Interceptor: Teknologi Pembersihan Sungai dan Laut Nama: Nurul Farhana binti Abdul Rahim Angka Giliran: 2022162310083 Kumpulan: PPISMP RBT2 Pensyarah: Dr. Hairiah binti Munip
Isi Kandungan 1.0 Pengenalan Teknologi Hijau 1.1 Kriteria-kriteria produk berasaskan teknologi hijau 1.2 Contoh Produk Teknologi Hijau 1.3 Pengaplikasian teknologi hijau dalam kehidupan seharian 2.0 Pengenalan Isu 3.0 Teknologi bagi menyelesaikan isu 3.1 Kelebihan Interceptor 3.2 Keburukan Interceptor 4.0 Inisiatif lain bagi mengatasi isu 5.0 Kesimpulan
1.0 Pengenalan Teknologi Hijau Teknologi Hijau merujuk kepada aplikasi sains alam sekitar untuk memulihara sumber dan alam semula jadi bagi menangani impak negatif daripada aktiviti manusia (Hazlan, 2019). Teknologi Hijau juga merujuk kepada pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semula jadi serta meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia (Ariff, 2020). Oleh itu, terdapat beberapa kriteria yang perlu ada pada produk, peralatan dan sistem yang dikategorikan dalam teknologi hijau. Kriteria yang pertama ialah meminimumkan kerosakan alam sekitar. Contohnya, penggunaan kereta hibrid adalah sangat digalakkan kerana kereta hibrid boleh mengurangkan penggunaan salah satu tenaga tidak boleh diperbaharui iaitu bahan api fosil. Hal ini kerana kereta ini boleh menggunakan elektrik dan petrol. Ketika tenaga elektrik digunakan, sistem ekzos pada kereta tidak akan digunakan jadi perkara ini mampu mengurangkan pembebasan gas rumah hijau ke udara. Pembebasan gas rumah hijau yang rendah adalah merupakan kriteria kedua dalam kategori produk teknologi hijau.
Penggunaan bahan yang boleh dikitar semula Dapat menyediakan persekitaran yang sihat dan lebih baik serta selamat untuk digunakan Penghasilan produk yang telah melalui proses inovasi teknologi 1.1 Kriteria-kriteria produk berasaskan teknologi hijau Reka bentuk produk berdasarkan pengalaman lepas Penggunaan sumber bahan api boleh diperbaharui Kemerosotan alam sekitar dapat diminimumkan 02 01 03 04 05 06
Rumah Hijau You can talk a bit about this person here 1.2 Contoh Produk Teknologi Hijau You can talk a bit about this person here You can talk a bit about this person here You can talk a bit about this person here Kereta Hibrid Baja Kompos Beg Kertas
Pengaplikasian teknologi hijau sangat penting dalam kehidupan seharian. Hal ini kerana teknologi hijau ini mampu mengurangkan kerosakan di atas muka bumi dan boleh memastikan bumi masih sihat dan kukuh untuk digunakan oleh generasi akan datang. Antara kepentingan teknologi hijau dari segi sosial adalah mampu mengurangkan suhu bumi, meningkatkan kualiti hidup masyarakat, meningkatkan kualiti udara, dan meningkatkan kemudahan infrastruktur. Kepentingan dari aspek ekonomi pula ialah dapat meningkatkan produktiviti, keuntungan dan mampu mengurangkan kos operasi. Selain itu, peneroka juga berpeluang untuk mengeksport produk berteknologi hijau yang telah dihasilkan dan perkara ini mampu menyumbang kepada pendapatan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). 1.3 Pengaplikasian teknologi hijau dalam kehidupan seharian
2.0 Pengenalan Isu Isu pencemaran sungai merupakan isu yang tidak asing lagi dengan penduduk di negara kita. Hal ini kerana terdapat segelintir masyarakat yang tidak bertanggungjawab seringkali membuang sampah ke dalam sungai tanpa rasa bersalah. Sungai yang tercemar mampu mengakibatkan kepupusan hidupan akuatik, menjejaskan sumber pendapatan nelayan dan mampu menjejaskan industri pelancongan. Selain itu, penduduk tempatan yang tinggal berdekatan dengan sungai tercemar itu juga terpaksa menghidu bau busuk yang datang daripada sungai tersebut.
