The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nrsyff, 2023-01-02 13:24:24

makanan warisan - nasi lemak

makanan tradisional e-book (2)

DISEMBER 2022 • ISSUE 1 • VOLUME 1

MAKANANAN WARISAN

NASI LEMAK SEBAGAI MAKANAN WARISAN YANG MENYATUPADUKAN BANGSA DI MALAYSIA

Monthly Magazine

PENULIS: (295281)
(295270)
1. NURUL SHAMEHA BINTI MUHAMAD YAZID (295395)
2. MUHAMAD AFIQ BIN MOHD YUSUF (295461)
3. MUHAMMAD AKMAL BIN ROSIDI (295404)
4. NUR AFRINA SYAFIQAH BINTI MAT HUSSIN
5. SITI AISHAH BINTI AHMAD TAJUDIN (295221)
(295219)
SUNTINGAN OLEH:

1. NUR SYAFIAH BINTI MUHAMAD SAFIA'AI
2. NORAMIRA SYARINA BINTI ZUBAIDI

DITERBITKAN OLEH:

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA,
SINTOK, 06010 BUKIT KAYU HITAM,
KEDAH.

HAK CIPTA (c) 2022 - UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan menggunakan isi kandungan
dan konsep buku ini dalam apa jua bentuk, cetakan dan elektronik,
television, radio dan segala jenis platform tanpa izin daripada pihak
Universtiti Utara Malaysia

DISEMBER Edition | 2022

ISI KANDUNGAN

01
PENGENALAN 03
makanan warisan

nasi lemak menjadi pilihan utama rakyat malaysia
04
LATAR BELAKANG 05
asal usul 07
cara penyediaan 08
kaedah penghidangan

keistimewaan nasi lemak

09
MAKANAN WARISAN MEMBENTUK PERPADUAN

nasi lemak menyatukan bangsa



MEMUPUK SEMANGAT PERPADUAN MENERUSI 11
MAKANAN WARISAN 12
13
inisiatif kerajaan


tindakan masyarakat 14
keberkesanan langkah kerajaan dan masyarakat
15
KESIMPULAN

RUJUKAN

PENGENALAN

MAKANAN Makanan warisan atau makanan tradisional adalah makanan
WARISAN dan minuman yang biasa dimakan oleh masyarakat tertentu
dengan cita rasa khas yang diterima oleh masyarakat
tersebut. Bagi masyarakat Malaysia umumnya, aneka
makanan tradisional seperti karipap, nasi lemak, roti canai
dan sebagainya. Di samping itu, makanan tradisional juga
mengandungi segi positif yang lain seperti bahan-bahan
yang bervitamin, serat, murah dan mudah didapat, sesuai
dengan selera masyarakat sehingga diyakini mempunyai
potensi yang baik dijadikan sebagai makanan.

Dengan beragam dan bervariasinya bahan
utama, maka dapat dihasilkan bermacam-
macam jenis makanan tradisional yang
sedemikian rupa sehingga menjadi makanan
yang lazat. Demikian juga dengan cara
pembuatannya yang dilakukan dengan
berbagai cara seperti membakar atau
memanggang,pengasapan,pemepesan,
pengukusan, menggoreng dan menumis.

Makanan tradisional dipengaruhi oleh kebiasaan
pemakanan masyarakat yang berada di dalam sistem
sosial budaya yang berbagai golongan etnik dan
kaum di tempat-tempat tertentu. Makanan tersebut
disukai kerana rasa, tekstur dan aromanya sesuai
dengan selera masyarakat Malaysia. Demikian juga
dengan kebiasaan makanan khas sesuatu tempat
umumnya tidak mudah berubah, walaupun anggota
etnik berikut pindah ke tempat lain.

