The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MUKA DEPAN TUGASAN INDIVIDU PPISMP latest-merged

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by wetyiirhuchj, 2022-04-21 09:04:48

MUKA DEPAN TUGASAN INDIVIDU PPISMP latest-merged

MUKA DEPAN TUGASAN INDIVIDU PPISMP latest-merged

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS

PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
Semester 2 Tahun 1

MUZK1113
ASAS TEORI MUZIK II

TUGASAN INDIVIDU

NAMA PELAJAR
MUHAMMAD AZIM ISKANDAR BIN AB AZIZ

ANGKA GILIRAN
2021232310287

NO. KAD PENGENALAN
03012303849

KUMPULAN/ UNIT
MUZIK C

Pengakuan Pelajar :
Saya mengaku bahawa kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan : AZIM Tarikh : 21 APRIL 2022

Nama Pensyarah EN SHAIFUDDIN BIN ABDUL RAHIM
Tarikh Serahan
21 APRIL 2022 Tarikh Terima
(Diisi oleh Pensyarah)

Pengesahan Pelajar :
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami.

Tandatangan : AZIM Tarikh : 21 APRIL 2022



Biodata

NAMA : MUHAMMAD AZIM ISKANDAR BIN
AB AZIZ

TARIKH LAHIR:23 JANUARI 2003
TEMPAT LAHIR:HROZ II

OPSYEN : PENDIDIKAN MUZIK C
A M B I L A N : J U N 2021

KAMPUS : IPG KAMPUS PERLIS
NAMA PENSYARAH : EN. SHAIFUDDIN BIN

ABDUL RAHIM
KOD/NAMA KURSUS : MUZK1113
HOBI:MENDENGAR LAGU & BERMAIN ALAT

MUZIK
NAMA IBU : SITI NORWATI BT MAMAT

PEKERJAAN IBU : SURI RUMAH
NAMA BAPA : AB AZIZ BIN HASSAN

PEKERJAAN BAPA : PENIAGA

Meter Tak Lazim
Duaan,
Tigaan dan
Empatan

- - - - - - - - - - -Meter Tak Lazim - - - - - - - - - - - - - -

- - - - - - - - - - - - -M-et-er-T-ak-L-az-im- -du-a-an-

Link Rujukan :
https://youtu.be/F3xsoi-NKw8

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - -Meter Tak Lazim tigaan - - - - -

Link Rujukan :
https://youtu.be/SfMXkx-3lRU

- - - - - -Meter Tak - - - - - - -Lazim empatan - - - - - - - - - - - -

Link Rujukan :
https://youtu.be/SfMXkx-3lRU

Ulasan meter

tak lazim

Secara keseluruhannya, saya telah memahami
tentang meter tak lazim yang merangkumi
meter duaan, tigaan dan empatan.

Secara ringkasnya, meter 6/8, 9/8 dan 12/8,
satu detik mempunyai 3 quaver manakala
bagi meter 6/16 dan 9/16, setiap detik
m e m p u nya i 3 s e m iq u ave r.

Lain pula dengan meter 12/16, setiap detik
m e m p u nya i 4 s e m iq u ave r.

Duplet

Apakah maksud Duplet ?

Duplet - sejenis tupper - adalah kumpulan
pengumpulan dua, yang sesuai dengan
panjang tiga jenis catatannya . Sebagai contoh:

❖ Duplikat 8 kali ganda merangkumi panjang
tiga nota (atau lurus) normal.

❖ Duplicate-note duplic span panjang tiga nota
ke-16 (atau seperempat catatan).

triplet menjadikan tiga nota menjangkau dua, oleh itu
mengurangkan setiap nota dalam kepada 2/3 panjang
asalnya.

Duplet memaksa dua nota untuk mengambil ruang tiga ,
menjadikannya sama 1 1/2 panjang asal mereka.

Duplets membuat irama irasional sementara dalam lagu.

Walaupun jarang digunakan, mereka dapat dilihat di jambatan
tetapi paling sering digunakan dalam piano jazz.

