The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

UCAPAN PEMBUKAAN TAKLIMAT PENDAFTARAN PRASEKOLAH

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sitiaminahzakaria1983, 2022-02-18 02:00:42

UCAPAN GURU BESAR SK SUNGAI BEHRANG

UCAPAN PEMBUKAAN TAKLIMAT PENDAFTARAN PRASEKOLAH

EN. NARIZAN BIN BASERAH

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Terima kasih Pengacara Majlis.

Yang Berusaha semua wakil organisasi Prasekolah SK Sungai
Behrang,

Yang Dihormati semua barisan pentadbiran SK Sungai Behrang,
serta semua ibu bapa dan wakil penjaga murid Prasekolah SK
Sungai Behrang yang dikasihi sekalian.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih,
serta syabas dan tahniah kepada jawatankuasa prasekolah,
Sekolah Kebangsaan Sungai Behrang kerana berjaya
mengadakan Taklimat Pendaftaran Prasekolah sesi 2022 secara
atas talian . Walau apa-apa pun cabaran dalam norma baharu,
pihak sekolah sentiasa bertindak mengikut kesesuaian keadaan
dan situasi.

Taklimat Pendaftaran Prasekolah merupakan satu program khas
yang perlu di jalankan bagi pihak sekolah mengenali ibu bapa
para murid yang telah mendaftar untuk menerima pendidikan awal
kanak-kanak di prasekolah. Terima kasih saya ucapkan kepada

semua ibu bapa atas kepercayaan kerana memilih Prasekolah SK
Sungai Behrang.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,
Pada hari ini, kita mendapati peranan pendidikan telah

berubah dengan jelas daripada fungsi tradisionalnya. Murid-murid
bukan sahaja datang ke prasekolah untuk belajar tetapi untuk
dididik sebagai pewaris negara agar menjadi modal insan yang
berilmu dan berakhlak mulia. Hal ini selari dengan Kurikulum
Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK).

Ibu bapa sekalian,
Saya percaya taklimat hari ini dapat memberi gambaran sebenar
pengoperasian prasekolah di SK Sungai Behrang. Diharapkan
semoga semua ibu bapa dapat bersama-sama pihak sekolah
dalam menghasilkan murid-murid yang cemerlang pada masa
akan datang. Peranan pendidikan awal kanak-kanak bukan hanya
terletak di bahu guru-guru, kerana permulaan pendidikan yang
bermakna adalah bermula dari rumah melalui asuhan ibu bapa.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,
Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas
dan tahniah kepada semua ibu bapa kerana menerima tawaran
belajar di Prasekolah SK Sungai Behrang untuk sesi 2022.

Saya percaya dan yakin organisasi prasekolah sentiasa
berusaha dan konsisten dalam usaha mendidik anak-anak tuan
puan semua. Jika ada sebarang permasalah, kami di pihak sekolah
mengalu-alukan semua ibu bapa datang berbincangan secara
baik dengan pihak sekolah.

Akhir kata, saya ingin mengambil kesempatan sekali lagi
mengucapkan syabas dan tahniah serta terima kasih sepada
semua guru-guru dan ibu bapa yang telah meluangkan masa
mengikuti taklimat pendaftaran secara atas talian kali ini.

Akhir kata sebagai penutup bicara, saya juga ingin menarik
perhatian ibu bapa sekalian dengan satu kata-kata ini;

“Untuk berada dalam memori anak anda pada hari
esok, anda perlu berada dalam hidup anak anda pada hari

ini”

Digerak oleh iltizam mencapai kecemerlangan, saya dengan
lafaz Bismillahhirrahmannirahim (Dengan nama Allah yang Maha
pemurah lagi Penyayang) MEMBUKA BICARA bagi Taklimat
Pendaftaran Prasekolah SKSB Sesi 2022.


Click to View FlipBook Version