INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KAMPUS IPOH, 31150 HULU KINTA
PERAK DARUL RIDZUAN
BMMB1104
KESUSASTERAAN KEBUDAYAAN MELAYU
Nama : AINI WAHIDA BINTI MOHD YUSOF
No. K/P : 011220080342
Angka Giliran : 2021242310144
Program : PPISMP
Ambilan : JUN 2021
Unit : X6
Nama Pensyarah : EN. ABDUL RANI BIN
HASSAN
Tarikh Hantar : 14 MAC 2022
PENGAKUAN PELAJAR
Saya mengaku bahawa tugasan kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali
nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.
Tandatangan Pelajar:________________________Tarikh : _____1_15_4/_3/_3/2_/2_0_02_22_2_______
PEMERIKSA MODERATOR
Markah Markah
Tandatangan Tandatangan
Cop Cop
Tarikh Tarikh
PENGESAHAN PELAJAR
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya
rujuki dan fahami.
Tandatangan Pelajar:__________________________Tarikh : _____________________
JKA/Jun2019
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH PENTAKSIRAN
BERTERUSAN (PB) TAHUN AKADEMIK: 2022
Program : PPISMP Nama Pelajar:
Kod : BMMB1104 Semester/Tahun: SEMESTER II / TAHUN 2022
Nama Kursus : KESUSASTERAAN DAN Ambilan JUN 2021
KEBUDAYAAN
:
MELAYU
Kumpulan X1, X2, X3, X4, X5, X6, X7, X8,
X9, X10 DAN X11.
:
TUGASAN TARIKH MULA TARIKH HANTAR
PENGHASILAN PRODUK 22 FEBRUARI 2022 14 MAC 2022
PERSEMBAHAN KPPB – GPMK1012; 14 MAC 2022 08 APRIL 2022
BMM1014; BMM1024; dan
BMM1034 (30 minit)
Hasil Pembelajaran Kursus:
1. Menerangkan konsep dan fungsi kesusasteraan Melayu serta manifestasi akal budi dalam puisi
tradisional. (C2, HPP1)
2. Menganalisis konsep masyarakat, budaya Melayu, bidang kebudayaan Melayu, kebudayaan
kebangsaan dan isu dalam kebudayaan Melayu. (C4, HPP2, KKG2)
3. Mengaplikasikan asas-asas kritikan sastera terhadap hasil karya sastera. (C3, A3, HPP2,
HPP5, KKG1, KIK2 )
Pentaksiran Berterusan ini bagi menilai hasil pembelajaran 1 dan 3.
Objektif Pentaksiran Berterusan:
Pelajar dapat:
1. Menerangkan dan menghuraikan konsep dan fungsi kesusasteraan Melayu serta manifestasi akal
budi dalam puisi tradisional dalam bentuk penghasilan produk iaitu e-book.
2. Mengaplikasi asas-asas kritikan sastera terhadap karya Sastera terpilih.
3. Membentangkan contoh karya sastera yang telah dianalisis melalui persembahan kumpulan.
TUGASAN 1 : Penghasilan produk (30%):
Karya-karya sastera memaparkan perutusan, amanat serta lontaran idea dan fikiran pengarangnya.
Hasil karya itu mencerminkan gagasan dan daya fikir pengarangnya yang ingin dikongsi bersama
pembaca. Sebuah karya itu terhasil daripada cetusan gabungan daya rasa, kepekaan dan
keprihatinannya terhadap apa yang diamati dan dialami oleh masyarakat.
i
Berdasarkan kenyataan di atas, anda dikehendaki menghasilkan produk iaitu e-book dengan
menerangkan konsep dan fungsi kesusasteraan Melayu serta memanifestasikan akal budi dalam
sebuah pantun, sebuah syair, sebuah seloka dan sebuah gurindam.
Anda dikehendaki menyiapkan e-book tersebut mengikut kreativiti masing- masing yang merangkumi
tajuk-tajuk berikut:
• takrif, jenis, bentuk dan ciri-ciri kesusasteraan Melayu.
• fungsi kesusasteraan Melayu dalam aspek hiburan, pendidikan, dakwah dan kritikan sosial.
• manifestasi akal budi dalam sebuah pantun, syair, seloka dan gurindam.
TUGASAN 2 Persembahan (30%):
KPPB – BMMB1114; BMMB1144; dan BMMB1124.
1. Dalam kumpulan yang tidak melebihi tiga orang, anda dikehendaki untuk mengaplikasikan ciri-
ciri kritikan sastera terhadap dua buah karya sastera :
i. sebuah karya sastera kanak-kanak
ii. sebuah karya sastera remaja
2. Persembahan dan aktiviti yang dilakukan perlu menghubungkaitkan aspek kandungan dan
elemen komunikasi dengan ciri-ciri komunikasi yang berkesan dan berhemah melibatkan
penggunaan pelbagai alat kemahiran berfikir dan dilakukan secara matang, kritis dan analitis
serta mempunyai nilai akademik yang tinggi.
3. Anda perlu menunjukkan kolaboratif yang baik dalam kalangan ahli kumpulan semasa simulasi
kumpulan dipersembahkan.
4. Tugasan ini berkongsi Idea Utama, iaitu Seni dan literasi menelusuri kesantunan bahasa dan
sastera dengan kursus-kursus yang lain, iaitu BMMB1114 – Pengenalan sistem ejaan jawi dan
rumi; BMMB 1144 – Kesantunan Berbahasa; dan BMMB1124 – Literasi Bahasa.
Arahan Pelaksanaan Tugasan:
1. Tugasan 1 merupakan tugasan INDIVIDU dalam bentuk penghasilan produk iaitu e-book.
2. Tugasan 2 merupakan tugasan KUMPULAN.
3. Tugasan 1 dilaksanakan meliputi perkara seperti yang berikut:
3.1 Dilaksanakan secara individu.
3.2 Boleh bergerak secara kolaboratif untuk mengumpulkan data atau maklumat. Namun anda perlu
memastikan bahawa setiap data atau maklumat yang digunakan mestilah merangkumi jurnal,
buku rujukan dan sumber Internet.
3.3 Hasil kerja perlu ditaip mengikut kaedah penulisan ilmiah.
3.4 Format penulisan seperti yang berikut:-
i. Muka depan kerja kursus pelajar hendaklah dimuat turun oleh pelajar sendiri dari iTEMS, IPG
Kampus Ipoh
ii. Muka surat pertama BORANG PENGESAHAN PELAJAR
iii. Muka surat kedua SOALAN TUGASAN iv.
Fon Arial.
v. Saiz huruf ialah 11 point.
vi. Langkau 1.5 baris.
vii. Penulisan dan sumber rujukan mengikut format APA (American Psychological Association) yang
terkini.
viii. Penulisan dalam bahasa Melayu menggunakan tulisan rumi.
3.5 Rujukan mencukupi yang terdiri daripada jurnal dan buku serta lampirkan senarai rujukan dalam
esei anda.
ii
3.6 Gejala plagiat TIDAK DIBENARKAN sama sekali.
3.7 Hasil tugasan PERLU diserahkan kepada pensyarah mengikut masa dan tarikh yang ditetapkan.
Tugasan yang dihantar LEWAT tanpa sebab yang kukuh boleh menjejaskan gred pencapaian.