Mari mengira Duplets

Panjang Duplet Note-
Grouping
Duplet adalah sekumpulan
dua nota, yang
merangkumi tiga nota
jenisnya :

Sekiranya anda mengalami masalah menggenggam irama
duplet, putuskan langkah ke bahagian yang lebih kecil.
Sebagai contoh # 1 , yang mempunyai salinan duplikat
kelapan, anda akan menggunakan gelaran enam belas nota
sebagai rujukan anda (jatuh keenam belas pada 'ands' di
bawah);
Kiraan:
1 dan 2 dan 3 dan
Nota pertama duplik berlaku pada 1 , dan nota kedua jatuh
pada dan selepas 2.
02 dari 05

https://youtu.be/RFgQ4PkXNhw

https://youtu.be/_9mY4gVZQlo
https://youtu.be/RFgQ4PkXNhw

Ulasan

Tuntasnya, saya dapat mengenali apa itu duplets
dan cara untuk menyanyikan corak iramanya serta
nilainya bagi setiap meter yang berbeza.
Duplets merupakan 2 not dalam nilaian 3 not. (2
notes in the space of 3)
Duplets digunakan pada meter tak lazim.
Kebiasaannya, akan ada symbol no 2 di aats duplet
bagi memudahkan pemuzik mengenal pastinya.

Hubungkait
elemen irama
antara Nilai Not,
dan Tanda Rehat
dan Corak Irama

Nilai not dan tanda rehat

Semibrif adalah not yang mempunyai nilai asas 4 detik.
Semibrif dibahagi kepada 2 bahagian menjadi not minim.
Apabila minim dibahagi pula kepada dua bahagian dipanggil
krocet yang mempunyai nilai satu detik Not semibrif juga
dipanggil sebagai whole note atau not penuh. Not minim
dipanggil half note atau not perdua. Not krocet juga
dipanggil quarter note atau not perempat.

Selain dari bunyi, senyapan juga adalah sebahagian daripada muzik.
Manusia mencipta lambanglambang bagi rnenunjukkan bunyi dan juga
senyapan sebagai catatan atau nota membolehkan orang lain
memahami muzik tersebut.

TANDA-TANDA REHAT (REST)

https://youtu.be/Kcebasq4JWY
https://youtu.be/FDpKHV0gPhQ

Ulasan

Secara keseluruhannya, saya dapat menegnali
pelbagai jenis not, nilainya serta tanda rehat bagi
not-not tersebut berdasarkan nilai notnya.
Dengan itu, saya dapat menghasilkan pelbagai
corak iaram yang bergaia-bagai dengan
menggunakan jenis-jenis not yang saya pelajari itu.
Ia sangat membantu saya terutama dalam
memahami dengan lebih jelas tentang asas teori
muzik ini.

Himpunan Not
dengan Tanda
Rehat
berdasarkan
Meter

6
8

Keratan lagu dengan meter 6/8 di atas menunjukkan himpunan
pelbagai not sepanjang 4 bar.
Pada bar pertama terdapat 5 quaver dan satu baki tanda rehat quaver.
Pada bar ke 2 pula terdapat satu krocet bertitik, satu tanda rehat krocet
dan satu tanda rehat quaver. Kemudian pada bar ke 3 terdapat satu
not minim, satu tanda rehat quaver dan satu not quaver. Seterusnya,
bar terakhir terdapat dua not krocet, satu tanda rehat quaver dan satu
not quaver. Akhirnya dapat kita lihat bahawa setiap bar telah
dilengkapkan dengan pelbagai jenis nilai not dan tanda rehat yang
mencukupkan nilai 6 quaver atau 3 beat pada setiap bar.

9
8

Rajah di atas menunjukkan keratan lagu 4 bar dengan meter 9/8. Dapat kita
ketahui bahawa meter 9/8 akan terdapat tiga beat pada setiap bar yang
membolehkan terdapat 9 not quaver bagi setiap bar dan tiga not quaver pada
setiap beat seperti pada bar pertama. Terdapat satu semibrief dan satu quaver
pada bar kedua. Pada bar ke 3 pula terdapat 3 not krocet dan 3 tanda rehat
quaver. Bar terakhir mempunyai 2 not minim dan satu tanda rehat quaver.
Kesemua himpunan not dan tanda rehat pada keempat-empat bar telah
mencukupi nilai yang sepatutnya pada setiap bar bagi meter 9/8.

