SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAU
KOTA BELUD SABAH
BUKU PENGURUSAN
SUKAN SEKOLAH
SEKAPUR SIRIH
Assalamualaikum WBT Dan Salam Sejahtera..
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan
tahniah dan jutaan terima kasih kepada Unit KOKUM
SKET yang telah Berjaya menghasilkan Buku Pengurusan
Sukan Sekolah , sebagai panduan dan rujukan dalam
usaha memperkasa penganjuran dan pengurusan Sukan
di Peringkat Sekolah.
Tahniah juga saya ucapkan kepada AJK Sukan Sekolah
yang telah Berjaya memertabatkan sukan dan aktiviti
KOKUM di sekolah ini setaraf dengan sekolah-sekolah
lain.
Saya berharap dengan adanya BUKU PENGURUSAN
SUKAN ini akan dapat membantu menganjak kemenjadi
murid dalam bidang KOKUM di sekolah ini.
Syabas dan Tahniah sekali lagi.
Sekian dan terima kasih
RAMLEE MOHAMMED DAUD
GURU BESAR SKET.
SEULAS PINANG
Assalamualaikum WBT
Alhamdulillah, syukur kita kepada Allah S.W.T kerana masih diberi
kesihatan dan kesempatan untuk kita sama-sama menabur bakti
dan berbudi kepada anakbangsa di Tanah Air tercinta ini.Mudah-
mudahan pada tahun 2021 dan tahun-tahun mendatang ini, kita
dapat melaksanakan tugas dan
amanah yang diberikan dengan lebih baik lagi.
Terima kasih kepada semua warga Sekolah Kebangsaan Tamau
yang telah memberikan khidmat yang baik dalam usaha
menjayakan kegiatan sukan selaras dengan kehendak dan
kemahuan Kementerian Pelajaran Malaysia yang inginkan
kegiatan sukan menjadi pemangkin kepada pembentukan insan
kamil seperti yang dihasratkan dalam Falsafah.
Penilaian dalam aktiviti sukan juga menjadi penyumbang yang
penting dalam menilai pencapaian murid. Oleh yang demikian,
tugas dan tanggungjawab kita akan bertambah dan sama-
samalah kita berganding bahu dan tenaga untuk menjayakannya.
Saya berharap dengan adanya Buku Pengurusan Sukan ini akan
sedikit sebanyak memberi panduan dan membantu para guru
dalam melaksanakan urusan sukan di sekolah ini.
Sekian dan terima Kasih
SUFIAN HAJI ASMARA
GPK KOKUM SKET
SEJAMBAK BUNGA
Assalamualaikum WBT..
Syukur alhamdulillah, akhirnya BUKU
PENGURUSAN SUKAN SEKOLAH bagi
SK.TAMAU, KOTA BELUD,SABAH dapat disiapkan
dengan sesempurnanya. Mudah-mudahan ia akan
memberikan impak besar dalam pengurusan sukan
di sekolah ini.
Terima kasih kepada GURU BESAR Dan GPK
KOKUM yang turut serta memberikan dorongan dan
peluang dalam usaha mendokumentasikan Buku
Pnegurusan Sukan ini.
Mohon maaf jika ada kesilapan dalam
menyempurnakan BUKU PENGURUSAN SUKAN
ini.
Salam Hormat,
“Sukan Untuk Semua”
PN. RUMAIZAH DATU DERIN
SETIAUSAHA SUKAN SKET
MEMASTIKAN KEGIATAN SUKAN
MERENTASI KURIKULUM.
MENJADIKAN SUKAN ASAS DISIPLIN
DIRI.
MEMASTIKAN MURID DAPAT
MENGEMBANGKAN BAKAT DARIPADA
AKTIVITI YANG DILAKUKAN.
MELAHIRKAN MURID YANG CERGAS,
AKTIF DAN BERKETRAMPILAN.
MELATIH MURID UNTUK MEMBENTUK
KARISMA DAN SIKAP
BERTANGGUNGJAWAB.
MENJADIKAN MURID LEBIH CERIA DAN
BERSEDIA.
MENJAMIN KEBAJIKAN DAN
KESELAMATAN MURID SEMASA
MENJALANI AKTIVITI.
Segala kandungan dalam Buku Panduan ini merupakan
kerangka dasar dan tatacara pengurusan Sukan Sekolah
Kebangsaan Tamau,Kota Belud, Sabah. Pengubahsuaian
adalah masih dan perlu dilakukan dari semasa ke semasa
mengikut keperluan dan perkembangan semasa dunia
pendidikan di Malaysia.
