The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Eima Mohd yunus, 2023-08-31 05:20:06

BUKU SKRAP PERAYAAN TAHUN BARU CINA

SEJARAH TAHUN 6

Keywords: PERAYAAN DI MALAYSIA

PERAYAAN TAHUN BARU CINA NAMA : HADIF IDRAKI BIN MOHD HAFIZUL KELAS : 6 ALAMANDA NAMA GURU : CIKGU PAVIN SEKOLAH : SKS 19 SHAH ALAM BUKUSKRAPSEJARAH


PENGHARGAAN PENGENALAN SEJARAH PERAYAAN TUJUAN PERAYAAN ADAT DAN KEPERCAYAAN PANTANG LARANG PERAYAAN KEUNIKAN PERAYAAN GAMBAR PERAYAAN KESIMPULAN LAMPIRAN ISI KANDUNGAN 1 3-5 2 6 7 8 9 10-12 13 14


PENGHARGAAN Pertama sekali saya mengucapkan rasa syukur ke hadrat ilahi atas kesihatan tubuh badan, mental, emosi dan fizikal kepada saya selama menyiapkan buku skarap ini. Setinggi penghargaan kepada guru Sejarah saya iaitu Cikgu Pavin diatas segala tunjuk ajar dan ilmu yang telah diturunkan untuk menyiapkan buku skrap ini. Saya turut ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa saya di atas bimbingan mereka dalam menyiapkan tugasan ini terutamanya dalam memberi tunjuk ajar menggunakan perisian powerpoint, canva dan penghasilan flipbook. Saya juga tidak lupa berterima kasih kepada semua individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam penghasilan buku skrap sejarah tahun 6 ini.


PENGENALAN Kepelbagaian kaum dan agama dalam masyarakat Malaysia mewujudkan pelbagai jenis perayaan, budaya dan adat warisan. Ia juga diwarisi turun-temurun daripada hasil kepercayaan dan amalan setiap agama atau kaum tertentu. Apabila kita memahami dan menghormati setiap kepelbagaian budaya dan warisan tersebut, maka keamanan dan kemakmuran negara kita akan dapat terus dikekalkan.


SEJARAH PERAYAAN Sejarah Tahun Baru Cina bermula beribu-ribu tahun dahulu, di mana seekor makhluk ganas yang bernama ‘Nian ’ membuat huru-hara di Tanah Besar China. Ini membuatkan manusia hidup dalam ketakutan dan kesengsaraan. Mereka mencari ikhtiar untuk menewaskan makhluk ini. Akhirnya mereka berjaya menakutkan makhluk ini dengan melemparkan reben merah ke udara, meletupkan mercun dan membakar bunga api siang dan malam. Perayaan Tahun Baru Cina adalah menandakan permulaan tahun baru bagi kalender masyarakat Cina. Bersama-sama dengan warna merah, tanglung, mercun dan pakaian ‘ cheongsam ’ ,ia menjadi simbol tradisi kemeriahan masyarakat cina.


SEJARAH PERAYAAN Perayaan yang bersamaan dengan permulaan kepada musim bunga di China adalah permulaan kepada bulan baru dan zodiak baru. Seperti yang kita ketahui, terdapat 12 ekor binatang yang menjadi simbol tahunan kepada orang Buddha. Lagenda meriwayatkan, bahawa suatu masa dahulu Buddha telah menjemput semua binatang untuk mengadapnya, tetapi cuma 12 binatang sahaja yang sampai. Sebagai penghargaan dari Buddha, kesemua binatang ini diberi penghormatan menjadi zodiak yang mulia bagi masyarakat Cina Buddha. Binatangbinatang itu ialah anjing, khinzir, tikus, monyet, harimau, kambing, ayam, kuda, ular, naga, lembu dan arnab. Kononnya dikatakan bahawa mereka yang lahir dalam tahun-tahun ini akan mewarisi sifat dan untung nasib binatang tersebut.


SEJARAH PERAYAAN Di Malaysia, telah diisytiharkan bahawa dua hari pertama bagi Tahun Baru Cina adalah cuti umum. Namun hari kelima belas bagi perayaan ini iaitu hari ‘ Chap Goh Mei ‘ tidak kurang pentingnya. Ia adalah hari terakhir bagi bulan penuh, menandakan penutup bagi perayaan ini. Sambutan bagi Tahun Baru bermula sebulan sebelum itu. Orang ramai mula membeli belah, terutama baju baru, perhiasan rumah, dan hidangan wajib Tahun Baru seperti kuih bulan dan limau mandarin. Menjelang semakin hampir hari Tahun Baru, rumah-rumah akan dihias indah, bertemakan merah dengan tulisan kaligrafi Cina yang mendoakan kemakmuran dan kekayaan ditahun hadapannya.