12
8

Rajah seterusnya pula adalah keratan lagu sebanyak 4 bar dengan meter 12/8.
Meter ini mempunyai 4 detik pada setiap bar dengan satu krocet bertitik atau 1
½ detik bagi setiap detik seperti yang ditunjukkan pada bar pertama. Kemudian,
bar kedua pula terdapat 5 not krocet, satu tanda rehat quaver dan satu not
quaver diikuti pada bar ketiga terdapat satu not minim, satu not krocet, 3 not
quaver dan baki yang mencukupi bar tersebut aitu satu tanda rehat krocet dan
satu tanda rehat quaver. Bar terakhir pula terdapat 3 not krocet, satu not minim,
satu tanda rehat quaver dan satu not quaver.

6
16

Keratan lagu di atas mempunyai 4 bar dengan meter 6/16. Bagi meter ini, setiap
bar mempunyai 2 detik di mana setia detik mempunyai 3 semiquaver yang
bersamaan 6 semiquaver bagi setiap bar. Pada bar pertama, terdapat 2 not
quaver dan satu tanda rehat quaver. Kemudian, bar kedua pula terdapat 6
semiquaver yang bersamaan dengan 2 quaver bertitik dan telah memnuhi nilai 2
detik bagi bar tersebut. Seterusnya bar ketiga pula terdapat satu krocet bertitik
yang sudah memenuhi nilai bagi bar tersebut dengan nilai 1 ½ diikuti bar
keempat yang terdapat satu tanda rehat quaver bertitik, satu not quaver dan
satu tanda rehat semiquaver. Bar terakhir pula terdapat hanya 3 not quaver
sahaja kerana setiap quaver bersamaan 2 semiquaver.

9
16

Bagi meter 9/16 di atas, terdapat 4 bar baluk yang diletakkan
pelbagai himpunan not. Bagi meter 9/16 ini, terdapat 3 detik
bagi setiap bar di mana setiap detik mempunyai 3 semiquaver
bersamaan dengan satu quaver bertitik. Pada bar satu, terdapat
satu quaver bertitik, 3 not semiquaver, satu tanda rehat quaver
dan satu tanda rehat semiquaver. Bar kedua pula, terdapat satu
not minim dan satu not semiquaver diikuti bar ketiga terdapat 2
not krocet dan satu not semiquaver. Pada bar keempat pula
terdapat 3 not quaver dan satu not quaver bertitik.

12
16

Rajah di atas adalah himpunan not sepanjang 4 bar dalam meter 12/16.
Bagi meter ini terdapat 3 detik pada setiap bar dengan satu quaver bertitik
bagi satu detik bersamaan 4 semiquaver. Ini bersamaan dengan 12
semiquaver bagi satu bar atau 4 quaver bertitik. Pada bar pertama,
terdapat satu not krocet, 2 quaver bertitik dan 2 semiquaver. Bar kedua
pula terdapat satu not minim, satu tanda rehat quaver dan satu not
quaver diikuti 2 not quaver, 2 tanda rehat semiquaver, satu not krocet dan
2 not semiquaver pada bar ketiga. Pada bar terakhir pula terdapat satu
not minim bertitik yang bersamaan 3 detik.

Ulasan

Secara amnya, saya dapat mengenalpasti pelbagai
himpunan not yang berbeza yang boleh dimainkan dalam
pelbagai meter seperti meter tak lazim berikut.
Ini sangat membantu saya membezakan kelainan antara
kesemua meter tak lazim tersebut apabila himpunan not
dimasukkan ke dalam meter-meter tersebut.

Pelbagai Corak
Irama dalam
himpunan Not
berdasarkan
Meter

6
8

9
8

12
8

6
16

9
16

12
16

Ulasan

Natijahnya, saya dapat menghasilkan pelbagai corak
irama yang berbeza dengan pelbagai not yang berlainan
berdasarkan meter tak lazim seperti berikut. Saya telah
memahami dengan lebih jelas bagaimana untuk mengira
setiap detik dan juga nilai not pada keratan lagu meter tak
lazim berikut.

Skel
Major & Minor
(Harmonik & Melodik)
sehingga 4# & 4b

Apa itu Skel ?

Skel merupakan satu siri gabungan pic atau not yang disusun dari nada
rendah ke nada tinggi dalam satu oktaf.Skel ini boleh di tulis secara
menaik dan menurun.
Struktur skel terdiri dari turutan 7 not yang berbeza serta di akhiri
dengan not ke lapan iaitu pic not yang sama seperti pic tonik rendah
hanya ia mempunyai bunyi yang lebih tinggi. Lapan (8) not ini
melengkapkan struktur skel satu oktaf.

