ISI KANDUNGAN
No Tajuk Muka
surat
1. Sidang redaksi
2. Penghargaan i
3. Sejarah 1
4. Jenis
5. Definisi 2-3
6. Implikasi 4-10
7. Pengamalan di Malaysia 11
8. Galeri album 12-13
9. Penutup 14
10. Sumber rujukan 15-19
20-21
22
Penghargaan
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan
ribuan terima kasih kepada Puan Azirah binti Seman
kerana telah mengajar kami dalam matapelajaran Seni
Dalam Islam bagi semester dua ini. Terima kasih ini juga
saya khaskan pada rakan-rakan sekumpulan saya kerana
telah menolong dan memberi kerjasama yang tidak ternilai
untuk saya menyiapkan projek e-majalah ini.
Terlebih dahulu, saya bersyukur kepada Allah kerana telah
membantu saya dan kumpulan saya menyiapkan projek e-
majalah ini pada masa yang ditetapkan. Saya juga ingin
mengucapkapkan terima kasih kepada pensyarah Seni
Dalam Islam, Puan Azirah binti Seman. Beliau telah
memberikan panduan, bimbingan dan nasihat yang sungguh
berfaedah semasa kami menjalankan projek ini.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa
saya yang telah memberikan dorongan dan sokongan
kepada saya. Rakan-rakan saya juga telah menolong saya
dalam usaha menyiapkan tugasan ini serta mencarikan
bahan. Jadi, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada
mereka.
Akhir kata, saya mengucapkan terima kasih kepada semua
pihak yang sedia menolong saya dalam projek e-majalah
ini. Saya tidak akan lupa pertolongan yang telah diberikan.
Sejarah
Sejarah reka bentuk fesyen merujuk secara khusus kepada
pengembangan tujuan dan niat di sebalik pakaian, kasut dan aksesori,
dan reka bentuk dan pembinaannya. Industri moden, yang berpusat
di sekitar firma atau rumah fesyen dikendalikan oleh pereka individu,
bermula pada abad ke-19 dengan Charles Frederick Worth yang,
bermula pada tahun 1858, adalah pereka pertama yang labelnya
dijahit ke dalam pakaian yang diciptanya.
Pakaian yang direka oleh Charles Frederick Worth untuk Elisabeth dari
Austria dilukis oleh Franz Xaver Winterhalter
Fesyen bermula ketika manusia mula memakai pakaian. Pakaian ini
biasanya dibuat dari tumbuhan, kulit binatang dan tulang. Sebelum
pertengahan abad ke-19, pembahagian antara haute couture dan
sedia untuk dipakai sebenarnya tidak wujud. Semua kecuali pakaian
wanita yang paling asas adalah dibuat mengikut ukuran oleh pembuat
pakaian dan jahitan berurusan secara langsung dengan pelanggan.
Selalunya, pakaian berpola, dijahit dan disesuaikan di rumah. Ketika
etalase menjual pakaian siap pakai, keperluan ini dikeluarkan dari
beban kerja domestik.
Reka bentuk pakaian ini semakin meningkat berdasarkan
desain bercetak, terutama dari Paris, yang beredar di
seluruh Eropa, dan dinanti-nantikan di provinsi-provinsi.
Jahitan kemudian akan mentafsirkan corak ini dengan
sebaik mungkin. Asal rekaan adalah pakaian yang
diciptakan oleh tokoh paling bergaya, biasanya pakaian di
gelanggang, bersama dengan jahitan dan penjahitnya.
Walaupun telah ada pengedaran anak patung berpakaian
dari Perancis sejak abad ke-16 dan Abraham Bosse telah
menghasilkan ukiran fesyen pada tahun 1620-an, laju
perubahan meningkat pada tahun 1780-an dengan
peningkatan penerbitan ukiran Perancis yang
menggambarkan gaya Paris terkini, diikuti oleh majalah
fesyen seperti Moden Kabinet. Menjelang tahun 1800,
semua orang Eropah Barat berpakaian sama (atau
menyangka mereka); variasi tempatan menjadi tanda
budaya wilayah pertama dan kemudian menjadi lencana
petani konservatif.[2]
Pada awal abad ke-20, majalah fesyen dan, dengan
rotogravure, surat khabar, mula memasukkan gambar dan
menjadi lebih berpengaruh. Di seluruh dunia majalah-
majalah ini sangat dicari dan memberi kesan mendalam
kepada selera masyarakat. Ilustrator berbakat - antaranya
Paul Iribe, Georges Lepape, Erté, dan George Barbier -
melukis piring fesyen yang menarik untuk penerbitan ini,
yang merangkumi perkembangan terkini fesyen dan
kecantikan. Mungkin yang paling terkenal dari majalah ini
adalah La Gazette du Bon Ton yang ditubuhkan pada tahun
1912 oleh Lucien Vogel dan diterbitkan secara berkala
sehingga tahun 1925.