TUJUAN PERAYAAN Tahun Baru Cina merupakan simbolik kepada titik permulaan dalam nasib dan kehidupan setiap tahun. Salah satu upacara terbesar pada Malam Tahun Baru Cina adalah acara makan besar. Malam jamuan makan besar dipenuhi dengan hidangan tradisional dan semua ahli keluarga akan pulang ke kampung untuk menghabiskan masa bersama saudara-mara yang lebih tua. Pada detik tengah malam, mercun akan dibakar menjadi tanda bermulanya sambutan Tahun Baru Cina. Selain itu, adalah penting bagi mereka untuk membersihkan rumah dan menghiaskan rumah dengan hiasan berwarna merah yang dikatakan akan membawa tuah.


ADAT DAN KEPERCAYAAN PERAYAAN Pembelian baju baru 01 Bagi masyarakat Cina pada permulaan tahun baru perlu membeli baju baru bagi menandakan tuah yang baru dan seelok-eloknya baju berwarna merah Membersihkan rumah 02 Pembersihan rumah lazimnya dilakukan beberapa hari sebelum menjelang tahun baru 02 Upacara Sembahyang 03 Bagi yang beragama Buddha atau Taoist akan melakukan sembahyang pada malam sebelum tahun baru bagi mengundang “Dewa Kekayaan”. 03 Pemberian Limau Mandarin 04 Pemberian limau Mandarin yang bunyinya dalam bahasa Mandarin sama dengan ‘emas’. Ini bermakna pemberian limau seolah-olah menghadiahkan emas pada orang lain. 05 Upacara Makan Besar / Yee Sang 04 kaum keluarga samada dekat atau jauh akan berkumpul di rumah ibu bapa untuk upacara makan besar. Ini simbol eratnya ikatan kekeluargaan yang menjadi tunjang mesyarakat harmoni. 04 Mengucapkan“Gong Xi Fa Chai” 04 Ungkapan ini membawa maksud, anda sudah kaya’ , panjang umur, sihat selalu 06


PANTANG LARANG SEMASA PERAYAAN Menjaga percakapan dan berkelakuan baik 01 Perkataan tidak elok seperti ‘mati’ dielakkan sama sekali. Andai berasa sedih sekali pun, perasaan itu harus dikawal bagi mengelak tangisan, khususnya pada hari pertama Tahun Baru Cina. Alasannya - menggamit tuah. Tidak menyapu sampah pada raya pertama 02 Masyarakat Cina percaya, tuah akan singgah di rumah. Oleh itu, perbuatan menyapu itu boleh menghalau tuah atau ‘Dewa Wang’ 02 Tidak memakai warna hitam/putih 03 Bagi masyarakat cina warna ini merupakan warna berkabung yang tidak akan dipakai semasa perayaan tahun baru cina 03 Tidak pecahkan barangan kaca 04 Masyarakat Cina juga mengelakkan dari memecahkan barangan kaca kerana ianya menandakan nasib yang tidak baik. Tetapi sekiranya berlaku juga kecuaian dan ada barang yang pecah kita perlu menyebut “Lok Tei Hoi Fa Fu Kuai Wing Wa” bermaksud, benda yang jatuh dan pecah itu akan bertukar menjadi kemakmuran. 04


KEUNIKAN PERAYAAN Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul. Kaum keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi seperti daging itik, daging salai, sosej, kuih pulut, dan limau mandarin. Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang angpau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin. Perarakan tarian naga atau singa akan diadakan, dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang. Lima belas hari selepas perayaan Tahun Baru Cina, perayaan Tahun Baru Cina ditamatkan dengan perayaan Cap Goh Mei.


GAMBAR PERAYAAN PAKAIAN TRADISIONAL PERAYAAN JUBAH / SAMFOO : LELAKI CHEONGSAM : PEREMPUAN MAKANAN TRADISIONAL TAHUN BARU CINA YEE SANG KUIH BAKUL LIMAU MANDARIN


GAMBAR PERAYAAN MAJLIS MAKAN BESAR TARIAN NAGA TAHUN BARU CINA


GAMBAR PERAYAAN PEMBERIAN ANGPAU RAYA


KESIMPULAN Kesimpulanya kita sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum hendaklah menghargai dan mengekalkan warisan budaya agar tidak dilupakan oleh generasi akan datang. Kita juga harus menghormati adat setiap kaum bagi memastikan kita hidup harmoni, aman dan dapat mengekalkan perpaduan.


Click to View FlipBook Version