Skel ini juga di panggil skel diatonik. Ini adalah kerana susunan not yang
berbeza dengan nama not serta bunyi yang berlainan. Ia juga memberi
nama skel tersebut berdasarkan not tonik . Skel diatonik terdiri dari not
yang mempunyai jarak satu ton dan setengah ton (semiton) yang disusun
mengikut teori skel tersebut. Lihat contoh gambarajah di bawah.

Skel

Major Minor

Apa itu Skel Major ?

Skel major adalah skel diatonik yang popular dalam muzik barat. Struktur skel
diatonik major terdiri dari not yang mempunyai jarak satu ton dan setengah ton
(semiton) yang disusun mengikut teori skel tersebut.

Sebelum kita memulakan pembelajaran skel major, perlu di ingatkan bahawa
anda harus mahir dalam mengenalpasti dan membezakan jarak not semiton
and ton.

Pembelajaran not ton and semiton telah anda laksanakan dalam unit 2. Ini
adalah penting supaya memudahkan anda dalam pembelajaran topic skel.

Skel major mengandungi tujuh not dan ditambah dengan not pertama (tonik)
sebagai not ke lapan iaitu oktaf. Skel major terbentuk daripada gabungan 5
ton dan 2 semiton.

Untuk membentuk skel major, not tonik sehingga oktaf mestilah disusun
mengikut T, T, S, T, T, T, S ( T=Ton, S=Semiton ).

Mengenal pasti jarak ton dan
semiton

C → C# = Semiton C → Db = Semiton C → D = 1 Ton
1 Ton
D → D# = Semiton D → Eb = Semiton D → E = 1 Ton

E→F = Semiton = Semiton E → F# = 1 Ton
Eb → F 1 Ton
1 Ton
F → F# = Semiton F → Gb = Semiton F → G = 1 Ton

G → G# = Semiton G → Ab = Semiton G → A =

A → A# = Semiton A → Bb = Semiton A → B =

B→C = Semiton = Semiton B → C# =
Bb → C

Struktur Formula Skel Major

Not 1→ 2 Not 2→ 3 Not 3→ 4 Not 4→ 5 Not 5→ 6 Not 6→ 7 Not 7→ 8

1 Ton 1 Ton Semiton 1 Ton 1 Ton 1 Ton Semiton

Skel Major

F Major Bb C Major D Major
Major G Major E Major
Eb A Major
Major Ab
Major

SKEL
MAJOR

Skel dengan not C menaik satu oktaf yang mengandungi not putih pada papan
kibod serta mempunyai formula struktur bagi skel major. Skel C tiada tanda
nada kerana ia adalah skel natural bagi skel major iaitu skel permulaan sebelum
anda meneruskan ke skel yang seterusnya.

Not pertama ke not 2 adalah jarak satu ton, not 2 ke not 3 juga jarak satu ton,
not ke-3 ke not 4 yang dikira daripada not rendah ke not tinggi ditandakan slur
menunjukkan jarak semiton dalam sesuatu skel. Tetrakod pertama merangkumi
not pertama ke not ke 4. Not ke 5 ke not ke 8 merupakan tetrakod ke-2.

Dalam skel C Major, ia terdiri dari Skel C menjadi skel panduan untuk mencari tanda
susunan 1 ton and semiton. Ia menjadi nada bagi nada major yang seterusnya iaitu nada
formula bagi struktur skel major. Lihat yang mengandungi syap(#)
gambarajah di bawah.

Penting :Setelah skel C Major anda
akan mengira not yang kelima (5)
dari skel C major

Skel G Struktur major skel seperti di bawah menunjjukkan
Major Skel G major mempunyai 1 # iaitu F#

Skel D Struktur major skel seperti di bawah menunjukkan
Major Skel D major mempunyai 2# iaitu F# dan C#.

Skel A Struktur major skel seperti di bawah menunjjukkan
Major Skel A Major yang mempunyai 3# iaitu F#, C# dan
G#.

Skel E Struktur major skel seperti di bawah menunjukkan
Major Skel E Major yang mempunyai 4# iaitu F#, C#,G#
dan D#.