Sukan di sekolah bermatlamatkan :
Memupuk sikap positif dan disiplin diri.
Merealisasikan konsep Sukan untuk Semua.
Menyemai keseronokan dan kebebasan
dalam sukan.
Membudayakan minat bersukan seluruh
warga sekolah.
Mewujudkan rentasan pengetahuan
kesihatan, kecergasan dan keselamatan dalam
sukan secara tidak formal.
Aktiviti sukan di sekolah disasarkan mencapai
Keupayaan melahirkan sekurang-kurangnya seorang
atlet berprestasi tinggi setahun bagi mewakili daerah dan
negeri.
Warga sekolah yang berpengetahuan tentang aktiviti
dan pengurusan sukan.
Sukan sebagai wadah dan wahana pembangunan
jasmani, emosi, rohani dan intelek warga sekolah melalui
aktiviti secara terancang dan sedar.
# SUKAN UNTUK SEMUA
Melaksanakan Program Pembangunan Sukan dengan
membudayakan sukan ,sebagai satu gaya hidup yang
sihat dikalangan pelajar.
Memupuk, menyemai dan meningkatan keyakinan diri
setiap pelajar.
Menjanjikan pentadbiran yang cekap dan meyediakan
perkhidmatan sukan yang terbaik.
Memastikan kegiatan sukan menjadi pelengkap kepada
kurikulum dan kokurikulum.
Mempastikan prestasi cemerlang sukan dan permainan
menepati kehendak wawasan pendidikan.
Menerapkan budaya Islam dan nilai-nilai murni
dikalangan murid melalui penglibatan mereka.
Memastikan murid selesa, selamat dan diberi perhatian
semasa bersukan.
Melahirkan insan yang berdaya saing, bermotivasi dan
mempunyai ketrampilan diri.
Memastikan kualiti hasil dalam semua aspek
penglibatan.
Majlis Sukan Sekolah merupakan sebuah majlis yang
dianggotai beberapa ahli majlis bertujuan mengendalikan
seluruh perancangan dan pembangunan sukan khasnya di
peringkat sekolah.
Dicadangkan senarai ahli majlis seperti berikut :
i. Pengerusi (Guru Besar)
ii. Naib Pengerusi (Penolong Kanan Kokurikulum)
iii. Setiausaha
o Setiausaha Sukan, Rumah Sukan
o Setiausaha Kokurikulum, Permainan
iv. Ahli Majlis
Perancangan & Pembangunan
Peralatan & Kemudahan
Perhubungan & Serantau
Program Sukan Untuk Semua
Program Sukan Untuk Elit
v. Guru Ketua Rumah Sukan
vi. Guru Penolong Ketua Rumah Sukan
vii. Guru Pengurus Permainan
PENGERUSI
GURU BESAR
TIM.PENGERUSI
GPK KOKUM
SETIAUSAHA NAIB SETIAUSAHA
SU KOKUM SU SUKAN
GURU KETUA GURU KETUA
RUMAH SUKAN PERMAINAN
GURU PEN. GURU PEN.
KETUA RUMAH KETUA PERMAINAN
SUKAN
AHLI MAJLIS
DILANTIK
GURU BESAR
i. Menetapkan dasar dan garis panduan / peraturan serta
menyediakan Rancangan Kemajuan Sukan Sekolah.
ii. Mendapatkan maklumat daripada guru-guru berkaitan
kebolehan, kecenderungan dan pengalaman yang ada pada
guru-guru.
iii. Mengadakan mesyuarat sukan sekolah dan menggariskan
perancangan dan agenda sistem sukan di sekolah.
iv. Mengenal pasti dan menyelia jenis sukan / permainan yang
akan dijalankan.
v. Menyediakan kemudahan bagi membolehkan sesuatu
sukan / permainan dijalankan.
PENOLONG KANAN KOKURIKULUM
i. Melantik dan menyusun tugas-tugas guru dalam bidang
sukan.
ii. Menyusun takwim tahunan aktiviti sukan.
iii. Memberi taklimat tentang Dasar dan Rancangan Sukan
Sekolah.
iv. Menyediakan jadual dan panduan tugas kepada semua
guru.
v. Memastikan pelaksanaan aktiviti.
vi. Mengawal, menyelia dan memantau pelaksanaan aktiviti.
vii. Menganalisis pencapaian keseluruhan aktiviti dan
melaporkan kepada pihak pengurusan lebih tinggi (Guru
Besar, PPD, JPN).
viii. Membuat perancangan untuk tindakan susulan.
ix. Menyimpan semua rekod dan data yang berkaitan.
x. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dari
semasa ke semasa.
