The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-34342912, 2022-06-23 02:38:55

BUKU MESY AGUNG TAHUNAN PIBG 2022 (2)

MAT 2022

SK (1) SIMPANG LIMA KLANG

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN

PERSATUAN IBU BAPA & GURU (PIBG)
KALI KE-49 (SESI 2022/2023)
SK (1) SIMPANG LIMA

PERSIARAN RAJA MUDA MUSA
42100 KLANG

SEL : 346

PERASMI:
ENCIK AHMAD LUTFI BIN MOHAMED YAZID
TIMBALAN PPD SEKTOR PEMBANGUNAN MURID

PEJABAT PELAJARAN DAERAH KLANG

25 JUN 2022 / 25 ZULKAEDAH 1443H
Google Meet

1

SK (1) SIMPANG LIMA KLANG

AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-49
SEKOLAH KEBANGSAAN (SATU) SIMPANG LIMA, KLANG

TAHUN 2022

1. Ucapan Pengerusi (YDP PIBG);
2. Ucapan Penasihat (Guru Besar);
3. Membentang dan menerima Minit Mesyuarat Agung Tahunan yang lalu;
4. Membentang dan menerima laporan;
5. Membentang, menerima dan meluluskan Penyata Kewangan berakhir 31

Disember 2021;
6. Membahaskan usul;
7. Pemilihan Jawatankuasa PIBG;
8. Pemilihan Juru Audit Dalaman (2 orang);
9. Hal-hal lain
10. Ucapan Penangguhan.

ATUR CARA MAJLIS

8.30 PAGI : HADIRIN MASUK KE GOOGLE MEET DAN DAFTAR KEHADIRAN
9.00 PAGI : KETIBAAN TETAMU
9.05 PAGI : UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI MAJLIS
: LAGU NEGARAKU
9.20 PAGI : BACAAN DOA
9.30 PAGI : UCAPAN YANG DIPERTUA PIBG
9.40 PAGI : UCAPAN GURU BESAR
9.50 PAGI : UCAPAN PERASMI
: MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 49 / 2022
: BERSURAI

2

SK (1) SIMPANG LIMA KLANG

KATA-KATA ALUAN YANG DIPERTUA PIBG

Bismillahirahmanirrahim,

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan salam
sejahtera,
Yang Berbahagia Encik Ahmad Lutfi bin Mohamed Yazid,
Timbalan PPD Sektor Pembangunan Murid PPD Klang,
Yang Berusaha Encik Elmi Azham Shah bin Marsom@Abd
Razak, Guru Besar SK(1) Simpang Lima, Yang Dihormati
barisan Guru Penolong Kanan, Tuan Haji Husni bin Darus,
Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Azila binti Abdul Aziz,
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,Encik Mohd Mohsan bin
Bahardin , Penolong Kanan Kokurikulum, Ahli Jawatankuasa
PIBG
Sesi 2021/2022, Guru-guru dan ibu bapa /waris SK(1) Simpang Lima,

Bersyukur kita kehadrat Ilahi kerana kita dapat berkumpul sekali lagi walaupun dalam
alam maya iaitu melalui aplikasi google meet bagi menjayakan mesyuarat Agung
PIBG kali ke -49 pada tahun ini. Saya mengucapkan tahniah kepada semua ibu bapa
yang telah dapat meluangkan masa untuk menyertainya pada hari ini.
Pertama sekali, saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi-
tinggi tahniah dan syabas kepada semua AJK PIBG kerana sekali lagi telah berjaya
menganjurkan Mesyuarat Agung PIBG pada tahun ini walaupun amat sibuk dengan
pelbagai tugasan yang lain. Sesungguhnya Mesyuarat Agung ini merupakan platform
terbaik untuk semua ibu bapa bertemu muka bagi berkongsi idea dan pendapat yang
bernas untuk melonjakkan lagi kecemerlangan sekolah sama ada dalam akademik,
sahsiah mahupun kokurikulum.

Tuan-tuan dan puan-puan,

3

SK (1) SIMPANG LIMA KLANG

Sebagai Yang Dipertua PIBG, saya dan barisan AJK telah berusaha untuk menjalankan
tugas yang telah diamanahkan dengan sebaik mungkin. Dalam segala tindakan yang
dilakukan, kami sentiasa memikirkan kebajikan anak-anak kita di sekolah ini dan ingin
sentiasa memberikan yang terbaik walaupun kadangkala berdepan dengan
kesukaran terutamanya masalah kewangan. Sumbangan PIBG yang telah diberikan
oleh tuan puan walaupun tidak ramai yang memberi sumbangan pada tahun 2021
disebabkan tertangguhnya sesi persekolahan akibat wabak covid yang melanda
dunia namun terdapat juga ibu bapa yang bertanggungjawab dan memberi
komitmen yang tinggi dengan memberi sumbangan walaupun hanya beberapa bulan
sahaja anak-anak hadir ke sekolah. Syabas dan tahniah saya ucapkan. Sumbangan
tuan puan telah digunakan dengan sebaik-baiknya untuk membantu membiayai
program atau keperluan sekolah untuk meningkatkan pencapaian pendidikan dan
sahsiah anak-anak kita di sekolah ini.

Hadirin sekalian,

Pihak PIBG sentiasa peka dan prihatin dengan setiap sumbangan daripada ibu bapa.
Sumbangan tersebut bukan sahaja semata-mata wang ringgit tetapi kerjasama
daripada ibu bapa untuk memastikan anak-anak sentiasa hadir ke sekolah,
menyiapkan kerja sekolah dan memantau perkembangan pelajaran anak-anak.
Sokongan dan dorongan daripada ibu bapa itulah yang lebih utama dan penting
sebagai kunci kejayaan anak-anak. Oleh itu, saya menyeru agar ibu bapa turut
membantu anak-anak dalam proses pembelajaran mereka.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Berdasarkan perlembagaan PIBG, suka saya mengingatkan perkara Subperaturan
(5)bahawa Persatuan tidak boleh memperluaskan bidang kuasa Persatuan kepada
perkara-perkara yang berkaitan dengan pentadbiran sekolah, pekerjaan dan syarat-
syarat perkhidmatan guru dan kakitangan yang lain dalam sekolah. Subperaturan (6) –
Persatuan tidak boleh menjadi jentera bagi menyelesaikan pertikaian atau perkara-
perkara lain yang berkaitan antara Persatuan dan Guru Besar atau Pengetua atau
kakitangan sekolah di mana Persatuan ditubuhkan atau Pejabat Pendidikan Daerah
atau Pejabat Pendidikan Negeri atau Kerajaan Negeri atau Persekutuan.

4

SK (1) SIMPANG LIMA KLANG

Akhir kata, sekali lagi saya menyeru kepada semua ibu bapa agar sentiasa
menyokong dan memberikan kerjasama yang sepenuhnya kepada pihak sekolah bagi
memastikan SK(1) SL terus melakar kejayaan. Saya juga berharap supaya semua AJK
PIBG akan dapat meneruskan usaha dengan lebih gigih lagi bagi membantu pihak
sekolah sama ada dari segi kewangan mahupun tenaga.
Sekian, terima kasih.
PUAN SITI ZALZALIZA BT ZULKHAFRI
Yang Dipertua PIBG
SK (1) SIMPANG LIMA

5

SK (1) SIMPANG LIMA KLANG

KATA-KATA ALUAN PENASIHAT

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam
Sejahtera.
Yang Berbahagia Encik Ahmad Lutfi bin Mohamed Yazid,
Timbalan PPD Sektor Pembangunan Murid PPD Klang,
Yang Berusaha Puan Siti Zalzaliza binti Zulkhafri, Yang Dipertua
PIBG SK(1) Simpang Lima, Yang Dihormati Barisan Guru
Penolong Kanan, Tuan Haji Husni bin Darus, Penolong Kanan
Pentadbiran, Puan Azila binti Abdul Aziz, Penolong Kanan Hal Ehwal
Murid, Encik Mohd Mohsan bin Bahardin, Penolong Kanan Kokurikulum, Ahli
Jawatankuasa PIBG Sesi 2021/2022, Guru-guru dan ibu bapa /waris SK(1) Simpang Lima
sekalian,