Jenis fashion
Gaya pemakaian lelaki:
- Pakaian casual lelaki.
- Pakaian sukan untuk lelaki
-Pakaian riadah.
- Pakaian kebangsaan.
Aksesori lelaki.
(Jam tangan) (Topi)
(Kasut) (Tali pingang)
Gaya pemakaian perempuan.
-Tudung.
-Pakaian casual wanita.
- Pakaian sukan wanita.
- Pakaian riadah.
- Pakaian kebangsaan
Aksesori wanita
(Gelang tangan) (Beg tangan)
(Kasut) (cermin mata hitam)
Definisi
Merujuk Kamus Dewan dan Pustaka, fesyen adalah gaya
pakaian, kosmetik, tingkah laku dan lain-lain yang menjadi
kegemaran ramai. Menurut Colin Mc Dowell,Pengerusi
Kumpulan Kostum di Britain menyatakan bahawa, fesyen
adalah sesuatu yang berkembang mengikut peredaran zaman.
Fesyen juga mengikut keadaan sosial, politik dan kebudayaan
sesuatu tempat.
Penulis merumuskan fesyen adalah bukan sahaja penggayaan
dari segi berpakaian malah dari segi kehidupan sosial dan
akhlak manusia yang terjerumus mengikut peredaran masa
yang semakin maju. Secara jujurnya, apa yang dilihat generasi-
generasi sekarang berfesyen tidak mengikut piawaian syarak
dalam pelbagai aspek. Oleh itu, timbullah istilah-istilah fesyen
yang dianggap muslimah namun secara zahiri bukan maknawi
seperti fesyen lolita, fesyen hijabista dan pelbagai nama-nama
fesyen yang pelik.
Falsafah fesyen Barat amat mengetengahkan suatu fesyen
yang mengikut zaman dan tidak menuruti syarak juga
menaikkan ghairah lelaki lalu ingin meraih pujian semata.
Mereka juga menentang wanita menutupi seluruh tubuh
badan mereka dan beranggapan ianya perbuatan melanggar
hak kebebasan bagi wanita. Selain itu, mereka juga
mengatakan berbogel juga adalah hak asasi manusia.
Falsafah fesyen dalam Islam adalah berpakaian atau berhias
kemas, menutup aurat dan sopan. Hal ini kerana, cara
berpakaian akan menggambarkan siapa diri kita sebenarnya.
Mengapa Allah turunkan ayat cara berpakaian dan menutup
aurat, adalah hendak membezakan kita dengan orang-orang
jahiliah dan musyrik.
IMPLIKASI
Implikasi Yang Baik
• Cara pemakaian yang terdapat di Malaysia masih lagi
dalam keadaan baik.
• Separuh rasyarakat di Malaysia masih mengikut
undang-undang dan etika pemakaian yang bagus.
• Kesan baik ni malaysia makin maju dlm bidang
fesyen dgn mengembang kn pakaian tradisional ke
arah yg lebih modern
• Dapat menyerlahkan bakat anak anak muda.
• Mengharumkan nama negara dalam bidang seni.
Implikasi Yang Tidak Baik.
• Gerakan fashion zaman sekarang semakin
membimbangkan kerana menyebarkan sesuatu
mesej daripada pakaian mereka seperti gambar
atau tulisan lucah, ayat-ayat mencarut.
• Pemakaian yang tidak menutup lurah juga dapat
membangkitkan nafsu seseorang.
• Terdapat juga segelintir pihak memakai pakaian
yang berlainan jantina dengannya.
Pengamalan di Malaysia.
Rakyat Malaysia yang kebanyakkannya beragama islam.
Pemakaian juga dilaksanakan dengan baik dan sopan.
Benda ini dilaksakan oleh rakyat Malaysia yang bukan
beragama islam juga.
Perlaksanaan pemakaian yang sopan dari zaman nenek
moyang lagi.
Pemakaian seseorang itu melambangkan etika dalam
diri.