SETIAUSAHA SUKAN
i. Merancang program sukan secara keseluruhan.
ii. Merancang pengurusan kewangan bagi peruntukan perbelanjaan
sukan serta aktiviti dan program pembangunan sukan.
iii. Membantu Guru Besar dalam urusan pembelian peralatan sukan
(sebaik-baiknya dibuat penyelarasan dengan Ketua Panitia
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan).
iv. Menyelaraskan dan membantu mengelolakan sukan di peringkat
sekolah, daerah dan negeri.
v. Menjadi penyelaras utama jika menjadi tuan rumah sesuatu
kejohanan.
vi. Berhubung dengan guru-guru lain dalam kegiatan kokurikulum
sukan untuk penyelarasan kemudahan dan pembahagian waktu
kegiatan sukan.
vii. Memastikan langkah-langkah keselamatan telah diambil untuk
semua kegiatan sukan.
viii. Menyediakan papan maklumat aktiviti sukan di sekolah.
ix. Menyelia semua kegiatan sukan sekolah dan memberi nasihat
serta bantuan yang diperlukan.
x. Memastikan kemudahan dan peralatan sukan diselenggara dengan
baik.
xi. Menyediakan satu sistem stok dan inventori peralatan sukan.
xii. Mengadakan satu sistem “Quartermaster (Pengurusan dan
Penjagaan)” penggunaan peralatan sukan.
xiii. Mewakili Guru Besar bagi menghadiri mesyuarat-mesyuarat
berkenaan sukan mengikut keperluan dan arahan Guru Besar.
xiv. Menyediakan peraturan penggunaan peralatan dan kemudahan
sukan serta memastikan peraturan dipatuhi.
xv. Memastikan guru-guru berkaitan menyediakan laporan lengkap
tentang aktiviti sukan di sekolah dan luar sekolah seterusnya
mengumpulkan dan merekodkannya dalam satu sistem pelaporan.
xvi. Merekodkan semua pencapaian pelajar dan pasukan sekolah
dalam satu system rekod.
xvii. Sentiasa berbincang dengan Guru Besar dan penolong kanan
Kokurikulum berkenaan kepentingan dan kemajuan sukan sekolah.
KETUA GURU RUMAH SUKAN
i. Memastikan senarai ahli rumah sukan yang lengkap
(guru dan pelajar).
ii. Membuat pengagihan tugas kepada guru rumah sukan.
iii. Membuat mesyuarat dan membentuk jawatankuasa
rumah
iv. Mengendalikan aktiviti rumah sukan di sekolah.
v. Memastikan laporan aktiviti rumah sukan disediakan
untuk edaran dan rekod
vi. Merekodkan dan melaporkan pencapaian pelajar
kepada setiausaha sukan.
vii. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dari
semasa ke semasa.
GURU RUMAH SUKAN
i. Mengurus dan menjalankan latihan rumah sukan pada
hari-hari yang ditetapkan.
ii. Mencatat kehadiran pelajar dalam latihan rumah sukan
dan mengambil tindakan terhadap pelajar yang tidak
hadir.
iii. Mengenal pasti, memilih dan melatih pelajar yang
berpotensi untuk mewakili sekolah.
iv. Memaklumkan pelajar yang berpotensi kepada guru
permainan atau SU sukan.
v. Mengawasi keselamatan pelajar waktu latihan.
vi. Menyemai semangat kesukanan di kalangan pelajar.
vii. Bersama-sama guru Ketua Rumah Sukan
menjalankan hal-hal pengurusan rumah sukan.
viii. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar
dari semasa ke semasa.
GURU PENASIHAT PERMAINAN
i. Guru penasihat permainan ialah guru permainan bagi pasukan
sekolah.
ii. Bertanggungjawab dalam permainan bagi peringkat daerah,
negeri dan kebangsaan
iii. Membentuk jawatankuasa pelajar bagi kelab dan pasukan
sekolah.
iv. Merancang meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan minat
pelajar dalam permainan.
v. Berusaha mendapatkan khidmat nasihat dari pakar permainan.
vi. Bersedia menjadi tempat rujukan bagi peraturan dan kemahiran
asas permainan.
vii. Memilih dan melatih pasukan sekolah mengikut takwim yang
ditetapkan.
viii. Menganjurkan perlawanan antara kelas atau rumah sukan.