Tuan-tuan dan puan-puan Yang Dihormati sekalian.
Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia dan izin-
Nya dapat kita bersama-sama berkumpul secara maya pada pagi yang mulia ini,
sempena Mesyuarat Agung PIBG kali ke- 49 bagi Sekolah Kebangsaan (1) Simpang
Lima, Klang. Tidak lupa kepada para ibu bapa kerana sudi meluangkan masa secara
dalam talian pada pagi ini. Ibu bapa yang hadir pada pagi ini sebenarnya adalah ibu
bapa yang cemerlang. Tahniah dan syabas saya ucapkan. Di sini saya ingin
merakamkan sekalung penghargaan kepada YDP PIBG, Jawatankuasa PIBG dan guru-
guru serta staf sekolah kerana telah dapat merancang, mengelola dan seterusnya
melaksanakan mesyuarat ini. Terima kasih tidak terhingga daripada saya.
Hadirin yang saya hormati,
Seperti yang kita sedia maklum, semua Mesyuarat PIBG sekolah mesti diadakan pada
setiap tahun dengan memilih dan melantik AJK PIBG pada setiap kali Mesyuarat

6

SK (1) SIMPANG LIMA KLANG

Agung diadakan. Di samping itu, harus diingatkan bahawa perkara berkaitan dengan
Batasan Kuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) perlu dipatuhi pada setiap masa
seperti mana yang tercatat dalam SPI Bilangan 5 tahun 2001 yang dikeluarkan oleh
pejabat Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, KPM. Perkara-perkara yang disentuh di
dalam surat pekeliling itu ialah PIBG sekolah bertujuan untuk mewujudkan
permuafakatan antara ibu bapa dan guru di sekolah yang berkenaan. Permuafakatan
seumpama ini diharapkan dapat membina kesefahaman tentang tugas dan
tanggungjawab bersama dalam usaha untuk meningkatkan mutu pengajaran guru-
guru dan pembelajaran murid di sekolah, selain mempertingkatkan kerjasama dan
perkongsian antara pihak sekolah, ibu bapa, dan komuniti setempat (school home
community partnership). Di samping itu, PIBG juga mempunyai peranan ‘saling
melengkapi’ terhadap fungsi Kementerian Pelajaran dalam menyediakan prasarana,
kemudahan, dan suasana sekolah yang kondusif kepada murid-murid dan guru-guru di
sekolah berkenaan. Saya Guru Besar SK (1) Simpang Lima selaku Penasihat PIBG
dikehendaki memaklumkan kandungan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan
Ibu Bapa Guru) 1998 ini kepada semua ahli jawatankuasa PIBG yang dilantik dan ibu
bapa keseluruhannya agar ia dipatuhi pada setiap masa.

Tuan-tuan dan puan-puan, sesungguhnya, majlis pada pagi ini amat bermakna, di
mana pihak sekolah dan ibu bapa dapat bertemu walau secara dalam talian untuk
berbincang dan mencari kata sepakat, demi kepentingan dan masa depan anak-
anak. Permuafakatan seumpama inilah yang menjadi kunci kejayaan PIBG seperti
yang telah saya terangkan tadi. Selain daripada memilih dan melantik Jawatankuasa
PIBG yang baru dan membincangkan usul-usul daripada ibu bapa, diharapkan juga
mesyuarat PIBG pada pagi ini akan berbincang berkaitan sumbangan PIBG bagi tahun
2022. Diharapkan perkara ini dapat diputuskan dengan sebaik mungkin tanpa
menimbulkan masalah kepada pihak sekolah dan waris murid-murid.

Dalam proses pembinaan insan yang dinamakan murid-murid ini, pelbagai
inisiatif, usaha, dan program telah dilakukan oleh pihak KPM. Ini termasuklah pelbagai
transformasi pendidikan seperti program IM1S, KSSR, PBS, MBM MBI dan di samping itu
pelbagai bantuan khas juga diberikan kepada murid-murid termasuk mereka yang
berada di prasekolah, asrama, dan juga murid keseluruhan hendaknya. Transformasi

7

SK (1) SIMPANG LIMA KLANG

penilaian murid di masa kini telah ditukarkan. Pentaksiran sekolah telah ditukarkan
kepada Pentaksiran Berasaskan Sekolah (yang dipanggil PBS) dan sekarang ia telah
dilaksanakan pada tahun 1 hingga tahun 6. Diharapkan ibu bapa mengambil berat
makluman ini kerana tiada lagi penomboran kedudukan kelas berasaskan individu dan
penilaian yang dilalukan adalah berterusan dan tidak melangkaui bidang akademik
sahaja, malahan juga bidang kokurikulum, sahsiah, dan juga emosi. Ingin dimaklumkan
di sini terdapat penggredan pengetahuan murid yang dinilai berasaskan PBS iaitu TP 1
hingga TP 6. TP 1 (Tahu), TP 2 (Tahu dan Faham), TP 3 (Tahu, faham, dan boleh buat), TP
4 (Tahu, faham, dan boleh buat beradab terpuji), TP 6 (Tahu, faham, dan boleh buat
beradab mithali).

Tuan-tuan dan puan-puan, harus juga diingatkan kecemerlangan anak-anak kita
sebenarnya bermula di rumah. Sebagai ibu bapa, kitalah yang akan menentukan
sama ada anak-anak kita terdidik dengan nilai-nilai yang murni dan mempunyai
kekuatan dalaman untuk berhadapan dengan segala gejala negatif di luar rumah.
Jelas, tanggungjawab menentukan keperibadian anak-anak sebenarnya adalah
tanggungjawab ibu bapa. Amat tidak adil untuk melepaskan tanggungjawab itu
sewenang-wenangnya ke atas bahu guru dan pihak sekolah. Dalam konteks ini, PIBG
perlulah bersikap proaktif untuk menyumbang ke arah usaha tersebut selain daripada
membantu dalam kebajikan pelajar, guru, dan juga pembangunan sekolah.
Alhamdulillah, setakat ini kerjasama yang baik telah ditunjuk oleh pihak sekolah dan
PIBG.

Hadirin hadirat yang dikasihi sekalian, diharapkan tahun ini kepimpinan
Jawatankuasa PIBG dapat membantu pihak sekolah meningkatkan kecemerlangan
sekolah, memantapkan lagi hubungan guru bersama ibu bapa melalui aktiviti anjuran
bersama seperti Program Motivasi, Sukan dan Hari Anugerah Sekolah, dan sebagainya.
Selain dari pencapaian di bidang akademik, diharapkan murid-murid sekolah ini akan
cemerlang dalam bidang-bidang lain. Terima kasih saya ucapkan kepada tuan-tuan
dan puan-puan semua kerana menghantar anak ke sekolah ini. Insya Allah
kepercayaan dan keyakinan tuan-tuan dan puan-puan terhadap guru-guru di sekolah
ini dalam mendidik anak-anak tuan-tuan dan puan-puan tidak akan dipersiakan dan
didoakan murid-murid di sekolah ini akan dapat terus menempa kejayaan yang lebih

8

SK (1) SIMPANG LIMA KLANG

besar pada masa hadapan. Di samping itu, sebagai ibu bapa diharapkan jasa guru-
guru sekolah ini dihargai dan sekiranya ada masalah berkaitan anak-anak
berbincanglah dengan penuh hemah dan bijaksana. Tindakan yang terburu-buru dan
cepat melenting tidak akan mendatangkan kebaikan kepada semua pihak. Oleh itu,
peranan PIBG dalam membantu sekolah menerangkan dan menghebahkan
program, aktiviti, dan tindakan sekolah amat membantu pihak sekolah.

Sebelum mengakhiri ucapan, saya sekali lagi mengambil kesempatan di sini
untuk mengucapkan terima kasih kepada tuan-tuan dan puan-puan kerana sudi hadir
pada pagi ini dan saya juga ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada
Jawatankuasa PIBG yang bakal dipilih dan dilantik sebentar nanti.

Sekian, terima kasih.

ENCIK ELMI AZHAM SHAH BIN MARSOM @ ABD RAZAK
PENASIHAT PIBG
SK (1) SIMPANG LIMA

9

SK (1) SIMPANG LIMA KLANG

UCAPAN PEGAWAI PPD

Bismillahirrahmanirrahim,

Alhamdulillahi Rabbil alamin wassalatu wassalamu ala ashrafil ambia iwalmursalin
waala alihi wasahbihi ajmain dan salam sejahtera saya ucapkan.