4. Pelaksanaan Tugasan 2 adalah seperti yang berikut:
4.1 Persembahan Kumpulan yang terdiri daripada dua atau tiga orang dalam satu kumpulan.
4.2 Setiap persembahan kumpulan dijalankan selama 30 MINIT.
4.3 Semua ahli kumpulan perlu terlibat dalam persembahan kumpulan.
5. Pentaksiran berterusan ini secara keseluruhannya membawa markah 60%.
Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria seperti yang berikut :
1. Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci.
2. Tugasan haruslah meliputi perkara seperti yang berikut:
2.1 Persembahan yang menarik dan menjawab soalan tugasan.
2.2 Aspek kandungan tepat dan dapat mengupas kehendak soalan.
2.3 Rumusan mantap dan menjawab persoalan pentaksiran berterusan.
3. Bukti-bukti, bahan-bahan dan citation atau rujukan teks yang dapat menyokong hujah-hujah yang
anda kemukakan.
4. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian hasil kerja dan sokongan ilmiah.
5. Penulisan esei harus menunjukkan kefasihan bahasa dan kematangan hujah dalam
menterjemahkan maklumat secara kritikal dan analitikal.
6. Format dan organisasi tugasan perlu jelas dan koheren.
7. Rujukan perlulah daripada pelbagai sumber yang tepat dan memenuhi kehendak tugasan
(sekurang-kurangnya 10 SUMBER yang meliputi buku, sumber Internet, jurnal dan bahan- bahan
bercetak yang lain).
Kriteria Pentaksiran
Tugasan akan disemak berdasarkan skema pemarkahan dan rubrik pentaksiran yang disediakan.
Disediakan oleh: Disemak oleh:
.................................................. .................................................
(HJ. ABDUL RANI BIN HASSAN) (DR. NAZRI BIN ZAINUDIN)
Penyelaras Kursus BMMB 1104 Pakar Bidang (SME)
Kesusasteraan dan Kebudayaan Jabatan Pengajian
Melayu, Melayu, IPG Kampus
Jabatan Pengajian Melayu, Ipoh.
IPG Kampus Ipoh.
Tarikh: 03 FEBRUARI 2022
Tarikh: 28 JANUARI 2022
iii
Disahkan oleh:
.......................................
(SHAMSUDDIN BIN ABU BAKAR)
Ketua Jabatan Pengajian
Melayu,
IPG Kampus Ipoh, Perak.
Tarikh: 04.02.2022
iv
PENGHARGAAN
Pertama sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Encik Abdul Rani Bin
Hassan selaku pensyarah saya diatas kesudian encik meluangkan masa untuk memberi
tunjuk ajar dan bimbingan dalam menyempurnakan penghasilan produk ini. Teguran dan
tunjuk ajar daripada Encik Rani amat saya hargai.
Terima kasih juga kepada ibu dan bapa saya iaitu Mohd Yusof Bn Haji Rajali dan Saudah
Binti Baharudin kerana banyak membantu saya daripada segi kewangan dan moral.
Penghargaan ini juga buat rakan-rakan seperjuangan saya dari Unit X6 Kampus Institusi
Pendidikan Guru Ipoh kerana sudi membantu saya dari awal hingga akhir pelaksanaan
penghasilan produk ini. Jasa anda semua amat saya hargai.
Akhir sekali, ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam
menjayakan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segala bantuan yang
dihulurkan amat saya hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan anda semua, tugasan ini
tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna.
Sekian Terima Kasih.
ISI KANDUNGAN Muka Surat
Tajuk/ Perkara i-iv
Soalan Tugasan
Penghargaan 1
1.0 Pengenalan 1-2
2.0 Takrif Kesusasteraan 3
3.0 Jenis, Bentuk, dan Ciri-ciri Kesusasteraan Melayu 3-4
3.1 Kesusasteraan Melayu Tradisional 4-7
3.1.1 Prosa Tradisional 8-9
3.1.2 Puisi Tradisional 10-11
3.2 Kesusasteraan Melayu Moden 12
4.0 Fungsi Kesusasteraan Melayu 12
4.1 Hiburan 13
4.2 Pendidikan 13
4.3 Dakwah 14
4.4 Kritikan Sosial 14-15
5.0 Manifestasi Akal Budi 15
5.1 Akal Budi dalam Pantun 16-17
5.2 Akal Budi dalam Syair 17-18
5.3 Akal Budi dalam Seloka 18-19
5.4 Akal Budi dalam Gurindam 20
6.0 Penutup
1.0 PENGENALAN
Sastera merupakan hasil seni yang bahasanya indah dan disampaikan melalui bahasa.
Sastera juga dapat ditakrifkan sebagai hasil-hasil karya seni yang melibatkan perasaan
kemanusiaan atau ungkapan spontan yang mendalam dan mengandungi kehalusan bahasa
yang dinukilkan dalam bentuk yang mempesonakan. Oleh itu, menurut Ali Ahmad (1994)
sastera merupakan sesuatu yang berseni yang berkaitan dengan kehalusan atau estetika dan
bahasa. Beliau juga turut menjelaskan bahawa kesusasteraan itu ialah kehalusan bahasa
pencipta dalam karyanya dan keinginan pembacanya meneroka aspek kehalusan itu. Beliau
berpendapat bahawa estetika penggayaan bahasa merupakan asas kewujudan bagi hasil
kesusasteraan. Oleh hal yang demikian, beliau menafsirkan bahawa keindahan penggunaan
bahasalah yang menjadi asas bagi wujudnya hasil kesusasteraan. Namun begitu,
perkembangan masyarakat yang pesat pada hari ini telah mengubah dan menjarakkan
hubungan sastera dengan kehidupan yang dahulunya menjadi hak milik bersama tetapi kini
telah berubah menjadi kegiiatan yang barkaitan dengan pernyataan diri dan hak cipta.
2.0 TAKRIF KESUSASTERAAN
Pada zaman pramerdeka, seorang pendeta bahasa Melayu yang dikenali sebagai Za’ba telah
mendefinisikan kesusasteraan sebagai persuratan atau karangan. Kesusasteraan ialah satu
bentuk ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa. Kesusasteraan bermaksud semua
bentuk karya bernilai seni dan berguna. Manakala menurut pandangan Hashim seperti yang
dinyatakan dalam Azman Rahmat., et al (2022), kesusasteraan sebagai ciptaan seni yang
disampaikan melalui bahasa. Pernyataan ini disokong oleh M.K Danziger dan W.S Jahnson
seperti yang dinyatakan dalam Azman Rahmat., et al (2022) yang mendefinasikan sastera
sebagai satu seni yang menggunakan kata-kata sama ada sacara lisan atau bertulis. Bahkan
sastera juga merangkumi semua aspek yang menggunakan bahasa yang bersifat kreatif.
Karya seni kreatif yang dihasilkan oleh ciptaan manusia ini kemudiannya telah diterjemahkan
pula dalam bentuk lisan, prosa, penulisan, puisi naratif, dan bukan naratif.