ix. Mengurus pengangkutan untuk pasukan ke pertandingan.
x. Menjaga kebajikan peserta-peserta ke pertandingan.
xi. Menguruskan surat makluman dan kebenaran ibu bapa / penjaga
untuk semua aktiviti yang dijalankan.
xii. Melaporkan dan merekodkan keputusan setiap pertandingan
yang disertai.
xiii. Menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan dan semasa bagi
pengurusan pasukan.
xiv. Berbincang dengan setiausaha sukan berkenaan keperluan
kemudahan dan peralatan.
xv. Menentukan peralatan dan kemudahan permainan sentiasa
dalam keadaan baik,selamat dan mencukupi sebelum, semasa dan
selepas digunakan.
xvi. Merancang aktiviti tahunan dengan guru rumah sukan.
xvii. Menilai prestasi pasukan sekolah dan mengambil langkah-
langkah untuk mempertingkat kualiti pasukan.
xviii. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dari semasa
ke semasa.
ALIRAN KERJA
Tugas-tugas berikut mestilah diberi perhatian oleh Setiausaha
Sukan dengan kerjasama Jawatankuasa-jawatankuasa
berkenaan:
1.Penyediaan kertas cadangan yang terperinci yang
mengandungi perkara-perkara berikut:
i. Cadangan senarai Jawatankuasa Induk.
ii. Cadangan senarai Jawatankuasa Pelaksana.
iii. Cadangan senarai nama Pegawai Sukan.
iv. Tujuan / objektif / matlamat.
v. Tarikh / masa / tempat.
vi. Anggaran perbelanjaan.
vii. Acara-acara yang dipertandingkan dan kelas umur.
viii. Atur cara rasmi.
ix. Senarai tugas setiap jawatankuasa.
2. Memanggil mesyuarat Jawatankuasa Induk
i. Membincangkan kertas pelaksanaan acara.
ii. Mengesahkan pelantikan semua jawatankuasa.
iii. Menyemak bidang tugas setiap jawatankuasa.
iv. Membuat anggaran peruntukan dan sumber kewangan.
v. Pelaksanaan kejohanan keseluruhan dan Pelan
Tindakan Risiko.
vi. Perasmi dan atur cara rasmi.
3.Memanggil mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana
i. Membincangkan pelaksanaan kejohanan dan Pelan Tindakan
Risiko.
ii. Senarai semak kerja dan tindakan.
iii. Perbelanjaan setiap Jawatankuasa (jika berkaitan).
iv. Membentuk jawatankuasa kecil.
4. Memanggil mesyuarat Pengurus Pasukan (Ketua Rumah)
i. Mengesahkan acara dan kelas umur yang dipertandingkan.
ii. Penerangan tugas Pengurus Pasukan.
iii. Menjelaskan peraturan dan syarat pertandingan.
5.Persediaan sebelum kejohanan
i. Penyediaan balapan dan padang serta peralatan yang
berkaitan.
ii. Susunan jadual latihan rumah sukan.
iii. Penyediaan borang-borang:
penyertaan keseluruhan
penyertaan acara (untuk penyelia peserta)
keputusan
hakim penamat
pencatat masa
acara lompatan
acara balingan
1.SETIAUSAHA SUKAN / PENGURUS KEJOHANAN
i. Mengadakan mesyuarat penyelarasan dengan Ketua Guru
Rumah.
ii. Menyediakan anggaran perbelanjaan kejohanan.
iii. Menyenaraikan acara-acara yang dipertandingkan.
iv. Mendapatkan senarai peserta.
v. Mendapatkan senarai nama Jawatankuasa Kecil.
vi. Mendapatkan senarai nama Pegawai Sukan dan membuat
pelantikan.
vii. Menyusun tugasan Pegawai Sukan.
viii. Memastikan sPengerusi Jawatankuasa membuat tindakan
tugasan masing- masing.
ix. Menyediakan program pentadbiran.
x. Membuat anggaran perbelanjaan.
2.KETUA GURU RUMAH / GURU RUMAH
i. Menyenaraikan nama peserta yang mewakili rumah dan
diserah keada Urusetia.
ii. Menyediakan dan memeriksa peralatan latihan.
iii. Menyediakan pakaian peserta dan ahli rumah dan khemah
rumah.
iv. Menguruskan belanjawan dalaman rumah.
v. Mengadakan taklimat / nasihat / panduan untuk peserta.
vi. Menyediakan minuman dan makanan peserta dan ahli
rumah.
vii. Membuat persiapan langkah keselamatan dan kawalan
disiplin.
viii. Menyelaraskan tindakan kerja dengan urus setia.
ix. Memastikan kebersihan kawasan khemah terjaga.