Yang Berusaha Encik Elmi Azham Shah bin Marsom @ Abd Razak, Guru Besar SK(1)

Simpang Lima, Yang Berbahagia Puan Siti Zalzaliza binti Zulkhafri, Yang Dipertua PIBG

SK(1) Simpang Lima, Yang Dihormati Barisan Guru Penolong Kanan, Tuan Haji Husni bin

Darus, Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Azila binti Abdul Aziz, Penolong Kanan Hal

Ehwal Murid, Encik Mohd Mohsan bin Bahardin, Penolong Kanan Kokurikulum,

Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2021/2022, Guru-guru dan ibu bapa /waris SK(1) Simpang

Lima sekalian,

Terlebih dahulu marilah sama-sama kita memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran

kepada Allah S.W.T kerana kita dapat bersama-sama dalam Mesyuarat Agung PIBG

SK(1) Simpang Lima kali ke-49. Semoga pertemuan secara maya ini dapat mencapai

kesepakatan dalam merungkai permasalahan demi kecemerlangan dan kemenjadian

murid SK(1) Simpang Lima.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,

Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah
kepada warga sekolah khususnya barisan pentadbir dan guru-guru serta AJK PIBG
yang sentiasa membantu untuk menjayakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-49.
Sepakat Membawa Berkat. Hakikatnya kita sedang menghadapi pelbagai cabaran
baharu yang menuntut supaya kita sentiasa meneroka ilmu terkini, melakukan inovasi
dan berusaha untuk melangkaui sempadan kecemerlangan.

Sebenarnya, pihak sekolah amat memerlukan kerjasama daripada ibu bapa
dalam apa jua program yang melibatkan anak-anak kita. Dalam hal ini, ibu bapa perlu
memainkan peranan penting untuk memastikan anak-anak mendapat ilmu
pendidikan yang sempurna. Ibu bapa tidak boleh menyerahkan tanggungjawab
mendidik anak-anak 100% kepada pihak sekolah. Kita perlu sedar bahawa masa anak-

10

SK (1) SIMPANG LIMA KLANG

anak di sekolah hanya 6 jam sehari, manakala masa mereka di rumah dan di bawah
pengawasan ibu bapa adalah lebih kurang 18 jam. Di sini, saya ingin sangat menyeru
kepada ibu bapa agar sentiasa cakna akan sahsiah dan pelajaran anak-anak kita.

Tuan- tuan dan puan-puan,
Besarlah harapan saya dengan adanya majlis pertemuan antara pihak sekolah

dengan ibu bapa, sesi perbincangan dan musyawarah seperti hari ini dapat
memberikan kita sedikit sebanyak pengetahuan dan kesedaran pentingnya
pendidikan dalam usaha membangun negara cemerlang. Saya juga berharap agar
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-49 ini akan berlangsung dalam suasana yang penuh
harmoni dan lancar serta mencapai matlamatnya.

Oleh itu, dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya merasmikan Mesyuarat
Agung PIBG SK (1) Simpang Lima Kali ke-49.

Sekian, Wabillahittaufiq walhidayah, wassalamualaikum warahmatullah
wabarakatuh.

ENCIK AHMAD LUTFI BIN MOHAMED YAZID
TIMBALAN PPD SEKTOR PEMBANGUNAN MURID
PPD KLANG

11

SK (1) SIMPANG LIMA KLANG

PERSATUAN IBU BAPA – GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN (1) SIMPANG LIMA

PERSIARAN RAJA MUDA MUSA
41200 KLANG, SELANGOR

Kod sekolah : BBB 0037 No. Pendaftaran PIBG : SEL 346
Tel / fax : 03-33715930 E-mail : [email protected]

Ruj. Tuan :
Ruj. Kami : SK1SL 100-7/1/7 ( ) JLD3
Tarikh : 10 Jun 2022

Kepada;
______________________

Tuan / Puan / Penjaga

JEMPUTAN KE MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-49

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk,

2. Berhubung perkata di atas, pihak sekolah menjemput Tuan / Puan / Penjaga murid tahun 1 hingga 6 untuk
menghadiri mesyuarat yang akan diadakan seperti butiran berikut :

Tarikh : 25 Jun 2022
Hari : Sabtu
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Secara Atas Talian (Google Meet)

3. Bersama-sama ini disertakan slip jawapan kehadiran dan usul untuk dibincangkan dalam Mesyuarat Agung
tersebut. Semua usul hendaklah dikembalikan semula kepada guru kelas selewat-lewatnya 17 Jun 2022 (Jumaat).
Sukacita diingatkan bahawa usul dan cadangan yang diterima hanya akan dibincangkan jika tuan/ puan/ penjaga
hadir dalam mesyuarat tersebut. Usul yang berbentuk membantu meningkatkan kecemerlangan para murid amat
digalakkan.

4. Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat, marilah kita bersama-sama berganding bahu untuk
kecemerlangan SK (1) Simpang Lima. Kehadiran tuan /puan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

”WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”

Saya yang menjalankan amanah,

………………………………….
(SITI ZALZALIZA BT ZULKHAFRI)
Yang Dipertua PIBG,
SK (1) Simpang Lima, Klang

12

SK (1) SIMPANG LIMA KLANG
PERHATIAN :

Etika dan peraturan mesyuarat secara atas talian yang perlu dipatuhi adalah seperti berikut :

1. Semua ibu bapa dibenarkan masuk ke Google Meet dengan hanya menggunakan satu peranti sahaja.
2. Semua ibu bapa diwajibkan masuk ke dalam Google Meet dengan menggunakan ID Google Classroom

anak sahaja (1 ID bagi 1 keluarga samada ibu/ bapa/ penjaga). Mana-mana ID peribadi adalah tidak
dibenarkan.
3. Semua kamera perlu dalam keadaan “ON” dan mikrofon dalam keadaan “OFF” atau “MUTE” , kecuali
apabila dibenarkan oleh Pengerusi Majlis.
Semua ibu bapa yang akan hadir ke Mesyuarat Agung PIBG ini perlu mematuhi etika dan peraturan yang telah
ditetapkan di atas. Pihak teknikal mesyuarat berhak mengeluarkan terus mana-mana pihak yang melanggar peraturan
mesyuarat.

Harap maklum, terima kasih atas kerjasama.

-------------------------------------------untuk simpanan ibu bapa/ penjaga------------------------------------

Saya …………………………………………… akan hadir / tidak hadir pada hari tersebut. Berikut adalah maklumat

anak saya :

Nama : ………………………………………………………….

Tahun : ………………………………………………………….

ID GCR : …………………………………………………………..

Dengan ini saya mencadangkan usul seperti berikut :

_____________________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________

---------------------------------------------------sila potong di sini--------------------------------------------------

Saya …………………………………………… akan hadir / tidak hadir pada hari tersebut. Berikut adalah maklumat

anak saya :

Nama : ………………………………………………………….

Tahun : ………………………………………………………….

ID GCR : …………………………………………………………..

Dengan ini saya mencadangkan usul seperti berikut :

_____________________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________

* sila hantar keratan ini sebelum atau pada hari Jumaat (17 Jun 2022) kepada guru kelas.

13

SK (1) SIMPANG LIMA KLANG

Penasihat ORGANISASI
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU 2022
SEKOLAH KEBANGSAAN (1) SIMPANG LIMA

: En. Elmi Azham Shah bin Marsom @ Abd Razak

Yang DiPertua : Pn. Siti Zalzaliza bt Zulkhafri
Naib Yang Dipertua : En. Mohd Mustaqim Bin Majid
Setiausaha : Pn. Munirah binti Md Hakim
Bendahari : Cik Anis Nabilah binti Harun
AJK Ibu bapa : Pn. Aida Baizura binti Abdul Rahman
: En. Mohd Rahimi bin Abd Rahman
AJK Guru : En. Sheikh Musaoma Jamel b. Sheikh Mustafa Kamal
: En. Kishore Kumar A/L Balasingam
Juruaudit Dalaman : En. Mohd Husaini bin Mokhtar
: En. Mohd Hanafiz bin Abu Hasan
: En. Anuar bin Zahari
: En. Hanis bin Mohd Mispan
: Pn. Nor Aziela binti Mohd Ramli
: Pn. Hasniza binti Kamarudin
: Pn. Wan Nur Adibah binti Wan Amran
: En. Khairul Azizi bin Abd Rahman
: En. Mohd Fairusnizam bin Rosli