01

Malaysia merupakan sebuah negara membangun yang
istimewa kerana dihuni oleh masyarakat yang berbilang
etnik. Etnik Melayu, Cina dan India merupakan etnik utama
di Malaysia. Selain itu, Malaysia juga mempunyai kira kira
80 kaum etnik lain seperti Baba Nyonya, Kadazandusun dan
Iban. Etnik Melayu merupakan kumpulan etnik terbesar di
Malaysia iaitu merangkumi lebih 57 peratus penduduk
negara ini. Penduduk Melayu, Cina, India dan pelbagai
kaum dan etnik yang lain telah hidup bersama sejak
beberapa generasi. Oleh yang demikian, pelbagai budaya
yang berbeza dari setiap etnik akan saling mempengaruhi
dan seterusnya menghasilkan gabungan variasi budaya
Malaysia yang unik.(Zainudin, D. Z. 2016, April 1)

Terdapat pelbagai aspek dalam mewujudkan
kepelbagaian budaya antaranya cara pemakanan,
sambutan perayaan, pemakaian tradisional dan banyak
lagi. Seperti yang kita sedia maklum, setiap kaum di
Malaysia ini mempunyai sejarah tentang makanan
tradisional kaum masing-masing. Pada hari ini, makanan
juga memberi impak yang besar dalam mewujudkan
variasi etnik di Malaysia. Sebagai contoh, roti canai, nasi
lemak, lontong, tosei, capati serta yong tau fu bukan
hanya di makan oleh etnik Melayu, Cina dan India sahaja
malahan semua makanan ini dimakan oleh sesiapa sahaja
tidak terkecuali bangsa asing yang datang berhijrah untuk
mencari peluang pekerjaan mahupun melanjutkan
pelajaran di Malaysia.(Zainudin, D. Z. 2016, April 1)

02

NASI LEMAK MENJADI

PILIHAN UTAMA

RAKYAT MALAYSIA

Sebagai yang kita ketahui, rakyat Malaysia sangat sinonim dengan pemakanan yang
berasaskan nasi. Seperti yang sedia maklum pebagai sebab yang telah menjadikan nasi
lemak sebagai pilihan utama rakyat Malaysia, antaranya ialah mempunyai hidangan
yang lengkap, mudah didapati dan sesuai dimakan pada bila-bila masa.

Sesuai dimakan pada bila-bila masa Mudah didapati
Nasi lemak kebiasaannya sesuai untuk Nasi lemak mudah didapati di mana-mana
dijadikan sebagai sarapan mahupun sebagai sahaja malah dengan harga yang murah
juadah pada waktu malam,secara ringkasnya menjadikan nasi lemak disukai sebagai
nasi lemak sesuai untuk dimakan pada bila- juadah utama. Selain itu, ia juga mudah
bila masa. Ianya kerana nasi lemak boleh untuk dimasak oleh para ibu sebagai sajian
dijadikan sebagai hidangan yang tidak terlalu kepada keluarga kerana kaedah untuk
berat untuk dijadikan sebagai sarapan. memasaknya yang mudah dan bahan-
Manakala untuk dijadikan juadah pada waktu bahan yang mudah untuk didapati. Proses
petang atau malam ia boleh ditambah dengan untuk memasak nasi lemak juga tidak
pelbagai lauk seperti ayam, udang, sotong sesusah untuk memasak nasi berperisa
dan bermacam lagi untuk menjadikan ia yang lain
sebagai juadah yang berat dan
mengenyangkan Hidangan yang lengkap
Nasi lemak merupakan satu hidangan yang
lengkap kerana semua sajian lengkap dengan
semua rasa telah berada di dalam satu
pinggan hidangan. Ianya mudah kerana tidak
lagi perlu memikirkan apa yang perlu
dikombinasikan di dalam satu hidangan.
Nasinya yang berasa lemak santan dan
didatangkan lagi dengan sambal dan pelbagai
lauk seperti telur, ikan bilis, timun dan
kacang sebagai sayurnya

03

LATAR
BELAKANG

ASAL USUL NASI LEMAK

Adakah anda Majoriti rakyat Malaysia sangat menggemarkan nasi lemak sehingga ia
merupakan salah menjadi satu hidangan ruji harian yang wajib dinikmati setiap hari tidak
seorang penggemar kira pagi, petang atau malam.. Nama nasi lemak datangnya dari rasa nasi
itu sendiri yang berlemak dan berkrim kerana ia ditanak dengan
nasi lemak? menggunakan santan kelapa. Pada dulu kala, nasi lemak ini akan dimakan
bersama kangkung, ikan selar goreng serta sambal tumis sebagai sarapan
pagi. (Bibi Mokrat,2016)