1
Perkataan kesusasteraan terbentuk daripada perkataan Sanskrit, iaitu susastera yang
bermaksud huruf atau buku indah (Siti Hajar Aziz, 2011). Sastera daripada segi makna umum
bermaksud bahasa yang digunakan dalam kitab-kitab. Tambahan pula, menurut Kamus
Dewan Edisi keempat (2010), kesusasteraan bermaksud hasil seni atau karya tulisan dalam
bentuk prosa atau puisi yang mempunyai ciri-ciri keistimewaan yang tertentu. Seni
kesusasteraan pula ialah seni karang-mengarang bahan-bahan sastera yang berbentuk prosa
dan puisi. Kesusasteraan dalam bahasa Melayu juga mempunyai maksud yang sama dengan
literature dalam bahasa Inggeris. Perkataan literature berasal daripada perkataan literate
yang bermaksud huruf atau abjad.
Menurut Prof Dr. Hashim Awang, istilah kesusasteraan yang digunakan dalam bahasa Melayu
sebenarnya berasal daripada perkataan Sanskrit. Kata dasar sas- bermaksud mengarahkan,
mengajar atau memberikan petunjuk, manakala –tra merujuk kepada alat. Oleh hal yang
demikian, dapat disimpulkan bahawa sastra bererti alat untuk mengajar. Selain itu, awalan
su- pada perkataan ‘kesusasteraan’ pula memberikan erti baik atau indah. Imbuhan ke- dan
–an pula membawa maksud menyeluruh iaitu segala yang tertulis dan yang dianggap sebagai
karya sastera adalah bertujuan untuk memberikan panduan, petunjuk dan pengajaran.
Daripada penyataan tersebut, dapatlah difahami bahawa sastera dianggap sebagai gambaran
peribadi berupa pengalaman, pemikiran, perasaan, idea, semangat ataupun keyakinan dalam
bentuk gambaran konkrit yang membangkitkan keperibadian melalui pengantara bahasa .
2
3.0 JENIS, BENTUK DAN CIRI-CIRI KESUSASTERAAN MELAYU
Secara umumnya kesusasteraan Melayu dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu
Kesusasteraan Melayu Tradisional dan Kesusasteraan Melayu Moden. Pembahagian
kesusasteraan ini kemudiannya mempunyai beberapa bentuk dan genre kerana masing-
masing memiliki unsur-unsur khusus yang membentuk pola secara berbeza untuk tujuan
tertentu.
KESUSASTERAAN MELAYU
KESUSASTERAAN MELAYU KESUSASTERAAN MELAYU
TRADISIONAL MODEN
Rajah 1: Jenis Kesusasteraan Melayu
3.1 KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONAL
Tradisional dapat ditakrifkan sebagai serius dan abadi nilainya, tertinggi mutunya dan menjadi
standard kepada yang lain serta mempunyai ciri-ciri yang lazim yang tidak akan berubah
mengikut masa (Siti Hajar Aziz, 2011). Oleh hal yang demikian, prosa dan puisi tradisional ini
tetap kekal hingga ke hari ini dan masih menjadi sumber pengetahuan, pengajaran, atau
pengenalan masyarakat Melayu kepada masyarakat luar. Justeru itu, Kesusasteraan Melayu
Tradisional dapat dibahagikan kepada dua iaitu Prosa Melayu Tradisional dan Puisi Melayu
Tradisional.
3
KESUSASTERAAN MELAYU
TRADISIONAL
PROSA PUISI
NARATIF PANTUN
BUKAN NARATIF SYAIR
NAZAM
Rajah 2: Bentuk Kesusasteraan Melayu Tradisonal SELOKA
3.1.1 PROSA TRADISIONAL (NARATIF)
Hasil karya seni yang terdiri daripada prosa tradisional disampaikan melalui bahasa. Perkara
ini bertujuan untuk menyatukan falsafah pencipta dan penerimanya pada ketika itu. Oleh itu,
prosa tradisional terbahagi kepada dua genre iaitu sastera rakyat (lisan) dan sastera istana
(tulisan).
NARATIF
NARATIF LISAN NARATIF TULISAN
MITOS SASTERA UNDANG-UNDANG
LAGENDA SASTERA EPIK
CERITA RAKYAT SASTERA AGAMA
Rajah 3: Jenis-jenis Prosa Tradisional
4
a. Sastera Rakyat (Lisan)
Umum mengetahui bahawa sastera lisan merupakan hasil sastera rakyat yang dimiliki oleh
masyrakat melayu. Menurut Zaidan et al., seperti yang dinyatakan dalam Mohd Rafiek (2012),
sastera lisan bermaksud ungkapan daripada mulut ke mulut yang pernah menjadi budaya
kepada masyarakat tradisional dahulu dan isinya telah dinukilkan sebagai sastera tulisan
dalam masyarakat moden. Oleh hal yang demikian, sastera yang diwariskan secara lisan
seperti nyanyian rakyat dan cerita rakyat telah disebarkan dan dituturkan daripada satu
generasi ke satu generasi yang lain secara lisan. Antara ciri sastera lisan ini ialah hak milik
bersama (kepunyaan) Bangsa Melayu dan oleh sebab itulah sastera lisan ini tidak diketahui
nama pengarang atau penulisnya. Dengan itu, sebagai hasil sastera yang kaedah
penyebarannya ialah secara lisan, maka sastera rakyat ini telah banyak mengalami
perubahan dan tokok-tambah serta penyesuaian. Tokok-tambah dan penyesuaian ini telah
dilakukan oleh masyarakat dahulu kerana bagi menyesuaikan cerita tersebut dengan situasi
setempat. Oleh itu, sastera rakyat ini terbahagi kepada dua kategori iaitu naratif dan bukan
naratif. Sastera naratif terbahagi kepada mitos, legenda dan cerita rakyat manakala sastera
bukan naratif pula terdiri daripada puisi rakyat.
i. Mitos
Mitos ialah cerita yang dianggap benar-benar terjadi dan dianggap suci oleh empunya
cerita dan masyarakat yang mendukungnya. Mitos mengisahkan kejadian alam
semesta, manusia, binatang, tumbuh-tumbuhan, bentuk muka bumi dan kejadian
alam. Ciri-ciri mitos termasuklah dianggap benar-benar terjadi, berlakunya peristiwa
yang aneh tetapi penting, dianggap keramat dan memberi kesan kepada masyarakat
serta berlaku pada zaman lampau. Namun begitu, cerita-cerita mitos Melayu sudah
banyak mengalami kecairan hingga kadang-kadang tidak lagi menjadi mitos ekoran
daripada pengaruh agama yang dianuti. Mitos dalam sastera melayu terdiri daripada
tiga jenis iaitu mitos asal usul, mitos institusi sosial dan mitos politik.
ii. Lagenda
Lagenda merupakan cerita yang dipercayai benar-benar berlaku tetapi tidak dianggap
suci. Ciri-ciri lagenda termasuklah sejenis komunikasi lisan yang bercorak cerita
berasaskan kisah-kisah tokoh atau pahlawan. Latar masa dan sejarahnya tidak
semestinya masa lampau, tetapi masih ada hubung kait dengan masa silam. Antara
jenis lagenda dalam masyarakat melayu ialah lagenda keagamaan iaitu cerita
mengenai orang alim dan penyebar agama. Tokoh tersebut sememangnya wujud dan
menjadi bualan masyarakat iaitu Habib Noh dan Tok Kenali. Lagenda yang berikutnya
pula ialah lagenda memorat yang dianggap benar-benar terjadi. Kebiasaannya
5
lagenda ini berkaitan dengan pengalaman peribadi seseorang yang mempunyai unsur
tradisional seperti menziarahi kealam ghaib seperti dunia orang bunian. Lagenda yang
berikutnya pula ialah lagenda perseorangan yang berkaitan dengan tokoh-tokoh
tertentu yang dianggap segala peristiwa berkaitan dengan tokoh-tokoh tersebut benar-
benar terjadi. Contohnya cerita Mahsuri dianggap benar kerana ruang dan masa
berkaitan cerita tersebut benar-benar wujud seperti makam Mahsuri yang terdapat di
Pulau Langkawi.