14

SK (1) SIMPANG LIMA KLANG

KEHADIRAN AJK DALAM MESYUARAT BAGI SESI 2021/2022

BIL NAMA 1 23
19/6/2021 23/10/2021 20/6/2022
1 Pn. Siti Zalzaliza binti Zulkhafri (YDP)
2 En. Mustaqim bin Majid (NYDP) / //
3 Pn Munirah binti Md Hakim (Setiausaha) / //
4 Pn. Siti Hajar binti Nordin (Bendahari) / //
5 Cik Anis Nabilah binti Harun (Bendahari) //
6 Pn. Aida Baizura binti Abdul Rahman / //
7 En. Mohd Rahimi bin Abd Rahman / X/
8 En. Sheikh Musaoma Jamel b. Sheikh Mustafa Kamal / XX
9 En. Kishore Kumar A/L Balasingam / X/
10 En. Mohd Husaini bin Mokhtar XX/
11 En. Mohd Hanafiz bin Abu Hasan / XX
12 En. Mohd Nizam bin Jamil X /X
13 En. Anuar bin Zahari X
14 En. Mohd Yunus bin Sahar
15 En. Hanis bin Mispan //
16 Pn. Nor Aziela binti Mohd Ramli /
17 Pn. Hasniza binti Kamarudin
/
/ //
/ //

15

SK (1) SIMPANG LIMA KLANG

Turut hadir semasa mesyuarat AJK PIBG ialah:
Bil Nama
1 Pn Aruzzita binti Mohd Sadri (Guru Besar / Penasihat) (Bil 1 & 2)
2 En Elmi Azham Shah bin Marsom @ Abd Razak

(Guru Besar / Penasihat) (Bil 3)
3 Tn Hj Husni bin Darus (PK Pentadbiran)
4 Pn Ruzitah binti Haidar (PK HEM) (Bil 1 & 2)
5 Pn Azila binti Abdul Aziz (PK Kokurikulum)

16

SK (1) SIMPANG LIMA KLANG

JAWATANKUASA PELAKSANA
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-49

SK (1) SIMPANG LIMA

PENASIHAT
Encik Elmi Azham Shah bin Marsom @ Abd Razak

(Guru Besar SK (1) Simpang Lima)

PENGERUSI
Pn Siti Zalzaliza Binti Zulkhafri

(YDP PIBG)

EX-OFFICIO
Tn Hj Husni Bin Darus (GPK Pentadbiran)
Pn Azila Binti Abdul Aziz (GPK Kokurikulum)

NAIB PENGERUSI
En Mohd Mustaqim Bin Majid (NYDP PIBG)

SETIAUSAHA BENDAHARI
Pn Munirah Binti Md Hakim Cik Anis Nabilah binti Harun

PENYELARAS AHLI JAWATANKUASA
En Anuar bin Zahari
PENYAMBUT TETAMU
1. En. Elmi Azham Shah bin Marsom @
Abd Razak
2. Barisan Guru Penolong Kanan
3. Pn Siti Zalzaliza Binti Zulkhafri
4. En Mohd Mustaqim Bin Majid

TEKNIKAL DAN SIARAYA PENCATAT
1. En Mohd Fairusnizam bin Rosli (K) 1. Pn Norkhafifah Binti Mohd Kosni (K)
2. En Anuar Bin Zahari 2. Cik Azma binti Ibrahim
3. En Ahmad Shahir bin Kamarudin 3. Pn Maslindah binti Kamit
4. Pn Kavita a/p Subramaniam 4. Pn Yasotha A/P Krishnan
5. Pn Ku Nur Farhanim Binti Ku Ibrahim
6. Pn Ellia binti Mustafa Bakri
7. Cik Wan Nur Adibah Binti Wan Amran
8. Pn Norzati Hanani binti Mohd Yusof

17

SK (1) SIMPANG LIMA KLANG

PERSIAPAN TEMPAT MESYUARAT PERSIAPAN TEMPAT MESYUARAT
MENYUSUN KERUSI DAN MEJA (SEBELUM) MENYUSUN KERUSI DAN MEJA (SELEPAS)

1. En Hanis bin Mohd Mispan (K) 1. En Goviselvan A/L Govindaraju (K)
2. Pn Zatul Hijanah binti Mohd Fadzil 2. En Mohd Husaini bin Mokhtar
3. Pn Kalaichelvi a/p Tawanesan 3. En Sheikh Musaoma bin Sheikh

Mustafa Kamal
4. En Kishore Kumar a/l Balasingam
5. En Mohd Rahimi bin Abd Rahman
6. En Mohd Hanafiz bin Abu Hassan

PENGACARA MAJLIS BACAAN DOA
Pn Hazliyana Binti Yaacop En Ahmad Shahir bin Kamarudin

PENGERUSI SEMENTARA
Tn Hj Husni Bin Darus

JAMUAN PENDAFTARAN
1. Pn Zubaidah Binti Bidin (K) 1. Pn Hajah Hashimah Binti Omar (K)
2. Pn Hasniza Binti Kamarudin 2. Pn Rubadavi A/P Raja Gopal
3. Pn Aida Baizura binti Abdul Rahman
4. Pn Vasanthi a/p Navasivayam

BUKU PROGRAM DAN DOKUMENTASI Gegantung
1. Pn Munirah Binti Md Hakim (K) 1. Pn Ku Nurfarhanim binti Ku Ibrahim (K)
2. Cik Anis Nabilah binti Harun

CENDERAHATI / SIJIL JURUGAMBAR
1. Pn Thiruchelvy A/P Ponniah (K) 1. Pn Nor Aziela binti Mohd Ramli
2. Pn Shanmuga Devi a/p
Paramesvaran

18

SK (1) SIMPANG LIMA KLANG

SENARAI TENAGA PENGAJAR

BIL. NAMA JAWATAN / KELAS

1 En. Elmi Azham Shah bin Marsom@Abd Razak Guru Besar

2 Tn Haji Husni bin Darus Penolong Kanan Pentadbiran

3 Pn Azila bt Abdul Aziz Penolong Kanan HEM

4 Pn Nor Zati Hanani bte Mhd Yusoff Guru Media

5 Pn Rubadavi a/p Raja Gopal Guru Bimbingan & Kaunseling

6 Pn Kavita a/p Subramaniam Guru Disiplin

7 En Anuar b Zahari Guru Data

8 Pn Zatul Hijanah bt Mohd Fadzil 1H

9 Pn Ellia bt Mustafa Bakri 1K

10 En Ahmad Shahir bin Kamarudin 2H

11 Pn Hazliyana binti Yaacop 2K

12 En Mohd Fairusnizam b Mohd Rosli 3H

13 En Goviselvan a/l Govinraju 3K

14 Pn Ku Nur Farhanim bt Ku Ibrahim 4H

15 Pn Shanmuga Devi a/p Paramesvaran 4K

16 Pn Thiruchelvy a/p Ponniah 5H

17 Pn Hasniza bt Kamarudin 5K

18 Pn Maslindah bt Kamit 6H

19 Pn Zubaidah bt Bidin 6K

20 Cik Azma bt Ibrahim 6M

21 Pn Norkhafifah bt Mohd Mohd Kosni Guru PI

22 Pn Wan Nur Adibah bt Wan Amran G.Beredar

23 En Hanis b Mohd Mispan G.Beredar

24 Pn Noraziela binti Mohd Ramli G.Beredar

25 Pn Yasotha a/p Krishnan G.Beredar

26 Pn Munirah bt Md Hakim Guru PI

27 Pn Hashimah bt Omar Guru PI

28 Pn Kalaichelvi a/p Tawanesan G.Beredar

29 Pn Vasanthi a/p Navasivayam G.Beredar

30 Cik Anis Nabilah bt Harun Guru Pemulihan

19

SK (1) SIMPANG LIMA KLANG

MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-48 (2021)

SEKOLAH KEBANGSAAN (SATU) SIMPANG LIMA
PERSIARAN RAJA MUDA MUSA KLANG

MINIT MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA – GURU (PIBG)

Bilangan mesyuarat : 48
Tarikh
Masa : 10 April 2021
Tempat : 10:00 Pagi – 12:45 Petang
: Makmal Komputer SK(1)SL – Guru-guru dan AJK PIBG

Secara atas talian (Google Meet) – Ibu Bapa / Penjaga

Hadir : Rujuk lampiran
Tidak hadir dengan maaf
Turut hadir : Tiada

: 1. Encik Mohamad Zulhelmi Bin Bahtiar Jamili
(Penolong Pengarah Sektor Perancangan dan Pengurusan
PPD, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor) – Pemerhati
2. Encik Muhamad Saadan Bin Mat Daris
(Timbalan PPD Sektor Pengurusan Sekolah) – Perasmi

Urus Setia
Persatuan Ibu Bapa – Guru

Yang Dipertua PIBG
Puan Siti Zalzaliza Binti Zulkhafri

1. UCAPAN PENGERUSI (PN SITI ZALZALIZA BINTI ZULKHAFRI)

1.1 Beliau memulakan mesyuarat dengan mengucapkan terima kasih atas kehadiran
dalam norma baharu.

1.2 Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa yang memberi
sumbangan kewangan walaupun sesi persekolahan terganggu akibat pandemik
Covid-19.