Dikatakan bahawa bermulanya sejarah nasi lemak ini wujud adalah disebabkan oleh Tahukah anda
masyarkat Melayu pada zaman dahulu yang menempat di pinggir pantai. Nasi lemak bagaimana
tercipta adalah kerana bahan-bahan untuk membuatnya yang mudah untuk didapati
dan bagi memaksimumkan penggunaan sumber makanan di sekeliling mereka wujudnya asal usul
seperti ikan selar hasil dari tangkapan di laut, sayur kangkung yang merupakan nasi lemak di
sayuran yang tumbuh meliar dan santan boleh didapati dari pokok kelapa yang Malaysia?
tumbuh di pesisiran pantai. Seterusnya, pada zaman dahulu, setiap pagi para petani
akan membawa hidangan ini ke bendang sebagai bekal semasa bekerja dan mereka
akan membungkus makanan ini dengan menggunakan daun pisang. Daun pisang
yang digunakan untuk membungkus nasi lemak ini menghasilkan satu bau aroma
yang membuatkan santapan ini mejadi lebih harum. (Bibi Mokrat,2016)

Richard Olaf Winstedt iaitu sorang cendiakawan dan pentadbir kolonial telah disebut seawal tahun 1909
tentang nasi lemak Disamping itu, nasi lemak yang dibungkus dalam saiz yang lebih kecil daripada saiz
bungkusan pada hari ini, akan dijual pada harga 30 sen dan peniaga-peniaga ini akan berteriak “nasi,
nasi, nasi lemak”. Ini merupakan cara untuk menjual nasi lemak bagi menarik orang ramai membeli
pada era 70an di Malaysia. Hidangan ini merupakan makanan tradisional masyarakat Melayu kerana
dahulu ia disediakan dan disantap oleh orang Melayu tetapi kini ia letah mejadi satu hidangan
kegemaran rakyat Malaysia yang mempunyai berbilang kaum. (Bibi Mokrat,2016)

04

RESEPI NASI LEMAK

BAHAN-BAHAN (NASI) 3.Masukkan santan, halia dan sedikit
garam secukup rasa ke dalam periuk
3 cupak beras (dibasuh dan ditoskan) nasi yang berisi air tadi.
1-2 inci halia (ditumbuk)
5 helai daun pandan 4.Kemudian letakkan daun pandan
1 kotak kecil santan dan minyak masak.
Garam secukup rasa
3 sudu besar minyak masak 5.Seterusnya, hidupkan suis periuk nasi
yang mengandungi campuran
CARA PENYEDIAAN bahan-bahan yang telah dimasukkan
tadi.
1.Sukat beras di dalam periuk nasi dengan
menggunakan jari telunjuk. 6.Apabila sudah mula menggelegak
masukkan beras.
2.Alihkan beras ke dalam bekas lain dan isikan
air ke dalam periuk nasi yang kosong mengikut 7.Akhir sekali, kacau setiap 5 minit
sukatan beras tadi. sehingga nasi masak supaya nasi
sekata dengan santannya.

05

BAHAN-BAHAN (SAMBAL IKAN CARA PENYEDIAAN
BILIS)
1.Kisarkan bawang besar dan bawang putih
1 mangkuk ikan bilis (dibasuh dan sehingga lumat.
ditoskan)
3-4 biji bawang besar 2.Panaskan minyak masak dalam kuantiti
3 ulas bawang putih yang agak banyak.
½ mangkuk cili kisar
Air asam jawa 3.Setelah minyak sudah panas, masukkan
Garam bahan yang telah dikisar serta cili kisar
3 sudu besar gula sehingga ia masak dan garing dengan api
Sedikit gula melaka yang perlahan.
Minyak masak
3 biji telur ayam 4.Kemudian masukkan sedikit gula melaka
1 biji timun dan kacau rata.

5.Seterusnya, masukkan air asam jawa serta
ikan bilis.