iii. Cerita Rakyat
Cerita rakyat tidak dianggap benar-benar terjadi dan hanya dianggap sebagai sumber
huburan, menegakkan kebenaran dan mengandungi moral atau sindiran. Antara jenis
cerita rakyat ialah cerita binatang, cerita penglipur lara, cerita jenaka dan cerita
teladan. Kebiasaannya ciri yang terdapat pada cerita binatang ialah cerita tersebut
akan ditokohi oleh binatang yang mempunyai gambaran sikap dan tingkah laku seperti
manusia. Contohnya cerita sang arnab dan kura-kura merupakan antara cerita
binatang yang popular dan watak utama cerita tersebut yakni kura-kura merupakan
binatang bersaiz kecil tetapi cerdik dan penyabar manakala watak antoganis ialah si
arnab yang berlagak. Cerita penglipur lara pula ialah cerita yang dituturkan oleh para
penglipur lara seperti Awang Batil. Ciri-ciri yang terdapat pada cerita penglipur lara
ialah cerita tersebut dituturkan secara lisan dari satu generasi ke generasi yang lain
disertakan dengan tokok tambah dan cerita tersebut ialah milik masyarakat. Selain itu,
cerita tersebut banyak mengandungi unsur magis dan kesakitan serta latar tempat
biasanya di istana, dunia kayangan dan alam ghaib. Misalnya ialah Hikayat Malim
Dewa dan Hikayat Anggun Cik Tunggal. Seterusnya, cerita jenaka juga turut tergolong
dalam cerita rakyat dan cerita tersebut akan menimbulkan rasa geli hati dan gembira
bagi orang yang mendengarnya. Antara ciri yang terdapat dalam cerita ini ialah akan
wujudnya unsur kelucuan melalui jalan cerita atau dialog yang disampaikan. Contoh
karya bagi cerita jenaka ialah Pak Pandir, Pak Belang dan Pak Kaduk.
6
b) Sastera Istana (Tulisan)
Apabila masyarakat Melayu telah mula menerima pengaruh Islam, maka sistem tulisan juga
turut diserap dan diguna pakai dakam kalangan masyarakat Melayu. Oleh sebab itu,
berlakulah satu perubahan besar dalam penghasilan karya kesusasteraan iaitu peralihan
daripada lisan kepada tulisan. Namun begitu, kebolehan menulis ini lebih berpihak kepada
golongan bangsawan yang berdekatan dengan pihak istana manakala golongan rakyat biasa
pula masih kekal dengan kaedah lisan. Perkara ini telah menyebabkan lahirnya karya-karya
kesusasteraan yang berpusatkan istana. Karya-karya kesusasteraan ini ditulis menggunakan
tulisan jawi dan penciptaannya menulis karya-karya tersebut dengan tujuan untuk memenuhi
kehendak golongan istana. Oleh hal yang demikian, naratif tulisan ini terbahagi kepada
beberapa jenis iaitu:
i. Sastera undang-undang
Sastera undang-undang telah digunakan dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran
masyarakat lama serta terbahagi kepada dua kumpulan iaitu Adat Temenggung dan
Adat Pepatih. Antara contoh sastera undang-undang ialah Hukum Kanun Melaka,
Undang-undang Laut Melaka dan Undang-undang Pahang. Manakala sastera
undang-undang Adat Pepatih hanya diamalkan di Negeri Sembilan.
ii. Sastera Epik
Sastera epik turut dikenali sebagai sastera pahlawan dan bersifat sejagat. Sastera
epik mementingkan ciri kepahlawanan yang unggul dan memberikan gambaran yang
berlebih-lebihan bagi tokoh yang diceritakan dalam karya tersebut sehingga disanjung
oleh masyarakat. Sastera epik ini terbahagi kepada dua jenis iaitu epik kebangsaan
yang diwakili oleh Hang Tuah dan epik berunsur islam seperti Hikayat Amir Hamzah.
iii. Sastera Agama
Kebanyakan karya sastera agama berfokuskan pada cerita-cerita yang
menggambarkan kehebatan Nabi Muhammad SAW dalam menyebarkan agama islam
walaupun sering menghadapi pelbagai cabaran dan tentangan. Misalnya cerita
berkisar tentang Nabi Muhammad ini dapat dilihat dalam Hikayat Cendawan Putih.
7
3.1.2 PUISI TRADISIONAL
Puisi tradisional merujuk kepada susunan perkataan dalam bentuk karangan berangkap atau
suatu bentuk pengucapan dalam susunan yang istimewa berbanding dengan pengucapan
biasa seperti yang digunakan dalam pertuturan sehari-hari. Puisi merupakan genre sastera
yang paling awal bagi semua bangsa di dunia. Menurut Harun Mat Piah (1989), antara genre
dalam puisi tradisional ialah pantun, syair, gurindam seloka, talibun, teka-teki dan sebagainya.
Oleh itu, berikut merupakan jenis-jenis puisi tradisional yang terdiri daripada pantun, syair
nazam dan seloka.
PANTUN PUISI SYAIR
NAZAM TRADISIONAL SELOKA
Rajah 4: Jenis-jenis Puisi Tradisional
i. Pantun
Pantun ialah sejenis puisi Melayu tradisional yang digunakan untuk menyampaikan
pemikiran dan perasaan yang gembira, sedih, rindu, marah dan sebagainya. Pantun
sememangnya milik masyarakat melayu kerana menurut Za’ba (1978), semenjak
orang Melayu belum tahu surat menyurat, mereka telah pandai berpantun dan biasa
berbalas-balas pantun sesama mereka. Ciri-ciri pantu dapat dikenal pasti melalui
rangkapnya yang terbina daripada baris atau kerat yang berpasangan, misalnya dua
kerat, empat kerat, enam kerat, lapan kerat dan dua belas kerat. Namun begitu, pantun
yang popular dan terus berkembang ialah pantun dua kerat dan empat kerat. Selain
itu, skema rima di tengah atau bunyi di hujung baris adalah sejajar bagi pantun dua
kerat iaitu ‘a’, ‘a’. Stuktur pantun pula terdiri daripada dua unit, iaitu pembayang
(sebagai kiasan) dan maksud (sebagai inti persoalan). Pembayang ialah gambaran
alam dan maksud ialah gambaran sifat dan sikap manusia. Oleh hal yang demikian,
pantun yang baik ialah pantun yang mempunyai hubungan idea dan wacana antara
unit pembayang dengan unit maksud.
