Dodol sebagai
Makanan
Tradisional
Kumpulan 10 : Makanan Tradisional
Kod kursus : SADN1033 Kenegaraan Malaysia
Pensyarah : Dr Nik Mawardi
bin Mohamed
Presenting our team...
Azizi Azri Safwan Adli Azidee bin Ahmad
289318 289142 289295
(Ketua Kumpulan)
Nariza binti Zain Nurul Fatihah
289153 289191
Perkara yang
dibincangkan
Pengenalan Kepentingan menjaga warisan
Sejarah & asal usul makanan tradisional
Resepi dan cara Cabaran dalam mengekalkan
penyediaan warisan makanan tradisional
Kesimpulan
Pengenalan
terkenal di Malaysia, Singapura, Brunei, Philipine &
Myanmar
Banyak didapati pada musim perayaan ; Hari Raya
Aidilfitri yang disambut oleh orang melayu Islam
Sangat serasi di setiap peringkat umur. Tidak kira tua
ataupun generasi muda
Teksturnya juga sangat kenyal dan sedap untuk
dinikmati oleh pelbagai kaum di Malaysia
Dodol juga berasal daripada Negeri Sembilan, Muar dan
juga Melaka
Varian yang pelbagai di Malaysia spt yang manis, perisa
pandan, coklat dan sebagainya
Safwan Adli
289142
Sejarah & Asal Usul
dodol merupakan salah satu manisan yang
berasal dari Betawi, Indonesia yang mana
kehadiran dodol yang berunsur beras di
dalamnya adalah simbol kepada budaya agraria
masyarakat Betawi dahulu kala
Di Negeri Sembilan, masyarakat di negeri itu
menamakan dodol sebagai "penganan" yang
mana sangat berbeza panggilannya jika
dibandingkan dengan negeri- negeri yang lain
Dengan adanya pelbagai versi dan rasa dodol,
perasa durian adalah rasa yang sangat popular
yang diberi nama “lempuk” dan berwarna kuning
yang lebih popular di Thailand, Kelantan dan
Terengganu
Resepi
3kg gula merah
5 cawan air masak
Santan
3 Kilogram tepung pulut
4 sudu besar tepung beras
Secubit garam
Daun pandan
Cara penyediaan
Langkah 1
Mula-mula sekali, sediakan kawah panaskan. kemudian
masukkan santan bersama air ke dalam periuk tersebut.
Tambahkan daun pandan yang telah diikat ke dalam periuk
tersebut untuk membangkitkan aroma pandan dan
menambahkan selera dodol anda. Tambahkan air mengikut
kesesuaian.Gaulkan sehingga sebati dan tunggu sehingga
pecah minyak.
Cara penyediaan
Langkah 2
Apabila santan sudah kelihatan pecah minyak, masukkan
3 kilogram campuran air gula merah ke dalam kawah..
Kacau hingga sebati.Tambahkan pula 2 kilogram gula
putih.Teruskan gaul sehingga mendidih.Sedikan bancuhan
tepung pulut sementara menunggu.
Kemudian, apabila campuran santan,dan gula tadi sudah
mendidih, masukkan campuran bancuhan tepung pulut ke
dalam kawah tersebut. Kacau dan gaulkan sebati semua
bahan.
Masukkan juga sedikit garam agar memberikan rasa
berlemak pada dodol kita nanti.
Cara penyediaan
Langkah 3
Teruskan mengacau sentiasa dodol ini lebih kurang 4 -5
jam atau sehingga dodol menjadi pekat dan berwarna
gelap. Pastikan anda sentiasa mengacau dodol ini agar
tidak hangit dan melekat pada periuk. Oleh itu, seeloknya
anda menggunakan periuk yang tidak melekat.
Apabila dodol sudah bertukar ke warna gelap dan
mempunyai tekstur yang kenyal dan pekat bermaksud
dodol sudah siap dimasak.
Sejukkan terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam
bekas atau dibungkus untuk dijual.
Varian dodol di Malaysia
Dodol Daun Upeh Dodol Perisa Pandan
Dodol Plastik Kon
Dodol Lemak Durian Dodol Gula Melaka
Kepentingan Mengekalkan Makanan Tradisional
1. Merapatkan silaturrahim
Sudah menjadi adat hidangan juadah makanan tradisi
sewaktu musim perayaan
Setiap kali musim perayaan tiba seperti Hari Raya Aidilfitri
ataupun musim perayaan bagi kaum lain, mesti juadah
makanan tradisi sudah terhidang di atas meja makan
Sebagai contoh, dodol tidak dapat dipisahkan lagi daripada
orang Melayu. Jika dilihat pada musim perayaan, dodol sudah
semestinya menjadi hidangan wajib bagi setiap rumah
Sanak-saudara balik berkumpul dan masak makanan tradisi
bersama-sama
Kepentingan Mengekalkan Makanan Tradisional
2. Mewujudkan semangat perpaduan
Kepelbagaian bangsa, agama dan budaya di Malaysia secara
tidak langsungnya memandu kepada perkembangan variasi
jenis makanan warisan yang dapat mengukuhkan lagi
perpaduan kaum di negara kita
kini sesuatu kaum sanggup datang ke sesebuah restoran
untuk menikmati hidangan yang kebiasaannya dimakan
bangsa lain. Selain itu, ianya semestinya halal untuk di
makan.
Malaysia juga kaya dengan pelbagai makanan istimewa
terutama hidangan tradisional yang terdapat di setiap negeri.