6.Masukkan gula dan garam secukup rasa
7.Akhir sekali, rebus telur 10 hingga 12 minit

dan hiris timun untuk dihidang.

06

KAEDAH
PENGHIDANGAN

Nasi lemak merupakan salah satu hidangan
Melayu kegemaran rakyat di Malaysia sebagai
sarapan di waktu pagi dan hidangan minum
petang. Nasi lemak adalah makanan yang
dibungkus di dalam daun pisang dan berbentuk
segitiga. Nasi lemak merupakan nasi yang
dimasak dengan menambahkan santan kelapa

bagi menguatkan rasa lemaknya dan
dihidangkan dengan lauk sampingan seperti
bilis, timun, sambal, telur mata atau telur rebus.
Ketika memasak nasi lemak, daun pandan
dimasukkan bagi menguatkan aroma baunya.

Selain itu, nasi lemak biasanya disajikan Nasi lemak yang dibungkus secara
dengan timun, kacang, sambal, dan ikan bilis tradisional sering dilihat dibungkus dengan
goreng. Namun pada masa kini, nasi lemak menggunakan daun pisang sebagai pelapis
banyak dijual dengan pelbagai lauk. Tidak untuk menguatkan lagi aroma nasi dan
dapat dinafikan kaum Cina tempatan juga pembungkus luar yang digunakan sama ada
surat khabar lama atau kertas minyak. Nasi
memasak nasi lemak dengan lauk daging lemak yang dijual di pasar malam akan
khinzir kerana bagi mereka daging khinzir dibungkus dengan menggunakan bekas
lebih lazat dan lebih mengenyangkan daripada polidterin dengan kuantiti yang lebih banyak
daging ayam. Pelbagai inovasi telah dilakukan dan pelbagai jenis lauk pauk. Terdapat pelbagai
dalam memperbaharui nasi lemak pada masa jenis nasi lemak yang terdapat ni Malaysia
kini. Antara hidangan nasi lemak yang paling sebagai contoh Nasi Lemak Mambo Bistro
popular adalah nasi lemak yang dihidangkan
dengan sambal kerang, sambal sotong kering,
dan ayam goreng kampong.

07

KEISTIMEWAAN NASI LEMAK

Nasi lemak merupakan satu sajian makanan yang ringkas yang selalu dijadikan
makanan pilihan warga kota yang sentiasa kesibukkan. Harga yang murah juga
mendorong makanan terkenal ini semakin mudah didapati di mana-mana kedai atau gerai
sahaja. Nasi lemak mempunyai jumlah kalori dan tenaga yang tinggi serta mempunyai
komposisi lemak yang tinggi untuk membekalkan tenaga yang lebih bagi bekerja. Oleh
sebab itu, kebanyakan masyarakat Melayu di Semenanjung Malaysia, Selatan Thailand,
Brunei dan Singapura, menjadikan nasi lemak sebagai bekalan harian untuk santapan
mereka selepas membanting keringat.

Keunikan sendiri pada Nasi lemak ialah Nasi lemak mempunyai indeks glisemik
yang lebih rendah daripada nasi putih biasa kerana campuran dengan santan iaitu lemak
yang sihat akan menurunkan indeks glisemiknya. Makanan berglisemik indeks rendah
akan mengurangkan kadar memuncakkkan insulin yang menyebabkan pelbagai masalah
kesihatan. Santan kelapa mengandungi asid laurik yang bersifat anti keradangan.
Kebiasaannya Nasi lemak menjadikan telur sebagai lauk utama. Telur merupakan
makanan yang berprotein. Makanan berprotein tinggi sangat sihat kerana kandungan zat-
zat vitamin dan mineral yang baik. Pemakanan telur juga tidak meningkatkan kolestrol
atau meningkatkan risiko penyakit jantung. (Kamarulzaman, 2021)