Sebagai contoh, Sungai Rambai di Lukut, Port Dickson, Negeri Sembilan adalah sungai di Malaysia yang menghuni tangga teratas sungai tercemar di Kelas Lima berdasarkan Standard Kualiti Air Kebangsaan bagi tempoh dua tahun berturut-turut iaitu pada tahun 2019 dan 2020 (Sinar Harian, 2022). Menurut tinjauan menyeluruh Jabatan Perangkaan Malaysia pada 24 November 2022, hasil tinjauan terhadap 144 lembangan sungai utama di Malaysia menunjukkan 75 peratus dikategorikan sebagai bersih, 20.1 peratus sungai dikategorikan sederhana tercemar dan 4.9 peratus dikategorikan tercemar (Data Tinjauan,2022). Hal ini bermakna terdapat tujuh sungai masih berada pada paras sangat tercemar dan 29 sungai berada pada paras yang tercemar.
3.0 Teknologi bagi menyelesaikan isu Interceptor merupakan satu teknologi baharu yang dicipta oleh The Ocean Cleanup iaitu sebuah badan pertubuhan bukan kerajaan yang berasal dari Belanda. Pertubuhan ini ditubuhkan pada 2013 oleh Boyan Slat iaitu Ketua Pegawai Eksekutif bagi pertubuhan ini. Pertubuhan ini menjalankan kajian saintifik mengenai pencemaran plastik dan sampah sarap di lautan. Oleh itu, mereka telah berjaya menghasilkan kaedah pembersihan menggunakan Interceptor iaitu Kapal Pengumpul Sampah. Interceptor ini berfungsi untuk memerangkap sampah-sarap seperti plastik yang sukar dibiodegradasi di dalam laut. Mesin ini akan mengeluarkan tali sawat untuk memerangkap sampah dalam bentuk U seperti rajah di bawah. Kemudian, sampah tersebut akan disedut masuk kedalam beberapa buah bekas sampah yang berada di dalam Interceptor. Apabila bekas sampah telah penuh, proses pengumpulan sampah akan dihentikan buat sementara waktu sehingga bekas sampah dikosongkan.
Contoh tali sawat yang berbentuk U
Interceptor menggunakan tenaga solar untuk bergerak dan berfungsi. Hal ini mampu mengurangkan penggunaan gas asli untuk menggerakkan kapal dan bateri untuk menggerakkan sistem di dalam kapal. Tenaga solar yang digunakan sangat penting bagi memastikan kapal dan semua sistem yang berada dalam kapal tersebut berjalan dengan lancar. Interceptor menggunakan perisian pintar yang sangat canggih seperti pengasingan sampah yang dilakukan oleh mesin. Sampah yang telah dikumpul akan diasingkan serta merta ke dalam enam tongkang yang berbeza menggunakan kecanggihan mesin yang telah dicipta. Selain itu, pengendali interceptor boleh mengakses papan pemuka interceptor dari seluruh pelusuk dunia. Hal ini mampu memastikan di manakah interceptor tersebut berada dan pengendali boleh mengendalikan pergerakan interceptor walaupun pengendali berada jauh dari interceptor. Interceptor boleh membawa kira-kira 100,000kg sampah setiap hari. Sekiranya keenam-enam tongkang yang berada di dalam interceptor telah penuh, sistem akan menghantar mesej terus kepada pengendali tempatan. Kemudian, interceptor akan dihantar kembali ke tepi pantai untuk mengosongkan tongkang. Selepas tongkang dikosongkan, Interceptor boleh kembali berfungsi seperti biasa.