Ia telah menjadi sebahagian keunikan dan identiti bagi
mengenali lebih dekat sosial dan budaya sesuatu masyarakat
negara
Kepentingan Mengekalkan Makanan Tradisional
3. Melahirkan modal insan yang berjati diri
makanan tradisional penting dalam meneruskan adat serta
warisan budaya yang diwarisi secara turun-temurun oleh
nenek moyang masyarakat majmuk di Malaysia
Dalam konteks masyarakat Malaysia, makanan tradisional
merupakan elemen yang penting untuk melambangkan identiti
dan keunikan sesuatu budaya dan bangsa
Oleh itu, jika anak muda di Malaysia sedar akan keunikan dan
keistimewaan budaya masing-masing, maka tidak akan
berlakunya kehilangan dan kepupusan budaya serta adat
tradisi
Kepentingan Mengekalkan Makanan Tradisional
4. Membantu Membangunkan Industri Pelancongan
Dodol mempunyai keunikan yang tersendiri dalam menarik
pelancong. Semua pakej keunikan inilah perlu diketengahkan
bagi menarik pelancong atau pengunjung untuk mencuba
sendiri cita rasa yang ditawarkan khasnya dodol ini
Jadi, keunikan menu dodol ini harus dijaga sama seperti asset
warisan supaya tidak tenggelam ditelan zaman
Faktor makanan menjadikan ramai pelancong luar melancong
ke Malaysia
Sebagai contoh, demo membuat dodol di Matic telah menarik
ramai pelancong untuk berkunjung.
Kepentingan Mengekalkan Makanan Tradisional
5. Menaiktaraf kehidupan luar bandar
Selain keropok lekor, kerepek pisang, dodol sebenarnya
memainkan peranan yang penting dalam memajukan industri
kecil-kecilan di perkampungan
Sebagai contoh, kerajaan telah memperkenalkan “Industri Kecil
dan Industri Sederhana”. Ini adalah bertujuan untuk
merancakkan hub industri pemakanan warisan tradisi sebagai
input dan penjana ekonomi utama penduduk kampung dan
sekitarnya
Membuka peluang pekerjaan di kawasan itu dan
meningkatkan ekonomi di luar bandar
Cabaran Mengekalkan Makanan Tradisional
1.Golongan Muda Hilang Minat Terhadap Makanan Tradisi
Pada zaman moden ini, negara kita telah didedahkan
dengan pelbagai jenis makanan sampingan yang berasal
dari Barat
Anak muda di Malaysia kebanyakannya lebih memilih
untuk membeli makanan Barat yang harganya lebih mahal
berbanding makanan tradisional yang murah dan
berpatutan
Kebanyakan yang menjual makanan tradisional ialah
golongan pertengahan umur dan golongan tua
permintaan kuih atau makanan tradisi masih banyak
tetapi tidak bagi yang berada di Kuala Lumpur
Masih gemar makanan bergoreng ataupun segera
Cabaran Mengekalkan Makanan Tradisional
2. Peruntukan Masa yang Lama untuk Menyiapkan Satu Hidangan
Satu hidangan dodol bukanlah satu perkara yang mudah
dalam pembuatan kuih tradisi ini. Pembuatan dodol
memerlukan jangka masa yang lama ataupun lebih kurang
7 jam untuk menyiapkannya dan memerlukan tenaga
untuk menggaul dodol tersebut
Salah satu sebab golongan muda tidak berminat kepada
makanan tradisi
Oleh itu, golongan muda lebih cenderung kepada makanan
segera yang diperkenalkan negara Barat berbanding
makanan tradisional
Kesimpulan
Secara asasnya dapat disimpulkan bahawa Kewujudan makanan warisan yang
dodol adalah satu sumber warisan tradisi sudah wujud ratusan tahun ini
masyarakat Melayu nusantara yang harus dan menjadikannya satu hidangan unik yang
patut dijaga dan dipelihara oleh pewaris hanya didapati di tanah nusantara ini
masyarakat Melayu itu sendiri
Makanan warisan seperti dodol ini dilihat sebagai satu medium dalam
proses penyatupaduan antara anggota masyarakat. Proses ini
kemudiannya akan menghasilkan satu rantaian silaturahim yang
harmoni dan merapatkan jurang perbezaan budaya, kaum, agama serta
kepercayaan bagi sesebuah kelompok masyarakat tersebut.
Lampiran
Lampiran
Rujukan
Aziz, Z. (2017, June 22). Dari Mana Datangnya Dodol? Ini Dia Asal Usul Makanan Kegemaran Kita
Yang Perlu Anda Tahu. Retrieved from Seismik: https://says.com/my/seismik/asal-usul-dodol
Abdul Raji, D M N. (2021, Jun 01). Berita Harian.
Dalily D. (2021, November 28). Orang muda hilang minat terhadap kuih tradisional? Malaysianow.
https://www.malaysianow.com/berita/2021/11/28/orang-muda-hilang-minat-terhadap-kuih-
tradisional
Ismail, A. (2020, November 25). Sains Makanan Disebalik Pembuatan Dodol. Retrieved from
Amanz: https://amanz.my/2020261570/
Rujukan
Mat Nor, I. (2015, Julai 10). Istimewa Juadah Raya; Dodol. Myrokan.
https://www.myrokan.com/2015/07/istimewa-juadah-raya-dodol.html
Raline. (2021, June 8). Sering Dijadikan Sebagai Pemanis Mulut, Ini Adalah Asal Usul Dodol.
Retrieved from Cari: https://b.cari.com.my/forum.php?
mod=viewthread&tid=1254581&extra=page%3D1
Wartawan Sinar Harian. (2019, September 03). Perpaduan melalui makanan warisan. Sinar
Harian