Selain itu, Nasi lemak juga mempunyai sambal tumis yang dijadikan sebagai kuah.
Sambal mengandungi cili yang ditumis dengan bawang merah,bawang putih dan lain-
lain. Cili mengandungi bahan anti keradangan dan anti oksidan iaitu 'CAPSAISIN' yang
kesihatan. Cili juga baik untuk mengurangkan berat badan, risiko penyakit
kardiovaskular dan penyakit respiratori serta kanser. Nasi lemak juga tidak lengkap
tanpa timun. Timun adalah satu sayuran ulam yang sangat baik untuk kesihatan. Ia juga
kaya dengan serat, vitamin, mineral dan anti oksidan yang baik untuk kesihatan. Oleh
sebab itu, jumlah timun dalam nasi lemak perlu lebih banyak dan bukannya sepotong
sahaja. (Kamarulzaman, 2021)

Nasi lemak juga tidak lengkap tanpa ikan bilis dan kekacang. Ikan bilis adalah satu
sumber makanan dari laut yang tinggi protein,lemak omega 3 dan kalsium. Kandungan
lemak omega 3 didalamnya yang bersifat anti keradangan membantu mengurangkan
risiko penyakit kardiovaskular. Kacang tanah goreng pula adalah sumber makanan tinggi
protein, serat dan lemak omega 9 yang sihat. Ia juga mempunyai kandungan kanji degil
di dalamnya dan ia bersifat anti keradangan. (Kamarulzaman, 2021)

08

MAKANAN WARISAN
MEMBENTUK PERPADUAN

PERANAN DALAM MEMUPUK PERPADUAN BANGSA

Nasi lemak bukan sahaja menjadi kegemaran orang
Melayu tetapi turut dipelopori oleh kaum Cina,
India dan bangsa lain (Zainudin MZ, 2016,
September 20). Seperti senario yang sering kita lihat
pada setiap pagi; semua kaum menikmati keenakan
nasi lemak di kedai-kedai berdekatan rumah mereka
sebelum memulakan hari mereka. Dahulunya, nasi
lemak dihidangkan untuk sarapan pagi sahaja tetapi
selari dengan peredaran masa, nasi lemak turut
dijadikan hidangan tengah hari dan malam. Hal ini
jelas menggambarkan bahawa penerimaan nasi
lemak sebagai salah satu menu makanan warisan
dalam kalangan masyarakat etnik yang lain.

Tambahan lagi, nasi lemak kini mudah didapati
di mana-mana sahaja dari gerai di tepi jalan
yang sebahagiannya dimiliki oleh orang bukan
Melayu sehinggalah di hotel terkemuka kini
juga menyediakan nasi lemak sebagai salah satu
menu yang sering direkomendasikan kepada
tetamu. Bahkan nasi lemak juga kini
dihidangkan di rumah terbuka semasa musim
perayaan untuk dinikmati bersama rakan rakan
yang turut terdiri dari pelbagai kaum sekaligus
mengeratkan lagi hubungan di antara
masyarakat berbilang kaum.

09

Bukan itu sahaja, nasi lemak juga merupakan
sebuah sajian yang boleh diubahsuai
mengikut selera masing-masing. Misalnya,
nasi lemak boleh dimakan dengan lauk
sampingan seperti kari ayam, rendang daging,
sambal sotong dan pelbagai lagi. Sambal nasi
lemak juga boleh diubah tahap kepedasannya
sesuai dengan kemahuan setiap orang. Hal ini
membuktikan nasi lemak adalah makanan
yang boleh dinikmati oleh semua kaum di
Malaysia tanpa ada halangan dari segi citarasa
kerana ia bebas dimakan dan diubahsuai
mengikut pilihan masing-masing.

Nasi lemak mampu membentuk muafakat melalui perpaduan
yang terjalin apabila masyarakat yang terdiri dari pelbagai etnik
terlihat bersama sama menikmati makanan warisan ini bersama-
sama tanpa mengira kaum, agama, warna kulit dan latar
belakang. Sudah terang lagi bersuluh, bahawa juadah nasi lemak
memainkan peranan penting dalam membentuk bangsa berbilang
kaum di Malaysia yang bersatu padu.