1. JAWATANKUASA PERTANDINGAN
i. Menyediakan borang-borang pertandingan.
ii. Mengisi borang penyertaan bagi semua acara.
iii. Menyediakan nombor-nombor peserta.
iv. Menyediakan atur cara hari kejohanan.
v. Menyediakan pelan-pelan / kedudukan gelanggang.
vi. Menyusun atur kedudukan khemah dan peralatan kejohanan.
vii. Memberi taklimat kepada Pengurus Pasukan.
viii. Membuat anggaran perbelanjaan.
2.JAWATANKUASA TEKNIK
i. Menyediakan gelanggang dan perkara berkaitan.
ii. Menyediakan dan mengedar pelan kedudukan pasukan dan
pegawai.
iii. Menyediakan tempat duduk VIP, pegawai dan peserta.
iv. Memastikan ukuran dan penyediaan gelanggang bertepatan.
v. Memberi taklimat kepada Pengurus Peserta.
vi. Menyediakan dan memeriksa peralatan sukan.
vii. Menyediakan pembantu teknik setiap gelanggang.
viii. Membuat anggaran perbelanjaan.
3.JAWATANKUASA KEPEGAWAIAN
i. Mendapatkan senarai nama pegawai.
ii. Melantik pegawai kejohanan (termasuk pelepas).
iii. Menyusun Jadual Tugas Kepegawaian.
iv. Memberi taklimat kepada semua pegawai.
v. Menyediakan senarai pegawai gantian dalam Pelan Tindakan
Risiko.
vi. Memastikan pegawai bersedia dan mencukupi pada hari
kejohanan.
vii. Memberi cenderamata kepada pegawai (jika ada).
viii. Memberi elaun bertugas kepada pegawai (jika ada).
ix. Membuat anggaran perbelanjaan.
4.JAWATANKUASA STATISTIK
i. Mendapatkan butiran lengkap pertandingan, keputusan dan
rekod pencapaian
kejohanan tahun sebelumnya.
ii. Menyediakan Jadual Besar Pertandingan.
iii. Mengemas kini keputusan dari semasa ke semasa.
iv. Mengumpul, merekod, mencetak dan mengeluarkan
keputusan rasmi acara.
v. Menyediakan program (perisian) keputusan.
vi. Membukukan semua keputusan mengikut acara.
vii. Menyerahkan keputusan kepada urus setia.
viii. Menyenaraikan nama peserta yang layak mewakili sekolah.
ix. Membuat Pelan Tindakan Risiko.
x. Membuat anggaran perbelanjaan.
5 JAWATANKUASA MINUMAN (DAN JAMUAN)
i. Membuat anggaran perbelanjaan dan jumlah minuman yang
diperlukan.
ii. Menyediakan minuman dan tempat mengambil minuman
untuk peserta.
iii. Menyediakan dan menghantar minuman untuk pegawai / urus
setia / tetamu.
iv. Mendapatkan penaja-penaja minuman (dengan kerjasama
Jawatankuasa Iklan dan Tajaan).
v. Memberi taklimat kepada Pengurus Pasukan.
vi. Menjaga kebersihan dan keselamatan minuman dan kawasan
penyediaan.
6.JAWATANKUASA BUKU PROGRAM
i. Mendapatkan semua maklumat yang berkaitan.
ii. Menyediakan, menerbitkan dan mengedarkan buku program.
iii. Mendapatkan penajaan (dengan kerjasama Jawatankuasa Iklan
dan Tajaan).
iv. Membuat anggaran perbelanjaan.
7. JAWATANKUASA HADIAH DAN CENDERAMATA
i. Mendapatkan, mengumpulkan, dan memeriksa hadiah / piala
pusingan tahun sebelumnya.
ii. Menempah hadiah/cenderamata untuk peserta/pasukan/pegawai/
tetamu.
iii. Mendapatkan penajaan (dengan kerjasama JK Iklan dan Tajaan).
iv. Menyusun aturan pemberian hadiah.
v. Menyenaraikan, mengenal pasti dan menjemput penyampai
hadiah.
vi. Menyediakan pengurus pemenang.
vii. Memberi taklimat kepada Pengurus Pasukan.
viii. Membuat anggaran perbelanjaan
.