8
ii. Syair
Syair merupakan bentuk puisi berlagu yang dikatakan telah dibawa masuk ke
Nusantara dan dipercayai berasal daripada Arab dan Parsi. Perkataan syair berasal
daripada istilah Arab sh‟ir yang bererti puisi dan sha‟r yang bererti penyair, pengarang
atau penyajak. Istilah ini berkembang dalam pelbagai bahasa Nusantara seperti sa‟e,
saiyo, sair, singir dan akhir sekali syair. Dalam puisi Melayu tradisional, bentuk syair
dipercayai diperkenalkan dan dikembangkan oleh Hamzah Fansuri melalui Syair
Burung Punggak dan Syair Perahu pada sekitar abad ke-16 dengan tujuan
mengajarkan agama Islam. Syair terdiri daripada empat baris serangkap dengan rima
akhir ‘a’, ‘a’, ‘a’, ‘a’. Jumlah perkataan bagi setiap baris adalah tiga hingga lima patah
perkataan dan dalam satu baris syair tersebut akan terdapat satu hentian yang
ditandai dengan jeda. Kebiasaannya isi syair umumnya merupakan cerita atau
pemerian yang panjang sama ada mengenai kisah percintaan, keagamaan, falsafah,
pengajaran atau sebagainya.
iii. Seloka
Istilah seloka berasal daripada perkataan Sanskrit iaitu shloka. Dalam bahasa Melayu,
seloka beerti berseloroh, berjenaka atau menyindir. Seloka merupakan puisi yang
paling tua dalam kesusasteraan Melayu. Seloka dipercayai datang ke Tanah Melayu
ikutan perkembangan agama Hindu di Asia Tenggara. Teks Mahabarata dan
Ramayana merupakan buku terawal yang ditulis dalam bentuk seloka. Sebagai puisi
tradisional, karangan berangkap atau bahasa berirama, seloka lebih kearah pepatah,
bidalan atau perumpamaan yang mengandungi unsur jenaka, gurau senda, olokan,
ejekan dan sindiran. Walaupun seloka merupakan puisi bercorak senda gurau namun
isinya mengandungi sindiran yang menjadi pengajaran dan teladan kepada pembaca.
Kebanyakan seloka Melayu ditulis dalam bentuk terikat yakni empat baris serangkap
dengan memakai bentuk pantun atau syair. Selain itu, seloka merupakan karangan
berangkap yang memakai pertentangan bunyi rima hujung yang bebas dan
mengandungi unsur jenaka serta gurau senda. Perkataan sindiran atau ejekan turut
digunakan dan disampaikan dalam bentuk berangkap bagi digunakan untuk menyindir
sambil mengajar.
9
3.2 KESUSASTERAAN MELAYU MODEN
Hasil terbitan karya sastera selepas 1800 Masihi akan digolongkan dalam sastera moden
(Annas Hj. Ahmad seperti yang dinyatakan di dalam buku Siti Hajar Abdul Aziz, 2011).
Pembahagian daripada segi masa ini sebenarnya bertujuan untuk memudahkan orang ramai
memahami bentuk dan perbezaan yang terdapat dalam sastera Melayu. Oleh itu, sastera
moden ini turut dibahagikan kepada dua bentuk iaitu prosa moden dan puisi moden. Manakala
jenis-jenis kesusasteraan melayu moden pula terdiri daripada cerpen, novel, filem, drama dan
sajak.
KESUSASTERAAN MELAYU
MODEN
PROSA PUISI
CERPEN SAJAK
NOVEL
FILEM
DRAMA
Rajah 5: Bentuk Kesusasteraan Melayu Moden
a. Cerpen
Cerpen merupakan gabungan dua patah perkataan, iaitu cerita dan pendek. Oleh hal
yang demikian dapat ditafsirkan bahawa cerpen ialah cerita yang pendek ajalan
penceritaannya. Cerpen Melayu berkembang apabila kegiatan persuratkhabaran
Melayu mencapai zaman kegemilangannya sekitar tahun 1930-an. Cerpen bukan
sahaja menjadi alat yang mencerminkan sikap, perasaan, pandangan dan fikiran
pengarang Melayu, malah sebagai hasil sastera yang memberikan gambaran tentang
sesuatu zaman, sama ada peristiwa yang berhubung masalah sosial, politik, ekonomi
dan sebagainya. Cerpen biasanya mengemukakan satu kejadian atau peristiwa yang
menjadi fokus utama. Peristiwa itu dikembangkan dalam jarak masa yang terhad. Ada
kalanya, terdapat cerita lain yang diceritakan tetapi fungsinya adalah untuk
10
mengunggulkan peristiwa penting yang hendak dikemukakan. Cerpen membawa satu
tema sahaja dan turut diselitkan beberapa persoalan bagi menghasilkan kesan
tertentu dan mendalam kepada pembaca. Manakala dari segi perwatakan, cerpen
memusatkan perkembangan watak kepada beberapa orang tertentu sahaja. Dari segi
plot pula, terdapat satu plot sahaja dalam cerpen dan plot ini dikembangkan dengan
rapi, teliti dan tidak rumit. Pencetusan perasaan dan penyemarakan emosi dalam
cerpen menerbitkan ketegangan dan akan mengheret pembaca untuk merasai
pengalaman yang digambarkan di dalam cerpen.
b. Novel
Novel ialah prosa rekaan yang panjang di mana dalamnya telah dimuatkan
sebahagian daripda sebuah kehidupan. Menurut siti Hajar Abd Aziz (2011), istilah
novel berasal daripada bahasa Itali, iaitu novella yang bermaksud satu benda kecil
yang baharu. Kemudian kata tersebut menjadi istilah sebuah karya sastera dalam
bentuk prosa. Novel lebih panjang isinya daripada cerpen. Konflik yang dikisahkannya
pula, adalah lebih banyak berbanding dengan cerpen. Bilangan watak lebih ramai dan
berkembang sehingga mengalami perubahan nasib. Oleh itu, novel mengisahkan
kejadian yang dipusatkan kepada serpihan hidup manusia pada sesuatu tempat dan
masa tertentu.
c. Drama
Drama juga terdiri daripada prosa moden dan turut tergolong sebagai salah satu
bentuk karya sastera yang menghendaki penulis menyampaikan mesej atau pemikiran
melalui lakonan dan dialog. Menurut Erwan Juhara seperti yang dinyatakan dalam
Azman Rahmat., et al (2022), drama merupakan jenis karya sastera yang
dibangunkan oleh unsur instrinsik iaitu satu kesatuan yang membentuk karya secara
keseluruhan. Antara unsur-unsur yang mendukung drama itu ialah skrip drama itu
sendiri yang menjadi panduan kepada pengarah bagi menghasilkan sebuah drama.
d. Sajak
Puisi melayu moden hanya terdiri daripada genre sajak sahaja. Sajak didefinisikan
sebagai karangan bertulis yang berangkap dan padat dengan imaginasi mental,
pemilihan kata yang tepat dan metafora. Sajak merupakan karangan berbentuk bebas
dan tidak terikat dengan kepanjangan suku kata atau rima tertentu. Sebagai salah satu
genre karya kesusasteraan, sajak mementingkan aspek pemilihan kata kerana ia
bukan sahaja untuk dibaca dan dihayati malah dideklamasikan kepada aundiens.