1.3 Beliau menyatakan sokongan dan dorongan ibu bapa terhadap pembelajaran
anak-anak amat diperlukan.

1.4 Beliau memohon ibu bapa menyokong aktiviti sekolah dari segi kewangan dan
tenaga.

20

SK (1) SIMPANG LIMA KLANG

Tindakan : Makluman

2. PEMBENTANGAN MINIT MESYUARAT

2.1 Puan Siti Zalzaliza binti Zulkhafri, YDP PIBG mengalukan kedatangan En Mohd
Zulhelmi sebagai Pemerhati Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke 48 dan
sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir.

2.2 YDP PIBG mengucapkan tahniah kepada anak-anak tahun 6 sesi 2020 yang
telah
berjaya mendapat tempat di MRSM, SBP dan sebagainya.

2.3 YDP PIBG meminta hadirin untuk merujuk minit mesyuarat yang lepas di dalam
buku
program muka surat 17-22

Dicadangkan oleh : Pn Hasniza bt Kamarudin

Disokong oleh : Tn Hj Husni bin Darus

3. PERKARA BERBANGKIT

3.1 Tiada

4. PEMBENTANGAN DAN PENERIMAAN LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN 2020

4.1 Laporan aktiviti pada muka surat 26 dibentangkan oleh Pn Munirah binti Md
Hakim selaku Setiausaha PIBG dan diterima oleh ahli mesyuarat tanpa bantahan.

Dicadang oleh : Pn Aida Baizura binti Abdul Rahman
Disokong oleh : En Mohd Mustaqim bin Majid

5. PEMBENTANGAN DAN PENERIMAAN PENYATA KIRA-KIRA KEWANGAN
BERAKHIR 31 DISEMBER.

5.1 Bendahari meminta hadirin untuk merujuk laporan kewangan yang dipaparkan
pada muka surat 27-31. Baki di bank RM9878.40 (termasuk RM2148.20 tunai di
tangan 2019) dan tunai RM453.23

Dicadang oleh : En Yunus Bin Shahar
Disokong oleh : Pn Aida Baizura binti Abdul Rahman

6. PENERIMAAN USUL

6.1 Penerimaan Usul Tanpa Bahas

21

SK (1) SIMPANG LIMA KLANG

Usul 1 cadangan daripada pihak pengurusan sekolah. Usul ini dibentangkan
dan

diberikan penerangan oleh wakil pihak sekolah iaitu Pn. Zubaidah bt Bidin.

Bil Perkara Tahun Tahun 2 Tahun 3 Tahun 4 Tahun 5 Tahun 6
*RM 70 *RM 70 *RM 70 *RM 70 *RM 70
1 - - RM 30 RM 30 RM 90

1 Sumbangan PIBG(Bayaran untuk RM 70 - - - - RM 195.90

satu keluarga) - - - - RM 80.00
- - RM 15 RM 15 RM 15
2 KURIKULUM -
Program Akademik

(Peningkatan dan bahan

akademik)

3 Program Kecemerlangan -

Akademik

- Akhbar Didik
- Buku Didik

- Graduasi

- Gambar Graduasi
- Folder Sijil

4 Kelas Tambahan Tahun 6 -

5. Kertas Peperiksaan Tahap 2 -

(Tertakhluk kepada perubahan)

6. HEM

a. Pelbagai (Keceriaan) RM 10 RM 10 RM 10 RM 10 RM 10 RM 10
RM 10 RM 10 RM 10 RM 10 RM 10
b. Sambutan Hari Kanak-kanak RM 10
(Tertakhluk kepada RM 10 RM 10 RM 10 RM 10 RM 10
RM11 RM11 RM11 RM11
perubahan)

7. KOKURIKULUM

a. Sukan Tahunan RM 10

8. Lian-lain (Kertas A4) RM11
a. Dalam senarai buku di kedai RM11
buku sekolah.

Sumbangan PIBG tahun 2021 berjumlah RM 70 bagi setiap keluarga telah dipersetujui
dengan sebulat suara oleh ahli PIBG.Sumbangan untuk perkara-perkara yang lain juga
turut dipersetujui dengan sebulat suara

Dicadang oleh : Tn Hj Husni Bin Darus
Disokong oleh : En. Sheikh Musaoma Jamel Bin Sheikh Mustafa Kamal

6.2 Penerimaan Usul Dengan Bahas

22

SK (1) SIMPANG LIMA KLANG

6.2.1 Pembentangan usul 2 bilangan (1) pada muka surat 33 – Usul supaya akaun
surau

yang dibuka di Bank Islam Malaysia Berhad ditutup dan dana dalam akaun
tersebut

disatukan ke dalam akaun PIBG di bawah lajur surau.

Dicadang oleh : Pn Aida Baizura Binti Abdul Rahman
Disokong oleh : Tn Hj Husni Bin Darus

6.2.2 Pembentangan usul 2 bilangan (2) pada muka surat 33 – Usul supaya kelas
tambahan khusus kepada murid Tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan
UPSR.

Dicadang oleh : Pn Nor Aziela Binti Ramli
Disokong oleh : En. Sheikh Musaoma Jamel Bin Sheikh Mustafa Kamal

6.2.3 Pembentangan usul 2 bilangan (3) pada muka surat 34 – Usul supaya guru-
guru

memberi tugas secara praktikal kepada murid-murid.

Dicadang oleh : En. Mustaqim Bin Majid
Disokong oleh : En. Sheikh Musaoma Jamel Bin Sheikh Mustafa Kamal

6.2.4 Pembentangan usul 2 bilangan (4 & 5) pada muka surat 34 – Usul 4 agar
murid-murid

pada tahun 2020 tidak dinaikkan ke kelas seterusnya pada tahun 2021
memandangkan silibus belum habis dan sekolah secara bersemuka hanya
dapat
diadakan beberapa bulan sahaja pada tahun 2020, manakala usul 5 agar pihak
sekolah mengetatkan SOP dan melaksanakan dengan baik.

Jawapan : Tn Hj Husni telah menerangkan bahawa usul 4 adalah bukan di
bawah

bidang kuasa sekolah, ia adalah tertakluk kepada bidang kuasa KPM. Manakala
usul

5 perlu bersama dengan kerjasama pihak ibu bapa dalam pematuhan SOP.

Dicadang oleh : Pn Hazliyana Binti Yaacop
Disokong oleh : Pn Kala A/P Govinthan

6.2.5 Puan Nor Aziela Binti Ramli mencadangkan agar waktu ko-kurikulum

dimasukkan ke

dalam jadual waktu persekolahan.

Dicadang untuk diterima oleh : Pn Hazliyana Binti Yaacop

Disokong oleh : Pn Thamil Selvi A/P Samiappan

23

SK (1) SIMPANG LIMA KLANG

7. PEMBUBARAN AHLI JAWATANKUASA PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
(PIBG) SESI 2020

7.1 YDP PIBG mengucapkan terima kasih dan memohon maaf sekiranya terdapat

salah

dan silap daripada AJK PIBG 2020 dan membubarkan barisan Ahli

Jawatankuasa PIBG

2020.

7.2 Penasihat PIBG meneruskan majlis dan melantik Tn Hj Husni Bin Darus sebagai

pengerusi sementara. Pemilihan AJK baharu adalah dalam kalangan ibu bapa

yang

hadir sahaja. Manakala AJK guru dipilih dalam kalangan guru SK (1) Simpang

Lima

dan dipersetujui oleh ahli mesyuarat.

8. PEMILIHAN AHLI JAWATANKUASA PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
(PIBG)
SESI 2021/2022

8.1 Pemilihan Yang Di Pertua PIBG 2021/2022

Cadangan YDP : Pn. Siti Zalzaliza bt Zulkhafri
- Dicadang oleh : Pn. Munirah Binti Md Hakim
- Disokong oleh : Pn. Nor Aziela Binti Ramli

Pencadang agar cadangan ditutup : Pn. Hazliyana bt Yaacop

Disokong oleh : En. Anuar Bin Zahari

Tiada bantahan daripada ahli yang hadir agar cadangan ditutup.
Puan Siti Zalzaliza bt Zulkhafri telah dilantik sebagai YDP PIBG SK (1) Simpang
Lima sesi 2021/2022 dengan sokongan semua ahli mesyuarat yang hadir.