10

INISIATIF MEMUPUK SEMANGAT
KERAJAAN PERPADUAN

MENERUSI MAKANAN
WARISAN

Mengadakan festival makanan warisan
Apabila kita menyebut festival makanan warisan, sudah tentu
makanan yang bermain di fikiran kita salah satunya ialah nasi lemak.
Contoh inisiatif yang telah dilakukan adalah Festival Nasi Lemak
yang dianjurkan oleh pihak MURAI pada 16 September yang lalu.
Objektif festival ini diadakan ialah menjadikan makanan nasi lemak
sebagai satu medium untuk menyatupadukan pelbagai kaum di

Malaysia. Festival ini diadakan di MYDIN Subang Jaya dan telah
melibatkan sebanyak 8 vendor nasi lemak terbaik. (Phic Arman,

2022, 26 September)

Mengadakan rumah terbuka
besar-besaran
Antara inisiatif yang lain ialah
mengadakan majlis rumah terbuka Hari
Raya Aidilfitri seperti yang dianjurkan
oleh kerajaan Selangor pada 24 Jun
2018. Terdapat 46 gerai makanan
termasuk 5 jenis nasi yang disediakan.
Menurut jawatankuasa jamuannya,
Mohd Elmi Syafiq Abdul Rahman
berkata, terdapat 5 jenis nasi yang
dihidangkan antaranya ialah nasi lemak
daun pisang. Majlis ini terbuka kepada
orang ramai tidak mengira agama dan
kaum. Maka, kaum Cina dan India juga
dapat merasa makanan warisan kaum
Melayu kita iaitu nasi lemak. (Nadiah
Zamlus, 2018, 23 Jun)

11

TINDAKAN MASYARAKAT

Memvariasikan nasi lemak Menyajikan nasi lemak semasa
rumah terbuka
Apabila bercakap tentang variasi nasi
lemak, sudah tentu pelbagai jenis nasi Setiap tahun, negara kita akan menyambut
lemak akan terlintas di minda kita. Salah pelbagai jenis perayaan yang diraikan oleh
satu contoh nasi lemak yang telah pelbagai kaum dan penganut agama yang
divariasikan ialah nasi lemak sambal ada di Malaysia. Sebagai rakyat yang
strawberi. Sesiapa sahaja yang melawat ke menetap di negara Malaysia, sudah pasti
kita tidak akan lari daripada menyambut
Cameron Highlands tentu sahaja akan perayaan seperti hari raya aidilfitri, tahun
terbayang-bayangkan keenakan buah baru cina dan deepavali bersama-sama
strawberi yang terdapat di tanah tinggi itu. dengan kaum lain.

Idea ini tercetus untuk memberi kelainan Semasa musim perayaan tahun baru cina
kepada pengunjung yang hadir ke pusat pada awal tahun 2022, masyarakat
peranginan popular itu. Krew AWANI telah Tionghua di Kampung Banggol Kemang
melakukan satu lawatan ke 200 Seeds Cafe Tiruk, Kuala Terengganu mengadakan
by Abang Strawberry yang terletak di tanah rumah terbuka dengan menghidangan menu
tinggi Cameron Highlands. Menurut Ketua tradisional seperti nasi lemak bungkus. Nasi
Pegawai Operasi Syarikat YBS Agro lemak dihidang bertujuan untuk menjamu
Premiere Sdn Bhd, Muhamad Munzir jiran terdekat yang berlainan bangsa dan
Lokman, beliau berkata bahawa nasi lemak agama yang hadir berkujung ke rumahnya
sambal strawberi ini mempunyai keunikkan seperti penduduk yang menganut agama
sendiri iaitu nasinya yang berwarna ‘pink’ Islam bagi mengeratkan lagi silaturrahim
dan sambalnya yang mempunyai rasa masin antara penduduk setempat. (Baharom
dan pedas, dan diikuti dengan rasa masam Bakar, 2020, Februari 1)
dan manis strawberi. (Isabella Leong, 2019,
Januari 21)



12

KEBERKESANAN LANGKAH
KERAJAAN DAN MASYARAKAT

Inisiatif yang telah diambil oleh kerajaan dan masyarakat bagi memperkenalkan nasi lemak secara
meluas telah berjaya memupuk semangat negara bangsa dalam jiwa masyarakat di Malaysia. Ini
dapat dibuktikan apabila jualan nasi lemak seluruh Malaysia bukan sahaja kaum Melayu yang
membeli, malah kaum lain seperti Cina dan India juga turut membeli.

