Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti dengan mengaplilkasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam pembelajaran dan pengajaran (Pdp) selari dengan Hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025. TS25 adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui :- #SKPBK_MUMTAZ
#SKPBK_MUMTAZ
Setiap objektif program yang diwujudkan pasti mempunyai objektifnya yang tersendiri bagi menentukan ke mana hala tuju satu-satu program itu akan dibawa dan untuk memastikan program yang diadakan berjaya mencapai objektif yang telah ditetapkan. Antara objektif TS25 ialah :- #SKPBK_MUMTAZ
#SKPBK_MUMTAZ KONSEP TS25 Konsep Program Transformasi Sekolah TS25 (TS25) adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui:- • Persekitaran pembelajaran yang bermakna dan menyeronokkan • Kepimpinan yang berkualiti dan berwawasan • Guru yang kompeten dan beraspirasi tinggi • Komitmen komuniti yang padu
ELEMEN KEMENJADIAN MURID #SKPBK_MUMTAZ Pendidikan di sekolah melahirkan murid yang berilmu pengetahuan, berkemahiran berfikir, berkemahiran memimpin, berkemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian, dan mempunyai identiti nasional sejajar dengan hasrat enam aspirasi murid dalam PPPM 2013 – 2025. Sekolah berkualiti mempunyai perancangan akademik, kokurikulum, hal ehwal murid dan keceriaan sekolah yang kondusif untuk melahirkan persekitaran kerja yang positif dan disokong oleh kepimpinan berkesan, guru yang berkualiti serta sokongan PIBG dan komuniti. ELEMEN SEKOLAH BERKUALITI
#SKPBK_MUMTAZ 15 NOVEMBER 2022 Puan Siti Aidah binti Mohd Barozah, Guru Besar SK Perempuan Bukit Kuda menerima watikah pelaksanaan TS25 secara rasmi.