8.2 Pemilihan NYDP PIBG sesi 2021/2022

Cadangan NYDP : En. Mohd Mustaqim bin Majid
- Dicadang oleh : Tn Hj Husni Bin Darus
- Disokong oleh : Pn. Kala A/P Govinthan

Pencadang agar cadangan ditutup : Pn Hazliyana Binti Yaacop
Disokong oleh : En. Sheikh Musaoma Jamel

Tiada bantahan daripada ahli yang hadir agar cadangan ditutup.
Encik Mohd Mustaqim bin Majid telah dilantik sebagai NYDP PIBG SK (1)
Simpang Lima sesi 2021/2022 dengan sokongan semua ahli mesyuarat yang
hadir.

24

SK (1) SIMPANG LIMA KLANG

8.3 Pemilihan Setiausaha Kehormat PIBG sesi 2021/2022

Cadangan Setiausaha : Pn. Munirah Binti Md Hakim
- Dicadang oleh : En Anuar Bin Zahari
- Disokong oleh : Tn Hj Husni Bin Darus

Pencadang agar cadangan ditutup : Pn. Hazliyana Binti Yaacop
Disokong oleh : Cik Anis Nabilah Binti Harun

Tiada bantahan daripada ahli yang hadir agar cadangan ditutup.
Puan Munirah Binti Md Hakim telah dilantik sebagai Setiausaha Kehormat PIBG
SK (1) Simpang Lima sesi 2021/2022 dengan sokongan semua ahli mesyuarat
yang hadir.

8.4 Pemilihan Bendahari Kehormat PIBG sesi 2021/2022

Cadangan Bendahari : Pn. Siti Hajar bt Nordin
- Dicadang oleh : En Anuar Bin Zahari
- Disokong oleh : En. Sheikh Musaoma Jamel

Pencadang agar cadangan ditutup : Tn Hj Husni Bin Darus
Disokong oleh : Cik Anis Nabilah Binti Harun

Tiada bantahan daripada ahli yang hadir agar cadangan ditutup.
Puan Siti Hajar bt Nordin telah dilantik sebagai Bendahari Kehormat PIBG SK (1)
Simpang Lima sesi 2021/2022 dengan sokongan semua ahli mesyuarat yang
hadir.

8.5 Pemilihan AJK Waris PIBG sesi 2021/2022

Cadangan:

Ajk Waris : Pn. Aida Baizura bt Abdul Rahman
- Dicadang oleh : Pn Nor Aziela Binti Ramli
- Disokong oleh : En. Kishore Kumar A/L Balasingam

Ajk Waris : En. En. Kishore Kumar A/L Balasingam
- Dicadang oleh : Pn. Aida Baizura bt Abdul Rahman
- Disokong oleh : En. Yunus Bin Mohd Shahar

Ajk Waris : En. Sheikh Musaoma Jamel Bin Sheikh Mustafa Kamal
- Dicadang oleh : Pn Hasniza Binti Kamarudin
- Disokong oleh : Pn Nor Aziela Binti Ramli

Ajk Waris : En. Mohd Husaini bin Mokhtar
- Dicadang oleh : En. Anuar Bin Zahari

25

SK (1) SIMPANG LIMA KLANG

- Disokong oleh : Pn. Aida Baizura bt Abdul Rahman

Ajk Waris : En. Mohd Rahimi bin Abd Rahman
- Dicadang oleh : En. Anuar Bin Zahari
- Disokong oleh : Pn. Aida Baizura bt Abdul Rahman

Ajk Waris : En. Hanafiz Bin Abu Hassan
- Dicadang oleh : Pn Nor Aziela Binti Ramli
- Disokong oleh : Pn. Hazliyana Binti Yaacop

Ahli-ahli tersebut telah dilantik sebagai AJK Waris PIBG SK (1) Simpang Lima
sesi 2021/2022 dengan sokongan semua ahli mesyuarat yang hadir.

8.6 Pemilihan AJK Guru PIBG sesi 2021/2022

Cadangan:

Ajk Guru : Pn Hasniza Binti Kamarudin
- Dicadang oleh : Pn Siti Hajar Binti Nordin
- Disokong oleh : Pn Nor Aziela Binti Ramli

Ajk Guru : Cik Anis Nabilah Binti Harun
- Dicadang oleh : Tn Hj Husni Bin Darus
- Disokong oleh : En. Mohd Yunus Bin Shahar

Ajk Guru : En. Mohd Yunus Bin Shahar
- Dicadang oleh : En. Anuar Bin Zahari
- Disokong oleh : Pn. Hazliyana Binti Yaacop

Ajk Guru : En Mohamad Nizam Bin Abd Jamil
- Dicadang oleh : En. Mohd Yunus Bin Shahar
- Disokong oleh : En. Anddy Bin Dominic

Ajk Guru : Pn. Nor Aziela Binti Ramli
- Dicadang oleh : En. Anuar Bin Zahari
- Disokong oleh : En. Hasniza Binti Kamarudin

Ahli-ahli tersebut telah dilantik sebagai AJK Guru PIBG SK (1) Simpang Lima
sesi 2021/2022 dengan sokongan semua ahli mesyuarat yang hadir.

8.7 Pemilihan Juru Audit Dalaman PIBG sesi 2021/2022

Cadangan:

Juru audit (Waris) : En. Khairul Azizi bin Abd Rahman
- Dicadang oleh : En. Anuar Bin Zahari

26

SK (1) SIMPANG LIMA KLANG

- Disokong oleh : Pn Siti Hajar Binti Nordin

Encik Khairul Azizi bin Abd Rahman telah dilantik sebagai Juru audit Waris PIBG
SK (1) Simpang Lima sesi 2021/2022 dengan sokongan semua ahli mesyuarat
yang hadir.

Cadangan: : En. Mohd Fairusnizam Bin Rosli
Juru audit (Guru) - Dicadang oleh : En. Anddy Bin Dominic
- Disokong oleh : Pn. Hazliyana Binti Yaacop

En Mohd Fairusnizam Bin Rosli telah dilantik sebagai Juru audit Guru PIBG SK
(1)

Simpang Lima sesi 2021/2022 dengan sokongan semua ahli mesyuarat yang
hadir.

8.8 Senarai Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2021/2022

Penasihat : Pn Aruzzita binti Mohd Sadri

YDP : Pn. Siti Zalzaliza bt Zulkhafri

NYDP : En. Mohd Mustaqim bin Majid

Setiausaha : Pn. Munirah Binti Md Hakim

Bendahari : Pn. Siti Hajar bt Nordin

AJK Waris : Pn. Aida Baizura bt Abdul Rahman
En. Kishore Kumar a/l Balasingam
En. Sheikh Musaoma Jamel bin Sheikh Mustafa Kamal
En. Mohd Rahimi bin Abd Rahman
En. Mohd Husaini bin Mokhtar
En. Mohd Hanafiz Bin Abu Hassan

AJK Guru : Pn. Hasniza bt Kamarudin
Cik Anis Nabilah Binti Harun
En. Mohd Yunus bin Shahar
En. Mohamad Nizam Bin Abd Jamil
Pn. Nor Aziela bt Mohd Ramli

Juru audit 1(Waris) : En. Khairul Azizi bin Abd Rahman
Juru audit 2(Guru) : En. Mohd Fairusnizam Bin Rosli

27

SK (1) SIMPANG LIMA KLANG

9 HAL-HAL LAIN
Tiada

9 PENANGGUHAN

10.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli mesyuarat dan
berharap agar kerjasama dapat diteruskan untuk kecemerlangan SK (1) Simpang
Lima Klang.
10.2 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12:45 petang.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

..................................................... ..........................................
(Pn Munirah Binti Md Hakim) (Siti Zalzaliza bt Zulkhafri)
Urus Setia Yang Dipertua
Persatuan Ibu Bapa – Guru
SK (1) Simpang Lima Klang Persatuan Ibu Bapa-Guru
SK (1) Simpang Lima Klang
Tarikh : 25 April 2021

28

SK (1) SIMPANG LIMA KLANG

LAPORAN TAHUNAN PIBG
1. AKTIVITI PIBG & SK (1) SIMPANG LIMA

UNIT KURIKULUM Butiran / Sasaran / Pengisian
6/9/2021 dan 8/9/2022
Bil Aktiviti Berlangsung mengikut jadual yang telah
1 Program Motivasi Bangkit PdPR ditetapkan. Program ini dijalankan untuk
memberi galakan kepada murid agar
dan Ibu bapa Fun Learning mengikuti kelas PdPR dengan baik, juga
memberi keyakinan kepada ibu bapa
akan kebaikan anak-anak mengikuti
PdPR.