3.1 Kelebihan Interceptor Menggunakan sistem yang canggih Alat ini mampu untuk bergerak sendiri tanpa pemandu dan boleh diakses terus oleh pengendali dari jarak jauh. Penggunaan tenaga solar Alat ini menggunakan tenaga solar untuk menggerakkan kesemua bahagian yang ada di dalam interceptor Alat ini mampu menampung sampah sebanyak 100,000kg dalam satu masa Mampu menampung sampah yang banyak dalam satu masa
MERCURY It’s the closest planet to the Sun and the smallest in the Solar System VENUS Venus has a beautiful name and is the second planet from the Sun ABOUT THE DISEASE MARS Despite being red, Mars is actually a cold place. It’s full of iron oxide dust Mampu memerangkap hidupan akuatik Kuantiti mikroplastik yang berada di dalam laut lebih banyak berbanding plastik 3.2 Keburukan Interceptor Kos yang sangat mahal
Walaupun Interceptor merupakan mesin yang dipenuhi dengan sistem yang canggih dan baharu, teknologi ini juga mempunyai beberapa keburukan. Kebanyakan saintis tidak bersetuju dengan penciptaan Interceptor ini kerana mereka beranggapan bahawa mesin ini mempunyai lebih banyak keburukan berbanding kebaikan (Benji Jones, 2022). Saintis beranggapan bahawa jaring perangkap sampah ini mampu memerangkap hidupan akuatik di dalam laut dan mampu membunuh hidupan di dalam laut. Walaupun The Ocean Cleanup telah membuat kajian tentang jaring yang akan digunakan supaya tidak menangkap hidupan laut, jaring tersebut telah menangkap hidupan laut dalam kuantiti yang sedikit seperti penyu dan hidupan akuatik lain. Selain itu, kos untuk mencipta sebuah Interceptor sangat mahal. Sebuah interceptor memerlukan hampir 770 ribu dolar AS atau mencecah RM3.2 juta. Interceptor ini menggunakan sistem yang sangat canggih dan mampu mengumpul hampir 100,000kg sampah dalam satu masa. Jadi, tidak hairanlah kos pembinaan bagi sebuah interceptor mencecah sehingga jutaan ringgit.
Akhir sekali, saintis juga beranggapan bahawa pengumpulan plastik dari laut tidaklah begitu efisien. Hal ini kerana pertambahan jumlah plastik yang dibuang ke dalam laut semakin meningkat setiap hari disebabkan oleh segelintir masyarakat yang tidak bertanggungjawab dan sisa-sisa dari kilang yang dibuang ke dalam laut. Selain itu, terdapat juga saintis yang beranggapan bahawa lautan sudah dipenuhi dengan mikroplastik iaitu serpihan kecil plastik yang hampir terurai. Mikroplastik ini sangat sukar untuk dikutip dan dikumpulkan kerana saiznya yang sangat kecil dan sukar untuk dilihat dengan mata kasar. Pada Mei 2022 lalu, sekumpulan saintis Belanda telah menemui mikroplastik atau kepingan plastik halus berdiameter kurang daripada 0.0007 milimeter dalam darah manusia (Firdaus Fahmi, 2022). Hal ini mungkin berlaku kerana manusia memakan ikan atau hidupan akuatik yang telah memakan mikroplastik tersebut.
4.0 Inisiatif lain bagi mengatasi isu Mewajibkan semua pelajar mempelajari subjek Asas Kelestarian Mengadakan kempen Sayangilah Sungai kita Mengurangkan penggunaan beg plastik dan straw
Penghasilan Interceptor sangatlah bermanfaat kepada lautan dan sungai di atas muka bumi ini, akan tetapi lebih baik sekiranya kita boleh menggunakan inisiatif lain untuk mengurangkan berlakunya pencemaran air. Sebagai contoh, pihak kerajaan boleh mewajibkan setiap pelajar untuk mempelajari subjek Asas Kelestarian supaya mereka boleh dididik lebih awal. Pendidikan awal sangat penting bagi membentuk masyarakat yang bertanggungjawab ke atas alam sekitar bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Sekiranya pendidikan diberikan sejak awal, masyarakat mungkin akan sedar dengan lebih awal tentang penggunaan plastik yang boleh membahayakan bumi. Selain itu, kerajaan juga boleh mengadakan kempen Sayangilah Sungai Kita dan mengajak masyarakat atau penduduk setempat untuk bergotong royong membersihkan sungai yang telah tercemar dengan sampah-sarap. Pihak kerajaan juga boleh memberikan ganjaran kepada mereka yang sama-sama membantu dalam membersihkan sungai. Ganjaran merupakan salah satu cara untuk menarik lebih ramai orang untuk turun padang dan membantu tanpa perlu memaksa. Selain membersihkan sungai, persisiran pantai juga boleh dibersihkan. Sebagai contoh pantai Tanjung Dawai yang terletak di Merbok, Kedah merupakan antara persisiran pantai yang kotor dan dipenuhi sampah sarap yang terdampar di kawasan pantai tersebut. Pihak berkuasa seharusnya melakukan pelbagai cara untuk membersihkan pantai ini supaya sampah-sarap tersebut tidak kembali ke laut semula.