Tindakan bijak masyarakat dalam melakukan inovasi terhadap makanan warisan iaitu nasi lemak
memberi kesan positif kepada rakyat dalam membina negara bangsa diantara penduduk di
Malaysia. Apabila menu baharu diperkenalkan dan tular di laman media sosial sudah pasti rakyat
Malaysia akan berpusu-pusu hadir bagi merasai hidangan yang tular tersebut. Ini dapat dilihat
apabila wujudnya nasi lemak sambal strawberi di Cameron Highlands, masyarakat tanpa mengira
bangsa dan agama akan duduk bersama bagi menikmati hidangan tersebut.

Alternatif bersama yang diambil oleh masyarakat dan kerajaan untuk menghidangkan nasi lemak
semasa majlis sambutan rumah terbuka bagi setiap perayaan yang disambut oleh hampir setiap
kaum di Malaysia memberi impak memberangsangkan dalam membina perpaduan diantara kaum
di Malaysia. Majlis sambutan rumah terbuka yang diadakan pasti akan dihadiri oleh masyarakat
tanpa mengira kaum dan agama, hidangan yang bersesuaian seperti nasi lemak dapat memberi
keselesaan bagi tetamu yang hadir untuk menjamu selera. Dalam masa yang sama, masyarakat
berlainan kaum dan agama dapat bertanya khabar sambil menikmati nasi lemak yang disediakan
bagi mengeratkan silaturrahim sesama bangsa.

Inisiatif lain yang diambil oleh keraajaan iaitu mengadakan festival makanan warisan nasi lemak
juga memberi impak yang baik terhadap hubungan sesama kaum di Malaysia. Kesan ini dapat
dilihat apabila pelbagai vendor menyajikan nasi lemak daun pisang mahupun nasi lemak yang
telah diinovasikan menjadi sushi telah mendapat sambutan orang ramai tidak mengira kaum.
Terdapat juga kaum Cina dan India yang telah mencuba nasi lemak iaitu makanan warisan kaum
Melayu kita. Hal ini dapat dikaitkan bahawa kaum Cina, India dan juga Melayu dapat bersatu
membentuk satu hubungan yang harmoni melalui saling bertanya dan memberi maklumat tentang
makanan warisan supaya mereka lebih memahami tentangnya.

13

KESIMPULAN

Kesimpulannya, makanan warisan menjadi cabang bagi masyarakat Malaysia
membentuk negara bangsa. Seperti yang telah dibincangkan, makanan warisan iaitu nasi
lemak berjaya mengekalkan perpaduan pada zaman kini. Dengan adanya makanan warisan
seperti nasi lemak, masyarakat dapat menerima kelainan dan keunikan gaya hidup setiap
kaum. Walaupun nasi lemak ialah salah satu makanan tradisi bagi orang Melayu, namun
kini kebanyakan etnik lain juga turut menggemari juadah ini.

Dapat dilihat pada zaman sekarang, masyarakat Malaysia mula memilih makanan
tanpa mengira asal usul menunjukkan adanya sifat keterbukaan untuk mencuba dan ianya
turut membuktikan rakyat Malaysia sudah menempuh satu era budaya yang baru dan tanpa
menghiraukan konsep asas seperti agama yang dipegang selama ini. Gambaran ini
menunjukkan perpaduan melalui aspek makanan berjaya diwujudkan oleh rakyat Malaysia.

Selain itu, dapat juga disimpulkan bahawa variasi makanan warisan seperti nasi
lemak yang telah diubah dari segi bahan dan cara penyediannya membuktikan adanya
pengaruh-pengaruh seperti modenisasi, globalisasi, dan interaksi antara kaum. Berikutan
itu, wujudnya satu bentuk identiti makanan yang lebih mencerminkan masyarakat majmuk
yang moden dan tidak lagi terikat secara khusus kepada sesuatu kaum. Perubahan positif
ini dapat menarik lebih ramai individu untuk mencuba dan menggemari nasi lemak.