8. JAWATANKUASA PERASMIAN
i. Mengenal pasti dan menjemput perasmi pembukaan dan penutup
dengan kerjasama Jawatankuasa Jemputan, Sambutan dan
Protokol.
ii. Mengenal pasti orang kenamaan / tetamu dalam majlis.
iii. Menyusun atur cara perasmian.
iv. Membuat raptai perasmian (dengan kerjasama Jawatankuasa
Perbarisan).
v. Menyediakan juruacara untuk majlis perasmian.
vi. Memberi taklimat kepada Pengurus Pasukan.
vii. Menyediakan Pelan Tindakan Risiko.
viii. Membuat anggaran perbelanjaan.
9.JAWATANKUASA JEMPUTAN, SAMBUTAN DAN PROTOKOL
i. Mengenal pasti tetamu yang akan dijemput dalam majlis dan
kejohanan.
ii. Menulis dan menghantar surat / kad jemputan.
iii. Menyediakan dan melabel tempat duduk.
iv. Mengalu-alukan kehadiran jemputan.
v. Memberi panduan arah dan tempat duduk kepada jemputan.
vi. Menyediakan roset dan buku program khas kepada jemputan
utama.
vii. Memaklumkan tetamu untuk penyampaian hadiah kepada JK
Hadiah.
viii. Membuat anggaran perbelanjaan.
10. JAWATANKUASA SERANTA, PUBLISITI DAN RAKAMAN
i. Menjadi penghubung dan memberi maklumat tepat kepada
jemputan dan pemberita.
ii. Berhubung dengan media tentang kejohanan.
iii. Mengambil bahan bermedia sepanjang kejohanan.
iv. Membuat anggaran perbelanjaan.
11. JAWATANKUASA IKLAN DAN PENAJA
i. Mengenal pasti dan mendapatkan sumber kewangan.
ii. Menulis surat mendapatkan penajaan dan iklan.
iii. Menjemput penaja dan pengiklan ke majlis perasmian.
iv. Menulis surat rakaman terima kasih kepada penaja dan
pengiklan.
v. Menyerahkan senarai penaja dan iklan kepada Jawatankuasa
Buku Program.
12.JAWATANKUASA SIARAYA DAN JURUACARA
i. Menyediakan peralatan pembesar suara yang sesuai
dan mencukupi.
ii. Memastikan peralatan dalam keadaan yang baik.
iii. Memasang dan menyimpan peralatan.
iv. Menyediakan juruacara kejohanan.
v. Menyediakan Pelan Tindakan Risiko.
13. JAWATANKUASA KESELAMATAN DAN
PERTOLONGAN CEMAS
i. Menyediakan Pelan Tindakan Risikbagi keselamatan
dan kecemasan.
ii. Memberi perkhidmatan keselamatan dan kecemasan
serta-merta.
iii. Menghubungi pihak polis dan pasukan bantuan
pertolongan cemas.
iv. Menyediakan pembantu bagi hal-hal kawalan
keselamatan dan kecemasan.
v. Pelan Tindakan Risik- satu perancangan tindakan jika
berlaku hal-hal di luar kawalan dan jangkaan seperti faktor
cuaca, bekalan elektrik, kerosakan teknikal, kekurangan
pegawai dan pembantu, kehilangan atau kerosakan
peralatan, dsb.
i.Juri Rayuan
ii. Pengurus Kejohanan
iii. Penolong Pengurus Kejohanan
iv. Pengurus Teknik
v. Penolong Pengurus Teknik
vi. Referi Balapan
vii. Referi Padang
viii. Ketua Hakim Balapan
ix. Ketua Hakim Padang
x. Ketua Penjaga Masa
xi. Ketua Pengadil Lorong
xii. Ketua Pencatat
xiii. Ketua Pengawas/Marshall
xiv. Ketua Penyelia Peserta
xv. Hakim Balapan
xvi. Hakim Padang
xvii. Pelepas
xviii. Penjaga Masa
xix. Pengadil Lorong Pencatat
xx. Penyelia Peserta
xxi. Penolong Pelepas
xxii. Juruacara
xxiii. Perangkaan dan Keputusan
xxiv. Hadiah
BUKU PENGURUSAN SUKAN SEKOLAH ini
diharapkan akan menjadi garis pandu kepada guru-
guru di SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAU untuk
sama-sama memrtabatkan sukan sekolah yang
menjadi penyokong kepada pembentukan sahsiah
murid secara keseluruhannya.
Sekian dan terima Kasih
UNIT KOKUM SKET