RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) Nama kelas 4 Ad Duri Tarikh 20 Mac 2023 Masa 9.30-10.00 pagi Bilangan pelajar 6 orang Umur 16 Tahun Bidang Tajwid Standard Kandungan Sifat Huruf Standard Pembelajaran 4.1 Menyebut takrif sifat huruf dari segi bahasa dan istilah. 4.2 Menjelaskan faedah mempelajari sifat huruf. 4.5 Menjelaskan pembahagian sifat huruf beserta bilangannya. Kesepaduan Tunjang Tunjang Keterampilan Diri Objektif Pembelajaran : Di akhir pembelajaran, murid dapat : 1. Menyebut takrif sifat huruf dari segi bahasa dan istilah. 2. Menjelaskan faedah mempelajari sifat huruf. 3. Menjelaskan pembahagian sifat huruf beserta bilangannya. Pengetahuan sedia ada Murid mengenal sifat huruf. Kemahiran berfikir (KB) Mengingat, memahami, mengaplikasi, menganalisis dan menilai. Penerapan nilai 1. Berdikari 2. Kebebasan 3. Kerjasama Bahan Bantu Mengajar Pen marker, papan putih, komputer riba, buku teks Maharat Tingkatan 4.
(BBM) Gabungan Jalin Hifz al-Quran dan Fiqh al-Ayat Fokus kemahiran mengajar : ISI KANDUNGAN Langkah Isi kandungan Aktiviti pengajaran Catatan Perkembangan Langkah 1 (15 minit) Penerangan mengenai maksud, faedah dan pembahagian Sifat Huruf. 1. Guru menyoal murid berkenaan Sifat Huruf menurut kefahaman kendiri. 2. Murid membaca definisi daripada buku teks, kemudian guru memberi penerangan dari segi bahasa dan istilah serta faedah. 3. Guru memaparkan sebuah video mengenai pembahagian Sifat Huruf. 4. Guru membahagikan pelajar kepada 2 kumpulan. 5. Setiap kumpulan diberi tugasan selama 5 minit untuk berbincang pembahagian Sifat Huruf. - Kefahaman awal murid berkenaan topik yang dipelajari membantu guru melaksanakan PdP dengan lebih berkesan. - Nilai kerjasama dan berani pelajar ketika melaksanakan perbincangan. Perkembangan Langkah 2 (10 minit) 1. Mengingatkan maksud, faedah dan pembahagian Sifat Huruf. 2. Mampu menyebut contoh bagi setiap pembahagia Sifat Huruf 1. Guru akan membaca contoh ayat yang mengandungi Sifat Huruf, seterusnya murid mengenalpasti bahagian Sifat Huruf tersebut. 2. Guru akan bertanyakan satu kumpulan demi satu kumpulan contoh ayat serta bahagian Sifat Huruf yang manakah terdapat dalam ayat tersebut. 3. Guru meminta murid melihat alQuran ketika - Murid akan lebih seronok dan peka berdasarkan aktiviti yang dilaksanakan. - Kefahaman pelajar akan diuji secara langsung. - Nilai kerjasama dan berani
melaksanakan aktiviti. pelajar ketika melaksanakan perbincangan. Penutup (5 minit) Guru memberi huraian ringkas sebagai mengulangkaji tajuk yang telah dipelajari dan di praktikkan 1. Guru memberi tugasan kepada pelajar, antaranya ialah: a. Menjawab latihan kuiz yang disediakan sebagai latihan pengukuhan. b. Membuat kerja rumah berkenaan contoh-contoh pembahagian Sifat Huruf untuk dibentangkan dalam kelas minggu berikutnya. 2. Guru memaklumkan kepada murid untuk menghantar tugasan mengikut tarikh yang ditetapkan. 3. Guru menjelaskan nilai daripada aktiviti yang telah dilaksanakan. - Guru dapat menilai pelajar yang benarbenar berani ke hadapan dan dapat menghuraikan apa yang telah dipelajari sebentar tadi. - Murid akan lebih cekap dalam melaksanakan tugasan.