Taib
Osman (2007), yang menegasakan bahawa walaupun unsur kejenakaan dalam sastera
rakyat bertujuan untuk menghiburkan, namun ia turut mempunyai tujuan untuk mengajar,
mengkritik dan menyindir terhadap sesuatu perkara yang tidak betul. Oleh itu, dapat
ditegaskan di sini bahawa karya sastera seperti cerita Pak Pandir memberi pengajaran
kepada manusia agar tidak bersikap bodoh kerana ia boleh mengundang kebencian
masyarakat.

12

5.0 MANIFESTASI AKAL BUDI BERDASARKAN PANTUN, SYAIR, SELOKA
DAN GURINDAM

Akal didefinisikan sebagai pemikiran seseorang dalam mencari dan memahami sesuatu
makna sesuatu perkara. Selain itu, akal ini turut digunakan untuk menelusuri pelbagai
kemungkinan idea dan membuat refleks terhadap sesuatu proses yang dilalui. Seterusnya,
budi pula merujuk kepada perasaan, keyakinan, kesedaran dan dorongan dan diperhatikan
melalui perbuatan, pertuturan dan gaya hidup. Menurut kamus dewan edisi keempat,
manifestasi dikatakan sebagai memperlihatkan atau menunjukkan sesuatu perkara.
Manifestasi akal budi terdiri daripada empat aspek iaitu pertuturan, perlakuan, pemikiran dan
gaya hidup.

Aspek pertuturan ini merujuk kepada penggunaan perkataan yang sopan dan halus
dalam menghasilkan karya sastera supaya tidak berlaku pergaduhan antara penulis dengan
pembaca. Seterusnya, aspek perlakuan pula dikatakan sebagai tingkah laku atau perbuatan
seseorang. Terdapat banyak karya sastera dicipta mengandungi unsur perbuatan yang baik
bagi membolehkan seseorang pembaca mencontohinya. Di samping itu, aspek pemikiran
pula dapat dilihat melalui cara seseorang berfikir mengenai sesuatu perkara dan meneliti
segala kemungkinan sebelum membuat keputusan. Akhir sekali ialah gaya hidup iaitu
sesuatu aspek yang amat berkait rapat dengan akal budi. Gaya hidup ini dilihat berdasarkan
gaya kehidupan manusia dari segi adat istiadat, keagamaan dan penerapan nilai-nilai murni.

13

5.1 MANIFESTASI AKAL BUDI DALAM PANTUN

Kalau bertanak dengan menggulai
Mengacau gulai pecah isinya

Kalau gelak nak jangan mengilai
Kalau mengilai rendah budinya.
(Tunjuk ajar dalam pantun melayu karyaTenas Effendy 2004: 84)

Pantun di atas merupakan sebuah pantun berkaitan adab. Aspek pemikiran dalam
pantun ini dapat dilihat melalui aspek tersirat iaitu pembayang pada dua rangkap pada baris
pertama yang berkaitan dengan menanak dan memasak gulai. Seperti yang kita sedia
maklum, semasa mengacau gulai kita tidak boleh menanak nasi kerana gulai perlu dikacau
sentiasa agar kuahnya tidak berketul. Gulai ini dapat dikaitkan dengan gelak mengilai di
mana ia perlu dijaga dan dikawal dengan baik agar tidak kelihatan buruk pada pandangan
masyarakat. Kesimpulannya, akal budi dalam pantun diatas bertujuan mendidik masyarakat
agar menjaga adabnya semasa ketawa di mana seseorang itu tidak boleh ketawa sehingga
kedegaran seperti menggilai kerana ia menunjukkan kerendahan adabnya dan boleh
mengundang perspeksi buruk daripada masyarakat.

14

5.2 MANIFESTASI AKAL BUDI DALAM SYAIR

Syair Burung Nuri

Remuk dan redam rasanya hati,
Lenyaplah fikir budi pekerti,
Jikalau kiranya hamba turuti,

Daripada hidup sebaiknya mati.

(Rangkap 8)

Rangkap pada syair Burung Nuri diatas menjelaskan bahawa pengarang berada dalam
keadaan yang penuh kekecewaan dan kesedihan sehingga tidak mampu untuk berfikir
secara waras dan betul. Kesedihan yang dialami pengarang menyebabkan dia tidak dapat
berfikir panjang sehingga membuat keputusan untuk membunuh diri kerana tidak sanggup
lagi hidup di dunia ini. Berdasarkan rangkap pada syair Burung Nuri ini, aspek akal budi yang
dapat saya perolehi ialah syair ini ditulis untuk mengingati semua manusia agar bersifart
rasional contohnya tidak terlalu mengikuti perasaan sedih kerana kesedihan yang
berpanjangan akan menyebabkan keadaan kita menjadi tidak stabil. Keadaan yang tidak
stabil ini seterusnya akan menyebabkan kita tidak mampu untuk membezakan antara
sesuatu perkara yang baik dan yang buruk. Disebabkan seseorang itu tidak mampu
membezakan sesuatu yang baik dengan yang buruk maka mereka akan lebih mudah tersilap
langkah dalam membuat keputusan contonya mereka akan mengambil keputusan untuk
membunuh diri. Berdasarkan agama islam, membunuh diri adalah sesuatu perbuatan yang
dibenci oleh Allah swt dan merupakan dosa besar. Oleh itu, dapat ditegaskan di sini bahawa,
walaupun syair diatas merupakan luahan hati pengarang namun kita dapat mengambil nilai
pengajaran yang ingin disampaikan berdasarkan syair ini.