11
4.0 FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU
Pengarang menghasilkan karya-karya kesusasteraan ini adalah untuk dinikmati dan dihayati
oleh orang ramai. Oleh sebab itu, amat perlu bagi seorang pengarang mengetahui jenis karya
yang diperlukan oleh masyarakat kerana idea dan pengetahuan pengarang akan menentukan
sama ada apa yang dihasilkan itu diterima atau tidak oleh masyarakat. Dengan erti kata lain,
pengetahuan pengarang itu merangkumi tujuan-tujuan masyarakat menikmati dan
menghayati karyanya dan sejauhmanakah karya itu memberikan fungsi yang tertentu kepada
masyarakat. Oleh itu, dapat dilihat bahawa kesusateraan mempunyai beberapa fungsi kepada
masyrakat dan antaranya adalah sebagai hiburan, pendidikan, dakwah, dan kritikan sosial.
4.1 HIBURAN
Karya sastera juga berupaya untuk menjadi bahan hiburan yang bermutu. Hiburan daripada
karya sastera ini terhasil berdasarkan keindahan kata-kata yang diungkapkan, irama atau
rentak yang indah dan tersusun serta kemampuan karya sastera tersebut dalam membelai
emosi pembaca atau pendengar dengan unsur kelucuan dan sebagainya. Contohnya cerpen,
cerita rakyat, dan novel remaja telah menyajikan bahan bacaan yang ringan dengan unsur
plot dan jalan ceritanya yang tidak kompleks iaitu dengan konflik yang tidak memaksa
pembaca untuk berfikir secara mendalam. Tambahan pula, kebiasaannya karya-karya
penulisan ini akan mempunyai ending yang boleh memberikan kepuasan kepada pembaca
yang mahukan hiburan. Contoh bagi unsur hiburan ini boleh dilihat dalam karya sastera rakyat
iaitu cerita jenaka Pak Kaduk yang amat jelas sekali menonjolkan unsur hiburan iaitu melalui
watak utamanya Pak Kaduk yang gila berlaga ayam dan sering ditimpa nasib malang akibat
daripada tindakan bodohnya sendiri. Cerita ini bukan sahaja menghibur tetapi sarat dengan
mesej dan pengajaran yang ingin disampaikan iaitu berjudi bukan sahaja bertentangan
dengan syariat islam tetapi suatu perbuatan yang boleh memusnahkan sesebuah negara.
Tambahan pula, secara halus juga cerita ini telah cuba menyedarkan agar raja tidak terjebak
dengan perbuatan yang sia-sia seperti berjudi. Oleh itu, jalan cerita jenaka Pak Kaduk yang
menarik ini telah mampu menghiburkan hati masyarakat sehingga pernah dijadikan sebagai
karya yang diminati dan digilai pada suatu ketika dahulu.
12
4.2 PENDIDIKAN
Memang tidak dapat disangkal lagi bahawa karya-karya kesusasteraan sebenarnya sangat
sarat dengan unsur pendidikan dan pengajaran. Hal ini disebabkan kebanyakan idea-idea
yang dinukilkan di dalam karya para pengarang berdasarkan pengalaman-pengalaman
mereka yang terangkum di dalamnya dengan pelbagai bidang ilmu seperti ekonomi, politik,
sosiologi dan agama. Fungsi ini menjadikan karya sastera sebagai suatu bahan yang dapat
membawa kesedaran kepada masyarakat, menambah pengetahuan, mengubah pemikiran,
dan memberi ruang untuk masyarakat menyerap nilai-nilai moral yang dibawa dalam karya
sastera. Sebagai contoh, cerita Si Tikus dengan Singa cukup terkenal bukan hanya semata-
mata kerana ceritanya yang menghiburkan, tetapi disebabkan mesej yang terkandung dalam
cerita tersebut yang mengandungi unsur moral, pengajaran dan nilai seperti tolong menolong
yang sememangnya berguna kepada masyarakat. Hal ini terbukti kerana sehingga hari ini
kisah tersebut sering dijadikan bahan bantu mengajar buat guru bagi mengajarkan nilai-nilai
moral kepada anak-anak muridnya. Oleh itu tanpa kita sedari, kita sebenarnya telah
dibesarkan dalam asuhan moral yang dibawa daripada cerita tersebut dan sekaligus telah
diserapkan dengan kepentingan nilai tolong-menolong dalam diri kita.
4.3 DAKWAH
Dakwah merupakan proses penyampaian amanat allah kepada manusia yang sememangnya
perlu disampaikan melalui medium saranan yang difahami sebagai objek dakwah. Medium
atau saranan dakwah tentulah melalui bahasa. Bahasa sebagai saranan komunikasi dakwah
merupakan cara yang efektif bagi menyebarkannya. Ahli Mahfudh dalam kitab Hidayatul
Mursyidin mendefinisikan dakwah iaitu mendorong manusia untuk berbuat kebajikan dan
mencegah mereka daripada perbuatan mungkar agar mereka mendapat kebahagiaan dunia
dan akhirat. Fungsi bahasa kesusasteraan dalam dakwah dapat menyembunyikan pesan-
pesan yang hendak dikomunikasikan kepada khalayak pembacanya, melalui aneka bentuk
dan ragam estetika, metafora, simbol-simbol, subjek dan objek yang ada dalam kehidupan. Ia
juga dapat menjelmakan eksistensi dirinya sebagai medium yang lebih neutral untuk
menjelajahi medan makna dibalik ruang dan waktu yang tidak terbatas.
13
4.4 KRITIKAN SOSIAL
Setiap karya sastera yang dihasilkan itu memaparkan sesuatu yang berlaku dan terjadi dalam
realiti kehidupan manusia. Hal ini disebabkan sebagaimana ditegaskan oleh Usman Awang,
A. Samad Said dan Dharmawijaya seperti yang dinyatakan dalam Azman Rahmat., et al
(2022), sastera ialah gambaran kepada kehidupan manusia dan sastera juga merupakan
rakaman kehidupan yang menggali dan menyelongkar kehidupan manusia. Oleh hal yang
demikian, karya sastera bukan sahaja merakamkan sesuatu yang luar biasa tetapi perkara
yang biasa turut disertakan dan diolah dalam bentuk karya kreatif yang indah sifatnya. Karya
sastera kebiasaannya berfokuskan kepada masyarakat, kehidupan dan manusia yang
tentunya hubungan dan pertalian antara ketiga-tiga entiti ini saling berkaitan. Oleh itu, dalam
konteks masyarakat yang pelbagai susun lapis ini telah menyebabkan wujudnya jurang dalam
kalangan mereka. Keadaan ini akan mempengaruhi tindakan dan adab seseorang sama ada
untuk tujuan menegur, mengkritik mahupun menyampaikan mesej.
5.0 MANIFESTASI AKAL BUDI
Akal merujuk kepada daya pemikiran seseorang dalam mencari dan memahami sesuatu
makna atau perkara. Selain itu, akal juga turut digunakan bagi menelusuri pelbagai
kemungkinan idea dan membuat refleks terhadap sesuatu proses yang dilalui. Manakala budi
pula mewakili tempat perasaan, kesedaran, keyakinan dan dorongan. Oleh hal yang
demikian, dapat ditafsirkan bahawa akal budi dimaksudkan sebagai kebijaksanaan dalam
memanifestasikan atau menyampaikan idea dan pemikiran yang terdapat dalam karya seni
sastera. Oleh itu, manifestasi akal budi ini boleh dilihat daripada empat aspek utama iaitu
pemikiran, pertuturan, perlakuan dan gaya hidup.
i. Pemikiran
Proses menggunakan minda untuk mencari makna dan memahami sesuatu dengan
menerokai pelbagai kemungkinan idea.
ii. Pertuturan
Aspek pertuturan pula dapat dilihat melalui sifat kesantunan iaitu menggunakan
bahasa yang baik, sopan beradab dalam bertutur.
iii. Perlakuan
Perlakuan dapat ditafsirkan sebagai perbuatan atau tingkah laku yang berhemah dan
baik. Misalnya dalam adab melayan tetamu, masyarakat melayu sangat
14
mengutamakan tetamu dan perkara ini jelas terdapat di dalam seloka popular Mak Si
Radang.
iv. Gaya Hidup
akal budi masyarakat melayu juga tidak lengkap tanpa gaya hidup. Dalam konteks
gaya hidup ini dapat dilihat dalam kehidupan seharian iaitu kepercayaan, adat iatiadat,
agama dan sebagainya.