Setelah anda mengetahui tanda nada bagi nada major yang menpunyai syap (#).Anda
akan meneruskan mencari tanda nada bagi nada yang mempunyai flet (b). Kita
memulakan dengan skel C Major. Anda masih ingat lagi mengapa kita perlu mulakan
dengan skel C?
Ya, betul ini adalah kerana ia mengandungi not putih pada papan kibod. Skel C juga tiada
tanda nada kerana ia adalah skel natural bagi skel major iaitu skel permulaan sebelum
anda meneruskan ke skel yang seterusnya

Kira not ke – 4 dari Not C untuk mengetahui skel yang seterusnya.

Not keempat iaitu not B perlu di rendahkan supaya padan dan
mengkut formula sktuktur skel major sebenar

Setelah not keempat direndahkan semitone, maka kita akan
mengetahui tanda nada bagi skel tersebut. Contohnya bagi
skel F Major, ia mempunyai 1 Flet iaitu Bb.

Skel F Struktur major skel seperti di bawah menunjjukkan
Major Skel F Major yang mempunyai 1b iaitu Bb.

Skel Bb Struktur major skel seperti di bawah menunjukkan
Major Skel Bb Major yang mempunyai 2b iaitu Bb dan Eb.

Skel Eb Struktur major skel seperti di bawah menunjjukkan
Major Skel Eb Major yang mempunyai 3b iaitu Bb, Ab, dan
Eb.

Skel Ab Struktur major skel seperti di bawah menunjukkan
Major Skel Ab Major yang mempunyai 4b iaitu Bb, Eb, Ab
dan Db.

Skel Minor

Harmonik Melodik

A Minor

D Minor G Minor E Minor B Minor
C Minor F Minor
F# C#
Minor Minor

Apa itu Skel Minor ?

Struktur skel minor terdiri dari turutan 7 not yang berbeza serta di akhiri
dengan not ke lapan iaitu pic not yang sama seperti pic tonik hanya ia
mempunyai bunyi yang lebih tinggi. Lapan (8) not ini melengkapkan struktur
skel satu oktaf.

Skel minor juga adalah skel diatonik. Ini adalah kerana susunan not yang
berbeza dengan nama not serta bunyi yang berlainan. Ia juga memberi
nama skel tersebut berdasarkan not tonik . Skel diatonik terdiri dari not yang
mempunyai jarak satu ton dan setengah ton (semiton) yang disusun
mengikut teori skel tersebut

Mulakan skel dengan not A menaik satu oktaf kerana ia mengandungi not
putih pada papan kibod. Skel A tiada tanda nada kerana ia adalah skel natural
bagi skel minor iaitu skel permulaan sebelum anda meneruskan ke skel yang
seterusnya.

Dalam skel A minor, ia terdiri dari susunan pelbagai 1 ton and semiton
mengikut turutan not rendah ke not tinggi. . Ia menjadi formula bagi struktur

.skel minor

Formula struktur Skel Minor

Not 1→ 2 Not 2→ 3 Not 3→ 4 Not 4→ 5 Not 5→ 6 Not 6→ 7 Not 7→ 8

1 Ton Semiton 1 Ton 1 Ton Semiton 1 Ton 1 Ton

Skel A Minor Natural satu oktaf skel menaik menjadi
rujukan untuk mencari not bagi skel minor yang ke
seterusnya.

Kira lima not daripada not pertama contohnya di atas ialah not A untuk
mengetahui not pertama bagi skel minor Natural yang seterusnya bagi tanda
nada syap (#).

Skel Minor
Harmonik

Apa perbezaan di antara skel minor natural
dengan skel minor harmonik ?

Skel minor harmonik asal nya dari skel minor natural. Ia menjadi minor harmonik apabila not ke
7 di tinggikan. Not ke 7 yang ditinggikan ini kekal semasa menaik dan menurun skel.
Struktur skel minor natural terdiri dari turutan 7 not yang berbeza serta di akhiri dengan not ke
lapan iaitu pic atau not yang sama seperti pic tonik hanya ia mempunyai bunyi yang lebih tinggi.
Lapan (8) not ini melengkapkan struktur skel satu oktaf.
Struktur skel diatonik minor natural terdiri dari pelbagai not yang mempunyai jarak satu ton dan
setengah ton (semiton) yang disusun mengikut teori skel tersebut.

Untuk pengetahuan anda, turutan menentukan skel seterusnya adalah
sama seperti di dalam skel minor natural. Iaitu mengira kira not ke lima dari
skel sebelumnya dan proses in diulang sehingga ke tanda nada 7 syap.

