Peraturan Pendaftaran Squad
1. Penyertaan pasukan adalah terdiri daripada Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah
Teknik Zon Selangor dan Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur sahaja.
a. Semua pelajar yang didaftarkan di Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah
Teknik layak bermain dalam kejohanan ini. Pelajar yang sedang mengikuti latihan
industri dan pelajar yang menangguhkan pelajaran tidak dibenarkan menyertai
kejohanan ini.
b. Hanya kad pengenalan (asal) diterima sebagai bukti umur. Peserta yang hilang
kad pengenalan mesti mempunyai surat pengesahan dengan gambar daripada
Pejabat Pendaftaran Negara (Borang JPN 1 /11) dan salinan yang disahkan oleh
pengetua SMT/pengarah KV peserta berkenaan.
2. Setiap Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik hanya dibenarkan menghantar 3
wakil pasukan yang terdiri daripada pelajar-pelajar KV dab SMT masing-masing sahaja.
3. Setiap peserta hanya dibenarkan menyertai 1 PASUKAN sahaja.
4. Jumlah ahli pemain setiap pasukan yang mendaftar minimum 4 peserta dan 1 peserta
simpanan (pilihan).
5. Pasukan dibenarkan untuk mengguna atau menukar ahli tambahan untuk perlawanan lain
mengikut ahli pasukan yang sudah didaftarkan. Jika gagal berbuat demikian, pasukan itu
akan hilang kelayakan.
6. Peserta/pasukan adalah DILARANG SAMA SEKALI MENDAFTAR LEBIH DARIPADA
SATU (1) PASUKAN.
7. Peserta/pasukan yang mendaftar melebihi daripada satu pasukan akan
DISINGKIRKAN/DISQUALIFIED daripada perlawanan.
8. Semua perlawanan diadakan di ATAS TALIAN.
9. Setiap pasukan hanya menggunakan data internet masing-masing. Pihak penganjur tidak
bertanggungjawab di atas penggunaan data internet untuk setiap pasukan.
10. Semua peserta cuma dibenarkan menggunakan telefon pintar. Peserta tidak dibenarkan
menggunakan peranti selain daripada telefon pintar.
11. Penggunaan nama dan logo pasukan tidak boleh menggunakan sebarang perkataan
yang boleh menyinggung perasaan pasukan lain. Pihak penganjur berhak menolak atau
meminta pasukan menukar nama dan logo pasukan dengan yang lain.
12. Peserta diwajibkan untuk menyediakan dokumen pengenalan diri yang sah dalam format
digital semasa pendaftaran dalam talian semasa pendaftaran masuk pada hari
pertandingan.
13. Peserta diwajibkan untuk menyediakan apa-apa dokumen pengesahan tambahan
sekiranya diminta oleh pihak penganjur untuk tujuan pengesahan.
14. Yuran sebanyak RM160 (RM : Seratus Enam Puluh Ringgit Malaysia Sahaja) untuk
setiap KV/SMT.
15. Pembayaran yuran mestilah dijelaskan semasa mengisi borang pendaftaran pemain.
16. Pihak KV/SMT perlu menunjukkan resit kepada pihak penganjur.
17. Yuran pendaftaran tidak akan dipulangkan selepas proses pengesahan pendaftaran telah
dibuat.
18. Jadual perlawanan akan diberikan oleh pihak penganjur.
19. Pengurus pasukan/guru perlu menyediakan ahli pasukan masing-masing sebelum
perlawanan berlangsung.
20. Pengurus pasukan/guru perlu peka dengan jadual berkaitan room yang diberikan oleh
ADMIN.
21. Apabila Room ID dan password telah diberikan oleh ADMIN, setiap peserta di dalam
pasukan perlulah masuk di slot yang telah ditetapkan.
22. Peserta hanya diberi 10 minit untuk akses ke lobi perlawanan. Pihak penganjur tidak
bertanggungjawab sekiranya peserta lewat memasuki lobi.
23. Boleh membuat semakan mata di link yang diberikan, dan melaporkan kepada pihak
Admin jika ada kesilapan.
24. Rematch perlawanan hanya dibenarkan atas sebab-sebab tertentu:
a) Kerosakan Teknikal Pemain tidak dapat bergerak 90 saat pertama ketika masuk
ke perlawanan (mempunyai video klip sebagai bukti)
b) Bencana Alam yang menjejaskan perlawanan.
25. Format Permainan:
PUSINGAN MAP PEMENANG
Separuh Akhir Miramar/ Erangel Kedudukan 8 Tertinggi
Miramar/Erangel/Sanhok
Akhir 1 hingga 6
PENTING:
1. Wakil pasukan perlu menyimpan screenshot (ss) keputusan masing-masing, sebagai
rujukan ADMIN apabila perlu.
2. Setiap pemain perlu mengaku kalah ketika ‘lag’. Setiap pemain disarankan untuk
memeriksa sambungan internet dan data sebelum perlawanan dimulakan.
3. ADMIN akan membatalkan mana-mana peserta yang tidak mematuhi kedudukan slot.
4. ADMIN akan menolak markah pasukan yang tidak mengikuti peraturan yang telah
ditetapkan.
5. Pemain mestilah menggunakan IGN / Nama pemain yang didaftarkan sahaja. Pemain
boleh dilucutkan penyertaan atau kemenangan sekiranya menggunakan ign / nama orang
lain. Tertakluk kepada budi bicara pihak penganjur.
6. Ketua pasukan yang gagal untuk melapor diri kepada penganjur atau marshall dalam
waktu yang dinyatakan akan hilang kelayakan secara automatic termasuklah kelewatan
hadir bagi waktu dan jadual perlawanan.
7. Sebarang pendaftaran selepas tarikh akhir penyertaan adalah tidak dilayan.
ATURAN POINT TIE-BREAKER:
Overall Points > Kill Points > Chicken Dinner > Placement Point > Kill Points > Placement Last
Game
SISTEM PEMARKAHAN
SIMPLE RULES :
1. IGN hendaklah sama yang didaftarkan. Kegagalan mempunyai IGN yang sama dikenakan
DEMERIT 10 POINT.
2. TIADA PERTUKARAN PEMAIN DIBENARKAN. Pemain yang berdaftar sahaja dibenarkan
bermain. Admin akan periksa semua ID. Jika didapati melanggar peraturan, PASUKAN ANDA
akan DISINGKIRKAN.
3. Pemain hanya dibenarkan menggunakan TELEFON PINTAR sahaja.
4. SILA DOWNLOAD SEMUA MAP DAN UPDATE PUBG ANDA!
5. Admin TIDAK BERTANGGGUNGJAWAB Ke atas sebarang bug semasa perlawanan. TIADA
REMATCH DIBENARKAN! Kecuali bug yang dinyatakan di dalam RULES.
6. MIC ALL DILARANG! Tindakan tatatertib akan dikenakan ke atas pasukan yang didapati
menggunakan MIC ALL.
7. Admin TIDAK AKAN MELAYAN sebarang RAYUAN untuk DELAY. Kita akan FLY ON TIME.
8. SCREENSHOT result untuk setiap match! Pihak kami akan memaklumkan sekiranya kami
memerlukan screenshot tersebut.
9. PENGGUNAAN FLAREGUN ADALAH DILARANG.