Galeri Album
Penutup
Sebagai seorang Muslim, tidak boleh tidak untuk kita mengikuti
syariat Allah swt yang mulia ini. Allah swt tidak mensyariatkan
sesuatu kewajipan untuk melakukannya atau meninggalkannya dengan
sia-sia. Islam tidak melarang untuk berfesyen malah digalakkan untuk
berpakaian kemas, cantik dan wangi. Namun, tegasnya di sini, harus
diingat bahawa melakukan hal itu jangan sampai kepada terhapusnya
maqasid syariah yang menjaga perkara dharuriy iaitu agama, nyawa,
akal, nasab atau maruah dan harta. Asas berpakaian di dalam Islam
adalah untuk menutup aurat. Jika tidak menutup aurat dalam
berpakaian, maka itu telah merosakkan pemeliharaan terhadap maruah
seseorang.
Selain itu, di dalam Islam juga menuntut umatnya untuk bersifat
sederhana dalam aspek kehidupan dunia mahupun akhirat. Ini kerana,
Islam melarang umatnya keterlaluan atau berlebih-lebihan di dalam
sesuatu perkara samada dari sudut pemakaian atau berbelanja.
Penyelidik telah mengemukakan beberapa saranan yang difikirkan
perlu bagi tujuan menambahkan pengetahuan serta golongan remaja
mengenai konsep aurat, antaranya ialah panduan serta bimbingan para
ulama’ dan perkara agama mengenai sesuatu hukum adalah amat
penting bagi kesejahteraan umat. Sekiranya menutup aurat, tetapi
tidak terus memperbaiki diri zahir dan batin dari masa ke semasa,
inilah antara penyebab gagalnya mesej Islam untuk disampaikan.
Mengadakan kempen juga adalah bertujuan untuk menerangkan
kepada masyarakat dan remaja khususnya tentang kewajipan menutup
aurat. Selain itu, media massa juga turut memainkan peranan penting
di dalam usaha penyebaran ilmu-ilmu agama. Ini kerana media massa
menjadi tatapan umum pada seluruh masyarakat bagi menampilkan
bermacam-macam maklumat.
Usaha-usaha lanjutan yang membina sikap, perlu
dilakarkan dengan teliti dan seterusnya dijalankan. Di
antara langkah yang perlu diterokai ialah dengan terus
menghidupkan serta memperkayakan budaya berdialog
yang bersandarkan kepada rasa hormat menghormati dan
saling mempercayai antara semua golongan tentang
kewajipan menutup aurat.
Konklusinya, prinsip wasatiyah atau bersederhana dalam
berfesyen dan berpakaian adalah prinsip yang tepat selari
dengan zaman dan reality semasa. Imej Islam adalah salah
satu tujuan rujukan orang bukan Islam dan penjagaan umat
Islam itu sendiri.
SUMBER RUJUKAN:
• https://sustainablemovement.wordpress.com/2013/
10/15/sejarah-perkembangan-fashion-di-dunia-
tahun-1920-2010/
• https://www.pexels.com/search/background/
• https://www.academia.edu/9048447/APA_ITU_FESY
EN
• https://www.coursehero.com/file/49815566/fesyen-
dalam-islamdocx/
• https://nindakurniawati.blogspot.com/2017/11/per
kembangan-busana-muslim-di-indonesia.html
• http://penakembara94.blogspot.com/2016/02/ikon-
aurat-dan-fesyen-dalam-dimensi.html
DISEDIAKAN OLEH:
NAMA: NURSAFINA ALIA BINTI ARZANIL
NOMBOR PENDAFTARAN:18DDS20F1047
KELAS:DDS2C
PROGRAM:DUA2042 ( SENI DALAM ISLAM )
NAMA: NUR HARITHAH HUSNA BINTI AZHAR
NOMBOR PENDAFTARAN:18DDS20F1036
KELAS:DDS2C
PROGRAM:DUA2042 (SENI DALAM ISLAM )
NAMA: NOR FARAH ELLISYA BINTI NORAZIZAN
NOMBOR PENDAFTARAN:18DDS20F1043
KELAS:DDS2C
PROGRAM DUA2042 (SENI DALAM ISLAM )
NAMA: SITI NUR BALQIS BINTI RUZZAIMY
NOMBOR PENDAFTARAN:18DDS20F1042
KELAS:DDS2C
PROGRAM:DUA2042 (SENI DALAM ISLAM )