Skel minor harmonik asal nya dari skel minor natural. Ia menjadi minor
harmonik apabila not ke 7 di tinggikan. Not ini kekal semasa menaik dan
menurun skel. LIhat not ke 7 dan perhatikan perubahan yang berlaku. LIhat
perbezaan susunan not dalam skel minor natural dan minor harmonik.

Perbandingan susunan not dalam skel di antara Skel Minor
Natural dan Skel Minor Harmonik.

Jenis Minor 1→2 2→3 3→4 4→5 5→6 6→7 7→8

Minor Natural 1 Ton Semiton 1 Ton 1 Ton Semiton 1 Ton 1 Ton

Minor 1 Ton Semiton 1 Ton 1 Ton Semiton 1 ½ Ton Semiton
Harmonik

Proses mengubah skel minor natural ke skel
minor harmonik.

Skel A minor Harmonik satu oktaf Perubahan berlaku pada not
setelah perubahan di lakukan
berdasarkan skel minor natural ketujuh di mana ia harus

dinaikkan semitone.
G → G#

Skel E Minor
Harmonik
Skel E Minor Natural → E Minor Harmonik

D → D#

Skel B Minor
Harmonik
Skel B Minor Natural → B Minor Harmonik

A → A#

Skel F# Minor
Harmonik

Skel F# Minor Natural → F# Minor Harmonik

E → E#

Skel C# Minor
Harmonik

Skel C# Minor Natural → C# Minor Harmonik

B → B#

Skel D Minor
Harmonik

Skel D Minor Natural → D Minor Harmonik

C → C#

Skel G Minor
Harmonik

Skel G Minor Natural → G Minor Harmonik

F → F#

Skel C Minor
Harmonik

Skel C Minor Natural → C Minor Harmonik

Bb → B

Skel F Minor
Harmonik

Skel F Minor Natural → F Minor Harmonik

Eb → E

Skel minor melodik

Apa perbezaan di antara skel minor natural
dengan skel minor harmonik ?
Skel minor melodik asal nya dari skel minor natural. Ia
menjadi minor melodik apabila not ke 6 dan not ke 7 di
tinggikan apabila menaik skel dan kembali semula ke skel minor
natural apabila menurun skel. Turutan skel bermula dari A minor.
Proses menentukan skel seterusnya adalah sama seperti skel
harmonik iaitu mengira not ke 5 untuk tanda nada syap sehingga
ke 7 syap dan mengira kira not ke empat dari skel sebelumnya
dan proses in diulang sehingga ke tanda nada 7 flet

Pastikan not ke 6 dan ke 7 pada skel minor natural
dinaikkan semitone untuk membentuk skel minor melodik
seperti rajah di atas.
Kemudian, kedua-dua not tersebut harus Kembali
kepada minor natural semula apabila skel itu menurun.

Skel E Minor
Melodik

Skel E Minor Natural → E Minor Melodik

C → C#
D → D#

Skel B Minor
Melodik

Skel B Minor Natural → B Minor Melodik

G → G#
A → A#

Skel F# Minor
Melodik

Skel F# Minor Natural → F# Minor Melodik

D → D#
E → E#

Skel C# Minor
Melodik

Skel C# Minor Natural → C# Minor Melodik

A → A#
B → B#

Skel D Minor
Melodik

Skel D Minor Natural → D Minor Melodik

Bb → B
C → C#

Skel G Minor
Melodik

Skel G Minor Natural → G Minor Melodik

Eb → E
F → F#

Skel C Minor
Melodik

Skel C Minor Natural → C Minor Melodik

Ab → A
Bb → B

Skel F Minor
Melodik

Skel F Minor Natural → F Minor Melodik

Db → D
Eb → E

Ulasan

Rumusannya, saya dapat memahami dengan lebih mendalam
tentang skel major, skel minor harmonic dan skel minor
melodik.

Selain itu, saya juga dapat membezakan ketiga-tiga skel dari
pelbagai aspek seperti formula strukturnya, bilangan ton dan
semitone serta perubahan yang berlaku apabila ingin
membentuk skel minor harmonic dan melodik daripada skel
minor natural.

Saya juga dapat mengenal pasti kedudukan syap (#) dan flat
(b) bagi kesemua skel.

Perkara ini sangat membantu saya untuk lebih memahami
tentang asas teori muzik ini yang akan saya gunakan hingga ke
peringkat pengajian yang seterusnya.


Click to View FlipBook Version