2 Modul Peningkatan Sasaran 16/8/2022 - 25/8/2022
Operasi / OTI 2 Tahun 6 Berlangsung mengikut jadual yang telah
ditetapkan. Program ini dijalankan bagi
mengukur tahap pencapaian murid
dalam mata pelajaran teras (BM, BI, MT
dan SN)

UNIT KOKURIKULUM Butiran / Sasaran / Pengisian
9/5/2021- 16/9/2021
Bil Aktiviti -pertandingan dalam mengapilkasi ilmu
1 Pertandingan matematik secara online.
-telah disertai oleh 2 orang murid,
Philipine International peringkat antarabangsa (tempat ke-3)
Mathematical Olympaid dan kebangsaan.
(PhiMo)

INFRASTRUKTUR DAN KECERIAAN Butiran / Sasaran / Pengisian
2/11/2021
Bil Aktiviti -Pembelian dan penyediaan sabun
1 Alatan Persiapan Pembukaan basuh tangan dan hand sanitizer

Sekolah

29

SK (1) SIMPANG LIMA KLANG

2 Corrective Treatment Bangunan -meletak ubat anai-anai di blok A bagi

Blok A mengatasi serangan anai-anai selepas

baik pulih bumbung.

PENGURUSAN PIBG Butiran / Sasaran / Pengisian
28.4.2021- untuk kegunaan semua guru
Bil Aktiviti kelas bagi mengeluarkan resit kepada ibu
1 Pembelian Buku Resit bapa yang membuat sumbangan PIBG.

2 Pembelian Webcam 13.7.2021- Untuk peminjaman set
komputer

30

SK (1) SIMPANG LIMA KLANG

LAPORAN KEWANGAN

PENYATA KEWANGAN PIBG BERAKHIR 31 DISEMBER 2021

PENDAPATAN JUMLAH PERBELANJAAN JUMLAH
Baki dibawa dari bank 2021 (RM) (RM )
Tunai di tangan dari 2021 22396.08
Sumbangan PIBG 453.23 Kurikulum 980.00
Pelbagai tahun 1 – 6 6440.00
Kertas peperiksaan 1040.00 Ko-kurikulum 700.00
Sumbangan Bank Islam 495.00
Lain-lain sumbangan 300.00 Insfrastuktur dan keceriaan 5319.00
Pemindahan akaun surau 1350.00
34519.89 Pengurusan PIBG 1243.80
JUMLAH
66994.20 Caj bank 3.00

Pelbagai 2267.60

Jumlah perbelanjaan 2021 10513.40

Baki dibawa ke tahun 2022:

Akaun Semasa 20800.48

Akaun Surau 34519.89

Tunai di tangan 1160.43

JUMLAH 66994.20

Disediakan oleh, Disemak oleh,

(SITI HAJAR BT NORDIN) (MOHD FAIRUSNIZAM BIN
Bendahari Kehormat PIBG ROSLI)

Juruaudit

31

SK (1) SIMPANG LIMA KLANG Disahkan oleh,

Disemak oleh,

(KHAIRUL AZIZI BIN ABD RAHMAN ) (SITI ZALZALIZA BT ZULKHAFRI )
Juruaudit YDP PIBG

32

SK (1) SIMPANG LIMA KLANG

KURIKULUM

TARIKH PERKARA JUMLAH
21.9.2021 Bayaran program motivasi bangkit PdPR dan ibu bapa Fun (RM)
23.9.2021 Learning PdPR
600.00
Pembelian modul peningkatan sasaran operasi/OTI 2 tahun 6 380.00
JUMLAH 980.00

KO-KURIKULUM

TARIKH PERKARA JUMLAH
(RM)
11.8.2021 Bayaran yuran pertandingan (Phimo) 700.00

JUMLAH 700.00

INSFRASTRUKTUR DAN KECERIAAN

TARIKH PERKARA JUMLAH
2.11.2021 Bayaran alatan persiapan pembukaan sekolah (RM)
(No Cek-162812) 639.00
27.12.2021 Bayaran corrective treatment bangunan blok A
(No Cek-162814) 4,680.00
5,319.00
JUMLAH

PENGURUSAN PIBG

TARIKH PERKARA JUMLAH
28.4.2021 Pembelian resit (RM)
13.7.2021 Pembelian web cam (No Cek-162810) 37.80
1,206.00
JUMLAH 1,243.80

33

SK (1) SIMPANG LIMA KLANG

CAJ BANK

TARIKH Caj pemprosesan cek PERKARA JUMLAH
30.3.2021 Caj pemprosesan cek JUMLAH (RM)
15.7.2021 Caj pemprosesan cek 0.50
14.10.2021 Caj pemprosesan cek 0.50
19.11.2021 Caj pemprosesan cek 0.50
7.10.2021 Caj pemprosesan cek 0.50
28.12.2021 0.50
0.50
PELBAGAI 3.00

TARIKH PERKARA JUMLAH
29.3.2021 (RM)
11.10.2021 Pembelian portable speaker (No Cek-162809) 868.20
Bayaran sumbangan pengurusan vaksin murid tahun 6 500.00
6.12.2021 (No Cek-162811)
Bayaran mesyuarat agung PIBG (AGM) kali ke-48 899.40
(No Cek-162813)
2,267.60
JUMLAH

34

SK (1) SIMPANG LIMA KLANG

USUL MESYUARAT AGUNG

PERHATIAN: Adalah dimaklumkan usul PIBG adalah cadangan dan cara
penambahbaikan yang boleh dilakukan oleh PIBG. Perkara yang melibatkan
pentadbiran sekolah bukan usul PIBG. Tuan /puan boleh berurusan terus dengan pihak
sekolah sekiranya cadangan tuan/puan melibatkan pentadbiran dan sistem
pendidikan Malaysia. Terima kasih.

1. Usul dengan bahas :

Bil Usul / Cadangan Nama Nama Jawapan
Ibu/bapa Anak/Kelas

1. Surau Aida Baizura Muhammad Akan dibahaskan

Mencadangkan binti Abdul Adam bin
akaun Rahman Jefreesyafrizal
sumbangan baik pulih

surau dibuka kepada 6 Merah

umum bagi menaiktaraf

surau lama.

Sumbangan PIBG Akan dibahaskan

2.

Menaikkan sumbangan
PIBG daripada RM70
kepada RM80 satu
keluarga.

35

SK (1) SIMPANG LIMA KLANG

2. Usul tanpa bahas :

Bil Usul / Cadangan Nama Nama Jawapan
Ibu/bapa Anak/Kelas

1 KURIKULUM

-Pihak sekolah perlu Rajeswary Brijeshruman -Pihak sekolah telah
menyalurkan maklumat Parthes a/l Saravanan mengemaskini senarai
pembelian, jadual buku yang digunakan.
pembelian buku dan Saraspathy 4 Hijau
jadual operasi Kedai Buku a/p Marimutu -Pengemaskinian
Sekolah melalui Tanuja Krishan a/l senarai buku memang
whatsapp, telegram. Jegadesh sentiasa dibuat setiap
Kumar tahun oleh pihak
-Pihak sekolah / guru sekolah.
perlu menyampaikan 4 Hijau
maklumat lebih awal. -Pihak sekolah sentiasa
Unni Abhinan menyampaikan
Lauretta Sai Yogananth maklumat awal, walau
Perema bagaimana pun ada
4 Hijau maklumat yang perlu
menunggu kelulusan
Rachel daripada pihak
Lavanya PPD/JPS dan
sebagainya
4 Hijau menyebabkan
kelewatan maklumat
kepada ibu bapa.

-Mencadangkan guru- Wong Kwi Mahaveera Pihak sekolah akan
guru mengambil gambar Choo Kausigan memaklumkan
pembelajaran (Latihan/ Wong kepada guru-guru
nota di papan putih) di untuk mengambil
dalam kelas dan 1 Hijau tindakan sewajarnya.
masukkan ke dalam
whatsapp sebagai
rujukan murid yang tidak
hadir.