Oleh yang demikian, setiap pihak memainkan peranan yang besar dalam mengekalkan
makanan warisan tidak kira sama ada individu, masyarakat atau kerajaan. Perpaduan yang
terjalin ini mestilah diperkukuh serta perbuatan yang boleh mewujudkan keharmonian dan
kesefahaman dalam kalangan rakyat Malaysia perlu dikekalkan dan ditambahbaik agar
menjadi tauladan buat generasi akan datang. Mengekalkan makanan warisan perlulah terus
dijadikan teras kepada perpaduan masyarakat majmuk bersesuaian dengan tajuk kajian
iaitu Nasi Lemak sebagai Makanan Warisan yang Menyatupadukan Bangsa di Malaysia.

14

RUJUKAN

Isabella Leong. (2019, Januari 21). Bagaimana rasa Nasi Lemak Sambal Strawberi di Cameron
Highlands?. Dimuat turun daripada https://www.astroawani.com/gaya-hidup/bagaimana
-rasa-nasi-lemak-sambal-strawberi-di-cameron-highlands-196537

Baharom Bakar. (2022, Februari1). Nasi dagang, nasi lemak berbungkus, hidangan Tahun Baharu
Cina. Dimuat turun daripada https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/02/917801
/nasi-dagang-nasi-lemak-berbungkus-hidangan-tahun-baharu-cina

Zainudin MZ, et al., (2016, September 20). Nasi lemak membina jambatan etnik di Malaysia.
Dimuat turun daripada http://zahirzainudin.blogspot.com/2016/09/nasi-lemak-
membina-jambatan-etnik-di.html

Nazurah Hassan. (2021, August 28). Step-by-Step: Resepi Nasi Lemak Mudah & Sedap. Mesti
Jadi!. Dimuat turun daripada https://siraplimau.com/cara-buat-nasi-lemak-mudah/

Cik Tom. (2021, December 11). Resepi Nasi Lemak Cara Mudah & Sedap. Dimuat turun daripada
https://www.ciktom.com/resepi-nasi-lemak-cara-mudah-dan-sedap/

Bibi Mokrat. (2016). Nasi Lemak: Sejarah Ringkas Makanan Kegemaran Malaysia. Dimuat turun
daripada https://www.google.com/amp/s/www.butterkicap.com/open-house/sejarah-ringkas-
nasi-lemak/amp

Afiza Kamarulzaman. (2020, September 18). Kenapa NASI LEMAK Menjadi 'Favourite' Orang
Malaysia? Ini Tips Untuk Nasi Lemak Lebih Enak Terkenang-kenang!. Dimuat turun
daripada https://gempak.com/intrend/kenapa-nasi-lemak-menjadi-favourite-orang-malaysia-
ini-tips-untuk-nasi-lemak-lebih-enak-terkenangkenang-41648

Shikh Saiful Rizal. (2019, December 29). Kenapa Orang Malaysia Sangat Suka Dan Bangga
Dengan Nasi Lemak. Dimuat turun daripada https://axello.net/kenapa-orang-malaysia
-sangat-suka-dan-bangga-dengan-nasi-lemak/

Dr Zahir Zainudin. (2016, April 1). Makanan tradisional etnik di Malaysia. Dimuat turun daripada
http://zahirzainudin.blogspot.com/2016/04/makanan-tradisional-etnik-di-malaysia.html?
m=1

• Phic Arman. (2022, September 26). Memang Meriah! FESTIVAL NASI LEMAK Anjuran
MURAI Berjaya Himpunkan Pelbagai Vendor Yang Kreatif & Unik. Dimuat turun
daripada https://murai.my/2022/155489/memang-meriah-festival-nasi-lemak-anjuran-
murai-berjaya-himpunkan-pelbagai-vendor-yang-kreatif-unik/

• Nadiah Zamlus. (2018, 23 Jun). Rumah Terbuka: 46 gerai makanan disedia termasuk 5 jenis nasi.
Dimuat turun daripada Rumah Terbuka: 46 gerai makanan disedia termasuk 5 jenis nasi
-Selangorkini

15


Click to View FlipBook Version