5.1 AKAL BUDI DALAM PANTUN
Biar orang mencabut cendawan,
Kita mencabut padi kan mati,
Biar orang berebut bangsawan,
Kita berebut budi pekerti,
Aspek pemikiran pantun ini dapat dilihat melalui aspek tersirat iaitu pemilihan diksi bagi
pembayang yang terdiri daripada unsur alam dengan penggunaan cendawan dan padi
sebagai pembayang. Cendawan cuba dibandingkan dengan padi yang sifatnya semua orang
sedia maklum iaitu lambat masak dan perlu menunggu bermusim-musim untuk memastikan
padi tersebut masak berbanding dengan cendawan yang cepat tumbuh dan disukai ramai
kerana tidak perlu menunggu lama untuk tumbuh. Perkara ini telah dikaitkan dengan
bangsawan yang disukai oleh orang ramai dan ramai orang ingin menjadi bangsawan. Namun
begitu, cendawan memiliki kekurangan iaitu cepat rosak dan perkara ini dikaitkan dengan
bangsawan yang memiliki segalanya akan diuji dengan rasa hebat dan sebagainya kerana
memiliki kekuasaan. Pada baris terakhir iaitu ‘kita berebut budi pekerti’ yang membawa
maksud budi pekerti diibaratkan sebagai padi yang membawa banyak kebaikan pada manusia
walaupun memerlukan proses yang lama untuk padi masak. Padi ialah makanan ruji jadi
orang akan suka dan mencarinya untuk kelangsungan hidup. Begitu juga dengan orang yang
berbudi pekerti akan sentiasa disukai dan dicari orang ramai berbanding dengan orang kaya
yang tidak berbudi bahasa. Ketinggian akal budi dalam pantun ini jelas menyeru masyarakat
untuk menjaga budi bahasa tidak kira latar belakang dan asal usul supaya disenangi oleh
orang ramai
15
5.2 AKAL BUDI DALAM SYAIR
Syair Nasihat: Penghujung Thamarat al- Muhimmah
Tamatlah kitab dikarang orang,
Akalnya pendek ilmunya kurang,
Daripada sangat hajatku gerang,
Diperbuat juga sebarang-barang.
(Rangkap 1)
Menerusi aspek akal budi, dapat dilihat penyair memberitahu bahawa penyair telah tamat
mengarang kitab supaya syair atau kitab tersebut dapat dijadikan nasihat dan panduan
kepada orang ramai. Penyair menyatakan walaupun ilmunya masih kurang untuk menegur
dan menasihati orang ramai, tetapi atas rasa keinginan dan tanggungjawab itu wujud dalam
diri, maka penyair telah menghasilkan syair ini bagi tujuan menasihati orang ramai. Tambahan
pula, penyair khuatir sekiranya masyarakat tidak ditegur, tingkah laku masyarakat akan
menjadi-jadi. Oleh itu, melalui syair nasihat ini, sekurang-kurangnya pembaca atau orang
ramai akan sedar dan mengingati nasihat-nasihat yang terdapat dalam syair ini yang
menyuruh orang ramai melakukan kebaikan. Hal ini disebabkan sebagai seorang manusia
sudah menjadi lumrah untuk terkadang lupa, terlalai, dan terleka dengan dunia jadi nasihat
itulah sebagai peringatan dan panduan dalam hidup.
Melepaskan hati yang terbuku,
Pengajaran kepada sekalian anakku,
Mudah-mudahan betul tingkah dan laku,
Perangai yang baik biar terpaku.
(Rangkap 2)
Sifat rendah diri penyair yang mengarang syair ini terserlah dalam rangkap kedua di atas. Hal
ini disebabkan penyair telah membahasakan kata ganti nama diri pembaca sebagai anakku
yang menunjukkan unsur kekeluargaan supaya pesanan penyair dapat melekat di hati
pembaca umpama nasihat daripada seorang ayah kepada anaknya. Pada rangkap kedua ini,
penyair berharap bahawa anaknya yakni ‘pembaca’ menjaga tingkah laku dan menjadi insan
yang berakhlak mulia. Hal ini disebabkan insan yang berakhlak mulia akan menjauhkan diri
daripada perbuatan yang melanggar syariat. Tambahan pula, tingkah laku yang baik akan
16
disenangi oleh orang ramai dan boleh menjadi ikutan dan contoh yang baik kepada orang
ramai.
5.3 AKAL BUDI DALAM SELOKA
Aduhai malang Pak Kaduk,
Ayamnya menang kampung tergadai,
Ada nasi dicurahkan,
Awak pulang kebuluran,
Mudik menongkah surut,
Hilir menongkah pasang,
Ada isteri dibunuh,
Nyaris mati oleh tak makan,
Masa belayar kematian angin,
Sauh dilabuh bayu berpuput,
Ada rumah bertandang duduk,
Rumah runtuh awak menumpang.
Seloka Pak Kaduk bertujuan untuk berhibur dan berjenaka tetapi terselit unsur sindiran. Pak
Kaduk mewakili sikap sebahagian masyrakat melayu yang sememangnya mempunyai sifat -
sifat yang negatif. Lalu sifat negatif tersebut dijadikan senda gurau dan sindiran dalam seloka.
Watak Pak Kaduk telah menjadi watak yang mewakili sikap orang melayu berkenaan.
Dikatakan juga bahawa Pak Kaduk seorang yang sering ditimpa nasib malang yang bertimpa-
timpa akibat daripada sikapnya sendiri. Pada baris pertama iaitu ‘Aduhai malang Pak Kaduk’
menunjukkan bahawa penulis karya mengeluh pada nasib malang yang sering di timpa oleh
Pak Kaduk. Nasib Pak Kaduk yang malang ini dapat dilihat pada baris kedua iaitu ‘Ayamnya
menang, kampung tergadai’ yang menceritakan bahawa dia telah ditipu walaupun ayam
miliknya menang. Hal ini disebabkan lawan kepada ayam miliknya ialah ayam kepunyaan
Raja, jadi secara semula jadinya raja lah yang akan menang kerana Raja lebih berkuasa. Jadi
salah satu persoalan yang terdapat dalam seloka ini ialah keburukan amalan berjudi yang
boleh membawa kepada kerugian.