15

5.3 MANIFESTASI AKAL BUDI DALAM SELOKA

Seloka Anak dan Ibu

Wahai anak,
Sembilan bulan kau dikandung,
Dikandung pula ke sana ke mari,

Tanpa mengenal erti jemu,
Cukup masa kau dilahirkan,
Diberi nama yang cukup indah,
Semasa kecil dijaga dengan baik,
Tanpa sebarang rungutan,
Diberi pula pelbagai didikan ilmu,
Walaupun tiada ayah membantu,
Namun malang tidak berbau,
Apabila besar kau menderhakai ibu,

Kau pergi membawa diri,
Bersama isteri kau sayangi,
Kau pergi tanpa sebarang khabar,
Meninggalkan ibu tunggalmu,

Hidup sebatang kara.

Berdasarkan seloka di atas, akal budi yang dapat dikenal pasti ialah ktitikan terhadap
anak yang lupa akan pengorbanan ibunya. Sikap derhaka dan tidak menghargai akan jasa
seorang ibu yang banyak berkorban perlulah dielakkan kerana seseorang anak itu tidak akan
mendapat ketenangan jiwa tanpa keredaan seorang wanita yang bergelar ibu. Selain itu, kita
turut dinasihatkan agar menjaga dan menyayangi ibu walaupun kita sudah mendirikan rumah
tangga kerana ia merupakan kewajiban bagi seorang anak. Dari sudut pembelajaran islam
pula, kita diajar untuk menghormati dan berbakti kepada ibu kita dalam apa jua keadaan
sekalipun kerana surga seorang anak terletak di bawah telapak kaki seorang ibu.

16

5.4 MANIFESTASI AKAL BUDI DALAM GURINDAM

Gurindam Dua Belas

Apabila terpelihara mata,
Sedikitlah cita-cita.

Apabila terpelihara kuping,
Khabar yang jahat tiadalah damping.

Apabila terpelihara lidah,
Nescaya dapat daripadanya faedah.

Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan,
Daripada segala berat dan ringan.

Apabila perut terlalu penuh,
Keluarlah fil yang tidak senonoh.

Anggota tengah hendaklah ingat,
Di situ banyak orang yang hilang semangat.

Hendaklah peliharakan kaki,
Daripada berjalan yang membawa rugi.

(karya Raja Ali Haji)

Berdasarkan gurindam diatas, akal budi yang dapat dikenal pasti pada rangkap pertama
ialah pengarang mengingati manusia agar menjaga penglihatan mata daripada melihat
sesuatu perkara yang mungkar dan buruk yang boleh menyebabkan seseorang itu
melakukan dosa. Seterusnya, akal budi yang terdapat pada rangkap kedua pula ialah
pengarang menasihati manusia agar menjaga pancaindera iaitu telinga yang telah
dikurniakan oleh Allah swt. Manusia perlu mengelakkan diri daripada mendengar berita-berita

17

yang buruk seperti gosip murahan dan fitnah yang boleh menjerumuskan kita ke dalam
lembah dosa. Selain itu, akal budi yang terdapat pada rangkap ketiga ialah sebagai manusia,
kita mestilah menjaga percakapan atau pertuturan kita. Hal ini dikatakan demikian kerana
pertuturan yang tidak dijaga boleh mengguris hati seseorang dan ia tidak dapat diundur
semula bak kata pepatah terlajak perahu boleh diundur, terlajak bicara buruk padahnya.
Justeru itu, seseorang yang menjaga pertuturannya akan memperoleh kebaikan iaitu dia
akan disenangi oleh orang di sekelilingnya.

Akal budi yang terkandung pada rangkap keempat pula ialah manusia perlulah menjaga
kedua-dua anggota tangan iaitu kiri dan kanan dengan tidak menggunakannya untuk
melakukan sesuatu perkara yang jahat seperti mengambil sesuatu yang bukan hak milik kita.
Sebaliknya, kita hendaklah menggunakan tangan untuk tujuan yang baik seperti membantu
orang yang memerlukan bantuan. Di samping itu, akal budi yang dapat dikenalpasti pada
rangkap kelima ialah manusia dinasihatkan mengawal nafsu makan supaya kita tidak
mengambil makanan secara berlebihan. Jika kita memakan makanan secara berlebihan
maka kita akan berasa malas untuk melakukan sebarang kerja kerana perut sudahpun
kenyang sehingga memberikan impak yang negetif terhadap diri sendiri.