36

SK (1) SIMPANG LIMA KLANG

-Mencadangkan agar Ramya a/p Kavidaarshan Pihak sekolah akan
maklumat penyediaan Shunmugadas a/l meminta guru untuk
barang seni bagi s Uthayakumar memberi maklman
kegunaan Pendidikan lebih awal.
Seni dimaklumkan awal 1 Kuning
(bukan pada waktu
malam)

2 KO-KURIKULUM Haymarash Anjana Pihak sekolah akan
Manogaran Bawany Dewy memastikan kedai
-Stok baju sukan perlu a/p buku sekolah bersedia
mencukupi. Haymarash awal.

2 Hijau

Sivaneswaran Sharrman
Kanapathi Sivaneswan

4 Hijau

3 HAL EHWAL MURID G.Kala Lekssana Pihak sekolah akan
Jayapoovan memberi makluman
-Cadangan supaya kepada pengusaha
kantin sekolah 2 Hijau kantin untuk tindakan.
mempelbagaikan menu
dan makanan berkhasiat
untuk murid-murid.

-Harga makanan di Annushaamal Kaveenesha Pihak sekolah sentiasa
kantin perlu er a/p Surendran memantau harga
dipertimbangkan makanan di kantin
1 Hijau bagi memastikan

4 INFRASTRUKTUR/
KECERIAAN

-Pihak pengawal sekolah Haymarash Anjana -Kawalan keselamatan
perlu menjalankan tugas Manogaran Bawany Dewy akan dipertingkatkan.
dengan lebih baik. a/p
Haymarash

2 Hijau
Muhammad

37

SK (1) SIMPANG LIMA KLANG

-Mencadangkan Izzat bin Muhammad -Cadangan
pemasangan CCTV di Mazlan Asyraf bin pemasangan CCTV
pintu pagar masuk – Muhammad adalah cadangan
untuk tujuan keselamatan Izzat yang baik. Pihak
murid. sekolah dan PIBG akan
2 Kuning bekerjasama untuk
- Kebersihan tandas Radha a/p menaiktaraf
sekolah perlu diberi Alyana Taranya a/p keselamatan.
perhatian- tandas kotor, Puvaneswaran
rosak Shobha
Nambiar 2 Kuning

Aishwarya -Pihak sekolah dan
Shaistri PIBG akan
bekerjasama untuk
6 Hijau menaiktaraf sekolah
dengan program-
program
penambahan dana.
Pihak sekolah dan
PIBG mengalu-alukan
pihak ibu bapa
membantu mencari
dana untuk tujuan
tersebut.

-Mencadangkan pagar Lim Beng Chai Acelynn Lim Yi -Pihak sekolah akan
dan kawasan sekolah Qian mengadakan program
dicat gotong-royong
1 Hijau Bersama ibu bapa
untuk menceriakan
kawasan sekolah.
Sarana ibu bapa/
penglibatan ibu bapa
amat dialu-alukan.

5 SARANA IBU BAPA Sivaneswaran Sharrman Sebarang maklumat

Pihak PIBG perlu Kanapathi Sivaneswaran rasmi adalah melalui
mewujudkan komunikasi 4 Hijau pihak sekolah. PIBG
dengan ibu bapa hanya berfungsi
membantu

menjayakan

pelaksanaan. Namun

38

SK (1) SIMPANG LIMA KLANG

demikian, sebarang
masalah boleh
hubungi YDP / NYDP
PIBG.

39

SK (1) SIMPANG LIMA KLANG

40

SK (1) SIMPANG LIMA KLANG

41

SK (1) SIMPANG LIMA KLANG

42

SK (1) SIMPANG LIMA KLANG

43

SK (1) SIMPANG LIMA KLANG

Kehadiran Mesyuarat Agung PIBG 2021

44

SK (1) SIMPANG LIMA KLANG

45

SK (1) SIMPANG LIMA KLANG

46

SK (1) SIMPANG LIMA KLANG

47

SK (1) SIMPANG LIMA KLANG

SENARAI AJK PIBG YANG BAHARU 2022

Penasihat : ENCIK ELMI AZHAM SHAH BIN MARSOM @ ABD RAZAK (Guru Besar)

Yang DiPertua :

Naib Yang DiPertua :

Setiausaha :

Bendahari :

AJK Ibu Bapa :

:

:

:

:

AJK Guru :

:

:

:

Juruaudit :

:

TERIMA KASIH

48

SK (1) SIMPANG LIMA KLANG

AKTA PENDIDIKAN 1996

PERATURAN – PERATURAN PENDIDIKAN
(PERSATUAN IBU BAPA – GURU) 1998
[Sub peraturan 7(2)]

PERLEMBAGAAN PERSATUAN IBU BAPA – GURU (PIBG)
SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN (SATU) SIMPANG LIMA

Nama dan Alamat

1. Persatuan ini dikenal dengan nama:
PERSATUAN IBU BAPA – GURU SEKOLAH KEBANGSAAN (SATU) SIMPANG LIMA

2. Alamat yang didaftarkan bagi Persatuan ini ialah:
PERSIARAN RAJA MUDA MUSA, 41200 KLANG, SELANGOR

Tujuan-tujuan Persatuan
3. Tujuan-tujuan Persatuan ialah ;

(a) untuk mengadakan sesuatu forum dan perkhidmatan bagi kebajikan dan
kemajuan murid–murid dalam Sekolah dalam menigkatkan imej Sekolah;

(b) untuk membantu dan menambah usaha Sekolah dalam memenuhi kehendak
dan keperluan kebendaan murid–murid dalam kegiatan mereka;

(c) untuk membolehkan ibu bapa dan guru dalam Sekolah bertukar- tukar fikiran

dan maklumat mengenai pendidikan;

(d) untuk memberi peluang kepada ibu bapa dan guru dalam sekolah berunding

antara satu sama lain dengan cara memperbaiki taraf pendidikan anak–anak

mereka pada amnya; dan

(e) untuk membolehkan ibu bapa dan guru dalam Sekolah untuk berusaha
menambah kewangan Sekolah dan meningkatkan kemudahan fizikal bagi
tujuan meningkatkan kemudahan pengajaran dan pembelajaran.

49

SK (1) SIMPANG LIMA KLANG

Fungsi Persatuan
4. Fungsi Persatuan ialah untuk menjalankan aktiviti atau program bagi mencapai
tujuan – tujuan persatuan yang dinyatakan di perenggan 3, seperti;

(a) membantu dalam memajukan perkembangan murid dan menjaga kebajikan
murid;

(b) menambah sumber kewangan Sekolah bagi menambah dan meningkatkan
kemudahan di Sekolah;

(c) meningkatkan kemesraan dan menyediakan saluran komunikasi dan hubungan
antara Sekolah dengan masyarakat setempat;

(d) meningkatkan keceriaan premis Sekolah supaya dapat mewujudkan suasana
yang kondusif bagi menjayakan aktiviti dan program pendidikan.

Keanggotaan Persatuan
5. Anggota Persatuan terdiri daripada:

(a) semua guru di Sekolah;

(b) ibu bapa kepada murid yang belajar dalam Sekolah ; dan

(c) warganegara Malaysia yang diluluskan permohonan untuk menjadi anggota
Persatuan oleh Pegawai Pendidikan Daerah atau Pegawai Pendidikan Bahagian
atau Pendaftar, mengikut mana yang yang berkenaan (seperti di Lampiran A);
dan

6. Guru Besar atau Pengetua Sekolah hendaklah menjadi anggota ex officio dan
Penasihat Persatuan.

Jawatankuasa Persatuan
7. Persatuan hendaklah diuruskan oleh suatu jawatankuasa yang dikenali sebagai

“Jawatankuasa PIBG”. Jawatankuasa PIBG hendaklah dilantik oleh anggota
Persatuan pada setiap Mesyuarat Agung Tahunan.
8. Anggota Jawatankuasa PIBG hendaklah terdiri daripada warganegara Malaysia
sahaja.
9. Keanggotaan Jawatankuasa PIBG adalah seperti berikut:
(a) seorang Yang Di-Pertua;
(b) seorang Naib Yang Di-Pertua;
(c) seorang Setiausaha;
(d) seorang Bendahari; dan
(e) 11 (sebelas) orang Ahli Jawatankuasa.

50


Click to View FlipBook Version