17
Selain itu tanpa disedari, pengarang telah mengkritik raja yang menggunakan kuasa feudal
secara tersirat pada baris kedua juga iaitu ‘Ayamnya menang, kampung tergadai’. Pada ayat
‘kampung tergadai’ itu menunjukkan bahawa Raja telah menggunakan kuasa feudalnya untuk
memenangi laga ayam tersebut dan perkara ini telah menyebabkan kampung atau tanah yang
dimiliki oleh Pak Kaduk tergadai. Oleh itu, sistem raja berkuasa feudal ini telah menunjukkan
bahawa rakyat akan tertindas sedangkan seorang pemimpin itu seharusnya bersifat adil.
Seterusnya akal budi manifestasi masyarakat melayu yang terdapat dalam seloka ini ialah
menyindir individu yang bersikap sombong dan bongkak. Sikap negatif ini perlu ditinggalkan
kerana merugikan diri dan keluarga sendiri. Hal ini disebabkan pada baris ‘ada nasi
dicurahkan’ jelas menunjukkan sikap Pak Pandir yang sombong dengan rezeki disebabkan
terlampau yakin bahawa ayamnya akan menang dalam laga ayam. Sikap seperti ini
seharusnya dihindari kerana jika sekecil-kecil rezeki seperti nasi itu tidak dihargai maka sudah
tentu jika diberikan rezeki yang banyak juga seseorang itu tidak reti bersyukur. Oleh itu, pada
baris ketiga iaitu ‘awak pulang kebuluran’ jelas menunjukkan bahawa kebodohan Pak Pandir
akhirnya merugikan dirinya kerana disebabkan dia diisytihar kalah dalam laga ayam, maka
berlaparlah dia kerana nasi telah dibuang olehnya.
5.4 AKAL BUDI DALAM GURINDAM
Gurindam Dua Belas (Fasal yang ketiga)
Apabila terpelihara mata,
Sedikitlah cita-cita.
Apabila terpelihara kuping,
Khabar yang jahat tiadalah damping.
Apabila terpelihara lidah,
Nescaya dapat daripadanya faedah.
Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan,
Daripada segala berat dan ringan.
Apabila perut terlalu penuh,
Keluarlah fi’il yang tiada senonoh.
Anggota tengah hendaklah ingat,
Di situlah banyak orang yang hilang semangat
Hendaklah peliharakan kaki,
Daripada berjalan yang membawa rugi.
18
Bagi aspek akal budi pada fasal ketiga ini, pengarang iatu Raja Ali Haji ingin mengingatkan
kepada pembaca bahawa sebagai orang islam, amat penting untuk kita memelihara anggota
diri dan berbudi pekerti. Hal ini disebabkan penjagaan anggota diri mampu menghindarkan
diri daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan buruk. Selain itu, masyarakat Islam
perlu mengamalkan cara hidup yang bercorak keislaman dengan mengamalkan segala
suruhan-Nya dan menjauhi segala Larangan-Nya dan antaranya dengan menjaga
pancaindera iaitu penglihatan, pendengaran, dan pertuturan dalam kehidupan sehari-hari.
Apabila seseorang itu gagal menjaga pancainderanya seperti tidak menjaga nafsu makan dan
nafsu syahwat, maka seseorang itu bukan sahaja akan dimurkai oleh allah tetapi perkara
tersebut turut akan memudharatkan seseorang itu.
Gurindam ini secara keseluruhannya menyentuh hal-hal keperibadian, akhlak dan akidah
yang harus ada dalam diri manusia. Raja Ali Haji menasihati masyarakat dengan gaya yang
indah dalam kepengarangannya serta dengan bahasa kiasan yang mudah menyebabkan
pembaca atau pendengar tidak merasakan bahawa nasihat ini diberikan secara kasar atau
berlebih-lebihan. Penulis menyatakan tentang kepentingan menjaga mata, telinga, lidah,
tangan,perut, hati dan kaki. Kesemua anggota badan ini haruslah dijaga sebaiknya supaya
tidak melakukan hal-hal yang boleh merosakkan akhlak dan akidah seseorang itu.
kepentingan menjaga mata supaya tidak melihat perkara yang tidak baik akan membatasi kita
dari melakukan keburukan, begitu juga dengan hal menjaga telinga dan lidah daripada
mendengar perkara serta berkata tentang perkara yang tidak baik seperti mendengar orang
mengumpat atau mengumpat tentang keburukan orang lain.
Falsafah yang terkandung dalam karya Gurindam Dua Belas ialah mengenai sifat
keperihatinan dalam menjaga pancaindera yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T. Menjaga
anggota pancaindera yang dianugerahkan daripada perkara- pekara negatif merupakan satu
kewajipan yang dipertanggunjawabkan kepada umat manusia kerana pancaindera
merupakan satu amanah yang terlalu berharga daripada allah kepada setiap individu. Dengan
penjagaan anggota pancaindera daripada perkara mungkar atau negatif seperti, berzina,
mengumpat atau menabur fitnah dan sebagainya, ia dapat membuktikan tahap keimanan dan
ketakwaan seseoarang itu kepada Ilahi. Penggunaan pancaindera pada perkara yang betul
akan memberi pulangan kebaikan kepada individu itu seperti akan memperolehi keberkatan
daripada Allah S.W.T, dan juga akan dipandang mulia oleh masyarakat serta terhindar
daripada dosa-dosa kecil atau besar. Contohnya ialah pada rangkap kedua akhir iaitu
gurindam ini iaitu Hendaklah peliharakan kaki, Daripada berjalan yang membawa rugi.
Rangkap gurindam tersebut menjelaskan bahawa setiap manusia perlu mengetahui dengan
lebih jelas setiap tindak tanduk yang dilakukan sama ada memberi kebaikan atau keburukan
kepada diri sendiri dan orang di sekeliling.
19
6.0 PENUTUP
Kesimpulannya, kesusasteraan Melayu telah lama wujud bersama-sama dengan bangsa
Melayu itu sendiri. Kewujudan sastera Melayu itu juga memperlihatkan segala-galanya itu
digambarkan dengan cukup menarik. Keindahan dalam sastera juga terlihat pada gaya
bahasanya. Melalui cerita-cerita sedemikian, kita dapat melihat kesinambungan budaya masa
lalu dengan masa kini. Perkembangan budaya ini dapat membentuk peradaban atau tamadun
manusia dari satu zaman ke satu zaman yang lainnya. Perkembangan budaya masa kini
sebenarnya diasaskan oleh budaya silam manakala manusia sentiasa mencari kemajuan.
Oleh itu, fungsi sastera Melayu telah mewujudkan pemikiran yang bijaksana yang sentiasa
memimpin manusia untuk mencapai kemajuan bagi mencapai kesempurnaan hidup.
20
RUJUKAN
Ali Ahmad. Pengantar Kesusasteraan, (1994), Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka
Azman Rahmat., Nazri Zainuddin, Shamsudin Bin Abu Bakar, Abdul Rani Hassan, & Hasnah
Awang. (2022). Kesusasteraan & kebudayaan melayu. Pustaka Al-Ehsan -hashim
Harun Mat Piah. (1989). Puisi Melayu Tradisional. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Kamus Dewan. Edisi Keempat. (2010). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd Rafiek. (2012) Pantun Madihin: Kajian ciri, struktur pementasan, kreativiti
pemadihinaan, pembangunan dan pembinaannya. Jurnal Pendidikan Bahasa
Melayu, 2(2), 104-114. www.myjurnal.my/filebank/published_article
Siti Hajar Abd. Aziz (2011). Bahasa Melayu 1. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Za’ba (1978). Ilmu Mengarang Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.