Seterusnya, akal budi yang terkandung dalam rangkap kelima pula ialah manusia
diingatkan supaya menjaga maruah diri contohnya dari segi pemakaian di mana kita dituntut
untuk berpakaian sopan. Hal ini dikatakan demikian kerana pemakaian yang tidak sopan
boleh mengundang nafsu seseorang terhadap kita sehingga mendorong kepada berlakunya
sesuatu perkara yang tidak diingini. Akhir sekali, akal budi yang terkandung pada rangkap
ketujuh ialah manusia ditegaskan agar menjaga anggota kaki dengan menggunakannya
untuk pergi ke suatu tempat yang memberikan manfaat kepada diri sendiri seperti ke masjid
dan sekolah. Selain itu, manusia hendaklah menggelakkan diri daripada pergi ke tempat
yang mendorong kepada maksiat seperti kelab malam kerana ia merupakan suatu perkara
yang sia-sia.

18

RUMUSAN

Intihannya, jelaslah bahawa kesusasteraan melayu amat memainkan peranan penting
bagi masyarakat melayu di mana sastera ini bukan sahaja melambangkan sesuatu bangsa
malah turut melambangkan ketinggian ilmu sesuatu masyarakat. Selain itu, karya sastera
yang mengandungi nasihat, pengajaran dan pengalaman bolehlah digunakan oleh pembaca
sebagai panduan dalam menghadapi kehidupan kini. Keistimewaan karya sastera yang
menggunakan bahasa yang puitis dan indah perlulah dihargai oleh seluruh masyarakat
melayu. Hal ini dapat dibuktikan melalui pernyataan Samsul Amri Baharudin (2009) yang
menegaskan bahawa aspek keindahan ini haruslah dikekalkan dan dijadikan sebagai
warisan budaya yang mencerminkan nilai intelek yang tinggi serta menjadi kemegahan
masyarakat Melayu. Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia yang berbangsa melayu, kita perlulah
berganding bahu dalam memelihara karya sastera dan cuba menceburi diri dalam
penghasilan karya ini.

19

7.0 SUMBER RUJUKAN

Adisya Rehal. (t.t). Kesusasteraan Melayu. Academia.
https://www.academia.edu/8866503/KESUSASTERAAN_MELAYU

Braginsky V.I. (1998). Yang Indah, Berfaedah dan Kamal: Sejarah Sastera Melayu dalam
Abad 7-19. Jakarta Inis

Emilia Contessa & Shofiyatul Huriyah. (2020). Perencanaan pementasan drama. Deepublish
Publisher
Faozan Tri Nugroho. (2021 Februari 9). Pengertian cerita rakyat, ciri-ciri, fungsi, dan
macam-macam yang perlu diketahui.

https://www.bola.com/ragam/read/4478514/pengertian-cerita-rakyat-ciri-ciri-fungsi-dan-
macam-macamnya-yang-perlu-diketahui

Harun Mat Piah et al. (2006). Kesusasteraan Melayu Tradisional . Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka

Harun Mat Piah et.al. (2000). Kesusasteraan Melayu Tradisional Edisi Kedua. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka

Harun Mazran Rusli & Abdul Zali @ Zalay. (2020). Adaptasi Kesusasteraan Rakyat (cerita Si
Luncai) dalam karya seni cetakan. Ideology journal. 5(1). 43-56

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2021). Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur
Mazarul Hasan Mohamad Hanapi, Norazimah Zakaria, Abu Zarrin Selamat & Norfaizah

Abdul Jobar. (2021). Metafora Sebagai Kritikan Sosial Dalam Pantun Membentuk Nilai
Insan. International Journal Of Creative Industries (IJCREI). 3(6). 31-41

20

Mohd. Taib Osman, Hassan Ahmad (ed). (2007). Cerita Jenaka Melayu. Kuala Lumpur.
Yayasan Karyawan

Norazimah Zakaria, Azlina Abdullah, Sharifah Zarina Syed Zakaria, Mimi Hanida Abdul
Mutalib, Alizah Lambri, Siti Hawa Jamaludin, Mashitah Sulaiman & Rosmah Derak.
(2017). Akal Budi dan Cerminan Jati Diri Melayu Dalam Pantun. Jurnal Sultan Aluddin
Sulaiman Shah. 4(2). 89-97

Rai Illani. (2019 Jun 28). Perbezaan antara mitos, dongeng, lagenda dan hikayat.
https://iluminasi.com/bm/perbezaan-antara-mitos-dongeng-legenda-dan-hikayat.html

Shamsul Amri Baharudin. (2009). Tampannya Budi. Dlm Pameran Tampannya Budi. Kuala
Lumpur: Balai Seni Visual Negara

Siti Hajar Abdul Aziz. (2011). Bahasa Melayu 1. Shah Alam : Oxford Fajar Sdn.Bhd
Sulaiman Masri, Mashudi Bahari & Juliliyana Mohd Junid. (2007). Bahasa Melayu : rujukan

menengah. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd

21

22


Click to View FlipBook Version