Akhir sekali, sebagai seorang individu yang menyayangi bumi, penggunaan beg plastik, straw plastik dan pinggan plastik seharusnya dikurangkan. Penggunaan produk yang diperbuat daripada plastik seharusnya dikurangkan kerana plastik merupakan bahan yang sangat sukar untuk diurai. Biasanya plastik mengambil masa sekitar 1000 tahun untuk terurai (Fazidi, 2019). Oleh itu, sebagai individu yang bijak dan bertanggungjawab, penggunaan produk berasaskan plastik sepatutnya ditukar kepada produk yang menggunakan bahan lain yang lebih mudah terurai seperti kertas, kain dan bahan semula jadi.
5.0 Kesimpulan Sebagai penutup kata, terdapat pelbagai cara untuk mengaplikasikan produk teknologi hijau. Pengaplikasian produk teknologi hijau ini mampu memulihara bumi kita. Oleh itu, penciptaan Interceptor merupakan produk yang sangat berguna untuk memulihara bumi. Lautan dan sungai merupakan perkara yang penting bagi kehidupan manusia. Jadi, kebersihan sungai dan lautan seharusnya menjadi kepentingan bagi setiap manusia. Penghasilan Interceptor ini mampu membersihkan lautan dan sungai yang telah tercemar dengan sampah sarap.
Adi Putri (2019, November 8). Bot bentuk pelik ni tengah bersihkan Sungai Klang. Dari mana datangnya?. Sos Cili. https://soscili.my/bot-bentuk-pelik-ni-tengah-bersihkan-sungai-klang-dari- mana-datangnya/ Benji Jones (2022, Mac 4). Oops, cleaning the Great Pacific Garbage Patch was probably a bad idea. Vox. https://www.vox.com/down-to-earth/22949475/ocean-plastic-pollution-cleanup Faye Lee (2021, Mac 31). Why did coldplay feel a need to help clean M’sia’s rivers? here’s our poor report card. Vulcan Post. https://vulcanpost.com/740139/coldplay-clean-malaysia-riverFazidi (2019, Januari 16). Berapa Lamakah Masa Diperlukan Untuk Sampah Terurai Mengikut Jenis. Siakap Keli. https://siakapkeli.my/2019/01/16/berapa-lamakah-masa-diperlukan-untuk-sampah-terurai-mengikut-jenis/#:~:text=Bi asanya%2C%20plastik%20yang%20dibuang%20memerlukan,terurai%20adalah%20melebihi%20450%20tahun. Firdaus Junaidi (2022, Julai 9). ‘Tanpa sedar, kita makan mikroplastik’. Kosmo Digital. https://www.kosmo.com.my/2022/07/09/tanpa-sedar-kita-makan-mikroplastik/ Rujukan
Hazlan (2019, Mac 25). Apa itu teknologi hijau?. https://hairilhazlan.com/2019/03/25/apa-itu-teknologi-hijau/#:~:text=Apakah%20maksud%20'teknologi%20hijau'%3F ,impak%20negatif%20daripada%20aktiviti%20manusia. Liyana (2022, November 24). 75% Lembangan Sungai di Malaysia, Dikategorikan Bersih-DOSM. Amanz.Media https://rnggt.com/202226201/#:~:text=Menurut%20tinjauan%20menyeluruh%20Jabatan%20Perangkaan,diikuti%20 4.9%25%20pula%20dikategorikan%20tercemar. Rosli Ilham (2022, Julai 15). Sungai tercemar jejas hidupan. Berita Harian Digital. https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2022/01/911770/sungai-tercemar-jejas-hidupan Ruwaida Md Zain (2022, April 4). Interceptor bantu bersihkan Sungai Klang. BH Digital. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/04/942292/interceptor-bantu-bersihkan-sungai-klang Saufi Hassan (2022, Mei 31). Impak Teknologi Hijau. Media Prima. https://www.hmetro.com.my/itmetro/2022/05/847340/impak-teknologi-hijau Zamri Rambli (2022, September 12). Sungai Rambai sungai paling tercemar di Malaysia. Sinar Harian Digital. https://www.sinarharian.com.my/article/220864/berita/nasional/sungai-rambai-sungai-paling-tercemar-di-malaysia Rujukan
SEKIAN, TERIMA KASIH